Anda di halaman 1dari 5

Blog drsheikh

Mayat Tak Reput Di Angkasa

Assalamualaikum GengMurai, maaf kerana lambat membalas pertanyaan anda semua.


Sekarang ini jadual saya sangat sibuk. Walau bagaimanapun, saya ucapkan ribuan terima kasih
kepada semua geng murai yang sudi meninggalkan komen dan menghantar pertanyaan. Insya-
Allah, jika saya tahu jawapan itu, saya akan menjawabnya.

Jawapan dari soalan berikut:

1. Bolehkah serangga seperti semut terapung?

Semua benda akan terapung dalam keadaan mikrograviti termasuk


serangga seperti semut dan apa jua.

2. Mengapa negara barat seperti US lebih dahulu menjelajah angkasa?

Russia dan Amerika adalah negara pertama menjelajahi angkasa lepas


sejak tahun 1961 lagi. Ini kerana mereka sedar akan manfaat yang dapat diperolehi.
Mereka juga mempunyai teknologi serta kepakaran yang tinggi. Kini negara asia seperti
China dan India cuba melibatkan diri dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

3. Bolehkah jisim individu berkurangan di angkasa apabila sampai ke bumi?

Berat = jisim x graviti. Oleh itu, jika di angkasa berat tidak memainkan peranan . Hanya jisim saja.

4. Benarkah ada mitos tentang kehidupan lain selain dari bumi?

Tujuan utama menjelajahi angkasa lepas adalah untuk mengetahui adakah kehidupan lain selain
daripada manusia. Kini Marikh menunjukkan terdapatnya bekalan air dan lazimnya di mana ada
air disitulah terdapat hidupan seperti bakteria dan sebagainya.

5. Kalau ada orang terlepas pernafasan oksigen…boleh mengakibatkan mati? Mayat boleh
reput di angkasa?

Mayat tidak reput di angkasa kerana tidak ada bakteria di angkasa lepas. Keadaan di sana
dipenuhi vakum.

6. Jika badan dari angkasa jatuh ke bumi boleh meletup ke?

Apa sahaja objek yang melalui atmosfera akan terbakar ataupun disintegrasi dengan tersendiri.

7. Sudah pastikah tentang kewujudan planet terbaru di angkasa?

Masih banyak lagi kajian yang dilakukan untuk mencari planet-planet yang lain. Terbaru pluto
sudah tidak diiktiraf sebagai planet kerana terlalu kecil saiznya malah dianggap bulan untuk
planet yang terdekat.
2 bulan 2 minggu yang lalu Masukkan komen

Gajah Boleh Terapung Di Angkasa!


Assalamualaikum, Terima kasih kerana banyak menyokong saya. Bagi sesiapa
yang ingin mengetahui lebih lanjut tak kira tentant diri saya atau yang
berkaitan..boleh terus mesej saya dan Insya-Allah kalau berkesempatan saya
akan menjawabnya di blog ini. Oklah...ini jawapan bagi soalan mengenai
manusia dan mikrograviti. Manusia dicipta untuk tinggal di bumi. Maka, apabila
berada di angkasa lepas pelbagai adaptasi yang harus dilakukan. Melalui
pengalaman, saya mengambil beberapa hari untuk mengadaptasikan diri dalam
keadaan mikrograviti. Keadaan di sana pasti membuatkan kita sentiasa terapung
dan berterbangan. Bagi saya, ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Bagi
yang pertama kali mesti agak kekok. Tapi cara untuk mengawal keadaan ketika
terapung cukup mudah. Anda hanya perlu menolak kaki ke dinding. Selepas itu
anda akan meluncur dengan begitu pantas sekali. Sukar untuk mendapat
pengalaman sebegini. Apatah lagi ketika waktu tidur pun, saya tidur dalam
keadaan terapung. Memang menarik dan unik. Ia juga sungguh menakjubkan
kerana kita sentiasa berpusing-pusing di udara. Apa yang pasti, di angkasa lepas
sudah tentu tidak ada graviti di ISS. Jangan risau, berat badan tak memainkan
peranan sangat. Gajah juga akan terapung sekiranya berada di dalam keadaan
mikrograviti.
3 bulan yang lalu 6 komen

Peminat Hargai Artis di Anugerah Bintang Popular

Alhamdulillah...

