Anda di halaman 1dari 12

http://prosacksblog.blogspot.

com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

TEORI PASCAMODENISME DALAM SISTEM


PENDIDIKAN DAN IMPAKNYA TERHADAP
SEKOLAH

PENGENALAN
Pemikiran pascamodenism merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di barat
dalam arus modenisasi. Aliran pemikiran ini bermula sekitar tahun 1930-an dengan
kemunculan seorang pengarang Belanda yang bernama Federio De Onis dalam
penulisannya Antologia De La Poesia Espanola A Hispanoamericana pada tahun 1934
(Featherstone, 1998:202). Para sarjana berpendapat bahawa aliran pemikiran ini
muncul atau ditandai dengan zaman enlightenment di Eropah yang mana pada masa
itu masyarakat Eropah mula sedar akan kepentingan ilmu pengetahuan dan pada masa
itu juga wujudnya revolusi perindustrian yang menyebabkan pelbagai perubahan yang
menjadi persoalan. Selepas itu, muncul pula beberapa pemikir-pemikir barat yang lain
misalnya Jean Francois Lyotard, Micheal Foucault, Jacques Derida, Habermas dan
Jean Baudrillard1. Pascamoden adalah satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan
namun,pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya
pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan, dan
kesusasteraan.

DEFINISI PASCAMODEN
1
Aminuddin Ruskam al- Dawamy (2004). Pascamoden: Perbincangan isu sosial. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia. (m/s 1)
1
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Menurut Kamus Dewan (1994:914) pasca bermaksud selepas, sesudah atau


setelah.Moden pula bermaksud dari masa sekaran, berkaitan dengan masa kini, yang
terbaru, cara(kaedah) baru dan mutakhir.

Drs Sidi Gazalba(1973) mendefinisikan moden sebagai pembaharuan, iaitu yang


lama ditinggalkan, melangkah kepada yang baru atau peristiwa yang mengandungi
gerak dan membawa hakikat perubahan. Modenisasi merangkumi dua dimensi yang
luas. Pertama, perkembangan struktur sosial yang ditandai dengan perbezaan,
diversifikasi dan pemisah di mana berlakunya perubahan umum system sosial dan
integrasinya kembali di sekitar suatu matrik dari struktur-struktur yang berbeza. Kedua,
modenisasi meliputi perkembangan struktur kelembagaan untuk menangani perubahan
terus menerus dan kelangsungan modenisasi termasuk rangkaian nilai, sikap, aspirasi
dan tujuan yang tersusun(Calvin Glodscheider, 1971:141).

Menurut Zakaria Stapa (1999:144), pascamoden ialah fahaman yang bersifat


antiagama dan anti Tuhan kerana pascamoden ialah lanjutan edisi baru kepada
fahaman sekularisme Barat moden. Jika difahami dengan lebih ekstrem lagi, Shahrom
T.M. Sulaiman(1999:165) merumuskan bahawa pascamoden ialah budaya kemodenan.
Manakala Encyclopedia of Cultural Anthropology(1996) menyatakan;
‘Pascamoden ditakrifkan sebagai satu gerakan hati dari pelbagai sistem atau
falsafah, bermula dalam reka bentuk dan falsafah-estetik.’

Tokoh pascamoden Jean Francois Lyotard dalam tulisannya The Postmodern


Condition menyatakan tiada kebenaran terhadap metanaratif yang akhirnya membawa
kepada penafian terhadap wahyu dan berubah kepada pandangan dunia yang
berasaskan sains semata-mata. Menurut Jencks, C.H(1995:478) pascamoden
ditakrifkan sebagai;
’Satu daripada anjakan utama ke arah dunia pascamoden ialah berlakunya perubahan
dalam epistemologi, kefahaman terhadap pengetahuan itu berkembang dan dikaitkan
dengan anggapan- anggapan lain’2

Falsafah postmodern ini telah membentuk beberapa pendekatan untuk


mengkritik barat seperti green approach dan feminisme. Istilah postmodernism turut
digunakan dalam keadaan yang agak negatif untuk menerangkan perlakuan,
kadangkala dalam sesuatu fahaman yang umum. Ia juga kadangkala digunakan untuk

2
Aminuddin Ruskam al- Dawamy (2004). Pascamoden: Perbincangan isu sosial. Johor: Universiti
Teknologi Malaysia(m/s 5-6)
2
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

menjelaskan perubahan sosial yang berlaku yang mempunyai perkaitan dengan prinsip
moral.

