Anda di halaman 1dari 15

1.0 Pengenalan.

Reka cipta adalah sebahagian dari komponen di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah dan Menengah. Reka cipta menjadi matapelajaran khusus dan diperkenalkan di
semua sekolah menengah. Matlamat matapelajaran ini adalah untuk mewujudkan pemikiran
kreatif, inovatif, imaginative dan produktif di kalangan pelajar. Pekajar mendapat manfaat dari
penyelesaian masalah dan dapat memenuhi kehidupan seharian dengan menggunakan sumber,
konsep dan prisip reka cipta yang dipelajari.

Menurut kamus Dewan Bahasa, reka cipta membawa maksud penghasilan produk baru
atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi
kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka cipta berasaskan 3 konsep iaitu
minda, kemahiran dan nilai atau sikap. Ketiga-tiga konsep digabungjalinkan bagi menyelesaikan
masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam ilustrasi dan
dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model. Reka cipta dihasilkan melalui idea sendiri
atau diubahsuai dan mempunyai nilai komersial. Ia merangkumi bidang-bidang seperti grafik,
reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, logam halus, elektronik, reka bentuk
bangunan atau landskap dan ukiran.

Reka cipta memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf kehidupan manusia.
Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri seperti mudah digunakan,
mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak, saiz dan bahan yang sesuai
dan memudahkan sesuatu masalah. Reka cipta juga membuka peluang pekerjaan bagi membantu
manusia mencapai taraf hidup yang lebih tinggi. Sebagi contoh, proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi mudah dan menarik dari menggunakan papan hitam dan kapur tulis. Kini
kaedah pengjaran telah diubah menggunakan papan tulis whiteboard dan pen marker. Pada masa
kini penggunaan perisian dengan bantuan computer dan projector liquid-crystal display (LCD)
telah digunakan secara meluas di seluruh negara.

1
2.0 Langkah-langkah membuat satu reka bentuk projek dan bahan kitar semula
berasakan logam.

2.1 Pengenalpastian masalah.

2.1.1 Pernyataan masalah.

Masalah dikenalpasti memlalui pemerhatian dan mengkaji keadaan persekitaran,


menonton televisyen, tayangan slaid, mengadakan sumbangsaran dan perbincangan serta
mengadakan lawatan ke tapak ekspo atau ke pusat membeli belah. Ini dapat membantu dalam
merangsang pemikiran untuk mengenalpasti masalah dan memilih penyelesaian yang sesuai.

2.1.2 Pengumpulan maklumat dan data.

Data adalah maklumat spesifikasi yang terperinci tentang produk yang akan dibuat.
Maklumat adalah perincian tentang reka bentuk, teknologi, bahan dan kemasan yang berkaitan
dengan produk. Data diperolehi melalui pelbagai kaedah seperti membuat lawatan dan
pemerhatian ke kilang, tapak projek, ekspo, pusat penyelidikan dan pengujian dan sebagainya.
Pengumpulan maklumat juga dibaut denga membuat perbandingan antara produk sedia ada
denga produk yang direkodkan di pasaran. Kaedah terakhir adalah melalui pembacaan dan
penyelidikan.

2.1.3 Analisis data maklumat.

Data dan makulumat yang telah dikumpulkan akan dianalisiskan dan dibuat rumusan
tentang alternative penyelesaian yang dibuat. Rumusan berkaitan dengan mencari kaedah,
mengenalpasti keperluan dan menganalisis maklumat tentang teknik pembuatan, bahan dan
fungsi projek dibuat. Perbincangan secara kumpulan dilakukan untuk membuat analisis data dan
maklumat sebagai satu cara terbaik untuk membuat penyelesaian masalah.

2
2.1.4 membuat keputusan

Selepas selesai menganalisis data dan maklumat, satu keputusan dibuat melalui
perbincangan secara berkumpulan telah dicapai. Ini bertujuan untuk memilih penyelesaian yang
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap keputusan mengambilkira beberapa criteria
sperti produk seharusnya prktikal, penggunaan bahan, kos yang tidak membebankan, berguna,
selamat digunakan dan tidak mencemarkan alam sekitar serta ergonomic.

2.2 Pencetusan Idea.

Selepas mengetahui masalah yang perlu diselesaikan, kita akan mencari idea untuk
menghasilkan satu produk baru dan mengubahsuai produk yang sedia ada. Pencetusan idea ini
boleh dibantu melalui pengalaman, bakat, pemerhatian, pemikiran lateral, pembecaan dan
penyelidikan, soal selidik dan galakan dari pihak tertentu.

