Anda di halaman 1dari 5

KERJA KURSUS PENDEK EDU 3103 (MURID DAN ALAM BELAJAR)

Rasional penggunaan strategi, kaedah dan teknik dalam

rancangan pengajaran bilik darjah.

Penggunaan strategi, pendekatan dan teknik dalam rancangan pengajaran bilik


darjah adalah merupakan perkara asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pengajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang
perhubungan di antara ketiga-tiga konsep tersebut adalah amat berguna bagi guru-
guru untuk mengukuhkan lagi kefahaman mereka tentang ilmu pedagogi. Matlamat
bagi kesemua konsep pengajaran dan pembelajaran adalah sama iaitu ingin
mencapai objektif pembelajaran tetapi dilaksanakan dengan cara yang berbeza
mengikut kesesuaian topik pembelajaran dan tahap kesediaan murid-murid.
Rancangan pengajaran bilik darjah yang telah kami hasilkan dibahagikan kepada
lima bahagian dan setiap bahagian dilaksanakan dengan menggunakan strategi,
pendekatan, serta kaedah dan teknik yang sesuai mengikut aktiviti yang dirancang.
Di dalam rancangan pengajaran harian yang telah kami hasilkan, beberapa strategi
pengajaran telah kami gunakan iaitu strategi berpusatkan guru, berpusatkan murid
dan berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan guru bermaksud guru menyampaikan
maklumat dengan jelas dan terang kepada murid dan murid memainkan peranan
dengan mendengar dan menerima apa yang disampaikan oleh guru. Guru
berperanan untuk mengawal dan memberi arahan kepada para murid-murid.
Contohnya, guru menunjukkan demonstrasi pergerakan lokomotor kepada murid
sebelum murid-murid melakukan aktiviti tersebut. Kaedah ini memudahkan murid
untuk melihat dengan jelas pergerakan yang ingin guru ajarkan kepada mereka.
Selain itu, guru juga bertindak sebagai model hidup yang akan menjadi tumpuan oleh
para murid-murid ketika sesi pengajaran kemahiran tersebut. Kebiasaannya strategi
pengajaran ini kurang menarik kerana hanya berlakunya Komunikasi dan interaksi
sehala. Oleh yang demikian jika guru tersebut harus juga menggunakan strategi ini
maka proses pembelajaran tersebut perlulah berlakunya komunikasi dua hala
diantara guru dan murid serta lebih menarik dan kreatif agar keinginan murid untuk
belajar semakin meningkat. Seterusnya ialah strategi berpusatkan murid yang
bermaksud dalam aktiviti P&P, murid memainkan peranan utama. Manakala guru
pula bertindak sebagai pembimbing. Contohnya, murid-murid dibahagikan kepada

22
KERJA KURSUS PENDEK EDU 3103 (MURID DAN ALAM BELAJAR)

beberapa kumpulan kecil dan seorang murid daripada setiap kumpulan diminta untuk
memimpin kumpulan tersebut untuk melaksanakan aktiviti yang diarahkan oleh guru.
Strategi ini pula membantu untuk melahirkan individu yang berani,bersifat
kepimpinan dan patuh. Selain itu juga, berlakunya komunikasi dan interaksi dua hala
diantara guru dengan murid mahupun murid dengan murid. Strategi ini juga bersifat
demokratik dimana murid diberi peluang untuk memberi atau mengeluarkan
pendapat masing-masing. Strategi yang terakhir ialah strategi pengajaran
berpusatkan bahan. Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru akan menyediakan
bahan pengajaran iaitu bahan bantu mengajar. Dalam aktiviti P&P, bahan bantu
mengajar ini memainkan peranan yang penting. Guru dan murid akan bergantung
sepenuhnya kepada penggunaan bahan bantu tersebut. Sebagai contoh, bahan
bantu mengajar yang kami rancangkan ialah set permainan dimana setiap kumpulan
akan dibekalkan 10 biji bola tenis dan sebuah bakul, dan apa yang perlu dilakukan
ialah murid-murid perlu memasukkan bola tersebut ke dalam bakul mengikut jarak
yang telah guru tentukan,dan yang paling penting sekali murid haruslah
melaksanakan aktiviti tersebut berdasarkan pergerakan lokomotor yang telah guru
ajarkan. Rasional penggunaan strategi ini ialah dapat menarik minat murid untuk
belajar dan sekaligus mewujudkan keseronokkan dalam belajar kepada murid-murid.
Guru juga perlulah menentukan objektif pengajaran jika menggunakan kaedah ini
agar objektif utama pembelajaran tercapai. Selain itu juga, komunikasi dan interaksi
berlaku diantara guru dengan bahan bantu mengajar dan murid dengan bahan
mengajar.

Seterusnya, di dalam rancangan pengajaran ini juga, beberapa pendekatan telah


kami gunakan untuk menghasilkan rancangan pembelajaran harian yang sistematik
dan efektif. Berdasarkan sumber kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara
atau langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti
mengatasi masalah. Menurut Edward M. Anthony (1963) pula, pendekatan ialah satu
set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik. Pendekatan adalah aksiomatik, iaitu kenyataannya
dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan di dalam
bidang pendidikan ialah merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan
kepada objektifnya. Antara pendekatan yang telah kami aplikasikan ialah seperti

