Anda di halaman 1dari 8

Peranan Wanita Dalam Masyarakat

Sun, 2006-12-31 11:57 — admin


19/09/2005

Masyarakat umpama golongan sedang tidur


BERITA HARIAN

SARANAN Ketua Wanita JIM, Dr Harlina Halizah Siraj, supaya wanita menghayati erti
Islam hadhari disambut baik oleh perwakilan wanita peringkat negeri.

Ketua Wanita Johor, Sumilah Marto, berkata isu masyarakat kucar kacir dan
materialistik menimbulkan rasa tidak selamat.

Masyarakat hari ini umpama golongan manusia yang sedang nyenyak tidur sehingga
tidak sedar rumah sedang terbakar.

Justeru sudah sampai masanya kita mengaplikasikan konsep Islam hadhari. Wanita
walaupun bengkok (dijadikan dari tulang rusuk) tetapi berpandangan luas dan panjang.
Sesungguhnya umur itu sedikit, maka kenali potensi diri dan gilap dengan sebaiknya.
Wanita perlu rajin menimba ilmu dengan menghadiri majlis ceramah yang dianjurkan
oleh kerajaan mahupun bukan kerajaan (ngo). Bagi mewujudkan keluarga hadhari,
usaha dari semua pihak diperlukan terutama suami agar bersedia membantu isteri demi
keharmonian rumah tangga, katanya.

ULASAN :
Wanita pĕrlu bergelanggang di kedua-dua tempat dengan syarat - syariat tetap
dipertahankan. Mengabaikan salah satu adalah kesilapan besar. Sentuhan keibuannya di
rumah dibawa bersama ke tengah masyarakat, lalu meratalah kasih sayang. Suami tidak
merasa kehilangan isteri walaupun si isteri bergelanggang di tengah ramai. Sebaliknya,
wanita yang bergelanggang di tengah masyarakat dengan mengabaikan rumah tangga,
adalah laksana layang-layang putus tali... diterbangkan angin tanpa arah tujuan.

Perlu ada wanita bersyariat yang turun terus ke tengah-tengah masyarakat untuk menjejak
kembali mereka yang telah jauh meninggalkan syariat. Memimpin dan membimbing
wanita lebih berkesan jika dilakukan sendiri oleh wanita... lebih-lebih lagi oleh wanita
yang bersyariat Ini bermaksud, bukan semua wanita perlu bergelanggang di tengah
masyarakat. Kepakaran dan kebolehan dalam satu-satu bidang menentukan siapa yang
perlu ke de-pan dan siapa yang perlu lebih banyak memberi tumpuan di rumah. Di rumah
atau di tengah masyarakat bukan ukuran tinggi rendah atau mulia hinanya wanita.
Bahkan, di mana saja dia berada, di situlah jalan untuknya membina taqwa. Kemuliaan
seorang wanita diukur pada taqwanya.

Turunnya wanita bersyariat ke tengah masyarakat adalah sebagai model untuk


menunjukkan bagaimana sepatutnya menjadi wanita karier sekaligus menjunjung
syariat. Wanita perlu diberitahu bahawa mereka masih boleh memburu dunia tanpa
membelakangkan Tuhannya! Wanita masih boleh menggenggam dunia, berjaya dalam
kerjaya, menjadi ibu dan isteri yang solehah - sekaligus. Wanita masih boleh memiliki
kedudukan, pangkat dan harta tanpa menyimpannya di dalam hati. Alangkah indah dan
harmoninya masyarakat bila ini semua berlaku...Bukankah ini idaman kita bersama?
Tanggungjawab siapakah ini? Ini tanggungjawab kita bersama.

Sudah tiba masanya kita berganding bahu dan saling lengkap-melengkapkan antara kita
untuk merealisasikannya de-mi memburu kasih sayang llahi.

SEKIAN.

Jika kita membaca Al-Qur’an, maka dapat kita ketahui bahawa penciptaan Nabi Adam as.
bersamaan dengan ibu Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup beliau. Kita
mengetahui kisah isteri Fir’aun, yang dapat mencegah Fir’aun dalam niatnya untuk
membunuh Nabi Musa as. Sebagaimana tercantum dalam firman Allah swt.: “Dan
berkatalah isteri Fir’aun, ‘(Ia) biji mata bagiku dan bagimu. Janganlah kamu
membunuhnya, mudah-mudahan dia bermanfaat bagi kita atau kita pungut menjadi anak,
sedangkan mereka tidak menyedari.” (Q.s. Al-Qashash: 9).

