Anda di halaman 1dari 43

Kemahiran Berbahasa

Kemahiran Lisan Kemahiran Kemahiran


Membaca Menulis

Kemahiran Kemahiran
Mendengar Bertutur

1
• Mendengar merupakan salah satu daripada aktiviti
yang penting yang dilakukan di peringkat kanak-
kanak dan dewasa.
• Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap
kemahiran pendengaran. Hasil daripada kajian itu,
beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu
sedar, 45% digunakan untuk mendengar, 30%
bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini
menunjukkan proses pendengaran berperanan penting
dalam komunikasi.

2
• Burley-Alen (1982) dalam kajiannya
mendapati peratus mendengar bertambah
sehingga 60% bagi kehidupan pelajar sekolah
menengah. Guru-guru menyatakan proses
mendengar merupakan proses paling utama
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3
• Proses mendengar menjadi perkara utama bagi
mahasiswa universiti. Ini kerana proses
pengajaran di universiti biasanya secara kuliah
dan pensyarah tidak memberi banyak peluang
kepada mahasiswa untuk mengemukakan
pertanyaan. Keadaan ini mengambarkan
betapa perlunya seseorang mahasiswa
mendengar bersungguh-sungguh ketika kuliah
diberikan.

4
• Anderson et al. (1969) menjelaskan bahawa
sebahagian besar daripada kaedah pengajaran
di universiti adalah dengan mendengar kuliah.
Barker (1971:I) menyatakan bahawa proses
pendengaran dalam pengajaran di universiti
adalah antara 50% - 100%.

5
DEFINISI
• Mengikut Chuah (1987) terdapat perbezaan
yang besar antara proses mendengar dan
dengar. Ini bolehlah disamakan dengan
penerangan Barker (1971) yang boleh
dirumuskan sebagai mendengar adalah suatu
proses yang aktif dan dengar adalah satu
proses yang pasif.

6
• Pendengaran yang aktif merangkumi proses
mendengar dengan tujuan untuk memahami,
mengingati, menilai dan mengkritik.
• Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu
proses fisiologi yang melibatkan sistem saraf
pendengaran di otak tetapi mendengar adalah
satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang
melibatkan bidang psikologi.

7
• Mendengar secara aktif bukan sahaja tertumpu
kepada penggunaan telinga, tetapi kepada
kesemua pancaindera, terutama penglihatan,
iaitu menerusi komunikasi tidak verbal.

8
• Dari segi kaunseling, mendengar yang terbaik
adalah dengan mendengar secara empati isitu
mendengar dengan menjiwai apa yang
didengar oleh sebab dari sini timbul celik akal.
Apabila hal ini terhasil maka para pelajar akan
mencapai tahap nirwana kendiri, yang
akhirnya dapat merealisasi dan menggunakan
keupayaan dan intelektual secara maksimum
dalam proses pembelajaran.

9
• Mendengar adalah perbuatan yang
menggunakan organ telinga bersamping
dengan saraf pendengaran di otak. Tetapi
perbuatan ini mesti dilatih dengan betul
supaya proses pendengaran dapat dilakukan
dengan betul.

10
• Devine (1981) menyatakan bahawa dengan
mendengar bukan sahaja menumpukan
sepenuhnya perhatian tetapi melibatkan
motivasi dan keadaan fizikal emosi yang
mempengaruhi proses pendengaran itu sendiri.
Proses mendengar berkait secara terus
dengan proses berfikir. Berfikir dalam konteks
ini melibatkan penggunaan proses mental
dalam melakukan inference, mengagakkan
hasil, generalisasi, organisasi dan dalam
membuat rumusan.

11
Kemahiran Lisan
Pengenalan
Komunikasi lisan berlaku apabila adanya penutur dan
pendengar.
Penutur bercakap dengan jelas dan sebutan yang kemas,
betul serta menggunakan intonasi dan jeda yang sesuai.
Pendengar pula memahami apa yang diucapkan dan
mentafsir serta bertindak balas dengan berkesan.
Mesej yang disampaikan oleh penutur akan diterima oleh
pendengar melalui telinga, terus ke otak dan megulangi
proses yang sama apabila si pendengar pula bertutur.