23
KERJA KURSUS PENDEK EDU 3103 (MURID DAN ALAM BELAJAR)

tematik, deduktif dan koperatif. Pendekatan tematik bermaksud di dalam satu sesi
pengajaran menetapkan sebuah tema untuk mengecilkan skop pembelajaran dan
sekaligus lebih memberi kefahaman kepada murid tentang konsep yang ingin guru
sampaikan. Contohnya, guru memberitahu kepada murid-murid bahawa tema bagi
pembelajaran hari ini ialah pergerakan lokomotor sahaja dimana ianya merupakan
aktiviti yang melibatkan murid tersebut perlu bergerak dari satu tempat ketempat
yang lain dan perlu menyatakan pergerakan yang dihasilkan kepada guru mereka
seperti contoh berjalan,melompat,bergalop,berlari dan sebagainya. Rasional
penggunaan pendekatan ini ialah memudahkan pemahaman murid mengenai topik
yang guru ajarkan serta memudahkan guru-guru untuk menerangkan perkara-
perkara yang memerlukan pengklasifikasian sebagai contohnya pembelajaran yang
ingin seorang guru ajarkan pada hari ini ialah mengenai haiwan. Untuk memudahkan
dan menjadikan pembelajaran lebih menarik guru tersebut boleh mengenakan tema
pada tajuk besar tersebut contohnya meminta murid-murid menyenaraikan beberapa
jenis haiwan hidupan air tawar, menyenaraikan beberapa jenis burung, atau
sebagainya asalkan berkaitan dengan tema yang diberikan. Pendekatan induktif
pula melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat,kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulannya. Dalam penggunaan kaedah induktif ini,
guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang
khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama. Contohnya, guru mengajar
pergerakan seperti berjalan, berlari, melompat, bergalop dan ketingting kepada murid
kemudian ianya dapat disimpulkan bahawa pergerakan lokomotor ialah
menghasilkan pergerakan yang melibatkan perubahan pada titik tapak. Rasional bagi
penggunaan pendekatan ini ialah berdasarkan contoh yang diberikan, murid-murid
dibimbing berfikir, mengkaji, mengenal, dan mentafsir maklumat yang terkandung
dalam contoh-contoh khusus itu. Kemudian ianya akan menjana pemikiran mereka
untuk mengenalpasti konsep maklumat tersebut dengan lebih jelas. Koperatif
merupakan salah satu pendekatan yang sering digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Koperatif bermaksud kerjasama. Maka, pembelajaran koperatif
ialah murid-murid belajar secara bekerjasama, biasanya dilakukan dalam bilik darjah.
Contohnya, guru membahagikan murid tersebut kepada beberapa kumpulan
kemudian kumpulan tersebut akan berbincang secara koperatif tentang pergerakan
yang akan dihasilkan berdasarkan gaya yang telah guru ajarkan. Rasional bagi
penggunaan pendekatan ini ialah murid-murid melibatkan diri secara aktif dan

24
KERJA KURSUS PENDEK EDU 3103 (MURID DAN ALAM BELAJAR)

koperatif dalam pembelajaran kumpulan disamping memupuk sifat


bertanggungjawab murid.

Penggunaan kaedah dan teknik juga merupakan faktor penting dalam


menyampaikan maklumat kepada murid-murid. Mengikut Kamus Dewan kaedah
bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu,
sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun
untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada
beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran
yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan
tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-
kaedah pengajaran adalah seperti demonstrasi, permainan simulasi, direktif, teknik
bermain permainan, cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, menyelesaikan
masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau Socratik dan
sebagainya. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang telah kami bincangkan
hanya terdapat empat kaedah dan teknik yang digunakan untuk menjalankan aktiviti
PnP. Salah satunya ialah demonstrasi. Demonstrasi ialah kaedah tunjuk cara dari
guru kemudian diikuti oleh para pelajar. Contohnya guru menunjukkan cara bergalop
dengan betul kepada murid-murid kemudian meminta murid tersebut melakukan
semula apa yang telah didemonstrasikan oleh guru tadi. Rasional kaedah dan teknik
ini ialah murid-murid dapat melihat kedudukan sebenar anggota badan ketika
melakukan pergerakan tersebut. Kaedah demonstrasi juga lebih mudah difahami
berbanding secara lisan. Seterusnya ialah permainan simulasi yang bermaksud guru
meminta murid melakukan simulasi pergerakan-pergerakan tersebut dalam satu
permainan. Kaedah ini membantu guru-guru untuk mengenalpasti sama ada
kemahiran tersebut telah dikuasai ataupun tidak oleh para murid-murid. Murid-murid
pula lebih bersemangat untuk belajar. Selain itu juga, kaedah teknik bermain
permainan pula ialah satu permaian yang tela direka dan mempunyai peraturan-
peraturan permainan tersendiri. Contohnya , di dalam permainan ini,pelajar perlu
menggunakan pergeakan yang berlainan untuk sampai ke kotak bola dan kemudian
melontar bola tersebut masuk ke dalam bakul. Rasionalnya pula ialah permainan
tersebut boleh guru jadikan kayu pengukur sama ada objektif pembelajaran tercapai
ataupun tidak. Dan kaedah terakhir sekali ialah kaedah direktif iaitu kaedah dan
teknik berbentuk arahan. Arahan perlulah jelas dan padat tetapi mudah untuk

25
KERJA KURSUS PENDEK EDU 3103 (MURID DAN ALAM BELAJAR)

difahami oleh para murid-murid. Sebagai contoh, murid-murid hanya dibenarkan


bergerak ketika wisel dibunyikan oleh guru. Rasionalnya pula adalah kaedah ini
sangat berguna untuk melahirkan murid yang patuh pada arahan dan sebarang
kemalangan atau kecederaan dapat dielakkan jika arahan yang diberikan terperinci
dan jelas.

Kesimpulannya, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan


pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali
disamping bertujuan untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling
minimum tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling
maksimum. Pembelajaran hanya berlaku jika terdapatnya perubahan yang positif.

26

Anda mungkin juga menyukai