Anda di halaman 1dari 4

Fail Pengurusan SMPK Vokasional Indahpura 2011________________________________________

PENGENALAN

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya, Johor


adalah Sekolah Menengah Pendidikan Khas yang ke-32 ditubuhkan dan tersenarai di
bawah pengurusan Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Hasil daripada persefahaman dan kerja erat antara JPK,KPM, JPN
Johor dan PPD Kulaijaya. Pembukaan SMPK Vokasional Indahpura bertujuan untuk
menjana dan meningkatkan serta membuka peluang yang luas kepada lebih ramai
murid berkeperluan khas untuk mendapat pendidikan dan latihan khusus dalam
bidang vokasional dan kemahiran.

SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya adalah yang pertama melaksanakan


konsep 3 dalam 1, di mana ianya menggabungkan 3 kategori murid berkeperluan
khas iaitu kategori penglihatan, pendengaran dan pembelajaran di sebuah premis
yang sama. Murid yang diterima masuk adalah murid terdiri daripada murid lepasan
PMR atau tamat tingkatan 3 (pembelajaran).

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

Pada bulan November 2002, Tuan Haji Nordin bin Awang Mad (mantan TKP)
telah mengadakan lawatan ke SMK Indahpura 2 dan SK Indahpura 3, kedua-dua
sekolah ini berada bersebelahan. Hasil lawatan tersebut beliau dan mantan
pengarah JPNJ bersetuju mengambil kedua-dua premis tersebut untuk dijadikan
SMPK Vokasional Indahpura iaitu sekolah pendidikan khas yang pertama
berkonsepkan 3 dalam 1. Kerja ubahsuai dilakukan yang mana SMK Indahpura 2
dijadikan sekolah manakala SK Indahpura 3 dijadikan asrama.

Mula beroperasi pada 22 Mac 2004 menumpang di Sekolah Kebangsaan


Pendidikan Khas Johor Bahru yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai,
Johor Bharu kerana kerja-kerja pengubahsuaian tidak dapat disiapkan pada masa
yang dirancang. Pada 27 Julai 2004, bangunan sekolah telah diserah kepada
Kementerian Pelajaran Malaysia/ Bahagian Pendidikan Khas. Pejabat Sekolah mula
beroperasi pada 22 Ogos 2004 dan murid mula belajar di premis ini mulai 30 Ogos
2004 dengan berulang-alik dari Kulai ke SKPK Johor Bharu.

SMPK Vokasional Indahpura juga telah dianugerahkan Sekolah Kluster


Kecemerlangan pada tahun 2009.

______________________________________________________Profil SMPK Vokasional Indahpura


Fail Pengurusan SMPK Vokasional Indahpura 2011________________________________________

VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

MISI SEKOLAH
Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

KOD SEKOLAH
JEA8014

BUDAYA SEKOLAH

 Menepati masa
 Berakhlak mulia
 Bermuafakat
 Budaya kerja cemerlang
 Budaya kerja beretika
 Sikap penyayang
 Bekerja keras tanpa putus asa

FALSAFAH SEKOLAH

Pendidikan di SMPK Vokasional Indahpura ialah satu usaha ke arah memupuk dan
mengembangkan bakat dan kebolehan murid secara menyeluruh di samping
memberikan pendidikan yang sempurna serta menanam nilai-nilai murni ke arah
melahirkan murid yang berilmu, berketrampilan dan berdikari serta berbakti kepada
masyarakat dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH

Bagi merealisasikan Visi dan Misi sekolah, kami beriltizam :

 Melahirkan murid yang berilmu,berkemahiran,berdikari dan


berakhlak mulia.

______________________________________________________Profil SMPK Vokasional Indahpura


Fail Pengurusan SMPK Vokasional Indahpura 2011________________________________________

 Mewujudkan sekolah dan asrama yang berteknologi maklumat serta


persekitaran pendidikan yang kondusif.
 Mempunyai guru dan staf sokongan yang berkualiti tinggi dari aspek
keilmuan,kemahiran dan sikap.
 Mengamalkan budaya kerja cemerlang.
 Membina hubungan baik dengan komuniti.

PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SMPK Vokasional Indahpura dengan penuh tekad dan iltizam untuk
berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :

 Memberikan pendidikan terbaik berasaskan budaya ilmu bagi memenuhi


kehendak individu,masyarakat dan negara serta memenuhi matlamat
perpaduan negara.
 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang cekap, berkesan,
canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembeharuan yang berterusan.
 Menjadi guru dan staf yang dedikasi, komited, professional, berdisplin,
bertanggungjawab dan produktif.
 Memastikan sekolah sentiasa peka dan responsif kepada kehendak dan
keperluan pelanggan.
 Memberikan layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan tindakan segera
kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan kami.
 Bersedia menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran yang membina
dari semua pihak dalam usaha mempertingkatkan prestasi dan
kecemerlangan pendidikan.

______________________________________________________Profil SMPK Vokasional Indahpura


Fail Pengurusan SMPK Vokasional Indahpura 2011________________________________________

PENGERTIAN MOTO DAN LOGO SEKOLAH

BERILMU, BERKETERAMPILAN, BERDIKARI adalah motto


bagi SMPK VOKASIONAL INDAHPURA dengan dwi tafsiran
bahawa ilmu amat penting dalam proses membina
ketrampilan diri yang menarik sejajar dengan perubahan
akibat globalisasi serta modenisasi dan kecanggihan
teknologi maklumat.

Manakala berketrampilan merupakan mercu


kecemerlangan hasil dari kesungguhan yang dipupuk
menerusi ilmu dan penerapan ketrampilan diri yang baik. Berbekalkan ilmu yang
mencukupi ia menjadikan seseorang itu dihormati dan disanjung oleh masyarakat.
Berbekalkan ilmu kemahiran, kegiatan dan disiplin menjamin kejayaan dalam
membentuk tingkahlaku murid yang mampu berdikari.

PENGERTIAN LAMBANG

• Logo berbentuk Perisai – Melambangkan bahawa murid-


murid sanggup berjuang, mempunyai semangat yang kental dan gigih untuk
mencapai kejayaan.
• Buku terbuka – Melambangkan mata pelajaran akademik
yang dititik beratkan bersama-sama kursus kemahiran
• CD – Melambangkan penguasaan bidang teknologi dan IT
untuk menguasai ilmu dan kemahiran secara global.
• Lakaran corak – Melambangkan kursus vokasional
bertemakan ’Performance Arts’.
PENGERTIAN WARNA

• Ungu – Warna korporat (usahawan), pelajar berkemahiran bakal menjadi


usahawan.
• Biru – Melambangkan perjuangan dan usaha yang gigih.
• Kuning – Melambangkan taat setia kepada agama, raja, dan negara.
• Putih – Melambangkan keikhlasan dalam proses mencapai obkjektif, misi dan
visi sekolah iaitu ’BERILMU, BERKETERAMPILAN dan BERDIKARI’

______________________________________________________Profil SMPK Vokasional Indahpura

Anda mungkin juga menyukai