Anda di halaman 1dari 28

SUKATAN PELAJARAN DAN HURAIAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN

ISLAM , BUKU TEKS, BUKU PANDUAN GURU DAN PENGENALAN j-QAF

Pengenalan

Pelajar-pelajar sekelian!

Anda sekarang adalah seorang pendidik. Untuk menjadi seorang pendidik yang
professional anda perlulah mengetahui, memahami dan menguasai isi kandungan
Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam , Huraian Sukatan , Buku Teks dan Buku Panduan
Guru. Justeru itu modul ini diharap dapat membantu anda dalam menjalankan tugas
seharian .

Modul ini memberi penekanan kepada dua tajuk utama. Dalam tajuk pertama ianya
mendedah dan dapat meningkatkan kefahaman pelajar mengenai; Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam, Huraian Sukatan Pelajaran, Buku Teks dan Buku Panduan Guru .
Seterusnya memberi pendedahan dan penekanan kepada pelajar mengenai
pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu serta pengenalan konsep j-
QAF. .

Hasil Pembelajaran

Di akhir modul ini anda dapat

1. memahami dan menghuraikan matlamat, objektif dan organisasi


kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

2. memahami dan menghuraikan bidang, tajuk, isi pelajaran dan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran di dalam Huraian Sukatan Pelajaran
Pendidikan Islam

3. menghurai dan mengaplikasi bahan dari Buku Teks dan Buku Panduan
Guru dalam pengajaran dan pembelajaran

4. memahami pelaksanaan Pendidikan Islam 6 bulan Pertama Tahun Satu

5. memahami konsep j-QAF

1
1.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Pendidikan Islam sekolah rendah adalah pendidikan awal yang wajib dipelajari oleh
setiap murid Islam dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pendidikan Islam sekolah rendah
memenuhi tuntutan fardu ain, menekankan kemahiran-kemahiran asas yang perlu
dikuasai oleh individu Muslim. Selaras dengan proses perkembangan intelek, rohani,
emosi dan jasmani murid-murid. Merangkumi aspek keimanan, kemanusiaan,
kemasyarakatan dan kenegaraan.
Tumpuan Khusus mata pelajaran Pendidikan Islam:

1. Pendidikan Asas Tilawah al-Quran


2. Pembentukan Aqidah dan Bimbingan Asas Fardu Ain
3. Pemupukan amalan Fardu Ain dan Kifayah yang dituntut oleh Syariat
4. Penerapan Adab yang berteraskan Akhlak Islamiah ke dalam diri murid.

Keempat-empat bidang ini hendaklah disampaikan dengan berkesan. Penyampaian


yang berkesan mampu menanam asas keimanan dan membentuk murid-murid agar
mempunyai cita-cita tinggi, daya tahan, semangat juang, gigih berusaha dan mampu
mengubah diri yang dapat menyumbang kepada asas tamadun masyarakat, bangsa dan
negara.

Para pendidik perlu memastikan setiap murid menguasai ilmu, amalan dan kemahiran
yang telah ditetapkan supaya mata pelajaran Pendidikan Islam ini dapat menyumbang
ke arah pembentukan muslim mukmin yang berilmu, beriman, beradab, berakhlak mulia,
berketrampilan, bertanggungjawab, beramal salih dan bertakwa selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam.

Matlamat Pendidikan Islam Sekolah Rendah ;

Matlamat pendidikan Islam adalah untuk menghasilkan muslim yang berilmu, beriman,
berketrampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al Quran dan al
Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertaqwa dan menyumbang ke
arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.

Objektif Pendidikan Islam;

Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Islam sekolah rendah, murid dapat :

1. Membaca surah-surah terpilih dari juzu’ Amma dengan betul dan fasih, untuk
memupuk minat membaca al Quran dan menjadi amalan

2. Menghafaz ayat lazim yang terpilih untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian

3. Memahami maksud beberapa surah yang dipelajari dan menghayati


pengajarannya ke arah meyakini al Quran sebagai rujukan petunjuk Allah

2
4. Memahami dan meyakini asas-asas keimanan sebagai pegangan akidah dan
benteng keagamaan

5. Mengamalkan ibadat-ibadat asas dalam fardu ain serta memahami fardu kifayah
sebagai tuntutan kewajipan umat Islam

6. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah saw sebagai asas
perkembangan tamadun manusia

7. Mengamalkan adab dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian

8. Membaca dan menulis jawi serta mencinta ilmu sebagai warisan budaya bangsa

Kandungan Kurikulum

Kandungan Pendidikan Islam sekolah rendah dibahagikan kepada empat bidang seperti
berikut, iaitu:

Organisasi Kandungan
Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Bidang Asuhan Tilawah Bidang Asas Ulum Bidang Asas Akhlak


al-Quran Syari’yah Islamiah

Bidang Pelajaran
JAWI

Rajah : Bidang-bidang Pendidikan Islam Sekolah Rendah

Rajah di atas menunjukkan kandungan bidang-bidang mata pelajaran yang terdapat


dalam Pendidikan Islam sekolah rendah. Untuk mendalami bidang-bidang tersebut;

 Sila rujuk Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah


 Tahun 2002

3
Bil. BIDANG OBJEKTIF TUMPUAN

Asuhan Tilawah 1. Membaca Surah–surah 1 Membaca ayat-ayat al-


Al-Quran terpilih dari juzuk Amma Quran dengan Betul
1 dengan betul dan fasih, untuk dan fasih.
memupuk minat membaca A-
Quraan dan menjadi amalan. 2 Menghafaz ayat-ayat
tertentu dengan betul
2. Menghafaz ayat-ayat lazim
dan fasih
yang terpilih untuk bacaan
dalam solat dan ibadah
3 Memahami pengertian
harian.
surah-surah tertentu
3. Memahami maksud beberapa
daripada Juzuk Amma
surah yang dipelajari dengan
(Juzuk 30 ) dan
menghayati beberapa surah
menghayati
sebagai rujukan petunjuk
pengajarannya.
Allah.

Asas Ulum As- 1. Memahami dan meyakini 1. Penekanan


Syariah asas-asas keimanan sebagai akidah,pembentukan
pegangan akidah dan sikap dan
2 benteng keagamaan tanggungjawab terhadap
1. Mengamalkan ibadah- Allah.
ibadah asas Fardu Ain s erta 2. Pengetahuan mengenai
memahami Fardu Kifayah peraturan ibadah yang
sebagai tuntutan kewajipan ditentukan oleh Allah
umat islam Taala dan
3. Memahami dan mengambil melaksanakannya
Iktibar dengan sirah 3. Percontohan dan
Rasulullah S.A.W. sebagai pengambilan iktibar dari
asas perkembangan tamadun Sirah Rasulullah S. A..W
manusia, 4. Implikasi Akidah,Ibadah
dan Sirah dari segi
tanggungjawab terhadap
diri,
keluarga,masyarakat
dan Negara.
Asas Akhlak Mengamal adab dan 1. Kepatuhan terhadap
Islamiah menghayati nilai-nilai akhlak peraturan dan cara
dalam kehidupan seharian hidup Muslim dalam
hubungan dengan
Allah S.W.T. dan
Rasulullah S.A.W.
2. Kepatuhan terhadap
peraturan dan tatacara
perhubungan manusia
dengan diri, keluarga,
alam sekitar,masyarakat
dan Negara.

4
3 Pelajaran Jawi Membaca dan menulis jawi serta 1. Menulis tulisan jawi
mencintainya sebagai warisan dengan baik
budaya bangsa. 2. Membaca jawi dengan
lancar
3. Mempelajari seni
tulisan jawi.

Latihan

i. Berdasarkan rajah di atas, bincangkan bidang-bidang pendidikan Islam sekolah


rendah mengikut susunan?

ii. Senaraikan objektif setiap bidang mengikut tumpuan sukatan tersebut.

Syabas! Atas kesabaran anda ………………..

Rehat sekejap !!!

1.2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam

Anda telah pun memahami secara terperinci Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSR
melalui unit yang lepas, Insyaallah, semoga dengan pemahaman dan pengamatan yang
telah anda berikan itu, memudahkan anda meneruskan pembelajaran seterusnya.

Baiklah, sekarang marilah kita meneruskan perbincangan ini mengenai Huraian Sukatan
Pelajaran Pendidikan Islam KBSR.

Dalam unit ini anda akan dapat mengetahui secara lebih terperinci mengenai matlamat,
objektif dan bidang yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah
Rendah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Matlamat

Huraian Sukatan Pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembangkan dan


memperjelaskan maksud dan kehendak Sukatan Pelajaran. Sukatan Pelajaran perlu
dibaca bersama dengan Huraian Sukatan. Penguasaan terhadap apa yang terkandung
dalam Huraian Sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.
Penyediaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penilaian dibina berdasarkan
Huraian Sukatan Pelajaran.

5
Objektif

Fungsi utama Huraian Sukatan Pelajaran ialah untuk:

 Menentukan skop sukatan

 Panduan guru dalam menyediakan isi pelajaran dan pemilihan aktiviti


pembelajaran

 Kegunaan penyediaan buku teks dan bahan pembelajaran bagi memilih


dan membina isi kandungan aktiviti pembelajaran, soalan penilaian dan
kerja lanjutan

 Kegunaan pembinaan soalan ujian dan penaksiran samada berbentuk


formatif atau sumatif

Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran

Huraian sukatan pelajaran disusun dengan menggunakan format yang diselaraskan bagi
semua matapelajaran. Kandungan Huraian Sukatan dipersembahkan dalam bentuk
lajur seperti berikut :

Bidang Pembelajaran Hasil Pembelajaran Cadangan Pengalaman Pembelajaran


Aras 1 :
Aras 2 :
Aras 3 :

Keterangan lajur

Lajur Kandungan dalam Lajur

Lajur Bidang Pembelajaran Mengklasifikasikan kandungan sukatan pelajaran


berdasarkan agihan mengikut tahun
pembelajaran.
Lajur Hasil Pembelajaran  Berkaitan dengan objektif yang
mesti dicapai oleh murid.
 Mengandungi kenyataan atau
keterangan mengenai kesan atau
hasil dari proses pembelajran yang
dialami oleh murid, samada kesan
berbentuk dalaman (implicit) atau

6
luaran ( eksplisit)
 Hasil pembelajaran yang mesti
dicapai bagi setiap tajuk telah
dibahagikan kepada 3 aras
bertujuan untuk memenuhi
keperluan tiga golongan prestasi
murid;
Aras 1 :Aras ini bertujuan memenuhi
keperluan golongan murid
pencapaian rendah. Ia
merupakan aras yang paling
mudah yang mesti dikuasai oleh
keseluruhan murid.. Bimbingan
dan dorongan dengan aktiviti
yang sewajarnya perlu diberi
untuk mencapai penguasaan
hasil pembelajaran aras 1, iaitu
tahap yang paling rendah

Aras 2 : Aras sederhana yang perlu


dikuasai oleh murid yang
mempunyai aras kebolehan yang
sederhana. 60% - 70% daripada
keseluruhan murid dalam kelas
sepatutnya menguasai tahap ini

Aras 3 : Aras paling tinggi. Ia perlu


dikuasai oleh murid-murid
pencapaian tinggi. Selalunya
15 % - 20% murid yang diajar
boleh menguasai aras ini
Lajur Cadangan Pengalaman  Memuatkan cadangan strategi,
Pembelajaran kaedah, teknik, aktiviti yang boleh
dilakukan oleh guru untuk
mencapai hasil pembelajaran yang
baik.

