Anda di halaman 1dari 72

Peraturan Olahraga KOAM

Peraturan 110 Pegawai Antarabangsa

Perjawatan Bilangan Tarikh lantikan

Delegent pengurusan 2 3 tahun


Delegent teknikal 2 3 tahun
Delegent perubatan/kawalan dadah 1 2 tahun
Pegawai teknikal Antarabangsa(ITO) 1 ketua &9 lagi 1 tahun
Hakim Foto Penamat Antarabangsa 1 1 tahun
Hakim Jalankaki Antarabangsa 3 ketua & 9 lagi 1 tahun
Juri Rayuan 3 & 1 setiausaha 1 tahun
Delegent Televisyen 1 3 tahun
Delegent Akhbar 1 2 tahun
Konisari Juru Gambar 1 2 tahun

Peraturan 111 Delegent pengurusan

• Akan sentiasa mengekalkan perhubungan rapat dengan jawatankuasa pengelola dan


melaporkan ke Majlis IAAF
• Berurusan jika perlu perkara yang berkaitan tugas dan tanggungjawab kewangan Ahli
Pengelola dan Jawatankuasa Pengelola
• Akan bekerjasama dengan Delegent Teknikal .

1
PERATURAN 112 DELEGENT TEKNIKAL (WAKIL-WAKIL TEKNIKAL)
• Bertanggungjawab dalam memastikan semua aspek teknikal mengikut Peratiran
lTeknikal IAAF
• Mengemukan cadangan jadul pertandingan, kelayakan masuk pertandingan alatan-
alatan yang hendak digunakan dan menetapkan had kelayakan bagi acara padang, dan
menentukan cara saringan dan pusingan kelayakkan bagi acara balapan.
• Memastikan peraturan Teknikal disampaikan kepada semua Ahli pengelola dalam
tempoh yang mencukupi sebelum pertandingan.
• Bertanggungjawab ke atas semua persiapan teknikal yang diperlukan bagi
menganjurkan pertandingan.
• Mengawal penyertaan dan berkuasa menolak sebarang penyertaan atas sebab teknikal
• Mengemukakan laporan terhadap persiapan sesuatu pertandingan
• Mengatur saringan dan pusingan kelayakan dan menentukan kumpulan bagi
pertandingan acara campuran.
• Bekerjasama dengan Delegent pengurusan.
• Akan mempengerusikan mesyuarat teknikal dan memberi taklimat kepada semua
pegawai teknikal
• Melantik seorang ketua ITO daripada ITO, jika seorang ketua belum dilantikkan

PERATURAN 115 PEGAWAI TEKNIKAL ANTARABANGSA (IT0)

• Ketua ITO akan melantik seorang ITO bagi setiap acara dalam program ITO hendaklah
memakai lapik kain yang jelas pada lengan atau lencana.
• ITO hendaklah memberikan segala bentuk bantuan kepada referi acara itu.
• Mestilah hadir disepanjang masa acara sedang dijalankan
• Memastikan pengendalian pertandingan mengikut peraturan pertandingan IAAF.

2
• Sekiranya timbul sesuatu masalah , akan membawa perkara tersebut dengan segera
kepada perhatian ketua hakim acara tersebut.
• Andainya perkara tersebut tidak diselesaikan , ia akan dirujuk kepada Delegent Teknikal
• Pada akhir acara padang, hendaklah menandatangani kad-kad keputusan

PERATURAN166 HAKIM-HAKIM LUMBA JALANKAKI ANTARABANGSA

• Sebuah panel Hakim-hakim Lumba Jalankaki Antarabangsa hendaklah dibentuk.


Jawatankuasa Lumba Jalankaki IAAF berpandukan Kriteria yang diluluskan oleh Majlis
IAAF
• Hakim-hakim Jalankaki yang dilantik bagi semua kejohanan Antarabangsa bawah
peraturan 12.1 (a) hendaklah terdiri daripada anggota panel Hakim-hakim Lumba
Jalankaki Antarabangsa
• Hakim-hakim Lumba Jalankaki Antarabangsa atau Panel Hakim-hakim Lumba Jalankaki
kawasan.

PERATURAN 117 HAKIM FOTO PENAMAT ANTARABANGSA

• Dalam semua pertandingan mengikut peraturan 12.1 (a) dan (b), seorang hakim Foto
Penamat Antarabangsa , dilantik sama ada oleh IAAF atau Persatuan kawasan yang
berkaitan,hendaklah menyelia semua keperluan Foto Penamat.

PERATURAN 118 JURI RAYUAN

• Dalam semua pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1(a) dan (b), sebuah
panel Juri Rayuan, yang lazimnya mengandungi 3,5 atau 7 orang ahli hendaklah dilantik

3
• Salah seorang daripada ahli tersebut akan menjadi pengerusinya, dan seorang
setiausaha. Jika dan difikirkan sesuai, setiausaha boleh dilantik daripada bukan ahli
panel
• Tugas utama juri rayuan ialah menyelesaikan bantahan-bantahan mengikut peraturan
146 dan hal-hal lain yang timbul sepanjang kejohanan yang dirujukkan kepadanya bagi
mendapatkan keputusan. Keputusannya adalah muktamad. Bagaimanapun keputusan
itu akan ditimbangkan semula sekiranya kenyataan yang muktamad dipersembahkan.
• Keputusan yang mambabitkan markah, yang tidak terkandung dalam peraturan
hendaklah dilaporkan oleh Pengerusi Juri kepada setiausaha Agung IAAF

PERATURAN 119 PEGAI-PEGAWAI KEJOHANAN

• Jawatankuasa Pengelola akan melantik semua pegawai-pegawai tertakluk kepada


peraturan Negara ahli kejohanan itu diadakan. Untuk pertandingan mengikut peraturan
12.1 (a), (b) atau (c), tertakluk kepada peraturan dan prosedur organisasi antarabangsa
berkenaan. Senarai berikut yang disediakan di bawah terdiri dari pegawai-pegawai yang
difikirkan perlu bagi sesuatu kejohanan antarabangsa. Pihak pengelola boleh mengubah
sesuaikan mengikut keadaan yang diperlukan

PERATURAN 120- PENGARAH PERTANDINGAN

• Akan merancangkan organisasi teknikal sesuatu pertandingan dengan kerjasama


delegat Teknikal.
• Memastikan rancangan Berjaya dan menyelesaikan sebarang masalah teknikal
bersama dengan Delegat Teknikal
• Akan mengarahkan tindakan interaksi antara peserta di dalam sesuatu acara
• Melalui system komunikasi akan berhubung dengan pegawai-pegawai yang
bertanggungjawab.

4
PERATURAN 121- PENGURUS KEJOHANAN

• Berkuasa atas kejohanan dan bertanggungjawab menentukan kelicinan perjalanan


kejohanan .
• Menentukan semua pegawai telah melaporkan diri dan jika perlu mencari ganti.
• Berkuasa memecatkan dari tugas pegawai yang tidak mematuhi peraturan.
• Bekerjasama dengan Pengawas yang dilsntik mengaturkan hanya orang yang
berkenaan sahaja dibenarkan berada di arena.
• Untuk kejohanan yang melebihi 4 jam atau melebihi satu hari. Disyorkan Pengurus
adakan penolong Pengurus yang mencukupi untuk membantunya.

PERATURAN 122 – PENGURUS TEKNIKAL

• Bertanggungjawab penuh kepada Pengurus kejohanan, menentukan balapan, landas


lari, bulatan, lengkungan dan kawasan lompat disediakan dengan betul.
• Menentukan perkakas dan alatan mengikut spesifikasi, mencukupi dan sedia ada untuk
disahkan oleh Referi.

PERATURAN 123 - PENGURUS BILIK PANGGILAN

• Dengan kerjasama hakim-hakim Bilik Panggilan, akan mengawasi perjalanan atlit antara
kawasan memanaskan badan dengan kawasan pertandingan.
• Memastikan atlit selepas diperiksa berada dan bersedia di padang bagi memulanya
acara yang dijadualkan.
• Mengadakan satu jadual waktu khas.

5
PERATURAN124 – REFERI-REFERI
Referi berasinagan dilantik bagi acara-acara:

• Balapan, Padang, acara campuran ; acara lari dan lumba jalanKaki yang dijalankan di
luar stadium.
• Referi bagi acara balapan dan acara di luar stadium tidak mempunyai kuasa atas
perkara bawah pengawasan Ketua Hakim Lumba JalanKaki.
• Referi akan bertanggungjawab menentukan semua peraturan dipatuhi dan memberi
keputusan dalam perkara teknikal yang timbul di mana ia tidak disurat dalam buku
peraturan IIAF.
• Berkuasa menentukan kedudukan peserta di akhir perlumbaan (hanya jika hakim-hakim
tidak dapat memutuskannya dan terdapat pertingkahan keputusan.)
• Memeriksa kesemua keputusan akhir- acara padang.
• Memutuskan sebarang bantahan lisan.
• Memberi amaran atau penyingkiran.
• Berkuasa mengisytiharakan sesuatu acara dimansuhkan dan ditandingkan semula.
• Mengawasi pengukuran pencapaian rekod – acara padang.
• Mengawal peralatan foto penamat bersama dengan Ketua Hakim Foto Penamat dan
Pelepas.
• Referi acara Campuran akan berkuasa atas perjalanan acara individu dalam
pertandingan acara Campuran.

PERATURAN 125 – HAKIM-HAKIM

6
• Ketua Hakim acara Balpan dan Ketua Hakim bagi setiap acara Padang akan
menyelaraskan tugas hakim-hakim dalam acara mereka.
• Jika tugas belum ditentukan oleh pihak pengelola, ketua hakim akan menetukan tugas
kepada para hakim
• Hakim Balapan yang akan bertugas dari sebelahan balapan yang sama( bahagian
dalam, 5 meter dari lorong pertama garisan penamat) akan menentukan kedudukan
peserta.
• Hakim acara padang akan menghakim, merekod setiappercubaan dan mengukur setiap
percubaan yang sah.
• Sekurang-kurangnya dua orang hakim perlu menyimpan rekod semua percuabab dan
menyemak pencatatan mereka pada akhirnya setiap pusingan
• Seorang hakim akan ditugaskan untuk menaikan bendera putih atau bendera mereh
untuk menunjukkan percubaan yang sah atau tidak

PERATURAN 126
PENGADIL BALAPAN DAN ACARA LUMBA JALAN KAKI

• Pengadil adalah pembantu kepada Referi tanpa mempunyai kuasa membuat keputusan
akhir.
• Pengadil akan dipastikan kedudukannya oleh Referi supaya mudah untuk memerhatikan
pertandingan dengan teliti.
• Sekiranya terdapat kes-kes faul dan pencabulan peraturan berlaku, Pengadil hendaklah
segera mengemukakan laporan bertulis kepada Referi.
• Sebarang pelanggaran peraturan hendaklah ditunjukkan dengan mengangkat bendera
kuning.
• Bilangan pengadil yang mencukupi hendaklah dilantik bagi menyelia kawasan
penukaran baton dalam lari berganti-ganti.

