Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1 – 7

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1 Pertemuan itu diadakan bagi menghuraikan segala _________ yang melanda ahli-
ahli persatuan itu.
A kekusutan
B ketegangan
C kesuraman
D keserabutan

2 Undang-undang tentang pendatang asing telah __________ agar masalah yang


timbul daripada isu tidak berlarutan pada masa hadapan.
A dibentuk
B digubah
C diubah
D digubal

3 Rumah kedai yang masih dalam pembinaan itu menunjukkan kesan ________
kerana mutu bahan binaan yang rendah.
A rapuh
B robek
C retak
D retas

4 Kakak saya sering termenung kerana teringat _________ suaminya yang berada di
luar negara.
A pada
B kepada
C dengan
D akan
5 Sudah menjadi tabiat Fatin Nabila menyimpan wangnya ______________ sejak
kecil lagi.
A bersuku-suku
B berlambak-lambak
C berduyun-duyun
D berdikit-dikit

6 Cerpen yang ditulis itu _____________ permasalahan yang timbul dalam


kehidupan manusia.
A berpandukan
B berteraskan
C berkisarkan
D berpaksikan

7 Tindakan ___________ akan dikenakan terhadap kakitangan awam yang


mengabaikan tanggungjawab sebagai penjawat awam.
A tatacara
B tatatertib
C tatasusila
D tataadab

Soalan 8 - 14

Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandai dengan A,B dan C dan jika tiada kesalahan telah ditandai
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

8 Bas yang membawa rombongan sekolah itu tidak dari Kuala Lumpur, tetapi dari
A B C
Shah Alam. Tiada kesalahan.
D

9 Walaupun berasal dari tarian Arab, namun tarian zapin telah disesuaikan

A
mengikut kehendak kesenian masyarakat tempatan. Tiada kesalahan.
B C D
10 Pejalan kaki diminta menggunakan jejambat untuk mengelakkan kemalangan
A B
yang sering berlaku di jalan raya itu. Tiada kesalahan
C D

11 Tiada sesiapapun yang berani membantah segala titah Raja Bersiung kerana

A B
takut dimarahi oleh baginda. Tiada kesalahan.
C D

12 Walaupun sudah hampir lima tahun dia diam di Kuala Lumpur, namun cara dia
A B
berpakaian masih kelihatan kampung. Tiada kesalahan.
C D

13 Kerajaan membelanjakan wang berjuta ringgit untuk membina makmal komputer.


A B C
Tiada kesalahan
D

14 Kedua anak ketua kampung telah mendapat hadiah dalam pertandingan


A B C
melukis poster. Tiada kesalahan.
D
Soalan 15 - 17

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul..

15 I Ayah menggulung benang yang panjang itu supaya tidak kusut.


II Pencadang pertama menggulung perdebatan dengan petah sekali.
III Sampan itu terbalik kerana dipukul ombak yang tinggi menggulung.
IV Pendekar itu berjaya menggulung lawannya yang lebih kuat daripadanya.
A I dan II
B II, dan III
C I, II dan IV
D II, III dan IV

16 I Rohana tidak disenangi oleh rakan sepejabatnya kerana dia suka bermuka-
muka.
II Ucapan beliau yang bermuka-muka panjangnya itu memikat hati pendengar.
III Mereka duduk bermuka-muka tetapi tidak bertegur sapa.
IV Pelajar itu berbeza dengan rakannya yang lain kerana bermuka-muka bulat.
A I dan IV
B II dan III
C I ,II dan III
D II, III dan IV

17 I Abang akan melanjutkan pengajaran ke luar negara dalam bidang


kejuruteraan.
II Setiap orang mempunyai pengajaran yang pahit dan manis dalam kehidupan
mereka.
III Mutu pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di sekolah perlu
dibaiki dari masa ke masa.
IV Filem yang kami tonton itu banyak memberikan pengajaran berguna.
A I dan III
B III dan IV
C I, II dan IV
D II, III dan IV
Soalan 18 - 21

Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan


penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak.
Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D
jika tiada kesalahan.

18 Pertambahan bilangan kes-kes jenayah yang melibatkan pekerja asing di Malaysia


semakin membimbangkan kerajaan.
A Penambahan bilangan kes jenayah
B Pertambahan bilangan kes jenayah
C Penambahan bilangan kes-kes jenayah
D Pertambahan bilangan kes-kes jenayah

19 Adik tidak mahu memulangkan semula buku cerita itu kepada rakannya.
A semula memulangkan buku cerita itu
B memulangkan buku cerita semula itu
C memulangkan buku cerita itu semula
D memulangkan semula buku cerita itu

20 Pakaian yang dipakai oleh adik amat comot-momot sekali selepas adik makan
aiskrim .
A comot-momot
B amat sekali comot
C comot-momot sekali
D amat comot-momot sekali

21 Peserta pertandingan memancing itu semakin bertambah daripada 80 orang ke 100


orang apabila tamat masa pendaftaran.
A dari 80 orang ke 100 orang
B daripada 80 orang kepada 100 orang
C dari 80 orang kepada 100 orang
D daripada 80 orang ke 100 orang
Soalan 22 - 24

Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.
22 Pertandingan reka cipta robotik diadakan setiap tahun bagi mencungkil bakat-
bakat muda, selain melihat kemahiran dan daya kreativiti para pelajar.

A Pertandingan reka cipta robotik dapat mencungkil kreativiti bakat-bakat muda


setiap tahun.
B Reka cipta robotik pada setiap tahun dapat mencungkil bakat dan melihat
kreativiti para pelajar.
C Saban tahun pertandingan mencungkil bakat melalui reka cipta robotik
diadakan untuk melihat daya kreativiti para pelajar.
D Kemahiran dan daya kreativiti para pelajar dalam pertandingan reka cipta
robotik setiap tahun dapat mencungkil bakat-bakat muda.

23 Aktiviti senaman dapat mengurangkan kebosanan pelajar yang asyik


menghadapi pelajaran setiap hari.

A Pelajar akan berasa bosan dengan aktiviti senaman yang asyik diadakan setiap
hari.
B Pelajar yang bosan kerana asyik belajar kurang berminat dengan aktiviti
senaman.
C Kebosanan pelajar kerana asyik belajar setiap hari dapat dikurangkan dengan
aktiviti senaman.
D Kebosanan pelajar setiap hari dapat dikurangkan dengan mengadakan aktiviti
senaman.

24 Encik Hussin bukan sahaja mengizinkan anak-anaknya menyertai kegiatan


kokurikulum, malah berbangga dengan pencapaian mereka dalam setiap
aktiviti yang disertai.

A Encik Hussin tidak mengizinkan anak-anaknya bergiat dalam kokurikulum


tetapi berbangga apabila mereka berjaya dalam aktiviti yang disertai.
B Encik Hussin berbangga dengan pencapaian anak-anaknya dalam kegiatan
kokurikulum dan mengizinkan mereka aktif dalam aktiviti tersebut.
C Pencapaian anak-anak dalam kegiatan kokurikulum membanggakan Encik
Hussin walaupun selama ini tidak mengizinkan mereka menyertai aktiviti
tersebut.
D Anak-anak mendapat restu daripada Encik Hussin untuk menyertai kegiatan
kokurikulum dan turut berbangga dengan pencapaian mereka dalam aktiviti
yang disertai.

Soalan 25 – 27

Pilih ayat-ayat yang betul.

25 I Dia majukan surat peletakan jawatan kepada ketua jabatannya.


II Set pinggan mangkuk ibu terpamer di dalam almari hiasan di rumah.
III ”Bilakah dapat kauhantar joran ini kepada Kassim,” tanya Haris kepada Farid.
IV Semua kanak-kanak di Tadika itu terselamat daripada kebakaran yang berlaku.
A I dan II
B II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV

26 I Pandangan adik kian kabur kerana sering menggunakan komputer riba.


II Ibu ke pasar malam tiap hujung minggu untuk membeli barang keperluan
dapur.
III Puan Maheran, sila jemput menepung tawar pasangan mempelai di pelaminan.
IV Pekerja itu menyapu sarang lelabah yang melekat di siling dengan penyapu.
A I dan IV
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV

27 I Apakah kamu sudi menerima lamaran saya ini?


II Munirah bukan sahaja cantik, bahkan juga peramah orangnya.
IIIWah, asyik benar kamu termenung hinggakan saya pulang pun kamu tidak
sedar!
IV Yang berjerebu di ibu kota mengehadkan jarak penglihatan para pemandu.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D II, III dan IV

Soalan 28 - 30

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat- ayat yang berikut.

28 Sikap penduduk kampung yang tidak bermuafakat dan sentiasa mementingkan diri
seperti ___________ tidak membawa kebaikan kepada sesiapa.
A Bagai isi dengan kuku
B Bagai tikus membaiki labu
C Bagai kacang lupa akan kulit
D Bagai enau dalam berlukar melepaskan pucuk masing-masing

29 John didakwa telah menggelapkan wang syarikat sejak beberapa tahun lalu. Oleh
sebab tidak mahu mengganggu siasatan, dia telah meletakkan jawatan secara suka
rela. Keadaan ini ibarat
A buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali
B biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
C bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
D berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai

30 Ayah telah merotan adik kerana menyangka bahawa adik telah menyembunyikan
buku latihan Matematik kakak yang akan dihantar pada hari esok. Namun begitu,
buku tersebut terselit di dalam beg sekolah kakak. Tindakan ayah tanpa usul
periksa samalah seperti pepatah
A di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut.
B dengarkan cerita burung, anak di pangku dilepaskan.
C sayang anak tangan-tangankan, sayang isteri tinggal-tinggalkan.
D kecil anak, besar onak.

Anda mungkin juga menyukai