Anda di halaman 1dari 11

POLITEKNIK KOTA KINABALU

KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (SEE) /SKE


B1003
APLIKASI KOMPUTER

Kumpulan : 8

Tajuk Amali : Kompenan Komputer

Tarik amali : 23/07/2007

Tarik Hantar : 30/07/2007

Ahli Kumpulan No Pendaftaran

1. Ezzy Azuan Bin Mohd Arshad 07SKE07F077

2. Suhaimi 07SKE07F072

3. Mohd Khaizar 07SKE07F071

Nama Pensyarah ; Cosward Jack


Mengenali Barangan Komputer
Barangan Keras Luaran Komputer  /  Computer External Hardware
Barangan dibawah ini adalah barangan asas komputer. Satiap komputer dilengkapkan dengan barangan-barangan
tersebut untuk berfungsi.

     

1. Alat Pembesar Suara atau Speaker. Alat ini penting jika anda mengunakan komputer untuk kerja-kerja multimedia,
bermain permainan komputer (Computer Game), mendegar lagu-lagu ataupun menonton wayang dari cakra-padat CD
dan DVD.

2. Peti Komputer atau Computer Case dikenali juga dengan nama chassis,  biasanya diperbuat daripada aluminium.
Barangan ini biasanya dijual lengkap dengan bekalan kuasa (Power Supply).  Ada juga peti-peti komputer dijual
kosong, tampa bekalan kuasa. Ada berbagai peti komputer didalam pasaran, dari segi reka bentuknya, ukuran dan
warna.  Didalam peti komputer inilah terdapat barangan-barangan penting  lain saperti: Papan Induk (Mother Board)
Chip Ingatan (Momory Chip) atau pun RAM, Kad Grafik (Graphic Card), Kad Bunyi (Sound Card), Modem dan
Pengerak, Penyimpan dan Penyalin Maklumat Cakra-Keras (Hard Disk) dan lain-lain lagi.  Anda akan ditunjuk dan
diajar mengenali barangan-barangan keras dalaman peti komputer dalam pelajaran selanjutnya. Satu lagi barangan
komponen dalaman yang paling penting terdapat dalam peti komputer ini ialah (Unit Penyelengaraan Pusat  (CPU)
tampa unit ini komputer tidak boleh berfungsi CPU boleh di ibaratkan sebagai Otak kepada komputer.  Peti komputer
melindungi baragan dalamnya (internal components) dari kerosakan dan berabuk.
3.  Alat Pengawasan atau Monitor ada juga orang yang memangilnya Alat Memantau.  Gambar di atas menujukkan
Alat Pengawasan LCD nama teknikal bahasa ingerisnya ialah Liquid Crystal Display.  Alat Pengawasan LCD lebeh
mahal harganya jika di bandingkan dengan Alat Pengawasan CRT nama penuhnya Cathode-Ray Tube. Alat
Pengawasan ini juga mempunyai berbagai reka bentuk, warna dan ukuran. Lebeh besar lebeh mahallah harganya. 
Fungsinya ialah untuk memaparkan apa juga maklumat yang kita proseskan melalui papan kekunci dan kelikan
tertikus kakaca muka pengawasan alat tersebut. Untuk mengetahui dengan lebeh lanjut lagi sila kunjungi lelaman
bertajuk "Bagaimana Komputer Bertugas?"

