Anda di halaman 1dari 16

HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

SOALAN TUGASAN PEDALAMAN

SOALAN 1
Pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan dapat menarik minat pelajar
untuk belajar dalam keadaan yang ceria. Selain itu, ia juga dapat memupuk
semangat cintakan ilmu pengetahuan di kalangan pelajar. Dengan menggunakan
satu teknik rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menerapkan unsur-
unsur nilai murni, terangkan bagaimanakah cara untuk mewujudkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Sertakan
contoh-contoh yang sesuai.

1.1 PENGENALAN

Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan proses


pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses pengajaran
tersebut. Ia dapat mengubah tingkah laku, membina dan mengembangkan aspek rohani,
minda serta jasad pelajar.

Dalam bahasa yang mudah, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham,
menghayati bahan yang diajar, meningkat kemahiran dalam aspek kognitif dan
manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses
pengajaran yang telah dijalani. Oleh itu amalan pengajaran guru yang berkesan bermakna
pengajaran guru tersebut di anggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan
kaedah pengajaran, menyediakan alat bantu mengajar (ABM), dan mendalami isi
kandungan yang hendak di ajar.

Selain itu, guru juga perlu mengetahui akan kebolehan pelajar menerima
pelajaran, memberi motivasi supaya mereka minat belajar, dapat mengawal kelakuan
pelajar, mengumpulkan pelajar mengikut kebolehan, dan memberi penilaian atau ujian
yang kerap kepada pelajar. Dengan kata lain, pengajaran yang berkesan merupakan
kebolehan guru itu sendiri untuk mengajar dengan baik dan berkesan, dan dapat
memotivasikan pelajar untuk terus belajar bagi mencapai kecemerlangan

-1–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

1.2 TEKNIK

Perbincangan

Aktiviti di mana murid menyoal dan mengemukakan pendapat berlandaskan dalil


atau alasan yang sahih. Semasa perbincangan, murid perlu mempunyai fikiran terbuka
untuk menerima pendapat orang lain perbincangan perlu dijalankan semasa dan sebelum
sesuatu aktiviti. Dengan menggunakan teknik perbincangan, guru dapat menerapkan
nilai-nilai murni di dalam kumpulan tersebut seperti bekerjasama di dalam kumpulan,
hormat-menghormati dalam menerima pendapat ahli kumpulan dan melatih murid
menjadi berani semasa aktiviti ini dijalankan. Walau bagaimanapun, pengajar perlu
membimbing pelajar untuk menjalankan perbincangan sama ada dalam kumpulan besar
atau pun kumpulan kecil selepas ditugaskan membuat rujukan atau kajian.

Topik perbincangan mestilah sesuai dengan objektif dan minat murid-murid


tambahan pula guru perlu menentukan objektif perbincangan iaitu sama ada perbincangan
itu adalah untuk mengumpul fakta atau menyelesaikan sesuatu masalah. Peranan guru
dalam situasi perbincangan iaitu sebagai pemudah cara dan membimbing murid
sepanjang sesi perbincangan. Seterusnya, guru juga perlu mengemukakan soalan-soalan
divergen dan menggalakkan murid-murid untuk menyoal idea-idea rakan-rakan mereka.
Semasa perbincangan, guru perlu mengawal aktiviti-aktiviti perbincangan supaya murid-
murid menumpukan perhatian. Guru juga mesti meneliti tingkah laku murid agar mereka
tidak menyeleweng atau bermain-main dalam satu sesi perbincangan. Pada akhir satu sesi
perbincangan, guru bersama murid-murid harus merumuskan isi-isi penting terhadap
penyelesaian masalah dalam perbincangan.

Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan


strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah
dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar. Saya juga
menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti slaid, gambar, model, benda konkrit,
bahan bercetak, kad arahan dan silang kata dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat

-2–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

tugasan dan juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsang
murid–murid supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja
rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat
bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan yang diberikan seperti di dalam
kumpulan.

Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan
bakatnya supaya banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah
penonton dan dia akan menyaksikan pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam
kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus strategi yang sesuai untuk
mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan
untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.

