Anda di halaman 1dari 98

Lynn Allyna

Bab 1
S
UKAR benar hendak melelapkan
mata. Sekejap dia berpaling ke
kiri, sekejap ke kanan. Semuanya
serba tak kena malam ini. Kata-kata mama siang tadi masih
bermain-main di kepalanya. Masih terngiang-ngiang di
telinganya. Penat berbaring, dia duduk bersila di atas katil.
Tidak tentu arah dibuatnya.
“Abang Syam nak bertunang minggu depan.”
Sebaris ayat yang cukup membuatkan jantungnya
rasa hendak gugur. Nafas terasa tersekat di kerongkong.
“De... dengan siapa, ma?”
Dia tiba-tiba sebak. Nak menangis dah ni...! Tenang
Nana, tenang!
“Dengan makwe dia la. Mama pun tak kenal lagi.
Minggu depan pergi merisik lepas tu terus bertunang.”
Abang Hisyam nak bertunang? Betul ke apa yang
aku dengar ni? Aduh… tak boleh terima. Cinta pertama aku
tu...! Abang, kenapa tak tunggu Nana...?
Kau gila, Nana. Dia tukan sepupu kau. Jangan harap

1
Sepupuku Suamiku

mama dengan papa nak bagi kau kahwin dengan Abang


Hisyam, tau!
Apa salahnya kahwin dengan sepupu? Tak haram,
kan?
Memanglah... tapi Abang Hisyam tu suka kat kau
ke? Entah-entah kau aje yang syok sendiri. Makwe dia lagi
cantik agaknya. Setakat orang macam kau ni, dia nak
pandang ke?
Tak kira... cantik ke tak cantik ke... Abang Syam!
Nak kahwin dengan abang...! Huk huk huk….
Akhirnya Nana tertidur setelah penat bermonolog
sendiri. Apalah nasib, terjatuh cinta dengan sepupu sendiri.
Mana tak jatuh cinta? Hisyam sikit punya handsome. Doktor
pulak tu! Aduh... silap-silap bukan saja bini orang, nenek
orang pun boleh jatuh cinta dengan doktor handsome tu.

“KENAPA tak nak balik? Bukannya jauh sangat pun. Kak


Yaya pun boleh pergi ambil,” tukas Zahlia. Ada-ada saja budak
sorang ni. Sepupu sendiri bertunang pun tak nak balik.
“Tak apalah Kak Yaya. Nana banyak assignment nak
kena submit next week. Alah, tunang aje, kan? Nanti kalau
Abang Syam kahwin... Nana balik, okey?” pujuk Nana. Gila ke
nak pergi majlis tunang Abang Syam. Nanti aku menangis kat
depan tu, tak pasal-pasal buat ‘drama bajet murah’. Kantoi!
“Hmmm... suka hati Nanalah. Tapi nanti kalau Nana
tiba-tiba rasa nak balik, bagitau akak ye! Nanti akak pergi
jemput.”
Beria-ia Zahlia menyuruhnya pulang. Bukan apa,
sekurang-kurangnya dia ada juga teman kerana hanya dia

2
Lynn Allyna

seorang sahaja anak dara dari pihak lelaki di majlis itu. Segan
pula rasanya. Kalau Nana ada, mungkin tidaklah dia kekok
sangat.
“Insya-Allah,” balas Nana.
Insya-Allah tak. Aku tidak akan berubah fikiran.
Simpang malaikat empat puluh empat. Kesian Kak Yaya.
Mesti dia nak aku temankan dia. Yelah, kami memang rapat
sangat macam adik-beradik. Kak Yaya adik bongsu Abang
Syam. Baru saja menamatkan pengajian tahun lepas.
Sekarang sudah bekerja sebagai peguam, desis hati Nana.
Nana menekup mukanya dengan bantal. Jiwanya
rasa tertekan. Macam mana dia nak hadapi semuanya nanti?
Sekarang bolehlah dia mengelak. Abang Hisyam tak ada
depan mata. Nanti, kalau dia pulang ke kampung dan jumpa
dengan lelaki itu, macam mana dia nak berdepan? Lebih
dahsyat jika ada wanita lain yang memeluk mesra lengan
abang sepupunya itu. Makin sakit hatinya. Nana menggeleng-
gelengkan kepalanya laju. Tidak mahu dia bayangkan semua
itu. Tidak mahu semua itu terjadi kepadanya. Dia tidak
sanggup hendak melihat semua perkara itu terjadi di hadapan
matanya. Kenapalah aku jatuh cinta dengan dia? Tak ada
lelaki lain ke dalam dunia ni? Kenapa mesti dia? Hati Nana
menjerit. Sakit dadanya bagaikan dihempap dengan batu
besar.
Sebab kau memang ditakdirkan untuk jatuh cinta
dengan dia. Kenapa nak dihalang? Biarkanlah. Kalau ada
jodoh takkan ke mana.... Ya, kalau jodoh tak akan ke mana.
Tapi kalau tak ada jodoh? Nana semakin kalut. Tidak dapat dia
bayangkan jika Abang Hisyam tidak menjadi miliknya.
Mungkin dia tidak akan kahwin sampai bila-bila. Dia tidak
sanggup menyerahkan hati dan jasadnya pada orang lain.
Tidak boleh!

3
Sepupuku Suamiku

Bab 2
M
EREKA semua tengah
bergembira sakan sekarang
ini. Yelah, majlis pertunangan,
mestilah gembira. Takkan nak sedih-sedih. Nanti jadi macam
majlis orang mati pulak. Hanya aku saja menangis tidak
henti-henti. Siapa tak sedih... cinta pertama kena kebas.
Sampai hati Abang Syam....
Kau ni pun satu. Manalah Abang Syam tu nak tahu
kau suka kat dia? Kau bukannya pernah bagitau dia!
Takkan nak bagitau? Malulah aku!
Habis tu? Bukan salah Abang Syam kalau dia nak
tunang ke... kahwin ke dengan orang lain.
Tapi, takkan dia tak boleh rasa aku syok separuh
mati kat dia?
Lelaki... mana tahu perasaan perempuan macam
mana. Ego!
Ah, lantaklah! Yang penting, kalau jadi bini nombor
dua pun tak kisah.

4
Lynn Allyna

Hah? Bini nombor dua? Kau biar betul, Nana! Isy


gila la kau ni. Dah tak ada jodoh nak buat macam mana....
“Arghhh! Tensionnya!!!” jerit Nana.
“Wei, terkejut beruk aku. Kau ni, nak mengamuk
pun tengok tempatlah!” Farah yang sedang layan permainan
komputer terperanjat mendengar jeritan Nana.
“Ops... sorry. Tak sengaja.” Nana tersenyum
kambing.
“Kau ni kenapa? Sawan ke?” perli Farah. Dia
menumbuk bantal. Dia kalah lagi. Semuanya gara-gara
jeritan Nana yang tiba-tiba itu. Kalau tidak, pasti dia sudah
dapat kalahkan lawannya.
“Isy, ke situ pulak kau ni. Muka lawa aku ni ada
nampak macam orang sawan ke?” Perasan betul!
“Banyak la kau punya lawa. Cantik lagi amoi jual
buah kat market tu, tau?” perli Farah lagi. Padan dengan
muka Nana. Biar dia tahu sikit.
“Kurang asam kau, Farah. Ambik kau!”
Gedebuk! Bantal busuk tepat mengena ke muka
Farah.
“Kurang garam kau, Nana. Tunggu kau!”
Alamak, kena selamatkan diri ni! Nana sudah buka
langkah seribu. Sudah tawaf satu rumah budak tidak cukup
umur dua orang ini. Sekejap Nana menjerit sebab kena baling
bantal dengan Farah, sekejap lagi pula Farah yang menjerit.
“Ya Allah...! Korang ni apa hal? Baru terlepas dari
Tanjung Rambutan ke?” tegur Suria yang baru balik dari
perpustakaan. Dia terkejut melihat dua orang temannya yang
berlari-lari di sekeliling rumah. Tak ingat dunia!
Gedebuk! Muka Suria pula jadi mangsa.

5
Sepupuku Suamiku

“Woi, siap kau aku kerjakan!” Suria juga ikut sama


berlari keliling rumah. Sekarang, dia pulak yang jadi macam
orang gila terlepas dari Hospital Tampoi.
“Sudahlah! Aku dah tak larat ni. Dahlah baru balik
dari library, makan pun belum tau! Lapar selapar-laparnya ni.
Korang berdua dah makan ke? Jomlah kita pergi makan,”
ujar Suria yang sudah terduduk di kerusi. Dia mengusap
perutnya yang lapar. Tubuhnya sudah terasa lembik
dikerjakan budak berdua itu.
“Aku pun belum makan. Ajak amoi ni, dia tak nak.
Asyik termenung layan perasaan. Entah apa yang dia fikirkan
pun aku tak tahu,” balas Farah.
Farah dan Nana kelihatan termengah-mengah.
Mahunya tak penat. Kalau di atas jalan yang lurus, agaknya
hampir satu kilometer juga mereka berkejaran.
“Suka hati akulah. Sibuk aje!” Nana tarik muka. Dia
pun lapar juga. Tetapi apabila memikirkan keluarganya
sedang bergembira menyambut bakal orang baru, dia terus
tidak berselera untuk menjamah makanan. Terlampau kecewa
agaknya.
“Hah Farah, kalau kau lapar, jom ikut aku. Jangan
layan budak tak berapa nak betul ni. Kalau nak tunggu dia
habis berangan, sampai esok pun kita tak makan.” Giliran
Suria pula memerli.
Semakin panjang muncung Nana apabila Suria
memerlinya. Mereka berdua tidak tahu apa perasaannya
sekarang. Tetapi biarlah dia sendiri sahaja yang rasa. Ini
rahsia hatinya. Tidak perlu dikongsi.
“Betul tu. Kalau dilayan, alamatnya tinggal
tulanglah kita. Kau tunggu kejap. Aku pergi salin baju.”
Farah berlari masuk ke biliknya.

6
Lynn Allyna

Nana masih mendiamkan diri.


Suria cuba menahan tawanya daripada terhambur
keluar.
“Kau betul tak nak makan ni, Nana? Nanti kalau
kau lapar, kita orang tak nak tolong,” tanya Suria meminta
kepastian. Dia tahu, daripada air muka Nana, jelas
menunjukkan gadis itu lapar. Selalunya, Nanalah orang
pertama yang mengajak mereka berdua makan. Tetapi entah
kenapa hari ini dia tidak mahu makan pula.
“Betul. Kau sajalah pergi. Tinggalkan aku sorang-
sorang kat sini. Aku tak kisah,” kata Nana, seperti merajuk
sahaja bunyinya. Bantal busuknya dipeluk.
Farah keluar setelah bertukar pakaian.
Suria bingkas bangun dan membuntuti langkah
Farah.
“Eh Suria, tolong tapaukan aku mi goreng mamak
satu. Guna duit kau dulu, tau! Aku malas nak ambil duit
dalam bilik.” Nana tersengih macam kerang busuk.
Farah di luar sudah mencebik.
“Yelah.” Jawab Suria pendek. Tadi beria-ia tidak
mahu makan. Sekarang, tahu pun lapar. Apa-apa sajalah
temannya yang seorang ini.
Abang Syam, kenapa cepat sangat abang nak
kahwin? Sekurang-kurangnya tunggulah setahun dua lagi.
Tapi... kalau Abang Syam masuk meminang Nana sekarang
pun, Nana sanggup tau!
Gatal! Belajar pun tidak habis lagi, sudah fikir
tentang kahwin!

7
Sepupuku Suamiku

Bab 3
C
UTI semester memang
membosankan walaupun hanya
dua minggu sahaja. Tidak tahu
hendak buat apa. Makan tidur sahaja. Hendak keluar dengan
teman-teman, malas. Sudahnya, duduk sahajalah di rumah
jadi penunggu tetapi penakut.
Sedang Nana seronok melayan rancangan TV Tom
and Jerry, tiba-tiba sebuah kereta CR-V meluncur laju
memasuki pekarangan rumahnya.
Siapalah pulak datang pagi-pagi ni? Tudung yang
tersedia di atas sofa disarungkan ke kepala.
“Assalamualaikum....”
Kedengaran suara wanita memberi salam.
“Waalaikumussalam. Oh, mak long. Ingatkan siapa
tadi? Masuklah. Nanti Nana panggilkan mama.”
Tangan ibu saudaranya disalami. Senyum terukir di
bibir kedua-duanya. Baru sahaja hendak dipanggil, mamanya
sudah muncul dahulu.

8
Lynn Allyna

“Kenapa kak long tak bagitau nak datang?” tegur


Puan Rosmah. Tangan kakak sulungnya disalami.
“Saja....”
Senyuman Nana mati apabila ternampak kelibat
seseorang. Aduh! Jantungnya berdegup laju. Wajah yang
dirindui siang dan malam walaupun sudah menjadi tunangan
orang. Pergerakannya kaku. Mata tidak lepas memandang
wajah kacak abang sepupunya itu. Alahai, makin
handsomelah pulak aku tengok. Sabar, Nana. Behave
yourself. “Eh, Abang Syam pun ada? Duduklah.”
Hisyam tersenyum memandang adik sepupunya itu.
Alamak, cair aku dibuatnya. Lemah lutut aku
macam ni.
“Hmmm... Nana dengan Syam borak-boraklah dulu,
ya. Mama dengan mak long nak ke dapur sekejap,” usul Puan
Rosmah sambil menarik tangan kakaknya ke dapur. Seperti
ada perkara mustahak sahaja yang harus dibincangkan tanpa
kehadiran anak masing-masing.
Nana buntu. Borak berdua dengan Abang Syam? Ni
yang lemah ni. Aku nak cakap apa? Nana gelisah. Dipandang
wajah abang sepupunya yang hanya berlagak selamba. Dia
juga sedang cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti biasa.
Tetapi dia tidak boleh kawal diri.
Cakap pasal Tom and Jerry tadi aci tak? Dia berkira-
kira di dalam hati apabila suasana masih lagi senyap. Hisyam
juga diam tidak berkata apa-apa. Dia bertambah gelisah.
“Hmmm… Nana apa khabar? Lama tak jumpa. Dah
lain abang tengok.” Agak lama barulah Hisyam membuka
bicara. Dia sebenarnya tidak tahu apa yang harus dibualkan.
Itu mungkin satu permulaan yang baik, fikirnya.

9
Sepupuku Suamiku

“Hah? Okey aje.” Nana hanya mampu tersenyum.


Nak cakap apa? Aku malulah. Sambung tengok Tom
and Jerrylah. Matanya tepat memandang ke skrin televisyen.
Mindanya melayang entah ke mana.
“Bila habis study?” tanya Hisyam.
“Minggu depan,” selamba Nana menjawab. Padah
apabila otak melayang ke tempat lain. Telinga pun jadi kurang
mendengar. Mulalah otak mentafsir perkara yang salah.
“Hah? Minggu depan?” Hisyam hairan.
Biar betul sepupu aku ni! Takkan minggu depan
habis belajar sekarang dia masih duduk berehat di sini?
“Eh, abang tanya apa tadi?”
Apa aku jawab tadi? Malunya… mana nak sorok
muka ni? Dalam mangkuk jamban, aci?
“Abang tanya, bila habis study?” ulang Hisyam
sambil tergelak halus.
Berangan ke minah ni? Atau syok sangat tengok
kartun kat TV tu?
“Hmmm... bulan lima ni.”
Eee... malunya tidak tahu nak cakap. Itulah...
control sangat. Kan dah malu! Air teh diteguk perlahan. Cuba
mengawal getaran di jiwanya. Jantung pun sedari tadi asyik
dup dap dup dap.
“Nantilah saya cakap macam mana. Benda macam
ni tak boleh buat main-main, kak.”
Kedengaran suara Puan Rosmah yang baru keluar
dari dapur bersama kakak sulungnya.
Puan Hasnah mengangguk. “Ye la. Tapi akak harap
sangat kat Mah.”

10
Lynn Allyna

Puan Rosmah mengangguk lemah.


Apesal lain macam aje muka mama? Tadi elok aje.
Bukan main ceria bila mak long datang.
“Nana, mak long balik dulu ya. Dah nak tengah hari
ni. Senang-senang datanglah rumah.”
Nana sekadar mengangguk. Tangan mak longnya
disalam. Wajah Abang Syam dipandang sekilas. Tak sanggup
tenung tunang orang lama-lama. Nanti tak boleh tidur pulak!
“Kenapa mak long tadi tu ma? Pelik saja Nana
tengok. Orang nak dapat menantu mestilah happy, tapi mak
long tu macam sedih saja?”
Hu hu hu. Taktik korek rahsia tu. Maklumlah, tadi
mak longnya cakap dengan mama kat dapur. Macam ada
rahsia kerajaan saja.
“Tak ada apa-apalah. Penat agaknya. Yelah, sorang-
sorang buat persiapan,” dalih Puan Rosmah. Belum masanya
untuk bercerita. Nantilah.
“Kesian mak long. Nantilah Nana pergi tolong.”
Kuat ke aku? Buat persiapan untuk perkahwinan
orang yang aku cinta? Menyesal pulak tawarkan diri tadi. Dah
terlepas, nak buat macam mana? Nasiblah kau Nana....

“NANA, mama nak cakap sikit boleh?”


“Alahai mama ni... cakap ajelah. Apesal tak boleh
pulak? Kelakarlah mama ni.”
Pelik betul mama ni. Bila pulak aku buat undang-
undang kena minta kebenaran dulu sebelum bercakap? Apa-
apa sajalah.

11
Sepupuku Suamiku

“Ni... pasal mak long tadi.”


