Anda di halaman 1dari 6

Contoh Buat Wanita Muslimah

Sebab apa jadi sebegini? Semenjak hari-hari yang saya lalui


minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai
perkara mengenai wanita. Dan hari-hari yang saya lalui di tempat
saya menyambung belajar ini, saya melihat pelbagai ragam dan
jenis wanita. Dan dengan itu juga, saya ingin berkongsi dengan
kalian akan tajuk mengenai, 'WANITA'.

Dalam realiti dunia yang penuh dengan kemajuan hari ini, kita
dapat lihat bahawa wanita-wanita juga seiring dengan
kebangkitan kemajuan pada hari ini. Akan tetapi, kita dapat lihat
juga segelintir dalam kalangan wanita-wanita yang menjadikan
diri mereka ini sebagai fitnah yang besar, terutamanya kepada
agama mereka sendiri. Rasulullah SAW bersabda;
" Berhati-hatilah kalian daripada godaan dunia, dan
waspadailah terhadap wanita, sebab fitnah pertama yang
menimpa Bani Israil adalah fitnah wanita" ;Riwayat Muslim.

"Tidak aku tinggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi


seorang lelaki daripada (fitnah) wanita." ;HR Bukhari.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna


wanita itu jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang
dimaksudkan ialah keadaan mereka itu mampu menjadikan lelaki
lupa daratan dan apabila usaha pencegahan tidak dilakukan,
akan berlakulah perkara-perkara yang tidak diingini. Ini sudah
pasti apabila lelaki yang berkenaan tidak berhati-hati. Bagaikan
binatang ternak yang memakan rumput berdekatan dengan
padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki
kawasan tersebut. Dan pada hari ini juga, kita dapat lihat wanita-
wanita Islam semakin ramai antara mereka yang terhakis
akhlaknya seterusnya menghilangkan identiti Muslimah sebenar
daripada diri mereka.

Dengan ini, saya ingin mengajak kita semua, tidak kira kaum
lelaki dan kaum wanita untuk sama-sama menyelusuri kisah
kehidupan seorang wanita yang kehidupannya banyak dijadikan
sebagai tulang belakang pendokong seorang lelaki. Siapakah
wanita itu? Semestinya dialah Saidatina Khadijah RA. Isteri
tercinta seorang lelaki, Nabi Muhammad SAW. Mengapa saya
ingin bawakan kepada wanita-wanita sekalian akan kisah wanita
ini? Kerana hakikatnya juga, wanita-wanita pada hari ini lebih
menjadikan artis-artis sebagai idola dan pujaan hati dalam diri
mereka untuk dicontohi.
"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang
beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya
kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan
semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya
dan  darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Begitulah Rasulullah saw berkata tentang kepribadian Khadijah,
isterinya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap
kemampuan dirinya berkorban demi kejayaan Islam.

Siti Khadijah berasal dari keturunan yang terhormat, mempunyai


harta kekayaan yang tidak sedikit serta terkenal sebagai wanita
yang tegas dan cerdas. Bukan sekali dua kali pemuka kaum
Quraisy cuba untuk mempersunting dirinya. Tetapi pilihannya
justeru, jatuh pada seorang pemuda yang bernama Muhammad,
pemuda yang begitu mengenal harga dirinya, yang tidak tergiur
oleh kekayaan dan kecantikan yang dimiliki oleh Saidatina
Khadijah Khuwailid RA.

Saidatina Khadijah RA merupakan wanita pertama beriman


kepada Allah dan Rasul-Nya. Beliau banyak membantu dan
memperteguhkan tekad Rasulullah SAW melaksanakan risalah
dakwah. Beliau sentiasa berusaha meringankan kepedihan hati
dan menghilangkan keletihan serta penderitaan yang dialami oleh
suaminya dalam menjalankan tugas dakwah. Inilah keistimewaan
dan keutamaan Khadijah dalam sejarah perjuangan Islam. Beliau
adalah sumber kekuatan yang berada di belakang Rasulullah
SAW. Adakah ramai wanita-wanita yang bergelar isteri di luar
sana mencontohi sebagaimana peribadi Ummul Mukminin ini?
Sanggup bersusah-payah bersama suami meskipun seorang
yang kaya-raya... Dan adakah wanita-wanita di luar sana, yang
bakal bergelar isteri, sudah bersedia mencontohi peribadi Ummul
Mukminin ini?