1.3 PENERAPAN NILAI MURNI

Penegasan untuk amalan 16 nilai murni yang dikemukakan oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia (1994) menyenaraikan nilai murni seperti baik hati, berdikari, hemah
tinggi, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan
fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional
dan semangat bermasyarakat

Sufean Hussin (1989) menjelaskan bahawa pengajaran dan penyerapan nilai


dalam kurikulum kepada semua mata pelajaran melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran boleh dilaksanakan dengan berkesan serta bersesuaian dengan pelaksanaan
Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
(KBSM). Setelah lebih kurang 17 tahun (1988 –2005) berlangsung usaha penyerapan
nilai murni yang dianjurkan sebagai merentasi kurikulum dan kokurikulum, pihak
kerajaan Malaysia telah memperkukuhkannya semula melalui Kempen Budi Bahasa dan
Nilai-Nilai Murni yang diisytiharkan pada 11 Januari 2005, di Istana Budaya Kuala
Lumpur (Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan, 2005).

-3–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

1.4 PENGAJARAN YANG BERKESAN

Kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah
penyampaian yang tersusun (Mok Soon Sang 1992). Manakala teknik pula ialah
kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Azman Wan Chik (1987) teknik itu apa
yang dilihat dalam bilik darjah. Sekiranya seorang guru Kajian Tempatan mengajar
pelajar bentuk muka bumi Malaysia dengan menayangkan gambar dan alat-alat
komunikasi canggih dalam makmal, maka ini dikatakan teknik.

Kaedah harus berubah mengikut keadaan masa, tempat dan pelajar. Dengan
demikian, guru harus pandai memilih kaedah yang baik, yang sesuai dengan keadaan
masa, tempat dan pelajar. An-Nashmy (1980) mencadangkan supaya guru memilih
kaedah yang boleh memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada kefahaman
pelajar yang diajar, malah yang memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan
pelajar. Dengan cara ini pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati
pelajaran dengan lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru
haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan ditambah
pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang
tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu, matlamat yang
hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi pengajaran ialah satu yang sangat
penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Congelosi (1992)
mencadangkan bahawa setiap pengajaran harus terlebih dahulu disediakan rancangannya
dan dalam rancangan pengajaran ini harus mempunyai perkara-perkara berikut, iaitu:
• Tujuan am (learning goal)
• Objektif pelajar (specific objective)
• Langkah-langkah pengajaran yang mengandungi aktiviti-aktiviti tertentu untuk
menolong pelajar mencapai objektif pelajaran
• Perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar
• Penilaian (sumative evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar
-4–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ini ialah
guru yang dedikasi, mempunyai wawasan yang jelas dan mengajar dengan penuh
semangat untuk mencapai objektif yang terancang dengan langkah-langkah yang tersusun
dengan menggunakan BBM yang menarik dan dengan pergerakannya yang cukup lincah
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki kelas. Ini
termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan, objektif yang hendak
dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM yang sesuai dan penilaian
yang akan dijalankan. Satu yang perlu diingatkan ialah tentang penerapan nilai-nilai
murni dan unsur patriotisme. Ini juga harus dirancang dengan saksama. Iaitu apa yang
hendak dipesan kepada pelajar, apa nasihat yang akan diberi, apa nilai yang hendak
ditonjolkan supaya pelajar ikut dan contohi dan sebagainya.

-5–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

1.6 RUMUSAN.

Bagi menghadapi cabaran menjelang tahun 2020, negara memerlukan generasi


guru yang benar-benar berwibawa. Guru mempunyai peranan yang paling besar,
khususnya dalam mengawal keseimbangan moral murid-murid. Guru turut mempunyai
tanggungjawab dalam mengawasi disiplin murid, agar mereka tidak hanyut dalam arus
pembangunan kemewahan kebendaan yang begitu deras sekali. Pembangunan
kemewahan yang tumbuh begitu cepat, mudah sekali menghasilkan kemusnahan baik
pada alam fizikal, biologi, bahkan juga pada keruntuhan rohani dan kejiwaan.

Tanggungjawab untuk menyediakan generasi yang seimbang dan harmonis dari


segi jasmani, rohani, emosi dan intelek bagi menjayakan hasrat Falsafah Pendidikan
Negara bukanlah suatu yang mudah. Dengan adanya Falsafah Pendidikan Negara, guru-
guru haruslah mencuba sedaya upaya dalam menerapkan nilai-nilai murni menerusi
inisiatif mereka sendiri. Walaupun telah ada Falsafah Pendidikan Negara, tanpa
perubahan yang dilakukan oleh guru-guru sama ada dari segi perbuatan atau tutur kata,
maka segala yang diharapkan tidak akan terlaksana. Guru-guru adalah model. Oleh itu
guru-guru perlulah berusaha agar menjadi model yang baik walaupun diketahui bahawa
untuk menerapkan nilai-nilai murni, bukanlah suatu perkara yang mudah.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk memastikan


tercapainya setiap falsafah yang dibentuk iaitu Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah
Pendidikan Guru dan seterusnya matlamat Wawasan 2020.