2.2.1 Pemilihan idea baru.

Apabila semua idea telah diterima dan dianalisis, hanya satu idea sahaja yang dipilih
berdasarkan faktor-faktor berikut :

i. keupayaan kendiri dari segi fizikal dan kemudahan yang sedia ada.

ii. pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.

iii. Bahan dan komponen yang sesuai, mudah didapti dan kos yang tidak membebankan.

iv. cara pembuatan produk yang mudah.

v. kepentingan produk

vi. keprihatinan terhadap alam sekitar yang tidak mendatangkan kesan negatif.

3
2.3 Perekaan Projek.

Semasa proses perekaan projek ini, ia akan melibatkan proses membuat lakaran, lukisan
kerja serta konsep rekaan luar dan dalam. Konsep perekaan projek adalah seperti merekbentu
untuk manusia, merekabentuk untuk fungsi-fungsi, merekabentuk untuk nilai estetika dan
merekabentuk untuk kekuatan.

2.3.1 Lakaran.

Idea yang dipilih akan digambarkan ke dalam bentuk lakaran yang dilukis dalam bentuk
lukisan oblik. Selepas lakaran siap dilukis, astu sesi perbincangan dan kritikan diadakan untuk
mendapatkan maklumbalas dari ahli kumpulan. Sekiranya ada kritikan, lakaran akan diubah
semula dan sesi perbincangan dan kritikan akan diadakan semula sehingga satu lakaran yang
bernas dan praktikal dapat dibuat.

2.3.2 Lukisan kerja.

Lukisan kerja dilukis selepas lakaran yang bernas dan praktikal dibuat. Lukisan kerja
adalah lukisan yang menggambarkan rekabentuk dan saiz sebenar projek. Lukisan kerja dapat
dibuat secara ortografik, terburai dan oblik. Sesi perbincangan akan diadakan sekali lagi untuk
memilih lukisan kerja supaya semua butiran dan maklumat yang dihasilkan adalah tepat dan
sesuai.

2.4 Pemilihan Reka Bentuk.

2.4.1 Model

Model adalah produk yang dihasilkan sebagai contoh dan objek rujukan. Modek adalah
serupa dengan produk sebenar tetapi tidak berfungsi. Model dibuat atau direka dalam dua
bentuk iaitu model luaran dan dalaman. Model luaran adalah bahagian yang menunjukkan
bentuk luaran secara terperinci dan model dalaman adalah yang menununjukkan bentuk dalaman
secara terperinci. Saiz model boleh dibuat dalam ukuran sebenar, ukuran berskala kecil dan

4
ukuran berskala besar. Kebanyakan model dibuat dari polisterin, kayu, kadbod, logam dan
bahan-bahan yang sesuai.

2.5 Perancangan Pembinaan Model Berfungsi atau Prototaip.

Perancangan penbinaan perlu dilakukan untuk mengurangkan masalah semasa membuat


produk serta memastikan produk dapat dihasilkan denga sistematik dan mengelakkan
pembaziran bahan, masa serta memastika kos di bawah kawalan. Penggunaan bahan
dikenalpasti sama ada bahan yang akan digunakan seperti bahan semulajadi, olahan, bahan
sintetik dan bahan siap guna. Penggunaan peralatan penting untuk memastikan teknik
penggunaan yang betul dan berasaskan kemahiran yang dipelajari serta mengikut peraturan
keselamatan. Bagi kaedah dan teknik pembuatan pula, jadual masa, susunan langkah kerja
teratur dapat dipraktikkan seperti penyediaan bahan dan peralatan, kerja penandaan,
pemotongan, pembentukkan dan kemasan terakhir projek. Pengiraan kos dibuat untuk
mendapatkan jumlah pengeluaran produk dan menentukan harga produk untuk pasaran.
Pengiraan kos melibatkan pengiraan kos bahan mentah, kos upah dan kos sampingan.

Prototaip adalah penghasilan produk sebenar mengikut saiz sebenar dan dapat berfungsi
dengan baik. Prototaip yang siap tidak mempunyai kelemahan atau kecacatan kerana proses
pembaikian dan pengujian telah dilakukan. Kemasan terakhir adalah dengan menggunakan cat,
syelek atau lekar. Ia bertujuan untuk memberi kecantkan kepada prototaip.