12
Kepentingan Menguasai Komunikasi
Lisan
• Meningkatkan keupayaan pelajar berinteraksi
• Guru bertanggungjawab menggalakkan pelajar
berkomunikasi dalam kelas.
• Kelemahan pelajar berkomunikasi boleh menyebabkan
rasa tidak yakin diri, menyisihkan diri daripada rakan-
rakan.
• Boleh menyusun idea dengan baik.
• Meningkatkan kebolehan berkomunikasi pelajar dengan
sempurna dan berkesan

13
Kemahiran Mendengar
 Manusia belajar bercakap melalui pendengaran.
 Merupakan proses semula jadi dan lebih mudah
difahami berbanding kemahiran bertutur,membaca dan
menulis.
 Merupakan kemahiran lisan yang paling asas.
 Suatu komunikasi lisan melibatkan dua proses iaitu
proses penghasilan dan penerimaan mesej.
 Dimulakan pada peringkat awal pengajaran bahasa dan
bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih bertutur
dalam bahasa yang dipelajarinya.

14
Tanpa kemahiran mendengar yang baik
akan menyebabkan seseorang kanak-
kanak itu tidak akan dapat menguasai
kemahiran berbahasa yang lain dengan
lebih baik lagi.

Kanak-kanak akan bertutur bahasa yang


didengari disekelilingnya. Kanak-kanak
tidak akan bertutur bahasa yang tidak
pernah didengari.

15
16
Konsep-Konsep Penting tentang
Pendengaran
1. Pendengaran merupakan gabungan segala yang
didengar, difahami dan diingati.
2. Pendengaran berlaku melalui latihan-latihan
khas yang dilakukan secara berperingkat-
peringkat.
3. Individu lebih banyak belajar mendengar melalui
pengalaman daripada melalui kecerdasan otak.
4. Aspek fizikal, psikologi dan neurologi
mempengaruhi proses pendengaran.
5. Pendengaran yang cekap memerlukan penyatuan17
6. Pendengaran harus berlaku melalui fikiran dan
bukan perasaan.
7. Pendengaran untuk mengkritik memerlukan
pendengaran yang berpusat kepada idea utama,
hujah dan bukti
8. Pendengaran untuk tujuan hiburan melibatkan
tindak balas positif terhadap muzik,
kesusasteraan, drama dan lain-lain.
9. Pendengaran untuk tujuan apresiasi memerlukan
analisis kritis terhadap bentuk dan isi.
18
19
Proses Mendengar
1. Mendengar deretan bunyi
 Mendengar bunyi unsur-unsur luar dengan
maksud tertentu.Proses ini dilakukan kepada
individu yang mempunyai alat artikulasi dan
pancaindera yang normal.
2. Memahami bunyi
 Bunyi yang didengar dikaitkan dengan
maksud-maksud tertentu

20
3. Menilai bunyi.
 Memahami persamaan erti dan kelainan makna
antara satu deretan bunyi engan bunyi yang
lain. Contohnya intonasi tinggi kerana marah.
4. Bertindak terhadap bunyi
 Peringkat ini pendengar akan membuat
rumusan dan keputusan.

21
Perkara-perkara yang
mempengaruhi pendengaran.
1. Keadaan bersedia dari pihak pendengar
Bahan pengajaran mesti sesuai dengan peringkat
umur.
Bahan mesti dapat mendorong kanak-kanak untuk
mendengar.
Bahan tidak menimbulkan sebarang masalah/ mudah
difahami
Sesuai dengan peringkat kematangan mental kanak-
kanak.
22
2. Bersedia memberi perhatian yang serius
- Mental dan fizikal kanak-kanak itu diandaikan
baik dan sihat serta bersedia untuk mendengar
perkara-perkara yang akan diajarkan.
- Cari isu yang berkaitan tentang diri kanak-kanak
itu.
- Guru harus menggayakan bahasa yang sesuai
dan suara harus jelas.

23
Objektif mengajar kemahiran mendengar
Melalui kemahiran mendengar, seseorang itu boleh:
(a) memperoleh idea;
(b) mencari isi-isi penting;
(c) melakukan arahan/ tindak balas;
(d) mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak
berhubungan;
(e) mengenal pasti isi-isi yang tersirat;
(f) mentafsir makna-makna yang te rsirat,
(g) mengenal pasti ‘mood’ penutur, suasana, dan keadaan/
konteks.
(h) mengesan ‘pengaruh’ penutur sama ada menggunakan
logik atau propaganda, iaitu seperti memberi yang baik
sahaja, menggunakan nama orang-orang terkemuka
atau mengulang sebut apa yang diperkatakan.

24
Jenis-jenis mendengar
1. Mendengar secara pasif
- Peringkat mendengar yang paling
rendah.
- Si pendengar biasanya tidak berupaya

menangkap makna keseluruhan


ujaran.
- Si pendanger juga jarang-jarang dapat
memahami dan mengingati serta
menyebut kembali perkara yang
didengar itu. 25
Faktor mendengar pasif
• Bahan yang didengar tidak menarik
minat.
• Bahan terlalu sukar dan tidak
bermakna kepada mereka.
• Gangguan pengaruh bahasa ibunda,
dialek atau perbendaharaan kata yang
terhad.

