Anda di halaman 1dari 5

KEM KEPIMPINAN PELAJAR MRSM KUALA KRAI

BWP DAN LDP 2010/11


1.0. PENGENALAN

Salah satu program yang dianjurkan oleh pihak MRSM Kuala Krai adalah
program kepimpinan pelajar. Program ini diwujudkan untuk melahirkan para
pemimpin pelajar yang mempunyai keupayaan fizikal dan mental seimbang dan
menghadapi perubahan persekitaran yang semakin mencabar.

2.0. RASIONAL

2.1. Terdapat keperluan untuk membentuk pemimpin pelajar yang efektif.

2.2. Membawa para pelajar satu perubahan jati diri yang cemerlang.

3.0. OBJEKTIF

Di akhir program pelajar akan dapat:

3.1. Membentuk pelajar yang bersahsiah mulia berkepimpinan dan


berwawasan.

3.2. Melahirkan pelajar yang mempunyai kesedaran diri yang tinggi.

3.3. Membentuk ketahanan fizikal dan mental pelajar sesuai dengan tugas
mereka sebagai pelajar MRSM.

4.0. MATLAMAT

Adalah menjadi harapan maktab ini memberi kesedaran diri yang sesuai dengan
matlamat MRSM melahirkan pelajar yang mencapai kecemerlangan sahsiah dan
kepimpinan unggul.

5.0. PESERTA

Peserta terdiri daripada 40 pelajar lelaki dan perempuan dan 10 orang guru dan
urusetia yang sentiasa silih berganti. (sila rujuk lampiran 1)
6.0. TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Kursus ini dicadangkan seperti berikut:

Tempat : Kem Kepimpinan MRSM Kuala Krai


Sg Pas, Kuala Krai, Kelantan.

Tarikh : 30 September, 1 dan 2 Oktober 2010.


Hari : Khamis , Jumaat dan Sabtu.

7.0. GUNA TENAGA

i. 4 orang guru lelaki. – silih berganti


ii. 2 orang guru perempuan- silih berganti

8.0. TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk lampiran (2)

9.0. PERALATAN DAN MAKANAN

Bahan makanan dibeli dengan menggunakan peruntukan makanan pelajar


daripada dewan selera.

10.0. KEWANGAN

Sila rujuk lampiran (3)

11.0. JAWATANKUASA PENYELARAS


Sila rujuk lampiran (4)

12.0. PENUTUP

Adalah menjadi harapan program ini dapat dijalankan dengan sempurnanya


demi kebaikan para pelajar khususnya dan mendapat manfaat kepada semua
warga MRSM Kuala Krai demi mengangkat martabat Negara, Bangsa dan
Agama..
LAMPIRAN 2

TENTATIF PROGRAM KEM KEPIMPINAN BWP & LDP 2010

Tarikh/masa Aktiviti
30 SEPT 2010
(Khamis)
1.30PTG Bertolak dari maktab
2.30 ptg Tiba di tapak kem
2.45PTG Solat zohor berjamaah
3.00-4.30 ptg Persiapan tapak kem
4.30 ptg Taklimat disiplin (kem komandan)
5.00 ptg Solat asar berjamaah
5.30PTG Persiapan makan malam
6.30PTG Makan/solat maghrib dan isyak berjamaah/kuliah
9.30 mlm Team building
10.30mlm Slot nawaitu sebagai pemimpin
5.00 pg Qiamullail
1 OKTOBER
2008
(Jumaat )

5.00-6.00 pg Kawad kaki


6.00-7.00 pg Solat & kuliah subuh
7.00-8.00 pg Riadhah
8.00-8.30 pg Sarapan
8.30-10.30 pg Modul kepimpinan
10.30-11.00 pg Minum pagi
11.00-12.30 t/hr Slot team building
12.30-2.30 ptg Solat jumaat dan makan t/hari
3.00-5.00 ptg Jungle tracking
5.00-5.30 ptg Solat asar & minum petang
5.30-6.30 ptg Riadah
6.30-9.00 mlm Makan/solat/kuliah
9.00-10.15 mlm Malam keinsafan
11.45 mlm Rehat & tidur
1 pg – 4 pg Owling
9 Ogos 2008
(Sabtu)
5.30-6.30 pg Solat / kuliah
6.30-2.30PTG Jungle tracking part 2
3.00PTG Persiapan pulang
3.30-4.30 PTG Bertolak pulang ke maktab
Lampiran 3

PERBELANJAAN KEWANGAN

1. Kos Pengangkutan = RM 200


2. Kos Peralatan
- petrol
- tali rapia
- belerang = RM 200

3. Kos untuk makanan = RM 8.5 X 2 X 40 orang


RM 650

---------------
Jumlah kos keseluruhan = RM 1050.00
=======
Sumber Kewangan

1 Peruntukan BWP - RM 400.00


2 Peruntukan Dewan Selera - RM 650.00
------------------
RM 1050.00
----------------
Lampiran 4

Ahli Jawatankuasa Induk Program

Penaung : Tn Haji Ahmad Nazir B Lateh

Penasihat : Tn Haji Mohamad Ghazali B Mat Saleh

Pengerusi : Ustaz Khaidzir B Yusoff

Pengarah : Ustaz Ahmed al Rifaie Bin Jamaluddin

Setiausaha : Pn. Ummu Salami binti Abd Razak

Kem Komandan : En Ahmad Shaihan B Abdul Rahman


Ketua Keselamatan: En Wan Aminee Bin Wan Hassan
En Rosnizam b Abdullah
Ketua AJK Program: En Fadzil b Selamat
En Bustaman B Awang
Cik Hazima Bt Abdul Wahab @ Yong
Ajk Pengangkutan: En Fahmy Abdullah
Ajk Makanan: Cik Ummi Kalsum Bt Jusoh
Pn Shaznoorazlina Bt Shafie
AJK Dokumentasi Cik Suhailisa Bt Mamat

Anda mungkin juga menyukai