Anda di halaman 1dari 4

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan seorang putera raja yang

telah menyalurkan tenaganya ke arah mencapai kemerdekaan dan keharmonian negara. Ini
menyebabkan saya melibatkan diri dalam akitiviti yang berkaitan dengan kemerdekaan.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merupakan putera Sultan Abdul
Halim Halimshah, Sultan Kedah yang ke 24 dan dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana
Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah. Ketika itu Kedah adalah sebuah negeri di bawah naungan
Siam. Beliau adalah anakanda kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Shah. Ibunya
bernama Cik Manjalara merupakan seorang puteri Ketua Negeri Mataban, dalam jajahan
Siam.

Penglibatan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam parti UMNO
membawa kepada perlantikannya sebagai Perdana Menteri yang pertama selepas
kemerdekaan dari 1957 hinggalah beliau bersara pada tahun 1970. Pada 6 Disember 1990,
seluruh negara dirundung pilu kerana YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa
Kemerdekaan, Bapa Malaysia meninggal dunia dan dikebumikan dengan penuh hormat di
tanah perkuburan keluarganya di Kedah selaku menunaikan permintaan beliau.

Ibu Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bernama Menjalara, merupakan
anak Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam. Pendidikan formal Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bermula ketika berusia 6 tahun di sekolah Melayu dan
seterusnya di Sekolah Inggeris Kerajaan yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul
Halim. Kemudian YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dihantar belajar di Siam di
Sekolah Debsirinder, Bangkok ketika berusia 12 tahun. Apabila kekandanya Tunku Yusuf
yang menjaganya di Bangkok meninggal dunia, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj berpindah ke Penang Free School, Pulau Pinang pada tahun 1915.

Pada tahun 1919, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah dikurniakan
hadiah pelajaran negeri Kedah ke England dan menerima Ijazah Sarjan Muda Sastera
(Sejarah) dari St. Catherine's College, Universiti Cambridge pada tahun 1925. Saya
berpendapat bahawa Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bolehlah
dianggap sebagai anak Melayu yang pertama lulus universiti di England.

Selepas itu, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meneruskan pula
pengajiannya dalam bidang perundangan di Inner Temple, England. Semasa menuntut di
England, jiwanya tersentuh dengan lagak bangsa penjajah yang memandang rendah kepada
bangsa yang dijajah. Ini mendorongnya menubuhkan 'Persatuan Anak-anak Melayu Great
Britian' pada tahun 1927 yang bertujuan menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di sana
serta menyemaikan semangat Kemerdekaan. Beliau juga menyertai 'Majlis' iaitu sebuah
persatuan pelajar India -Muslim yang melaung-laungkan sentimen anti-penjajah British. Di
sinilah beliau mula berjinak dalam bidang politik apabila menubuhkan Kesatuan Melayu
Great Britain dan menjadi setiausahanya yang pertama. Bagaimanapun, Apabila
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj gagal dalam peperiksaan, beliau
pulang ke tanah air dan berkhidmat sebagai Pegawai Daerah di beberapa tempat di Kedah.
Sekembalinya ke tanah air pada tahun 1931 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj memasuki Perhidmatan Awam Negeri Kedah dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai
Daerah Kuala Muda, Padang Terap. Kuala Nerang, Pulau Langkawi dan Kulim. Pada tahun
1938 sekali lagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England, kali ini
untuk mengikut kursus undang-undang namun pengajiannya terbantut apabila meletusnya
Perang Dunia Kedua.

Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke tanah air dan bergiat
cergas dalam SABERKAS. SABERKAS adalah singkatan kepada 'Syarikat Berkerjasama
Am Saiburi'. Saiburi adalah nama Kedah dalam bahasa Siam namun maksud sebenarnya ialah
'Sayang Akan Bangsa Redha Korban Apa Segala'. Beliau banyak melakukan kerja-kerja
kebajikan semasa pemerintahan tentera Jepun. Apabila Jepun menyerah kalah dan British
kembali muncul, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyertai
Kesatuan Melayu Kedah.
Demi menyempurnakan cita-citanya menjadi seorang peguam pada tahun 1947,
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ke England sekali lagi untuk
meyambung pengajian undang-undangnya.Beliau melanjutkan pelajarannya di luar Negara
selama 25 tahun.. Pada tahun 1949 Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
lulus dari Cambridge Universiti dan ditauliahkan sebagai peguam. Sekembalinya ke tanah air
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bertugas sebagai Pendakwaraya di
Perkhidmatan Kehakiman Kuala Lumpur.
Semasa pemerintahan Jepun, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
diberi jawatan sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Di antara tahun 1947 hingga 1949
berlaku pergolakan politik yang hebat di Tanah Melayu. Pada masa itulah Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kembali ke England untuk meneruskan pengajian
perundangan beliau di Inns of Court dan kembali ke tanah air dengan segulung ijazah peguam
dan harapan untuk mengembangkan dasar demokrasi. Pada masa itu beliau berumur 45 tahun
dan telah pun berkahwin dengan Sharifah Rodziah bt. Syed Alwi Barakbah Tunku dan
dikurniakan tujuh orang cahayamata. Walau bagaimanapun, Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah berkahwin sebelumnya dengan seorang gadis bernama
Meriam pada tahun 1933, malangnya Meriam meninggal dunia akibat demam malaria.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah juga berkahwin dengan
Violet Coulson pada tahun 1935 tetapi perkahwinan itu tidak berkekalan.

Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan di jiwa


Allahyaraham. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah salah seorang
yang hadir ketika Kongres Melayu Se Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun
1946. Pada tahun 1949, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi
pengerusi UMNO bahagian negeri Kedah. Apabila Dato' Onn bin Jaafar meletak jawatan
sebagai Persiden UMNO, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
dipilih bagi mengisi kekosongan itu pada 26 Ogos 1951.
Sejak mengambil alih kepimpinan UMNO dari Dato' Onn, Allahyaraham YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan kerjasama dengan MCA menubuhkan Perikatan
pada tahun 1952. Sejak itu Perikatan menjadi badan dominan yang memperjuangkan
Kemerdekaan sehinggalah negara memperolehi kebebasan mutlak apabila Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membacakan pengistiharan Kemerdekaan pada
pagi 31 Ogos 1957 yang kini disambut setiap tahun sebagai Hari Kebangsaan - Hari
menyambut kemerdekaan.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membuktikan kenegarawanan
beliau apabila Parti Perikatan dihasilkan bersama-sama dengan MCA dan kemudian disertai
pula oleh MIC. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menegaskan
kemerdekaan akan hanya dicapai melalui kerjasama di antara kaum Melayu, Cina dan India.
Kewibawaan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebagai seorang
pemimpin terserlah apabila hasil rundingan Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj dengan pihak British membawa kepada pilihanraya yang pertama pada 31 Ogos 1955
dan Parti Perikatan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik menjadi Ketua Menteri. Di antara usaha
beliau yang penting adalah cubaan menyelamatkan negara dari ancaman komunis semasa
daurat dengan memberi tawaran pengampunan beramai-ramai sekiranya pengganas menyerah
diri. Ini diikuti oleh Rundingan Baling pada 27 dan 28 Disember 1955 antara PKM dan
kerajaan tetapi menemui jalan buntu.