PANDANGAN YANG DIKETENGAHKAN OLEH


PASCAMODENISME DALAM PENDIDIKAN
Kemunculan pascamoden mula dirasai dalam ilmu sosial pada penghujung tahun
70-an(25 tahun lepas) dan pertengahan 80-an(mencapai teori internasional). Apa yang
paling susah dalam pascamoden adalah dalam memahami makna atau definisi sebenar
pascamoden itu sendiri. Ini kerana terdapat beberapa teori-teori yang berbeza dalam
pelbagai aliran. Salah satu definisi yang boleh digunakan adalah pendefinisian yang
diberikan oleh Jean Francois Lyotard:
“simplifying to the extreme, I define postmodern as incredulity towards
metanarrative”3.

Secara ringkasnya, maksud lainnya Jean Francois Lyotard menerangkan


pascamoden sebagai teori yang bersikap skepticism; ‘metanarrative’ yang
mana bermaksud mana-mana teori yang mendesak atau menuntut sesuatu perlu ada
asas pembentukan atau dasar alasan yang jelas untuk mewujudkan sesuatu tuntutan-
tuntutan pengetahuan dan perlunya penyertaan asas epistemology. 4

Terdapat beberapa tema yang diketengahkan dalam pascamoden. Antaranya


adalah; hubungan antara kuasa dan ilmu pengetahuan-the power-knowledge,
performance nature of identity,dan various textual strategies used by postmodern
thinkers.5

Power-knowledge
Tema ini diperkenalkan oleh Micheal Foucault. Menurut para sarja pascamodenisme,
terdapat hubungan erat antara kuasa dan pengetahuan. Bagi mereka, sesuatu idea itu

3
John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International
Relations. New York: Oxford university press. (m/s 285)
4
Jean-FrancoisLyotard(1979) The Postmodern Condition A Report on Knowledge retrieved October 25, 2008 from
Marxist. Org website: http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/lyotard.html
5
 John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International
Relations. New York: Oxford university press. (m/s 285-287)
3
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

boleh diterima atau akan diterima umum sebagai pengetahuan apabila ia disokong atau
diutarakan oleh kuasa atau pihak berkuasa. Pada masa yang sama, pengetahuan
diperlukan untuk menjamin kelangsungan kuasa. Ini bererti wujudnya hubungan saling
bergantungan antara keduanya. Ringkasnya, idea memerlukan kuasa untuk diterima
sebagai pengetahuan dan pengetahuan itu pula perlu untuk kelangsungan
kuasa. Hubungan ini juga merupakan ‘a key concern’ kepada teori kritikal.

Foucalt telah menentang pendapat dominan dalam rationalist theories dan


positivism yang mengatakan bahawa knowledge is immune from workings of power-
pengetahuan adalah immune daripada pengaruh kuasa. Beliau bersetuju bahawa
kuasa secara faktanya menghasilkan pengetahuan dan semua pengetahuan
memerlukan sokongan kuasa untuk menguatkan kedudukannya sebagai ilmu
pengetahuan yang diterima semua. There is no such thing as ‘truth’ existing outside of
power-tiada-‘kebenaran yang wujud tanpa kewujudan kuasa’. Foucault mempersoalkan,
how can history have a truth if truth has history?-bagaimana sejarah itu mempunyai
kebenaran jika kebenaran mempunyai sejarah? Kebenaran bukan sesuatu perkara
yang terasing kepada pembentukan sosial akan tetapi ia wujud sebagai sebahagian
daripada sejarah itu.

