Anda di halaman 1dari 20

Falsafah Pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara

Apakah Falsafah Pendidikan


Negara?

Unsur-unsur Utama FPN

Implikasi terhadap guru


• Istilah falsafah berasal dari 2
perkataan Yunani:
–Philos(mencintai)
–Sophia(kebijaksanaan)
• Boleh diertikan sebagai perihal
mencintai kebijaksanaan.
• Diumumkan secara rasmi pada tahun
1988.
• Merupakan penentu kepada arah haluan,
asas dan sumber inspirasi kepada semua
usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan.
Unsur-unsur utama FPN:
• Pendidikan suatu usaha berterusan.
– Individu memperoleh dan menggunakan ilmu
pengetahuan, nilai-nilai murni dan kemahiran tertentu.
• Memperkembangkan potensi individu.
– Potensi individu harus diperkembang dan
dipertingkatkan secara berterusan melalui proses
pendidikan.
• Menyeluruh dan bersepadu.
– Potensi haruslah dikembangkan ke peringkat optimum
dengan mengintegrasikan bakat dan kebolehan.
• Insan yang seimbang dan harmonis.
– Telah memiliki sahsiah yang bersepadu, menikmati
keseimbangan dan kesejahteraan dalam jiwanya.
– Sentiasa berasa bersyukur, bersedia menerima dugaan dan
cabaran hidup serta berikhtiar untuk mengatasi masalah.
• Unsur intelek.
– Merangkumi unsur hikmah, daya pemikiran yang inovatif, logik,
analitis, dan ilmu yang bermanfaat.
• Unsur rohani dan emosi.
– Keyakinan kepada Tuhan, beragama, kemantapan jiwa,
penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat, berbudi
pekerti yang mulia dan semangat berbakti dan berkorban untuk
negara.
• Unsur jasmani.
– Kecergasan fizikal dan kesihatan diri untuk berdikari dan hidup
secara bermasyarakatan.
• Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
– Keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak
terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya dan
hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan.
• Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan.
– Memiliki sikap yang suka membaca, cintakan ilmu
pengetahuan serta akal yang berguna untuk manfaat
diri dan orang lain.
• Rakyat Malaysia yang berketrampilan.
– Mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta
sentiasa rela memberi sumbangan demi kemajuan
negara.
– Melaksanakan tugas dalam masa yang singkat.
– Melaksana tugas dengan cekap dan sempurna.
• Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
– Memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu.
• Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
– Mempunyai tanggungjawab yang sempurna terhadap Tuhan,
bangsa dan negara dan melaksana tugas dengan cekap, bersih
dan amanah.
• Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri.
– Memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluan diri,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.
• Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan.
– Menggunakan tenaga dengan mahir, produktif, dan inovatif.
• Keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
– Mengamalkan sikap toleransi, bekerjasama, hormat-
menghormati serta memupuk perpaduan antara kaum.
• Mempunyai iltizam yang lebih.
• Bersedia untuk melaksanakan strategi
pengajaran dan pembelajaran.
• Berpandangan positif dan sanggup
menanggung risiko untuk mendatangkan
pembaharuan dan inovasi.
• Berpandangan jauh serta luas.
• Menpunyai usaha berterusan.
Falsafah Pendidikan Guru

Unsur-unsur Utama

Implikasi terhadap Guru


Unsur-unsur utama (FPG):
• Ketuhanan:
– Peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu
berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada
ajaran agama.
• Kemasyarakatan:
– Penekanan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin
dan agen perubahan.
• Kendiri:
– Penekanan pembinaan daya kefahaman dan
patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta
pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
• Menanam nilai berpekerti mulia.
• Berpandangan progresif dan saintifik.
• Bersedia menjunjung aspirasi negara.
• Menyanjung warisan kebudayaan negara.
• Menjalinkan perkembangan individu.
• Memelihara suatu masyarakat yang
bersatu padu.
• Memelihara suatu masyarakat yang
demokratik.
• Memelihara suatu masyarakat yang
progresif.
• Memelihara suatu masyarakat yang
berdisiplin.

Anda mungkin juga menyukai