Yang sebenarnya, saya baru kembali dari Dubai. Tujuan saya ke sana adalah sebagai tetamu
undangan Islamic fashion festival.

Saya tak sangka dan nampaknya fesyen di Dubai banyak berunsurkan keIslaman. Malah fesyen
sebegini amat diterima masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Anugerah Bintang Popular. Bagi saya, ABP adalah
pilihan rakyat yang menyukai mereka.

Maka, sesipa yang telah berjaya perlu menunjukkan bahawa mereka diterima oleh orang ramai.

Walau bagaimanapun, bagi yang kurang bernasib baik dan tak berjaya saya berharap dapat
berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan pada masa akan datang.

Sebelum ini, saya memang ada terdengar orang membezakan populariti saya dengan Mawi dan
Datuk Siti Nurhaliza.

Secara jujur, saya tak pernah terlintas membandingkan diri saya bersama artis artis popular yang
lain seperti Mawi atau Datuk Siti Nurhaliza.

Ini kerana, bagi saya setiap artis mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri. Malah, saya
tidak meletakkan diri saya sebagai artis.
Saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang angkasawan.

Ini adalah janji saya untuk negara tercinta.

3 bulan 1 minggu yang lalu 2 komen

Tanggungjawab Sebagai Abang Terlaksana


Alhamdulillah.... Saya bersyukur ke hadrat Illahi..Akhirnya...buku " Reaching for
the Stars " yang ditulis oleh arwah adik telah berjaya dilancarkan oleh Timbalan
Perdana Menteri di Istana Hotel pada 28 Mac lalu. Dengan pelancaran ini, sedikit
sebanyak, saya merasakan tanggungjawab dan peranan saya sebagai abang
telah terlaksana. Sekurang-kurangnya kebajikan kedua-kedua anak beliau akan
lebih terjamin dengan adanya buku ini. Terus-terang saya katakan, yang
sebenarnya, ini adalah janji saya buat adik tersayang. Mengikut perancangan,
buku ini juga akan dihasilkan dalam versi Bahasa Melayu. Saya harapkan buku
ini dapat memberi inspirasi kepada semua golongan khususnya pelajar dan
golongan kanak-kanak supaya impian mereka mampu menjadi kenyataan.
3 bulan 1 minggu yang lalu 2 komen

Mahu Lawat Makmal Angkasa Universiti Malaya

Assalamualaikum..Tak sangka ye, dalam dia tak diam kita dah masuk ke bulan April. Terima
Kasih kepada semua pelawat murai.com.my kerana sudi membaca blog saya. Memandangkan
saya mendapat soalan daripada seorang pelajar Universiti Malaya, jadi saya pun mahu
menjawabnya.

Insya-Allah, dalam diari saya tercatat nama Univerisiti Malaya. Malah, UM merupakan destinasi
yang bakal saya lawati. Namun, ini semua masih dalam perancangan.

Cuma ketika ini masa tidak mengizinkan. Walau bagaimanapun, saya berminat untuk melihat
makmal angkasa di sana.

Selain itu, saya juga mahu melihat sejauh mana perkembangan Makmal tersebut berikutan UM
adalah salah satu universiti yang terbaik di Malaysia.

Jadi, saya berharap UM boleh teruskan perjuangan untuk membawa nama Malaysia ke persada
antarabangsa.

Wassalamulaikum...

3 bulan 1 minggu yang lalu 3 komen

Tertarik Program Realiti

Semakin hari semakin banyak program yang berkonsepkan realiti. Ibarat durian runtuh. Mengikut
pandangan saya, program realiti kini sudah mendapat tempat di hati penonton.