Bagaimana hubungan antara kuasa dan pengetahuan boleh dikaitkan dengan


pendidikan? Pendekatan yang dibuat oleh Foucault dikenali sebagai geneology, yang
mana ia untuk menukarkan apa yang telah kita percaya pada masa kini dan ia
menukarkan ia menjadi satu persoalan. Selain itu juga beliau juga turut menyatakan
bahawa segala pengetahuan sebenarnya tidak bersifat mutlak akan tetapi ia
bergantung kepada orang yang berkuasa untuk mengesahkannya.

Kesimpulannya, apa yang selama ini dianggap benar itu adalah bersifat relative
bukannya berbentuk mutlak. Konsep yang sedia perlu dipertikaikan dan dipersoalkan
kebenarannya dan kesahihannya. Misalnya dalam aspek pembajaran contohnya,
seseorang pelajar tidak akan menerima sesuatu pengetahuan dengan mudah daripada
kawannya tetapi dapat menerima dengan mudah apa yang di beritahu oleh orang yang
lebih tinggi kuasa daripada mereka seperti ibu bapa dan guru. Dalam keadaan ini, guru
bersifat authority dimana segala apa yang disampaikan oleh guru adalah betul dan
tepat.

Natural of Identity
Tema kedua adalah bagaimana pascamodenisme melihat identity sebagai bukan
perkara tetap akan tetapi sebagai performative site. Satu cara untuk mendekatinya
adalah dengan membuat perbandingan dengan bagaimana identiti difahami
berdasarkan teori constructivisme pembelajaran.
4
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

David Campbell menerangkan pendekatan untuk identity melalui fahaman


seorang constructivist iaitu Alexender Wendt:
‘identity is said to come in two basic forms, one of which is “those [deemed]
intrinsic to an actor…”. As an instance of this, [wendt] claims that “being democratic… is
an intrinsic feature of theUS state relative ti the structure of the international system.” It
is not difficult to appreciate that a position that regards certain identities as ‘intrinsic,’
and includes among the[m] highly contestable concepts such as “ democracy,” is
reductionist in its representation of politic’(1998:279).6

Pada masa ini, pembahagian kelas mengikut tahap kepandaian masih


merupakan mekanisme utama diperingkat antarabangsa untuk mengidentitikan individu.
Para sarjana pascamoden mencadangkan supaya identiti individu dibuat dengan
membahagikan kepada tahap-tahap kemahiran dan kelebihan serta minta pelajar
masing-masing. Ini kerana setiap pelajar mempunyai kemahiran, kelebihan serta minta
yang berbeza-beza bagi setiap individu dan biarlah mereka sendiri yang menentukan
kelas manakah yang mereka ingini. Ini amat perlu bagi mengurangkan kebergantungan
pelajar kepada orang lain dan membolehkan mereka mengenali sendiri apa yang
mereka ingini dalam hidup mereka.

"Alam semulajadi dan Identiti dalam Perspektif Lintas Budaya akan sangat
menarik bagi pelajar dan bagi orang-orang yang berusaha pelbagai cara untuk
mengenali di mana kebudayaan manusia telah membayangkan hubungan mereka
dengan alam."7

Textual strategies
Asasnya dari apa yang dikatakan Jacques Derida (1976) mengenai cara untuk
menerangkan tentang keadaan dunia melalui konteks textual adalah world is
constituted like a text in the sense that interpreting the world reflects the concepts and
structures of language.-Dunia ini seperti teks dalam logic dalam mentafsirkan dunia
sebagai pantulan konsep-konsep dan struktur bahasa. Derrida mempunyai dua cara
untuk mendedahkan pertukaran textual iaitu melalui deconstruction dan double-reading.

6
 John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International
Relations. New York: Oxford university press. (m/s 286)
7
Anne Buttimer and Luke Wallin,Nature and Identity in Cross-Cultural Perspective, GeoJournal Library , Vol. 48,
1999, 343 p., Hardcover. 
5
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Deconstruction adalah berdasarkan idea yang kelihatan stabil dan berkonsepkan


natural dan hubungan dalam bahasa sebenarnya adalah pembinaan artificial. Mereka
mengubah hierarki dalam makna yang berbeza di mana satu tema adalah sentiasa
‘privileged’ antara yang lain. Deconstruction adalah cara untuk menunjukkan
bagaimana semua teori dan perbincangan bergantung kepada artificial stabilities yang
dihasilkan melalui sesuatu yang kelihatan objektif dan semulajadinya berbeza (seperti
public/private, good/bad, male/female, civilized/ barbarics, right/wrong). 8