Puan Rosmah masih teragak-agak mahu
meneruskan bicaranya. Dia tidak mahu anaknya terkejut. Dia
tidak mahu anaknya berada di dalam keadaan serba salah.
Eh, tadi kata tak ada apa-apa. Ni yang aku tak sedap
hati ni. Nana membetulkan kedudukannya. Dari wajah
mamanya, dia dapat mengagak ada sesuatu yang tidak kena
telah berlaku. “Kenapa pulak dengan mak long, ma? Tadi
mama kata tak ada apa-apa.”
Isy, suspenslah pulak mama aku ni.
Papa tenang menghadap Buletin Utama. Sesekali
memandang muka mama yang seakan meminta kekuatan.
“Macam ni... mama pun tak tahu macam mana nak
cakap.”
Puan Rosmah serba tak kena. Muka puteri
kesayangannya dipandang penuh kasih sayang. Entah apalah
agaknya reaksi anaknya nanti. Bolehkah diterima semua yang
akan dia katakan nanti?
“Kenapa ni mama? Papa? Cakaplah,” tanya Nana
semakin tidak sabar.
Apa yang susah sangat nak cakap ni? Nak suruh aku
jadi pengapit ke? Tapi takkanlah sampai susah nak cakap
macam ni? Nak suruh aku jadi pengantin? Bila-bila masa pun
boleh. Tak payah cakap, aku memang dah sedia. Tapi,
takkanlah kut!
“Tunang Syam mintak putus.”
Mata Nana membulat. Bagai tidak percaya dengan
apa yang baru didengarnya tadi. Mamanya tidak main-main,
kan? “Hah???”
Isy biar betul! Aku tak silap dengar ke ni? Isy, bukan

12
Lynn Allyna

ke dia orang nak kahwin dua minggu lagi? Nana semakin


gelisah. Duduknya juga sudah beralih. “Kenapa mama?”
Makin tidak sabar dia hendak mengetahui cerita
selanjutnya.
“Entahlah. Tak pulak mak long Nana bagitau.”
Itu baru permulaan. Ada lagi satu perkara yang
perlu anaknya tahu. Sangat penting. Lebih penting daripada
berita tadi.
“Habis tu, apa kena-mengena dengan Nana?”
Haah. Apa kena-mengena dengan aku? Lantaklah
tunang dia nak putus. Memanglah aku gembira, tapi kesian
mak long. Lagi dua minggu nak buat majlis, tup-tup tak jadi.
“Mak long mintak Nana jadi pengganti.”
Cekodok yang baru nak disuap ke mulut tergolek
jatuh ke atas karpet.
Aku bermimpi? Ganti? Kahwin dengan abang? Eh,
sekejap. Pipi ditampar beberapa kali. Sakit. Maknanya aku
tidak bermimpi.
“Nana? Dengar tak mama cakap apa ni?” Risau pula
Puan Rosmah melihat anak gadisnya yang kelihatan
tergamam. Kesian... tak pasal-pasal jadi mangsa.
“Mama biar betul! Mama jangan main-main dengan
Nana.”
Isy, mama ni nak bergurau pun tengoklah dulu.
Papa pun senyap saja. Bantah pun tidak, setuju pun tidak.
Nana menelan air liur. Muka mamanya tidak menunjukkan
yang wanita itu sedang bergurau.
“Buat apa mama nak main-main. Semua persiapan
dah hampir siap. Kad pun dah diedar. Pengantin pulak lari.
Mak long tak nak batalkan majlis tu. Syam pun dah setuju.”

13
Sepupuku Suamiku

Puan Rosmah mengusap kepala anaknya. Dia tahu memang


sukar hendak buat keputusan ini serta-merta. Perlu berfikir
panjang. Tambahan pula, Nana masih lagi belajar.
Abang Syam setuju kalau aku jadi pengganti? Yang
ni lagi aku tak percaya. Biar betul sepupu aku tu! Terbayang
wajah kacak abang sepupunya. Wajah selamba yang
menegurnya siang tadi.
Nana kelu seribu bahasa. Berkahwin dengan Abang
Syam memang impiannya, tetapi masalahnya... dia belum
habis belajar lagi. Malulah nanti dengan orang lain. Hatinya
berbelah bahagi. Tetapi kalau tidak ambil peluang itu
sekarang, ada lagikah peluang dia hendak kahwin dengan
Abang Syam? Macam mana kalau dia tolak, mak long cari
orang lain? Melepas dia!
“Mama tahu Nana susah nak buat keputusan. Nana
fikirlah dulu. Mama terima apa saja keputusan Nana.”
Kepala anak manjanya terus diusap dengan penuh
kasih sayang. Kesian anak aku... terpaksa membuat keputusan
sebesar ini pada usia yang masih mentah.

MALAM itu, tidurnya tidak lena gara-gara memikirkan perkara


yang dibangkitkan oleh mama siang tadi.
Aduh, macam mana nak buat ni? Nak buat solat
istikharah, hati tak kuat. Betul ke Abang Syam setuju? Isy,
tak percayalah aku. Biar betul mamat ni! Betul ke dia tak
kisah kahwin dengan aku? Patutlah muka dia tadi tenang aje.
Tapi takkan tak sedih putus tunang? Dengarnya dah lama
jugak dia orang bercinta. Sejak sama-sama belajar di
Australia dulu. Takkan tak rasa apa-apa kut? Isy, keliru aku.

14
Lynn Allyna

Ala... lelaki, mana nak tunjuk perasaan mereka depan orang,


kan?
Isy, siapa pulak call malam-malam buta ni? Kacau
orang tengah berangan sajalah. Alamak, Kak Yaya. Dia dah
tahu ke pasal ni? Mestilah mak long dah bagitau anak dia
sorang nikan?
“Dah tidur ke adik akak ni?”
“Belum la kak. Malam masih muda. He he he!”
“Tengah berangan ya?”
Aik, macam tahu-tahu aje kakak aku sorang ni. “Eh,
mana ada! Pandai ajelah akak ni.” Cover sikit!
“Manalah tahu dah berangan-angan pakai baju
pengantin,” serkap Zahlia.
Gulp!
Aduh, Kak Yaya ni. Dia pakai ilmu apa, ya? Nak
jugak aku belajar. Boleh jugak aku tahu Abang Syam tengah
buat apa sekarang ni. “Isy, ke situ pulak. Mana ada, kak.
Orang tengah baca magazine ni.”
Yelah tu. Majalah pun tak nampak batang hidung.
Bantal busuk adalah.
“Majalah pengantin ke? So, macam mana? Dah
sedia?” usik Zahlia lagi. Dia memang suka menyakat Si Nana
ni. Dari kecil sampai besar.
“Kak Yaya!!! Tak sukalah macam ni. Merajuklah!”
Nana tarik muka empat belas. Buruk benar. Dah macam
Joyah jual getah gayanya.
“Alahai merajuklah pulak. Tak apa, nanti akak
suruh Abang Syam pujuk, ya sayang.” Makin galak Zahlia
mengusik.

15
Sepupuku Suamiku

Nana sudah hendak menangis. Malu. Siap kau, kak.


Jumpa nanti tahulah apa Nana nak buat!
“Okeylah bakal kakak ipar, adik ipar tak nak
ganggulah orang tengah berangan ni. Jangan tidur lewat
sangat tau! Nanti tak berseri pulak kat atas pelamin.”
Zahlia sempat lagi menyakat.
“Kak Yaya!!!”
Geram betul dia dengan kakak sepupunya itu.
Tetapi di dalam hati, gembira juga.
Eh, tapi betul ke aku nak kahwin dengan Abang
Syam ni? Keputusan tak ada lagi ni. Kahwin ke tak nak? Isy,
nak kahwin pun susahlah. Adoi...!!!!

16
Lynn Allyna

Bab 4
“F
ARAH, betul ke apa yang aku
buat ni?”
Farah seperti tidak
percaya apabila Nana memberitahunya bahawa dia hendak
berkahwin. Dengan sepupu sendiri pulak tu! “Aku pun tak
tahu. Tapi kalau kau rasa tindakan kau tu betul, just go on.”
Farah pun tidak tahu hendak cakap macam mana.
Bukannya dia ada pengalaman bab-bab macam ni. Pakwe pun
tak ada.
“Tapi kau janji jangan bagitau orang lain tau! Malu
aku.”
Berkahwin di usia semuda ini secara tiba-tiba. Pasti
orang luar akan berfikir bukan-bukan.
“Apa hal pulak nak malu? Bangga apa dapat kahwin.
Bukan calang-calang orang laki kau tu. Doktor tu...!”
Sengaja Farah kenakan Nana. Sebenarnya dia pun
cemburu dengan temannya itu. Bakal suaminya bukan
calang-calang orang. Memang bertuah badan.

17
Sepupuku Suamiku

“Banyak la kau punya bangga!”


Tapi memang bangga pun dapat kahwin dengan
Abang Syam. Cinta pertama tu! Bukan semua orang dapat
kahwin dengan cinta pertama. Aku ni kira bertuah la ya?
Dalam kebimbangan terselit juga kegembiraan dan
keterujaan.
“Nampaknya kempunanlah Si Johan tu. Kesian
dia....” Farah cuba membayangkan wajah Johan jika lelaki itu
tahu akan hal ini. Pasti lelaki itu kecewa.
“Johan? Ah, lantaklah. Aku peduli apa! Aku dah
cakap awal-awal dengan dia. Dia tu yang pekak badak sangat.
Ingat aku cakap bahasa Tamil agaknya. Susah sangat nak
faham.”
Geram pula apabila dia teringatkan Si Johan yang
tidak faham bahasa itu. Asyik hendak mengacau sahaja
kerjanya. Dah orang tak nak tu, tak naklah! Sekali aku keluar
bahasa Slovakia... baru ternganga.
“Nanti aku datang rumah kau. Maybe hari Rabu.
Aku discuss dengan Suria dulu ya.” Farah mencongak-congak
berfikir. Mungkin hari Rabu yang paling sesuai. Sekurang-
kurangnya dia dapat juga bantu Nana buat persiapan terakhir.
“Okey, janji datang tau! Aku takut ni,” ujar Nana
membuat muka kesian walaupun dia seorang sahaja yang
dapat melihat. Talian dimatikan. Sambung berangan balik.
Lagi dua minggu dia bakal bergelar isteri orang. Macam
mimpi pula rasanya. Tidak pernah terlintas hendak kahwin
dalam usia semuda ini. Dua puluh dua tahun. Dengan Abang
Syam pulak tu!
“Argh!” Bantal busuk ditekup ke muka. Tidak boleh
dibayangkan macam mana menjadi isteri kepada sepupu
sendiri. Sudahlah kenal sejak kecil. Malunya...!

18
Lynn Allyna

Malu bercampur gembira. Jika difikirkan, apa lagi


yang dia mahukan selain Abang Hisyam. Hanya Abang
Hisyam yang menemani mimpi siang dan malamnya.
Mungkin doanya selama ini telah dimakbulkan Tuhan. Bukan
meminta perpisahan di antara lelaki itu dan bekas tunangnya,
tetapi jika ditakdirkan ada jodoh di antara dia dan Abang
Hisyam, dia akan terima dengan hati yang terbuka. Semuanya
kerana dia tidak pernah ada lelaki lain di dalam hidupnya.
Hanya Abang Hisyam seorang.
“Nana, jangan lari... nanti jatuh!”
Larangan Kak Yaya tidak diendahkan. Rama-rama
coklat hitam besar yang terbang terus dikejar. Dia mesti
dapatkan rama-rama itu.
Gedebuk!
Alamak, salah tempat mendarat pulak. Sakitnya
kaki. Nana bangun perlahan-lahan. Mukanya comot dek
kerana terjatuh di dalam lumpur. Itulah... degil sangat!
“Ha... kan akak dah kata jangan lari. Nasib baik
jatuh dalam lumpur. Kalau jatuh dalam lombong macam
mana?” Kak Yaya tergelak melihat muka Nana yang sudah
macam askar masuk hutan. Dia segera mendapatkan gadis
kecil itu dan membantu Nana untuk bangun.
Isy, Kak Yaya ni. Orang tengah sakit dia buat lawak
pulak. Sakit tau! Nana menggosok-gosok kakinya yang sakit.
Terhincut-hincut dia berjalan.
“Dah, jangan nangis lagi. Jom masuk. Kita sapu
ubat.”
Nana mengikut sahaja cadangan kakak sepupunya.
Teresak-esak dia menangis.
“La... kenapa pulak ni? Habis kotor baju ni. Kenapa

19
Sepupuku Suamiku

kaki berdarah tu?” Abang Hisyam yang kebetulan ada di situ


bertanya sebaik sahaja Nana dan Zahlia masuk ke dalam
rumah. Dia juga sebenarnya menahan gelak melihatkan
muka Nana yang comot. Tetapi bila melihatkan kaki adik
sepupunya yang berdarah, terbit rasa kasihan di hatinya.
“Nana jatuh dalam lumpur kat depan tu tadi. Tu la,
degil sangat,” adu Zahlia.
Nana masih lagi teresak-esak. Sudahlah kakinya
sakit, dia pula terpaksa menahan malu berhadapan dengan
abang sepupunya dalam keadaan yang sebegini.
“Hmmm... tak apa. Mari sini abang sapu ubat. Tapi,
pergi basuh muka dulu.”
Baiknya abang sepupu aku ni. Macam manalah aku
tak jatuh hati? Walaupun masa tu baru darjah enam, tapi
kalau kena layan macam ni, budak tadika pun boleh jatuh
hati. Abang Syam ni baik sangat dengan aku. Walaupun ada
adik sendiri, tapi aku pun dia manjakan. Maklumlah, aku tak
ada abang. Hanya ada kakak. Itu pun sekarang ni sedang
menyambung pelajarannya di seberang laut. Jadi sepupu aku
berdua ni sajalah yang aku ada.
Tapi, hubungan kami semakin renggang apabila
Abang Syam sambung belajar di Australia. Masa tu aku baru
tingkatan satu. Tapi, semua pasal Abang Syam aku tahu. Kak
Yaya yang cerita. Nak tanya terang-terang, aku malu. Nanti
dia perasan pulak yang aku minat kat abang dia. Tapi kakak
sepupu aku sorang ni macam tahu-tahu saja aku suka dekat
abang dia tu. Sebab tu, setiap kali jumpa mesti cerita pasal
Abang Syam. Seronok. Gatal jugak aku ni ya!
Hadiah-hadiah yang Abang Syam bagi semasa kecil
sampai sekarang aku simpan. Kad hari lahir semasa darjah
enam pun aku simpan lagi. Satu kotak. Tak siapa boleh usik

20
Lynn Allyna

kotak tu. Mama pun tak berani nak buka. Harta karun paling
berharga, bukan senang nak dapat.
“Nana... turun! Mak long datang ni!” jerit mama
dari tingkat bawah.
Opocot! Terkejut aku! Tengah sedap berangan ni,
ada saja yang kacau. Tension betul! “Ye, kejap.”
Kenapa mak long datang? Seganlah pulak nak
jumpa. Nana segera membetulkan bajunya. Rambut disisir
rapi dan diikat kemas. Baru nak turun, mak long terlebih
dahulu masuk ke bilik. Alamak, bakal mak mertua buat spot
check ke? Dahlah bilik bersepah ni. Tak sempat nak kemas.
“Susah-susah aje mak long naik. Nana baru nak
turun,” ujar Nana sambil tangan mak long disalamnya.
Mak long menarik Nana ke dalam pelukan.
Belakangnya diusap penuh kasih.
Apa hal pulak mak long aku ni? Nana hairan. Tiba-
tiba sahaja mak long memeluknya. “Duduklah mak long.
Maaflah, bilik bersepah sikit. Tak sempat nak kemas lagi ni.”
Tak sempatlah sangat. Alasan saja tu. Sebenarnya
asyik berangan.
“Tak apa. Mak long faham. Mesti banyak yang Nana
kena prepare, kan? Mak long mintak maaf sangat-sangat
dengan Nana.” Mak long bersuara sayu.
“Eh, tak adalah mak long. Kan semua mak long
yang sediakan. Nana sedia badan saja ni,” kata Nana buat
sedap hati mak long.
“Nana betul tak menyesal dengan keputusan Nana
ni? Betul Nana tak ada teman lelaki lagi?” Buat kesekian
kalinya mak long bertanya. Dia bimbang anak saudaranya
akan terseksa dengan permintaannya yang tiba-tiba itu kelak.

21
Sepupuku Suamiku

“Mak long, kalau Nana dah ada pilihan sendiri,


Nana takkan setuju dengan pernikahan ni. Mak long jangan
risau. Nana okey.”
Nana tak pernah jatuh cinta dengan orang lain, mak
long. Dengan Abang Syam sorang aje dari dulu sampai
sekarang. Ingin diluahkan, malu. Biarlah masa sahaja yang
menentukannya. Biar rahsia itu terbongkar dengan sendirinya.
“Amboi… mesranya menantu dengan mentua. Ini
yang jealous ni. Kalau dah nikah nanti, anak sendiri pun lupa
agaknya.”
Zahlia yang tiba-tiba muncul mengusik ibu dan
sepupu atau bakal kakak iparnya seraya memeluk manja
ibunya.
“Isy, mana ada kak. Borak-borak saja. Cemburu ke?”
canda Nana.
“Mestilah. Tapi kalau setakat dengan Nana ni, tak
berapa nak cemburu sangatlah.” Zahlia mencebik tanda dia
tidak hairan.
“Oh… okey. Kita tengok nanti macam mana.”
“Korang ni! Tak habis-habis? Dari kecil sampai
besar, tak berubah langsung! Dahlah, mak keluar dulu. Hah,
Yaya, alang-alang ada kat sini, tolong Si Nana ni kemas bilik
dia. Ada jugak faedah. Kesian dia kena buat sorang-sorang.”
Suruh mak long sambil berlalu keluar.
Pasti kalau tinggal serumah nanti lebih meriah.
Walaupun dia sudah biasa tinggal di rumah Zahlia, tetapi
pasti suasananya berbeza jika dia sudah menjadi isteri
Hisyam. Apa yang pasti, Zahlia mesti akan lebih galak
mengusik dan menyakatnya.

