Anda di halaman 1dari 1

c 


   

      

Masalah pencemaran sungai telah mendatangkan kesan yang besar


terhadapkehidupan manusia, terutamanya apabila sumber air yang dibekalkan
kepada penggunasukar dirawat. Bahan-bahan terlarut dalam air bertambah kerana
lepasan enfluen dari kilang serta larutan kimia tertentu menyebabkan air sungai itu
tidak selamat diminum dan sukar untuk dirawat.

   
melepasan enfluen dari kilang akan menggalakkan pertumbuhan alga dengan
banyaknya. Apabila alga ini mati, ia akan diuraikan oleh bakteria dalam air, dan
menyebabkan eutrofikasi berlaku dimana kadar oksigen dalam air kurang
disebabkan oleh bakteria menggunakan oksigen untuk menguraikan alga. Selain
itu, pelepasan ammonia, nitrat akan merendahkan pH air seterusnya menyebabkan
ikan mati pada takat pH tertentu.

     


Sungai merupakan sumber air utama bagi haiwan liar yang tinggal berdekatan
sungai untuk minum. Apabila sungai sudah tercemar dengan teruknya,
menyebabkan ia tidak sesuai lagi diminum dan menyebabkan haiwan yang
meminumnya mati. Hasil pereputan haiwan tersebut akan menyebabkan banyak
patogen berada dalam air, contohnya x    yang menyebabkan penyakit
taun. Dan apabila banjir pula, lepasan enfluen dari kilang akan menyebabkan dasar
sungai menjadi cetek dan apabila hujan lebat, menyebabkan sungai tidak dapat
menampung air hujan seterusnya menyebabkan banjir. Ketika banjir akan banyak
terjadinya wabak penyakit bawaan air.

      


Kekeruhan yang dapat dilihat pada sungai yang tercemar serta kualiti airnya
menyebabkan sungai tersebut tidak lagi menjadi tarikan pelancong untuk mandi
manda dan berkelah disitu. Kekeruhan air sungai akan mencacatkan pemandangan
dan orang yang mandi disungai itu akan mendapat penyakit kulit dan rasa gatal-
gatal kerana terdapat banyak patogen dan bahan kimia bahaya kepada kulit
manusia seperti merkuri, plumbum dan ammonia.

    


mencemaran sungai akan menjejaskan bekalan air bersih untuk digunakan oleh
masyarakat luar bandar yang belum mendapat akses kepada bekalan air bersih.