Anda di halaman 1dari 2

c c


Y
Lagenda Sandakan bermula beberapa tahun sebelum Pryer. Kampung German yang dijadikan oleh
Kaptain William Schuck berbangsa Jerman sebagai pangkalan perniagaan merupakan penempatan
pertama, walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa orang Sulu yang menetap di sekitar laut
berdekatan. Apabila Kaptain William Schuck mendapat sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam
Clarke Cowie, seorang pedagang dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini
menjadi pusat perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga dari
Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German. Y

Pada masa yang sama Baron de Overbeck telah berjaya mendapatkan konsesi sebahagian wilayah
Sandakan setelah bertemu dengan Sultan Sulu yang bernama Sultan Jamal Ui Alam. Keluasan ini
bermula dari Sungai Sibuco (Sg. Sibuga) sehinggalah wilayah Sungai Padasan kira-kira 20,000 batu
persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron de Overbeck akan membayar sebanyak $5,000 setiap
tahun. Serentak itu juga, Baron de Overbeck diisytiharkan sebagai Dato Bendahara serta Raja Sandakan
berkuatkuasa pada 1878. YY

Untuk mentadbir wilayah yang dimilikinya, de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran dan pengurusan
kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya. Antara orang yang
dipercayainya ialah William Burgess Pryer. Bandar Sandakan mula berkembang apabila ia di tadbir oleh
William B. Pryer pada 21 Jun 1879.Y

Y
Apabila Pryer tiba di Kampung German dalam 1878, tugas pentadbirannya yang pertama
adalah memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan
bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan. Rundingan terpaksa di buat
bersama dengan pemimpin suku di kawasan tersebut. Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai
perdagangan telah diperkenalkan untuk keseragaman. Pembaharuan ini mendapat sokongan dan
bantahan dari beberapa suku kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini
walaupun berlakunya Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau
Laut telah menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan berdagang. Y

Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Kemajuan,
kestabilan perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang asing seperti
pedagang Cina serta suku kaum di Kepulauan Filipina. YY

Pryer juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan. Kawasan


ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong merupakan bahan mentah
yang terkenal. Y

Dalam kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang
penduduk Kampung bernama "Sabtu". Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh kampung
termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan Pryer dan penduduk Kampung berpindah
ke satu kawasan baru yang terletak di muara teluk pada £ £  Kawasan ini dikenali sebagai Buli
Sim-Sim 

  . YY

Pryer telah menamakan tempat ini µElopura¶ yang bermaksud ³Bandar yang Indah´. Pryer menebang
pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim
ketika itu merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau. Y

Menjelang tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang di bina sebahagiannya di
atas air. Jambatan-jambatan yang tidak berapa teguh di perbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan
raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan
jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau, Cina, Sulu dan
lain-lain. Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan 3,000 pelbagai Cina. Y

Oleh itu, William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal bandar Sandakan
dengan penyediaan asas-asas polisi pentadbiran untuk diteruskan oleh pemimpin lain. Beliau meletakkan
jawatan pada tahun 1890 dan secara langsung tidak lagi menjadi pengerusi ³British North Borneo
Development Corporation´.Y