4. Papan Kekunci atau Keyboard adalah bahagian yang digunakan untuk menukar  bilangan karen yang mengalir
melalui circuit berkaitan dengan butang yang anda tekan.  Penyelengara Micro (Microprocessor) yang terletak
di dalam papan kekunci kerapkali mengibas circuit-circuit yang menuju kebutang-butang papan kekunci yang di
tekan.  Kenaikan dan penurunan karen akan di kesan oleh microprocessor tersebut.  Ianya  tahu bila butang
butang di tekan dan bila pula butang-butang di lepaskan.  Penyelengara micro ini amat bijak sahingga ianya
boleh mengesan dan membezakan butang kiri dan butang kanan, butang Pemadam, butang Tab, butang Esc
dan butang-butang lain.Satiap butang papan kekunci mempunyai dua jenis code pengibas (Scan code) yang
pertama apabila butang itu ditekan dan yang kedua pula bila butang dilepaskan. Cicuit satiap butang mengirim
isyarat kepada micoprocessor yang kemudian akan mengeluarkan numbor.  Nombor-nombor ini disimpan
didalam ingatan papan kekunci dan kemudian akan memuatkan numbor-nombor tersebut kedalam sambungan
port dimana ianya boleh dibaca oleh komputer melalui sistem asas keluar masuk atau lebeh dikenali dengan
nama ingerisnya BIOS (Basic Input Output System)  Penyelengara (processor) kemudian menghantar isyarat
terganggu (interrupt / IRQ) melalui kabel papan kekunci memberi tahu yang code pengibas sedang menunggu. 
Satelah diberitahu oleh interrupt, maka penyelegara menjatuhkan apa juga tugas yang sedang dijalankan dan
menumpukan perhatian kepada permintaan dari Interrupt. Sistem asas keluar masuk (BIOS) menterjemahkan
code pengibas yang tertentu kedalam code ASCII yang digunaka oleh komputer.  Sistem boleh memileh untuk
menentukan yang mana satu tekanan butang bagi menunju kan huruf atau pun arahan arahan yang anda laku
kan sebelum ini.
5.  Tertikus (Mouse) adalah alat device ataupun barangan yang kita gunakan untuk kelikan sesuatu yang kita
perlukan.  Ada beranika jenis tertikus terdapat didalm pasaran bermula dengan Tertikus Berkabel, Tertikus Tampa
Kabel (Wireless Mouse) sahinggalah Tertikus Optikal. (Optical Mouse)  Tertikus tidak berkeupayaan untuk
mengantikan tempat papan kekunci tetapi alat tertikus boleh memainkan peranan lebeh hebat dari papan kekunci,
terutama sekali bagi tugas tugas yang mana papan kekunci tidak berkebolehan melakukannya. Misalnya tertikus boleh
menjalankan tugas pergerakan, penunjukan dan pemilehan objek-objek keatas kaca muka alat pengawasan. Alat
tertikus adalah alat yang paling penting bagi sistem komputer dan alat device penunjukan yang popular dengan 
interface grafik yang dipersembahkan oleh sistem operasi MS Windows dan Mac OS.
 Barangan Keras Dalaman Komputer  /  Computer Internal Hardware 

5. Kad Video (VGA / Video Card)  hanya boleh dipasangkan keport  PC I nama penuh teknikalnya ialah Peripheral
Connect Interface atau pun AGP (Accelerated Graphic Port) Kabel Alat Pengawasan (Monitor) disambungkan
ke VGA port yang terletak dikad grafik tersebut terletak dibahagian belakang peti komputer. Ada berberapa
jenis kad grafik terdapat dalam pasaran bermula dengan video ram sebesar 16MB sahingga lah ke 256MB. 
Lebeh besar video ramnya lebeh mahallah harganya. Bagi anda yang mengunakan komputer untuk bermain
permainan komputer atau untuk kerja-kerja berhubung dengan grafik dan video editing maka anda perlulah
mendapatkan kad grafik yang berkualiti bersertakan dengan video ram yang tinggi.Kad Video (VGA / Video
Card) Menterjemahkan  informasi berbentuk gambar atau image kedalam pelbagai karen elektrik yang
diperlukan untuk mempaparkan gamabaran tersebut kekaca muka alat pengawasan (monitor)

7.  Papan Induk,(Mother Board), di sinilah terletaknya segala-gala komponen, soket-soket dan chip-chip elektronik. 
Papan Induk menyediakan soket-soket untuk menyambungkan bekalan kuasa, Chip Ingatan (RAM), Unit
Penyelengaraan Pusat (CPU).  Disinilah juga kabel-kabel disambungkan kealat-alat penting saperti cakra-pengerak
Keras (Hard Disk Drive) Cakra-Padat (CD-ROM / DVD-ROM) Cakra-Felopi (Floppy Drive) dan segala-gala Kad saperti
Kad Grafik, Kad Bunyi, Kad Modem dan lain-lain. Saya akan menerangkan dengan lebeh lanjut lagi berhubung dengan
Papan Induk diBab Papan Induk dikandungan selanjutnya.
8.  Pengerak Cakra-Keras (Hard Disk Drive)  Alat ini merupakan bank penyimpan segala maklumat  yang membuat
rakaman, penyalinan, pembacaan dan penulisan dengan mengunakan alat perakam berputar lapisan keras besi-
brani.  Alat ini bukan sahaja menyimpan segala-gala kerja-kerja dan dokumen-dokumen yang anda usahakan,
malahan di sinilah terletaknya segala program-program perisian saperti system operasi Windows, dan lain-lain perisian
yang anda pasangkan.  Selain dari membuat kerja-kerja penyalinan dan rakaman, alat ini juga berkeupayaan
memadamkan segala data atau maklumat yang anda simpan.  Di sinilah berlakunya aktiviti-aktiviti paling sibok didalam
komputer anda.Dibawah alat pengerak cakra-keras ini terletak sakeping papan cetak circuit yang membolehkannya
menerima arahan dari kontroller pegerak cakra yang mana diuruskan bersama oleh sistem opersi windows dan sistem
asas keluar masuk (BIOS). Papan cetak circuit ini mengawasi dan mempastikan yang kepala alat pengerak berputar
mengikut kelajuan sabenar dengan tetap dan tepat.Ianya juga bertangung jawap untuk memberi arahan kepada
kepada alat pengerak bila masanya untuk membaca dan bila masanya untuk menulis atau menyalin kepermukaan
piring cakra-kerasnya. Putaran bagi alat pengerak cakra-keras ini boleh berputar dari 5400 rpm, 7200 rpm sahingga
kelajuan maxima 10,000 rpm.  Alat pengerak cakra-keras terkini mempunyai ruang simpanan data yang berbeza-beza
dari 10GB sahingga 120GB.  Walau bagaimanapun sistem operasi Windows XP hanya boleh mengesan ruang
maxima sahingga 137GB, jika penguna memasang alat pengerak cakra-keras yang melebehi had yang ditetapkan,
penguna bolehlah mendapatkan perisian "Patch" nya melalui lelaman web Microsoft di Internet.

