Anda di halaman 1dari 10

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T kerana pada akhirnya saya dapat
menyiapkan tugasan ini pada waktu yang telah ditetapkan.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr. Haji Mad Sabri bin Che
Man kerana telah banyak membimbing dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan
ini. Penerangan yang begitu jelas membantu saya dalam usaha memenuhi kehendak
soalan tugasan ini. Terima kasih juga kerana melayani setiap persoalan yang
diutarakan dengan memberi penerangan dan komen yang membina.

Selain itu, ribuan terima kasih ditujukan buat Pusat Sumber Dato’ Lokman Musa
kerana memberikan kerjasama semasa saya mencari bahan rujukan. Buku-buku yang
disediakan memberi banyak maklumat kepada saya untuk menyempurnakan tugasan
ini. Perkhidmatan meminjam buku membolehkan saya meminjam beberapa buah buku
untuk dijadikan rujukan.

Rakan-rakan sekelas juga banyak membantu saya ketika menyiapkan tugasan


ini. Jika timbul sebarang persoalan tentang tugasan ini selepas daripada waktu kuliah,
rakan-rakanlah yang membantu saya untuk meyelesaikannya. Segala komen yang
membina dari rakan-rakan tentang tugasan yang saya lakukan, didahului dengan
ucapan terima kasih.

Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang membantu saya dari segi sokongan
moral. Walaupun berada jauh di mata, namun mereka sentiasa dekat di hati. Segala
nasihat, kata-kata semangat dari mereka menjadi pembakar semangat untuk saya
menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru pelatih.

Semoga jasa dan budi baik kalian akan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datang dari
kelemahan diri saya sendiri.

1
SOALAN TUGASAN

1. Cari petikan yang mempunyai laras sains dan teknologi.

2. Kelaskan perkataan mengikut pola suku kata.

3. Cari kata pinjaman dalam petikan tersebut, kemudian tuliskan mengikut pola
suku kata.

2
PETIKAN DARI KARANGAN YANG BERTAJUK ‘BUMI KIAN TERANCAM’

Menjelang abad ke-16, saintis mula mengkaji tentang planet dunia dan angkasa.
Namun begitu, hanya mulai pada abad ke-20 manusia dapat melihat planet Bumi dan
angkasa lepas seluruhnya. Pada bulan Jun 1988, sekumpulan angkasawan dari
Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas, National Aeronautic and Space
Administrator (NASA) telah mendapati bahawa suhu bumi semakin meningkat. Hal ini
mengesahkan teori segelintir saintis pada awal dekat 70-an yang meramalkan bahawa
suhu bumi akan bertambah tinggi.Suhu di beberapa wilayah tengah China meningkat
antara 36 hingga 40 darjah Celcius selama sepuluh hari berturut-turut pada bulan Julai
1988. Beratus-ratus manusia mati kerana dilanda gelombang haba tersebut. Hal yang
sama juga melanda Amerika Utara. Akibatnya, dari tahun 1987 hingga 1988, hasil
tanaman merosot secara mendadak di Amerika Syarikat, iaitu negara pengeksport
utama makanan dunia. Masalah lain ialah masalah hakisan lapisan ozon. Kajian NASA
juga menunjukkan bahawa terdapat lubang di lapisan ozon, di ruang angkasa benua
Antartika. Didapati bahawa 97.5 peratus daripada gas ozon telah hilang, sebaliknya gas
klorin monoksida, iaitu gas yang terurai daripada bahan kimia klorofluorokarbon (CFC)
pula ditemukan di tengah-tengah lubang itu. Para ilmuwan dan golongan pakar dalam
pelbagai cabang ilmu sedang giat menjalankan kajian untuk menentukan masa depan
Bumi. Contohnya, para jurutera bertungkus-lumus memikirkan teknologi yang sesuai
untuk pembangunan tanpa pencemaran alam sekitar.