Double-reading adalah cara Derrida menunjukkan kestabilan operasi melalui dua


penafsiran bagi satu teks atau keadaan atau pengetahuan. Penafsiran yang pertama
menunjukkan pengulangan terhadap pembacaan yang dominan adalah untuk
menunjukkan bagaimana ia mencapai koheren-a repetition of the dominant reading to
show how it achieves its coherence. Cara keduanya adalah melalui ketegangan
dalaman di dalam text yang terhasil daripada penggunaan yang nampak stabil secara
semulajadi. Matlamatnya bukanlah untuk mencari yang mana betul atau
memperbetulkan text yang sedia ada tetapi untuk menunjukkan bahawa terdapat lebih
daripada satu makna bagi sesuatu keadaan atau peristiwa.

Dalam aspek pendidikan, deconstruction boleh ditunjukkan melalui cara


mengaitkan setiap apa yang dipelajari dengan perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka untuk dikaitkan bagi memudahkan para pelajar memahami dan
mengingatinya dengan lebih efektif. Melalui double-reading pula adalah dengan
sentiasa mengaitkan apa perkara baru yang dipelajari dengan mengaitkan dan
mengulangi teori atau perkara-perkara yang telah lepas. Selain itu, cubalah untuk
menimbulkan persoalan untuk membolehkan mereka mencuba mencari sendiri dan
mengemukakan sendiri jawapan mengikut pandangan mereka. Kemudian, cuba kaitkan
pandangan mereka dengan teori-teori yang sebenar agar mereka dapat mengenal pasti
apa titik yang penting dalam setiap apa yang dipelajari.

IMPLIKASI PASCAMODEN DALAM PENDIDIKAN


Jelas sekali  pascamodenisme mencabar semua pendidik samada sekular atau
agama. Jika semua anak murid dan pelajar datang ke sekolah atau kolej dengan sikap
dan pemikiran pascamodenisme, kita akan berada dalam kesulitan.

8
John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An Introduction to International
Relations. New York: Oxford university press. (m/s 286)
6
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Apa yang menguntungkan adalah, untuk mengutip serpihan kaca di beberapa


pintu kereta, objek terlihat di cermin yang lebih dekat daripada yang sepatutnya kita
lihat. Pengetahuan yang dikongsi oleh warisan masa lalu, pada pemikiran biasa kita,
berkembang agak lambat. Dalam pendidikan sekarang, kita menghadapi murid dan
pelajar yang bersikap campuran daripada pra-moden, moden, dan pascamoden. Tetapi
hal ini tidak boleh menjadi alasan untuk tidak bertindak kerana dua sebab:
1. Sebagai pendidik, kita mempunyai tugas intelektual untuk terlibat dengan
pernyataan postmodern yang menyerang dasar-dasar kita.

2. Kedua, banyak dikalangan pelajar sekarang menghabiskan masa waktu


mereka dengan hidup dalam budaya elektronik yang popular yang membawa
kepada sikap pascamodernisme. Salah satu tugas kita adalah untuk
membantu pelajar untuk menafsirkan persekitaran mereka.

Salah satu pengarang pascamodern terkemuka mencadangkan bahawa


pendidikan dasar dan menengah harus fokus pada mengajar pelajar tentang budaya
yang berlaku dan pengetahuan masyarakat dan membiarkan mereka mencari dan
menemukannya sendiri kemudian membiarkan mereka sesat. Kita harus cuba untuk
berbuat lebih baik daripada itu. Kita boleh mula dengan menerima postmodernisme
dengan aspek-aspek positif kita sendiri sebagai rangka rujukan. Walaupin mereka
menafikan bahawa setiap benda bersifat universal; mereka mempromosi beberapa nilai
yang kita pegang adalah bersifat universal – tetapi perkara seperti itu boleh diabaikan.