Apabila ditanya tentang Siti Khadijah RA akan perpisahan


Rasulullah SAW atas pemergiannya, Rasulullah SAW menjawab,
"Ya! Sesungguhnya Khadijah adalah pentadbir dan suri
rumah yang terbaik."

Buat wanita-wanita yang membaca dan berkongsi pandangan


bersama, Apakah ada wanita lain yang dapat menyambut
sedemikian baik peristiwa bersejarah yang berlaku di Gua Hira
seperti yang dilakukan oleh Khadijah kepada suaminya? Apa
yang dikatakan oleh Khadijah kepada suaminya pada saat
menghadapi peristiwa besar itu menunjukkan betapa besarnya
kepercayaan dan kasih sayang seorang isteri kepada suami yang
dilandasi iman yang teguh. Sedikit pun Khadijah tidak berasa
ragu-ragu atau syak di dalam hatinya. Persoalannya, dapatkah
kita jika sebagai suami dan isteri berlaku demikian untuk diri dan
tugas masing-masing?

Khadijah berusaha menabahkan hati suami yang ditaatinya


dengan berkata, " Wahai kekanda, demi Allah, Tuhan tidak
akan mengecewakanmu kerana sesungguhnya kekanda
adalah orang yang selalu memupuk dan menjaga
kekeluargaan serta sanggup memikul tanggungjawab.
Dirimu dikenali sebagai penolong kaum yang sengsara,
sebagai tuan rumah yang menyenangkan tamu, ringan
tangan dalam memberi pertolongan, sentiasa berbicara
benar dan setia kepada amanah."

Sememangnya, wanita-wanita yang begitu tinggi darjatnya dalam


Islam dalam lipatan sejarah suatu masa dahulu semakin
dilupakan.

Kesetiaan yang mendorong kegigihan

Mari kita teliti, fahami serta hayati beberapa gambaran kesetiaan


Khadijah yang telah membina kekuatan pada diri dan kehidupan
penegak risalah Islam itu. Sepanjang hidupnya bersama
Rasulullah SAW, Khadijah begitu setia menyertai baginda dalam
setiap peristiwa suka dan duka. Setiap kali suaminya ke Gua
Hira, beliau pasti menyiapkan semua bekalan dan keperluannya.
Seandainya Rasulullah SAW agak lama tidak pulang, beliau akan
meninjau untuk memastikan keselamatan baginda. Sekiranya
baginda khusyuk bermunajat, beliau tinggal di rumah dengan
sabar sehingga baginda pulang.

Apabila suaminya mengadu kesusahan serta berada dalam


keadaan gelisah, beliau cuba sedaya mungkin mententeram dan
menghiburkannya sehingga suaminya benar-benar merasai
ketenangan. Setiap ancaman dan penganiayaan dihadapi
bersama. Malah dalam banyak kegiatan peribadatan Rasulullah
SAW, Khadijah pasti bersama dan membantu baginda seperti
menyediakan air untuk mengambil wuduk.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami,


sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat
tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk
suaminya adalah ikhlas untuk mencari keredaan Allah SWT. Allah
Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya.
Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti
mendapat ganjaran yang berkekalan. Firman Allah yang
bermaksud:
"Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki
mahupun wanita dalam keadaan beriman, maka
sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan
kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa
yang telah mereka kerjakan." (An-Nahl: 97)

Janji Allah itu pasti benar. Kesan kesetiaan Khadijah bukan


sekadar menghasilkan kekuatan yang mendorong kegigihan dan
perjuangan Rasulullah SAW, malah membawa barakah yang
besar kepada rumah tangga mereka berdua. Anak-anak yang
lahir juga adalah anak-anak yang soleh. Keturunan zuriat ahlul-
bait Rasulullah SAW merupakan insan yang sentiasa taat
melaksanakan perintah Allah SWT. Semua ini menghasilkan
kekuatan yang membantu meningkatkan perjuangan Islam.
Wahai lelaki, wanita bagaimanakah yang kamu hajatkan sebagai
pasangan hidup, tulang belakang (pendokong) hidupmu dan
pembimbing anak-anakmu?

Wahai wanita, suami yang bagaimanakah peribadinya yang kamu


inginkan sebagai ketua,pembimbing dirimu dan keluargamu?

Wahai ummah, wanita yang bagaimanakah kita lihat pada hari ini,
yang bagaimana kita cari, dan yang bagaimanakah kita puja dan
puji?

Moga-moga renungan ini sedikit sebanyak membuka mata buat


kaum Hawa dan kaum Adam yang membacanya. Agar sebagai
persediaan buat hari-hari seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai