Anda di halaman 1dari 4

Resepi dari kak liza - versi manis

BUBUR ASYURA

Bahanya
1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan = 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung
1/2 cawan kacang hijau (rebus)
1/2 cawan sagu mata ikan - (cuci - toskan)
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan

caranya
potong keladi dan keledek - rebus dan toskan
jerang santan bersama gula pasir, gula merah dan daun pandan
potong pisang nangka - dadu
masukkan semua bahan dan tepung beras
sentiasa kacau supaya tak bergentel
masukkan sagu - kacau hingga pekat dan kental
bila sagu nampak jernih tuangkan dlm loyang dan sejukkan
tunggu sejuk baru potong

Note : sebenarnya bubur asyura ada byk version , ada yang guna sampai 7 jenis
kacang hussssssssss pening nak cari kacang tu,ada pulak yang mcm bubur lambuk,
ada letak daging mcm lee.. .

jeng2 nie lee dia bubur asyura version manis


Bahan-bahan ( sekeluarga boleh makan, 10 Muharam kan Hari Asyura )

 2 cawan beras
 sebiji santan kelapa(1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
 2 biji bawang kecil
 1 inci halia
 garam secukup rasa
 **bahan untuk perencah(di tabur atas bubur)
 10 biji bawang kecil(dimayang)
 2 genggam kacang tanah
 5 ketul ayam, ambik bahagian byk isi
 5 batang daun sup
 3 biji telur ayam(digoreng dadar dan dihiris nipis))

Cara-cara

1. Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua
nasi bertukar jadi bubur.Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk
mengelakkan hangit.
2. Masukkan bawang kecil yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk.
3. Masukkan garam apabila perlu dan rasa.
4. Bila semua nasi dah jadi bubur, masukkan santan cair dan kacau.Kemudian
masukkan santan pekat dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.
5. ** bahan untuk perencah(ditabur)
6. Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang kecil yang telah di
mayang tadi di gaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN
LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil.Bila sudah kekuningan, angkat.
7. Goreng ayam, siat isi dagingnya
8. Kacang tanah digoreng
9. daun sup di ricih
10. ** Cara untuk menghidang
11. Tuang bubur dalam mangkuk, tabur daging ayam yang telah disiat tadi, kacang
tanah, bawang goreng, telur goreng dan daun sup. Sedap dimakan masa suam-
suam kuku. Errmmm..sedap..
Bahan-bahan

 1 kg beras
 200 gm kacang hijau
 1 kg santan
 50 gm kerisik
 satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
 10 keping gula melaka
 10 ulas bawang merah-dimayang
 5 ulas bawang putih-dimayang
 1 inci halia-dimayang
 500 gm jagung
 100 gm gula pasir
 sedikit rempah kurma,kari
 2 liter air

[sunting] Cara

 Masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.


 Masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
 Masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi.
 Masukkan gula melaka dan gula.
 Akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat.
 Sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.
BUBUR ASYURA

Bahan:
1/2 kilo gm beras, basuh ..rendam kejap dan dikisar halus
1 kg gula pasir ]
1 kg gula merah ] masak dan tapiskan
2 kg pati santan
600 gm sagu halus, direndam
10 biji pisang emas atau pisang raja, dipotong kecil
1 kg kacang hijau, direbus empuk
1 mangkuk hirisan jagung
1 kg ubi keledek, dipotong dadu
600 gm kacang tanah, digoreng dan dibuang kulitnya
10 ulas nangka masak, dipotong dadu

Cara

1. Masukkan santan ke dalam periuk. Kemudian campurkan tepung beras sedikit demi
sedikit dan kacau biar sebati.
2. Campurkan air gula yang siap ditapis.
3. Kemudian masukkan bahan seperti hirisan jagung, ubi keledek terlebih dulu kerana
bahan terb a b i t lambat empuk.
4. Akhir sekali baru masukkan pisang, kacang hijau, kacang tanah dan nangka. Bahan
ini akan lembek kalau dicampur terlalu awal.
5. Kacau adunan bubur sehingga pekat. Kalau adunan mula �lekang � dari periuk
bermakna bubur itu sudah masak.

NOTA:
Bubur ni untuk jumlah yang banyak...kalau nak buat untuk keluarga kecil...just buatlah
anggaran kita sendiri...SELAMAT MENCUBA...

Anda mungkin juga menyukai