Anda di halaman 1dari 14

Akta Kerja 1955 (Pindaan 1960)

• mengandungi peruntukan bagi melindungi para pekerja dpd


eksploitasi. Jabatan Buruh akan menjalankan tanggungjawab
melaksanakan Akta ini.
• Jabatan Buruh bertindak sebagai mahkamah buruh bagi
menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh pekerja.
• Akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia.

• Tuntutan yg berasaskan peruntukan akta adalah seperti berikut


a) Hak terhadap hari rehat
Setiap pekerja mesti diberi satu hari rehat penuh dalam
seminggu oleh majikan.
b) Hak terhadap tempoh waktu bekerja
pekerja tidak boleh disuruh bekerja selama lima jam berturut-
turut tanpa diberi rehat selama tidak kurang dpd 30 minit.
Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih dpd 8 jam sehari
dan 48 jam seminggu.

c) Hak terhadap hari kelepasan


setiap pekerja berhak mendapat cuti umum berbayar terhadap
10 hari kelepasan. Empat hari cuti umum perlu diberikan.

d) Hak terhadap kerja lebih masa


seseorang pekerja dikatakan bekerja lebih masa jika ia bekerja
melebihi tempoh masa bekerja mengikut peruntukan undang-
undang. Oleh itu pekerja berhak mendapat kadar bayaran lebih
11/2 kali ganda kadar upah mengikut jam.
e) Hak terhadap cuti tahunan
bilangan hari cuti tahunan yg diberikan kpd seseorang pekerja
bergantung pada tempoh perkhidmatan pekerja tersebut.
i) 8 hari bg pekerja yg bekerja kurang dpd 2 tahun
ii) 12 hari bagi pekerja yg berkhidmat antara 2 tahun hingga 5
tahun.
iii) 16 hari bagi pekerja yg berkhidmat lebih dpd 5 tahun

f) Hak mendapat cuti sakit


mana-mana pekerja bercuti kerana sakit akan mendapat cuti
sakit berbayar dengan syarat pekerja berkenaan mendapat
pengesahan dpd pengamal perubatan berdaftar yg dilantik
oleh majikan
• Kumpulan pekerja yg dilindungi di bawah Akta Kerja ini ialah :
a) Pekerja yg menerima gaji tidak melebihi RM 1500 sebulan
b) Pekerja buruh kasar
c) Pekerja yg terlibat dalam kerja penyelenggaraan kenderaan

utk tujuan pengangkutan.


d) Pekerja yg menyelia buruh dan orang gaji yg tergolong
sebagai buruh kasar.
e) Pekerja yg bekerja sebagai pembantu rumah.
f) Pekerja yg diambil bekerja dalam bidang perkapalan yg
berdaftar di Malaysia.
• Mengikut Akta kerja, penamatan kontrak perkhidmatan
seseorang pekerja boleh dilakukan melalui cara berikut :