Salah satunya ialah menghormati kepelbagaian. Panduan awal untuk


pascamodenisme secara kasarnya seperti kenyataan dibawah:

"Golongan asli lama agama Kristian, Islam dan Yahudi mempunyai masa yang
sukar berurusan dengan perbezaan-perbezaan (tetapi) ada dua tradisi besar - Buddha
dan Hindu yang boleh merangkul dan melakukan perbezaan dalam dunia kita yang
semakin pluralistik."9

Kenyataan ini seharusnya membuat Katolik malu kerana mereka telah melakukan
pekerjaan yang buruk seperti untuk mewartakan Injil Krist itu sendiri dan menyatakan
ianya adalah universal10. Dari segi pendidikan, kita harus memahami yang setiap
pelajar mempunyai tahap pemikiran yang berbeza. Oleh itu, sangat perlu untuk kita
9
John Daniel, UNESCO assistant director-general untuk pendidikan 2001-2004, United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization.
10
John Daniel, UNESCO assistant director-general untuk pendidikan 2001-2004, United Nations Educational,
Scientific and Cultural Organization.
7
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

menghormati kelebihan dan kekurangan seseorang pelajar itu. Ini amat perlu untuk
mendorong mereka untuk belajar dan tidak berasa rendah diri bagi mereka yang lemah.

Satu lagi pelajaran lain daripada postmodernisme adalah sebuah penghargaan


terhadap nilai sama daripada semua manusia. Oleh itu, sebagai pendidik, hendaklah
member layanan yang sama samada dari segi kasih sayang dan pendidikan. Perkara
seperti ini amat penting bagi menyediakan guru dan para pelajar dengan dasar yang
jelas untuk menegakkan hak asasi manusia sejagat.

Pandangan lain pascamodenisme adalah tolenrasi dan menghormati kebebasan


orang lain. Kita harus meraikan kepelbagaian, persamaan dan kebebasan orang
lain. Oleh itu, jika kita percaya tentang hak asasi manusia kerana kita semua adalah
sama pada dasarnya, kita seharusnya tidak mengenepikan idea bahawa budaya
tertentu boleh menjauhkan hak-hak asasi manusia atas nama perbezaan.

Dari sudut positif, kita sepatutnya melihat kembali beberapa qualiti nilai yang
pascamodenisme perkenalkan seperti kreativiti, emosi dan intuisi.Tetapi kita juga harus
menekankan tentang critical thinking dan intellectual rigour. Pendidik perlu mengajar
intellectual rigour dan pemahaman penuh. Heisenberg's Uncertainty Principle,
contohnya, tidak bermaksud yang semua benda dalam dunia fizikal adalah tidak tentu
atau tidak tetap.

Secara umumnya, pendidikan di dunia postmodern baru perlu diberi perhatian


khusus kepada dua kawasan, keseimbangan dan motivasi. Kita harus mencari
keseimbangan dalam kedua kandungan pendidikan dengan mencari maksud apa yang
ingin disampaikan. Contohnya seperti sehelai duit kertas sebagai analogi contoh yang
baik untuk melambangkan keseimbangan dalam kandungan. Satu sisi setiap nota
menggambarkan sebuah pintu atau tingkap. Pendidikan harus menjadi tetingkap di
dunia. Ia harus mencungkilpotensi dari setiap individu dan mengembangkan kemahiran
dan pengetahuan yang akan membantu dirinya menemukan kesempurnaan dalam
pelbagai aspek kehidupan. Perkara ini dipanggil pembentukan manusia yang
kompeten.

Manakala sisi nota duit yang lain menunjukkan sebuah jambatan. Pendidikan


perlu juga membina jambatan pulau pinang antara individu dan masyarakat. Ianya
harus membantu kita belajar untuk hidup bersama, untuk mencipta rangkaian hubungan
sosial dan untuk bekerja bersama dalam masyarakat untuk kepentingan bersama.Ini
dinamakan pendidikan tanggungjawab warga negara.