3
POLA KESELARASAN EJAAN

BIL. POLA PERKATAAN


KESELARASAN
EJAAN
1. KV ke, di
2. VK an
3. KVK _
4. KKVK _
5. KVKK _
6. KKKV _
7. KKKVK _
8. KKVKK _
9. KVV _
10. KVVK lain, giat
11. KVKV mula, pada, bumi, dari, suhu, hari, mati, haba, sama,
juga, para, masa
12. KVKVK namun, dapat, lepas, bulan, telah, dekat, hasil, bahan,
dalam, depan
13. KVKKV hanya, tanpa
14. KVKKVK tengah, darjah
15. VKV ini, itu
16. VVK _
17. VKVK abad, awal, akan, ozon, alam
18. VKKV ilmu
19. VKKVK untuk

KATA PINJAMAN MENGIKUT POLA KESELARASAN EJAAN

4
BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS

saintis (KVVKKVK) scientist (KKVVKKVKK)

planet (KKVKVK) planet (KKVKVK)

teori (KVVKV) theory (KKVVKK)

celsius (KVKKVVK) celsius (KVKKVVK)

ozon (VKVK) ozone (VKVKV)

klorin (KKVKVK) chlorine (KKKVKVKV)

monoksida (KVKVKKVKV) monoxide (KVKVKVKV)

klorofluorokarbon chlorofluorocarbon
(KKVKVKKVVKVKVKKVK) (KKKVKVKKVVKVKVVKVK)

teknologi (KVKKVKVKV) technology (KVKKKVKVKK)

Antartika (VKKVKKVKV) Antarctic (VKKVKKKVK)

5
KESIMPULAN

Laras bahasa ialah subset sesuatu bahasa yang digunakan untuk tujuan
tertentu. Ia merupakan bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan.
Laras bahasa terdiri daripada laras iklan, laras sains, laras undang-undang, laras
sukan, laras ekonomi, laras matematik dan laras agama. Dalam aktiviti berbahasa,
laras penting kerana ketidaktepatan penggunaan laras bahasa akan menjadi ketara
apabila terdapat penggunaan bentuk-bentuk yang tidak sesuai. Hal ini dapat dilihat
melalui kesalahan yang dilakukan oleh penutur bukan ahli sesuatu bahasa,
terutamanya dalam aspek pemilihan kata yang tidak sesuai bagi sesuatu laras dan
campur aduk perkataan dalam laras yang berlainan. Laras sains banyak menggunakan
kata pinjaman bahasa Inggeris.

Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad,
iaitu kira-kira 500. Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing,
terutama bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Suku kata ialah bahagian perkataan yang
berasaskan kehadiran vokal. Suku kata ditandai oleh suatu vokal dan wujud sebagai
satu vokal atau bersama-sama dengan konsonan. Dalam bahasa Melayu terdapat
sembilan belas pola suku kata. Suku kata yang berakhir dengan vokal dipanggil suku
kata terbuka. Suku kata lain ialah suku kata tertutup kerana diakhiri dengan konsonan.

Antara contoh kata pinjaman bahasa asing yang digunakan dalam bahasa
Melayu adalah seperti saintis, planet, teori. celcius, ozon, klorin monoksida,
klorofluorokarbon, teknologi dan lain-lain lagi. Cara sebutannya hampir sama dengan
bahasa Inggeris, cuma yang membezakan antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris
hanyalah pola suku katanya sahaja.

BIBIOGRAFI

6
1. Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu II. Selangor : Oxford Fajar Sdn.
Bhd.
2. Kamarudin Hj. Husin et al. (1997). Pengajian Melayu 3 : Komunikasi Bahasa.
Selangor : L.C. Marketing.
3. Nik Safiah Karim et al. (2005) Tatabahasa Dewan (Manuskrip Edisi Semakan).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4. Raminah Hj. Sabran.(1989). Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur :Penerbitan Fajar Bakti.
5. Tiada nama pengarang. Dilayari pada 10 Mac 2010 di URL
http://www.scribd.com/doc/11606759/Pola-Suku-Kata-Melayu-Aben

REFLEKSI

7
Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya,dapat juga saya
menyiapkan tugasan Bahasa Melayu Kontekstual yang telah diberikan oleh pensyarah
pembimbing iaitu Dr. Haji Md Sabri bin Che Man. Jutaan terima kasih saya ucapkan
kepada pensyarah pembimbing kerana memberi maklumat yang jelas mengenai
tugasan ini.