7
• Apabila seseorang Pengadil mendapati seorang peserta telah mencabulkan peraturan ,
beliau hendaklah dengan serta merta menandakan balapan tempat kesalahan tersebut.

PERATURAN 127
PENJAGA MASA & HAKIM FOTO PENAMAT

• Jika menggunakan catatan tangan, bilangan penjaga masa yang menuckupi hendaklah
dilantik.
• Seorang daripada mereka akan menjadi Ketua Penjaga Masa. Beliau akan mengagih
tugas kepada setiap penjaga masa.
• Penjaga-penjaga Masa akan menjalankan tugas mengikut Peraturan165.
• Apabila alat Foto Penamat Automatik sepenuh digunakan, seorang Ketua Hakim Foto
Penamat dan sekurang-kurangnya 2 orang Penolong Hakim Foto Penamat hendaklah
dilantik.

PERATURAN 128
PELEPAS & PELEPAS PANGGIL BALIK

• Sebelum permulaan hendak dimulakan, menentukan Penjaga-penjaga Masa, Hakim-


hakim, Ketua Hakim Foto Penamat dan Pegawai Penjaga Alat Penyukat Angin sudah
bersedia.
• Seorang atau lebih Pelepas Panggil Balik hendaklah disediakan bagi membantu
Pelepas.
• Pelepas hendaklah berdiri di tempat yang beliau boleh lihat sepenuhnya semua
pelumba sebelum dilepaskan.

8
• Sepasukan Pelepas terdiri daripada 1 pelepas; 1 atau 2 pelepas Panggil Balik (2 untuk
acara sehingga dan termasuk 400m, 1 untuk acara lain); 2 atau lebih penolong Pelepas.
• Pelepas boleh menetapkan tugas dan tempat yang khusus bagi setiap Pelepas Panggil
Balik, yang mempunyai kuasa memanggil semula perlumbaan sekiranya didapati ada
faul.

• Selepas satu pelepasan yang dipanggil balik atau terbatal, Pelepas Panggil Balik
hendaklah melaporkan penelitiannya kepada Pelepas yang akan memutuskan siapa
yang akan diberi amaran atau penyingkiran.

PERATURAN 129
• Menerima peserta dari bilik panggilan
• Kawalan terakhir pakaian dan nombor
• Pengagihan nombor tepi foto penamat
• Menempatkan peserta di garisan 3 meter belakang garisan permulaan
• Memastikan peserta diletakkan dalam sringan dan lorong yang betul.
• Memberikan isyarat kepada pelepas bahawa semua peserta sudah bersedia
• Menyediakan baton untuk acara lari berganti-ganti
• Apabila pelepas sudah mengarahkan peserta ke garisan mula, penolong-penolong
pelepas hendaklah memastikan peraturan 163.4 dipatuhi.
Peraturan tidak tersurat.
Seorang penolong pelepas akan merekodkan amaran dan penyingkiran kesalahan mula
peserta dan menyerakannya kepada Refri Balapan

PERATURAN 130- PENCATAT-PENCATAT PUSINGAN


• Hendaklah mengambil catatan pusingan yang dilengkapi setiap perserta dalam larian
yang melebihi 1500m

9
• Bagi larian 5000m dank e atas, serta lumba jalankaki, seilangan pencatat
• Pusingan dibawah arahan Referi hendaklah dilantik dan dibekalkan kad catatan
pusingan untuk mencatatkan masa yang diperolehi daripada penjaga masa bagi setiap
perserta.
• Pencatat pusingan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk mencatatkan lebih
daripada 4 orang peserta, tidak melebihi 6 peserta bagi acara lumba jalankaki
• Seorang pencatat pusingan akan ditugaskan untuk mempamerkan baki pusingan
• Pusingan terakhir akan diisyarat kepada setiap peserta, biasa dengan membunyikan
loceng.
• Sebagai ganti dikerjakan dengan tangan, satu system berkomputer, dimana terlibat satu
chip yang dibawa oleh setiap peserta, boleh digunakan

PERATURAN 131- SETIAUSAHA PERTANDINGAN.

• Hendaklah mengumpulkan semua keputusan tiap-tiap acara, yang diberi oleh referi,
ketua penjaga masa atau ketua hakim foto penamat dan penjaga penyukat angin
• Hendaklah menyampaikan keputusan dengan segera kepada juruhebat,
merekodkannya dan mengemukakan kad-kad keputusan kepada pengarah
pertandingan.
• Jika system keputusan berkomputer dilaksanakan pengendali catatan computer
hendaklah mempastikan semua keputusan dimasukkan ke system computer.
• Keputusan acara balapan akan dimasukkan di bawah pengawasan ketua hakim foto
penamat
• Juruhebah dan pengarah pertandingan hendaklah mempunyai akses kepada
keputusan-keputusan melalui computer

PERATURAN 132 PENGAWAS

10
• Mempunyai kuasa penuh mengawasi arena dan tidak membenarkan sesiapa yang tidak
berkenaan kecuali pegawai-pegawai yang bertugas dan peserta yang akan bertanding
memasuki dan berada di arena.

PERATURAN 133 JURUHEBAH

• Hendaklah memaklumkan hadiran nama dan nombor peserta yang mengambil bahagian
setiap acara, komposisi saringan, undian lorong dan masa perantaraan
• Keputusan (kedudukan,catatan masa, ketinggian dan jarak) bagi setiap acara hendaklah
dihebahkan seberapa segera yang boleh selepas menerima maklumat tersebut.
• Bagi kejohonan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1 (a) juruhebah bahasa Inggeris
dan Perancis akan dilantik oleh IAAF.
• Di bawah pengawasan Delegent Teknikal, mereka hendaklah bertanggungjawab
terhadap semua aspek protocol ketika membuat hebahan.

PERATURAAN 134 –JURU UKUR RASMI


• Hendaklah memeriksa semua tanda dan alat terpasang dan memberikan sijil-sijil yang
berkenaan kepada pengurus teknikal sebelum kejohanan.
• Hendaklah memberi akses terhadap pelan-pelan dan gambarajah stadium bagi tujuan
pengesahan.

PERATURAN 135 PENJAGA ALAT PENYUKAT ANGIN


Hendaklah menentukan yang alat penyukat angina diletakkan di
Acara Balapan:
• 50 m daripada garisan penamat
• Berhampiran lorong 1
• 1.22m tingginya.

11
• Tidak melebihi 2 m jauhnya daripada balapan
Lompat jauh & Lompat Kijang
• 20 m dari papan lonjak
• Tidak melebihi 2 m jauhnya daripada landas lari
• 1.22m tingginya.
Tempoh masa menyukat kederasan angin:
Balapan:
100m = selama 10 saat.
200m = selama 10 saat bila peserta pertama masuk bahagian lurus balapan.
100m &110m lari berpagar = selama13 saat
Lompat jauh: selama 5 saat sebaik peserta itu melalui tempat bertanda 40 m. Jika peserta itu
membuat larian kurang daripada 40 m, sukatan angina diukur daripada masa dia mula lari.
Lompat kijang: selama 5 saat sebaik peserta itu melalui tempat bertanda 35 m. Jika peserta itu
membuat larian kurang daripada 35m, sukatan angin diukur daripada masa dia mula lari.
Penjaga Alat Penyukat Angin hendaklah memastikan halaju angina mengikut peraturan 169.3 &
184.5 dan merekodkanya, menandatangi keputusan dan menyerahkannya kepada setiausaha
pertandingan.

PERATURAN 136 – HAKIM UKUT ELEKTRONIK


Seorang hakim ukur elektronik hendaklah dilantik sekiranya alat pengukurjarak elektronik
digunakan
• Hendaklah berbincang dengan semua staf teknikal yang terlibat dan memahirkan dirinya
dengan alat tersebut.
• Hendaklah menyelia penempatan alat pengukur tersebut dengan mangambil kira
keperluan teknikal
• Memastikan alat berfungi dengan betul
• Hendaklah sebelum dan selepas acara, menguji ketepatanukuran dengan satu set pita
ukur keluli

12
• Melaporkan kepada referi acara padang yang mengesahkan alat tersebut berupaya
mengukur dengan tepat.
• Bertanggungjawab terhadap semua operasi alat tersebut.

PERATURAN 137- HAKIM BILIK PANGGILAN


• Hakim-hakim bilik panggilan akan memastikan peserta memakai pakaian seragam yang
telah disahkan, bib ombor dipakai dengan betulnya dan sepadan dengan senarai mula.
• Kasut, ombor dan dimensi paku, iklan pada bagasi dan pakaian adalah mengikut
peraturan IAAF.
• Barang larangan tidak boleh dibawa masuk ke arena
• Penggunaan video, perakam kaset, radio,c.d, telefon bimbit atau alat yang seperti itu
dilarang ke dalam arena.

PERATURAAN 140- FASILITAS OLAHRAGA


• Sebarang permukaan yang kukuh dan rata dan boleh menerima paku-paku kasut lumba
boleh digunakan untuk kejohanan.
• Pertandingan bawah peraturan 12.1 (a),(b),(c) dan pertandingan bawah kawalan IAAF
hanya boleh dijalankan di balapan permukaan sintetik yang mematuhi spesifikasi
perstasi IAAF kelas 1 sahaja.

PERATURAN 141- KUMPULAN UMUR


Kumpulan –kumpulan umur berikut terpakai pada semua pertandingan IAAF.
• Remaja L&P= dibawah umur 18 tahun pada 31 Disember tahun pertandingan .
• Junior L&W = di bawah umur 20 tahun pada 31 Disember tahun pertandingan
• Veteran Lelaki = menjadi veteran pada hari lahir ke 40 nya
• Veteran wanita = menjadi veteran pada hari lahir ke 35 nya

13
PERATURAN 142- PENYERTAAN
• Pertandingan dibawah peraturan IAAF terhad kepada atlit yang mematuhi syarat
mengikut peraturan kelayakan IAAF.
• Persekutuan kebangsaan hendak mengiktiraf peserta untuk bertanding di luar Negara
Penyertaan serentak
• Referi boleh membenarkan satu-satu pusingan dijalankan diluar giliran untuk acara
padang.
• Sekiranya seorang atlit tidak hadir ketika gilirannya, itu dikira dia telah menlangkaui
gilirannya jika tempoh masa yang dibenarkan telah berlalu.