26
2. Mendengar secara bertelau-
telau.
- Biasanya berlaku dalam kalangan pelajar
bahasa kedua.
- Kurang mampu menangkap bahagian
bahagian ujaran tertentu.
- Cuba mendengar secara hati-hati namun tidak
berjaya membentuk konsep dan gagal
memahami ujaran.
- Biasanya berlaku kerana pelajar masih lemah
dalam bahasa yang dipelajari itu.
27
3. Mendengar tanpa tindak balas

- Mendengar tetapi tidak membuat sebarang


tindak balas selepas itu.
- Si pendengar tidak peka terhadap kata-kata
itu.
- Mungkin disebabkan marah, sedih, simpati
atau sebagainya.

28
4. Mendengar secara menebuk-nebuk
- Berlaku dalam kalangan pelajar bahasa
pertama/bahasa ibunda.
- Kemahiran mendengar masih rendah.
- Beranggapan berupaya memahami
kerana menggunakan bahasa sendiri.

29
5. Mendengar dengan emosi.
- Peringkat ini pendengar mempunyai
kemahiran dalam bahasa yang dituturkan.
- Apa yang didengar boleh merangsang
emosinya.
- Mungkin boleh marah, sedih, geram dan
sebagainya.
- Kemungkinan orang yang menutur itu tidak
tahu adat resam, tradisi atau budaya orang
setempat.
30
6. Mendengar secara berhati-hati
- Mendengar dengan teliti dan bersungguh
sungguh.
- Memberi tumpuan
- Bertujuan untuk menentukan setiap butir
kata dapat difahami dengan tepat dan betul.

31
7. Mendengar secara kritikal
• Pada peringkat ini si pendengar telah
mencapai tahap yang tinggi.
• Berupaya memilih dan menentukan
perkara-perkara yang benar dan palsu.
• Menyedari tentang kelemahan bahasa
dalam sesuatu pertuturan.
• Untuk mencapai tahap ini pendengar harus
bersifat kritis.

32
8. Mendengar dengan pengamatan

• Biasanya berlaku dalam kalangan pelajar


yang sudah boleh berfikir secara kritikal.

• Mudah memahami sesuatu ujaran jika ada


pertalian dengan pengalamannya.

33
9. Mendengar secara kreatif
• Kemahiran mendengar yang paling tinggi

• Memahami ujaran dengan baik.

• Dapat menggunakan daya kreatifnya untuk


mencipta sesuatu setelah mendengar
pertuturan yang disampaikan.

34
• Dapat membuat interpretasi, mengkritik,
membuat ulasan dan komen yang bernas
dan jitu.
• Biasanya pelajar ini terdiri daripada
mereka yang boleh berfikir dengan baik,
cekap dan bijak.
• Telah mempelajari dan menguasai bahasa
yang digunakan itu dengan baik.

35
• Kesimpulannya: Pengajaran dan pembelajaran
kemahiran mendengar membolehkan
• murid-murid, pertamanya: menguasai kemahiran
mendengar dengan teliti terhadap bunyibunyi
• bahasa; dan keduanya, memahami mesej yang
dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa
• tersebut, supaya mereka boleh bertindak dengan
betul dan tepat, bersesuaian dengan
• mesej yang diterima itu.

36
37
Tamat

38
Peringkat-peringkat kemahiran
mendengar
1. Peringkat awal/ permulaan
• mengecam bunyi
• mengajuk bunyi
• memilih bunyi-bunyian
• mendengar dan menyebut perkataan, rangkai
kata dan ayat.
• mengecam makna perkataan

39
• melakukan sesuatu apabila diminta atau
disuruh.
• bertindak terhadap soalan yang mudah.
• mengingat perkataan dan ayat yang
mudah secara tepat
• memadankan perkataan dan ayat.

40
2. Peringkat pertengahan
• mengecam dan mengingat fakta dan butiran
secara terperinci.
• mengenal maklumat khusus
• mengenal urutan
• mengenal sebab dan akibat
• mengenal perhubungan orang yang berinteraksi.
• mengenal sikap dan perasaan orang yang
bercakap dan sebagainya.

41
3. Peringkat lanjutan/ maju
• mengenal isi-isi penting.
• mengenal dan peranan hubungan dengan orang
yang bercakap.
• mengetahui fungsi tekanan dan intonasi.
• mencari jalan mengatasi masalah yang
didengar.
• mengikut aliran dalam dialog atau perbualan
• mentafsir tujuan penutur menggunakan
berbagai-bagai bentuk struktur nahu.

42
TAMAT

43

Anda mungkin juga menyukai