22
Lynn Allyna

Bab 5
S
EMAKIN dekat hari pernikahan,
semakin bercelaru perasaan Nana.
Kadang-kadang rasa seronok
sangat, teruja dengan alam baru yang akan ditempuhinya.
Kadang-kadang takut, bimbang tidak dapat melaksanakan
tanggungjawab baru yang bakal dipikulnya. Tetapi apa yang
pasti, dia telah menerima lamaran mak longnya dan akan
berkahwin dengan Abang Syam, merangkap sepupunya
sendiri esok. Semua persiapan telah disiapkan oleh mak
long. Majlis di rumahnya akan hanya dibuat selepas dia habis
belajar nanti. Baju pengantin berwarna perak bercampur
ungu yang tergantung di dinding biliknya dipandang dengan
perasaan yang bercampur baur.
Macam mana rupa aku pakai baju tu, ya? Sesuai ke?
Isy... kenapalah dengan aku ni? Bertenang, Nana. Esok kau
akan jadi isteri Abang Syam yang sah. Bukan ke itu yang kau
impikan selama ni?
Memanglah, tapi macam mana kalau dia tak dapat
terima aku sebagai bini dia?

23
Sepupuku Suamiku

Kan dia sendiri yang setuju kalau kau jadi bini dia?
Memanglah. Tapi kalau dia buat tu semua sebab tak
nak susahkan mak dia, macam mana? Terseksa aku!
Takkanlah Abang Syam nak buat macam tu kat kau?
Diakan baik orangnya?
“Argh!!! Benci….” Nana melepaskan tekanannya.
Perasaan positif dan negatifnya berlaga. Semuanya gara-gara
majlis pernikahan esok.
“Nana? Kenapa menjerit tadi?” tanya mama yang
tiba-tiba muncul. Mukanya berkerut. Jangan anaknya buat
hal pulak. Esok majlis penting!
“Hah? Tak ada apalah, ma. Ada cicak jatuh tadi. Tu
yang terkejut tu. Mama tak tidur lagi ke? Dah malam ni.
Nanti esok tak terjaga, susah.”
Banyaklah cicak! Agaknya cicak nak masuk bilik
aku ni pun takut. Pantang nampak cicak, mesti kena lastik.
“Mama nak tidurlah ni. Terperanjat dengar Nana
menjerit. Dahlah. Tidur. Mama tak tidur pun tak apa. Awak tu
yang kena tidur. Nanti ada pulak esok pengantin lelaki
bersanding sorang-sorang atas pelamin,” seloroh mama
sebelum menutup pintu bilik Nana.
“Good luck Nana. You can do it.”
Kata-kata semangat untuk diri sendiri. Dia
melelapkan mata. Esok hari paling penting buatnya. Mesti
bersemangat.
Chaiyok!!!

24
Lynn Allyna

Bab 6
P
ALUAN kompang memeriahkan
suasana. Majlis akad nikah sudah
selamat dijalankan. Kini Diana
Syakira binti Suhaimi sah menjadi isteri kepada Mohd.
Hisyam bin Mohd. Nor. Sukar untuk digambarkan perasaan
Nana saat Abang Syam melafazkan akad nikah sebentar tadi.
Air jernih begitu mudah menitis dari tubir matanya. Terharu.
Saat bibir Abang Syam mengucup mesra dahinya, terlalu
indah perasaan itu untuk digambarkan.
“Meriahnya wedding kau, Nana. Jealous aku tau!”
Farah yang telah sampai ke rumahnya pagi-pagi tadi begitu
teruja dengan pernikahan teman baiknya ini.
“Yalah. Aku pun cemburu. Rasa macam nak kahwin
esok jugak.” Suria pula menyampuk.
“Hah, kalau macam tu, nikah ajelah. Nanti aku
bagitau dekat Zarul ya?” usik Nana.
“Isy, aku gurau ajelah. Seronok tengok orang
kahwin. Tapi aku tak sedia lagilah. Duit pun tak ada ni.”
“Eh, Nana. Kau tak bagitau Johan ke yang kau

25
Sepupuku Suamiku

kahwin hari ni?” tanya Farah. Tiba-tiba dia teringatkan lelaki


itu. Lelaki yang begitu mengharapkan cinta Nana. Tidak
pernah putus asa selama empat tahun ini. Kalau dia tahu
pujaan hatinya sudah jadi milik orang sekarang, mesti dia
sangat kecewa.
“Ah, buat apa aku nak bagitau dia? Dia bukannya
siapa-siapa pun. Korang pun kena ingat, jangan bagitau
siapa-siapa tau yang aku dah nikah. Especially mamat tu.
Promise?”
“Okey.”
Suria dan Farah menjawab serentak. Keras hati
betul Si Nana ni. Langsung tak terbuka hati untuk menerima
cinta Johan. Cakaplah apa sahaja yang Johan tidak buat
untuknya. Semuanya Johan lakukan demi memiliki cintanya.
Johan sanggup ponteng kuliah semata-mata untuk
menghantarnya ke klinik semasa dia demam, tidak lupa
memberi hadiah tidak kira pada hari jadinya atau tidak.
Terlalu tulus cinta lelaki itu untuk Nana tetapi Nana langsung
tidak tersentuh hati.
“Nana, dah nak maghrib ni. Jom kita masuk. Tak
elok duduk luar waktu macam ni.”
Abang Syam yang menyapa tiba-tiba menghentikan
gelak ketawa mereka bertiga.
Alahai, lembutnya suara. Ini yang buat aku makin
terpikat ni....
“Yalah Nana. Kalau macam tu, aku dengan Farah
balik dululah. Kita jumpa kat kolej sajalah nanti ya. Tapi
jangan buat-buat lupa nak datang pulak. Maklumlah, dah
dapat laki handsome,” usik Suria membuatkan Nana tersipu
malu.
“Isy, korang ni. Aku tahulah. Thanks sebab sudi

26
Lynn Allyna

datang. Ingat janji kita tau!” Nana memeluk kedua-dua


sahabat baiknya sebelum kedua-duanya beredar.

NANA mundar-mandir di dalam bilik. Jantungnya berdegup


kencang. Macam mana ni? Aku mana reti bab-bab macam ni.
Habislah… gumam hati Nana. Dulu, masa teman-temannya
bercerita mengenai malam pertama, dia langsung tidak ambil
peduli. Alasannya, lambat lagi. Nanti boleh belajar. Hah,
sekarang, dia juga yang tak keruan.
Pintu bilik dibuka. Terpacul wajah Abang Syam
dengan senyuman mesranya. Ya Allah, kuatkanlah hati
hamba-Mu, doa Nana di dalam hati. Wajahnya sudah pucat.
“Nana tak tidur lagi? Tak penat ke?” tanya Hisyam
seraya duduk di sebelah isterinya.
“Belum. Tak ngantuk lagi.”
Isy, janganlah duduk rapat-rapat sangat. Seram
ni...! Nana makin tidak senang duduk apabila Hisyam
merapatkan kedudukannya.
“Tunggu abang ya?”
Menggoda sekali suara Abang Syam di pendengaran
Nana. Aduh… janganlah buat macam ni. Amma... appa...
help me! “Ya. Eh, bukan... bukan. Betul, Nana tak ngantuk
lagi.”
Alamak, terkantoilah pulak. Eee... malunya!
Hisyam tergelak. Lucu melihat Nana gelabah.
Kasihan dia. Mesti terkejut kena kahwin tiba-tiba macam ini.
Dia sendiri juga bagaikan tidak percaya yang dia berkahwin
dengan sepupu yang sudah dianggap seperti adik kandungnya
sendiri. Memang pada mulanya dia yang bersetuju dengan

27
Sepupuku Suamiku

cadangan emaknya untuk menggantikan tempat Hani dengan


Nana kerana kasihankan emaknya. Dia tidak sanggup melihat
emaknya menanggung malu. Bukan dia tidak kasihankan
Nana, tetapi entahlah. Fikirannya tidak tenang ketika itu.
Keputusan Hani untuk memutuskan pertunangan
mereka di saat akhir amat menghancurkan hatinya. Selama
tujuh tahun menyulam cinta, tiba-tiba pada saat pernikahan
mereka semakin hampir, Hani memutuskannya tanpa
sebarang alasan yang kukuh. Terlalu payah untuk dia
menerima hakikat bahawa cinta pertamanya hancur begitu
sahaja. Dia terlalu mencintai Hani. Dan kini, dia perlu
menyemai perasaan cinta itu sekali lagi terhadap isterinya.
Terlalu payah dirasakan kerana perasaan sayangnya pada
Nana adalah perasaan sayang seorang abang kepada adiknya.
Tetapi dia harus mencuba. Gadis di hadapannya ini telah
banyak berkorban untuk dia sekeluarga.
“Abang, kenapa ni? Abang penat ya. Kalau abang
nak tidur dulu, tidurlah.”
Pelik Nana melihat suaminya tiba-tiba senyap. Tadi
bukan main romantik!
“Taklah. Nana, abang nak tanya satu soalan boleh?”
Dia mesti tahu perkara ini. Untuk kebahagiaan mereka juga.
“Apa dia? Tanya ajelah.”
Abang nak tanya seribu soalan pun Nana sanggup
jawab.
“Hmmm... dah...”
Tiba-tiba telefon bimbit Nana berdering. Telefon
dicapai. Alamak, kenapa masa ni jugak dia nak call? Nana
memutuskan talian.
“Siapa tu? Kenapa tak jawab?”

28
Lynn Allyna

Teman lelakinyakah? Mungkin dia tak selesa kalau


aku ada di sini.
“Errr... tak ada siapa-siapalah. Salah nombor kut,”
jawab Nana sedikit gusar. Telefon bimbitnya sekali lagi
berdering.
“Jawablah. Abang nak ke bawah kejap.” Hisyam
bingkas bangun dan menuju ke tingkat bawah.
Nana hanya memandang dengan perasaan yang
sebal. Isy, mamat sengal ni! Merosakkan suasana orang
betullah. Tak ada masa lain ke nak telefon? Tak payah telefon
terus pun tak apa! Nak tak nak dia jawab juga panggilan itu.

“NANA mana? Dah tidur ke?” tanya Zahlia yang sedang sibuk
mengemaskan pinggan mangkuk apabila melihat kehadiran
abangnya.
“Ada kat atas. Tak tidur lagi.”
“Kenapa ni? Macam tak ada mood aje? Hai, takkan
tak sampai sehari nikah dah gaduh kut?” usik Zahlia.
“Isy, ke situ pulak. Mana ada! Abang tak macam
awak tu. Hari-hari gaduh. Tu belum kahwin, esok dah
kahwin, entah apa jadi kat Si Haidar tu,” balas Hisyam.
Zahlia mencebik. Ada sahaja idea abangnya hendak
mengenakannya.
“Yaya, abang nak tanya sikit boleh?”
Hisyam mula mengatur bicara. Mungkin adiknya
tahu. Mereka berdua rapat. Mungkin Nana ada ceritakan apa-
apa pada Zahlia.
“Apa dia?”

29
Sepupuku Suamiku

“Nana ada cerita apa-apa tak kat Yaya? Pasal pakwe


dia ke... apa ke?”
“Hah? Tak ada pulak. Kenapa? Abang jealous ya?
Tanyalah dia sendiri.”
Hai, apalah abang aku sorang ni. Benda tu pun
takut ke nak tanya bini sendiri?
“Hmmm... tak apalah. Abang nak naik dulu. Kesian
Nana sorang-sorang.”
“Kesian ke rindu? Jangan ganas-ganas sangat, ya
bang. Kesian anak orang tu. Budak lagi tu.”
Zahlia tergelak kuat selepas mengusik abangnya
untuk kesekian kalinya.
Hisyam sudah sedia dengan kain buruk di tangan.
Balingannya tepat mengena muka Zahlia.
“Hah, padan muka! Gelak lagi.”
Giliran Hisyam pula yang gelak seraya
meninggalkan adiknya yang mencuka.
Pintu bilik dikuak. Terang dan senyap. Hisyam
melihat sekujur tubuh Nana terbaring di katilnya. Gadis itu
dihampiri. Nyenyak sekali tidurnya. Telefon masih di tangan.
Mungkin benar itu teman lelaki dia. Dia mencapai
bantal dan merebahkan diri di atas karpet. Mungkin Nana
perlukan masa. Biarlah... dia akan tunggu sehingga Nana
betul-betul bersedia.

30
Lynn Allyna

Bab 7
N
ANA terjaga ketika azan subuh
berkumandang. Malasnya nak
bangun. Mengantuknya… tidur
sekejap lagilah. Dia kembali melelapkan mata. Tiba-tiba...
“Alamak!”
Peristiwa yang berlaku semalam menerjah
kepalanya. Kenduri, persandingan, akad nikah....
Ya Allah, aku dah jadi bini orang. Tapi mana suami
aku? Mana Abang Syam? Di sebelahnya kosong. Bantal pun
tiada. Hampir menjerit Nana melihat sekujur tubuh
suaminya meringkuk kesejukan di bawah. Nasib baik tidak
dipijaknya.
Ya Allah. Kenapa abang tidur kat bawah? Apa dah
jadi semalam? Aku tak bagi abang tidur atas ke? Dia tidak
ingat apa yang berlaku semalam sebelum tidur. Yang dia
ingat dia tertidur ketika berbual dengan Johan di telefon.
Nasib kaulah Johan. Selepas itu, dia tidak ingat apa yang
berlaku.
Kenapa abang tak tidur kat atas katil? Tak sudi

31
Sepupuku Suamiku

tidur dengan aku ke? Hati Nana hiba tiba-tiba. Ditahan air
mata daripada mengalir. Perlahan-lahan dia bangun menuju
ke bilik air. Mungkin hatinya akan tenang sedikit selepas
solat.
Nak kejut ke tak nak? Nanti tak kejut aku yang
dapat dosa percuma. Belum pun sempat tangannya mendarat
di kaki suaminya, lelaki itu lebih dulu terjaga. Cepat-cepat
Nana bangun. Buat-buat tak tahu.
“Nana dah solat ke?”
Tersentak Nana mendengar soalan Hisyam yang
tiba-tiba itu.
“Dah. Bangunlah.”
“Abang baru ingat nak solat jemaah. Tapi tak apalah
kalau Nana dah solat.”
Hisyam bangun dan mencapai tuala sebelum
melangkah ke bilik air.
Hah, solat jemaah? Aduh, malunya... Sebelum ini,
kalau papa dan mamanya ajak dia solat subuh berjemaah,
mesti ada sahaja alasan yang diberi. Tidak pernah hendak
berjemaah sama-sama. Tetapi sekarang, suaminya sendiri
ajak berjemaah. Hendak bagi alasan apa? Tapi okeylah tu
daripada dapat suami yang tak solat langsung. Berkat sikit
keluarga aku. Amin.

32
Lynn Allyna

Bab 8
“B
ETUL ni Nana tak nak ikut
abang?” tanya Hisyam. Dia
perlu pulang ke Kuala
Lumpur hari ini kerana cutinya telah tamat. Sebolehnya dia
mahu Nana mengikutnya pulang. Mungkin dengan cara itu
dia dapat mengenali Nana dengan lebih dekat dan
mengeratkan hubungan mereka. Tetapi Nana semacam berat
hati untuk mengikutnya.
“Tak apalah bang. Lagipun Sabtu ni dah nak balik
kampus. Banyak benda nak kena settle kat sini.”
Abang, tak payahlah balik dulu. Baru nikah dua
hari dah kena tinggal. Nak ikut... rintih hati Nana.
“Hmmm… tak apalah kalau macam tu. Tapi nanti
abang cuba balik hari Jumaat. Sabtu boleh abang hantar
Nana balik kampus, okey?”
“Eh, tak apalah bang. Nana boleh naik bas. Dah
biasa. Bukannya jauh sangat pun.”
Abang baliklah sini hari Jumaat nanti. Nana lagi
suka kalau abang hantar Nana ke kampus. Namun, kata-kata

33
Sepupuku Suamiku

itu hanya bermain di hatinya sahaja. Sayang, tidak terluah di


bibir.
“Abang pergi dulu. Kalau ada apa-apa, call abang.”
Nana mengangguk tanpa bicara. Dia menyalami
tangan suaminya.
Hisyam mengucup mesra dahi Nana.
Abang, peluklah daku… nak cium lagi. Isy, gatal
betul kau ni, Nana. Tapi tak apalah, suami aku. Ikut suka
akulah.
“Ops...!”
Alamak, dia dengar ke aku cakap apa? Aduh,
malunya....
Hisyam memeluk Nana erat. Pipi isterinya dikucup.
Berat rasanya hendak meninggalkan isteri yang baru
dinikahinya dua hari lepas.
Ah, sekejap aje. Bukannya tak jumpa langsung lepas
ni!
Muka Nana panas. Malu diperlakukan begitu.
Sudahlah depan mama dan papa.
Isy, abang ni. Semalam tak nak peluk. Depan mama
dengan papa nak main peluk-peluk pulak! Malu…! Hai, tak
tidurlah kau malam ni, Nana.
Kereta Hisyam meluncur laju meninggalkan
pekarangan rumah. Hati Nana menjadi sayu. Abang, cepat
balik. Nana dah rindu ni....
“Nana, tak nak masuk ke? Dahlah tu. Bukannya cik
abang awak tu pergi tak kembali.” Perli mama.
Nana tersipu malu. Isy, mama ni. Macam tau-tau
aje!

34
Lynn Allyna

Bab 9
N
ANA termenung panjang.
Penumpang lain yang berada di
dalam bas juga buat hal masing-
masing. Terasa jauh perjalanannya kali ini. Rindunya pada
suami tidak tertanggung.
“Nana, abang mintak maaf. Esok abang tak boleh
hantar Nana balik kampus. Ada emergency.”
Luluh rasa hatinya. Apa tidaknya, sepanjang lima
hari menunggu kepulangan Abang Hisyam, fikirannya hanya
dipenuhi dengan angan-angan. Membayangkan yang dia akan
berdua-duaan dengan suaminya sepanjang perjalanan ke
kampus. Gurau senda, kata-kata romantis, kehangatan
sentuhan suami. Argh... semuanya hanya tinggal angan-
angan. Kini, dia sendirian. Tiada gurau senda, tiada usikan
manja, juga tiada kata-kata romantis mengusik jiwa. Hatinya
menangis.
Kenapa abang buat macam ni? Nana rindu sangat
dekat abang. Abang tak rindu Nana ke? rintih hati kecilnya.
Air mata yang ingin menuruni pipinya segera diseka.