Gagal bertanding
Dalamsemua pertandingan mengikut peraturan 12.1 (a),(b),(c)seorang peserta tidak akan
dibenarkan untuk terus mengambil bahagian dalam acara selanjutnya, termasuklari berganti-
ganti, sekiranya
• Pengesahan terakhit telah pun dibuat tetapi gagal memula dan ini tidak memungkinkan
namanya dipotong dari senarai mula acara tersebut
• Sudah layak dalam pusingan awal atau saringan tetapi gagal menyertai
• membekalkan sijil perubatan dan disahkan oleh pegawai perubatan yang diiktiraf pleh
IAAF atau jawatankuasa pengelola, boleh diterima sebagai alasan yuntuk menerima
peserta mengambil bahagian

PERATURAN 143 PAKAIAN,KASUTDAN BIB NOMBOR


pakaian
• bersih dan tidak menjolok mata
• tidak Nampak susuk badan walaupun bersih
• tidak menghalang penglihatan hakim-hakim

14
• dilulus dan meraikan kemenangan pusinga hormat dianggap sebahagian daripada
pertandingan
kasut
untuk memberi perlindungi dan cengkaman kuat dan kestabilan.
• Bukan diwajibkan ( boleh berkaki ayam, berkasut sebelah atau kedua belah kakinya)
• Tali kasut yang melilit kekura dibenarkan
• Tidak mempunyai spring atau alat serupa diletakkan kepada kasut
Bilangan pepaku
• Maximum 11 batang ditumit

Dimensi pepaku
• Diatas permukaan sintetikpanjang maximum tidak melebihi 9mm. bagi acara lompat
tinggi dan merejam lembing,panjangnyamelebihi 12mm
• Bagi permukaan bukan sintetik,panjang maximum pepaku dibenarkan sehingga tidak
melebihi 25mm.
• Diameter pepaku maximumnya tidak melebihi 4 mm.

Tapak dan tumit kasut


• Tebalnya tapak bagi acaralompat tinggi dan lompat jauh, maximumnya tidak melebihi
19mm. Lain acara tidak terhad
Alat-alat tambahan kasut
• Tidak dibenarkan menambahkan apa-apa alat sama ada diluar atau didalam kasut, yang
memberikan kesan kepada ketebalan kasut melebihi had maximum atau yang boleh
memberikan kelebihanyang sepatutnya tidak diperolehi kasut asalnya
Bib nombor

15
• Hendaklah memakai dibelakang dan didada kecuali acara lompat tinggi dan lompat
bergalah dimana satu nombor dibenarkan
• Nombor tambahan disisi seluar diperlukan bila alat foto penamat digunakan.
• Nombor hendak dipakai dalam kedaan ia diterima , tidak boleh dipotong, dilipat atau
terlindung semasa memakainya.
• Tidak dibenarkan mengambil bahagian tanpa memakai nombor pengenalan

PERATURAN 144- BANTUAN KEPADA ATLIT

Pemakluman masa perancangan


Masa perantaraan dan masa kemenangan pusingan awal boleh diumumkan atau
ditayangkan secara rasmi. Jika tidakmasa-masa tersebut tidak boleh disampaikan kepada
atlit tanpa terlebih dahulu mandapat kebenaran referi.
Memberi bantuan
Perkara-perkara berikut tidak dikira sebagai bantuan
• Perhubungan antara atlet dengan jurulatih yang tidak berada di dalam kawasan
pertandingan. Untuk memfasilitet perhubungan ini dan tidak menggangukan
perjalanan pertandingan, satu kawasan di tempat duduk, berdekatan setiap kawasan
pertandingan acara padang dikhaskan bagi jurulatih-jurulatih atlet.
• Fisioterapi dan/atau rawatan perubatan yang diperlukan untuk seorang atlet meyertai
atau menyambungkan penyertaannya setelah berada di kawasan pertandingan
personal yang dilantik atau disahkan oleh wakil perubatan dan /atau wakil teknikal
khas bagi tujuan ini, dibenarkan asalkan ia tidak akan melambatkan perjalanan
pertandingan atau menggagu giliran percubaanpeserta yang telah ditetapkan
itu.sebarang rawatan atau bantuanoleh orang lain semasa atau sebelum
pertandingan seterusnya perserta-peserta sudah bertolak dari bilik panggilan
dianggap sebagai bantuan.
Untuk tujuan peraturan ini perkara-perkara berikut dikira sebagai bantuan dan tidak dibenarkan.

16
• Menentukan rentak(pacing) oleh orang-orang yang tidak bertanding oleh pelumba atau
pejalan yang tertindih atau bakal ditindih atau sebarang bentuk peralatan teknikal.
• Penggunakan alat perakam kaset atau video, radio,CD,alat pemancar radio, telefon
bimbit atau alat-alat serupa oleh atlet ketika diarena.
• Seseorang atlet yang memberi atau menerima bantuan dari kawasan pertandingan
semasa acara sedang berjalan boleh ditegur oleh referi dan diberi amaran jika berulang
akan dibatalkan daripada pertandingan itu.
Makluman angin
Sebuah sarong angin hendaklah diletakkan berhampiran tempat bermula semua acara
lompatan dan acara-acara cakera dan lembing, supaya peserta dapat mengetahui lebih kurang
arah dan kelajuan tiupan angin.

Minuman/ pembasahan
Bagi acara-acara 5,000 atau lebih, pihakjawatankuasa pengelola boleh menyediakan
kemudahan minuman dan pembasahan kepada peserta-peserta jika cuaca memerlukannya

PERATURAN 145 – PEMBATALAN


• Seorang peserta yang berkelakuan tidak bersemangat sukan (unsporting) atau
berkelakuan senonoh boleh menyebabkan beliau disingkirkan dari pertandingan lagi.
Rujukan perlu dibuat dalam keputusan rasmi tentang sebabnya penyingkiran itu.
• Sekiranya seseorang perserta dibatalkan dalam satu acara kerana melanggar peraturan
teknikal IAAF, maka dicatatkan kesalahan yang dilakuknya mengikut peraturan IAAF
yang berkaitan, didalam keputusan rasmi bahagian dalam acara-acara selanjutnya.

PERATURAN 146- BANTAHAN & RAYUAN


• Bantahan mengenai status seseorang atlet yang mengambil bahagian dalam
sesuatukejohanan hendaklah dikemukakan sebelum bermulanya kejohanan tersebut

17
kepada wakil teknikal membuat keputusan maka mereka yang berkenaan berhak
membuat rayuan kepada juri.
• Dalam acara padang, sekiranya seseorang atlet membuat bantahan secara lisan
dengan serta-merta tehadap percubaannya yang difaulkan, referi acara berkenaan
hendaklah menggunakan budi bicaranya….
• Juri rayuan akan mendapatkan keterangan dari semua pihak yang berkenaan, termasuk
referi dan hakim. Jika juri rayuan was-was, bukti lain diperolehi boleh dipertimbangkan
Jika bukti tersebut, termasuk bukti video, tidakdapat memberikan rumusan maka
keputusan referi hendaklah dipakai.

PERATURAN 147-PERTANDINGAN CAMPURAN


Dalam semua pertandingan yang dijalankan sepenuhnya di dalam stadium, acara-acara
campuran lelaki dan wanita tidak dibenarkan.

PERATURAN 148- PENGUKURAN


Bagi kejohanan mengikut peraturan 12.1 (a) hingga dan termasuk (c) semua pengukuran
hendaklah dibuat dengan menggunakan pita atau tolok pengukur keluli tentukur yang disahkan,
atau dengan alat pengukur saintifik.
• Dalam kejohanan lain, alat pengukur kaca gentian boleh digunakan.
• Ketepatan sebarang alat pengukur hendaklah disahkan oleh pihak berkuasa timbang
dan ukur yang sewajarnya.

PERATURAN 149-KESAHAN PENCAPAIAN


Tidak sebarang pencapaian yang dibuat oleh seorang atlit melainkan ia dibuat dalam
pertandingan rasmi yang dijalankan mengikut peraturan IAAF

18
PERATURAN 150- RAKAMAN VIDEO
• Adalah disarankan supaya rakaman video rasmi semua acara yang merakamkan
ketepatan pencapaian dan pelanggaran peraturan, dibuat untuk digunakan sebagai
dokumen sokongan.

PERATURAN 151-PENSKORAN
• Dalam pertandingan yang ditentukan dengan pungutan markah, cara penskoran ini
hendaklah dipersetujui terlebih dahulu oleh Negara-negara yang mengambil bahagian.

ACARA-ACARA BALAPAN

Peraturan 160 – ukuran balapan


• Ukuran balapan larian= 400m: mempunyai sepasang bahagian lurus dan sepasang
selekoh.
• Bahagian dalam balapan dipisahkan oleh bendul tinggi 5 cm dan lebar minimum 5cm.
• Balapan rumput yang tidak mempunyai bendul, bahagian tepi dalamnya digantikan
dengan garisan selebar 5 cm. ia juga hendak dipasang bendera pada jarak 5 m antara
satu sama lain, dicondongkan kedalam pada sudut 60.
• Bendera yang berukuran 25 cm x 20 cm yang dipacakkan dengan tiang sehingga 4 1/2
cm
• Jarak larian diukur dari tepi garisan permulaan sehingga ke tepi belakang penamat
• Bagi larian sehingga dan termasuk 400m, setiap peserta hendaklah berlari dalam lorong
sendiri.

19
• Lebar minimum lorong ialah 1.22 m dan maximum 1.25m ditandakan dengan garisan
selebar 5 cm.
• Dalam kejohanan antarabangsa mengikut peraturan 12.1(a),(b),(c), balapan mestilah
mempunyai 8 lorong.

PERATURAN 161- BLOK MULA


• Blok mula mestilah digunakan untuk semua larian sehingga dan termasuk
400m(termasuk pelari pertama 4 x 100 m, 4 x 200 m dan 4 x 400 m)
• Tidak oleh digunakan bagi larian-larian lain

• Blok mula hendaklah disambungkan kepada peralatan salah mula. Pelepas da/atau
Pelepas Panggail Balik hendaklah memakai fon kepala supaya mengesan salah mula.
• Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1 (a) hingga (e), peserta
hanya dibenarkan menggunakan blok mula yang disediakan oleh jawatankuasa
pengelola.

PERATURAN 162- PERMULAAN.


Semua larian bermula dengan tembakan pistol atau apa jua alat yang diluluskan,yang dihala ke
atas oleh pelepas.
• Kata arah pelepas dalam bahasnya sendiri, bagi larian hingga ked an termasuk 400m:
“ke garisan”,”sedia” dan tembakan dilepaskan.
• Bagi larian ke atas 400m, kata arah ialah “garisan” dan tembakan dilepaskan. Peserta
tidak dibenarkan menyentuh bumi dengan tangannya.
• Selepas arahan “garisan” peserta hendaklah mara mengambil tempat dilorong masing-
masing kedua-dua belah tangan dan sebelah lutut hendaklah memcecah bumi,
sementara kedua-dua belah tapak kai berada diblok mula
• Pada arahan “sedia” peserta hendaklah dengan serta merta mengangkat lutut mereka
dan hanya tinggal tangan dan tapak kaki sahaja yang mencecah bumi .

20
• Mana-mana peserta yang melakukan salah mula hendaklah diber amaran. Seseorang
yang melakukan 2 salah mula atau 3 bagi acara bercampur, beliau akan dibatalkan.
• Pembahagian lorong hendaklah dibuat seperti berikut:
i- pusingan pertama pembahagian dibuat secara undian
ii- bagi pusingan berikutnya, pembahagian akan dibuat berdasarkan
pencapaian peserta mengikut tatacara yang dijelaskan dalam peraturan
166.3 (a).
dua pembahagian akan dibuat:
- satu kumpulan 4 peserta atau pasukan yang membuat pencapaian terbaik untuk
menduduki lorong 3,4,5 dan 6.
- Satu lagi kumpulan 4 peserta atau pasukan yang membuat terendah untuk
menduduki lorong 1,2,7,dan 8.
1000m,2000m,3,000m,5000m dan 10000m
o Sekiranya terdapat lebih daripada 12 orang dalam satu-satu larian mereka ini hendaklah
dibahagikan 2 kumpulan , satu kumpulan kira-kira 65% akan bermula dari garisan
melengkung yang biasa dan 35% dibahagian luar.
o Garisan permulaan melengkung yang kedua ini hendaklah ditanda pada tempat yang
memastikan peserta akan berlari jarak yang sama. Biasanya diseparuh balapan
bahagian luar iatiu di atas garisan antara lorong 4 dan 5. Dan kon diletak atasnya
sehingga kebahagian kedua-dua kumpulan tersebut bertemu.
o Dalam pertandingan mengikut peraturan 12.1(a), (b) dan (c) bagi acara lebih daripada
800m dan acara yang hanya mempunyai satu pusingan sahaja, kedudukan lorong
permulaan ditentukan dengan undian

PERATURAN 163-PERLUMBAAN
• Arah larian adalah mengikut arah bahagian kiri disebelah dalam.
• Lorong akan dinomborkan mengikut arah yang sama dan lorong disebelah dalam diberi
lorong 1.

21
Halangan di Balapan
• Mana-mana peserta yang menyinggung atau menghalang pesera lain; yang menggangu
pergerakan perserta tersebut boleh membawa peserta dibatalkan dari pertandingannya.
Referi mempunyai kuasa mengarahkan perlumbaan tersebut dijalankan semua tanpa
peserta dibatalkan.Sekiranya saringan, membenarkan mana-mana peserta yang
terganggu bertanding dalam pusingan yang berikutnya. Lazimnya peserta sebegini
mestilah menamatkan perlumbaan dengan usaha yang jujur.
• Tidak kira sama ada wujudnya atau tidak pembatalan, seorang referi boleh
mengarahkan sesuatu perlumbaan dijalankan semua jika beliau berpendapat ia wajar
dan mempunyai sebab yang kukuh.
Berlari dalam lorong
• Dalam semua perlumbaan yang mengukit lorong setiap peserta hendaklah sentiasa
berada dalamlorong masing-masing dari mula hingga tamat. Jika referi berpuas hati
seseorang peserta itu telah berlari di luar lorongnya dan memperolehi kelebihan, maka
peserta tersebut akan dibatalkan.
• Jika seseorang peserta itu ditolak atau dihimpit keluar dari lorongnya oelh peserta
laindan sekiranya keadaan tersebut tidak memberikan kelebihan kepada peserta yang
ditolak atau dihimpit itu, beliau tidak akan dibatalkan.
• Jika seseorang atlit itu sama ada berlari diluar lorongnya, dan jika memperolehi
kelebhan sekiranya dibahagian lurus, atau berlari diluar lorong disebelah luar lorongnya
ketika diselekohnya dan yang pastinya tidak mendapat kelebihan kepadanya dan tidak
ada peserta laian yang terganggu, maka beliau juga tidak akan dibatalkan.
• Bagi acara 800 m, peserta akan berlari mengikut lorong sehingga ke penanda
memotong masuk selepas selekoh pertama yang membolehkan peserta meninggalkan
lorong masing-masing.
Meninggalkan balapan
• Seseorang peserta yang secara sukarela meninggalkan balapan tidak akan
dibenarkan meneruskan perlumbaan tersebut.

22
Penanda bantuan(check mark)
• Kecuali bagi acara lari berganti-ganti menggunakan lorong, peserta tidak dibenarkan
meletakkan benda atau penanda bantuan di atas atau disisi lorng larian untuk
membantu mereka
Sukatan halaju angin
• Jangkamasa halaju angina disukat dari mulaletupanpistol adala seperti berikut:
100m 10 saat 100m & 110 m L pagar 13 saat
200 m, halaju angina disukat untuk jangkamasa 10 saat, bermula dari peserta pertama
memasuki bahagian lurus balapan.
• Alat penyukat angina hendaklah diletakkan disisi bahagian lurus balapan
bersebelahan lorong 1,50m dari garisan penamat. Ia hendaklah diletakkan setinggi
1.22 m dan jarak tidak boleh lebih 2 m dari balapan
• Bacaan alat penyukat angin:
Bacaan + 2.03 meter sesaat akan direkodkan sebagai + 2.1 m/s
Bacaan- 2.03 meter sesaat akan direkodkan sebagai 20 m/s
PERATURAN 164- PENAMAT
• Penamat sesuatu perlumbaan ditandakan dengan satu garisan putih selebar 5 cm
• Kedudukan peserta akan ditentukan mengikut susunan supaya mana-mana
bahagian torso jelas mencecah alur menegak bahagian terdekat garisan penamat
PERATURAN 165- CATATAN MASA & FOTO PENAMAT
Perkara Am
• Pencatat masa akan ditempatkan sebaris dengan garisan penamat dan 5 meter diluar
balapan. Tangga disediakan untuk memudahkan mereka melihat dengan jelas
• Mereka ditempatkan bertentangan hakim penamat
• Ketua pejaga masa diwajibkan mengambil kedudukan pertama
• Alat pencatat masa automatic harus diguna untuk semua pertandingan.
Mengendalikan jam randik

23
• Memegang jam randik dalam tapak tangan
• Letakkanjari telunjuk pada butang permulaan jam randik
• Gunakan tekanan pertama pada perintah sedia atau pistol dinaikkan
• Gunakan tekanan kedua untuk memulakan jam randik bila asap atau api dilihat
• Gunakan tekanan pertama apabila persert berada lebih kurang 30 meter dari garisan
penamat.
• Hentikan jam randik bila “torso” peserta sampai garisan penamat.
Nasihat
a)Jangan hentakkan jam randik
b) mulakan jam randik bila asap atau api dilihat, bukan bila mendengar bunyinya
c) memperhatikan baik-baik
i- memasang mata pada pelepas dari perintah “ke garisan” hingga nampaknya kilat/ cahaya
pistol
ii-perhatikan bilangan pusingan yang telah dicapai oleh peserta yang mendahului, khasnya
dalam jarak jauh
iii-memasang mata pada garisan penamat apabila peserta-peserta berada lebih kurang 15
meter daripadanya.
Cara membaca masa jam randik
a) jika jarum jam randik berhenti di antara dua garisan, masa yang
lebih harus diambil kira. Contoh diantara 12.8 & 12.9 dibaca
sebagai 12.9 s
b) untuk semua acara balapan, masa harus dibaca kepada
persepuluh saat yang lebih.
Contoh: 12.03 = 12.1 & 12.8 = 12.1
6:05.01 = 6: 05.1
6:05.09 = 6:05.1
c) untuk acara yang sebahagian daripadanya atau kesemua sekali
di luar stadium, masa harus dibaca ke

24
saat yang genap yang lebih.
Contohnya: 25:12.3=24:13.0
25:12.88=25:13.0
PERATURAN 165-CATATAN MASA & FOTO PENAMAT (SAMBUNGAN)
Mencatatkan masa rasmi (jam randik)
a) sekiranya dua jam sahaja mencatat masa dan masa itu adalah yang berlainan, jam yang
mencatat masa yang lebih adalah masa rasmi
cth: jam pertama jam kedua jam ketiga masa rasmi
12.3 12.8 12.3 12.3
b) jika ketiga-tiga jam mencatatkan masayang berlainan, jam yang mencatatakan masa
tengah adalah masa rasmi
cth: jam pertama jam kedua jam ketiga masa rasmi
12.3 12.8 12.5 12.5
12.4 12.7 12.6 12.6
Nasihat:
i) dinasihat jangan menggunakan hanya dua jam untuk mana-mana kedudukan.
ii)Sesuatu pencapaian yang mengatasi sesuatu rekod, masanya harus dicatatkan
oleh tiga orang penjaga masa
foto penamat berautomatik sepenuhnya.
• Alat foto penamat berautomatik sepenuh hendaklah digunakan dalam semua
pertandingan.
• System pencatat masa yang hanya boleh berfungsi secara automatic merakamkan
sama ada pelepasan atau penamat tetapi tidak kedua-duanya sekali, tidak boleh dikira
merakamkan masa catatan tangan dan tidak juga catatan elektronik,tidak boleh
digunakan bagi merekodkanpencapaian masa rasmi.
• Ketua hakim foto penamat bertanggungjawab terhadap kefungsian alat pengukur masa
• Ketua hakim foto penamat, dengan kerjasama referi dan pelepas hendaklah
mengadakan kawalan sebelum bermulanya setiap sesi

25
• Bersama dengan 2 penolongnya, ketua hakim penamat hendaklah menentukan
keputusan kedudukan dan masa peserta-peserta.
Mencatat masa rasmi ( foto penamat)
• Bagi semua larian sehigga dan termasuk 10,000m, masa hendaklah direkodkan dalam
kiraan 1/100 saat lebih tinggi yang terdekat
• Bagi larian sebahagian atau sepenuhnya diluar stadium, masa hendaklah direkodkan
dalam kiraan 1/10 saat yang lebih tinggi yang lebih dekat, saat yang genap.
• Contoh acara marathon:2:09:44-32=2:09:45

PERATURAN166-MENGUTAMAKAN, UNDIANDAN KELAYAKAN BAGI ACARA BALAPAN


Pusngan awal atau saringan hendaklah dijalankan bagi acara balapan yang disertai oleh terlalu
ramai pelari.
Jika pusingan awal dijalankan, semua peserta mesti bertanding dan melayakkandari
dalamsemua pusingantersebut.
Saringan, suku –akhir dan separuh akhir hendaklah diaturkan oleh Delegent Teknikal. Jika tiada
Delegent Teknikal dilantik,ia akan diaturkanoleh Jawatankuasa Pengelola.
Selepas pusingan pertama,peserta akan bertandingan dalam saringan pusingan berikutnua
mengikut tatacara ini.
- pemenang ( tempat pertama) saringan,terpantas
- pemenang (tempat pertama) saringan,kedua terpantas
- pemenang ( tempat pertama) saringan, ketiga terpantas
- pemenang( tempat kedua) saringan, terpantas
- pemenang( tempat kedua) saringan, kedua terpantas
- pemenang ( tempat kedua) saringan, ketiga terpantas dll.

26
Mengakhir dengan :
-Yang terpantas layak mengikut catatan masa
-Yang kedua terpantas layak mengikut catatan masa
-Yang ketiga terpantas layak mengikut catatan masa
Dan seterusnya
Peserta kemudiannya hendaklah diletakan dalam saringan mengikut susuanan plihan bentuk
zig-zag.
Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding dalam saringan selain daripada saringan yang
namanya tersenarai, kecualilah dalam keadaan tertentu. Yang pada pandangan referi
mewajarkan pindaan.
Untuk acara 100 m ke 800 m acara lari berganti-ganti dimana melibatkan beberapa pusingan,
lorong diundi seperti berikut:
- satu undian bagi 4 atlet atau pasukan yang pencapaian terbaik bagi menentukan
kedudukan lorong3,4,5 dan 6.
- Satu lagi bagi 4 atlit atau pasukan yang pencapaian terrendah bagi menentukan
kedudukan lorong 1,2,7 dan 8.
- Masa minimum berikut hendaklah diberikan diantara saringan terakhir dengan
saringan seterusnya.
- Hingga dan termasuk 200m = 45min
- Lebih daripada 200m hingga 1000m = 90 min
- Lebih daripada 1000 m = bukan hari yang sama

PERATURAN 167- KEDUDUKAN SERI


Kedudukan seri hendaklah diselesaikan seperti berikut:
- Dalam menentukan sama ada wujud kedudukan seri, ketua hakim foto penamat
hendaklah mempertimbangkan masa sebenar yang dicatatkan mengikut kiraan
1/1000 saat

27
- Jika dengan cara ini masih berlaku seri, kedua-dua peserta terbabit hendaklah
dibenarkan bertanding dipusingan berikutnya. Jika tidak praktikal, cara undian akan
dipakai bagi memutuskannya
- Dalam hal kedudukan seri bagi kedudukan pertama, referi diberik kuasa untuk
memutuskan sama ada peserta bertanding sekali lagi. Jika beliau memutuskan untuk
tidak melakukannya, keputusan seri tersebut hendaklah di pakai. Kedudukan seri
pada kedudukan lain kekal.

PERATURAN 168 – LARI BERPAGAR


Jarak:
Berikut adalah jarak-jarak standard:
Lelaki dan remaja lelaki: 110m,400m
Wanita dan remaja perempuan: 100m,400m
-semua larian akan mengandungi 10 set pagar yang diatur mengikut seperti berikut:
-Semua larian mengikut lorong dan setiap peserta mesti berada dilorongnya sepanjang larian.

Lelaki dan remaja lelaki


Jarak larian Jarak dari mula ke Jarak antara set Jarak dari set pagar
set pagar pagar akhir ke garisan
110m 13.72m 9.14m 14.02m
400m 45m 35m 40m

Wanita dan Remaja Perempuan

Jarak larian Jarak dari mula ke Jarak antara set Jarak dari set pagar
Set pagar Pagar akhir ke garisan
100m 13 m 8.5m 10.5m
400 m 45 m 35m 40 m

Ukuran Ketinggian standard pagar-pagar ialah

28
Acara Lelaki Remaja Wanita Remaja
Lelaki perempuan
110/100m 1.067 m 0.914m 0.84 m 0.762
400 m 0 914 m 0.84 m 0.762 m 0.762m

Seorang peserta akan dibatalkan sekiranya


• Merewangkan atau meleretkan kakinya di paras bawah ketinggian pagar
• Melompat pagar di lorong lain
• Pada pendapat referi, dengan sengaja menjatukan pagar dengan tangan atau kakinya
• Kecuali yang telah dinyatakan di atas,menjatuhkan pagar tidaklah membatalkan atau
menghalang sesuatu rekod itu di cipta.
PERATURAN 169 – LARI BERHALANGAN
• Jarak standard acara lari berhalangan ialah 2000 m dan 3000 m.
• Jarak 3000 m hendaklah mengandungi 28 kali lompatan halangan dan 7 kali lompatan
air.
• Bagi jarak 2000 m pula megandungi 18 kali lompatan halangan dan 5 kali lompatan air.
• Bagi jarak 3000m ia mesti mempunyai 5 lompatan setiap pusingan dengan lompatan air
di lompatan yang keempat. Jarak antara sesuatu lompatan hendaklah seragam, iaitu
kira-kira 1/5 daripada jarak nominal satu pusingan.
• Dalam acara 3000 m, jarak antara tempat berlepas kepermulaan pusingan pertama
hendaklah tidak mempunyai apa-apa halangan.
• Setiap peserta hendaklah melompat melepasi atau mengharung air. Sekiranya ada
peserta yang mengelakkannya atau menyeretkan kakinya daripada bahagian pagar
semasa melompat,akan dibatalkan.
• Asal mematuhi peraturan ini, seorang peserta boleh melakukan apa jua melompat
melepasi halangan tersebut.

PERATURAN 170 – LARI BERGANTI-GANTI

29
4 X 100 M lari Berganti-ganti
1. semua perlumbaan akan berlari dalam lorong-lorong masing-masing sehingga ke garisan
penamat.
2. Baton mestilah ditukarkan di dalam zon pertukaran bato. Penukaran baton bermula apabila
ianya menyentuh tangan pelari penerima dan ia berakhir apabila baton berada di dalam tangan
pelari tersebut. Dalam kawasan zon pertukaran, hanya kedudukan baton yang menjadi pemutus
dan bukannya kedudukan tubuh atau kaki atau tangan peserta yang dipersoalkan.
3. Jika baton terjatuh, ianya mestilah diambil kembali oleh peserta yang menjatuhkannya.
4. Bilangan pengadil bertugas disetiap zon pertukaran baton adalah diantara dua hingga eman
belas orang.
( berada dipermulaan zon pertukaran dan dihujung zon pertukaran)
Nasihat:
a. menepatkan peserta-peserta dalamlorong yang betul
b. Tunjuk kepadapeserta “zon pelajuan” serta permulaan dan akhir zon pertukaran baton
c. Memberitahu kepada referi /ketua pengadil dengan menggunakan isyarat ( bendera
putih) bahawa semua peserta dizonpertukaran baton sudah bersedia.
d. Selain memerhati penukaran baton, perhati juga gangguan dan halangan yang berlaku
i- selepas penukaran
ii- bila seseorang peserta mengambil kembali baton yang terjatuh itu.
e. memberitahu kepada referi/ketua pengadil dengan menggunkan isyarat, selepas
penukaran, bahawa semuanya dijalankan dengan betul (bendera putih) atau tidak
( bendera kuning)

PERATURAN 170 – LARI BERGANTI-GANTI ( SAMBUNGAN)


• Zon pertukaran baton adalah 10 meter sebelum dan 10 meter selepas garisan
penamat.

30
• Dalamam larian 4 x 200 m dan 4 x 400 m yang disertai oleh tidaklebih daripada 4
pasukan, disarankan hanya selengkoh pertama pusingan pertama dijalankan
mengikut lorong
• Penukaran baton diluar zon pertukaran akan mengakibat pembatalan .
• Penyerahan baton bermula sebaik sahaja ia menyentuh pelari yang menerima dan
selesai apabila baton telah benar-benar berada dalam genggaman pelari yang
menerima tadi. Peserta-peserta tidak dibenarkan memakai sarung tangan atau
meletak bahan di tangan mereka supaya memperolehi genggaman yang lebih baik.
• Peserta-peserta sebelum dan/atau setelah menyerah baton hendaklah berada
dalam zon atau loorng masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya
tidak menghalang peserta-peserta lain . Peraturan 163.3 dan 4 tidak akan bersabit
atlet-atlet ini. Sekiranya seseorang peserta itu secara sengaja mengganggu peserta
lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya,
tindakan beliau ini akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan.
• Komposisi dan susulan larian peserta-pesertan hendaklah diisytiharkan secara rasmi
tidak melebihi sejam sebelum masa panggilan pusingan pertama setiap pusingan
pertandingan . penukaran selepas ini akan dibuat hanya atas sebab kecederaan
( disahkan oleh pegawai perubatan yang dilantik jawatankuasa pengelola) Pasukan
berkenaan boleh membuat demikian hanya sehingga masa panggilan terakhir untuk
saringan pasukan yang bertanding itu.
4 x 400 m lari berganti-ganti.
Pelari pertama
a) hendaklah berlari mengikut lorongnya
b) takat-takat permulaan biasanya dalam warna putih-hijau-putih atau putih-biru-putih.
(bukan takat-takat untuk acara 400 meter)
pelari kedua
a kejohanan tempatan,peserta harus ditempatkan di dalam zon pertukaran baton
sahaja.

31
Pelari akan berlari didalam lorongnya sehingga selengkoh pertama.
Pelari ketiga & pelari keempat
a) apabila pelari yang mendatang itu melepasi jarak ini, pelari yang sedang menunggu
di tempat permulaan zon penukaran baton mestilah menunggu mengikut susunan
dan tidak boleh menukar tempat tersebut. Sekiranya mana-mana atlet tidak
mengikut peraturan ini, beliauakan menyebabkan pembatan pasukannya.
b) Adalah penting para pengadil mengawasi posisi pertukaran dan menasihatkan
semua peserta supaya mengelak dari menghalangkan lain-lain peserta.

PERATURAN 180 ACARA-ACARA PADANG- SYARAT-SYARAT AM


• Memanaskanbadan di kawasan pertandingan.
• Sebelum bermulanya pertandingan setiap peserta boleh diberi percubaan
latihan. Dalam kes acara balingan, percubaan latihan ini diberikan mengikut
giliran yang diundi
• Sebaik sahaja pertandingan dimulakan, peserta tidak dibenarkan untuk
menggunakan sebagai latihan dilandasan lari dan tapak melompat: bulatan
atau kawasan dalam sector sama ada peralatan atau tidak dan peralatan
Penanda
• Seseorang peserta boleh menggunakan 1 atau 2 penanda yang disediakan oleh jawatan
kuasa pengelola bagi membantu larian dan lompatan .
Giliran bertanding
• Peserta akan bertanding mengikut giliran yang diundi
Percubaan
• Kecuali lompat tinggi dan lompat bergalah, apabila terdapat lebih daripada 8 peserta
,semua peserta diberikan 3 percubaan dan 8 peserta , terbaik akan diberikan 3 lagi

32
percubaan . Sekiranya terdapat seri dikedudukan ke8 seri ini hendaklah diselesaikan.
Sekiranya terdapat hanya 8 peserta atau kurang, semua peserta diberikan 6 percubaan.
• Dalam kedua-dua keadaan ini, giliran bertanding untuk 3 percubaan terakhir akan dibuat
menyongsang susunan kedudukan yang dicapai pada 3 percubaan pertama
• Hanya satu percubaan direkodkan bagio satu pusingan.
Pertandingan kelayakkan
• Apabila pusingan kelayakan diadakan semua peserta hendaklah bertanding.
Pencapaian yang dibuat dalam pusingan kelayakan tidak diambil kira sebagai
pencapaian sebenar pertandingan.
• Peserta dibahagikan kepada 2 atau lebih kumpulan dan semua kumpulan bertanding
serentak. Sekiranya kemudahan tidak mencukupi , setiap kumpulan akan memulakan
pertandingan kelayakan sebaik sahaja selesai pertandingan kumpulan sebelumnya.
• Syarat-syarat kelayakan, taraf kelayakan dan ilangan atlet kepusingan akhir hendaklah
diputuskan oleh delegate teknikal yang dilantik. Jika delegat teknikaltidak dilantik ,
syarat-syarat ituakan diputuskan oleh jawatankuasa pengelola. Bagi kejohanan
mengikut peraturan 12.1(a), (b) dan (c), hendaklah ada sekurang-kuranya 12 orang
atlet keperingkat akhir.
• Selain acara lomapat tinggi dan lompat bergalah, setiap peserta hanya diberi kan
hingga 3 percubaan sahaja. Sebaik sahaja peserta itu mencapai standard kelayakan,
beliau tidak dibenarkan meneruskan percubaanya dalam pusingan tersebut.
• Sekiranya tiada atlit atau terdapat kurang atlit daripada yang diperlukan untuk
kepusingan akhir yang layak, bilangan dicukupkan dengan menambah atlit-atlit lain
berdasarkan pencapaian mereka dalam pertandingan kelayakan tersebut.
• Apabila pertandingan kelayakan untuk lompat tinggi dan lompat bergalah dijalankan
serentak untuk kumpulan berasingan, adalah dicadangkan palang kedua-dua kumpulan
dinaikan serentak bagi setiap ketinggian.
Gangguan

33
• Seseorang peserta terhalang dalam percubaannya, referi mempunyai kuasa
memberikannya percubaan ganti.
Kelewatan
• Seseorang peserta yang melengah-lengahkan percubaanya boleh menyebabkan
percubaannya tersebut tidak dibenarkan dan direkod sebagai faul.
• Tempoh masa tersebut tidak wajar dilewat-lewatkan 1 minit bagi semua acara.
Tempoh masa melakukan percubaan-(acara perseorangan)
Acara L tinggi L. galah lain CHJ CPV
> 3 peserta 1 min 1 min 1 min 1 min 1 min
2@ 3 peserta 1 1/2min 2 min 1 min 1 ½ min 2 min
1 peserta 3 min 5 min - 2 min 3 min
Turutan 2 min 3 min 2 min 2 min 3 min

Jika peserta itu membuat percubaan yang berturutan jangka masa mambuat percubaan
ditambah ke 2 minit untuk L. Tinggi dan lain acara dan 3 minit untuk acara L. Bergalah
Sebuah jam yang menunjukkan baki masa yang diberikan dapat dilithat oleh peserta, Jika
tiada jam sedemikian, seorang pegawai hendaklah memberikan isyarat dengan mengangkat
bendera kunig atau menyebutkannya, bila baki masa dibenarkan tinggal 15 saat.
Meninggalkan tempat pertandingan
• Seseorang peserta boleh, dengan kebenaran, dan diiringi seorang Hakim
meninggalkan tapak semasa pertandingan sedang dijalankan
Mengubah kawasan pertandingan
• Referi mempunyai kuasa untuk mengubah tempat pertandingan jika ia terpaksa
dilakukan, pengubahan itu hendaklah dilakukan selepas pusingan itu diselesaikan.
Seri
• Dalam acara padang kecuali lompat tinggi dan lompat bergalah, pencapaian kedua
terbaik diantara peserta yang terikat diambil kira dalam memecahkan ikatan seri..
Jika membabitkan tempat pertama, peserta berkenaan akan kena bertanding semula

34
mengikut giliran yang sama. Jika membabitkan kedudukan tempat lain kedudukan
kekal.
Keputusan
• Setiap peserta akan diberi keputusan yang terbaik daripada percubaanya
termasuklah pencapaian yang dibuat semasa memecahkan ikatan seri.
PERATURAN 181 –LOMPATAN KETINGGIAN – SYARAT-SYARAT AM
Sebelum pertandingan, ketua hakim kenalah mengumumkan
• Ketinggian permulaan
• Julat ketinggian palang akan dinaikkan selepas setiap pusingan , sehinggalah tinggal
hanya seorang peserta.
Percubaan
• Seseorang peserta boleh mula melompat pada mana-mana ketingian.
• Tiga kegagalan berturut-turut, ti,tidak kira diketinggian mana kegagalan tersebut berlaku,
akan membatalkan peserta untukk terus bertanding kecuali dalam kes menyelesaikan
ikatan seri ditempat pertama
• Walaupun setelah semua peserta lain gagal, seseorng peserta itu masih berhak
meneruskan percubaannya.
• Kecuali hanya tinggal seorang peserta dan beliau telah pun menjadi pemenang,
-Palang tidak boleh dinaikkan kurang daripada 2 cm bagi lompat tinggi dan 5 cm
bagi lompat bergalah
- julat kenaikan palang tidak boleh ditinggikan
- dalam acara bercampur setiap kali palang dinaikkan hendaklah seragam 3 cm bagi
lompat tinggi dan 10 cm bagi lopat bergalah
pengukuran
• semua ukuran hendak dibuat tegak dari bumi sehingga kebahagian atas kayu
palang.
• Pastikan ketinggian dikedua-dua hujung kayu palang adalah sama tinggi,
sebelum mengukurkan bahagian atas kayu palang yang paling rendah.

35
• Pengukuran tinggi hendaklah dibuat sebelum pertandingan dimulakan.
• Setiap kali ketinggian ditambah kenaikannya.
• Untuk percubaan pemecahan rekod:
-sebelum percubaan dijalankan dan selepas melepasi rekod .
(pengukuran hendaklah disahkan oleh referi)
Palang
1. panjang keseluruhan palang hendaklah 4.00 m(+-2cm) dan beratnya 2.0 kg bagi lompat
tinggi dan 4.50m (+-2cm) dan beratnya 2.25 kg bagi lompat bergalah.
2. kawalan keanjalan: oalang dibenarkan melendut ke maximum 7 cm bagi lompat tinggi
dan 11 cm bagi lompat bergalah apabila digantung pemberat 3 kg ditengah-tengah
palang.

Seri
Ikatan seri hendaklah diselesaikan seperti berikut:
1 peserta yang mempunyai lompatan paling tinggi sedikit pada ketinggian seri tersebut akan
diisytiharkan pemenang.
2. jika seri juga, peserta yang mencatatkan jumlah kegaglan yang paling kurang sepanjang
pertandingan tersebut sehingga dan termasuk ketinggian yang dilepasi, akan diisytiharkan
pemenang.
3. jika masih seri dan membabitkan tempat pertama, peserta-peserta yang seri tersebut diberi
satu lagi lompatan pada ketinggian paling rendah yang menyebabkan mereka yang seri tadi,
tidak berupaya melepasi. Seandainya tidak dapat diputuskan, palang dinaikkan jika mereka
Berjaya atau diturunkan jika gagal, 2 cm bagi lompat tinggi dan 5 cm bagi lompat bergalah.
Setiap daripada mereka akan diberikan satu lompatan pada tiap-tiap ketinggian sehingga ikatan
seri tersebut terungkai, Peserta-peserta yang seri tersebut mesti melompat setiap kali
ketinggian palang diubah.

Kuasa tidak tergolong

36
Bila ia adalah jelas palang itu dijatuhkan oleh kuasa yang tidak berkaitan dengan peserta
(contohnya tiupan angina) jika palang itu selepas peserta sudah melompat ketinggian itu tanpa
menyentuhnya, percubaannya akan dikira Berjaya atau jika palang itu jatuh dalam keadaan
yang lain, satu percubaan baru akan diberi.

PERATURAN 182- LOMPAT TINGGI


Pertandingan
Peserta-peserta hendaklah melakukan lnjakan dengan sebelah kaki
• seorang peserta itu gagal sekiranya:
- selepas sesuatu lompatan,palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri
semasa melompat.
- Peserta menyentuh bumi termasuk kawasan mendarat melepasi darat tegak (vertical
plane) sama ada diluar atau diantara tiang dengan mana bahagian badannya,
sebelum melepasi palang
Landas lari dan kawasan lonjak
Jarak minmum landas lari ialah 15 cm. Bagi pertandingan dalam peraturan 12.1(a),(b) dan (c)
jarak minimum ialah 20 m. jika keadaan mengizinkan ia sepatutnya 25 m.
Alatan-alatan
• Tiang.Apa jua bentuk tiang boleh digunakan asalkan tegap
• Kedua-duanya hendaklah mempunyai sangga untuk menopong palang dengan mantap
• Tiang-tiang tersebut juga mesti cukup tinggi supaya sekurang-kurang melebihi 10 cm
daripada paras sebenar palang boleh dinaikkan
• Jarak antara tiang hendaklah tidak kurang daripada 4 m dan tidak melebihi 4.04m.
• Tiang tersebut tidak boleh dianjak semasa pertandingan melainkan referi merasakan
sama ada landas lari atau kawasan lonjak selesainya pusingan itu.
• Kedudukan sangga-sangga menghadap ke dalam dan bertentangan
• Hendaklah ada ruang diantara hujung palang dengan tiang sekuran-kurangnya 1 cm

37
• Kawasan mendarat hendaklah tidak kurang daripada 5 cm x 3 m. Disyorkan kawasan
mendarat tidak kurang daripada 6 m x 4 m x 0.7 m
• Tiang dan kawasan mendarat hendaklah ada ruang sekurang-kurangnya 10 cm bagi
mengelakkan palang jatuh sekiranya kedua-dua bersentuhan.

PERATURAN 183- LOMPAT BERGALAH


Pertandingan
1. Peserta boleh meminta tiang atau sangga dianjak ke depan atau ke belakang, tidak
melebihi 40 cm kea rah landas lari dan tidak melebihi 80 cm kearah kawasan mendarat .
Peserta hendaklah memaklumkan pegawai sebelum pertandingan mengenai tiang dan
sangga mengikut kemahuannya dan kedudukan ini hendaklah direkodkan.
Sekiranya kemudian nanti, peserta tersebut mahu diubah pula kedudukan ini hendaklah
segara beliau memaklumkan pegawai, sebelum palang dan sangga diletakkan seperti
permintaan asalnya. Kegagalan berbuat demikian akan memakan had masa membuat
lompatan
2. seorangpeserta itu gagal sekiranya:
- selepas sesuatu lompatan,palang jatuh dari tiangnya akibat aksi peserta itu sendiri
semasa melompat.
- Peserta menyentuh bumi termasuk kawasan mendarat melepasi darat tegak
(vertical) plane) dengan mana-mana bahagian badanya, atau dengan galahnya
sebelum terlebih dahulu melepasi palang
- Semasa menaik, peserta menukar genggaman tangan ada galah sama pengagnan di
bawah dinaikkan ke atas atau menaikkan lagi pegangan yang di atas.
- Semasa melompat peserta sengan segaja membetulkan palang yang mungkin
hendak jatuh dengan tangan atau jarinya.
3. peserta semasa bertanding dibenarkan meletakkan sesuatu benda pada tapak galahnya
untuk memperoleh genggaman yang lebih baik. Menggunakan pita di tapak tangan atau
jari tidak dibenarkan kecuali membalut luka.

38
4. Jika dalam usaha seorang peserta itu melakukan percubaan ganti diberi.

Landas lari kawasan mendarat


Jarak minimum landas lari ialah 40 m dan jika keadaan mengizinkan 45 m. lebar
minimumnya ialah 1.22 m dan maximum 1.25m. landas lari ini kenalah ditandakan dengan
garisan putih selebar 5 cm.
Kawasan mendarat hendaklah berukuran tidak kurang daripada 5 m x 5 m. Sisinya yang
dekat dengan petak lonjak hendaklah dijauhkan sedikit antara 10 cm hingga 15 cm daripada
petak tersebut dan condong keluar kira-kira 30 darjah. Bagi pertandingan 12.1, disyorkan
kawasan mendarat hendaklah tidak kurang daripada 7 m panjang x 6 m lebar x 0.8 m
tingginya.
Galah lompat
Peserta boleh menggunakan galah sendiri. Mereka tidak dibenarkan menggunkan galah
orang lain tanpa kebenaran yang empunyainya.
PERATURAN 185- LOMPAT JAUH
Pertandingan
Seseorang peserta itu gagal sekiranya beliau:
-menyentuh bumi selepas garisanlonjak dan mana badannya, sama ada membuat larian
tanpa melompat atau sedang membuat lompatan.
- melonjak dari luar hujung papan lonjak, sama ada selepas atau sebelum garisan lonjak.
- menyentuh bumi antara garisan lonjak dankawasan mendarat
-melakukan apa jua jenis balik kuang semasa membuat larian atau semasa melompat.
- semasa mendarat, menyentuh bumi diluar kawasan mendarat yang lebih hamper
kegarisan lonjak daripada kesan jatuh di kawasan mendarat.
-bila meninggalkan kawasan mendarat, kontak pertama dengan luar kawasan mendarat
adalah lebih hamper ke garisan lonjak daripada kesan jatuh di kawasan mendarat.

39
* tidak dikira faul sekiranya peserta itu berlari diluar garisanputih yang menandakan landas
lari.

* tidak juaga di kirafaul sekiranya peserta itu berjalan balik diatas kawasanmendarat setelah
meninggalkan kawasanmendarat dengan cara betul.

*tidak dikira faul sekiranya peserta itu mula melompat sebelum sampaikepapan lonjak.
Papan Lonjak
- Jarak antara papanlonjak denganhujung kawasan mendarat hendaklah sekurang-
kurangnya 10m.
- Papanlonjak hendaklah antara 1 m dan 3 m dengan pangkal kawasan mendarat.
- Kawasan mendarat
- Kawasan mendarat hendaklah mempunyai kelebaran minimum 2.75 m dan maximum
3 m.

PERATURAN 186- LOMPAT KIJANG


Pertandingan
1. lopat kijang mengandungi satu lonjakan, langkahan danlompatan mengikut tertib ini.
2. lonjakan dibuat supaya mendarat di atas kaki yang sama, melangkah untuk mendarat
pada yang sebelah lagi dan terus membuat lompatan.

Papan lonjak
Jarak papan lonjak ke hujung kawasan mendarat hendaklah sekurang-kurangnya 21 m.
untuk pertandingan 12.1 jarak papan lonjak dengan pangkal kawasan mendarat
hendaklah tidak kurang daripada 13 m bagi lelaki dan 11 m wanita.

PERATURAN 187- ACARA-ACARA BALINGAN – SYARAT-SYARAT AM


Alat-alat rasmi

40
Alat wanita lelaki R LELAKI Jr. lelaki sr.
Lpeluru 4.00 kg 5.00 kg 6.00 kg 7.26 kg
Cakera 1.00 kg 1.50 kg 1.75 kg 2.00 kg
Tukul besi 4.00 kg 5.00 kg 6.00 kg 7.26 kg
Lembing 600kg 700g 800g 800 g

- bagi pertandingan di bawah peraturan 12.1 (a) semua alat hendaklah disediakan oleh
jawatankuasa pengelola dan peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan alat-
alat lain
- Pada pertandingan selain daripada yang dibawah peraturan 12.1(a), peserta-peserta
boleh menggunakan alat sendiri, asalkan alat tersebut diperiksa dan diluluskan oleh
jawatankuasa pengelola sebelum kejohanan dan alat tersebut boleh digunakan oleh
peserta-peserta lain.

Perlindungan persendirian
- Tidak ada sebarang peranti- misalnya membalut dua atau lebih jari dengan
pita.Penggunaan pita pembalut tangan juga tidak dibenarkan kecuali membalut luka.
Walaubagaimanapun, membalut jari-jari dengan pita dibenarkan bagi acara
BalingTukul Besi.
- Penggunaan sarung tangan juga tidak dibenarkan kecuali bagi acara Baling Tukul
Besi . Dalam hal sebegini, sarung tangan hendaklah licin di kedua-dua belah. Hujung
jari selain selain daripada ibu jari, hendaklah terdedah.
- Bagi membolehkan peserta memperolehi cengkaman yang lebih baik, peserta boleh
menggunakan bahan yang sesuai disapu di tangan atau sarung tangan bagi acara
Baling Tukul Besi dan di leher bagi acara Lontar Peluru.
- Bagi menggelakan kecederaan tulang belakang, pesrta boleh menggunakan tali
pinggang kulit atau bahan lain yang sesuai.

41
- Dalam acara Lontar Peluru, peserta boleh membalut pergelangan tangan bagi
mengelakkan kecederaan.
Bulatan membaling
- Garis pusat bahagian dalam bulatan hendaklah 2.135m (+-5mm) bagi Lontar Peluru
dan Baling Tukul Besi dan 2.50m (+-5mm) bagi Lempar Cakera.
Landas Lari Rejam Lembing
- Jarak minimum landas larinya ialah 30m,jika keadaan mengizinkan 33.5m.
- Jarak maximum ialah 36.5m.Ia ditandakan dengan dua garisan selari setebal 5cm,
4m di antara satunya.

Sektor mendarat
- Kecuali Rejam Lembing, sector mendarat hendaklah ditanda dengan dua garisan
putih selebar 5cm pada sudut 34.92 darjah supaya jika dilanjutkan ke dalam ia akan
bertemu pada titik pusat bulatan.
- Dalam Rejam Lembing,sekter mendarat mempunyai sudut kira-kira 29 darjah.

Peraturan 187-Syarat-Syarat Am (sambungan)


Percubaan
• Bagi peluru,cakera dan tukul Beri, alat-alat tersebut hendaklah dilepaskan dilepaskan
dalam bulatan dan bagi lembing dari landas lari. Percubaab yang dibuat dari dalam
bulatan bermula dengan peserta berada pada kedudukan setempat.
• Peserta dibenarkan menyentuh bahagian dalam lingkaran besi. Bagi lontar peluru
beliau juga boleh menyentuh bahagian dalam papan penahan.
Akan dikira faul sekiranya perserta semasa membuat percubaan:
• Tidak melepaskan peluru atau lembing dengan betul

42
• Selepas memasuki bulatan untuk membuat percubaannya, menyentuh dengan mana-
mana bahagian badannya bahagian atas lingkaran besi atau bumi di luar bulatan
• Dalam lontaran peluru, menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya bahagian
atas papan penahan
• Dalam rejam lembing,menyentuh dengan mana-mana bahagian badannya atau kaki
atau tangan, garisan yang menandakan kawasan balingan atau kawasan luar.
• Sekiranya dalam melakukan percubaan, tiada peraturan diingkari, peserta boleh
memberhentikan percubaannya, meletakkan alatnya di dalam atau di luar bulatan atau
landas lari, peserta hendaklah melangkah keluar mengikut cara yang diterangkan di
bawah sebelum kembali semula membuat percubaan baru.
• Bagi balingan dibuat dalam bulatan, apabila meninggalkan bulatan, sentuhan pertama
dengan bahagian atas lingkaran atau bumi di luar bulatan, hendaklah di bahagian
belakang garisan putih melintang ditengah bulatan . Bagi rejam lembing. Apabila
meninggalkan landas lari, sentuhan pertama dengan garisan selari atau bumi
diluarlandas lari, hendaklah dibahagian belakang garisan putih lanjutan lengkok.
• Peserta tidak boleh meninggalkan bulatan atau landas lari sebelum alat mencecah
bumi.
• Untuk percubaan dikira sah, peluru cakera kepala tukul besi dan hujung lembing
mestilah sepenuhnya jatuh di kawasan dalam sector mendarat.
• Selepas balingan, alat-alat hendaklah dibawa kembali jangan sekali-sekali
membalingnya
Ukuran
• Dalam acara balingan, pencapaian hendaklah direkodkan ke 0.01 cm terdekat yang
lebih rendah jika ukuran tidak mencapai ke cm genap.
• Pengukuran setiap balingan hendaklah dibuat sebaik sahaja percubaab telah dilakukan
dari tanda jatuhan peluru, cakera dan kepala tukul besi yang terdekat dengan bahagian
dalam lilitan bulatan lurus menjurus kepusat bulatan.

43
• Dalam acara lembinga, dari tanda tujahan hujung kepala lembing yang pertama sekali
menyentuh bumi kebahagian dalam lengkok lurus menjuruske pusat bulatan yang
• sebahgian daripadnya lengkok terbentuk.

Tanda
• Sebuah bendera atau penanda yang jelas boleh digunakan untuk menanda balingan
terbaik setiap peserta, diletakkan disepanjang luar garisan sector.

PERATURAN 188 – LONTAR PELURU


Pertandingan
• Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan tangan sahaja
• Pada masa memulakan lontaran, peluru mesti menyentuh atau rapat dengan leher atau
pipi
• Tangan pula tidak boleh direndahkan daripada paras garis bahu
• Peluru tidak boleh dibawa keelakang garis bahu.

Peraturan 189 – melempar cakera


Pertandingan
• Seorang peserta boleh mengamalkan sebarang kedudukan atau gaya untuk membuat
percubaannya asalkan beliau tidak melanggar peraturan pertandingan
Peraturan 190 - kurungan keselamatan lempar cakera
• Semua lemparan cakera hendaklah dibuat dari dalam kurungan bagi menjamin
keselamatan penonton, pegawai dan peserta.
• Untuk keselamatan pegawai harus berada di luar kawasan kurungan.

PERATURAN 193 – MEREJAM LEMBING


Pertandingan.
• Lembing hendaklah dipegang pada bahagian pemegang,

44
• Lembing hendaklah direjam dari atas bahu atau dari bahagian atas lengan yang
membaling dan tidak dibimbit atau dijinjing.
• Cara-cara ganjil tidak dibenarkan.
• Jika lembing patah dikira faul asalkan rejaman tersebut dibuat mengikut peraturan
pertandingan. Jika dengan sebab ini peserta tersebut hilang imbangan badannyha
serta melamggar peraturan, maka tidaklah ini akan dikira balingan faul. Satu
percubaan ganti akan diberi kepada peserta itu.