a) Penamatan melalui notis


- Notis selama empat minggu akan diberi jika pekerja telah
berkhidmat kurang dpd dua tahun.
- Notis selama enam minggu akan diberi jika pekerja telah
berkhidmat antara dua tahun hingga lima tahun.
- Notis selama lapan minggu akan diberi jika pekerja telah
berkhidmat melebihi lima tahun.
b) Penamatan tanpa notis
- majikan boleh berbuat demikian dengan syarat membayar
ganti rugi kpd pekerja sebagai pampasan.
- majikan boleh memecatkan seseorang pekerja tanpa
memberi notis jika pekerja telah melakukan perbuatan
salah laku.
Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980 )
• Bertujuan memelihara keharmonian perhubungan antara
majikan dengan pekerja (Kesatuan sekerja).
• Mengandungi akta seperti perundingan kolektif, perbalahan dan
tindakan perindustrian serta kuasa mahkamah Perusahaan.
• Diwujudkan utk
- mengadakan peraturan mengenai perhubungan antara
majikan dengan pekerja dan kesatuan sekerja
- menyelesaikan dan mencegah pertikaian serta perbezaan
dalam perhubungan antara mereka.
.
Hak dan Kewajipan Majikan, Pekerja dan Kesatuan Sekerja
• Pekerja dan majikan dibenarkan di bawah undang-undang utk
menubuhkan atau memasuki kesatuan sekerja.
• Kesatuan sekerja majikan dilarang melakukan perkara berikut :
- Tidak boleh menghalang pihak-pihak tertentu dpd memasuki
kesatuan sekerja.
- Tidak boleh menolak mana-mana individu yg ingin bekerja
atas alasan individu itu bukan ahli kesatuan sekerja.
- Tidak boleh mendiskriminasi mana-mana indidvidu atas
alasan indidvidu tersebut bukan ahli kesatuan sekerja.
- Mempengaruhi seseorang indidvidu berhenti menjadi ahli
kesatuan sekerja dengan membuat tawaran atau memberi
faedah kpd indidvidu tersebut.
• Kesatuan sekerja pekerja dilarang melakukan perkara yg
berikut :
- Tidak boleh memujuk mana-mana pekerja supaya memasuki
atau tidak memasuki kesatuan sekerja.
- Tidak boleh mengancam seorang pekerja ekoran
penglibatannya dalam kesatuan sekerja.
- Tidak boleh mempengaruhi penglibatan seseorang pekerja
dalam kesatuan sekerja dengan menawarkan faedah kpdnya.
Perundingan Kolektif dan Perjanjian Kolektif
• Merujuk kpd perundingan utk mewujudkan perjanjian kolektif
antara majikan dengan kesatuan sekerja berkenaan dengan
syarat-syarat pekerjaan dan perhubungan perusahaan.
• Langkah-langkah yg terlibat :
- Majikan memberi pengiktirafan kpd kesatuan sekerja
- Mana-mana pihak boleh membuat pelawaan secara bertulis
utk mengadakan perundingan.
-Majikan atau kesatuan sekerja menyatakan persetujuan
mereka mengadakan perundingan dalam tempoh 14 hari
selepas tarikh penerimaan pelawaan.
-Perundingan kolektif diadakan dalam tempoh 30 hari selepas
persetujuan diberi.
- Jika tiada persetujuan diperoleh utk mengadakan
perundingan dalam tempoh 14 hari, pihak yg membuat
pelawaan boleh memberitahu Ketua Pengarah Buruh
mempunyai kuasa utk mengarahkan pihak-pihak berkenaan
memulakan perundingan kolektif.
- Jika pihak berkenaan masih enggan memulakan perundingan,
pertikaian perdagangan dianggap telah wujud.
- Perjanjian kolektif yg telah ditandatangani diserahkan kpd
pendaftar mahkamah dalam masa satu bulan bg
mendapatkkan perakuan undang-undang.
Pertikaian Perdagangan atau Perindustrian
• Merujuk kpd pertikaian yg wujud antara majikan dengan pekerja
berhubung dengan aspek pekerjaan atau bukan pekerjaan atau
syarat atau peraturan dalam pekerjaan.
• Contoh tindakan perusahaan :
- Pikat
satu tindakan yg dijalankan secara aman bagi memujuk dan
mendorong mana-mana pekerja supaya bekerja atau berhenti
bekerja buat sementara.
tindakan pikat ini harus dilakukan diluar waktu bekerja.
- Mogok
tindakan memberhentikan kerja oleh sekumpulan pekerja.
biasanya bertujuan memberi tekanan kpd majikan agar
memenuhi segala tuntutan mereka.
- Sekatan masuk kerja
penutupan tempat kerja, penggantungan kerja atau keengganan
majikan mengambil sebilangan pekerja utk bekerja dengannya
sehingga pertikaian antara mereka diselesaikan.
Latihan
3(a) Merujuk kepda Akta Pekerjaan, 1955 (Pindaan 1980),
(i) huraikan enam hak pekerja yg mesti dipatuhi oleh
majikan,
(ii) jelaskan kategori pekerja yg dilindungi oleh akta di atas.
[12]
1(a) Nyatakan dua tujuan Akta Perhubungan Industri 1967
(Pindaan 1980) diwujudkan. [2]

1(b) Terangkan maksud perundingan kolektif dan perjanjian


kolektif mengikut Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan
1980). [2]
3 (a) Terangkan tiga tindakan yg dibenarkan bagi menyelesaikan
pertikaian perdagangan antara pekerja dengan majikan
mengikut Akta Perhubungan Industri 1967 (Pindaan 1980)
[6]

Anda mungkin juga menyukai