Kita simak kisah dimana ada dua wanita di kota Madyan, keduanya putri Asy-Syekh Al-
Kabir, yang diberi air minum oleh Nabi Musa as. Kemudian kedua wanita tersebut
mengusulkan kepada ayahnya, supaya memberi pekerjaan kepada Nabi Musa as. kerana
beliau memiliki amanah (dapat dipercaya) dan fizikalnya kuat. Sebagaimana yang tertera
dalam firman Allah swt.:

“Salah seorang dari kedua wanita itu berkata, ‘Wahai Bapaku, ambillah dia sebagai orang
yang bekerja (kepada kita), kerana sesungguhnya orang yang terbaik, yang kamu ambil
untuk bekerja (kepada kita) ialah orang yang kuat dan dapat dipercaya’.” (Q.s. Al-
Qashash: 26).

Kita semak lagi kisah ratu Balqis di negeri Yaman, yang terkenal adil dan memiliki jiwa
demokrasi. Ratu ini setelah menerima surat dari Nabi Sulaiman as. yang isinya seruan
untuk taat kepada Allah dan menyembah kepada-Nya, lalu dia meminta pendapat kepada
kaumnya dan bermusyawarah untuk mengambil sebuah keputusan bersama.

Firman Allah swt.:


“Berkata dia (Balqis), ‘Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku
(ini), aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam
majlis(ku).’

Mereka menjawab, ‘Kita adalah orang-orang yang memiliki kekuatan dan (juga)
memiliki keberanian yang luar hiasa (dalam peperangan), dan keputusan berada di
tanganmu; maka pertimbangkanlah yang akan kamu perintahkan’.” (Q.s. An-Naml: 32-
33).

Kemudian dia berkata, sebagaimana yang telah difirmankan Allah swt.:

“Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri nescaya mereka


membinasakannya, dan menjadikan penduduknya yang mulia menjadi hina; dan
demikian pulalah yang akan mereka perbuat.” (Q.s. An-Naml: 34).

Kesimpulan dari pendapat ratu tersebut ialah bahawa penguasa-penguasa di dunia ini jika
mereka hendak menguasai suatu negeri, maka mereka akan merosak dua hal, iaitu
merosak negara dan moral penduduknya.

Oleh kerana itu, di dalam Al-Qur’an telah disebutkan nama-nama wanita selain wanita-
wanita yang tersebut di atas, yang ada hubungannya dengan kisahnya masing-masing.
Misalnya, ibu Nabi Isa as, Maryam Al-Batul.

Peranan Wanita Pada Masa Nabi Muhammad saw.

Adapun peranan wanita pada masa hidupnya Nabi Muhammad saw. yang kita kenal ialah
yang memelihara Nabi saw, iaitu Aminah ibu beliau; yang menyusuinya, Halimah As-
Sa’diyah; dan yang menjadi hadina (pengasuh) bagi beliau, Ummu Aiman r.a. dari
Habasyah.

Nabi saw. telah bersabda, “Bahawa dia adalah ibuku setelah ibuku sendiri.”

Kemudian kita kenal Siti Khadijah binti Khuwailid r.a, wanita pertama yang beriman dan
membantunya, Siti Aisyah, Ummu Salamah, dan lain-lainnya, dari Ummahaatul
Mukminiin (ibu dari kaum Mukmin), isteri-isteri Nabi, dan isteri-isteri para sahabat
Rasulullah saw.

Aktiviti Wanita Masa Kini

Sebenarnya, usaha (kiprah) kaum wanita cukup luas meliputi berbagai bidang, terutama
yang berhubung dengan dirinya sendiri, yang diselaraskan dengan Islam, dalam segi
akidah, akhlak dan masalah yang tidak menyimpang dari apa yang sudah digariskan atau
ditetapkan oleh Islam.

Wanita Muslimat mempunyai kewajipan untuk memperkuat hubungannya dengan Allah


dan menyucikan fikiran serta wataknya dari sisa-sisa pengaruh fikiran Barat.
Harus mengetahui cara menangkis serangan-serangan kebatilan dan syubuhat terhadap
Islam.

