Anda di halaman 1dari 7

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN PAGOH

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE
TERENGGANU DARUL IMAN

ANJURAN
HAL EHWAL PELAJAR & UNIT KEBAJIKAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN PAGOH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN PAGOH
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALYSIA

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU DARUL IMAN


UNIT HAL EHWAL PELAJAR

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan dan peruntukkan kewangan daripada
Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Pagoh untuk mengadakan Program Lawatan Sambil
Belajar pada 6, 7 dan 8 November 2009 di Terengganu Darul Iman.

2.0 RASIONAL

Memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan, meningkatkan sahsiah dan etika sebagai
persediaan pada suasana baru untuk memenuhi keperluan sukatan pelajaran yang terdapat
dalam kursus Sijil Rekaan Fesyen dan Pakaian (SFP).

3.0 LATAR BELAKANG

Program Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu ini menjurus ke arah mempertingkatkan


lagi pengetahuan, penghayatan dan kemahiran para pelajar serta pensyarah dalam bidang
rekaan fesyen dan pakaian agar ianya dapat diaplikasikan dalam sistem pembelajaran dan
pengajaran kelak.

3.1 Program ini dijalankan bagi memenuhi syarat kredit bagi subjek Ilustrasi Fesyen,
Alatan dan Bahan, Sampel Proses Jahitan dan Pola Asas Pakaian di bawah
kelolaan pensyarah kelas Cik Nur Lya binti Ramlan.
3.2 Persetujuan lisan telah diperolehi setelah perbincangan antara Pengarah
Kolej Komuniti Cawangan Pagoh dengan ahli jawatankuasa pada 7 Oktober 2009
untuk melaksanakan program ini.
3.3 Justeru itu, kami mencadangkan PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE TERENGGANU DARUL IMAN ini sebagai medium bagi memberi pelajar
dan pensyarah mendapat pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang
rekaan fesyen dan pakaian ini.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Meningkatkan potensi para pelajar ke arah peningkatan kecemerlangan akademik


dan sahsiah diri sebagai pemangkin generasi di masa hadapan.
4.2 Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Rekaan Fesyen dan
Pakaian seiring dengan kehendak pasaran pada masa kini.
4.3 Membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk menghadapi masa hadapan
yang lebih mencabar.
4.4 Menanam rasa tanggungjawab dalam usaha meningkatkan prestasi diri para
pelajar.
4.5 Memupuk semangat kerjasama dalam aspek kerohanian, sahsiah dan akademik.

5.0 BUTIRAN PROGRAM

5.1 Program ini dikendalikan oleh warga Kolej Komuniti Cawangan Pagoh.
5.2 Tarikh cadangan untuk melaksanakan PROGRAM LAWATAN SAMBIL
BELAJAR KE TERENGGANU DARUL IMAN ini akan diadakan pada
6, 7 dan 8 November 2009 bersamaan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad iaitu
selama 2 hari 1 malam.
5.3 Lokasi yang hendak dilawati adalah :
(i) Kolej Komuniti Kuala Terengganu, KPTM.
(ii) Noor Arfa Batik di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala
Terengganu
(iii) Sutera Semai Centre (Silk Weaving Centre) di Kawasan
Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu
(iv) Batik Chopped di Seberang Takir, Kuala Terengganu.
(v) Malaysia Handicraft Centre, Kuala Terengganu
5.4 Sasaran peserta adalah seramai 30 orang pelajar Kolej Komuniti Cawangan Pagoh
dari kursus Sijil Rekaan Fesyen dan Pakaian, dan pegawai pengiring adalah
seramai 7 orang (seperti di Lampiran 1).
5.5 Tentatif program adalah seperti di Lampiran 2.
6.0 BELANJAWAN

Adalah seperti di Lampiran 3.

7.0 IMPLIKASI

Sekiranya program ini tidak diluluskan, maka objektif program yang telah digariskan seperti
di atas tidak akan tercapai.

8.0 PENUTUP

Mohon pertimbangan dan kelulusan daripada Yang Berbahagia Tuan Pengarah Kolej
Komuniti Ledang (KKLJ), Encik Nordin bin Sariju untuk melaksanakan
PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU DARUL IMAN
pada 6, 7 dan 8 November 2009.

Disediakan oleh :

UMI HANI BINTI ABDUL RAHMAN Tarikh : 7 Oktober 2009


Pengarah Program
Lawatan Sambil Belajar Ke Terengganu Darul Iman
Kolej Komuniti Cawangan Pagoh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Disemak oleh :

AHMAD BIN ABU SAMAH Tarikh :


Pengarah
Kolej Komuniti Cawangan Pagoh
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
LAMPIRAN 1

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN PAGOH


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TERENGGANU DARUL IMAN

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung
En. Ahmad bin Abu Samah
(Pengarah Kolej Komuniti Cawangan Pagoh)

Ketua Jabatan
Puan Syaidatul Liza binti Khusnin

Pengarah Program
Cik Umi Hani binti Abdul Rahman

Pengiring
Puan Saemah binti Ali
Puan Ruzana binti Tumiran
Cik Nur Lya binti Ramlan
LAMPIRAN 2

KOLEJ KOMUNITI CAWANGAN PAGOH


KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE TERENGGANU DARUL IMAN

TENTATIF PROGRAM (6 – 8 NOVEMBER 2009)

HARI PERTAMA : Jumaat, 6 November 2009

JAM AKTIVITI
08.00mlm Berkumpul di hadapan Kolej Komuniti Cawangan Pagoh
08.30mlm Taklimat ringkas daripada Pengarah KKCP
09.00mlm Bertolak dari Kolej Komuniti Cawangan Pagoh ke
Terengganu Darul Iman

HARI KEDUA : Sabtu, 7 November 2009

JAM AKTIVITI
06.00pagi Sampai di Kuala Terengganu
Solat Subuh di Masjid Terapung, Kuala Terengganu
Check in di Rozita Homestay, Kuala Terengganu
07.30pagi Sarapan pagi
09.30pagi Bertolak ke Noor Arfa Batik, Chendering, KT
11.30pagi Bertolak ke Sutera Semai Centre
01.00tengahari Makan tengahari
01.30petang Solat Zuhur
02.00petang Bertolak ke Batik Chopped di Seberang Takir
03.30petang Bertolak ke Malaysia Handicraft Centre
05.00petang Solat Asar

HARI KETIGA : Ahad, 8 November 2009

JAM AKTIVITI
07.30pagi Sarapan pagi
08.00pagi Bertolak ke Kolej Komuniti Kuala Terengganu
12.30tengahari Makan tengahari
01.30petang Solat Zuhur
02.00petang Bertolak pulang ke Kolej Komuniti Cawangan Pagoh
LAMPIRAN 3

ANGGARAN BELANJAWAN PROGRAM


“LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE TERENGGANU DARUL IMAN”