SOALAN 2

Pilih salah satu huraian sukatan pengajaran Kajian Tempatan. Kemudian, anda
dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dengan
memasukkan elemen Teknologi Maklumat ke dalam RPH berkenaan. RPH
hendaklah mengikut format seperti dalam modul untuk pengajaran selama 60
minit. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) anda mestilah mengandungi prosedur
pelaksanaan (langkah), elemen pembelajaran bestari dan catatan.

-6–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

2.1 RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KAJIAN TEMPATAN

Nama Guru: Norizam Bin Jaaman Mata Pelajaran:


Kajian Tempatan
Tahun/Kumpulan : 5 OUM2 Umur : 11 Tahun Bilangan : 25 Orang
Tarikh : 19 Januari 2010 Masa : 9.00 pagi – 10.00 pagi. Jangka Masa : 60 Minit
Tema: 3 Mengenal Negara Topik : 3.2 Geografi Fizikal. Subtopik : a. Bentuk
Kita. muka bumi
i. Pelbagai bentuk
muka bumi negara
Malaysia.
ii. Kepentingan bentuk
muka bumi

Ringkasan Isi Pelajaran:


1. Pelbagai bentuk muka bumi negara Malaysia seperti tanah tinggi, tanah pamah,
saliran sungai, pinggir laut dan kepulauan.
2. Kepentingan bentuk muka bumi.
a. tanah tinggi : Menjana kuasa hidroelektrik, Pelancongan, Pertanian
b. tanah pamah : Penempatan, Perindustrian, Pertanian, Jaringan Pengangkutan
c. saliran sungai : Perikanan, Jalan perhubungan, Sumber pengairan dan minuman
d. pinggir laut : Perikanan, Pelancongan, Pelabuhan
e. kepulauan : Perikanan, Pelancongan, Pelabuhan
3. Contoh kawasan bentuk muka bumi negara Malaysia.
Hasil Pembelajaran :
1. Menyenaraikan bentuk muka bumi Malaysia.
2. Menerangkan kepentingan bentuk muka bumi Malaysia.
Objektif Eksplisit: Semasa dan akhir pengajaran ini, murid-murid dapat,
1. Menyenaraikan 5 bentuk muka bumi di Malaysia dengan betul.
2. Menyatakan dengan betul sekurang-kurang 2 daripada 3 setiap kepentingan
bentuk muka bumi Malaysia

-7–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

Pengetahuan Sedia Ada:


1. Murid pernah melawat tempat pelancongan seperti Port Dickson, Cameron
Highland, Pulau Langkawi dan sebagainya.

2. Murid pernah mempelajari tajuk keadaan muka bumi semasa Tahun 4

3. Murid mengetahui tempat tanah tinggi, tanah pamah, sungai, pinggir laut dan
kepulauan.

Nilai Murni:
Kesyukuran, kerjasama, hormat-menghormati, jujur, berani, yakin, berbangga.

Unsur Patriotisme:
1. Berbangga dengan kepelbagaian bentuk muka bumi di Malaysia.
2. Menyedari kepentingan bentuk muka bumi terhadap ekonomi negara

Sumber Pengajaran Pembelajaran (SPP)


Bil. Perkara Kuantiti
1. Silang kata 25 helai
2. Laptop dan LCD sebuah
3. Slaid Bentuk Muka Bumi
4. Kad arahan 4 helai
5. Lembaran kerja kumpulan 4 helai
Elemen Pembelajaran Bestari:
1. Microsoft Office PowerPoint 2003
2. Kecerdasan Pelbagai – Verbal-Linguistik, naturalis, interpersonal, intrapersonal.
3. Kemahiran Belajar – mengingat, merumus
4. Pembelajaran konstruktivisme dan koperatif
5. Kemahiran Berfikir - Menghubungkait, , menjana idea, mengkategori, merumus.