 Cadangan kepada guru tentang


pengalaman pembelajaran yang
akan dialami oleh murid dalam
proses pengajaran dan
pembelajaran

 Sila rujuk buku Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan


Islam Sekolah Rendah (KBSR) Tahun 1 dan Tahun 4,
KPM

7
A. Asuhan Tilawah al-Quran

Perhatikan rajah berikut kemudian ikuti huraiannya

Rajah : Bidang satu Asuhan Tilawah Al-Quraan

TilawahAl-Qurann
.AsuhanTilawah
.Asuhan Al-Qurann

1.1.Bacaan
Bacaan

22Hafazan
Hafazan

Kefahaman
3.3.Kefahaman

Rajah di atas , menunjukkan Bidang Asuhan Tilawah Al-Quran, bidang ini


mengandungi tiga bahagian iaitu Bacaan, Hafazan dan Kefahaman seperti berikut;

I. Bacaan :

i. Mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal, bersambung dan berbaris


fathah, kasrah,dhammah, tanwin, sukun dan syaddah.

ii. Membaca kalimah dan potongan ayat

iii. Membaca kalimah dan ayat-ayat pendek pelbagai baris

iv. Membaca surah-surah dengan betul dan fasih :

v. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang


mengandungi tanda bacaan mad dan waqaf

vi. Membaca ayat-ayat pendek mengandungi nun sakinah dan tanwin

vii. Membaca potongan ayat-ayat dari surah-surah tertentu yang


mengandungi mim syaddah, nun syaddah dan mim sakinah

viii. Membaca potongan ayat-ayat daripada surah-surah tertentu yang


mengandungi bacaan qalqalah.

8
Berikut surah-surah yang dicadangkan;

Bil Surah Bil Surah Bil Surah

1 Al-Fatihah 11 Al-Fil 21 Al-Tin


2 An-Nas 12 Al-Humazah 22 Al-syarh
3 Al-Falaq 13 Al-‘Asr 23 Al-Dhuha
4 Al-Ikhlas 14 Al-Takathur 24 Al-Lail
5 Al-Masad 15 Al-Qari’ah 25 Al-Syams
6 Al-Nasr 16 Al-Adiyat 26 Al-Balad
7 Al-Kafirun 17 Al-Zalzalah 27 Al-Fajr
8 Al-Kawthar 18 Al-Bayyinah 28 Al-Ghasiyyah
9 Al-Ma’un 19 Al;-Qadr 29 Al-A’la
10 Al-Quraisy 20 Al-‘Alaq 30 Al-Tariq

II Hafazan :

Menghafaz surah-surah berikut :

a. Al-Fatihah l. Al-Takathur
b. An-Nas m. Al-Qari’ah
c. Al-Falaq n. Al-Adiyat
d. Al-Ikhlas o. Al-Zalzalah
e. Al-Kafirun p. Al-Bayyinah
f. Al-Kawthar q. Al-Qadr
g. Al-Ma’un r. Al-‘Alaq
h. Al-Quraisy s. Al-Tin
i. Al-Fil t. Al-syarh
j. Al-Humazah u. Al-Dhuha
k. Al-‘Asr

III Kefahaman :

Pengertian Al-Quran
Kelebihan membaca Al-Quran
Sejarah ringkas al-Quran
Memahami surah-surah berikut secara umum

9
 Surah Al-Fatuhah ayat 1 - 7
 Surah al-Nas ayat 1-6
 Surah al-Falaq ayat 1-5
 Surah al-Ikhlas
 Surah al-Kawthar
 Surah al-Ma’un ayat 1-7
 Surah al-Qadr ayat 1-5
 Surah al-Dhuha ayat 1-11

Lihat rajah berikut kemudian ikuti huraiannya:

Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Akidah Ibadah Sirah

Rajah 13 : Bidang Asas Ulum Syar’iyah

Perhatikan dengan teliti bidang Asas Ulum Syar’iyah terdapat di dalam rajah di atas,
bidang ini terbahagi kepada bidang Akidah, Ibadah dan Sirah.

B Bidang Ulum Syariah


. I. Tajuk-tajuk Akidah ialah:
 Pengertian Rukun Iman
 Beriman Kepada Allah
 Beriman Kepada Maliakat
 Beriman Kepada Rasul

10
 Beriman kepada Kitab-Kitab
 Beriman kepada Hari Akhirat
 Beriman kepada Qadak dan Qadar
 Pengertian Rukun Islam sifat wajib Allah
 Nama-nama Allah (Asma al-Husna ) yang berikut:
 Pengertian Dosa dan Pahala
 Pengertian Syirik.
 Sam’iyyat : Pengertian
 Perkara-perkara sam’iyyat

II Ibadah

Konsep Ibadah
Pengertian
Jenis-jenis
Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah
Jenis-jenis hukum
Bersuci :
 Pengertian
 Tanggungjawab bersuci
 Istinjak
 Bersuci dari najis
 Bersuci dari hadas
 Tayammum

Solat:

 Pengertian
 Solat Fardu
 Bacaan dalam solat serta terjemahannya

- Takbiratul Ihram
- Surah AlFatihah
- iii.Doa Iftitah
- Ketika Ruku’
- Ketika Iktidal
- Ketika Sujud
- Ketika duduk antara dua sujud
- Tahyatul awal dan akhir
- Doa Qunut.

 Pelakuan Solat (Rukun Fi’li) dan hikmahnya


 Perkara-perkara yang membatal solat
 Rukun-rukun
 Syarat-syarat wajib
 Syarat-syarat sah

11
 Sunat Ab’adh dan Hai’ah.
 Azan dan Iqamah
 Solat berjamaah
 Solat Jumaat
 Ibadah puasa
 Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidiladha
 Solat Jenazah

III Sirah :

