Anda di halaman 1dari 16

3- Keruntuhan Moral Pelajar Akibat Bercinta

Kebanyakan pelajar yang bercinta terjebak dalam salah laku seks. Ini berlaku kerana keghairahan
yang memuncak pada usia remaja. Maka berlakulah bermacam-macam keruntuhan moral dan
salah laku seks yang berlaku di kalangan pelajar. Menurut kebanyakan pelajar bercinta adalah
menjadi hak individu dan mereka perlukan kebebasan untuk bercinta. Namun sebenarnya mereka
bukan bercinta dengan erti kata bercinta mengikut landasan Syariat, tetapi mereka bercinta
mengikut landasan hawa nafsu dan syaitan iblis, demi kepuasan, sehingga berlakulah pelbagai
keruntuhan akhlak dan moral. Sebagai contohnya menularnya gejala bohsia di kalangan pelajar-
pelajar sekolah:
“Mulanya kebebasan secara kecilan, semakin hari semakin besar, kononnya mahu bertemu
dengan kawan-kawan sekolah, hal ini mendapat restu pula dari kedua orang tuanya, tetapi
sebaliknya bukanlah bertemu dengan kawan-kawan sekolah seperti yang diperkatakan pada
orang tuanya, tetapi bertemu dengan kawan lelakinya, mereka ke hulu ke hilir dengan
bermotosikal atau sebagainya, mereka pergi ke mana sahaja sesuka hati mereka. Di kalangan
gadis bohsia, dara tidak menjadi persoalan lagi pada mereka, apa yang mereka mahu ialah
keseronokan kehidupan yang bebas, mereka ini mahukan kepuasan
Antara punca utama pelajar ingin bercinta ialah kerana hasil dari pemodenan, ibubapa yang
dihimpit kesibukan, porak peranda dan berpecah belah, menyebabkan pelajar mencari pasangan
untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang :
"Di peringkat sekolah menengah, ramai daripada pelajar-pelajar sudah pandai bermain cinta dan
mempunyai teman istimewa buat penghibur hati yang duka lara."
Anak-anak terbuang dari pelajar sekolah dari bangsa kita, agama kita !!!
"Di kalangan remaja belasan tahun mereka dikuasai oleh emosi lebih daripada pertimbangan akal
fikiran yang rasional. Oleh yang demikian tidaklah hairan seandainya remaja di bangku sekolah
lagi telah berani mengadakan pertemuan di tempat-tempat yang agak sulit. Bukan setakat itu,
kebebasan dalam pergaulan mereka kadang-kadang menimbulkan perkara-perkara yang tidak
baik berlaku seperti hamil di luar nikah, dirogol, bersekedudukan dan terlibat dalam kegiatan
maksiat dan diperangkap oleh sindiket-sindiket untuk dijadikan gadis penghibur. Setiap hari
sering terdapat berita di akhbar-akhbar berita berhubung gadis diperkosa, menggugurkan anak
dan mengadakan perlakuan sumbang secara terang-terangan

Lambakan bayi terbuang, hasil "Cinta Terlarang" atau hasil "Cinta


Terlepas Pandang" ? Bagaimana pelajar sekolah yang masih muda dan
mentah melakukan hal ini? Di mana ibubapa, sekolah dan masyarakat ?

4- Mengapa Bercinta Mengakibatkan Pelajar Melakukan Salah Laku Seks ?


skip to main | skip to sidebar
‫بسم الله الرحمن الرحيم‬

‫ابالن ّ َِار‬ َ ‫اآلخ َر ِة َح َسن َ ًة َو ِقنَا‬


َ ‫ع َذ‬ ِ ُّ ‫َربَّنَاـ آ ِتنَا ِفي‬
‫الدنْيَا َح َسن َ ًة َو ِفي‬
ِ ‫اللّهُ َّم ا ْغفِرْ لِ ْل ُم ْسلِ ِمي َْن َوال ُم ْسلِ َما‬
ِ ‫ت َوال ُم ْؤ ِمنِي َْن َوال ُم ْؤ ِمنَا‬
‫ت‬
-

Rabu, 2009 September 16

FENOMENA BERCINTA DI SEKOLAH


v\:* {behavior:url(#default#VML);} o\:* {behavior:url(#default#VML);} w\:*
{behavior:url(#default#VML);} .shape {behavior:url(#default#VML);}
st1\:*{behavior:url(#ieooui) }
1- Persoalan Tentang Cinta
Cinta merupakan satu anugerah yang suci, murni dan mulia. Namun kebanyakan manusia telah
menodai kesucian cinta dengan meletakkan cinta itu pada landasan dosa dan maksiat. Perkara
tentang cinta banyak dinukilkan dalam novel-novel, lagu-lagu, syair-syair dan telah banyak
dipersembahkan dalam bentuk drama-drama dan filem. Namun apakah sebenarnya cinta? :
“Apakah cinta? Adakah cinta hanya perasaan kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan
sahaja atau cinta merupakan perkataan rekaan yang dicipta melalui perasaan sahaja? Mengikut
Kamus Dewan cinta adalah perasaan kasih sayang terhadap seseorang. Sebenarnya cinta boleh
ditafsirkan dengan seribu istilah mengikut si pencipta dan suasana. Namun pada asasnya cinta
membawa maksud bekerja bersama-sama, ketawa bersama-sama, membangun bersama-sama,
samada kejayaan kecil atau besar” (Robiah Kulop Hamzah, Remaja dan Cinta, 1993).
Keasyikan bercinta menyebabkan beberapa persoalan timbul dalam jiwa golongan yang bercinta:
“Adakah cinta seorang lelaki sama dengan cinta seorang wanita? Apakah yang perlu dilakukan
untuk memperkatakan cinta? Dari manakah datangnya kekuatan cinta yang begitu dahsyat?
Apakah saya benar-benar dicintai? Apakah dia tidak mengkhianati cintanya? Adakah dia
sungguh-sungguh mencintai saya? Bagaimanakah sebenarnya cinta yang agung? Benarkah orang
tidak boleh hidup tanpa cinta? Mengapa saya menjadi mangsa cinta?” (Robiah Kulop Hamzah,
Remaja dan Cinta, 1993).
Jika kita perhatikan dalam sejarah penciptaan Adam dan Hawa dan bagaimana zaman-zaman
yang telah berlalu pasti ada cerita cinta agung yang sentiasa diriwayatkan dan berterusan lalu
mencanang keajaiban cinta, sehinggakan terciptalah dan lahirlah pelbagai falsafah cinta, tafrifan
dan istilah-istilah cinta yang hebat-hebat serta unik dari pelbagai bangsa, budaya, lapisan
masyarakat, peringkat umur, sehingga setiap insan yang mendengar perkataan "Cinta" ini merasa
teruja untuk menikmati keindahan cinta. Sebagai contohnya cerita cinta agung Laila dan Majnun
yang melahirkan pemikiran falsafah "Cinta tidak mengenal rupa" begitu juga kisah romantis
Romeo dan Juliet yang menyebarkan pemikiran "Cinta tidak mengenal darjat" dan banyak lagi.
Barangkali jika kita senaraikan kalimah-kalimah cinta yang menukilkan istilah-istilah cinta
sahaja pun, tentu akan menghasilkan satu karya yang melibatkan berjilid-jilid pembukuan. Itu
tidak termasuk cerita-cerita dan riwayat-riwayat cinta, belum juga termasuk, karya-karya syair,
puisi, seloka, pantun, sayembara dan gurindam-gurindam cinta. Begitulah hebat dan dahsyat
penangan cinta dalam kehidupan umat manusia sejak penciptaan cinta pertama Adam dan Hawa.
2- Mengapa Pelajar Sekolah Ingin Bercinta Dan Bolehkah Mereka Bercinta ?
Seperti yang kita sedia maklum, sebenarnya fenomena bercinta di kalangan pelajar sebenar telah
lama wujud dan tidak dapat dibendung. Ini kerana ia merupakan naluri semulajadi setiap remaja,
iaitu perasaan ingin menyayangi dan rasa ingin disayangi dengan berlainan jantina.
Persoalan pertamanya, mengapa pelajar sekolah ingin bercinta? Pertama sekali penulis ingin
membawa pembaca sekalian terobos balik sejarah silam atau masa lalu kita, kita sebagai orang
dewasa pernah melalui waktu-waktu dan alam remaja, apakah perasaan dan emosi kita ketika
itu? Bukankah sama sahaja dengan apa yang sedang dialami dan dirasai oleh remaja zaman
sekarang? Kita terlalu ingin merasai betapa kebahagiaan perasaan dicintai dan perasaan ingin
mencintai dengan yang berlawanan jantina. Jangan kita lupa bagaimana keghairahan kita pada
waktu itu untuk mendapat kepuasan cinta. Begitu jugalah apa yang sedang dialami pelajar
sekolah zaman sekarang, kerana dorongan perkembangan fisiologi dan perkembangan unsur
seksual dan emosi dalam diri remaja pada peringkat selepas akil baligh mendorong jiwa
semulajadi mereka untuk bercinta.
Persoalannya, bolehkah pelajar bercinta? Kebiasaan yang kita dengar daripada jawapan
masyarakat, remaja yang menjalinkan cinta dalam alam persekolahan telah menjalinkan
hubungan "Cinta terlarang". Apakah benar ia patut disebut sedemikian rupa sedangkan kita
pernah melalui zaman seusia denga mereka dan pernah merasai perasaan dan emosi sedemikan?
Bagi menjawab persoalan ini, mari kita lihat jawapan dari seorang tokoh apabila diajukan soalan
ini oleh seorang pelajar:
“Menjalin satu perhubungan cinta bukan satu gurauan. Jika anda merasa diri anda sudah matang
dan bersedia ke arah itu ia bukan satu masalah. Bagaimanapun, cuba jalinkan hubungan cinta itu
sekiranya adik sudah benar-benar yakin serta mampu menghadapi pasang surut dalam dunia
percintaan. Melibatkan diri dalam percintaan ketika di bangku sekolah mungkin boleh
menjejaskan pelajaran anda. Oleh itu anda jangan mudah terpengaruh dengan keadaan keliling.
Dalam menjalin satu perhubungan lakukan mana yang diredhai asalkan tidak membawa masalah
kepada anda.” (Puan Amina Hj Noor, Persoalan Remaja Masa Kini, 1998).
Bagi penulis, inilah jawapan dan pandangan yang tepat. Kita perlu sedar kita hanya mampu
melarang pelajar dari terjebak dengan cinta, namun kita tidak mampu membendungnya kerana ia
merupakan fenomena semulajadi dalam kejadian manusia. Jika kita melarang sekalipun, pelajar
tetap akan bercinta secara berahsia, ini akan merumitkan lagi keadaan, kerana jika berlaku apa-
apa yang tidak diingini seperti terlanjur berzina, adalah kerana kita tidak tahu dan tidak kenal
dengan siapa mereka bercinta sehingga banyak kes-kes yang buang bayi tidak dikenali siapa
ayahnya yang tidak bertanggungjawab itu. Oleh sebab itu, bukan jalan terbaik untuk kita
melarang pelajar daripada bercinta, tapi kita perlu mengawal dan mebimbing remaja bagaimana
bercinta secara sihat, iaitu bercinta dengan kawalan batas syariat agama serta adab-adab bangsa,
agar tidak menjunamkan remaja ke lembah salah laku seks, dosa dan maksiat.
<!--[if !vml]-->
<!--
[endif]-->
Pelajar sekolah bercinta kerana ingin merasai indahnya kebahagiaan perasaan berkasih-
sayang
3- Keruntuhan Moral Pelajar Akibat Bercinta
Kebanyakan pelajar yang bercinta terjebak dalam salah laku seks. Ini berlaku kerana keghairahan
yang memuncak pada usia remaja. Maka berlakulah bermacam-macam keruntuhan moral dan
salah laku seks yang berlaku di kalangan pelajar. Menurut kebanyakan pelajar bercinta adalah
menjadi hak individu dan mereka perlukan kebebasan untuk bercinta. Namun sebenarnya mereka
bukan bercinta dengan erti kata bercinta mengikut landasan Syariat, tetapi mereka bercinta
mengikut landasan hawa nafsu dan syaitan iblis, demi kepuasan, sehingga berlakulah pelbagai
keruntuhan akhlak dan moral. Sebagai contohnya menularnya gejala bohsia di kalangan pelajar-
pelajar sekolah:
“Mulanya kebebasan secara kecilan, semakin hari semakin besar, kononnya mahu bertemu
dengan kawan-kawan sekolah, hal ini mendapat restu pula dari kedua orang tuanya, tetapi
sebaliknya bukanlah bertemu dengan kawan-kawan sekolah seperti yang diperkatakan pada
orang tuanya, tetapi bertemu dengan kawan lelakinya, mereka ke hulu ke hilir dengan
bermotosikal atau sebagainya, mereka pergi ke mana sahaja sesuka hati mereka. Di kalangan
gadis bohsia, dara tidak menjadi persoalan lagi pada mereka, apa yang mereka mahu ialah
keseronokan kehidupan yang bebas, mereka ini mahukan kepuasan seks”. (Robert Hamly,
Bohsia: Punca dan Penyelesaiannya, 1995)
<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->
Apa yang sudah terjadi kepada pelajar sekolah kita? Menjadi bohsia dan bohjan? Menjadi
perempuan murahan dan tidak bermaruah? Menjadi lelaki rosak perosak?
Ini baru menceritakan tentang masalah kewujudan fenomena bohsia hasil dari kesan bercinta di
kalangan remaja sekolah, belum lagi kita pergi kepada keruntuhan moral lain seperti kes buang
bayi. Bayi terbuang kini menjadi lambakan di tengah-tengah kehidupan moden dan bertamadun.
Apakah bencana yang menimpa umat ini? Seolah-olah ia telah menjadi satu "trend" atau budaya
dan kebiasaan masyarakat moden. Atau apakah bencana ini satu elemen dari pra dan pasca
kemodenan? Salah siapa? Salah pelajar, guru, masyarakat, ibubapa atau pentadbiran negara?
<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]-->

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]-->


Realiti ini adalah kesalahan kita semua !!!
Antara punca utama pelajar ingin bercinta ialah kerana hasil dari pemodenan, ibubapa yang
dihimpit kesibukan, porak peranda dan berpecah belah, menyebabkan pelajar mencari pasangan
untuk mendapatkan perhatian dan kasih sayang :
"Di peringkat sekolah menengah, ramai daripada pelajar-pelajar sudah pandai bermain cinta dan
mempunyai teman istimewa buat penghibur hati yang duka lara." (Ann Wan Seng, Kerenah
Remaja Hari Ini, 1994)

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--

> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--


> <!--[if !vml]-->
<!--[endif]-->

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]-->

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->


<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]-->
Anak-anak terbuang dari pelajar sekolah dari bangsa kita, agama kita !!!
"Di kalangan remaja belasan tahun mereka dikuasai oleh emosi lebih daripada pertimbangan akal
fikiran yang rasional. Oleh yang demikian tidaklah hairan seandainya remaja di bangku sekolah
lagi telah berani mengadakan pertemuan di tempat-tempat yang agak sulit. Bukan setakat itu,
kebebasan dalam pergaulan mereka kadang-kadang menimbulkan perkara-perkara yang tidak
baik berlaku seperti hamil di luar nikah, dirogol, bersekedudukan dan terlibat dalam kegiatan
maksiat dan diperangkap oleh sindiket-sindiket untuk dijadikan gadis penghibur. Setiap hari
sering terdapat berita di akhbar-akhbar berita berhubung gadis diperkosa, menggugurkan anak
dan mengadakan perlakuan sumbang secara terang-terangan." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja
Hari Ini, 1994)

<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--


> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--


> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]-->

Lambakan bayi terbuang, hasil "Cinta Terlarang" atau hasil "Cinta


Terlepas Pandang" ? Bagaimana pelajar sekolah yang masih muda dan
mentah melakukan hal ini? Di mana ibubapa, sekolah dan masyarakat ?

4- Mengapa Bercinta Mengakibatkan Pelajar Melakukan Salah Laku Seks ?


<!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !vml]-->

<!--[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--

[endif]--> <!--[if !vml]--> <!--[endif]--> <!--[if !

vml]--> <!--[endif]-->
Cinta hawa nafsu, cinta untuk kepuasan syahwat di kalangan pelajar sekolah, gejala atau
BENCANA !!!
Kebiasaan di kalangan pelajar yang terjebak dalam percintaan di alam persekolahan
sememangnya terlibat dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks. Fenomena ini berlaku kerana
perhubungan cinta yang mereka jalinkan di dorong oleh perkembangan fisiologi yang mula aktif,
agresif dan sensitif di samping peralihan peringkat psikologi pelajar itu sendiri. Pada peringkat
remaja sememangnya satu peringkat kebangkitan minat seks mula tumbuh dan bercambah dalam
diri remaja:
“Dalam masa remaja adalakalanya muncul rasa ketegangan seksual dan kebangkitan nafsu yang
semuanya terbenam dalam latar belakang hidup sehinggalah akil baligh. Di kalangan remaja
lelaki dan perempuan masih ramai yang masih tidak mengetahui bagaimana hendak berhadapan
dengan desakan ini. Kebangkitan tekanan seksual ini merupakan salah satu sifat asas dalam
pembesaran. Lazimnya terjalin secara semulajadi dan kemudiannya akan memasuki proses kea
rah menjadi seorang jejaka dan gadis. Tanpa disedari muncul satu tenaga baru dalam perasaan
diri setiap diri remaja. Remaja lelaki mula menyedari bahawa remaja perempuan adalah
menggoda dan menarik hati mereka. Begitu juga bagi pihak remaja perempuan mula menyedari
bahawa remaja lelaki adalah berbeza dan diperlukan dalam kehidupan mereka.” (Khadijah Haidi
Khalid, Meneroka Alam Remaja, 1994).
Tekanan dan desakan kebangkitan seksual yang meluap-luap di zaman remaja inilah yang
mendorong pelajar yang bercinta bertindak di luar kawalan iaitu dengan melakukan aktiviti
seksual. Lebih-lebih lagi kedua-dua pihak pelajar lelaki dan perempuan ini tidak berupaya untuk
membendung proses perbuatan terkutuk itu kerana ingin melempiaskan nafsu seksual yang
tersekat di jiwa, lantas telah memerosokkan kedua pelajar ini ke lembah aktiviti salah laku
seksual.
Masalah ini menjadi semakin kronik apabila wujud pula rangsangan-rangsangan luar yang
menaikkan syahwat dan keghairahan pelajar-pelajar yang sedang bercinta. Lebih-lebih lagi
dalam era dunia ICT dunia tanpa sempadan serta kebebasan media massa, telah menjadikan
fenomena salah laku seks di kalangan pelajar bercinta ini menjadi semakin parah:
"Pengaruh media massa adalah besar dalam mempengaruhi pola tingkah laku anak muda.
Kecenderungan remaja kepada seks pada lazimnya dikaitkan dengan peranan media massa yang
selalu menonjolkan cerita-cerita yang berunsur seks yang ghairah. Penonjolan unsur-unsur lucah
dalam media massa dan elektronik memberikan kesan yang besar di dalam pembelajaran seks
kepada remaja yang sedang membesar. Sebagai anak muda yang baru akil baligh dorongan dan
kecenderungan tentang kehendak nafsu seks yang bergelora dalam diri mereka sentiasa sahaja
membara." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja Hari Ini, 1994)
Bencana salah laku seks di kalangan pelajar yang bercinta ini menjadi semakin dahsyat dengan
wujudnya saluran-saluran rangsangan seksual dalam pelbagai bentuk samada dari segi bahan
atau tempat-tempat panas dengan aktiviti-aktivit seksual :
"Akibatnya remaja berusaha mencari saluran yang tersendiri untuk memenuhi tuntutan naluri itu
samada melalui pembacaan, video lucah, berkunjung ke tempat pelacuran dan mendengar cerita-
cerita orang-orang dewasa. Kesemua saluran ini digunakan disebabkan remaja mempunyai
keinginan untuk mengenal tuntutan nafsu seks dan kehidupan berkelamin yang dapat
dipelajarinya daripada media massa dan kehidupan seharian." (Ann Wan Seng, Kerenah Remaja
Hari Ini, 1994)
Penulis tertanya-tanya, mengapa fenomena bercinta di kalangan remaja majoritinya cinta yang
membinasakan diri remaja, mengapa tiada kawalan media dan kawalan budaya persekitaran?
Mengapa tidak terkawal penjualan bahan-bahan lucah? Bahkan kebanyakan mereka diberi lesen
sah untuk menjual bahan-bahan lucah dan merosakkan seperti arak? Mengapa pusat-pusat
hiburan, pusat-pusat maksiat, pusat-pusat perjudian dan pelacuran tidak terkawal bahkan ia aktif
secara terbuka di tengah-tengah masyarakat? Di mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab?
Mengapa mereka membiarkan masyarakat dan remaja sekolah terjebak dan rosak? Apa agenda
mereka? Membangunkan negara? Lalu di mana tanggungjawab sensitiviti mereka dalam
beragama? Mungkinkah mereka ini golongan yang terlalu dayus untuk menegakkan kebenaran?
5- Apa peranan dan tanggungjawab pihak ibubapa, sekolah dan masyarakat ?
Bila mana berlaku sesuatu bencana, pasti ada pihak yang akan dipersalahkan dan diminta
dipertanggungjawabkan atas malapetaka yang terjadi. Dalam masalah cinta di kalangan remaja
yang menjurus ke arah bencana moral ini, siapa atau pihak mana yang perlu kita persalahkan?
Siapa atau pihak mana yang perlu menjawab dan bertanggungjawab atas bencana yang berlaku?
"Cinta" itu kah bencana atau sikap pihak-pihak tertentu yang sebenarnya menjadi pencetus
bencana ini ? Pihak yang ditudingkan jari ke arah mereka, apa yang tindakan yang perlu mereka
laksanakan bagi menangani bencana ini ? Seperti yang kita sedia maklum, kebiasaannya dan
lazimnya, jika berlaku bencana moral di kalangan pelajar, ada 4 pihak yang pasti menjadi
tumpuan segala kesalahan disandarkan kepada mereka. Pertama ibubapa, kedua pihak sekolah
ketiga masyarakat dan keempat, kepimpinan negara. Sememangnya tidak dinafikan, keempat-
empat pihak tersebut menjadi pencetus dan penyumbang kepada bencana dan malapetaka moral
yang sedang meledak di negara kita ini. Sebagai golongan yang berhati perut, keempat-empat
golongan ini perlu tahu apa tanggungjawab serta peranan mereka dalam menangani kebejatan
moral yang maha dahsyat ini.
Sekarang kita muhasabah semula diri kita berkaitan bencana yang sedang berlaku ini, bukankah
sikap kita yang berdiam diri dan mementingkan diri sebenarnya antara sebab dan punca
berlakunya bencana ini? Bukankah kita semua bersalah kerana tidak bersatu hati mencegah dan
membanteras bencana ini?
5.1 Peranan Ibubapa
Golongan ibubapa memang sangat patut dipersalahkan, kerana kita semua sedar, didikan pertama
dari ibubapa sangat mempengaruhi gaya perlakuan anak-anak, maka merupakan satu kesalahan
besar kepada para ibubapa menyalahkan pihak lain jika anak mereka rosak, kerana mereka perlu
sedar "Jangan salahkan pasaran jika kilang menghasilkan produk yang tidak berkualiti".
Menurut Khadijah Haidi Khalid (Meneroka Alam Remaja, 1994) salah satu peranan penting bagi
ibubapa ialah kemahiran mendengar dan komunikasi dengan anak-anak. Di mana beliau
menyatakan, kepentingan corak komunikasi ibubapa dengan anak-anak, amat mempengaruhi
gaya perlakuan anak-anak. Ibubapa perlulah setia mendengar sedia membantu menyelesaikan
masalah dan kesulitan yang dihadapi oleh anak-anak, buka jalan dan ruang kepada anak-anak
untuk meluahkan rasa, bahkan ibu bapa perlu berkongsi masalah dengan anak-anak dengan nada