Harus diketahui dan disedari hal-hal yang melatarbelakanginya, mengapa dia harus
menerima separuh dari bahagian yang diterima oleh kaum laki-laki dalam masalah hak
waris? Mengapa saksi seorang wanita itu dianggap separuh dari laki-laki? Juga harus
memahami hakikatnya, sehingga iman dan Islamnya bersih, tiada keraguan lagi yang
menyelimuti benak dan fikirannya.

Dia harus menjalankan secara keseluruhan mengenai akhlak dan perilakunya, sesuai
dengan yang dikehendaki oleh Islam. Tidak boleh terpengaruh oleh sikap dan perilaku
wanita non-Muslim atau berfahaman Barat. Kerana mereka bebas dari fikiran dan
peraturan-peraturan sebagaimana yang ada pada agama Islam. Mereka tidak terikat pada
perkara halal dan haram, baik dan buruk.

Ramai diantara kaum wanita yang meniru mereka secara buta, misalnya memanjangkan
kuku yang menyerupai binatang buas, pakaian mini, tipis (transparan), atau setengah
telanjang, dan sebagainya. Cara yang demikian itu adalah meniru orang yang buta akan
hal-hal terlarang.

Nabi saw. telah bersabda:

“Janganlah kamu menjadi orang yang tidak mempunyai pendirian dan berkata, ‘Aku ikut
saja seperti orang-orang itu. Jika mereka baik, aku pun baik; jika mereka jahat, aku pun
jadi jahat.’ Tetapi teguhkan hatimu dengan keputusan bahawa jika orang-orang
melakukan kebaikan, maka aku akan mengerjakannya; dan jika orang-orang melakukan
kejahatan, maka aku tidak akan mengerjakan.”

Peranan Wanita Dalam Keluarganya

Di dalam Al-Qur’an telah ditetapkan, semua penetapan dan perintah ditujukan kepada
kedua pihak, laki-laki dan wanita, kecuali yang khusus bagi salah satu dari keduanya.
Maka, kewajipan bagi kaum wanita di dalam keluarganya ialah menjalankan apa yang
diwajibkan baginya.

Jika dia sebagai anak, kemudian kedua orangtuanya atau salah satunya menyimpang dari
batas yang telah ditentukan oleh agama, maka dengan cara yang sopan dan bijaksana, dia
harus mengajak kedua orangtuanya kembali ke jalan yang baik, yang telah menjadi
tujuan agama, disamping tetap menghormati kedua orangtua.

Wajib bagi setiap wanita (para isteri), iaitu membantu suaminya dalam menjalankan
perintah agama, mencari rezeki yang halal, menerima dan mensyukuri yang dimilikinya
dengan penuh kesabaran, dan sebagainya.
Wajib pula bagi setiap ibu, mengajar anak-anaknya taat kepada Allah, yakni dengan
menjauhi larangan-Nya dan menjalankan perintah-Nya, serta taat kepada kedua
orangtuanya.

Kewajipan bagi setiap wanita terhadap kawan-kawannya yang seagama, iaitu


menganjurkan untuk membersihkan akidah dan tauhidnya dari pengaruh di luar Islam;
menjauhi faham-faham yang bersifat merosak dan menghancurkan sendi-sendi Islam dan
akhlak yang luhur, yang diterimanya melalui buku, majalah, filem, dan sebagainya.

Dengan adanya tindakan-tindakan di luar Islam, yang ditimbulkan oleh sebahagian kaum
Muslimin terhadap wanita yang kurang bijaksana dan insaf, maka hal inilah yang
menyebabkan terpengaruhnya mereka pada peradaban Barat dan fahaman-fahamannya.

Harus diakui, bahawa hak-hak wanita di sebahagian masyarakat Islam belum diberikan
secara penuh.

Harus diketahui pula, bahawa suara pertama dari kaum wanita dalam menguatkan
dakwah dan risalah Muhammad saw. ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a. kepada
Rasulullah saw.:

“Demi Allah, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya
engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi
kepada orang yang tidak punyai, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu,
serta menolong orang-orang yang menderita.”

Ketika Rasulullah saw. melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan disiksa, lalu
Rasulullah saw. berkata kepada mereka, “Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita
nanti akan bertemu di syurga.”

Keterangan: Artikel ini merupakan artikel lepas yang ditulis oleh Dr. Yusuf Al-
Qardhawi. Dikutip dari Majalah “Al-Ummah,” no. 66, Pebruari 1986, hlm. 40-5.

Difailkan dalam: Ilmu dan Fikrah

\
GERAKAN FEMINISME DI MALAYSIA

- ANTARA IDELISME DENGAN MATLAMAT-

Oleh ABD. Rahim ABD. Rashid

GERAKAN feminisme di Malaysia kuat dipengaruhi oleh gerakan feminisme di Barat, lebih
bermotif reformasi sosial dan politik golongan wanita. Gerakan ini didukung oleh wanita elit dan
menengah atasan yang berpendidikan tinggi. Mereka begitu tertarik kepada gerakan feminisme
di Barat yang membangkitkan soal keadilan sosial, kesaksamaan, hak kemanusiaan, hak wanita,
liberalisasi kaum wanita, dan pelbagai pendekatan yang berpusat pada kepentingan dan
pandangan yang memihak dan menyebelahi wanita. Dengan mengeksploitasi pelbagai isu yang
bukan sahaja bersifat gender bias, kebanyakan pejuang gerakan feminisme terperangkap oleh
isu asas yang masih dihadapi oleh masyarakat negara membangun.

Isu jantina yang menjadi landasan perjuangan gerakan feminisme di Malaysia dapat diatasi sekali
gus sekiranya isu asas yang mencengkam masyarakat seperti kemiskinan, kemunduran,
pemodenan, keadilan sosial, dan pergeseran kelas sudah dapat ditangani dengan baik. Namun,
ada pihak yang berpendapat bahawa langkah menangani isu jantina perlu diberi keutamaan
untuk membanteras kemiskinan, kemunduran, merintiskan pemodenan, meluaskan keadilan
sosial, dan mengurangkan pergeseran kelas yang diwarisi oleh masyarakat membangun.

Beberapa gerakan feminisme yang dianjurkan di luar negara melalui persidangan antarabangsa
seperti di Beijing (1996) dan di Nairobi (1985) memberi kesan yang meluas terhadap kemunculan
gerakan feminisme di negara membangun. Satu jawatankuasa di peringkat antarabangsa
dibentuk bagi menghidupkan hala tuju perjuangan gerakan feminisme di negara membangun.
Dari semasa ke semasa, resolusi berkaitan dengan perjuangan feminisme diluluskan untuk
dikemukakan kepada pemimpin di negara mem~ bangun dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu untuk diterima pakai sebagai dasar pembaharuan dan perubahan bagi wanita.

Dasar jantina diluaskan dalam pelbagai bidang meliputi politik, kepemimpinan, pekerjaan,
profesionalisme, pendidikan, kurikulum pengajian jantina, dan sebagainya.

Dalam keadaan tertentu, gerakan feminisme yang bias serta mempunyai kecenderungan yang
tidak sihat mencetuskan semangat tidak puas hati dan meningkatkan prasangka dan
permusuhan antara kaum wanita dengan lelaki. Gerakan pembebasan wanita di Barat
memulakan era baru peranan wanita yang lebih luas yang mempunyai persamaan dengan lelaki.

Berbeza daripada gerakan feminisme di Barat, wanita dalam masyarakat Timur kuat dipengarnhi
oleh budaya dan agama yang mencorakkan peranan tertentu yang perlu dimainkan oleh wanita.
Walaupun angin pemodenan bertiup kuat dan mengubah perspektif baru peranan wanita Timur,
faktor keagamaan dan kebudayaan menjadi benteng pendidikan wanita tentang kesetiaan,
tanggungiawab, nilai hidup, peranan, fungsi, dan tugas yang membina yang perlu dipertahankan
oleh wanita dalam masyarakat moden.

Pemodenan tidak bermakna membuang semua tradisi hidup dan mengambil apa-apa sahaja
yang dianggap moden oleh masyarakat Barat. Wanita Timur tidak dikehendaki terlampau
ekstrem dan membabi buta mengikut pengaruh feminisme Barat. Kebebasan yang diberi kepada
wanita tidak bermakna, jika bercanggah dengan nilai dan norma masyarakat Timur yang kaya
dengan kesopanan dan peradaban. Faktor kebudayaan, sosial, dan agama amat berpengaruh
dalam mencorakkan pergerakan feminisme dan penonjolan isu jantina dalam masyarakat
membangun.
Perspektif moral mempunyai kesan yang kuat ke atas pergerakan feminisme Malaysia,
khususnya. Masyarakat Timur tidak dapat menerima tindakan dan tingkah laku wanita yang
bercanggah dengan nilai budaya, keagamaan, dan etika yang bertopengkan perjuangan
liberalisasi menuntut hak individu, hak persamaan dengan lelaki, dan hak kebebasan seks yang
bercanggah dengan ajaran agama dan tamadun hidup ketimuran.

Golongan feminisme tempatan yang jahil tentang agama dan begitu terpengaruh oleh Barat
sering mencemuh agama dan gagal memahami pengajaran agama Islam dalam membawa
perubahan nasib wanita yang amat jumud kedudukannya pada zaman jahiliah. Pada zaman
jahiliah moden, wanita diperalat dengan pelbagai cara. Pergerakan liberalisasi wanita umumnya
membuka ruang yang lebih luas kepada eksploitasi wanita dalam pelbagai bidang. Wanita
menjadi alat komersial yang begitu canggih dan mudah digunakan untuk pelbagai tujuan.

Dari satu segi, gerakan feminisme bertujuan untuk melindungi kepentingan wanita yang semakin
terancam, mengalami keruntuhan moral dan akhlak, dan kehilangan idealisme dan hala tuju. Dari
segi yang lain, gerakan ini bertujuan untuk memberi lebih banyak kebebasan dan menuntut hak
yang lebih luas mengatasi lelaki.

Gerakan feminisme di Barat umumnya mencerminkan kegagalan wanita dalam kehidupan


berkeluarga dan perkahwinan.

Gerakan feminisme dapat dikira sebagai persaingan wanita dengan lelaki. Eksploitasi wanita dari
segi imej, status, moral, seks, dan biologikal, khususnya melalui iklan perdagangan, mendorong
perjuangan feminisme untuk menghapuskan sebarang bentuk eksploitasi, diskriminasi, prejudis,
stereotaip, berat sebelah, dan melemahkan semangat yang berlaku dengan meluas terhadap
wanita. Dari satu segi, terdapat kesedaran dan kesungguhan untuk mengangkat dan membina
status, imej, dan moral.

Wanita merupakan aset yang amat bernilai dan tenaga penggerak kemajuan. Wanita merupakan
benteng pertahanan moral dalam masyarakat yang berubah dan sering dilanda kegawatan dan
kemelut sosial. Wanita menjadi sumber inspirasi dan kasih sayang serta pembinaan masyarakat
penyayang. Peranan wanita sangat dikehendaki dan dipertahankan oleh masyarakat Timur demi
kestabilan institusi keluarga daripada tergugat dan runtuh seperti yang berlaku di kalangan
masyarakat Barat.

DALAM arena politik, ketrampilan dan kebolehan wanita umumnya tidak menonjol. Dalam banyak
hal, wanita masih bergantung dan mengharapkan ihsan serta sokongan lelaki. Walaupun
terdapat sebilangan kecil pemimpin wanita yang cuba mengeksploitasi isu jantina sebagai modal
politik untuk meraih sokongan wanita, kebolehan pemimpin wanita untuk merobah imej negatif
dan stereotaip terhadap wanita masih belum berjaya. Dari segi biologinya dan emosinya, wanita
masih dikira lemah berbanding dengan lelaki. Faktor keemosian sering mengatasi kekuatan
intelektual apabila terpaksa berhadapan dengan isu yang mencabar kredibiliti sosial dan moral
mereka.

Agenda penstrukturan semula sosial terhadap jantina menjadi semakin penting dan
mempengaruhi kecenderungan perkembangan jantina dan wanita dalam masyarakat moden
dengan menggunakan perspektif positif pembinaan imej, peranan, dan status wanita. Isu jantina
semakin menarik perhatian dalam kerangka pergerakan golongan reformis feminisme di
kebanyakan negara membangun yang dianggotai oleh golongan intelek dan kelas menengah
wanita yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat. Perspektif sosiologi yang berasaskan teori
fungsi pembiakan yang menekankan faktor biologi, perahan, dan status tradisional wanita dilihat
mempunyai pengaruh yang negatif terhadap pembinaan imej, fungsi, dan status baru wanita
moden yang membawa perubahan yang besar kepada kedudukan, status, dan peranan wanita.
DEWAN BUDAYA, OGOS 1998, BIL 8 JIL 20, M/S 10-11