3.1 Tanda-tanda kenabian 3.16 Tentangan terhadap Rasulullah


3.2. Salasilah keturunan Nabi 3.17 Israk dan Mikraj
3.3 Penyusuan dan Pemelihraan Nabi 3.18 Perjanjian Aqabah
3.4 Nabi dibesarkan dan dididik nilai murni 3.19 Hijrah kemadinah
3.5 Kematian bapa dan ibu Nabi 3,20 Pembinaan Masjid pertama
3.6 Kematian Datuk 3.21 Persaudaraan Muhajirin dan Ansar
3.7 Pemeliharaan Nabi oleh bapa saudara 3.22 Pembentukan Negara Madinah
3.8 Pekerjaan Nabi( Semasa Kecil & 3.23 Mempertahankan Madinah
Dewasa
3.9 Pekahwinan Nabi 3.24 Piagam Madinah
3.10 Peritiwa Hajarul al-Aswad 3.25 Perjanjian Hudaibiah
3.11 Peristiwa di Gua Hira’ 3.26 Pembukaan Kota Mekah
3.12 Mukjizat Al-Quraan 3.27 Perkembangan Islam Zaman Rasul
3.13 Dakwah Rasulullah (sulit dan terang) 3.28 Haji Wida’
3.14 Hijrah ke Habsyah 3.29 Kewafatan Rasulullah S.A.W.
3.15 Pembesar Mekah terima Rasulullah

Sebenarnya anda sekarang sedang mengkaji perincian sukatan dalam bidang Ulum Syar’iah
mulai dari tahun 1 hingga tahun 6.
Syabas dan tahniah !.

C. Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Adabdan
Adab danAkhlak
AkhlakIslamiah
Islamiah

Adabdalam
Adab dalamKehidupan
KehidupanHarian
Harian

Adabterhadap
Adab terhadapibubapa/keluarga
ibubapa/keluarga

Adabterhadap
Adab terhadapKehidupan
KehidupanSosial
Sosial

AdabMenuntut
Adab MenuntutIlmu
Ilmu

Adabdengan
Adab denganAl-Quran
Al-Quran

12
Rajah 16 : Bidang Adab dan Akhlak Islamiah

Anda akan meneliti setiap bahagian yang terdapat dalam rajah 16 satu persatu. Adakah
anda bersedia sekarang!.

a. Adab dalam Kehidupan Harian

Dalam bahagian ini anda akan didedahkan mengenai perkara


berikut :

3.1.1 Adab Makan Minum 3.1.7 Adab berkenderaan


3.1.2 Adab Qada Hajat 3.1.8 Adab masuk dan keluar rumah
3.1.3 Adab tidur dan bangun 3.1.9 Adab menghidang makan dan
tidur minuman
3.1.4 Adab mandi dan bersugi 3.1.10 Adab berjalan
3.1.5 Adab berwuduk 3.1.11 Adab bertanya
3.1.6 Adab berpakaian 3.1.12 Adab mengurus diri

b. Adab terhadap Ibu Bapa dan Keluarga

1.2.1 Adab bercakap dengan ibu bapa


1.2.2 Adab menolong ibu bapa
1.2.3 Adab bergaul dengan keluarga

c. Adab dalam kehidupan Bersosial

3.2.1 Adab bergaul 3.2.12 Adab berkumpul


dengan rakan
3.2.2 Adab di masjid 3.2.13 Adab berjual beli
dan surau
3.2.3 Adab bercakap 3.2.14 Adab bekerja
dengan rakan
3.2.4 Adab melayan 3.2.15 Adab menziarah jiran
tetamu
3.2.5 Adab menziarah 3.2.16 Adab ketika bermaian
orang sakit
3.2.6 Adab menziarah 3.2.17 Adab terhadap tempat dan harta benda
rakan awam
3.2.7 Adab menziarah 3.2.18 Adab kecintaan kepada Negara
orang tua
3.2.8 Adab dengan 3.2.19 Adab menjaga kebersihan sungai dan
orang tua alam sekitar
3.2.9 Adab menziarah 3.2.20 Adab rehlah

13
jenazah kubur
3.2.10 Adab makan di 3.2.21 Adab manusia dan makhluk lain
majlis keramaian
3.2.11 Adab berjiran 3.2.22 Adab dengan pemimpin

d. Adab Menuntut Ilmu

i. Adab bercakap dengan guru


ii. Adab ke sekolah
iii. Adab Belajar
iv. Adab semasa di sekolah
v. Adab berhujah
vi. Adab menolong guru
vii. Adab menjaga harta benda sekolah

e. Adab dengan Al-Quran

3.5.1 Adab membawa dan menyimpan Al-Quran


3.5.2 Adab membaca Al-Quran

2. Pelajaran Jawi

a. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi tunggal


b. Mengenal , menyebut dan menulis huruf jawi sambung
c. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata terbuka
d. Mengenal , menyebut dan menulis suku kata tertutup

e. Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat


f. Mengenal , membaca dan menulis perkataan pinjaman
g. Mengenal , membaca dan menulis perkataan berimbuhan dan
ayat pendek
h. Menggunakan tanda baca
i. Membaca pelbagai jenis teks bacaan
j. Menulis pelbagai jenis teks
k. Mengenal dan menulis khat Nasakh dan Rik’ah.

Latihan

i) Berpandukan kepada Huraian Sukatan pelajaran sekolah rendah tahun 1 –


6 bagi tahun 2002, anda dikehendaki mencerakinkan semula agihan
sukatan pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah Mulai Tahun 1 hingga
tahun Enam mengikut bidang-bidang yang ditentukan.

ii) Setelah anda mencerakinkan matapelajaran pendidikan Islam tersebut,


sekarang anda dikehendaki membina objektif pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai mengikut bidang

14
mata pelajaran tersebut.

Rumusan

Kurikulum pendidikan Islam adalah bermatlamat untuk mencapai keberkesanan dari


segi penghayatan dan aplikasi, berfungsi sebagai benteng keagamaan dan amalan
nilai-nilai budaya bangsa. Oleh itu, setiap bakal pendidik hendaklah memahami dengan
jelas tentang Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Rendah kerana ia
merupakan asas utama sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Dengan pemahaman ini guru akan lebih mudah merancang pengajaran
mereka serta dapat menghurai setiap tajuk yang dicadangkan.

Huraian sukatan pelajaran ialah satu dokumen yang memperkembang dan memperjelas
maksud serta kehendak sukatan pelajaran. Sukatan ini mempunyai institusi yang tinggi
yang hampir setara dengan sukatan pelajaran. Sukatan pelajaran perlu difahami
bersama-sama dengan huraian sukatan pelajaran. Penguasaan terhadap segala yang
terkandung dalam huraian sukatan pelajaran adalah menjadi ukuran pencapaian murid.

Mengkaji dan meneliti Sukatan Pelajaran adalah amat mustahak sebelum guru
memulakan tugasan dibilik darjah, pengajaran dan pembelajaran hendaklah
berdasarkan kepada sukatan Pelajaran, melalui sukatan pelajaran pelajar dapat
menimba ilmu dan kemahiran.

1.3 Penggunaan Buku Teks

Buku teks Pendidikan Islam terbaru dibina berdasarkan ‘ semakan Semula KBSR .
Ianya telah melalui proses pemerakuan yang tertentu diperingkat Kementerian. Isi
kandungannya memenuhi dan menepati kehendak sukatan pelajaran dan huraian
sukatan pelajaran

Ciri-ciri semakan kepada buku teks ialah untuk menampilkan buku teks sebagai agen
perubahan yang berkemampuan untuk membantu memberikan prospek baru dlam
penerokaa, penguasaan kemahiran baru dan terkini, progresif, dinamik dan seimbang
yang dapat dinikmati oleh anak dididk kita. Seterusnya dapat membantu dalam
menyediakan guna tenaga Negara dan peningkatan kualiti pendidikan.

Buku teks merupakan satu wadah penulisan yang mengandungi fakta, pengetahuan
dan maklumat lain yang diperlukan untuk membentuk minda pelajar. Ianya tidak hanya
berfokus kepada aspek peperiksaan sahaja tetapi lebih dari iru. Penggunaaan bahasa
yang ringkasa dan padat, disamping ilustrasi yang menarik diharap dapat merangsang
minda pelajar menghayati matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran.

15
Sebelum anda teruskan, dapatkan dulu Buku Teks Pendidikan Islam KBSR
( Semakan), Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Semakan
KBSR Pendidikan Islam

Buku Teks Pendidikan Islam Tahun Satu mengandungi dua jilid. Jilid Satu untuk ‘
Asuhan Tilawah Al Quran’ dan ‘Pelajaran Jawi’ dan Jilid Dua “Bidang Asas Ulum
Syariyyah’ dan “Adab dan Akhlak Islamiah’

Setiap tajuk dalam buku teks dipecahkan kepada aspek-aspek berikut :

 Tajuk
 Matlamat
 Isi Pengajaran Pembelajaran
 Akitiviti Pengajaran dan Pembelajaran
 Cuba jaya
 Penghayatan

Dapatkan buku teks yang lama dan buat perbandingan dengan buku
teks terkini.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan

i. Cuba semak buku teks yang lama dan yang baru. Buat perbandingan.

ii. Dapatkan maklumat dari pelajar mengenai perasaan mereka apabila


menggunakan buku teks. Tentu ada pro dan kontranya. Bincangkan.

iii. Senaraikan 10 aktiviti yang difikirkan menarik dan menyeronokkan murid yang
oleh diperolehi di dalam buku teks

Tahniah ! kerana anda telah menyelesaikan tugasan dengan baik sekali.


Simpan dokumen latihan anda dengan sempurna.

Rumusan

16
Buku teks sangat membantu anda dalam merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Ilustrasinya yang menarik dan aktiviti berpusatkan murid akan
menjadikan sesi pengajaran dan pembelajran di kelas anda ‘hidup dan
menyeronokkan’ . ia perlu dijadikan sebagai sumber rujukan utama murid. Kita
hendaklah menanamkan kepada pelajar mengenai kepentingan mengguna dan
memelihara buku teks. Pendekatan Buku Teks Semakan Semula diharapkan menjadi
rujukan terkini pelajar. Isu pelajar sering mendapatkan sumber dari buku tambahan luar
lebih dari buku teks seharusnya dapat diatasi.

1.4 Penggunaan Buku Panduan Guru Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pendidikan Islam

Pelajar sekelian!

Bagi memastikan hasrat dan tujuan pendidikan dapat dicapai sepenuhnya,


Kementerian Pendidikan telah menyediakan bahan asas seperti Buku Panduan
Pengajran dan Pembelajaran. Buku ini disediakan secara berasingan bagi setiap
bidang di mana ianya mencadangkan butur-butir terperinci bagi membantu guru
merancang pengajaran dan pembelajaran .

Sebenarnya terdapat beberapa lagi dokumen yang dibina bersesuian dengan


kurikulum semakan Pendidikan Islam 2002. Dokumen tersebut :

 Sukatan Pelajaran ( sudah pun diterangkan di unit 1.1.1 )


 Huraian Sukatan Pelajaran ( sudah diterangkan di unit 1.1.2 )
 Buku Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam
 Buku Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
 Buku Penilaian Kendalian Sekolah Menengah
 Buku Panduan Asas Fardu Ain
 Buku Panduan Jawi
 Buku Panduan Penilaian Al Quran
 Buku Panduan Amali
 Buku Panduan Pengurusan Panitia

(Anda boleh dapatkan naskhah buku-buku di atas dari panitia sekolah atau di Sektor
Pendidikan Islam Jabatan Pendidikan Negeri ).

Buku-Buku Panduan ini mengandungi pelbagai contoh kaedah pengajaran dan


pembelajaran dan contoh Rancangan Mengajar bagi setiap bidang. Ianya dapat memb
antu anda sebagai guru dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Islam, di samping untuk merangsang daya pemikiran murid anda supaya lebih kreatif,
kritis dan inovatif.

Ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Buku Panduan Guru
antaranya ialah:

17
 Wujud pembelajaran yang berkesan dan suasana bilik darjah yang
mengembirakan .
 Penglibatan murid secara aktif
 Strategi pengajaran yang merangsangkan perbincangan dan penerokaan
 Suasana pembelajran kooperatif di mana murid berpeluang melihat diri
mereka sebagai murid yang berkebolehan
 Kemahiran Berfikir
 Pengajaran Berasaskan kajian Masa Depan (KMD)
 Pembelajaran secara konstruktivisme
 Pembelajran secara kontekstual
 Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran

Latihan

A. Baca Buku Panduan Guru Pendidikan Islam sepenuhnya. Kemudian senaraikan


teknik yang sering anda gunakan yang terdapat dalam buku panduan guru

B. Senaraikan juga teknik yang jarang dan tidak langsung digunakan oleh anda
semasa pengajaran namun anda mengetahuinya bahawa ia menarik dan
menyeronokkan pelajar

Rumusan

Buku Panduan Guru ialah antara strategi Kementerian Pendidikan bagi memastikan
kurikulum dilaksanakan dengan cara yang terbaik dan terkini. Melalui Buku ini
pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan. Setiap pendidik
hendaklah merealisasikan Buku Panduan Guru ini dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan


membuat ulasan

Tugasan Tutorial :

1 Meningkatkan penggunaan Buku Teks di kalangan pelajar dan


membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan Buku Teks. Bawa keratan
akhbar atau maklumat Internent yang berkaitan untuk perbincangan tutorial

18
2. Membincangkan Buku Panduan Guru di dalam pengajaran dan pembelajaran .
Ciri yang difokuskan di dalam pengajaran dan pembelajaran dan ciri-ciri murid
yang dikehendaki

1.5 Pelaksanaan Pendidikan Islam Enam Bulan Pertama Tahun Satu

Pelajar sekelian!

Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR dan KBSM


pada 21 Januari 1994 telah bersetuju supaya murid tahun satu sekolah kebangsaan
diberi penekanan Pendidikan al-Quran dengan menggunakan kaedah Iqra` dalam
jangka masa 6 bulan mulai sesi persekolahan 1994/1995. Kementerian Pendidikan
Malaysia melalui surat siaran KP.5206/3/60 Jld.3 (4) yang dikeluarkan pada 1 Mac 1994
telah memaklumkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah.
Dalam jangka masa 6 bulan tersebut murid-murid hendaklah dipastikan dapat
menguasai bacaan al-Quran.

Pada tahun 2003 sedikit perubahan dari segi pelaksanaan Jawi dan al-Quran KBSR dan
KBSM dilakukan. Mengikut surat siaran (JAPIM) 5206/4/4.1 Jld. 2 (4) bertarikh 3
Januari 2003 telah memaklumkan beberapa mekanisma baru pelaksanaan tersebut
antaranya:

 Murid tahun satu diberi tumpuan khusus dalam 6 bulan pertama persekolahan.
Guru hendaklah memberi tumpuan khusus kepada penguasaan kemahiran
menulis dan membaca Jawi dan al-Quran. Selepas 6 bulan guru boleh
meneruskan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam berpandukan
Huraian Sukatan Pelajaran Tahun Satu yang disediakan oleh Kementerian
Pendidikan.

 Dalam tempoh ini juga perkara-perkara yang berkaitan Rukun Iman, Rukun Islam
dan Solat hendaklah diajar seperti biasa manakala bahagian Adab dan Akhlak
Islamiah diajar secara merentas.

 Selepas 6 bulan pertama persekolahan guru hendaklah melaksanakan


pemulihan dan pengayaan secara berterusan.

 Untuk murid tahun 2 dan seterusnya serta sekolah menengah aktiviti pemulihan
dan pengayaan Jawi dan al-Quran dibuat secara berterusan di semua peringkat
rendah dan menengah.

 Tulisan Jawi digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan


Islam dan ujian serta peperiksaan Pendidikan Islam di peringkat sekolah.

 Aktiviti-aktiviti khusus, latih tubi dan kerja rumah serta sebarang bentuk
pertandingan dan sebagainya melibatkan tulisan jawi di peringkat bilik darjah dan
sekolah dilaksanakan bagi memperkukuh dan meningkatkan penguasaan
kemahiran tersebut.

Objektif

19
 Meningkatkan kualiti Pendidikan Islam dengan mempastikan setiap murid
menguasai kemahiran al-Quran dan Jawi terutama di peringkat awal
persekolahan.

 Murid-murid dapat menguasai bacaan al-Quran dalam masa 6 bulan pertama


tahun satu.

 Penguasaan bacaan al-Quran melalui kaedah Iqra`, sekaligus membantu murid-


murid dapat membaca dan menulis jawi dengan fasih dan betul.

 Murid-murid tidak akan rasa dibebani dengan sukatan pelajaran yang berat di
peringkat ini.

 Program ini disertakan dengan program transisi Pendidikan Islam agar murid-
murid tidak menghadapi kejutan budaya.

 Panduan ini diharapkan dapat membantu guru merancang pengajaran dan


pembelajaran Pendidikan Islam untuk 6 bulan pertama tahun satu mengikut surat
siaran yang diedarkan.

Kumpulan Sasaran dan Waktu Pembelajaran

 Kumpulan sasaran ialah semua murid tahun satu sekolah kebangsaan dan
sekolah jenis kebangsaan bermula tahun 2003.

 Masa yang diperuntukkan dalam waktu pembelajaran seminggu adalah seperti


berikut:
i. Asas Ulum Syariah ialah 30 minit (1 waktu)
ii. Pelajaran Jawi ialah 60 minit (2waktu)
iii. Asuhan Tilawah al-Quran (Iqra`) ialah 90 minit (3waktu)

 Pelajaran Jawi diajar dengan menggunakan Buku Sayang jawi 1, Buku Sayang
Jawi 2 dan Buku Kemahiran Menulis yang disusun mengikut Sukatan Pelajaran
Jawi KBSR.

Langkah Pengajaran

 Guru mengenalpasti murid di dalam sesuatu kelas dari segi kuantiti, kualiti
pencapaian murid dan latar belakang keluarga secara rambang.