ingin tahu, cuba menghormati dan memahami situasi anak-anak. Ibubapa juga perlu mengawal
dan menapis ego dan emosi dari dilempiaskan ke arah anak-anak jika apa yang diluahkan tidak
bersesuai dengan pandangan dan pendirian ibubapa sendiri. (Khadijah Haidi Khalid, Meneroka
Alam Remaja, 1994)
Seterusnya, perkara paling asas bahkan paling utama yang sering diabaikan oleh golongan
ibubapa ialah penerapan dan pemantauan pendidikan agama dalam diri anak-anak. Sekadar
memberi input atau fakta-fakta agama tidak memadai untuk mengawal tingkah laku anak-anak.
Perkara yang lebih utama dari sekadar memberi input dan fakta-fakta agama ialah anak-anak
perlukan penghayatan agama melalui contoh-contoh tauladan serta penerapan nilai agama dalam
diri mereka. Kerana dibimbangi anak-anak hanya akan beramal kerana ia menjadi suatu adat
kemudian apabila berlaku sesuatu yang tidak sesuai dengan jiwanya, lalu kemudiannya
perlakuan anak itu berubah 180 darjah:
"Pernah seorang pelajar mengalami kegoncangan yang hangat setelah putus hubungan dengan
seorang sahabat wanitanya. Perubahan berlaku, di mana yangdulunya dia aktif solat, rajin ke
masjid, usrah yasinan dan mendengar ceramah-ceramah agama, akhirnya dia buat mogok solat,
seperti kecewa kepada Tuhan. Ia menjadi orang yang berputus asa, kononnya kabur masa depan
kerana teman wanitanya diambil orang." (Drs. Zulpan Nasution, Menangani Masalah Remaja
Muslim, 1996)
Nah, betapa terbukti, sekadar memberi info agama tanpa penerapan serta penghayatan tidak
cukup konkrit sebagai perisai diri buat para pelajar. Justeru itu, ibubapa perlu mendepani
masalah ini dengan penuh hikmah dan bijaksana.
5.2 Peranan Sekolah
Seperti yang kita sedia maklum, sekolah bukan sekadar berperanan sebagai institusi pendidikan,
bahkan ia juga berfungsi sebagai sebuah institusi sosial yang sangat mempengaruhi moral
pelajar. Dalam menangani masalah bercinta di kalangan pelajar, pendidikan Islam dan
pendidikan moral tidak mencukupi, pelajar perlu juga mendapat dan pendidikan seks yang
terbuka supaya para pelajar tahu batas-batas dan risiko-risiko dalam bercinta, agar mereka lebih
berhati-hati dan berwaspada agar tidak terlanjur dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks, dosa dan
maksiat-maksiat lain:
"Proses pembesaran tanpa diiringi dengan pengetahuan seks telah menyebabkan para remaja
mencari saluran-saluran lain untuk mendapatkan sedikit pengetahuan tentang seks. Amat malang
sekali sudahlah ibubapa tidak mahu melayan pertanyaan anak-anak, di sekolah pula guru-guru
melarang pelajar-pelajarnya membicarakan tentang seks." (Ann Wan Seng, Kerenah Pelajar
Hari Ini, 1994)
Sememangnya kita tidak dapat menafikan perbincangan dan pendedahan seks boleh mengakibat
seseorang pelajar itu terjebak ke arah perbuatan salah laku seks lembah dosa dan maksiat.
Namun kita perlu sedar seks juga mempunyai pengertian positif, kerana seks telah wujud dalam
jiwa manusia sejak dilahirkan lagi. Pendidikan seks yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah
bukanlah untuk mengajar para pelajar bagaimana cara untuk melakukan seks, tetapi sebaliknya
bertujuan mengawal perilaku seks pelajar dengan menyampaikan mesej tentang bahayanya
perlakuan seks bebas dan liar tanpa sebarang ikatan perkahwinan.
Pendidikan seks yang ingin diterapkan di sekolah-sekolah pasti ada pengimbangnya, seperti
penerapan nilai dalam Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. Bahkan dalam pendidikan seks
itu sendiri menerapkan batas-batas kesusilaan dan etika agama:
"Sekiranya pendidikan seks dapat disampaikan dengan cara yang ilmiah dan betul, masalah
kelucahan dan kekotoran seks tidak timbul. Sebenarnya pelajar-pelajar telah didedahkan dengan
pendidikan seks, yakni melalui mata pelajaran Sains dan Biologi.......Pendekatan
memperkenalkan pendidikan seks harus mengambil kira beberapa factor seperti psikologi,
biologi, dan perkembangan remaja. Faktor-faktor ini sekiranya digabungkan dengan ilmu
pengetahuan yang ilmiah dan pengajaran agama tentu dapat memberikan kita satu alternatif kea
rah menyelesaikan desakan nafsu seks anak-anak muda yang membara." (Ann Wan Seng,
Kerenah Pelajar Hari Ini, 1994)
5.3 Peranan Masyarakat
Satu penyakit kronik dalam sosial masyarakat kita ialah, sikap "Individualistik". Penyakit ini
berpunca dari sikap masyarakat yang menganggap tidak mengapa jika berlaku sesuatu perkara
buruk ke atas orang lain, yang penting asalkan dirinya sendiri hidup tenang.
Masyarakat perlu berubah, bukan sahaja berani untuk menegur, bahkan bersedia untuk menerima
teguran. Jika pelajar ingin bercinta, masyarakat perlu bimbing fitrah mereka agar tidak menjadi
fitnah. Masyarakat boleh membantu pelajar dengan memperbanyakkan aktiviti kemasyarakatan
yang melibatkan pelajar-pelajar, agar pelajar-pelajar yang bercinta ini berada di bawah
pemantauan pihak ibubapa dan masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan termasuklah badan-
badan bukan kerajaan, badan-badan korporat, organisasi-organisasi dan persatuan.
Suasana, budaya, kepercayaan dan gaya hidup masyarakat turut mempengaruhi gelora jiwa para
pelajar yang bercinta. Sekiranya sesebuah masyarakat itu tinggi kekuatan ruhaninya, para remaja
yang bercinta pasti tahu batas-batas dan adab-adab bercinta, agar tidak terlanjur dan tidak
terhumban ke lembah dosa dan maksiat. Tetapi sekiranya masyarakat jahil dengan ilmu agama,
maka pastinya remaja yang bercinta itu akan terlibat dengan aktiviti salah-laku seks. Masyarakat
sebagai satu medium penyampai dan institusi besar yang membimbing dan membentuk remaja.
Sekiranya pelajar-pelajar yang bercinta ini terjebak dengan aktiviti-aktiviti salah laku seks,
bermakna masyarakat di sekelilingnya memang seperti itu. Kerana budaya masyarakatlah yang
mempengaruhi perilaku pelajar. Pelajar-pelajar sekolah pula meniru dan belajar perlakuan
masyarakat berdasarkan pemerhatian mereka secara berperingkat. Oleh yang demikian, peranan
setiap individu dalam masyarakat ialah menyuburkan amalan hidup berpegang teguh dengan
ajaran, hukum hakam agama serta adab-adab dan nilai-nilai baik yang wujud dalam budaya dan
adat.
6- Kesimpulan/Penutup.
Berdasarkan perbincangan-perbincangan di atas, kita perlu sedar, bukan cinta itu yang
membinasakan para pelajar, bahkan jika cinta dalam diri pelajar itu kita bimbing dengan agama,
ia menjadi satu jihad buat kita. Tetapi apabila pelajar bercinta, kemudian kita lepas tangan dan
tidak membimbing mereka dengan jalan agama, bermakna kita dengan tangan kita sendiri yang
telah merosakkan cinta para pelajar. Apa-apa kerosakan akhlak dan moral yang berlaku pada
para pelajar kita, kita janganlah cepat melatah dan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu,
tapi cerminlah diri kita sendiri terlebih dahulu, apa sumbangan dan tindakan yang telah kita
laksanakan untuk menyelamatkan remaja kita. Adakah serius dan bersungguh-sungguh kita
memperjuangkan isu ini. Semoga pa yang dibincangkan di dalam hasil kerja ini mampu
membuka mata hati kita, dan semoga kita dapat mengambil iktibar dan pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai