Anda di halaman 1dari 2

Tip Cipta Pertemuan Yang Indah & Romantik

Setiap pertemuan dengan insan tersayang pastinya anda menginginkan ia berlansung dalam suasana yang
menyeronokkan dan suasana yang begitu romantik. Tapi ada juga yang tidak tahu cara untuk mencipta suasana
begini. Tip di bawah mungkin membantu anda dalam menyemarakkan lagi hubungan yang baru ingin dijalin.

1. Persekitaran yang selamat


Dewasa ini banyak kes jenayah berlaku dan ada kalanya membabitkan pasangan yang enak bercinta. ada yang
diculik, dipukul dan sebagainya. Semua ini sudah pasti meninggalkan satu trauma kepada pasangan jika malang
menimpa temannya.

Bagi mengelakkan ia terjadi pada anda dan pasangan anda, langkah pertama yang harus anda lakukan ialah
memastikan tempat pertemuan itu sangat selamat, pastikan ada ramai orang berada di keliling anda.

Persekitaran yang selamat ini memberi erti anda mula menyayangi teman yang anda baru kenali itu, anda mahu dia
selamat. Jika berlaku sesuatu, ada ramai orang yang mahu datang menolong. Cinta bukan berlandas kepada nafsu
semata-mata sebaliknya ia satu ikatan suci yang lahir dari jiwa yang murni. Jika anda berniat baik, insya-Allah teman
yang anda kenali itu akan menjadi suri di hati anda nanti.

2. Saling memerlukan
Sudah tentu, bila anda sudah menemui orang yang anda sukai, anda selalu mahu berada di sisinya. Anda mahu
menyayangi dan mencintainya sepenuh hati tanpa sebarang prasangka. Inilah rahsia cinta yang sering kali membuat
pasangan
berasa bahagia.

Mereka akan berkorban segalanya untuk memastikan insan yang disayangi berasa selamat dan bahagia di sisi. Cinta
bukan pembohongan sebaliknya, saling memahami, mengerti dan mencintai.

Namun anda juga harus memahami, ada orang lain di sekeliling anda yakni teman-teman dan juga keluarganya.
Jangan pula kerana terlalu mencintai pasangan, anda mengongkongnya. Sangkaan anda, ia baik untuk hubungan
tetapi ia sebenarnya akan merosakkan jiwa pasangan. Bertolak ansurlah dalam sesuatu perkara kerana ia adalah
asas kepada kebahagiaan.

3. Rancang aktiviti setiap minggu


Hidup manusia jika terlalu statik sudah tentu menimbulkan kebosanan. Bukan saja kebosanan itu dirasai dalam diri
sendiri tetapi juga kepada pasangan dan orang di sekeliling kita sendiri. Sebaiknya, rancanglah jadual anda dengan
teliti.

Apa yang anda mahu lakukan pada minggu ini dan apa minggu seterusnya. Jika minggu ini anda ingin berkelah di
kawasan air terjun, minggu depan anda mungkin perlu berada di pusat membeli-belah pula.

Kalau boleh rancang aktiviti anda dengan sebaiknya. Ada banyak perkara yang harus anda lakukan seperti menonton
wayang, membeli-belah, window shopping, makan malam yang romantik, balik kampung dan sebagainya. Pendek
kata, jika hati tengah bahagia, apa saja yang anda lakukan akan menawan hati pasangan.

Percayalah, dia akan menyayangi dan mencintai anda sepenuh hatinya. Dia akan percaya, dalam 10 tahun akan
datang, di saat anda sudah mendirikan rumah tangga, anda masih mampu membahagiakannya dan memberikan
beberapa kejutan untuknya meski pun ketika itu anak-anak sudah ramai.

4. Pergi bercuti
Bercuti adalah satu perkara yang sangat menyeronokkan dan mampu mengeratkan hubungan. Ini bukti dari kajian
yang dilakukan di kalangan rakyat Belanda yang ditulis dalam buku The Journal Of Applied Research In Quality Of
Life yang mana 974 penduduk dari 1530 orang dewasa mengaku bercuti mampu mengeratkan lagi hubungan tidak
kira yang sudah berkahwin mahu pun pasangan bercinta.
Mungkin bagi yang tidak mampu, soal bercuti menjadi satu perkara besar tetapi bercuti bukan memerlukan anda
menaiki kapal terbang atau melancong ke luar negara sebaliknya menghabiskan masa di kawasan perkelahan air
terjun juga dikira sebagai bercuti asalkan anda tahu memanfaatkan masa bersama tersebut.

Namun jangan sekali anda berubah sikap selepas balik bercuti kerana hubungan ini perlu diteruskan setiap masa
agar pasangan berasa bahagia. Percayalah, jika anda mampu membahagiakan pasangan, hubungan cinta anda pasti
menyeronokkan dan rasanya lebih indah.

Anda mungkin juga menyukai