8
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

Analogi wang kertas ini juga berguna dalam memikirkan kaedah


pendidikan. Ianya berguna dalam membezakan antara belajar sendiri dan belajar
interaktif. Kita belajar sendiri ketika kita membaca buku, menonton program TV,
mendengar radio atau hidup kuliah, atau bekerja di komputer. Untuk orang dewasa
kebanyakan pembelajaran adalah independent. Namun, bagi orang dewasa yang
belajar secara sendiri tidak dapat menguasai jika kandungan atau kemahiran yang
mereka pelajari adalah sukar daripada biasa. Jadi, mereka juga perlu belajar secara
interaktif, inilah yang dimaksudkan bahawa mereka memerlukan jambatan daripada
orang lain.

Apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran interaktif disini adalah seorang


guru atau pelajar lain, merespon kepada tindakan khusus atau soalan daripada pelajar.
Mereka mungkin menjawab pertanyaan di kelas, mengomen kerja rumah, atau
menjawab soalan melalui e-mel.

Banyak omong kosong yang dibicara tentang sumbangan teknologi untuk belajar
kerana kegagalan untuk memahami perlunya keseimbangan antara belajar sendiri dan
interaktif. Anak-anak, khususnya, memerlukan banyak interaksi dengan orang-orang
nyata yang komited untuk pendidikan nyata, inilah yang dikatakan guru-guru merupaka
orang yang membimbing pelajar mereka kepada pengetahuan dan pemahaman,
daripada menjejakkan maklumat ke dalam otak mereka.

Semua ini berkait erat dengan keperluan interaksi, yang merupakan keperluan
pendidikan yang memotivasi orang. Dunia postmodern adalah dunia yang sukar bagi
kaum muda. Banyak tradisi dan role model yang menyediakan kestabilan dan rangka
rujukan untuk generasi masa lalu tidak lagi di sana. Biasanya mereka telah tersapu oleh
perubahan-perubahan sosial atau konflik sivil lebih daripada disapu oleh pemikiran
postmodern. Namun, apabila anak-anak muda mula tertanya-tanya tentang makna
hidup kehidupan, pemikiran pascamoden pulak tidak mampu membantu
mereka. Mereka memerlukan simpatik orang dewasa - guru, orang tua dan orang lain -
yang dapat memotivasi mereka dan memberi mereka rasa percaya diri untuk mencari
jawapan mereka sendiri.

Semua ini kita dapat lihat melalui lepasan ijazah university-universiti kita dimana
kebanyakan mereka bersuara mengatakan, dengan kekecewaan dan kepuasan,
bahawa selepas melakukan peringkat sarjana di Universiti terbuka, mereka masih tidak
dapat melihat perkara-perkara yang sebegini. Itulah sebabnya kita harus memotivasi
mereka untuk melakukannya. Kita harus terlebih dahulu membantu orang untuk
9
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

mengembangkan sikap skepticisme sistematik yang membuat mereka mengajukan


soalan. Kemudian kita harus memberi mereka cara-cara untuk menemukan jawapan
atas soalan-soalan itu dan untuk menilai qualiti jawapan-jawapan yang ada. Penilaian
mereka kemudiannya boleh menjadi asas bagi tindakan individu seterusnya.

Dengan cara ini kita dapat membekalkan pelajar kita untuk terlibat dengan dunia
moden yang serba maju dan bertindak di dalamnya sebagai individu yang autonomi,
bukan sebagai ahli tak berwajah yang anarkis, tanpa nama kolektif. Oleh itu, sistem
pendidikan di Malaysia dan para pendidik memahami perkara ini dengan baik untuk
menguruskan tugasan-tugasan dan tanggungjawab ini secara efektif demi kemajuan
komuniti, masyarakat dan Negara.

KESIMPULAN
Pemikiran pascamodenism merupakan satu idealisme alaf baru yang muncul di dalam
arus modenisasi dimana ia merupakan satu aliran pemikiran yang agak mengelirukan
namun,pengaruhnya meresap masuk dan mencabar pelbagai bidang ilmu misalnya
pemikiran, kerohanian, keagamaan, pendidikan, kesenian, kebudayaan, dan
kesusasteraan.

