Anda di halaman 1dari 5

TAZKIRAH RAMADHAN 1 : HIKMAH IBADAH RAMADHAN

Rasullullah SAW pernah bersabda dalam hadis yang bermaksud:

“Ramai orang berpuasa, tetapi mereka tidak memperoleh apa-apa(pahala) daripada puasa itu,
melainkan lapar dan dahaga.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim)

1) Ramadhan merupakan penghulu bulan dan bulan latihan ibadah.


2) Peluang untuk menginsafi dan memohon keampunan Allah.
3) Ganjaran pahala yang berganda.
4) Melatih diri mengekang hawa nafsu yang sentiasa mendorong melakukan perkara
dimurkai.
5) Limpahan rahmat dan kemurahan rezeki daripada Allah.

Peristiwa Yang berlaku dalam bulan Ramadhan.

1) Pada perang badar, menyaksikan hanya 313 orang pejuang islam dapat menewaskan
seramai 1000 orang tentera musuh. Penaklukan Makkah, kemenangan pada Perang Salib
dan menentang tentera tartar.

Tazkirah Ramadhan 2 : HIKMAH IBADAH RAMADHAN

“Sesiapa yang beribadah pada Lailaturqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan
keredaan Allah nescaya akan diampuni segal dosanya yang lalu.” (Riwayat Bukhari dan
Muslim)

 Puasa bukan bermaksud untuk penyeksaan tetapi didasari oleh falsafah ‘Ubudiyyah’
(Ketaatan dan Pengabdian diri) kepada Allah.
 Puasa mempunyai nilai kesihatan,pendidikan,disiplin dan keinsafan. Ia bukan hanya
menahan lapar dan dahaga semata-mata.
 Ramadhan membawa nilai pendidikan yang sangat besar iaitu pendidikan akhlak dan
rohani.
 Puasa melatih sifat sabar dan mujahadah melawan hawa nafsu.
 Semasa puasa, kita akan berasa lapar,penat,letih,namun jika kita hayati, dengan penuh
keinsafan tentu kita akan sabar dan bersyukur kepada Allah.
 Realiti hari ini, keghairahan beramal ibadah hanya dirasai pada awal ramadhan.
 Contohnya, Lagu raya kedengaran di radio dan televisyen.
 apabila tiba sepuluh malam terakhir, Rasullullah SAW mengejutkan keluarga untuk
melakukan amal ibadah dan mengharapkan pertemuan dengan malam lailatul Qadar.
 Contoh amalan,solat tahajut,witir,tilawah al-Quran,berzikir, berdoa dan beriktikaf.
TAZKIRAH RAMADHAN 3: PERSEDIAN SEBELUM RAMADHAN DAN SEMASA
RAMADHAN

Sebelum Kedatangan Ramadhan, Rasullullah SAW pernah menyarankan agar umat Islam
mengalu-alukan kedatangan Ramdahan dengan penuh kegembiraan dan kecerian seperti
sabda baginda dalam satu hadis yang panjang bermaksud:
“ Wahai sekalian manusia, kalian telah dinaungi oleh bulan yang agung, bulan yang
diberkati, bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu
bulan. Allah menjadikan puasa pada bulan itu sebagai fardu dan bangun malamnya
merupakan ibadah sunnah. Sesiapa mendekatkan diri pada bulan itu dengan satu
kebaikan, maka ia bagaikan telah mengerjakan suatu kewajipan. Bulan ramadhan adalah
bulan kesabaran, sedangkan sabar balasannya adalah syurga, ( bulan Ramadhan ) juga
bulan yang lapang, bulan yang diluaskan rezeki bagi orang yang berpuasa, maka hal itu
menjadi penebus dosanya, membebaskannya daripada api neraka dan baginya pahala
seperti orang yang berbuka itu tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang tersebut.

Persoalan:
 Sudahkan kita bersedia menerima kehadiran ramadhan?
 Apakah kehadiran bulan mulia itu kita sambut seperti tahun-tahun sebelumnya
yang ada kalanya kita benar-benar beribadat kepada Allah SWT.
 Adakala kita memenuhi amalan kerana ia bulan ramadhan?
 Apakah kita akan meninggikan kalimah Allah SWT di dalamnya?
 Apakah kita akan beramar makruf nahi mungkar ? ataupun kita biarkan ramadhan
datang dan pergi begitu sahaja seakan akan sebagai suatu yang asing?
 Jika begitu, erti ramadhan tidak membawa sebarang makna kepada kita.
 Persiapan menyambut ramadhan ialah berdoa, berpuasa sunat bulan syaaban
 Caranya ialah benambahkan ilmu,

Tazkirah Ramadhan keempat:

“Ramai orang berpuasa tetapi bahagiannya daripadanya tidak puasa itu hanya lapar dan dahaga.”
Hadis Riwayat Ahmad dan Hakim.

Imam Al-Ghazali dalam bukunya bimbingan mukminin menyenaraian 6 perkara yang perlu
dijaga dan diketahui oleh orang –orang yang berpuasa. Antaranya:

 Perlu menjaga dan mengelakkan mata daripada melihat perkara yang melalaikan ingatan
kepada Allah SWT.