35
Sepupuku Suamiku

HISYAM menilik jam di pergelangan tangannya.


Mesti Nana dah sampai kampus. Kesian dia, hatinya
berkata-kata.
Hisyam tidak dapat mengelak apabila seorang
pesakit memerlukan pembedahan segera hari ini. Dia
terpaksa mendahulukan pesakitnya. Lagipun Nana sendiri
yang kata, dia sudah biasa balik sendiri. Terdetik juga
perasaan kasihan kerana sudah berjanji dengan isterinya. Dia
juga rasa rindu untuk bertemu Nana. Perasaan itu datang
tiba-tiba tanpa diundang. Mungkinkah dia sudah jatuh hati
pada sepupunya itu?
Suami mana yang tak sayang bini? Tapi aku masih
lagi anggap dia macam adik aku. Rasa kekok nak layan dia
macam isteri. What should I do?
“Hai pengantin baru, kenapa ni? Rindu kat bini ke?”
Norman, rakan sekerjanya menegur.
“Isy, tak adalah. Aku penatlah. So, macam mana
dengan pesakit tu? Stable?”
“Stable. Aku takut kau yang tak stable. Aku rasa,
kau patut pergi jumpa dialah bro.” Norman sengih. Dia dulu
pun macam itu juga. Sehari tidak berjumpa sudah
menggelabah tidak tentu arah. Inikan pula tidak jumpa
seminggu. Sudahlah masih lagi pengantin baru. Boleh jadi
sawan dibuatnya!

36
Lynn Allyna

Bab 10
“A
SSALAMUALAIKUM, Nana
buat apa?” tegur Hisyam.
Nana yang masih
lena ketika Hisyam menelefon, terpisat-pisat. Isy, kenapalah
telefon masa macam ni? Mengantuk ni! desis hatinya.
“Hmmm… tak buat apa-apa. Saja duduk lepak-
lepak.” Nana mengawal suaranya. Apa taknya, baru bangun
tidur. Sah-sah suara ala-ala Amy Search sakit tekak.
“Ye ke? Suara macam baru bangun tidur aje ni?”
serkap Hisyam.
“Hah?”
Nana menggelabah. Aduh, malunya. Dahlah
sekarang ni pukul sembilan!
“Jom. Pergi jalan-jalan. Abang tunggu kat bawah
hostel Nana ni.”
“Hah?”
Nana melompat dari katilnya. Alamak, apesal tak
bagi tau awal-awal? Aku tak mandi lagi ni. Mau sejam baru

37
Sepupuku Suamiku

siap ni...! Kelam-kabut dia mencapai tuala. Hisyam masih lagi


di talian ketika itu.
“Nana? Okey ke? Ke nak abang tolong mandikan?”
usik Hisyam.
“Eh, tak apa... tak apa. Nana dah bangun ni. Abang
tunggu. Nanti Nana turun.”
Tolong mandikan? Biar betul laki aku ni! Buang
tabiat ke apa? Tapi, kalau nak tolong pun apa salahnya. He he
he….
Nana bergegas ke bilik mandi. Senyumannya tak
lekang dari bibir. Suaminya ajak dating. Seronoknya…
“Yahooo!!!”
“Amboi… wanginya. Kau nak pergi mana ni Nana?”
tanya Suria. Peliknya. Awal benar temannya yang seorang ini
bersiap. Biasanya, selagi belum pukul dua belas, tak bangun.
“Dating.”
“Dating? Dengan siapa? Johan?”
Ada ke dengan mamat tak cukup matang tu?
“Dengan suami akulah. Okey, aku pergi dululah.
Bye….”
“Eh, Nana... tunggu!”
Belum sempat Suria bertanya lebih lanjut, Nana
sudah hilang. Amboi... dapat laki, kawan pun tak layan. Siap
kau balik nanti!

“HMMM... kita nak pergi mana ni bang?” tanya Nana. Hatinya


berdebar-debar melihat Abang Hisyam yang begitu maco
walaupun hanya memakai t-shirt Polo dan berseluar jeans.

38
Lynn Allyna

Aduh… handsomenya laki aku ni. Nak aje aku


peluk kat sini. Rindunya!
“Mana-manalah yang Nana nak pergi. Abang ikut
aje. Actually, abang nak mintak maaf sebab tak dapat ambil
Nana kat kampung hari tu. So, hari ni abang jadi driver Nana.
Nana nak pergi mana, abang sanggup bawak. Asalkan tak ke
bulan, okey?”
So sweet. Ni yang Nana makin sayang kat abang ni.
Isy… rasa nak cubit-cubit aje pipi abang. Kalau Nana kata
nak duduk aje kat sini dengan abang sampai pagi esok boleh?
Gatal betul kau ni Nana....
Hari ini memang hari yang paling membahagiakan
buat Nana. Buat pertama kalinya dia keluar dengan orang
yang paling dia cintai sejak sepuluh tahun lalu. Terasa macam
mimpi. Rasa macam hendak hentikan sahaja masa, biar hari
ini kekal sampai bila-bila. Hisyam sangat baik dengannya.
Romantis sekali. Tengok wayang, makan bersuap, shopping
sambil berpimpin tangan, mengelilingi Tasik Putrajaya
berdua, semuanya terlalu indah. Betul-betul seperti pasangan
yang sedang hangat memadu kasih. Dapat dirasakan
hangatnya kasih Hisyam padanya.
“Nana happy?” tanya Hisyam semasa menghantar
Nana pulang ke kampus.
Nana hanya mengangguk. Happy sangat, abang.
Thanks sayang, hatinya berperi.
“Sweet dreams okay.”
Nana tak nak balik. Abang… janganlah balik lagi.
Nana tak puas lagi tatap wajah abang.
Lambat-lambat Nana turun dari kereta. Payah benar
kakinya hendak melangkah keluar. Macam kena lekat dengan
gam gajah sahaja.

39
Sepupuku Suamiku

“Kenapa sedih aje ni? Ke nak ikut abang balik?”


teka Hisyam.
Nak!!! jerit hati Nana.
“Hmmm… taklah. Bila abang nak datang lagi?”
Ops, alamak! He he he!
Hisyam tersenyum. “Insya-Allah, kalau ada masa
abang datang lagi. Kalau Nana rasa nak balik rumah abang,
Nana call ajelah. Nanti abang datang ambil, okey?”
Nana mengangguk. Sekarang, boleh?
Nana menunggu sehingga kereta suaminya hilang
dari pandangan. Air matanya yang tertahan sejak tadi gugur
jua. Bahagia bercampur sedih. Tidak pernah terfikir yang hari
ini akan muncul di dalam hidupnya. Tiba-tiba Nana rasa
seperti diperhatikan. Dia menoleh ke kiri.
Alamak, Johan!!! Dia nampak ke Abang Hisyam
tadi? Apa aku nak cakap kalau dia tanya? Isy, kacau daun
betullah mamat sorang ni!

40
Lynn Allyna

Bab 11
H
ISYAM keresahan seorang
diri. Kebelakangan ini dia
asyik teringatkan isterinya.
Semua kerja yang dibuat rasa macam serba tak kena. Asyik
terbayangkan wajah manis dan gelak manja Nana sahaja.
Aku dah jatuh cinta ke? Tapi, normallah tu. Diakan
bini aku? Memang patut aku cinta kat dia.
Tapi dia sepupu kau. Dah macam adik kau pun.
Tapi kan ke dia dah jadi bini aku yang sah? Aku
memang patut layan dia macam seorang isteri. Bukan
seorang adik.
Macam mana kalau dia tak cintakan kau? Macam
mana kalau dia dah ada pilihan sendiri?
“Hoi bro. Kau ni apa hal? Nak kata hilang bini,
baru saja jumpa semalam.”
Bahu Hisyam ditepuk kuat, mengejutkan lelaki itu
dari lamunannya.
“Pandailah kau. Dah habis round wad ke?”

41
Sepupuku Suamiku

Sengaja Hisyam mengalih topik perbualan.


“Dah. Kau tak payahlah nak ubah topik. Kat muka
kau tu dah ada perkataan problem tau tak? Cuba kau story
sikit kat aku, apa masalah kau sebenarnya.”
“Mana ada. Aku okey aje,” jawab Hisyam masih lagi
ingin berahsia.
“Hmmm... maklumlah. Orang dah ada bini. Mana
nak cerita masalah kat kawan lagi. Kalau dulu, muka ni
jugak yang kau cari time ada problem,” ujar Norman seakan
merajuk.
Hisyam tersenyum hambar. Cerita ajelah. Mana
tahu Norman boleh tolong. Walaupun kadang-kadang idea
mamat ni memang gila, tetapi kadang-kadang boleh pakai
jugak, hati Hisyam berbisik.
“Man, aku sebenarnya ada masalah dengan bini aku
sikit.” Hisyam membuka cerita. Suara diperlahankan sehabis
mungkin.
“Hah? Isy, kau ni biar betul bro. Takkan nikah tak
sampai sebulan dah ada problem kut? Apa hal?”
Terkejut beruk Norman. Masakan tidak, inai masih
merah di jari. Honeymoon pun belum. Tup-tup, ada
masalah? Memang berat ni!
“Kau tahu, kan... bini aku tu sepupu aku? Aku dah
anggap dia macam adik aku. Aku mengaku aku sayang kat
dia. Tapi sayang abang kepada adik. Kau faham tak?”
“Hmmm… berat jugak masalah kau ni. Habis tu,
takkan sampai sekarang kau tak boleh terima dia lagi?”
Norman semakin berminat mendengar luahan hati
sahabatnya itu.
“Aku memang boleh terima dia walaupun aku

42
Lynn Allyna

bukan kahwin atas dasar cinta. Aku cuba nak semai rasa
cinta tu. Kebelakangan ni, aku dah macam mula rasa
sesuatu. Tapi aku tak sure betul ke apa yang aku rasa ni.”
“Ha… okeylah tu. Sekurang-kurangnya, kau usaha.
Tapi takkan masa kau peluk-peluk dia, cium-cium dia, kau
tak rasa apa-apa kut?” usik Norman.
“Tu lagi satu benda. Aku sebenarnya tak pernah
sentuh dia lagi. Maksud aku yang ‘berat-berat’lah.”
“Weh bro, kau ni biar betul? Kau dengan bini kau
tak pernah….” Norman menunjukkan isyarat dengan
tangannya.
Hisyam menggeleng.
“Fuh… ni lagi kes berat. Habis tu? Isy, macam tak
percaya pulak aku. Respect la kat kau, bro. Boleh ya kau
tahan. Biasanya, first night orang dah ‘ngap’ aje terus.”
Mati pucuk ke kawan aku sorang ni?
“Kau memang. Tak ingat benda lain. Tu aje yang
kau fikir.”
Norman tersengih.
“Aku takut. Aku takut yang dia tak dapat terima
aku. Yelah. Kahwin pun dalam keadaan mengejut macam tu.
Macam mana kalau dia dah ada pilihan sendiri? Aku kesian
dekat dia.” Balik-balik, masalah itu juga yang mengganggu
fikirannya.
“Habis tu, kau tak tanya dia? Manalah tahu, dia pun
sebenarnya jatuh cinta kat kau?”
“Aku dah cuba tanya hari tu. Tapi tak sempat nak
tanya, ada orang call. Dia pun macam tak selesa aje nak
jawab call tu masa aku ada. So, aku blah aje la. Lepas tu aku
tak tanya lagi.”

43
Sepupuku Suamiku

“Aku rasa, baik kau tanya dia betul-betul. Be


bravelah bro. Takkan dengan bini pun nak takut. Manalah
tahu, dia pun cinta kat kau. Dapatlah kau qada first night
kau tu.” Norman bantai gelak.
“Kau ni tak ada benda lain nak fikir? Aku
smackdown kang, baru kau tahu.” Marah Hisyam. Kepala
sahabatnya diketuk dengan fail.
Tiga suku betul! Tapi kalau betul pun, apa salahnya.
Ha ha ha!

“AWAK keluar dengan siapa semalam? Bukan main mesra lagi


saya tengok,” tanya Johan.
Jelas kelihatan riak cemburu di wajah Johan.
Sebenarnya dia sudah mula curiga sejak terpandang cincin
dan inai yang menghiasi jari Nana. Tetapi semua itu dibiarkan
selagi tidak mendapat penjelasan yang sebenar dari gadis itu.
Sibuk betullah mamat ni! Suka hati akulah nak
keluar dengan siapa pun. Nampak sangat ciri-ciri king
control. Nasiblah siapa yang dapat kau, Johan.
“Sepupu,” jawab Nana sepatah.
Malas nak bersoal jawab dengan mamat sorang ni.
Nana sengaja buat-buat sibuk. Memang malang nasibnya
tiba-tiba terserempak dengan Johan hari ini.
“Tapi lain macam aje saya tengok. Siap cium dahi
lagi.” Api cemburunya semakin marak. Takkan ada siapa
yang dapat memiliki gadis pujaannya. Gadis itu hanya
miliknya.
Isy… suka hati akulah nak cium ke, nak peluk ke,
nak apa ke. Laki aku. Kau kisah sangat apa hal?

44
Lynn Allyna

“Dahlah. Nak baliklah. Penat ni!”


Ada sahaja alasannya untuk mengelak dari berdua-
duaan dengan Johan.
“Awak tak jawab lagi soalan saya. Siapa lelaki tu?”
Suara Johan mula keras. Geram dengan perangai
Nana yang macam tidak kisah sahaja dengan dirinya. Sampai
bila gadis ini mahu mengelak darinya? Tidak nampakkah
cinta yang dihulurkannya?
“Yang awak sibuk sangat nak tahu ni kenapa? I’m
not your girlfriend, okay? Suka hatilah orang nak keluar
dengan siapa pun! Kalau saya kata tu laki saya, awak nak
buat apa?”
Tak faham bahasa betullah mamat tiga suku ni.
Ambik kau sebijik! Kalau boleh, mahu sahaja dilenyek-lenyek
muka Johan dengan belacan. Biar jadi sambal. Sah-sah
(tentu) tidak ada orang yang nak makan. Geram betul!
Johan menggetap bibir. Nana memang sengaja
mencabar kesabarannya. Tak apa. Kalau tak nak bagitau, aku
boleh siasat sendiri. Tunggu ajelah!
Matanya tidak lepas memandang Nana yang sudah
jauh meninggalkannya. Hatinya takkan puas selagi tidak
tahu siapa lelaki itu. Dia akan cari sampai dapat!

45
Sepupuku Suamiku

Bab 12
T
ELEFON BIMBIT Nana menjerit-
jerit minta diangkat.
Siapa pulak yang
telefon pagi-pagi ni? Nak pakai baju pun tak senang. Alamak,
abang? Apa hal call pagi-pagi ni? “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Nana sihat? Kenapa tak jawab
call tadi?”
“Hmmm… sihat. Nana baru lepas mandi.”
“Mesti wangi ni. Abang kat sini pun boleh bau.”
Mestilah… Eee… malunya!
“Nana free tak hujung minggu ni?” tanya Hisyam.
Dia sudah ada rancangan untuk mereka berdua.
“Hmmm… free. Kenapa?”
Abang nak bawak Nana pergi jalan-jalan lagi ke?
Nak... nak! Tak payah tunggu hujung minggu pun tak apa.
Sekarang pun boleh. Hati Nana berbunga riang.
“Kalau macam tu, petang esok abang datang ambil
Nana.”

46
Lynn Allyna

Aik, tadi kata hujung minggu. Esok hari Jumaat.


Nana pelik. Nak pergi mana pulak ni?
“Bawak baju sekali tau!”
Eh! Ni lagi pelik. Buat apa nak bawak baju pulak?
Nak pergi holiday ke?
“Kenapa? Nak pergi mana ni bang?” tanya Nana
tidak mengerti.
“Rumah abang. Nana tak pernah datang sini lagi,
kan? Nana ready aje esok, okey?”
“Okey.”
Pergi rumah abang? Yahoo!!! Nana sudah terguling-
guling kegembiraan di atas katil. Tidak sedar dirinya yang
masih bertuala.
Pergi rumah abang maknanya duduk berdua-duaan
dengan abang. Cepatlah esok.
“Ya Allah budak bertuah ni. Kau kenapa? Dengan
tak pakai bajunya. Cepatlah nenek! Kau tak nak pergi kelas
ke? Dah lewat ni!” tegur Farah yang hairan melihat temannya
yang terguling-guling di atas katil macam orang sawan.
Buang tabiat ke apa minah ni?
“Ya, kejap aku siap. Kacau daunlah kau ni. Nak
berangan kejap pun tak boleh,” ujar Nana lalu bangun dari
katil dan mencapai baju kurung yang tergantung di dalam
almari.
“Banyaklah kau punya berangan. Dah nak dekat
pukul sepuluh ni. Kau tu kalau bersiap, tak sah kalau tak
sejam,” bebel Farah.
“Yelah nek. Cu nak pakai baju ni. Nek tunggu kat
luar ya.”

47
Sepupuku Suamiku

Minah ni kalau dah membebel, payah nak berhenti.


Kalah nenek aku. Nana segera menyarungkan baju ke
tubuhnya. Senyum tidak lekang di bibir.
Tak sabarnya nak tunggu esok. Jumpa abang.
Duduk kat rumah abang pulak tu. Eee… seronoknya!
Masih tidak habis-habis berangan. Agaknya kalau
boleh nampak apa yang difikirkannya, mungkin sudah sampai
langit ketujuh tingginya.
Farah dan Suria sudah membebel-bebel di luar.
Nampaknya, mereka akan terlewat ke kelas lagi hari ini.
Semuanya gara-gara Nana yang suka berangan. Memang
nasiblah dapat kawan macam Nana yang suka berangan.
Bibir Nana tidak lekang dengan senyuman. Suria
dan Farah mencebik. Entah apa yang buat perempuan itu
gembira sangat. Sudah macam orang tidak betul sahaja
gayanya.
“Farah, aku rasa semacamlah dengan minah ni.
Seram aje. Kau tak rasa ke?” perli Suria.
Nana buat derk aje.
“Aku pun. Kau rasa kita kena buat report dekat
Hospital Bahagia tak?” Giliran Farah pula memerli.
Nana masih buat derk aje. Lantaklah!
“Aku rasa kita kena buat report kut. Kalau dibiarkan
lama-lama, nanti aku takut makin serius. Nanti kita pulak
yang berjangkit,” kata Suria sambil mengeluarkan telefon
bimbitnya.
Nana kerut dahi. Mereka serius ke? “Oit, korang
ingat aku ni dah gila ke? Sampai hati! Aku waras lagilah.”
Ketawa Farah dan Suria terhambur.
Nana tarik muka masam. Laju sahaja dia berjalan

48
Lynn Allyna

meninggalkan teman-temannya di belakang yang masih tidak


henti-henti mentertawakannya.