2.6 Pengujian dan Penilaian Model Berfungsi atau Prototaip.

Prototaip diuji dengan dua kaedah iaitu ujian makmal yang dilakukan di dalam bengkel
dalam keadaan terkawal dan ujian perimeter yang dilakukan dalam situasi sebenar di dalam atau
di luar bengkel dalam keadaan tidak terkawal.

5
2.7 Pengubahsuaian Model Berfungsi atau Prototaip.

Prototaip yang mempunyai masalah atau kelemahan akan dibaiki sama ada di peringkat
penyambungan atau sebelumnya. Prototaip yang dibaiki perlu bercirikan sebagai produk yang
dihasilkan dengan kerja tangan, bahan dan ukuran sama dengan produk sebenar, mempunyai
fungsi yang sama denga produk sebenar dan diuji serta dibaiki jika perlu.

2.8 Pendokumentasian.

Dokumentasian adalah laporan lengkap secara bertulis yang disediakan tentang hasil
ciptaan. Dokumentasian yang lengkap adalah penting sebagai bukti mendapatkan perlindungan
paten dan sebagai asas rujukan untuk pengeluaran masa akan datang. Dokumentasian akan
menerangkan perkara-perkara seperti latar belakang projek, objektif projek, deskripsi atau
perihal projek dan rujukan serta lampiran.

6
3.0 Lukisan Kerja

7
4.0 Kad Kerja

4.1 Lukisan Kerja

4.1.1 Rupa Projek

8
4.1.2 Lukisan Berdimensi

9
4.1.3 Lukisan Terlerai

10
4.2 Alatan Tangan

11
4.3 Bahan

Bahagian Bahan Ukuran (mm) Kuantiti


A Papan Lapis 300mmX100mmX10mm 1
B Papan Lapis 200mmX100mmX10mm 1
C Bongkah Kayu 20mmX10mm 4
D Bongkah Aluminium 20mmX20mmX10mm 7
E Bonkah Aluminium 190mmX20mmX10mm 2
F Bongkah Aluminium 220mmX20mmX10mm 1

4.4 Langkah-langkah Membuat Projek.

Langkah-langkah membuat projek reka cipta :

i. Baca dan fahami lukisan kerja.

ii. Sediakan alatan tangan dan bahan.

iii. Mengukur, menanda dan memotong bongkah aluminium kepada 10 bahagian mengikut
ukuran yang diberikan.

iv. Mengukur, menanda, dan memotong papan lapis mengikut ukuran yang diberikan.

v. Membuat penyambungan bahagian A dan B mengikut lukisan kerja.

12
vi. Membuat penyambungan bongkah aluminium dan bongkah kayu bahagian C, D dan E.

vii. membuat penyambungan bahagian F pada projek.

viii. Membuat kemasan terakhir pada projek menggunakan kertas las dan syelek.

5.0 Refleksi.

Bahan kitar semula adalah bahan buangan seperti botol plastic dan kaca, kertas dan bahan
yang diperbuat dari logam seperti aluminium, besi dan sebagainya. Kesemua bahan yang
dinyatakan boleh dikitar semula menjadi satu bahan yang baru dan boleh memberi manfaat
kepada kehidupan manusia sejagat. Di negara kita, pihak kerajaan telah menjalankan pelbagai

13
kempen yang bertujuan meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan kitar semula. Kitar
semula memberi pelbagai sumbangan kepada alam sekitar dan manusia. Di samping memupuk
semangat kerjasama di kalangan rakyat ia juga akan memberi impak yang besar ke atas keadaan
ekonomi negara.

Bagi penduduk yang tinggal di luar bandar, mereka hanya mendapat maklumat melalui
media massa dan perlaksaannya adalah kurang. Ini disebabkan jarak perhubungan di antara
penduduk luar bandar dengan kawasan bandar adalah jauh. Jarak perhubungan yang jauh
menyebabkan kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak kerajaan kurang mendapt sambutan.
Walaubagaimanapun, dengan bantuan dari guru-guru sekolah yang memberi pendedahan kepada
murid-murid sehingga mereka dapat memahami hasrat kerajaan.

Rujukan.

14
Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah tahun 4, Kementerian Pelajaran
Malaysia 2002.

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidu Sekolah Rendah Tahun 5, Kementerian Pelajaran
Malaysia 2002.

Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah rendah Tahun 6, Kementerian Pelajaran
Malaysia 2002.

15

Anda mungkin juga menyukai