Tambahan pula, Rasullullah SAW ada berpesan dalam sabdanya bermaksud:


“Puasa itu bukan hanya menahan diri daripada makan dan minum tetapi berpuasa daripada
perkara yang sia-sia dan kotor.” Hadis Riwayat Bukhari.

Tazkirah Ramadhan kelima: Adab-Adab Ibadat Puasa.

Bersahur untuk berpuasa termasuk sunnah Rasullullah SAW, Sabda Baginda Rasullullah SAW
yang bermaksud:

“Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat.” Hadis Riwayat Bukhari
dan Muslim.

Hikmah bersahur:

 Sebagai alas perut yang disimpan oleh orang yang berpuasa supaya tidak lapar.
 Dorongan supaya bangun lebih awal menghidupkan malam Ramadhan dengan zikir, doa
dan ibadat lain sebelum menjamah makan sahur. Mengantuk dan letih tidak boleh
dijadikan alasan.
 Dapat membantu menguatkan badan orang yang berpuasa.
 Merupakan amalan sunat yang berkat.
 Membezakan puasa ahli kitab dengan puasa orang Islam.
 Waktu mustajab berdoa.

Tazkirah Ramadhan keenam: Adab-Adab Ibadat Puasa.

Imam AHMAD meriwayatkan bahawa Rasullullah SAW bersabda bermaksud:

“Sentiasa umatku dalam kebaikan selam mereka mahu bersegera berbuka puasa dan mengakhiri
makan sahurnya, Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu subuh.
Berkaitan dengan perkara ini, Zaid bin Thaqif pernah berkata,: “Kami pernah bersahur bersama
nabi kemudain kami bangun untuk melakukan solat (Subuh)

Imam Al-Ghazali dalam bukunya bimbingan mukminin menyenaraian 6 perkara yang perlu
dijaga dan diketahui oleh orang –orang yang berpuasa. Antaranya:

 Memejamkan matadan menahan daripada meluaskan pandangan terhadap segala perkara


tercela dan yang agama larang serta menahan diri daripada perbuatan yang mengganggu
hati seperti melalaikan daripada berzikir mengingati Allah.
 Memelihara lidah daripada bercakap kosong, bohong, mencaci , mencaci maki,
menimbulkan permusuhan dan riak.
 Memelihara pendengaran daripada perkara daripada perkara yang dilarang kerana setiap
yang haram diucapkan, haram pula mendengarnya.
 Memelihara seluruh anggota lain daripada melakukan dosa seperti tangan dan kaki.
Selain itu, kita juga perlu menahan perut daripada lapar dan dahaga tetapi bila berbuka
memakan makanan yang haram.
 Tidak Membanyakkan makan waktu berbuka sekalipun daripada makanan yang halal
sehingga perut terlalu kenyang.
 Tazkirah Ramadhan keenam: Adab-Adab Ibadat Puasa.

Takzirah Ramadhan ketujuh: Adab-adab berpuasa

Rasullullah SAW pernah menceritakan mengenai salah seorang daripada sahabatnya yang
termasuk antara penghuni syurga. Ketika sahabat itu ditanya mengapa dia masuk syurga, sahabat
itu menjawab,”Saya tidak tidur sementara dalam hati saya adaa dengki, iri hati atau khianat
terhadao seorang Muslim. “ Demikianlah hebatnya peranan hati yang menjadi penentu
kehidupan seseorang. Hati seorang sahabat yang mulia, ia kan berpuasa sama ada pada bulan
ramadhan atau bulan lain daripada ssebarang keburukan.

 Puasa hati aadalah dengan mengosongkannya daripada perkara-perkara berbentuk syirik


yang merosakkan iman, keyakinan kepada perkara yang batil, terpengaruh dengan bisikan
jahat, niat busuk dan fikiran yang keji. Cara mengatasinya, mendengar ayat-ayat
AllahSWT tambahkan keimanan.

Allah SWT berfirman di dalam surah An-Nisa : 54

“Apakah mereka dengki kepada manusia lantaran kurnia yang telah Allah berikan kepada
manusia?”

Allah SWT berfirman dalam surah at-taghabun : 11

Barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Dia akan member petunjuk kepada hatinya.

Tazkirah Ramadhan Kelapan; Adab-Adab Berpuasa:

Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barang siapa yang memberikan makanan berbuka seseorang yang berpuasa adalah yang
demikinan itu, adalah pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya daripada neraka.
Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa
sedikit pun kekurangan.” Ya Rasullullah, tidaklah semua kami memiliki makanan berbuka puasa
untuk orang lain yang berpuasa.” Maka Rasullullah SAW bersabda, “ Allah memberikan pahala
kepada orang yang member sebutir kurma atau seteguk air atau sehirup susu.”

 Puasa melahirkan kesatuan umat.


 Selama sebulan umat Islam bersatu dalam amalan bersahur dan berbuka. Lidah pun
seragam dalam bertakbir, bertasbih dan bertahmid sehingga tercegah daripada kata-kata
buruk dan menyakiti orang lain.
 Menjauhi perkara keji dan mungkar.
 mengisi hati dengan kasih saying sesame hamba Allah SWT
 Sentiasa baik danbersih lahir batin
 Kita juga diajar erti sabar menghadapi segala kesulitan hidup.

Anda mungkin juga menyukai