Pada 13 Januari 1956, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengetuai
rombongan perundingan Merdeka yang bekerjsama disertai oleh 4 orang wakil Raja Melayu
dan 4 orang wakil Parti Perikatan di Lancester House dan pada 8 Februari 1956, beliau
menandatangani Perjanjian Merdeka. Pada 31 Ogos 1957, Allahyaraham Tunku Abdul
Rahman melaungkan perkataan, Merdeka! Merdeka! Merdeka di Stadium Merdeka Kuala
Lumpur. Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana
Menteri Persekutuan Tanah Melayu Merdeka yang pertama dan dalam masa yang sama
memegang potfolio Menteri Dalam Negeri.Beliau berasa sebagai seorang penduduk tanah
air , beliau bertanggungjawab untuk mendapatkan kemerdekaan untuk tanah beliau.
Sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj telah bertindak lancar dengan mencipta polisi-polisi baru. Tunku Abdul Rahman
memulakan beberapa projek pembangunan, diantaranya ialah membina Masjid Negara,
Stadium Negara, Bangunan Parlimen, Muzium Negara dan Tugu Kebangsaan. Pada tahun
1957, Pertandingan Bola sepak Piala Merdeka di buka kepada semua negara kecuali
Isreal..Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengasaskan
Kementerian Kebudayaan, Beliau dan Sukan dalam usaha beliau untuk memperkayakan
warisan Malaysia. Dengan semangat kecekalan dan ketekunan .beliau telah berjaya
memperkayakan warisan Malaysia tersebut
Di peringkat antarabangsa, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
mengilhamkan penubuhan Association of Shoutheast Asia (ASA) dan memeterai perjanjian
penubuhannya pada tahun 1961 dengan Thailand dan Filipina. Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang yang keras menentang dasar apartied Afrika
Selatan sehingga negara itu disingkirkan keahliannya dari Komanwel dalam Persidangan
Komanwel di London.
Untuk mengeratkan hubungan diplomatik sesama negara Islam serta meningkatkan syiar
Islam, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengilhamkan negara
menganjurkan Pertandingan membaca Al-Quran peringkat antarabangsa. Tradisi ini
diteruskan sehingga ke hari ini.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah peminat sukan yang serius,
beliau telah mengembangkan minatnya ke peringkat negara apabila Malaysia menganjurkan
kejohanan Pestabola Merdeka pada setiap tahun yang menyumbang kepada negara ini
muncul sebagai gergasi bolasepak Asia ketika itu.
Pada May 1961, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga
bertanggungjawab menyarankan gagasan Malaysia - merangkumi Tanah Melayu, Singapura,
Sarawak, Borneo Utara (kemudian dikenali sebagai Sabah) dan Brunei. Kesemuanya kecuali
Brunei menyertai gagasan tersebut dan Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, satu
gagasan persekutuan yang terdiri dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak.
Walaubagaimanapun beliau dengan berat hati kemudiannya telah menyingkirkan Singapura
dari Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tindakannya adalah didasarkan kepada anggapannya
bahawa Singapura adalah 'barah yang harus dibuang' demi mengelakkan kacau-bilau politik
merebak ke seluruh negara.
Bagi Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ini perlu dilakukan demi
keamanan negara ketika itu. Pada tahun 1969, pergolakan politik telah membawa kepada
peristiwa hitam "13 Mei". Pada masa itu, beberapa pemimpin muda yang berfikiran radikal
mendesak Allahyaraham untuk meletak jawatan. Beliau dikritik kerana kurang melaksanakan
dasar pro-Melayu sehingga menyebabkan berlakunya rusuhan. Walau bagaimanapun
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj enggan berbuat demikian
sehinggalah masalah itu dapat diselesaikan. Ekoran dari insiden itu, Allahyaraham YTM
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyerahkan kuasa eksekutif kepada Tun Razak
yang mempengerusikan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).
Akhirnya, pada 21 September 1970 tamatlah satu era apabila Allahyaraham YTM Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj bersara dari jawatan Perdana Menteri Malaysia dan menerima
pelawaan Raja Faizal dari Jeddah untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di
Jeddah. Pada Perhimpunan Agung UMNO ke 22 pada 23-24 Januari 1971 Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakkan jawatan Yang DiPertua UMNO dan
Tun Razak disahkan sebulat suara sebagai penggantinya.
Walaupun telah bersara, beliau menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. Allahyaraham
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj banyak menabur jasa dan mengharumkan Malaysia
di peringkat antarabangsa. Beliau mendapat anugerah-anugerah akademik dan sukan dari
dalam dan luar negara di samping menerima darjah-darjah kebesaran. Walau setinggi mana
pencapaian beliau, Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tetap seorang
yang merendah diri dan sentiasa memikirkan kebaikan rakyat.
Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meninggal dunia pada 6 Disember
1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor
Setar. Jasa-jasanya sebagai Bapa Kemerdekaan akan sentiasa dikenang setiap kali menjelang
Hari Kebangsaan,

Anda mungkin juga menyukai