-8–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

Prosedur Pelaksanaan Elemen Pembelajaran Catatan


Bestari
Set Induksi / Masa 5 minit

1. Murid diminta melihat tayangan Kecerdasan Pelbagai: Sumber:


pelbagai bentuk muka bumi di Linguistik, naturalis -Slaid bentuk
Malaysia muka bumi.
2. Murid bersoal jawab tentang Kemahiran Berfikir: -LCD.
pelbagai bentuk muka bumi di menghubung kait -Laptop
tempat mereka dan kepentingannya.
3. Jawapan murid dikaitkan dengan Pembelajaran Nilai:
tajuk hari ini iaitu Bentuk Muka Bumi konstruktivisme Bersyukur,
di Malaysia dengan Kepentingannya. menghargai

Langkah 1 / Masa 15 minit


1. Beberapa orang murid disoal tentang Kecerdasan Pelbagai: Sumber :
bentuk muka bumi di Malaysia. Interpersonal, -Slaid
2. Murid menyatakan kepentingan Verbal – linguistik
bentuk muka bumi Malaysia. Unsur
3. Guru menerangkan tentang bentuk Strategi: Patriotisme:
muka bumi di Malaysia. Perbincangan Berbangga dengan
4. Perbincangan dijalankan. negara sendiri

Langkah 2/ Masa 15 minit


1. Murid dibahagikan kepada empat Kecerdasan Pelbagai: Sumber:
kumpulan. Interpersonal, -kad arahan.
2. Murid di tugaskan membuat Intrapersonal, -lembaran kerja
perbincangan di dalam kumpulan Verbal - linguistik
untuk mendapatkan maklumat Nilai:
dengan ahli-ahli kumpulannya Kemahiran Berfikir : Bekerjasama,
mengenai kepentingan bentuk muka Menjana idea, hormat-

-9–
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

bumi. mengkategori menghormati,


3. Tiap-tiap kumpulan dibahagikan kad berani, berfikiran
arahan mengikut tajuk yang Pembelajaran terbuka
berlainan, iaitu: Koperatif
Kumpulan 1: Menamakan
kawasan tanah tinggi dan Strategi: Perbincangan
kepentingannya kepada ekonomi
negara.
Kumpulan 2: Menamakan
kawasan tanah pamah dan
kepentingannya kepada ekonomi
negara.
Kumpulan 3: Menamakan
kawasan saliran dan
kepentingannya kepada ekonomi
negara.
Kumpulan 4: Menamakan
kawasan pinggir laut dan pulau
dan kepentingannya kepada
ekonomi negara.
4. Guru meminta kumpulan tersebut
mencatat maklumat dalam lembaran
kerja yang diberikan oleh guru
seperti di bawah:

Bil Bentuk Kepentingan Contoh


Muka Kawasan
Bumi
1. Tanah
Tinggi

- 10 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

2. Tanah
Pamah
3. Sungai
4. Pinggir
Laut
dan
Pulau

5. Perbincangan dalam kumpulan


dihadkan selama 10 minit.
6. Wakil setiap kumpulan diminta
membentangkan hasil perbincangan
di hadapan kelas.
7. Guru memantau hasil pembentangan
murid dan memberikan penerangan
lanjut tentang hasil bentuk muka
bumi Malaysia.

Langkah 3/ Masa 15 minit


1. Guru memberi lembaran kerja yang Kecerdasan Pelbagai: Sumber :
mempunyai teka silang kata kepada Interpersonal, Lembaran kerja
semua murid. Verbal - linguistik silang kata.
2. Murid diminta melengkapkan silang
kata ini dalam masa 8 minit. Kemahiran Berfikir : Nilai:
3. Sesi perbincangan dijalankan. Menghubung kait, Jujur dan yakin.
mengingat dan menjana Menyedari
idea. kepentingan
bentuk muka bumi
terhadap ekonomi
negara

- 11 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

Penutup/ Masa 5 minit Sumber:


1. Beberapa orang murid dipilih untuk Kecerdasan Pelbagai:
membuat rumusan tentang pelajaran Interpersonal, Nilai:
hari ini. Verbal – linguistik Yakin, berani,
2. Guru membimbing murid dalam muzik berbangga,
membuat rumusan. bersyukur dan
3. Guru menayangkan slaid tentang Kemahiran Belajar : menghargai
refleksi minda. Kemahiran mengingat Unsur:
4. Pengajaran diakhiri dengan lagu dan merumus Berbangga dengan
PERMAINYA BUMI MALAYSIA. kepelbagaian
bentuk muka bumi
di Malaysia.

Refleksi P&P ( ditulis sebaik sahaja tamat melaksanakan pengajaran)

2.2 ELEMEN BESTARI


Elemen bestari yang saya gunakan dalam rancangan pengajaran harian ini seperti
• Microsoft Office PowerPoint 2003
• Kecerdasan Pelbagai – Verbal-Linguistik, naturalis, interpersonal, intrapersonal.
• Kemahiran Belajar – mengingat, merumus
• Pembelajaran konstruktivisme dan koperatif
• Kemahiran Berfikir - Menghubungkait, , menjana idea, mengkategori, merumus.