9.  Unit Penyelengaraan Pusat (CPU)  Komputer mempunyai berbagai chip-chip  bersepadu yang terpasang di papan
induk.  Tetapi yang paling penting sekali ialah Unit Penyelengaraan Pusat atau lebeh dikenali lagi dengan nama CPU. 
Unit ini  boleh di ibaratkan sebagai Otak kepada komputer. Kerana ianya begitu penting sekali, keselurohan sistem
komputer akan di namakan mengikut CPU yang di pasangkan kepapan induknya.  Misalnya jika anda inginkan satu
komputer Pentium IV, maka CPU yang mesti di pileh ialah dari keluaran Intel.  Selain dari jenama Intel ada juga yang
gemarkan CPU keluran AMD nama penuhnya ialah Advanced Micro Devices.  Unit Penyelengaraan Pusat AMD Athlon
misalnya, setanding dengan Intel Pentium.  Apa juga tugas yang Intel Pentium CPU boleh jalankan, AMD Athlon juga
boleh berbuat demikian. Intel mengeluarkan bermacam jenis CPU, di antaranya ialah Celeron, Xeon, Pentium 2, 3 dan
4.  Begitu juga dengan AMD di antara CPU yang di keluarkannya termasuklah AMDK6, AMD Athlon, Duron dan lain-
lain lagi. Unit Penyelengaraan Pusat juga memainkan peranan-peranan sebagai pengarah, pengirim, pegetua operasi. 
Alat-alat komponen yang lain saperti alat pengerak cakra-padat, chip ingatan, alat pengawasan dan pengerak flopi
pula memainkan watak-watak orang tengah yang menjalinkan hubungan di antara penguna dengan unit
penyelengaraan pusat.  Maklumat ataupun data yang anda usahakan itu akan di serahkan kepada unit
penyelengaraan pusat untuk di proseskan dan kemudian mempaparkan hasilnya melalui alat-alat pengawasan dan
mesin pencetakan.Intel Pentium CPU di perbuat dari dua kepeng silicon. Satu dari padanya mengandungi berjuta-juta
transistor dan yang lagi satu di rekakhas dengan  cache kelajuan  ingatan yang tinggi.  Jutaan transistornya
membolehkan ianya menyimpan sebanyak 512KB maklumat.  CPU dan Cache berkongsi sama interface 64bit
informasi komputer. Code program perisian maklumat yang telah di peroses oleh code berjalan keluar masuk unit
penyelengaraan pusat dengan kelajuan maxima bus komputer
10. Chip Ingatan atau Memori Dalam bahasa ingerisnya Random Access Memory (RAM)  Chip Ingatan ini ialah
sakumpulan chipmicro yang memboleh komputer menyimpan maklumat atau data-data program semasa
komputer beroperasi dan mengunakannya.  Kandungan yang ada pada memori ini akan kehilangan satelah
anda memadamkan komputer anda dari berfungsi. Satiapkali penguna menghidupkan komputer momori
yang kosong akan dengan cepat dipenuhi dengan angka-angka sipar dan satu ini kerana penguna
melakukan kerja-kerja dengan mengunakan komputer. Sebaik sahaja penguna memadamkan komputer,
kesemua nombor-nombor binary yang terdapat pada chip ingatan tersebut hilang semuanya. Memori
komputer boleh diiabaratkan saperti papan hitam di sekolah, sebelum kelas bermula papan hitam ditembok
bilek darjah akan kelihatan berseh dan tidak mempunyai sebarang tulisan atau maklumat.Bila kelas bermula,
Guru akan mula menulis dipapan hitam dan satelah tamatnya kelas tersebut, papan hitam itu akan
dipadamakan.

11.  Kad Rangkaian PCI Adapter Tampa Wire (Wireless PCI Network Adapter)  Kad ini membolehkan penguna
menyambungkan komputer keinternet melalui rangkaian daerah tempatan LAN (Local Area Network) atau broadband /
ADSL modem Router dengan tidak memerlukan wire.  Selain dari ini penguna jugu boleh memileh kad rangakaian
Ethernet yang mana penguna boleh meyambung komputer keintenet melalui kabel RJ45 yang dipasangkan kepada
kad tersebut dengan disambungkan keRouter ataupun ADSL modem.
12.  Alat Cakra-Padat (CD-ROM / RW dan DVD-ROM / RW) Alat-alat ini mengunakan cahaya laser disuloh untuk
membaca segala data atau maklumat yang terdapat pada putaran lapisan filem berlogam.  Alat cakra-padat CD-ROM
sudah tidak lagi begitu popular di kalangan komputer-komputer keluaran terkini.  Komputer-komputer terkini di
lengkapkan dengan alat cakra-padat DVD yang juga berkebolehan membaca data-data dari alat cakra-padat CD-
ROM. Alat cakra-padat CD-ROM dan DVD-ROM hanya boleh membaca data tetapi tidak berkebolehan menyalin atau
merakam data. Jika anda mahukan khidmat menyalin ataupun merakam data, maka anda perlulah memileh alat cakra-
padat CD-RW ataupun DVD-RW. Alat cakra-padat CD-RW boleh merakam atau menyalin sebanyak 700MB bagi
satiap piring cakra-padat , sementara DVD-RW pula boleh menyimpan data sahingga 4.7GB. Anda harus mengambil
perhatian bahawa tidak kesemua ruang 700MB yang terdapat pada piring-piring rakaman cakra-padat itu boleh
digunakan sapenuhnya, misalnya data atau maklumat yang anda boleh simpan paling tinggi diantara 690MB sahingga
695MB, begitulah juga dengan piring rakaman DVD-RW.

13.  Bekalan Kuasa (Power Supply)- Semua kuasa elektrik memasuki kedalam komputer melalui kotak besi yang
tertutup, Didalamya transformer menukar karen yang datang dari bekalan kuasa di luar atau soket ditembok kedalam
voltage-voltage dan pengaliran Karen yang diperlukan oleh beberapa bahagian komputer. Kesemua komponen-
komponen yang dipasang diPapan Induk saperti alat cakra-padat, alat pengerak flopi dan pengerak cakra-keras
mendapatkan bekalan kuasa melalui kabel-kabel berwarna yang terdapat dikotak bekalan kuasa tersebut.
Pandangan Dibahagian Dalam Komputer Dan Pandangan Bahagian Belakang
Komputer

   

         
Papan Induk atau lebeh di kenali dalam bahasa Ingeris : Motther board.

Alat Penyambung Parallel, Serial, VGA Port Dan USB. Kesemua Port kecuali USB terletak di
bahagian belakang peti komputer, sementara USB terletak di bahagian belakang dan ada juga yang
di pasangkan di kedua bahagian belakang dan depan.

Port Serial Tertikus / Port VGA untuk Alat USB 2.0 untuk Perbagai
Port Parallel Mesin Pencetak / Pengibas
Modem / Tablet Pengawasan / Monitor devices.

Kabel Serial untuk sambungan ke Tertikus, Modem, Tablet dan lain-


Kabel PS/2 untuk sambungan ke Tertikus dan Papan Kekunci
lain

Selain dari port port biasa yang terdapat pada komputer ada beberapa jenis lagi yang belum dapat saya
sertakan di sini buat sementara waktu, ini termasuklah FireWire 1394, RJ 45 Firewire 1394 paling sesuai di
gunakan untuk menyambung Camera Digital Video, Alat Pengerak Cakra-Keras Pasang Luar,(External
Hard Disk Drive) Alat Penyalin dan Perakam Cakra-Padat (CD-RW dan DVD RW) dan lain-lain barangan
jenis pasang luar.  RJ 45 pula di gunakan untuk menyambung ke rangkaian daerah tempatan (LAN) melalui
Router /ADSL atau Kabel Modem.

Barangan Periperal sampingan (Optional Computer Peripherals) yang di gunakan bersama-sama


komputer peribadi saperti Zip Drive dan Modem pasang luar (gambar yang tersiar di bawah)
                             
Alat Pengerak, Penyalin  (Zip Drive)  popular pada suatu masa dahulu boleh menyimpan data sahingga 250 MB          Modem 56K Pasang
Luar USB 2.0 (External Modem 56K) di sambung terus dari Komputer ke talian talipun.

Anda mungkin juga menyukai