Pada mulanya saya beranggapan bahawa tugasan yang diberikan adalah satu
tugasan yang sukar untuk dilaksanakan memandangkan saya menghadapi beberapa
kesulitan sepanjang proses melaksanakan tugasan ini. Antara kesulitan yang saya
hadapi adalah seperti kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan ini kerana banyak
lagi tugasan yang perlu saya lakukan dalam masa yang sama. Selain itu, saya juga
tidak dapat membezakan antara pola keselarasan vokal dan pola keselarasan ejaan
dalam bahasa Melayu.

Untuk mengatasi masalah tersebut, saya telah membuat rujukan melalui


pelbagai jenis buku dari perpustakaan dan juga berpandukan nota yang telah diberikan
oleh pensyarah pembimbing. Selain itu, saya juga melayari internet untuk mencari
maklumat pada waktu senggang supaya memudahkan saya menyiapkan tugasan ini.
Penerangan yang jelas daripada pensyarah pembimbing juga membantu saya dalam
memenuhi kehendak soalan tugasan ini.

Tugasan ini telah membantu saya memahami bagaimana untuk mengelaskan


perkataan satu dan dua suku kata dalam pola yang tepat. Selain itu, tugasan ini juga
membuka minda saya bahawa bahasa Melayu banyak meminjam perkataan dari
bahasa lain seperti bahasa Inggeris terutamanya dalam laras sains dan teknologi.

Semoga pengetahuan dan pengalaman yang saya peroleh semasa melaksanakan


tugasan ini dapat saya manfaatkan dan diajarkan kepada murid-murid saya suatu hari
nanti.

LAMPIRAN
8
BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : NOOR IBTISAM BT. YAAKOB

NO. MATRIK : 100195376

KUMPULAN/SEMESTER : PPISMP 2C

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PENSYARAH PEMBIMBING : DR. HAJI MD SABRI BIN CHE MAN

TARIKH PERKARA YANG T/TANGAN T/TANGAN


DIBINCANGKAN PELAJAR PENSYARAH

2 Mac 2010 Pensyarah memberikan


tugasan dan menerangkan
tentang kehendak soalan
tugasan
10 Mac 2010 Mula mencari petikan dan
bahan rujukan

23 Mac 2010 Menunjukkan draf pertama


dan berkolaborasi bersama
pensyarah
28 Mac 2010 Memperbaiki kesilapan dan
melaksanakan tugasan

2 April 2010 Tugasan dihantar mengikut


tarikh yang ditetapkan

JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN

9
NAMA PELAJAR : NOOR IBTISAM BT. YAAKOB

NO. MATRIK : 100195376

KUMPULAN/SEMESTER : PPISMP 2C

MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL

PENSYARAH PEMBIMBING : DR. HAJI MD SABRI BIN CHE MAN

TARIKH PERKARA

2 Mac 2010 Pensyarah memberikan tugasan dan


menerangkan tentang kehendak soalan
tugasan
5 Mac 2010 Berbincang dengan rakan sekelas
tentang soalan tugasan
8 Mac 2010 Mula mencari petikan dan bahan rujukan

10 Mac 2010 Membuat draf pertama tentang petikan


tersebut
23 Mac 2010 Menunjukkan draf pertama dan
berkolaborasi bersama pensyarah
28 Mac 2010 Memperbaiki kesilapan dan
melaksanakan tugasan
30 Mac 2010 Tugasan siap sepenuhnya

2 April 2010 Tugasan dihantar mengikut tarikh yang


ditetapkan

10

Anda mungkin juga menyukai