Anda di halaman 1dari 26

KIMPALAN ARKA

Mesin Kimpalan Arka


• Mesin kimpalan arka adalah merupakan
sebuah alatubah perendah iaitu ia
mngubah dari voltan tinggi kepada voltan
rendah tetapi menghasilkan arus yang
tinggi untuk menerbitkan arka bagi
kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan
kabel pemegang elektrod dan juga kabel
bumi ke meja kerja.
– Fungsi Alat Pengubah
• Alat pengubah adalah komponen yang
terdapat pada sebuah mesin kimpalan
arka yang berfungsi untuk
mengurangkan voltan dan meninggikan
arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan
kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali
sebagai alatubah perendah.
TERAS

MASUKAN
KELUARAN

GELUNG PENDUA

GELUNG UTAMA

Rajah 9.1. Gambarajah Skematik Alat Pengubah


Komponen-komponen asas dalam
sesebuah mesin kimpalan arka adalah
terdiri daripada:
• Alatubah
• Kebel bumi
• Kebel elektrod
• Pemegang Elektrod
• Bekalan kuasa
Jenis-jenis mesin kimpalan arka
Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka.
Iaitu:
1. Jenis ‘rectifier (DC)
2. Jenis alatubah (AC)
3. Jenis kombinasi AC/DC
4. Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
5. Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)
Jenis ‘rectifier’(DC)
Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan
kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus
terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.
Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya
adalah kekutuban berbalik. Punca negatif disambungkan
kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua
jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah
amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja
pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah
pilihan yang tepat.
Kelemahan:
• Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
• Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
• Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.
Jenis arus ulangalik.

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah


kerana ianya menghasilkan arka yang lebih stabil dan
tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan
penembusan yang sederhana dan senyap.

Kelemahan:
• Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan
yang terhad.
• Tidak semua elektrod boleh digunakan.
• Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.
Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.

Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis


arus. Ianya perlu apabila mengimpal logam tertentu
dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan
yang meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis
keluli dan kedudukan mengimpal.

Kelemahan:
• Kos yang agak tinggi
• Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.
Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus
Ulangalik).

Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan


elektrik. Boleh membekalkan sama ada arus ulangalik
atau arus terus.
Kelemahan:
• Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
• Bising
• Modal tinggi
• Kos penyelenggaraan tinggi
• Semburan arka (arc blow)
• Memerlukan bahanapi.
Jenis Pacuan motor.
Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus.
Menghasilkan dua pilihan arus terus. Iaitu kekutuban
terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
• Terdapat ‘arc blow’ .
• Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan
beberus karbon dan perlu ditukar pada tempoh tertentu.
Kelengkapan Kimpalan Arka.
Kekutuban Mesin Kimpalan Arka
Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:
1. Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada
punca positif)
2. Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca
negatif)
Ciri-ciri Kekutuban:
Ciri-ciri arus terus kekutuban berbalik ialah:
• Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.
• Ketelusan yang cetek
• Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.
Ciri-ciri arus terus kekutuban lurus ialah:
• Kadar kecairan letrod yang lambat
• Ketelusan yang dalam
• Kelajuan yang sederhana
Kebel elektrod

Pemegang elektrod
+
Bekalan kuasa
bendakerja
__ Kebel bendakerja

Litar Arus Terus Kekutuban Berbalik

Kebel elektrod

Pemegang elektrod

Bekalan kuasa
bendakerja
+ Kebel bendakerja

Litar Arus Terus Kekutuban Lurus


Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut
Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas
pelindung. Iaitu:

Teknik Seret.
Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis
‘hujung cawan’(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh
dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur membentuk
seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang
sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat
Menggunakan teknik ini eletrod diangkat pada jarak lebih kurang
1/8 inci dari permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan
sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan
apabila mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep
cup’.
Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.
Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil
kimpalan.
Jarak Arka
Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod
dengan permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan
dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan
menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang.
Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.
Sudut Arka
Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan
permukaan bendakerja pada arah gerakan elektrod. Sudut arka
yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi memanjang
atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.
Kelajuan Arka
Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung
penamat kimpalan. Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar
kecairan elektrod. Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai
terlalu halus dan tinggi serta kurang ketelusan.
Memulakan arka
Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan
tempat itu bebas daripada cat dan bahan-bahan yang boleh
menghalang pengaliran arus elektrik.
Kaedah letak angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara
perlahan dan apabila arka dapat diterbitkan jarak arka itu perlu
dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga 6.0mm.
Kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat
permulaan kimpal seperti mana anda menggores mancis api.
Apabila terbit arka hendaklah jaraknya dikekalkan seperti mana
yang telah diterangkan di atas.

elektrod

3
2
1 2 1&4

Kaedah letak angkat Kaedah menggores


Elektrod.

Elektrod adalah berfungsi sebagai logam


penambah dalam kimpalan arka yang
mana ianya disalut dengan bahan lakur
yang mana campurannya terdiri
daripada beberapa jenis bahan tertentu
dan mempunyai berbagai fungsi ketika
kerja kimpalan dilakukan.
Penghasilan Elektrod

Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis


elektrod bersalut lakur yang habis guna (consumable)
yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis
logam teras dan juga kandungan salutan elektrod
berkenaan.

Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara
penyemperitan (extrusion) dan cara mencelup (dipping).
Panjang sebatang elektrod adalah diantara 230mm
hingga 460mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor
12,10, 8 dan 4. Elektrod no.12 adalah berdiameter paling
kecil diantara yang disebutkan di atas.
Jenis Salutan Elektrod

Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa


bahan yang bergantung kepada irri-ciri penggunaan
elektrod. Diantara bahan-bahan campuran yang terdapat
pada salutan elektrod ialah serbok besi, oksida-titania,
sodium silikat, potassium, asbestos, ferro-manganese.

Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu:


-Salutan nipis (tidak bersalut)
-salutan sederhana
-salutan tebal
Fungsi Salutan Elektrod

Fungsi salutan pada elektrod adalah:

1. Menghasilkan gas pelindung.


2. Menghasilkan jeremang penutup kumai
3. Menstabilkan arka
4. Mengandungi campuran untuk ciri-ciri
khas penggunaannya.
Pengkelasan Elektrod.
Elektrod dikelaskan mengikut system yang
ditentukan oleh system piawaian yang diterima
pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian
yang biasa digunakan AWS ( American Welding
Society ) atau ASTM (American Standard for
Testing Materials). Sebagai contoh terdapat tiga
spesifikasi bagi elektrod Keluli Lembut. Iaitu:

AWS A5.1 – 55 T
ASTM A233 – 55 T
CSA W48.1 – 1952 (kanada)
Pengkelasan elektrod

Elektrod boleh dikodkan mengikut system penomboran


seperti E6013, E6011, E6010, E7018 dan sebagainya.
Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian
tertentu. Sebagai contoh E6013:

E – elektrod
60 – kekuatan tensil/tegangan 60,000lb.
1 – kedudukan mengimpal
3 – jenis arus
Fungsi Jeremang.
Jeremang adalah satu selaput yang terdapat pada
permukaan kumai hasil dari peleburan salutan elektrod.
Jeremang ini mempunyai fungsi tertentu.Diantaranya
ialah:
• Melindungi kumai daripada udara luar disepanjang
penyejukan berlaku.
• Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah lebur.
• Mengawal bentuk kumai supaya seragam.
• Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat
logam
• Memberikan perlindungan secara mekanikal kepada
pemindahan logam dari elektrod ke logam induk.

Anda mungkin juga menyukai