“NANA, kau ni apa hal? Dari tadi aku tengok tak habis-
habis tersenyum sorang-sorang. Dah macam orang yang kat
Tanjung Rambutan aku tengok,” tegur Farah. Hairan melihat
temannya yang terlebih ceria hari ini.
Suria di sebelah juga hairan.
Kena sampuk hantu bukit senyum ke apa budak ni?
“Korang ni. Aku senyum salah, aku bad mood salah.
Habis tu aku nak buat macam mana? Jadi macam patung aje?
Tak ada perasaan?”
“Tak adalah. Pelik aje aku tengok cara kau senyum
hari ni. Kena marah dengan apek book store tu pun kau
senyum saja. Seram aku. Kau sihat ke tak ni Nana?” duga
Farah. Risau pula dia. Nanti tidak pasal-pasal dia terpaksa
menjadi pelawat tetap Tanjung Rambutan pula.
Terbayang kejadian di book store tengah hari tadi.
Secara tidak sengaja dia tersepak kertas A4 yang tersusun
rapi di tepi rak. Apa lagi, habis berselerak bungkusan kertas
itu. Ada juga yang terkoyak. Macam mana tidak terlanggar
kalau sudah asyik sangat berangan. Sebesar-besar kertas A4
itu pun dia boleh langgar. Apa lagi, membebel panjang tauke
book store. Semakin panjang bebelan apek itu apabila
nampak Nana membawa beg masuk ke dalam kedai padahal
sudah terpampang di hadapan kedai:

Sila Tinggalkan Beg Anda Di Atas Rak

49
Sepupuku Suamiku

Tahan sahajalah telinga mendengar bebelan apek


itu yang seakan-akan tidak ada hentinya.
“Korang. Weekend ni aku tak ada tau!” Tersipu-sipu
Nana memberitahu.
“Kau nak pergi mana? Nak balik kampung ke?”
“Tak.”
Isy, malunya nak bagitau. Nanti budak-budak tak
matang dua orang ni mesti perli aku.
“Habis tu kau nak pergi mana?”
Nak pergi mana pulak minah ni? Semacam aje? Ke
nak pergi honeymoon? Tapi takkan dua hari aje kut? Suria
berteka-teka di dalam hati.
“Aku nak balik rumah abang aku.”
“Abang? Bila masa pulak kau ada abang?” tanya
Farah. Setahunya, Nana hanya ada seorang kakak.
“Laki akulah! Lambat betullah korang ni. Tu pun
tak boleh nak fikir.”
Geram betul Nana dengan kelembapan cara berfikir
teman-temannya tika ini. Selalunya, Farah dan Suria begitu
advance! Alih-alih hari ni tiba-tiba jadi seperti kura-kura
pula.
“Ooo…cakaplah terus terang. Aku ingatkan abang
manalah tadi. Hmmm… patutlah happy dua tiga macam aje.
Nak balik rumah laki. Maklumlah, orang dah kahwin....”
Suria dan Farah senyum mengejek.
“Yelah. Nanti kalau masam-masam, cik abang lari.
Mari sini aku buat check-up sikit. Manalah tau, ada daki-daki
degil ke kat badan kau ni. Nanti, abang kau tu tak selera
pulak.” Suria dan Farah sudah mula mengusik. Kedua-dua
temannya ini memang pakar dalam bab mengarut!

50
Lynn Allyna

“Kurang asam korang. Banyaklah korang punya


daki. Korang ingat aku ni budak empat tahun yang main
lumpur kat lombong ke?”
Lombong ada lumpur ke? Ah, bantai sajalah!
“Eh, bukan ke kau budak tu? Baru semalam aku
tengok budak tu ada kat situ. Ingatkan nak panggil suruh
balik. Tapi kesianlah pulak sebab aku tengok dia syok sangat
main lumpur. Sebijik macam kau!”
Farah dan Suria tergelak besar sampai merah muka
masing-masing. Macam apek menang judi sahaja lagaknya.
“Sengal! Siap korang aku kerjakan!”
Ni yang malas nak bagitau ni. Dah agak dah. Mesti
kena sakat dengan minah dua orang ni. Siap korang, aku
bagitau Abang Syam. Nanti Abang Syam bawak lumpur
lumur kat muka korang. Buat masker.

51
Sepupuku Suamiku

Bab 13
N
ANA memerhatikan sekali lagi
penampilannya di cermin. Dia
senyum puas hati. Jarang dia
berpakaian begini, tetapi demi suaminya, dia pakai juga. Beg
pakaian dicapai. “Farah, aku balik dulu ya? Suria mana?”
“Ada dalam bilik dia. Kau balik sini lagi tak? Besar
aje beg aku tengok?” Farah masih sempat memerli.
“Isy, mestilah balik. Habis tu kuliah aku macam
mana?” balas Nana selamba.
“Tak adalah. Beg kau besar sangat. Macam tak nak
balik. Okeylah, aku doakan kau bahagia. Nanti dah berkepit
dengan cik abang, jangan lupakan kami kat sini pulak.”
“Kau ni... aku balik bukannya lama. Lusa aku
baliklah sini semula. Nanti kalau kau nak apa-apa, kau call
aku. Aku tolong belikan. Kirim salam kat Suria ya.”
“Tapi benda yang aku nak beli ni mahal. Kau boleh
belikan ke?” Farah buat muka serius.
“Apa dia? Kalau tak sampai seratus tu boleh la aku
belikan.”

52
Lynn Allyna

Farah hendak ketawa tetapi ditahan. Lurus bendul


betul kawan aku ni. “Laki kau. Boleh?”
Ketawa Farah terhambur. Bergema satu rumah.
Nana menjegilkan matanya. “Kalau yang tu, kau
tunggulah sampai kiamat. Insya-Allah takkan dapat.”
Nana angkat beg pakaiannya dan terus keluar.
Sehari Farah tidak menyakatnya, memang tidak sah.
“Nana, aku gurau ajelah!” Laung Farah. Ketawanya
masih bersisa. Dia cemburu. Pasti Nana bahagia. Entah bila
dia akan rasa begitu juga.

NANA menanti dengan sabar. Seketika kemudian dia


tersenyum lega apabila melihat kereta Abang Hisyam berhenti
di depannya.
Hisyam keluar dari perut kereta dan membukakan
pintu untuk Nana.
Aduh… romantiknya. Tolong bukak pintu, tolong
tutup sekali pulak tu. Rasa macam puteri. Senyumnya sampai
ke telinga.
Hisyam mengucup lembut dahi isterinya.
Merah muka Nana menahan malu.
“Nana dah makan ke? Kita pergi makan dulu ya?”
Nana mengangguk. Kereta meluncur meninggalkan
pekarangan kolej kediaman. Pergilah mana-mana saja, bang.
Ke bulan pun Nana sanggup ikut abang.
“Nana nak makan apa? Western, Malay, Chinese?”
Hisyam bertanya sekadar ingin menarik perhatian Nana yang
masih berdiam diri.

53
Sepupuku Suamiku

“Tak kisah. Nana makan aje apa-apa.”


Tolak batu dengan kayu aje, bang.
“Hmmm… kalau macam tu kita makan dekat depan
tu sajalah.”
“Hah?”
Mana ada kedai kat situ. Pokok banyaklah. Biar
betul laki aku ni. Ke aku yang rabun? “Mana ada kedai kat
situ, bang?”
Mata Nana masih melilau-lilau ke arah yang
ditunjukkan oleh Hisyam, mencari jika ada kedai yang terselit
di celah pokok-pokok walaupun rasanya tidak ada.
“Kata nak makan apa-apa saja. Makan kayu dengan
batu pun bolehlah.” Hisyam ketawa geli hati kerana dapat
mengenakan Nana. Muka gadis itu bukan main serius tika
mencari kedai makan di hadapan.
“Eee... jahatlah abang ni. Ingatkan betul-betul tadi.
Semangat orang cari. Tak suka tau!” Nana buat-buat merajuk.
Lengan suaminya dipukul manja. Mukanya yang sememangnya
merah bertambah merah apabila disakat oleh suaminya.
Alahai abang. Macam manalah aku tak jatuh cinta
dengan dia ni. Dahlah romantik, kelakar pulak tu. I love you,
abang.
“Oh… main pukul-pukul orang ye. Nanti sampai
rumah, siap Nana....” Hisyam masih lagi mengusik.
Nana menelan air liur. Gulp, balik rumah? Alamak,
mamat ni nak buat apa kat aku? Ni yang seram ni.
Kereta Hisyam berhenti di hadapan sebuah restoran
mewah.
Nana tergamam. Nak makan kat sini ke?

54
Lynn Allyna

“Okey. Kita dah sampai. Jom.”


Nana melangkah keluar sebaik sahaja pintu kereta
dibuka oleh Hisyam.
Isy… malunya nak makan kat sini. Dahlah aku
pakai sempoi aje ni. Jeans dengan blaus tahun lepas. Warna
pun dah nak luntur ni!
“Kenapa ni? Tak suka makan kat sini ke?” tanya
Hisyam yang hairan apabila melihat riak wajah Nana seolah-
olah kurang senang.
“Bukan macam tu. Nana tak biasa makan kat
tempat macam ni. Malu… baju pun tak cantik.”
Hisyam ketawa lucu. Nana… Nana. Kesian betul
isteri aku ni.
“Tak apa. Okey apa baju ni. Cantik aje abang tengok.
Kat dalam tu, yang pakai baju tak cukup kain pun ada. Dia
orang tak malu pun. Dahlah. Kita nak makan aje. Bukan nak
tunjuk fesyen,” kata Hisyam cuba memujuk Nana.
Betul jugak. Sepatutnya, yang pakai baju tak cukup
inci tu yang patut malu. Ah, bantai sajalah. Bukan ada orang
kenal aku pun. Asalkan ada abang, aku tak kisah. Nana
tersenyum. Huluran tangan Hisyam disambut. Mereka
beriringan masuk ke dalam restoran.
Mak ai… romantiknya! Lampu suram, sentimental
music dan kebanyakan orang dalam restoran itu adalah
pasangan kekasih atau suami isteri. Mungkin juga kekasih
gelap.
“Nana nak makan apa? Order aje apa yang Nana nak
makan, okey.”
Order apa saja? Nak order apa? Satu benda pun tak
tahu ni. Kalau setakat black papper beefsteak ke, tanduri ke,

55
Sepupuku Suamiku

aku taulah. Ni, nak sebut pun terbelit lidah, manalah aku tau!
“Hmmm… abang order ajelah. Nana tak tahu apa
yang sedap kat sini,” putus Nana.
Tak tahu apa yang sedap tu satu hal, ni yang paling
kronik ni... tak tahu macam mana nak sebut.
“Hmmm… kalau macam tu, abang order apa-apa
sajalah ya?”
Nana mengangguk. Ternganga dia saat Hisyam
memesan makanan. Abang order apa tu? Apalah rasa
makanan tu nanti. Tu la tadi. Masa tanya, tak nak cakap.
Kalau makan kat kedai mamak, kan senang? Order aje mi
goreng mamak. Senang. Sedap pun sedap. Tapi tak kisahlah.
Merasa jugak aku makan kat restoran mewah macam ni.
Candle light dinner lagi. Jangan jealous…!
Sejurus kemudian, Nana pandang tidak berkelip
hidangan yang dipesan. Udang galah, ayam, sayur, sup dan
ada dua tiga jenis lauk lagi yang dia sendiri pun tidak tahu
apa ke bendanya.
Isy, banyaknya lauk. Siapa nak habiskan ni? Aku ni
dahlah bukan jenis makan banyak!
“Hmmm… makanlah.”
Macam mana nak makan ni? Udang galah ni
nampak macam sedap. Tapi, nak kopek macam mana ni?
Pakai tangan, aci?
“Ambiklah udang ni. Sedap tau. Favorite abang ni.”
Macam mana nak ambik. Tak tahu! Nana kecur.
Hisyam tersenyum. Dia tahu Nana tidak tahu bagai
mana hendak mengeluarkan isi udang itu.
“Nah,” kata Hisyam sambil isi udang galah
diletakkan ke dalam pinggan Nana.

56
Lynn Allyna

Nana senyum meleret.


Yes. Dapat makan udang galah. Sedapnya… Macam
tahu-tahu aje abang ni. Ni makin sayang ni.
Hisyam melirik ke arah isterinya membuatkan
gadis itu tersipu malu. Sopan sekali Nana menyuap makanan
ke dalam mulutnya. Seakan tidak terbuka mulutnya kerana
malu.
Abang, janganlah pandang macam tu. Malu ni…
Sekali lagi Nana tergamam apabila Hisyam menyuakan sudu
ke arahnya. Suapan disambut malu-malu. Aduh… boleh
pengsan aku macam ni.

NANA melangkah ke dalam rumah dengan perasaan


berdebar-debar. Matanya memandang segenap sudut rumah
yang agak luas itu. Susunan perabotnya rapi dan sederhana.
Hanya terdapat set sofa, TV, beberapa almari dan bantal yang
tersusun di lantai berhadapan dengan TV.
Pandai abang kemas rumah. Kalau bagi kat aku,
entah apa jadi kat rumah ni.
“Abang tinggal sorang aje ke kat rumah ni?” tanya
Nana, pembuka bicara.
“Ya. Sebelum kahwin tinggal berdua dengan kawan
abang. Tapi dia dah pindah kat rumah bawah,” sahut Hisyam
sambil meletakkan beg pakaian Nana ke dalam biliknya.
“Nana duduk dulu, okey. Abang nak solat kejap.
Kalau nak makan apa-apa, pergi aje kat dapur.” Hisyam
senyum sebelum berlalu pergi.
Nana mengangguk. Alat kawalan TV dicapai.
Matanya masih melilau-lilau memerhatikan sekeliling.

57
Sepupuku Suamiku

Bilik ada tiga. Malam ni aku nak tidur mana?


Dengan abang ke? Tapi abang nak ke? Daripada abang tidur
kat atas lantai, baik aku terus tidur kat bilik lain aje. Tapi beg
aku mana ya?
Matanya mencari-cari beg pakaiannya. Seingatnya,
Abang Hisyam yang mengangkat begnya tadi. Mana pulak
abang letak?
“Nana cari apa ni? Nana solat tak? Kalau nak solat,
pergilah. Abang dah siapkan kat dalam bilik.”
Nana bangun dan menuju ke bilik. Begnya ada di
situ. Selesai solat, Nana kembali ke ruang tamu.
Hisyam sedang leka menonton siaran National
Geographic. Dia tersenyum apabila melihat Nana.
“Kenapa duduk jauh sangat. Duduklah kat sebelah
abang. Atau tak sudi?” Sengaja Hisyam menduga.
“Hah? Hmmm….” Nana bangun dan melabuhkan
duduknya di sebelah Hisyam. Haruman yang dipakai oleh
Hisyam menusuk hidungnya. Jantungnya berdegup kencang.
Melihatkan Hisyam yang hanya memakai kain pelekat dan
baju Pagoda pun sudah membuatkannya tak keruan. Seksi.
Inikan pula duduk di sebelah.
Hisyam menukar siaran HBO. ‘Mr. and Mrs. Smith’
lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Alamak, babak yang tak sepatutnya la pulak. Nana
makin resah.
Hisyam dapat melihat kegelisahan gadis itu. “Nana,
abang nak tanya satu perkara, boleh?”
Dia perlu tahu perkara sebenar dengan segera. Dia
tidak mahu Nana terus terseksa dengan ikatan ini.
“Ada apa, bang? Tanyalah.”

58
Lynn Allyna

“Abang nak Nana jawab dengan ikhlas dan jujur.”


Isy, makin suspens. Apa hal pulak ni?
“Abang tahu, perkahwinan kita ni bukan atas
kerelaan Nana. Abang pun sebenarnya keliru masa mak
cadangkan Nana untuk gantikan bekas tunang abang. Tapi,
abang tak dapat nak bantah. Abang pun tak tahu kenapa. Tapi
sekarang, abang rasa abang dah tahu kenapa. Mungkin Nana
memang dijodohkan untuk abang.”
Terharu Nana mendengarnya. Nana rela, abang.
Memang ini yang Nana inginkan.
“Tapi abang tak tahu perasaan Nana macam mana.
Abang mintak maaf kalau Nana dah ada pilihan sendiri dan
kalau Nana rasa terseksa dengan ikatan ni, abang rela le…”
Nana menutup mulut suaminya. Tidak sanggup
mendengar perkataan seterusnya. Air matanya laju sahaja
mengalir.
Hisyam kaget.
“Nana bahagia, bang. Bahagia sangat. Nana
memang reda dengan perkahwinan kita. Nana hanya sayang
abang sorang saja. Tak ada orang lain dalam hati Nana.”
Sendu Nana jelas kedengaran.
Pilu hati Hisyam mendengar pengakuan Nana.
Hapus semua kesangsian di dalam hatinya. Tubuh kecil Nana
dipeluk erat. Dahi isterinya dikucup penuh kasih. Ya Allah,
jika ini jodoh yang Kau tentukan untukku, redailah
perhubungan ini. Dakapan Hisyam semakin erat.
Nana bahagia. Rasa selamat dalam pelukan itu.
Pertama kali dia merasakan amat selesa dalam dakapan
seorang lelaki. Kecupan Hisyam beralih ke pipi, mata, hidung
dan bibir mungil Nana. Nana kaku. Tidak tahu apa yang harus

59
Sepupuku Suamiku

dilakukan. Dia tidak reti. Mukanya panas. Wajahnya dialih ke


arah lain. Malu.
TV dipadamkan. Tubuh gadis itu didukung.
Nana kaget. Tidak sanggup membayangkan apa
yang akan berlaku selepas ini.
“Kenapa ni? Nana takut?”
Menggoda sekali suara Hisyam di pendengaran
Nana. Terasa terhenti nafasnya. Saat bibir Hisyam sekali lagi
ingin singgah ke bibir Nana, gadis itu mengalihkan mukanya.
“Cup!” Nana mengangkat jari tanda mahu ke
tandas.
Suaminya tergelak. Takut sangat ke bini aku ni?
Sampai nak terkucil.
Isy, macam mana ni? Bab-bab ni yang aku lemah
ni...! Nana mundar-mandir di dalam tandas. Kepala yang
tidak gatal digaru. Sepuluh minit kemudian, dia keluar.
“Tak apa kalau Nana tak sedia lagi. Abang tak paksa.
Dahlah tu. Jom tidur,” pujuk Hisyam. Kasihan pula dia
melihat Nana yang jelas menggelabah.
Nana melangkah perlahan menuju ke katil.
“Tidurlah. Dah lewat ni.”
Nana mengangguk. Sorry abang. Nana tak tahu
kenapa Nana gelabah sangat tadi. Tapi apa yang penting,
malam ini tidurnya lena sekali dalam dakapan suami yang
tercinta. Moga malam-malam lain juga seindah malam ini.