- 12 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

2.3 REFLEKSI

Refleksi merupakan satu unsur yang penting dalam perkembangan profesinal


guru-guru. Refleksi ialah satu proses yang melibatkan seseorang berusaha mengingat dan
merenung kembali aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dialaminya,
menganalisis serta menilai kesannya. Selain itu, termasuklah memikirkan cara untuk
membaiki dan merancang dengan mengubahsuai untuk digunakan dengan lebih berkesan
pada masa depan. Refleksi juga boleh ditakrifkan sebagai sesuatu aktiviti yang mengkaji
semula proses keberkesanan pengajaran pembelajaran yang telah dilakukan melalui
renungan atau penilaian kendiri dengan tujuan mempertingkatkan kemahiran guru.

Pelbagai strategi pengajaran diperlukan bagi menghasilkan pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan. Dalam mempraktikkan pelbagai strategi ini
berkemungkinan ada guru yang merasakan kurang selesa dengan sesetengah strategi yang
digunakan. Cara terbaik bagi menilai gaya pengajaran adalah dengan melakukan refleksi
kendiri. Fry et al. (2003) mengatakan bahawa refleksi memainkan peranan penting in
transforming and integrating new experiences and understanding with previous/existing
knowledge. Ini bermakna refleksi menjadi kunci kepada pembelajaran melalui
pengalaman. Untuk memahami gaya pengajaran dan belajar cara mengajar bagi menjadi
guru yang aktif dan mempunyai arah tuju yang jelas, amalan refleksi dapat membantu
menilai pencapaian kendiri. Kemahiran refleksi boleh diperoleh melalui pelbagai latihan:
 menyediakan diari/catatan selepas setiap pengajaran
 menggunakan analisis kritikal insiden semasa pengajaran
 menyediakan soalan tentang aspek yang ingin di perhati/dikaji dan
menjawab persoalan tersebut selepas pengajaran
 menggalakkan pemerhatian rakan sebaya dan berkongsi maklumat selepas
pengajaran
 menggunakan pandangan, cadangan dan komen pelajar sama ada yang
melibatkan aspek kognitif, afektif atau hubungan interpersonal khususnya
selepas satu-satu tajuk

- 13 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

 membuat rakaman video dan menilai aspek yang ingin diperbaiki sama ada
selepas satu tajuk atau sesuatu program tamat

Menjadi pengamal reflektif (reflective practitioner) amatlah penting bagi seorang


guru yang menjadi pakar dalam tugas pengajaran. Aktiviti reflektif ini boleh dilaksanakan
secara berterusan dalam tiga peringkat:
i. Sepanjang masa aktiviti pengajaran berjalan
ii. Selepas tamat satu tajuk
iii. Selepas tamat satu program

Bagi membantu mengubah atau menambah baik amalan pengajaran setiap apa
yang dinilai perlu direkodkan. Rekod ini boleh dilaksanakan secara penyediaan log
pembelajaran. Log/diari ini perlu mencatatkan perkara berikut:
• Dapatan daripada refleksi kendiri
• Perubahan yang diperlukan/dicadangkan
• Perkara tertentu yang perlu diberi perhatian untuk memperbaiki pengajaran
• Rancangan bagi memperbaiki pengajaran
• Tindakan susulan yang patut dilaksanakan

Dengan membuat refleksi, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga cuba menggunakan pengalaman-
pengalaman sedia ada untuk menimbangkan kemungkinan-kemungkinan tindakan
alternatif untuk mencapai objektif penyelesaian masalah serta mengambil tindakan
susulan untuk meningkatkan mutu pengajaran pembelajaran.

- 14 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

2.4 RUJUKAN

An-Nashmy, Ajil Jasim (1980). Ma`alim fit-tarbiyah. Kuweit: Makatabah Al-Manar.

Azman Wan Chik (1987). Kaedah Hayati Amali. Kuala Lumpur:


Karya Bistari.

Ee Ah Meng. (2002). Pedagogi III Edisi Kedua, (Semester III). Shah Alam, Selangor:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Omardin Ashaari (1998). Peranan, Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

Laman Web
http://www.scribd.com/doc/16678753/BENTUK-MUKA-BUMI
http://www.scribd.com/doc/6978100/KajianTempatanTahun5
http://pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm
http://guabama.wordpress.com/2009/07/29/kaedah-pengajaran-berkesan/

- 15 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002
HBSS 1103 PENGENALAN PENGAJIAN SOSIAL

2.5
LAMPIRAN

- 16 –
NORIZAM BIN JAAMAN
NO MATRIX:820917015719002

Anda mungkin juga menyukai