Ramai yang begitu tertarik kerana ia menonjolkan sikap sebenar seseorang individu dan
merapatkan lagi jurang di antara peserta dan penonton. Penonton boleh kenal dengan lebih rapat
sekali.
Sungguh pun demikian, di sebalik program sebegini, saya rasa sedih apabila penonton memilih
rupa dari bakat. Mengapa situasi ini berlaku?

Ramai berpendapat orang Malaysia masing-masing mahukan yang ada pakej yang cukup.

Namun, bagi saya, walaupun rupa amat penting dalam zaman kini, bakat individu tidak harus
diketepikan. Apatah lagi dalam bidang seni suara.

Bagi saya, faktor utama menjadi penyanyi adalah bakat. Bkat sememanangnya menjadi kriteria
terpenting untuk memilih juara program realiti seperti program Akademi Fantasia.

Selepas ada bakat barulah faktor lain dinilai. Jadi, sekiranya memiliki rupa dan bakat , itulah yang
terbaik.
3 bulan 1 minggu yang lalu 2 komen

Alhamdulillah...syukur
Baru-baru ini, ketika sambutan Maulidur Rasul, saya rasa bersyukur sangat.
Saya berasa terharu dan bangga atas penganugerahan anugerah pada majlis
Maulidul Rasul . Bagi saya, ia adalah satu tanggungjawab yang besar.Malah,
saya menganggapnya sebagai satu suntikan semangat untuk terus saya
berusaha dengan lebih gigih. Ia juga mendorong saya berasazam agar
mengembalikan keagungan Islam lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan
aeroangkasa.Insya-Allah.
3 bulan 1 minggu yang lalu 2 komen

Yakin & Kuatkan Mental Kunci Kejayaan

Setiap insan pasti inginkan kejayaan dalam hidup. Setiap kejayaan perlu diserapkan nila-nilai
murni yang mempunyai kesungguhan.

Bagi saya dengan sekadar impian tidak mencukupi. Jadi, bagi sesiapa saja yang inginkan
kejayaan, anda haruslah tanamkan sikap rajin berusaha dengan gigih dan jangan sekali
mengaku kalah.

Walaubagaimanapun, jika anda menemui jalan kegagalan tidak bermakna anda tak boleh
berjaya. Ingat! Jika gagal sekali tetapi harus terus berusaha.

Kaji dan pelajari dari kesilapan sebelum ini. Akhir sekali, jangan sesekali sangsi atas kemampuan
diri sendiri. Percayalah diri sendiri.

Insya-Allah impian kejayaan mampu menjadi kenyataan.

Wassalamulaikum....

3 bulan 2 minggu yang lalu 4 komen

Ingin Membantu Anak Saudara


Ingin Membantu Anak Saudara Buku My Journey To Space diterbitkan sempena
mengenang jasa arwah adik saya Ajil yang menulis diari sepanjang perjalanan ke
angkasa. Sebenarnya, tujuan arwah menulis buku in adalah untuk memberi
kejutan kepada saya. Namun, ia memang kejutan bagi saya kerana tidak dapat
berjumpanya lagi selepas pulang ke tanahair. Apabila saya memijakkan kaki ke
biliknya, perasan hiba dan terkejut yang amat sangat kerana melihat gambar
saya tergantung sana-sini di sekeliling ruang bilik arwah. Saya yang sebenarnya
yang mengambil risiko tinggi ke angkasa tetapi dia yang meninggalkan saya
tanpa ucap selamat tinggal. Walau bagaimanapun, saya terima ketentuan Illahi.
Sudah tiba masanya. Tuhan lebih menyayangi beliau. Sekali pun buku ini
diterbitkan untuk berkongsi pengalaman, tujuan buku ini di pasaran sebagai
derma ikhlas untuk 2 anak-anaknya agar ianya sedikit sebanyak membantu
kewangan keluarga arwah. Hasil jualan tersebut akan diberikan kepada
keluarganya yang memerlukan bantuan. Jadi hulurkan bantuan dengan membeli
buku ini di MPH book stores nationwide. Terima kasih di atas sokongan.
3 bulan 2 minggu yang lalu 2 komen

LIMA day 3 101