60
Lynn Allyna

Bab 14
C
UACA pagi begitu dingin. Nana
terpaku sendirian melihat
keindahan alam ciptaan Tuhan.
Kabus pagi menutupi sebahagian kawasan itu. Mentari masih
malu-malu untuk memancarkan sinarnya. Senyuman terukir
apabila minda nakalnya mengingati romantisnya malam
tadi. Tiba-tiba senyumnya lenyap. Nafasnya seakan terhenti,
jantungnya bagaikan tidak berfungsi.
“Sayang fikir apa ni? Mesti fikir pasal abang, kan?”
Ciuman mesra singgah di pipinya membuatkannya
terasa membahang. Tangan Hisyam kemas melingkari
pinggangnya.
“Mana ada. Nana tengok pemandangan kat sini.
Cantik.”
Abang ni pakai ilmu apa ya? Asyik tahu aje apa yang
aku tengah fikirkan. Kagum betul aku.
“Nana suka ya? Kalau macam tu, kena selalu datang
sinilah. Boleh tengok selalu. Hari-hari pun boleh.”
“Hah? Hari-hari?”

61
Sepupuku Suamiku

Abang ni macam nak suruh aku duduk sini aje. Ni


yang best ni. Hati Nana berbunga riang.
“Yelah. Kalau sayang duduk sini, mestilah dapat
tengok hari-hari. Abang pun boleh tengok sayang hari-hari.”
Abang panggil aku sayang? Sukanya! Kalau panggil
abang ‘baby’ boleh? Gedik betul!
“Duduk sini? Apa maksud abang? Nana tak
fahamlah.”
Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya
pula. Tak apa, saja nak manja-manja dengan abang. Tangan
Hisyam masih erat merangkul pinggang Nana. Begitu selesa.
Nana melentok manja di dada bidang suaminya.
“Apa kata kalau sayang pindah aje. Duduk dengan
abang kat sini. Takdelah abang sunyi sangat,” cadang Hisyam.
Dia harap Nana akan setuju. Kalau boleh, dia mahu Nana
sentiasa ada dengannya.
“Hmmm… sebenarnya, memang Nana suka duduk
sini. Dapat tengok pemandangan, dapat duduk dengan abang.
Tapi….”
Macam mana nak cakap ni?
“Tapi?” Hisyam menunggu ayat seterusnya.
Nana kelihatan agak kurang selesa. Kalau aku
duduk sini, tak tahulah apa yang jadi. Nanti projek tahun
akhir aku ke mana, assignment ke mana, yang lain pulak jadi
nanti. Nana, kau jangan buat hal pulak! Elok-elok dapat
ijazah tahun ni, nanti ada yang melopong tengok orang lain
terima ijazah.
Lagipun, rumah abang dengan kampus bukannya
dekat. Mahu sejam. Aku ni dahlah jenis yang lambat bersiap.
Kalau kelas pukul lapan, mahu pukul enam pagi dah kena

62
Lynn Allyna

bangun. Isy, aku dah lama tinggalkan zaman bangun pagi-


pagi ni. Tapi macam mana nak cakap ni? Nana serba salah.
“Tak apa kalau sayang tak nak pindah. Abang
faham.”
Mungkin Nana belum sedia. Biarlah dulu. Bagi
masa. Lagipun aku dah tahu dia tak ada orang lain selain aku.
Itu pun dah cukup. Masih ada banyak masa lagi.
“Biar Nana fikir dulu, ya bang.”
Huh, nasib baik. Kalau tak jenuh aku nak terangkan
satu-satu.
“Okey. Tapi dengan satu syarat.”
“Syarat? Apa dia?”
Katakan saja syaratnya wahai jantung hatiku
sayang. Hamba sedia turuti.
“Sayang kena balik rumah abang every weekend,
okey?”
Satu permulaan. Biar Nana selesa dulu.
“Okey.”
Rangkulan Hisyam makin kemas. Bibirnya galak
mengucup wajah isterinya. Dari dahi turun ke pipi dan
kemudian leher membuatkan Nana kaku. Terasa mengasyikkan.
“Ops….”
Hisyam melonggarkan rangkulan. Ada sahaja alasan
Nana saat bibirnya ingin mendarat di bibir gadis itu.
“Nana belum mandi lagi. Nana mandi dulu ya.”
Baik aku cabut sebelum apa-apa terjadi. Isy, seram!
Tak boleh bayangkan apa akan berlaku selepas ni kalau terus
dibiarkan. Berdosakah aku menolak kemahuan suami? Tapi,
Nana tak sedia lagi. Sorry abang….

63
Sepupuku Suamiku

Hisyam tersenyum. Mungkin dia menakutkan Nana


lagi. Sabar Syam. Takkan lari gunung dikejar.

“NANA, matilah kali ni!” Suria bersuara cemas. Dia harus


memberitahu Nana perkara ini dengan segera.
“Apa yang matinya? Aku hidup aje lagi ni. Sihat
walafiat. Bahagia lagi....” Nana buat suara gedik.
“Aku tahulah kau hidup lagi. Kalau tak, macam
mana aku boleh cakap dengan kau sekarang ni.”
“Okey, okey. Kenapa? Cuba story kat aku.
Relaks….”
“Mamat tu dah tahu!”
“Mamat? Mamat mana pulak ni? Indon, Bangla?”
“Johanlah!”
“Oh, mamat tu. Dia tahu apa?”
“Dia dah tahu kau dah kahwin. Aku tercakap pulak
hari tu,” cerita Suria dengan rasa bersalahnya. Dia sudah
berjanji dengan Nana agar tidak memberitahu sesiapa yang
Nana sudah berkahwin.
“Hah? Macam mana dia tahu? Apa lagi kau bagi
tahu mamat tu?” Terkejut beruk Nana. Orang yang paling
dielakkan daripada tahu akan perkara ini sudah pun tahu.
Mukanya tiba-tiba berpeluh.
“Semalam dia nampak kau naik kereta laki kau.
Lepas tu, pagi tadi dia datang jumpa aku. Dia paksa aku cakap
kau keluar dengan siapa. Aku takut bila dia dah mula ugut
aku dengan Farah. Aku terpaksalah cakap perkara
sebenarnya.”

64
Lynn Allyna

Aduh! Kenapalah aku tak pandang kiri kanan dulu


semalam. Mana nak sempat, dah teruja sangat bila abang
bukakan pintu. Lupa benda lain.
“Macam mana ni, Nana? Aku tak sengaja.
Sorrylah….” Rasa bersalah terus menerjah Suria. Kasihan
pula dengan Nana. Mesti dia terpaksa berdepan dengan
pelbagai asakan Johan.
“Tak apa. Kau tenang dulu. Biar aku settlekan
perkara ni sendiri.”
Alahai…. Baru saja settle satu masalah, masalah
lain pulak muncul. Parah ni!
Tapi aku peduli apa. Aku bukannya makwe dia pun.
Salah dia jugak. Awal-awal lagi aku dah tolak. Dia yang jenis
tak reti bahasa. Kalau aku cakap bahasa Sepanyol baru dia
faham agaknya. Ada pulak yang jadi Rosalinda nanti.
“Siapa yang call?”
Opocot meletup! Ni lagi sorang. Suka sangat buat
orang terkejut. Tapi tak boleh marah-marah, malam nanti
ada yang kena tidur sorang. Tak seronok.
“Suria.”
“Ooo… Kenapa dia call?” tanya Hisyam seraya
melabuhkan punggungnya di sebelah Nana. Tangannya
merangkul bahu Nana.
“Saja aje. Tanya bila nak balik.”
Sorry abang. Tak apa, bohong sunat.
Hisyam angguk.
“Pukul berapa abang nak hantar Nana balik
kampus?” tanya Nana setelah agak lama berdiam.
“Hmmm… lewat sikit boleh? Tak puas lagi nak

65
Sepupuku Suamiku

manja-manja ni. Lepas ni seminggu abang kena duduk


sorang-sorang tau!” Hisyam buat-buat manja. Kepalanya
dilentokkan ke bahu Nana.
Alamak, manja la pulak laki aku ni. Janganlah
macam ni, abang. Ada jugak yang tak balik kampus nanti.

JOHAN menggenggam penumbuk tanda tidak berpuas hati.


Telahannya selama ini ternyata benar. Gadis pujaannya sudah
berkahwin. Suatu perkara yang tidak pernah terlintas di
fikiran dalam waktu begini. Masih belum tamat belajar.
Kenapa terlalu cepat Nana buat keputusan?
Kau memang kejam, Nana. Takkan selama ni kau
langsung tak rasa apa yang aku rasa? Aku sanggup buat apa
saja demi kau. Ini balasan kau pada aku? Kau gadis pertama
yang aku cintai. Dan aku sumpah, takkan ada gadis lain yang
dapat gantikan tempat kau di hati aku. Aku akan pastikan
suatu hari nanti kau akan melutut depan aku supaya
menerima kau. Waktu tu, baru hati aku akan puas. Kita
sama-sama tunggu, Nana.
Tilam ditumbuk keras. Hatinya terlalu sakit.
Teramat sakit hingga air mata jantannya menitis. Tidak
semudah itu dia akan melepaskan Nana. Selama empat tahun
dia mengejar cinta gadis itu. Bukan mudah untuk
melupakannya dalam sekelip mata. Status Nana bukan
halangan. Walaupun dia tahu betapa berat dosa yang akan
ditanggung kerana meruntuhkan masjid yang dibina, tetapi
kerana mata hatinya telah buta dek kerana terlalu mencintai
gadis itu.

66
Lynn Allyna

Bab 15
J
ANTUNG Nana berdegup kencang.
Gelisah. Serba tak kena. Muka
Johan di hadapannya tegang. Dia
takut hendak pandang. Johan merenungnya tepat, tidak
berkelip.
Apa mamat ni nak buat? Abang… tolong Nana!
Keluar sahaja dari dewan kuliah, Johan sudah menunggunya
di luar. Hajatnya hendak ke kafe bersama Suria dan Farah
terbantut.
“Ikut saya!” Tegas sekali suara Johan waktu itu.
Hendak melawan, bimbang Johan bertindak kasar. Malu
kalau orang nampak. Nak tak nak dia terpaksa mengikut
kemahuan Johan. Sekarang, mamat tak cukup matang ini
hanya duduk merenungnya tajam tanpa sebarang kata-kata
selepas hampir lima belas minit.
“Kalau awak tak ada apa-apa nak cakap, saya balik
dulu. Saya banyak kerja.” Nana memberanikan diri bersuara.
Dua hari lagi dia perlu menghantar laporan projeknya.
Banyak lagi yang perlu disiapkan.

67
Sepupuku Suamiku

Isy mamat ni. Dah pekak ke apa? Aku tanya, dia


boleh buat bodoh aje. Aku sumbat mulut dengan payung ni
karang, baru betul-betul bisu. Geram Nana dengan perlakuan
Johan. Dia bangun. Malas hendak melayan perangai Johan
yang mengalahkan budak tadika.
“Duduk!” Kuat suara Johan memberi arahan.
Terperanjat Nana. Mukanya jelas ketakutan. Dia
kembali duduk. Datang bulan ke apa mamat ni? Moody
semacam aje.
“Kenapa awak tipu saya? Hina sangat ke saya ni
sampai awak tak boleh nak terima saya, tipu saya macam
orang bodoh?”
Nana tercengang. Tidak sangka Johan akan berkata
begitu. Alamak. Mamat ni dah start nak bermadah pujangga
dengan aku ke? Ni yang aku lemah ni. Macam mana nak
terangkan ni? Nana pula terdiam.
“Siapa lelaki yang selalu jemput awak tu?” Suara
Johan kembali tenang. Tidak boleh terlalu memaksa.
Aku dah agak dah. Soalan cepumas ni mesti ada.
Aduh… apa aku nak cakap ni? Tapi alang-alang mamat ni dah
tahu, cakap sajalah perkara sebenar. Dia bukan boleh buat
apa-apa pun. Suka hati akulah nak kahwin dengan siapa pun.
Bukan aku guna duit dia pun. Sikit pun tak menyusahkan.
“Saya rasa awak dah tahu siapa dia. Tak perlu saya
nak ulang banyak-banyak kali,” jawab Nana tegas.
“Jadi betullah cerita Farah dengan Suria?”
Kenapa mesti jadi macam ni?
“Baguslah kalau awak dah faham. Saya nak balik
sekarang.”
“Tunggu. Saya tak kisah siapa awak sekarang ni.

68
Lynn Allyna

Saya tetap akan tunggu awak. Dan saya akan pastikan awak
jadi milik saya suatu hari nanti!” Amaran itu meluncur laju
dari mulut Johan.
Muka Nana pucat. Mulutnya ternganga. Tidak
sangka yang lelaki pendiam seperti Johan boleh bertindak
sebegitu. Dia kecut. Tidak terfikir dek akalnya apa yang bakal
Johan lakukan selepas ini.
Nana bangun dan terus meninggalkan Johan yang
masih memandangnya tanpa berkelip. Badannya menggigil.
Matanya berkaca. Perasaan takut menguasai diri. Dia tidak
kisah kalau Johan melakukan sesuatu pada dirinya, tetapi
jangan memperapa-apakan Hisyam. Tidak sanggup dia
melihat Hisyam menderita kerananya. Johan kelihatan
nekad.

NANA merebahkan dirinya ke atas katil. Dia menangis


semahu-mahunya. Perasaannya bercampur baur.
Ya Allah, apakah dugaan yang bakal aku hadapi
nanti? Banyaknya dugaan untuk memiliki kebahagiaan. Air
matanya tidak henti mengalir. Esakannya semakin kuat.
“Ya Allah Nana. Kau kenapa ni?”
Suria dan Farah yang baru pulang dari kuliah
cemas melihat Nana menangis tersedu-sedan.
Nana segera merangkul kedua-dua sahabatnya.
“Aku takut.”
“Kenapa? Kau takut apa?” Suria bertambah hairan.
Apa yang berlaku sebenarnya?
“Johan,” jawab Nana bersama tangisan yang
semakin menjadi-jadi.

69
Sepupuku Suamiku

“Johan? Apa dia dah buat kat kau? Baik kau cerita
kat aku.” Suria tidak sabar ingin tahu. Apa Johan yang
pendiam itu sudah lakukan pada Nana?
“Dia… dia….” Tersekat-sekat Nana menjawab dek
kerana tangisnya yang belum reda.
“Dia buat apa?” Giliran Farah pula mendesak.
“Dia ugut aku. Dia cakap, dia tetap nak jadikan aku
milik dia nanti. Aku takut....” Mata Nana jelas kelihatan
bengkak kerana terlalu lama menangis. Air matanya masih
lagi mengalir. Ketakutan masih menguasai dirinya.
“Johan ugut kau macam tu? Apa kena dengan
mamat tu? Macam dah tak ada perempuan lain dalam dunia
ni!” ujar Suria geram. Tidak masuk akal. Nampak sahaja
pendiam tetapi rupanya pendendam.
Farah dan Suria memujuk Nana yang masih belum
berhenti menangis. Kasihan melihat nasib Nana. Sebelum
kahwin, lain ceritanya. Sudah kahwin lain pula ceritanya.
“Kau jangan bimbang, Nana. Aku dengan Suria ada.
Kalau Johan buat apa-apa dekat kau, kau bagitau. Biar aku
ajar sikit si mamat sengal tu.” Amarah Farah membara.
Suria mengangguk, setuju dengan kata-kata Farah.
Abang, I need you now. I really need you….

PANGGILAN telefon segera dijawab.


“Assalamualaikum.”
Suara yang amat dirindui oleh Nana. Berair
matanya. Dadanya terus menjadi sebak. “Waalaikumussalam.”
Suaranya bergetar kerana menahan tangis.

70
Lynn Allyna

“Kenapa nangis ni? Sayang okey ke?” tanya Hisyam


risau. Semalam, semasa dia menelefon isterinya, gadis itu
kedengaran ceria sahaja. Tetapi hari ini, lain pula.
“Tak ada apa-apalah. Nana selesema sikit,” dalih
Nana. Dia masih belum sedia untuk bercerita. Biarlah
suaminya tidak tahu apa-apa tentang perkara itu.
“Sayang rindu kat abang ya?” serkap Hisyam.
Nana tersenyum. Rindu sangat-sangat. Rasa macam
nak terbang sekarang juga, jumpa dengan abang. “Abang
sihat ke? Dah habis kerja ke ni?”
“Dah. Abang kat dalam kereta ni, kurang sihat
sikit.”
“Kenapa? Abang demam ke?” Nana cemas.
“Tak. Sakit dada sebab rindu sangat kat sayang,”
usik Hisyam.
Nana ketawa manja. Hilang tangisnya. “Mengada-
adalah abang ni. Ingatkan sakit betul-betul. Buat takut orang
aje tau!”
“Sayang tak nak jumpa abang ke?”
“Mestilah nak. Tapi macam mana? Sekarang ni kat
kolej. Dah malam pulak tu. Tunggulah hujung minggu ni,”
pujuk Nana. Bahagia rasanya apabila Hisyam merinduinya.
“Tapi abang tak sabar nak tunggu hujung minggu
ni. Nak jumpa sekarang jugak.”
“Sabarlah. Lusa aje. Sekejap aje tu.”
Kalau nak jumpa sekarang, datanglah. Nana
sanggup tunggu.
“Lama lagi tu. Nak jumpa sekarang jugak.”
Nana pelik. Apa kena laki aku ni? Rindu sangat ke?

