Anda di halaman 1dari 2

APAKAH PEMBESTARIAN SEKOLAH?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT
dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran
(P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program
Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu
sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid
menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus
kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses
Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT.
Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri
paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu
dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah
Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan
perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini
memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap
beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada
pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang
sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

KONSEP PEMBESTARIAN

Teachers will need to change their role in the electronic classroom from
being information providers to counselors to help students develop know
how and judgment to select information sources.

Key to success in the Information Age will be making the right judgements
between an awesome array of choices.

We are examining our education system to create a curriculum where people


learn how to learn for continuing education throughout  their lives

Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor 1


August 1996
The smart school program will be re-modelled and its implementation
tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government.
Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet
program, which is already at an advanced stage of implementation.
      
Advanced teaching and learning materials developed through the Smart
School Pilot program will be utilised for teaching, while the Smart School
Management System will be used to improve administration processes
      
Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Launch of The Multimedia Super
Corridor (M.S.C.) Next Leap, 3 July 2004

… pembestarian sekolah adalah selaras dengan hasrat Perdana Menteri,


Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjadikan sekolah-sekolah
awam lebih berdaya saing, kondusif dan moden mengikut arus
pembangunan semasa.
   
Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk
meningkatkan nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan
guru kepada penggunaan komputer dan mengaplikasikan teknologi
berkesan dari segi kos.
           
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, 7 Mei
2005

Anda mungkin juga menyukai