 Guru hendaklah merangka strategi pengajaran dengan mengenalpasti satu


kaedah yang akan digunakan seumpama kaedah berkumpulan atau individu.
Jika sekiranya bilangan murid adalah kecil, adalah lebih berkesan digunakan
pendekatan pengajaran secara individu. Tetapi sebaliknya jika murid melebihi

20
kuantiti yang sewajarnya guru boleh mengenalpasti murid yang mahir untuk
membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

 Pengajaran dan pembelajaran boleh berasaskan taburan P&P yang dicadangkan


dalam panduan ini.

 Penilaian pertama terhadap pencapaian murid hendaklah dilakukan selepas tiga


bulan pengajaran dijalankan. Penilaian ini hendaklah menggunakan borang
penilaian yang dilampirkan.

 Guru mesti membuat analisis pencapaian murid dan seterusnya merangka


strategi sehingga tempoh 6 bulan berakhir.

 Jika terdapat murid yang tidak mencapai tahap yang diharapkan dalam tempoh
tersebut, pemulihan mesti dijalankan agar tidak ada pelajar yang cicir.

 Selepas tamat tempoh 6 bulan satu lagi bentuk penilaian keseluruhan hendaklah
dibuat bagi mengenalpasti semua pelajar dapat membaca al-Quran dengan baik,
membaca dan menulis jawi dengan betul dan fasih serta beradab.

Tindakan Susulan

 Pemantauan berterusan Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri bagi


mempastikan program ini berjalan lancer dan dapat mencapai tahap kejayaan
yang diharapkan. Pemantauan ini adalah bertujuan memberi bimbingan kepada
guru-guru dan membuat penambahbaikan dari aspek pelaksanaan.

 Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri juga dikehendaki menyediakan


laporan lengkap yang menunjukkan prestasi guru dan murid serta kekangan-
kekangan yang dihadapi semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Laporan tersebut hendaklaj dihantar ke Bahagian Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.

 Guru mestilah menyediakan laporan lengkap prestasi pencapaian murid dalam


Tilawah al-Quran, Pelajaran Jawi dan perkembangan lain. Contoh borang
maklumat prestasi murid dilampirkan. Laporan tersebut hendaklah dihantar
kepada Bahagian Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral dan salinan kepada Sektor Pendidikan Islam dan Moral Negeri.

Harapan

Mudah-mudahan usaha murni semua pihak termasuk guru akan membuahkan hasil
yang diharapkan. Kegigihan guru-guru menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran amat diharapkan. Pemantauan JPN juga secara berterusan amat perlu
bagi mengesani masalah-masalah semasa pelaksanaan.

21
Latihan

V. Baca Buku Panduan Pendidikan Islam 6 bulan pertama tahun satu, kemudian
terangkan pelaksanaan kaedah Iqra` dalam tilawah al-Quran di sekolah rendah.

VI. Senaraikan kelebihan pengajaran dan pembelajaran tilawah al-Quran dengan


menggunakan kaedah talaqqi musyafahah.

1.6 Pengenalan Konsep j-QAF

Mukadimah
Pada 24 Disember 2003, semasa YAB Perdana Menteri menyampaikan ucapan pada
perjumpaan dengan ulama dan pegawai-pegawai agama sempena Majlis Tilawah al-
Quran Peringkat Antarabangsa Keli ke 45 di Kuala Lumpur, antara lain ada menyebut
tentang khatam al-Quran, mewajibkan pembelajaran bahasa Arab dan menghayati
amalan fardhu ain. Hasrat itu diulangi sekali lagi semasa lawatan beliau ke Kementerian
Pendidikan Malaysia pada 30 Disember 2003. Beliau mencadangkan supaya perkara
tersebut dilaksanakan seeberapa segera yang boleh.

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil tindakan dengan


mengadakan beberapa mesyuarat dan bengkel, dan akhirnya mengadakan seminar
Jawi, al-Quran, bahasa Arab dan Fardhu Ain (j-Qaf) pada 3 hinga 5 Mac 2004.
Seminar ini telah bersetuju menerima beberapa model untuk dilaksanakan sebagai
projek rintis pada April 2004 sebelum pelaksanaan sebenar pada tahun 2005 secara
berperingkat-peringkat.

Konsep j-Qaf
j-Qaf adalah satu projek memperkasakan Pendidikan Islam (PI) melalui penekanan
khusus dalam pengajaran jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain. Projek ini
dilaksanakan di peringkat persekolahan rendah.

Objektif j-Qaf

22
Setelah projek ini dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan diharapkan semua
murid yang menganut agama Islam, semasa di sekolah rendah dapat
i menguasai bacaan dan tulisan jawi
ii khatam al-Quran
iii mempelajari bahasa Arab dan
iv mantap dan menghayati fardhu ain

Kepentingan j-Qaf

i. Kepentingan Jawi
Jawi telah diajar sebagai komponen Pendidikan Islam dan mula dilaksanakan
pada tahun 2003 dengan pendekatan pengajaran 6 bulan pertama di tahun 1.
Laporan pemantauan mendapati penguasaan bacaan Jawi dalam pendidikan
Islam semata-mata masih belum mencukupi dan berkesan

ii. Kepentingan al-Quran


Al-Quran telah diajar sebagai sebahagian Pendidikan Islam dalam bidang
Asuhan Tilawah al-Quran pada masa ini. Namun tidak menekankan
pembelajaran sehingga khatam al-Quran. Ia hanya mengutamakan kebolehan
membaca sahaja.

iii. Kepentingan Bahasa Arab


Status Bahasa Arab Sekolah Rendah pada masa ini sebagai mata pelajaran
bahasa tambahaan. Ia diajar di sekolah-sekolah rendah secara terpilih dan
terhad. Tidak semua murid berpeluang mempelajarinya.

iv Kepentingan Fardhu Ain


Ibu bapa masih belum berpuas hati dengan pencapaian dan penguasaan anak-
anak mereka dalam Fardhu Ain terutama hal ibadah mendirikan solat.

V Kepentingan Projek j-Qaf Pada Keseluruhan

23
Masa pengajaran PI Sekolah Rendah pada masa ini ialah 6 waktu, 5 waktu di
SJKT dan 4 waktu di SJKC. Peruntukan waktu ini tidak membolehkan aktiviti-
aktiviti khatam al-Quran, pemulihan dan pengukuhan Jawi dan latihan amali
Fardhu Ain yang mencukupi di laksanakan di sekolah-sekolah. Manakala
Bahasa Arab di sekolah- sekolah diajar oleh guru Pendidikan Islam sedia ada.
Ini menyukarkan pelaksanaan Bahasa Arab di semua sekolah sekiranya guru
Bahasa Arab yang hakiki tidak diwujudkan.

Pelaksanaan j-Qaf

j-Qaf akan dilaksanakan mulai tahun 2005 secara berperingkat-peringkat. Pihak


Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi maklumat yang lebih lengkap mengenai
cara pelaksanaan model-model yang terpilih serta persiapan-persiapan khusus bagi
pelaksanaan 2005. Panduan modul yang terkandung di dalam buku ini adalah maklumat
awal yang berguna untuk persiapan kearah pelaksanaan sebenar. Ia tidak
menggambarkan keadaan sebenar pelakasanaan j-Qaf melainkan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mengambil keputusan mengekalkan panduan dan modul yang
terkandung dalam buku ini.

Latihan

VII. Dengan menggunakan grafik buatkan banding beza antara Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah Pendidikan Islam dengan Kurikulum j-Qaf.

Tutorial

I. Pelaksanaan j-QAF di sekolah rendah dapat membantu murid menguasai


pembacaan al-Quran.

24
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

Bacaan Asas

Kementerian Pendidikan Malaysia, Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam


Sekolah Rendah, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dewan Bahasa dan
Pustaka.2002

Kementerian Pendidikan Malaysia, Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan


Islam Sekolah Rendah. Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah. Dewan Bahasa
dan Pustaka 2002.

Abdullah Basmih, (1985)Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran


Bahagian Jabatan Perdana Menteri. Kuala Lumpur

25
Abdullah Al-Qari bin Haji Salleh, (1991) Kursus Qari dan Qariah , Setakan ke 18,
Terbitan Pustakan Aman Press , Kota Bharu, Kelantan.

Ahmad Mohd. Saleh, Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi ( 1997),
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam , Selangor.

Ee Ah Meng, Pedagogi 1 , Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah ( Semester 1 )


( 1997 ), Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Ee Ah Meng, Pendidikan di Malaysia 1, Falsafah Pendidikan, Guru dan Sekolah,


( Semester 1 ) ( 1996 ), Penerbit Fajar Bakti, Sdn. Bhd. Shah Alam, Selangor.

Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan KPLI ( semester 1 ) ( 1999 ), Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Mustafa Haji Daud , (1996) Konsef Ibadah Menurut Islam,Terbitan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur

Kementerian Pendidikan Malaysia, Buku Teks Pendidikan Islam, Tahun 1- 6

PANEL PENGGUBAL MODUL

Kelulusan:
EN. SAIFUL BAHRI BIN YAZIZ ( Pengerusi) B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1985)
Master (Pendidikan) USM (1997)
Maktab Perguruan Islam, Diploma Pendidikan UM (1989)
43650 Bangi, Selangor.
Pengalaman mengajar:
Tel: 03-89250352 6 Tahun (sekolah)
10 Tahun (maktab)

26
PN.MAIMUN BINTI AZIZ (Ahli) Kelulusan:
B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1980)
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, Master (Pendidikan) UKM (2001)
Durian Daun, Melaka Diploma Pendidikan UKM (1979)

Tel: 06-2824827 Pengalaman mengajar:


7 Tahun (sekolah)
17 Tahun (maktab)

PN.HASNAH BTE HJ.AHMAD (Ahli ) Kelulusan:


Maktab Perguruan Raja Melewar, B.A.Hons( Pengajian Islam) UKM (1991)
Jalan Sikamat, Sijil Perguruan Maktab Perguruan Islam
70400 Seremban, (1980)
Negeri Sembilan.
Pengalaman Mengajar :
Tel : 06-7624543 12 Tahun ( Sekolah)
10 Tahun ( Maktab )

EN. ALEAS BIN MOHD ISA ( Penyelaras ) M. Ed. UKM 1999


Bahagian Pendidikan Guru B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992
Kementerian Pelajaran Malaysia Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986
Sijil Perguruan MPI 1979
Tel: 03-2507269
Pengalaman mengajar:
13 Tahun (sekolah)
5 Tahun (maktab)

PANEL PEMURNIAN MODUL

EN.ABDUL MALEK BIN NORAKIT(Pengerusi ) Kelulusan :


Maktab Perguruan Raja Melewar, B.A.Hons(Pengajian Islam) UKM (1980)
Jalan Sikamat, Master (Pendidikan ) UKM (2003)
70400 Seremban, Diploma Pendidikan UKM (1985)
N.Sembilan
Pengalaman mengajar:
Tel : 06-7624543 6 Tahun (sekolah)
13 Tahun (maktab)

27
PN.MAIMUN BINTI AZIZ (Ahli) Kelulusan:
Maktab Perguruan Perempuan Melayu, B.A. Hons (Pengajian Islam) UKM (1980)
Durian Daun, Melaka Master (Pendidikan) UKM (2001)
Diploma Pendidikan UKM (1979)

Pengalaman mengajar:
Tel: 06-2824827 7 Tahun (sekolah)
17 Tahun (maktab)

EN. ALEAS BIN MOHD ISA ( Penyelaras ) M. Ed. UKM 1999


Bahagian Pendidikan Guru B.A (Hons) Pengajian Islam UKM 1992
Kementerian Pelajaran Malaysia Sijil Perguruan Lanjutan UKM 1986
Sijil Perguruan MPI 1979

Pengalaman mengajar:
Tel: 03-2507269 13 Tahun (sekolah)
5 Tahun (maktab)

28

Anda mungkin juga menyukai