71
Sepupuku Suamiku

Aku pun rindu jugak, tapi boleh la cover lagi kut. Ke abang…
“Abang kat mana ni?” tanya Nana yang mula cuak.
Jangan kata kat kolej aku. Bukan boleh percaya
sangat laki aku ni. Suka buat kejutan.
“Hmmm… kat dalam kereta.” Hisyam ketawa kecil.
Dia terus berteka-teki dengan isterinya.
“Tahulah kat dalam kereta. Tapi kat mana? Kawasan
mana?”
Main-main pulak!
“Hmmm… kat depan kolej budak perempuan yang
comel. Nama dia Diana Syakira.” Ketawa Hisyam terhambur.
Mesti Nana terkejut.
“Abang!!! Kenapa tak bagitau awal-awal? Eee…
bencilah macam ni,” rajuk Nana manja.
Ketawa Hisyam semakin kuat kedengaran.
“Saja. Nak buat surprise kat isteri abang yang cute
ni.”
“Yelah tu. Tunggu, Nana turun sekarang.”
Dah agak dah. Mesti ada saja perkara yang tak
terduga yang dilakukan. Abang, abang….
“Okey sayang. Cepat sikit tau!”

“TOLONG bang. Jangan! Sakit….”


Rayuan wanita tiga puluhan itu langsung tidak
dihiraukan oleh suaminya yang sudah naik hantu. Tubuh
kecil wanita itu bukan sahaja disepak terajang, malah turut
dilibas dengan tali pinggang dan dihentak dengan kerusi

72
Lynn Allyna

sehingga patah. Darah mengalir laju dari bibir dan kepala


wanita yang hampir tidak bernyawa itu.
Sepasang mata kecil hanya memerhati dengan air
mata dan esak tangis yang tidak berhenti.
“Cepat!!! Bagi aku duit! Aku nak duit! Kalau kau tak
bagi, mampus kau kat sini!” jerkah lelaki mabuk itu tanpa
secebis belas kasihan kepada isterinya yang tinggal nyawa-
nyawa ikan itu.
“Saya tak ada duit….” Lemah sekali suara wanita
itu menjawab.
Makin kuat pukulan lelaki itu.
Wanita itu memang langsung tidak berdaya. Air
matanya hampir kering dek kerana terlalu banyak menangis.
Ini bukan kali pertama dia didera oleh suaminya yang berhati
binatang itu. Boleh dikatakan hampir setiap hari.
Suaminya kaki judi, kaki arak malah kaki
perempuan. Dia hanya bertahan kerana anaknya. Dia tidak
mahu anaknya hidup tanpa bapa. Dia rela dipukul, dimaki,
dan diherdik.
Wanita itu semakin lemah. Lembik. Tubuhnya tidak
mampu bangun lagi. Andai ini pengakhiran hidupnya, dia
reda.
Maafkan ibu… hatinya merintih sayu.
Tiba-tiba pukulan di tubuhnya terhenti.
Suaminya yang gagah menghentamnya tadi rebah.
Kaca berderai kedengaran.
Berdiri di belakang suaminya seorang budak kecil
dengan serpihan pasu yang sudah pecah. Darah pekat
mengalir dari kepala lelaki durjana itu. Anak kecil itu nekad
menghentak kepala ayahnya sendiri demi menyelamatkan

73
Sepupuku Suamiku

ibunya yang hampir menemui ajal. Dia meluru mendapatkan


ibunya. Memangku kepala ibunya yang dipenuhi darah. Entah
dari mana dia mendapat kekuatan itu.
“Ibu… ibu…” rintih anak kecil itu dengan deraian
air mata.
“Ibu!!!!”
Johan tersedar dari mimpinya. Mukanya penuh
dengan manik jernih. Dia beristighfar di dalam hati.
Bayangan itu muncul lagi. Kenangan hitam yang
tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Kejadian yang hampir
membunuh ibunya. Nasib baik tindakan pantasnya berjaya
menyelamatkan ibunya daripada terus terseksa didera suami
sendiri.
Johan kembali merebahkan dirinya di atas katil.
Jantungnya masih berdegup pantas disebabkan oleh mimpi
tadi. Matanya cuba dilelapkan walaupun payah. Akhirnya dia
kembali melelapkan mata bersama air jernih yang mengalir
dari mata yang pernah menyaksikan kejadian kejam itu.

74
Lynn Allyna

Bab 16
F
ILEM Hindustan yang tertayang
di kaca televisyen langsung tidak
menarik perhatiannya. Bosannya!
Abang Hisyam bertugas hari ini. Dia hanya sendirian di
rumah. Seluruh rumah sudah dibersihkan. Rancangan di
televisyen pula tiada yang menepati seleranya. Dia memang
teramat bosan sekarang ini. Telefon bimbit segera dicapai.
“Assalamualaikum.” Salam dihulur.
“Waalaikumussalam, Nana. Lama betul tak call
mama ya? Maklumlah orang dah ada suami, mana nak ingat
mama dia lagi,” usik mamanya.
“Mana ada, mama. Nana busy sikit sekarang ni.
Projek dah nak due,” jawab Nana.
“Projek apa tu? Projek kat kampus ke projek kat
rumah cik abang?”
Mamanya sudah mengekek ketawa. Mesti muka
anaknya sudah merah menahan malu.
“Mama ni! Saja aje tau. Mana ada. Projek kat
kampuslah. Tak naklah kawan dengan mama lagi macam ni.”

75
Sepupuku Suamiku

“Yelah. Suami ada, mana nak kawan dengan mama


lagi, kan?” usik mamanya lagi.
“Mama ni... tak baik tau! Rindulah kat mama
dengan papa.”
“Baliklah. Nana pun dah lama tak balik, kan?”
Sejak pulang ke kampus dua bulan lalu, Nana masih
belum pulang ke kampung lagi. Patutlah dia rindu pada
mama dan papanya.
“Memang Nana nak balik. Tapi abang tu asyik busy
aje,” adu Nana.
“Takkan busy memanjang. Ajaklah dia balik sekali.
Sekejap pun tak apa,” pujuk mama. Dia sendiri pun memang
rindu pada anak bongsunya itu.
“Nantilah Nana cakap dengan dia. Kalau jadi,
hujung minggu depan Nana balik ya?”
“Okey. Kalau jadi, bagitau awal-awal ya. Boleh
mama masak sedap-sedap sikit,” ujar Puan Rosmah gembira.
“Insya-Allah. Ni yang sayang mama ni.”
Rindu betul dia dengan masakan mamanya. Lebih-
lebih lagi paprik mamanya. Memang kecur air liurnya.
“Hah, ni mama nak tanya. Nana masak tak untuk
Syam?” duga Puan Rosmah. Dia tahu, anaknya memang gagal
kalau bab masak memasak ni.
“Mama ni. Macam tahu-tahu aje. Abang tak ada di
rumah hari ni. So, malam nantilah. Tapi biasanya abang ajak
makan kat luar saja.”
Betul. Dia masih belum berpeluang untuk
memasak. Pernah dia cuba sekali, tetapi apabila difikirkan
balik, dia masih tidak yakin untuk itu. Sudahnya, dia
habiskan semua lauk itu sebelum Hisyam pulang. Memang

76
Lynn Allyna

tidak sedap. Hanya separuh yang dia makan. Separuh lagi


tong sampah yang makan. Dan sampai sekarang, mereka
hanya makan di luar. Tetapi nasib baik Hisyam jenis yang
tidak kisah orangnya.
“Awak tu ingat sikit. Awak tu dah jadi isteri orang.
Kenalah pandai memasak. Kena layan suami. Kalau tak tahu,
belajar,” nasihat Puan Rosmah.
Nana hanya menadah telinga. “Yalah mama. Nanti
Nana belajar masak. Nana belajar dengan mama, ya?”
“Hmmm… yalah tu. Belajar tengok, kan?” perli
mamanya.
“Alah mama ni. Orang nak belajar betul-betullah
ni....” Nana pura-pura merajuk.
“Tapi Nana balik ya nanti. Ajak Syam sekali.” Puan
Rosmah mengingatkan anaknya sekali lagi.
“Insya-Allah mama. Nanti Nana cakap dengan
abang. Assalamualaikum mama.”
“Waalaikumussalam. Kirim salam pada Syam ya?”
Puan Rosmah meletakkan gagang telefonnya. Entah
bagaimana keadaan anaknya. Boleh ke Nana layan suaminya
dengan baik? Hisyam layan Nana dengan baik jugakah? Dia
tahu Nana bukannya pandai memasak. Memang tidak pernah.
Hanya tahu potong sayur dan masak air. Masak nasi pun
kadang-kadang tidak lepas. Puan Rosmah menggeleng
kepala.
“Apa yang awak gelengkan tu, Mah?” tegur
suaminya.
“Nana. Entah macam mana dia sekarang, ya bang.
Boleh ke dia layan suaminya dengan baik? Risau pulak saya.
Yalah, abang bukan tak tahu anak abang yang sorang tu.

77
Sepupuku Suamiku

Masak nasi pun tak lepas. Inikan pula nak masak lauk,”
ujarnya.
“Tak apalah. Dia boleh belajar sikit-sikit. Nanti dia
pandailah tu. Awak pun tolonglah ajar dia,” jawab suaminya
positif sambil ketawa kecil.
“Harap-harap macam tu la abang. Mungkin
sekarang tak risau sangat sebab Nana duduk asrama. Nanti,
dah habis belajar, kenalah duduk dengan suaminya. Kalau
dah duduk di rumah, kenalah memasak.” Puan Rosmah
masih runsing. Bukannya dia tidak pernah ajar anaknya
memasak. Tetapi kalau disuruh memasak, banyak betul
alasannya. Takut tidak sedaplah, mama masak lagi sedaplah...
macam-macam!
“Tak payahlah awak fikir banyak sangat, Mah.
Pandai-pandailah budak tu nanti. Hah, awak pergi buat air
untuk saya lagi bagus,” balas suaminya.
Puan Rosmah mencebik. Itu sahaja yang suaminya
tahu. “Anak kita... mestilah kita risau.”
Puan Rosmah lantas bangun dan menuju ke dapur.
Benaknya masih runsing memikirkan anaknya. Tetapi dia
tahu, Hisyam baik. Tidak mungkin dia akan marah Nana
hanya kerana tidak tahu memasak. Dia juga tahu, anaknya
boleh belajar. Biarlah mereka rasa hidup berumah tangga.
Mungkin anaknya akan jadi lebih rajin dan dapat melayan
suaminya dengan baik. Doa sentiasa dipanjatkan agar
pernikahan itu kekal selama-lamanya.

“SAYANG, bila cuti semester ya?” tanya Hisyam sambil


memaut mesra bahu isterinya.

78
Lynn Allyna

Nana yang sedang khusyuk menonton TV berpaling.


“Hmmm… minggu depan dah start cuti. Kenapa
bang?” Nana bertanya. Dahinya berkerut.
“Hmmm… apa kata kalau kita pergi honeymoon?”
cadang Hisyam.
Hah, honeymoon? Nak!!! Tapi… Nana yang pada
mulanya kelihatan gembira, berubah wajah tiba-tiba
membuatkan Hisyam hairan.
“Kenapa? Tak suka ke pergi honeymoon dengan
abang?” tanya Hisyam.
“Bukan macam tu, bang. Tapi….”
Kalau abang ajak Nana pergi sekarang pun Nana
ikut tau!
“Tapi kenapa?”
“Hmmm… Nana cuti sekejap aje. Seminggu.
Lagipun banyak kerja nak kena settle.”
“Bawaklah sekali kerja tu. Buat kat sana.”
Banyaklah bawak sekali kerja. Nanti, kerja yang aku
nak buat tak siap, kerja lain yang jadi kang. Bukan boleh
percaya sangat aku ni. Lebih-lebih lagi ada abang. Mesti kerja
nak menghadap muka dia aje dua puluh empat jam.
“Hmmm… apa kata kalau kita pergi bulan tujuh
ni? Masa tu Nana dah habis belajar. Cuti pun lama. Bolehlah
honeymoon lama sikit. Barulah best….” Perlahan sahaja
suara Nana menuturkan kata-kata akhirnya. Malu. Gatal pun
ada.
“Apa dia? Abang tak dengarlah sayang kata apa
tadi?” Sengaja Hisyam mengusik.
Nana sudah menutup mukanya dengan bantal.

79
Sepupuku Suamiku

Abang ni saja tau! Suka buat orang malu. Benci…!


Hati Nana berbunga riang. Kebahagiaan makin dirasai.
Mungkin ini hikmahnya jika berkahwin dengan restu
keluarga.
“Hmmm… okey. Abang setuju. Habis aje kuliah,
kita terus pergi. Nanti sayang bagitau abang tarikh sayang
habis semester, abang boleh apply cuti awal sikit.”
Nana mengangguk. “Abang… kalau kita pergi
honeymoon rumah mama dulu minggu depan boleh tak?”
Ala… bolehlah….
“Hah? Ooo… patutlah tak nak pergi honeymoon
minggu depan ya. Nak balik rumah mama rupanya. Nakal
betullah budak ni.” Hisyam mencubit manja hidung
isterinya.
“Boleh tak?” Nana bertanya lagi meminta kepastian.
“Hmmm… akan difikirkan.” Hisyam buat-buat tak
endah sahaja dengan permintaan Nana. Dia saja ingin
menduga.
“Alah... bolehlah. Please….” pujuk Nana. Sebenarnya
di kepalanya sudah terbayang masakan mamanya yang penuh
satu meja. Apalah punya anak. Bukan rindu dekat mama dan
papanya, rindu pada masakan mama sahaja.
Hisyam masih belum memberikan kata putus.
Matanya tertumpu pada drama yang disiarkan di televisyen.
Nana tarik muncung sedepa. Rasa mahu menangis
tidak diendahkan begitu.
Hisyam perasan akan perubahan air muka Nana.
Hatinya ketawa berdekah-dekah.
Hai… nasiblah kau, Syam. Dapat kahwin dengan
anak manja.

80
Lynn Allyna

“Merajuk ke? Okeylah… kita balik kampung


minggu depan. Okey?” pujuk Hisyam. Kelakar apabila melihat
muka Nana yang masam mencuka. Makin comel!
“La… nangis ke? Abang main-main ajelah tadi.
Sorry okey….” pujuk Hisyam lagi apabila melihat air mata
bergenang di kelopak mata isterinya.
Isy… sensitif betul budak ni!
Nana mengesat air matanya. Entah kenapa, hatinya
tiba-tiba sebak. Dia rindukan mamanya. Ini kali pertama dia
berjauhan dengan mamanya dalam tempoh yang agak lama.
Kalau dahulu, dia mesti balik selang dua minggu. Kadang-
kadang, tiap-tiap minggu dia balik.
“Janji tau!” Nana bersuara manja.
“Ya… abang janji. Dah jangan nangis lagi. Tak
comel….”
Sempat lagi Hisyam mengusik, membuatkan Nana
tersenyum. Dada suaminya dipukul manja.
Hisyam memeluk erat tubuh gadis itu. Dahi Nana
dikucup mesra. Hisyam bahagia. Walaupun Nana bukan gadis
pilihannya, tetapi dia percaya setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya. Dan dia semakin dapat merasai hikmah itu.

81
Sepupuku Suamiku

Bab 17
N
ANA terjaga dari lenanya. Aik?
Bila masa pulak aku tidur kat
sini? Dia melihat ke sebelahnya.
Suaminya, Hisyam sedang lena dibuai mimpi. Agaknyalah.
Seingatnya tadi, dia sedang menonton televisyen. Dia yang
beria-ia hendak tengok. Walaupun mata sudah macam
separuh hendak tertutup, digagahkan juga sebab hendak
tengok pelakon kegemarannya, Brad Pitt yang handsome.
Mana tak penatnya, seharian tidak tidur. Letih.
Kuliah habis pukul empat petang, abang datang ambil terus
balik kampung. Maghrib baru sampai ke rumah. Lepas tu
tolong mama sediakan makan malam. Walaupun terasa
sangat malas, tapi kena jugak buat. Malulah dekat abang
kalau dia tahu bini dia ni sebenarnya memang malas bab-bab
memasak ni. Lepas solat isyak, teman abang tengok TV kejap.
Terus sambung tengok mega movie sekali.
“Abang dah mengantuk ke?” tanya Nana bila
melihat suaminya menguap beberapa kali. Mungkin penat
selepas lama memandu tadi. Mama dan papa awal-awal lagi
sudah masuk tidur. Biasalah... orang tua.

82
Lynn Allyna

“Sikit. Sayang tak nak tidur lagi ke? Mata dah


merah tu,” ujar Hisyam.
Mata Nana memang sudah berair. Tetapi disebabkan
oleh Brad Pitt, matanya yang semakin mengecil sengaja
dibesarkan.
Ilmu apalah mamat maco ni pakai ya, sampai orang
tergila-gilakan dia... sampai jadi gila pun ada!
“Nak tengok movie ni dulu. Kalau abang nak tidur,
naiklah dulu. Nana boleh tengok sorang.”
Bunyi macam merajuk tapi cover la sikit. Kesian
pulak kalau nak paksa.
“Tak apa. Abang teman.” Pasrah sahaja Hisyam
bersuara. Demi isteri tersayang.
Sedar-sedar sahaja, dia sudah terbaring di sebelah
Hisyam di atas katilnya.
Abang angkat aku ke? Ke aku berjalan sambil tidur?
Isy, takkanlah kut. Kalau abang angkat, hmmm...
romantiknya. Kesian kat abang. Dahlah penat, mengantuk
lagi. Lepas tu kena angkat aku pulak naik tingkat atas. Thank
you my darling.
Nana memandang wajah suaminya dari dekat.
Walaupun dalam gelap, dapat dilihat segenap inci wajah
tampan itu. Dia meneliti satu per satu, buat pertama kalinya.
Sebelum ini dia tidak pernah melihat wajah Hisyam sedekat
itu. Hanya beberapa inci sahaja dari mukanya. Alis mata yang
tebal dan rapi, hidung yang sedikit mancung, bibir yang
seksi. Aduh… membuatkannya tergoda. Jarinya gatal untuk
cuba menyentuh wajah itu. Telunjuknya bermain-main dari
dahi turun ke mata, hidung, pipi dan menyentuh mesra bibir
suaminya.

