Anda di halaman 1dari 3

Tiga budak hitam

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah


pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun
mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup
gabus. Kesemua mereka keheranan dan tertanya-tanya apa yang ada di
dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya.
Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah jin yang amat besar.

Jin tersebut ketawa-terbahak- bahak lalu berkata ” Siapakah engkau hai


manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini
selama 100 tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan
memberikan 3 permintaan siapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah!
Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu”

Ketiga-tiga budak hitam itu mulanya terkejut tetapi bergembira apabila jin
tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun
berkata kepada budak yang pertama, ” Pintalah!” Budak hitam pertama pun
berkata . “Tukarkanlah aku menjadi putih supaya aku kelihatan lebih gagah”
Jin pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun
menjadi putih. Jin pun berkata kepada budak hitam kedua,”Pintalah! “.

Budak hitam kedua pun berkata .” Tukarkanlah aku menjadi putih dan
kelihatan gagah, lebih putih dan gagah daripada budak yang pertama”. Jin
pun menunaikan permintaannya. Lalu budak itu pun menjadi putih dan
gagah lebih dari pada budak yang pertama. Jin pun berkata kepada budak
hitam ketiga, “Pintalah!”. Budak hitam ketiga pun berkata
.”Tukarkanlah aku menjadi putih dan kelihatan gagah, lebih putih dan gagah
daripada budak yang pertama dan kedua”.
Jin pun berkata. ” Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan.
Pintalah yang lain…” Budak hitam ketiga keheranan dan terfikir-fikir apa yang
mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketiga pun berkata ” Kalau begitu, aku
pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu” Lalu jin pun
tunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun
berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak
memperolehi sesuatu apa pun.

Anda mungkin juga menyukai