Kemunculan pascamoden mula dirasai dalam ilmu sosial pada penghujung tahun
70-an(25 tahun lepas) dan pertengahan 80-an(mencapai teori internasional). Apa yang
paling susah dalam pascamoden adalah dalam memahami makna atau definisi sebenar
pascamoden itu sendiri. Ini kerana terdapat beberapa teori-teori yang berbeza dalam
pelbagai aliran.

Terdapat beberapa tema yang diketengahkan dalam pascamoden melalui


pendidikan. Antaranya adalah; the power-knowledge, nature of identity, dan textual
strategies. the power-knowledge mengatakan bahawa terdapat hubungan antara kuasa
dan pengetahuan dimana pengetahuan memerlukan kuasa untuk diterima sebagai

10
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

pengetahuan dan pengetahuan itu pula perlukan kuasa untuk kelangsungan. Ini dapat
dilihat melalui guru yang mana mempunyai kuasa authority untuk menyampaikan
pengetahuan dimana segala ilmu yang disampaikan oleh guru lebih mudah diterima
daripada disampaikan oleh orang lain. Manakala nature of identity pula menekankan
kepada pencarian identiti secara berdikari dimana selaku guru, tidak boleh memaksa
pelajar untuk menceburi sesuatu bidang dan biarlah mereke sendiri mengenali diri
mereka sendiri dengan memilih haluan mereka sendiri. Textual strategies pula
merupakan cara untuk menyampaikan sesuatu pengetahuan secara efektif samada
dengan deconstruction-mengaitkan apa yang berlaku dalam kehidupan atau dengan
cara double-reading-mengulangi ilmu-ilmu yang dipelajari di setiap pembelajaran
sebagai peringatan atau untuk dikaitkan dengan ilmu yang baru.

Dalam pendidikan sekarang, kita menghadapi murid dan pelajar yang bersikap
campuran daripada pra-moden, moden, dan pascamoden Tetapi hal ini tidak boleh
menjadi alasan untuk tidak bertindak kerana banyak dikalangan pelajar sekarang
menghabiskan masa waktu mereka dengan hidup dalam budaya elektronik yang
popular yang membawa kepada sikap pascamodernisme. Salah satu tugas kita adalah
untuk membantu pelajar untuk menafsirkan persekitaran mereka. Sebagai pendidik, kita
mempunyai tugas intelektual untuk terlibat dengan pernyataan postmodern yang
menyerang dasar-dasar kita.

BIBLIOGRAFI
1. Aminuddin Ruskam al- Dawamy (2004). Pascamoden: Perbincangan isu sosial.
Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
2. John Baylis & Steve Smith (2006). The Globalization of World Politics: An
Introduction to International Relations. New York: Oxford university press.
3. Jean-FrancoisLyotard(1979) The Postmodern Condition A Report on
Knowledge retrieved October 25, 2008 from Marxist. Org website:
http://www.marxists.org/reference/subject/philosophy/works/fr/lyotard.html
4. Anne Buttimer and Luke Wallin,Nature and Identity in Cross-Cultural Perspective,
GeoJournal Library , Vol. 48, 1999, 343 p., Hardcover. 
5. John Daniel, conference Education in a New Postmodern World retrieved
September 12, 2002 from United Nations Educational, Scientific and Cultural
Organization website: http://portal.unesco.org/education/en/ev.php-
URL_ID=5908&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html

11
http://prosacksblog.blogspot.com SOSIOLOGI PERSEKOLAHAN

6. Clive Beck, Postmodernism, Pedagogy and Philosophy of Education. 1996-2004


from Ontario Institute for Studies in Education website:
http://www.ed.uiuc.edu/EPS/PES-Yearbook/93_docs/BECK.HTM
7. Hanwei Tang, Moral Education with the Postmodernism as its Backdrop from
Shandong Normal University website:
http://www2.sbg.ac.at/whiteheadconference/abstracts/Tang-Moral%20Education
%20in%20the%20View%20of%20Postmodernism.doc
8. Gary DeLashmutt and Roger Braund, Contributors. Postmodernism and You:
Education. 1996. Xenos Online Journal website:
http://www.xenos.org/ministries/crossroads/doteduc.htm

12

Anda mungkin juga menyukai