83
Sepupuku Suamiku

Kesian abang. Maafkan Nana. Nana masih tak


mampu nak jalankan tanggungjawab Nana sepenuhnya
sebagai isteri. Abang memang sabar. Nana terlalu cintakan
abang. Abang jangan tinggalkan Nana ya… rintihnya di
dalam hati. Setitis air matanya gugur.
“Nana tak tidur lagi?”
Hampir terkeluar jantungnya mendengar suara
serak Hisyam. Dapat dilihat sinar mata Hisyam memandang
ke arahnya. Cepat-cepat dia menyeka air mata. “Terjaga tadi.
Nak tidurlah ni.”
Nana memalingkan mukanya membelakangi
Hisyam. Ops alamak! Tak boleh tidur membelakangi suami.
Teringat ajaran ustaz semasa menghadiri kursus pra
perkahwinan dulu. Dia segera kembali memusingkan
tubuhnya menghadap Hisyam.
“Nana nangis ke?” tanya Hisyam.
“Mana ada! Mengantuk la....”
Nana menggelabah. Tangan Hisyam melingkari
pinggangnya. Nana merapatkan tubuhnya ke arah suaminya.
Terasa ingin bermanja.
Pelukan Hisyam semakin erat. Bibirnya mengelus
manja wajah isterinya. “I love you sayang.”
Terungkap kalimah sakti itu dari bibir Hisyam.
Sesungguhnya dia tidak dapat menipu rasa hatinya. Rasa itu
semakin mendalam setiap hari. Rasa yang cuba disemai saat
dia mengambil keputusan untuk menikahi Nana. Rasa yang
tidak perlu dipaksa. Ia muncul dengan sendiri. Sesungguhnya
Allah itu Maha Berkuasa.
Air mata Nana yang hampir kering tadi mengalir
kembali saat mendengarkan kalimah agung itu. Tidak terfikir

84
Lynn Allyna

olehnya yang Hisyam akan mengungkapkan kata-kata itu.


Saat itu, hatinya seakan berbisik mengatakan suaminya jujur
mengungkapkannya dan dia harus mempercayainya. Bukan
kerana terpaksa atau hanya ingin mengambil hatinya.
“I love you too….” Perlahan sahaja suara Nana.
Antara dengar dan tidak. Dia malu. Kalau diikutkan hati,
ingin sahaja dia menjerit menyatakan kepada dunia yang dia
cintakan suaminya sepenuh hati.
Bibir Hisyam menyentuh mesra bibir yang baru
sahaja mengungkapkan kata cinta itu. Dia senyum. Nana
tidak lagi mengelak seperti sebelum ini. Mungkinkah
isterinya sudah dapat menerima cintanya? Dia berdoa agar
apa yang diharapkan di dalam rumah tangganya dimakbulkan
Tuhan. Hujan menjadi saksi penyatuan dua hati dan dua jasad
ini. Semoga rasa cinta ini kekal buat selamanya.

85
Sepupuku Suamiku

Bab 18
N
ANA menilik jam di meja.
Enam tiga puluh minit pagi.
Hah? Alamak dah
lewat. Tak solat lagi! Dia segera bangun tetapi pergerakannya
tersekat. Tangan Hisyam melingkari kemas pinggangnya.
Tak boleh jadi ni! “Abang, bangun. Dah lewat nak
solat subuh ni.”
Tangan Hisyam ditolak lagi. Kali ini berjaya. Dia
segera bangkit dan menuju ke bilik air.
“Jangan lupa mandi wajib, ya sayang.”
Hisyam bersuara nakal.
Muka Nana merah padam. Tahulah! Ingat orang ni
budak kecik ke? Nana segera mengunci pintu bilik air. Entah
kenapa dia rasa lain sekali. Bahagia. Senyuman tak lekang
dari bibirnya.

86
Lynn Allyna

“ASSALAMUALAIKUM,” sapa Hisyam kepada isterinya yang


sedang leka menyiram bunga-bungaan di laman. Salah satu
hobi Nana. Tanam bunga.
“Waalaikumussalam,” jawab Nana perlahan.
Mukanya ditundukkan selepas memandang suaminya sekilas.
Malu masih menyelubungi diri.
Abang jangan la tengok… malu tau! Nanti Nana tak
boleh buat kerja.
“Nak tolong boleh?” Hisyam menawarkan diri. Dia
berdiri di sebelah Nana yang tersipu-sipu.
“Tak payahlah. Dah nak habis ni.”
“Abang tak habis cakap lagi tau. Tolong tengok aje,”
kata Hisyam seraya ketawa berdekah-dekah.
Nana geram. Isy dia ni!
“Siram dengan air nanti baru tahu!” ugut Nana.
“Siramlah… tak takut.” Hisyam berkata dengan
nada riak. Ketawa masih berbaki. Dia tahu Nana takkan
berani buat begitu.
Ohhh… ingat orang tak berani, ya? Tengok, siapa
yang takut air. Satu… dua… tiga! Nana mengalihkan siraman
air dari pokok rosnya kepada Hisyam yang masih ketawa.
Hisyam terkejut. “Eh, abang gurau aje tadi. Sayang,
basah ni!”
Hisyam kaget. Nana makin galak menyiramnya. Dia
lari.
Nana ikut mengejar. “Ha… tadi kata tak takut air!”
Nana memulangkan paku buah kerasnya. Padan
muka. Berlagak sangat. Jangan tak tahu, sayang abang ni
memang suka bab siram menyiram ni.

87
Sepupuku Suamiku

“Ya Allah budak berdua ni. Main air pulak. Nana,


sudahlah tu! Habis basah Si Hisyam tu. Nana!!!” jerit
mamanya apabila melihat Nana yang semakin galak mengejar
suaminya dengan pancutan air di tangan.
Nana segera menghentikan langkahnya sebaik
sahaja mendengar jeritan mamanya.
Alamak, mama nampak. Malunya! Dia lupa yang dia
berada di rumah mama dan papanya. Nasib baik papanya
sedang leka membaca akhbar. Kalau tidak, lagi malu!
Hisyam tercungap-cungap selepas penat dikejar
oleh Nana. Bajunya basah. Lega apabila dia melihat Nana
sudah menutup pili air.
Thanks ma. Kalau tak, tak tahu apa anak mama tu
nak buat lagi. Silap hari bulan, boleh mati kesejukan. Hisyam
berjalan menghampiri isterinya. “Oh… mainkan abang ye?
Siap la sayang nanti!”
Nana mengalihkan pandangannya. Aduh… apa
pulak mamat ni nak buat kat aku? Tu la, berani sangat tadi.
Tapi best! Kesian abang. Basah kuyup. Nana tersenyum.
“Sayang, thanks,” ucap Hisyam.
Aik, aku dah siram dengan air pun masih cakap
terima kasih lagi? Dah demam ke laki aku ni? Dahi Nana
kerut tanda tidak faham.
“Thanks sebab sudi terima abang sebagai husband
dan buat abang bahagia. Abang bahagia sangat…” tutur
Hisyam lembut. Tangan isterinya dikucup perlahan.
Nana senyum bahagia.
Nana pun bahagia. Thanks to you too my dear….
“And for last night too….” Hisyam menyambung
dengan suara nakal membuatkan Nana menggelabah. Malu!

88
Lynn Allyna

“Isy, abang ni. Saja aje tau! Dahlah. Orang nak


masuk.” Belum sempat Nana melangkah, tangannya terlebih
dahulu ditarik oleh Hisyam memaksanya jalan beriringan.
“Yelah. Hari tu sayang jugak yang kata nak
honeymoon kat rumah mama dulu.” Hisyam masih lagi giat
mengusik Nana. Sengaja memancing reaksi isterinya.
“Orang cakap aje. Takkan honeymoon kena macam
tu kut?” tanya Nana yang jelas menunjukkan sikap keanak-
anakannya.
“Hmmm… part of it.” Hisyam menjawab dengan
ketawa yang cuba ditahan.
Nana melepaskan pegangan tangannya. Dia berjalan
laju menuju ke dalam rumah. Malas hendak bersoal jawab
dengan Hisyam lagi. Alih-alih, dia juga yang terkena.
Saja aje tau! Kalau macam tu, tak naklah pergi
honeymoon. Tapi, best jugak…. Nana tersenyum gatal.
Hatinya berbunga riang. Seakan tidak sabar menanti hari
bulan madunya. Ke mana agaknya Hisyam akan
membawanya?
“Hah, ni yang senyum-senyum ni kenapa? Abang
Hisyam mana?”
Terkejut Nana apabila ditanya mengejut oleh
mamanya begitu. Senyumannya mati. “Hah? Ada kat luar.
Nana nak ambil tuala kejap.”
Nana laju mendaki anak tangga menuju ke biliknya.
Mama tersenyum. Dia tahu Nana dan Hisyam
sedang meniti kebahagiaan. Dia mengucap syukur di dalam
hati. Walaupun pada mulanya dia kurang yakin Hisyam dapat
menerima Nana dan anak kesayangannya itu dapat menerima
pernikahan secara mengejut itu, tetapi sekarang dia percaya,

89
Sepupuku Suamiku

keputusannya tepat. Mungkin ini hikmah yang dijanjikan


Tuhan.
Dia kenal Nana bukan hanya sehari dua. Dari dulu
dia tahu anaknya mempunyai perasaan pada sepupunya itu.
Naluri seorang ibu takkan pernah tersilap. Apa yang
diharapkan, biarlah kebahagiaan itu kekal sehingga ke
akhirnya.

90
Lynn Allyna

Bab 19
P
EMANDANGAN di hadapannya
begitu indah dan mendamaikan
seperti hatinya saat itu. Buat
pertama kalinya dia bercuti tanpa bebanan di kepala. Tidak
perlu fikirkan soal pelajaran lagi. Segala penat lelahnya
sejak di tadika hingga menamatkan empat tahun pengajian
di kampus sudah tamat. Jauh dari kesibukan, jauh dari
makhluk Tuhan paling sengal, Johan yang tidak henti-henti
mengganggunya walaupun tahu dia sudah bersuami. Entah
apa yang dimahukan lelaki itu, dia sendiri pun tidak tahu.
Dan sekarang dia di sini, menyaksikan panorama
ciptaan Allah yang amat mengagumkan. Paling penting, dia
bersama orang yang amat dicintainya. Itu lebih membuatkan
percutiannya sangat bermakna.
Hisyam mengotakan janjinya membawa Nana
berbulan madu. Lokasinya dirahsiakan hinggalah saat dia
menaiki pesawat yang membawanya ke pulau peranginan ini.
Kalau sebelum ini Nana hanya mendengar atau membaca
mengenai keindahan pulau cinta ini, sekarang dia sendiri
dapat menyaksikan segalanya. Memang dia tidak dapat

91
Sepupuku Suamiku

menyangkal segala kata-kata itu. Pulau Bali memang indah


dan romantik.
“Sayang buat apa ni?” tanya Hisyam sambil
memeluk mesra pinggang isterinya. Ciumannya hinggap di
pipi Nana.
Pagi yang amat romantik. Dua keajaiban Tuhan
berada di hadapan matanya. Keindahan alam dan wanita di
dalam dakapannya sekarang.
“Tengok keindahan alam ciptaan Tuhan. Cantik
sangat,” balas Nana sambil melentokkan kepalanya ke dada
Hisyam.
“Memang cantik. Orang kat depan abang ni lagi
cantik,” puji Hisyam.
Nana tersipu malu.
“Jom kita ke sana,” ajak Hisyam.
Dia teruja apabila melihat ramai orang sedang
bermandi-manda di pantai. Ada juga yang sekadar berjalan
menyusuri pantai.
“Tak naklah. Nana tak mandi lagi ni,” tolak Nana.
Baju tidur masih tersarung di tubuhnya. Semalam,
sampai sahaja di hotel, dia terus tertidur. Penat.
“Ala… kat sana lagi banyak air. Free aje. Jimat sikit
air kat hotel ni.” Hisyam berlawak.
“Isy… takkan nak mandi kat sana. Segan la orang
tengok.”
Isy, malulah aku. Ada ke nak suruh aku mandi kat
pantai tu.
“La… orang lain pun mandi jugak. Tengok mat
salih tu. Mandi pakai seluar Superman aje.”

92
Lynn Allyna

Hisyam menunjuk ke arah sekumpulan mat dan


minah salih yang sedang mandi di pantai.
“Dia orang tu tak apalah. Tak ada rasa malu.”
“Okey. Kalau sayang tak nak mandi, temankan
abang mandi aje. Dah lama tak mandi laut ni. Please….”
Pujuk Hisyam.
Nana mengangguk tanda setuju.

93
Sepupuku Suamiku

Bab 20
P
ERCUTIAN selama empat hari
di pulau peranginan itu memang
menyeronokkan. Terasa terlalu
cepat masa berlalu. Kalau bersama orang tersayang, mesti
rasa macam tukan? Tidak puas. Kalau boleh rasa macam
hendak bercuti setahun aje.
Menyusuri pantai Jimbaran, melihat keindahan
matahari terbenam dan melawat beberapa tempat menarik di
Pulau Bali sememangnya suatu pengalaman yang indah dan
menyeronokkan. Sempat juga Nana membeli beberapa
barangan untuk dijadikan cenderahati kepada keluarganya
nanti.
“Hmmm… rasa macam tak nak balik aje esok,”
luah Nana semasa mereka sedang berehat selepas penat
seharian meronda-ronda sekitar pulau itu.
“Kenapa? Dah terpaut kat mat indon kat sini ke?”
usik Hisyam.
Nana memuncung. “Isy, ada ke macam tu. Orang
suka tengok pemandangan kat sinilah. Mat indon buat apa?”

94
Lynn Allyna

Deruan ombak di pantai yang terdampar indah di


hadapan mata begitu mengasyikkan. Angin yang bertiup
begitu mendamaikan. Tambahan pula dirinya hangat di dalam
pelukan suami tercinta.
“Sayang, nanti abang nak sepuluh orang anak
boleh? Lima lelaki lima perempuan,” kata Hisyam tiba-tiba.
Nana membulatkan matanya. “Hah? Sepuluh?
Ramainya. Tak laratlah macam tu….”
Sepuluh? Kering aku macam tu.
“Alah… sikit aje tu. Abang tak pernah rasa macam
mana ada famili besar. Nana pun, kan? Apa salahnya kalau
kita ada anak ramai macam tu. Meriah sikit,” cadang Hisyam.
Dia hanya dua beradik. Nana pun dua beradik sahaja.
“Memanglah meriah. Tapi nak beranakkan sepuluh
orang tu rasanya… eee….” Nana cuba membayangkan kalau
dia melahirkan sepuluh orang anak. Seorang pun sudah
seram, inikan pula sepuluh.
“Hmmm… kita cubalah dulu. Banyak pahala tau
kalau beranak ramai-ramai.” Hisyam masih tidak mahu
mengalah. Dia sengaja mahu mengusik. Tetapi kalau ada
rezeki apa salahnya.
Nana hanya tersenyum sumbing.
“Kalau macam tu, jom!” ajak Hisyam. Tubuh Nana
dicempung masuk ke bilik dan diletakkan di atas katil.
“Nak ke mana?” Nana masih tak mengerti. Dahinya
berkerut.
“Usahalah. Kata nak dapat sepuluh orang anak.”
Hisyam tersenyum nakal. Pelukannya semakin erat.
Kedinginan pulau menyelimuti pasangan itu yang sedang
hangat dibuai asmara.

95
No. ISBN:- 978-967-5067-38-9
Jumlah muka surat: 560
Harga Runcit:-
Semenanjung M’sia: RM19, Sabah/Sarawak: RM22
Harga Ahli KKN:-
Semenanjung M’sia: RM15, Sabah/Sarawak: RM18

Sinopsis:-
Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri,
Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani
telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat
menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain.
Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani
terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan
diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah
kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk
menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi
pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.
Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan
Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai
dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi,
panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan
di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga
dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat
ditepis satu per satu.
Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana,
berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi
isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan
hati Nana yang keras itu.
Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta
Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak
mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan
dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk
memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.
Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan
perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang
kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi
tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan
Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan
Nana….
Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali?
Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah
mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu
yang sejati?
“Larilah hingga ke hujung dunia, berenanglah ke
dasar lautan, terbanglah hingga langit ketujuh. Kalau sudah
jodoh, pasti bersatu jua. ”

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, dapatkan


SEPUPUKU SUAMIKU di rangkaian kedai buku MPH, Popular
dan kedai-kedai berdekatan anda.
Anda juga boleh terus melanggan dengan Kaki
Novel Enterprise melalui online atau pun pos.
Untuk melanggan melalui online, sila layari laman
web kami di:- www.kakinovel.com.
Untuk melanggan melalui pos, anda hanya perlu
tuliskan nama, alamat lengkap, no. telefon, tajuk novel yang
ingin dilanggan dan jumlah naskhah berserta wang pos/
kiriman wang atas nama:- KAKI NOVEL ENTERPRISE dan
poskan ke alamat berikut:-

Kaki Novel Enterprise


No. 33-2, Jalan Wangsa Delima 12,
D’Wangsa, Wangsa Maju,
53000 Kuala Lumpur.
No. Telefon:- 03-4149 0096
No. Faks:- 03-4149 1196