PERATURAN 200 – ACARA-ACARA BERCAMPUR


Lelaki ( pentathlon dan Dekatlon )
Pentathlon: mengandungi 5 acara . Dijalankan dalam masa satu hari mengikut susunan ini.
Lompat jauh: merejam lembing :200m:melempar cakera:1500m
Dekatlon:mengandungi 10 acara. Dijalankan dalam masa 2 hari berturut-turut mengikut
susunan.
Hari Pertama:100m:lompat jauh: lontar peluru:lompat tinggi: 400m
Hari kedua :110m lari berpagar: cekera:lompat bergalah: lembing:1500m
Wanita (Heptatlon dan Dekatlon)
Heptatlon:Mengandungi 7 acara. Dijalankan dalam masa 2 hari berturut-turut mengikut
susunan.
Hari pertama:100m lari berpagar: lompat tinggi: lontar perluru: 200m.
Hari kedua : lompat jauh: merejam lembing: 800 m
Dekatlon; Mengandungi 10 acara. Didalam masa 2 hari berturut-turut mengikut susunan.
Hari pertama: 100m; lempar cakera; lomapat bergalah;merejam lembing;400m
Hari kedua : 100m lari berpagar; lompat jauh;lontar peluru;lompat tinggi;1500m

Am
1. Atas budi bicara referi acara bercampur, hendaklah dibenarkan masa rehat sekurang-
kurangnya 30 min diantara masa selesainya satu acara dan masa bermulanya acara berikutnya

45
2 Jarak masa antara selesainya acara terakhir hari pertama dan mulanya acarapertama
hari kedua hendaklah sekurang-kurangnya 10 jam
3. Giliran bertanding akan diundi berasingan sebelum bermulanya acara-acara.
4. Bagi acara 100m,200m,400m,100m lari berpagar dan 110 m lari berpagar, peserta
bertanding dalam kumpulan yang diputuskan oleh Delegat Teknikal supaya elok-
eloknya ada 5 orang atau lebih, tetapi tidak kurang daripada 3 orang dalam satu
kumpulan. Bagi acar terakhir, saringan hendaklah diaturkan supaya satu kumpulan
akan mengandungi peserta-peserta yang mendahului selepas acara kedua terakhir.
Referi mempunyai kuasa untuk menyusun semula mana-mana kumpulan jika
langkah itu perlu.
5. Dalam acara lompat jauh dan semua acara balingan, setiap perserta hanya
diberikan 3 percubaan.

6. Jika peralatan mencatat masa berautomatik tidak dipakai, masa setiap peserta
hendaklah diambil berasingan oleh tiga orang penjaga masa.
7. Dalam acara balapan, peserta akan dibatalkan pada mana-mana acara jika
melakukan 2 salah mula.
8. hanya satu system penjagaan masa boleh digunakan sepanjang satu-satu acara.
9. mana-mana peserta yang gagal bermula atau membuat percubaanya dalam salah
satu acara , tidak dibenarkan untuk meneruskan acara berikutnya dan dikira telah
menarik diri daripada pertandingan. Namanya tidak akan muncul dalam senarai
keputusan akhir. Mana-mana peserta mahu manarik diri hendaklah dengan segera
memaklumkan referi.
10. mata yang diperolehi mengikut jadual permarkahan IAAF terkini, hendaklah
diumumkan bagi tiap-tiap acara secara berasingan serta jumlah terkumpul kepada
peserta setiap kali selesainya satu acara. Pemenangnya ialah peserta yang
memperoleh jumlah mata tertinggi.

46
11. jika seri, pemenangnya ditentukan dengan memilih peserta yang mempunyai mata
tertinggi dalam lebih banyak acara daripada peserta yang terikat seri dengannya
12. jika ini masih tidak dapat menyelesaikan seri itu, pemenang akan ditentukan pula
dengan memilih peserta yang mempunyai mata tertinggi dalam mana-mana satu
acara dan jika ini masih tidak dapat menyelesaikannya, pemenang akan ditentukan
oleh peserta yang mempunyai mata tertinggi dalam acara kedua, dll. Ia juga terpakai
bagi menyelesaikan kedudukan yang lain.

PERATURAN 230- LUMBA JALAN KAKI


Tafrif Lumba Jalan Kaki
Lumba jalan kaki ialah pergerakan langkah tersebut sentiasa mencecah bumi, tidak ada
jejak yang tidak mencecah bumi berlaku yang boleh kelihatan . kaki yang berada di
hadapan sentiasa lurus-tidak membengkokkan lutut dari mula mencecah bumi
sehinggalah keadaan pejalan benar-benar tegak.
Penghakiman
- hakim-hakim jalankakiyang dilantik hendaklah memilih seorang ketua hakim dari
kalangan mereka, jika tidak ada pelantikan dibuat sebelumnya. Dalam pertanding-
pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.(a), ketua Hakim Jalankaki
hanya mempunyai kuasa membatalkan peserta, daripada litar ke stadium dan di
dalam stadium bila perlumbaan tamat di dalam stadium atau pada 100m terakhir bila
perlumbaan dijalankan hanya di balapan atau di haluan jalanraya, bila cara jalan
peserta tidak mematuhi dengan takrif Lumba Jalan Kaki tanpa mengendahkan
peserta itu pernah menerima amaran sebelum ini.
- Ketua hakim jalankaki, hanya bertindak sebagai pegawai penyelia pertandingan
tersebut dan hanya bertindak sebagai hakim dalam situasi yang khas seperti ternyata
dalam takrif lumba jalan kaki.
- Dalam pertandingan mengikut peraturan 12.1(a),(b) dan (c) IAAF, maksimum dua
orang penolong ketua hakim akan dilantik oleh jawatankuasa pengelola tempatan,

47
selepas berunding dengan ketua hakim dan delegate teknikal, penolong ketua hakim
akan membantu memberitahu pembatalan sahaja dan hendaklah tidak bertindak
sebagai hakim lumba jalankaki.
- Semua hakim hendaklah bertindak bebas secara bersenderian dan penghakiman
mereka akan berdasarkan kepada penelitian dengan mata kasar.
- Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1(a) IAAF, semua hakim
hendaklah terdiri daripada ahli-ahli panel hakim lumba jalankaki Antarabangsa IAAF
Level III.
- Bagi perlumbaan yang dijalankan di atas jalanraya,lazimnya hendaklah dilantik
minimum 6 orang dan maxsimumnya 9 orang Hakim, termasuk seorang ketua hakim.
- Bagi perlumbaan yang dijalankan dibalapan, lazimnya hendaklah dilantik minimum 6
orang hakim, termasuk seorang ketua hakim.
- Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1(a),(b) dan (c) IAAF,
seorang pegawai ditugaskan di papan pemakluman amaran dan seorang pencatat.
Ketua hakim hendaklah dilantik oleh jawatankuasa pengelola setelah berunding
dengan ketua hakim dan delegate teknikal.

Teguran
-Peserta hendaklah diberi teguran, jika didapati rentak langkah mereka hamper menjurus
kepada melanggar peraturan yang dinyatakan.
-Mereka tidak berhak menerima teguran kedua daripada hakim yang sama bagi
kesalahan yang sama.

PERATURAN 230- LUMBA JALAN KAKI (sambungan)


Amaran dan pembatalan
- setiap cadangan dari setiap hakim untuk membatalkanpeserta dinamakan amaran.
Peserta hendaklah diberi amaran apabila rentak langkahnya melangar peraturan

48
dengan menampakkan jejak terapung atau membengkok -kan lututnya pada bila-bila
masa sahaja.
- Apabila seseorang peserta menerima amaran daripada tiga orang hakim yang
berasingan , peserta tersebut daibatalkan dan pembatalan akan dimaklumkan
kepadanya oleh ketua hakim atau penolong ketua hakim.
- Dalam semua petandingan, tidak dibenarkan sama sekali dua orang hakim dari
negara yang sama diberi kuasa membatal.
- Jika sekiranya ketika perlumbaan sedang berjalan, tidak praktis untuk
memberitahukan peserta tersebut yang beliau telah dibatalkan, maka hendaklah ia
dilakukan sebaik sahaja perlumbaan tamat. Kegagalan memberitahu kepada peserta
berkenaan dengan secapat mungkin tidak akan mengembalkan kedudukan
pembatalan peserta itu.
- Satu syarat berwarna kuning yang mempunyai symbol kesalahan yang dilakukan di
kedua-dua belahnya hendaklah ditunjukkan kepada peserta tersebut apabila
memberi teguran. Isyarat bewarna merah menandakan pembatalan seseorang
peserta. Ia digunakan oleh ketua hakim untuk memaklumkan tentang pembatalan
peserta.peserta-peserta boleh juga dimaklumkan tentang pembatalan peserta.
Peserta-peserta boleh juga dimaklumkan tentang pembatalan mereka oleh penolong
ketua hakim. Seseorang peserta yang telah dibatalkan dan tidak meninggalkan
haluan atau balapan mungkin kena hukuman selanjutnya yang bersesuaian dengan
peraturan IAAF 53.1(viii)
- Sebuah papan pemakluman amaran hendaklah ditempatkan dihaluan dan
berampiran garisan penamat untuk memaklumkan peserta-peserta bilangan amaran
yang telah diberikan kepada setiap peserta.

Keselamatan dan perubatan

49
- lumba jalankaki dijalanraya hendaklah dijadualkan bermula pada waktu yang akan
nanti mempastikan peserta-peserta apabila menamatkan perlumbaannya, waktu
masih siang.
- Seseorang peserta hendaklah meninggalkan pertandingan dengan serta-merta
apabila diarahkan oleh staf perubatan yang dilantik oleh jawatankuasa pengelola.
Staf-staf perubatan hendaklah mudah dikenali dengan memakai toaha, jaket atau
pakaian lain yang khusus.

Minuman/ pembasahan dan stesen persegaran


- Air dan minuman persegaran lain yang sesuai hendaklah disediakan dpermulaan dan
penamat semua perlumbaan
- Bagi acara-acara sehingga 10 km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan
pada selang jarak yang sesuai, jika keadaan cuaca memerlukan ia disediakan.
- Bagi acara-acara 10km dank e atas, stesen persegaran hendaklah disediakan pada
setiap pusingan. Sebagai tambahan, stesen minuman/pembasahan yang hanya
menyediakan air sahaja, boleh diletakkan lebih kurang disetiap pertengahan
antaradua stesen persegaran, atau lebih banyak jika keadaan cuaca
memerlukannya.
- Persegaran, yang boleh disediakan sama ada oleh jawatankuasa pengelola atau
peserta sendiri,hendaklah diletakkan distesen-stesen supaya mudah dicapai atau
dihulurkan oleh mereka yang dibenarkan kepad peserta.
- Seseorang peserta yang mengambil persegaran dari tempat yang lain daripada
stesen yang disediakan boleh menyebabkan beliau dibatalkan
- Dalampertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1 (a),(b) dan (c)
maximum dua orang pegawai dari sesebuah Negara peserta dibenarkan berada di
belakang meja persegaran. Tidak dibenarkan sama sekali pegawai ini berlari
mengiringi peserta semasa menghulurkan persegaran

50
Haluan Jalan Raya.
Bagi pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1 (a),(b) dan (c), litar
hendaklah tidak melebihi 2.5 km dan tidak kurang daripada 2 km. Bagi acara yang
bermula dan tamat di stadium,litar harus bertempat sehampir semungkin dengan
stadium.

PERATURAN 240- LUMBA LEBUHRAYA


- Jarakstandard untuk lelaki dan wanita ialah 15km,20km, separuh marathon, 25 km,
30km, marathon (42.195km), 100km dan lari berganti-ganti jalanraya.
- Bagi acara di jalan raya, lalunya hendaklah diukur melalui bahagian paling dekat
yang dibenarkan dilalui peserta. Untuk pengukuran, ‘cara basikal tentukur’ adalah
dicadangkan.
- Jarak dalam ilometer hendaklah dpamerkan kepada semua peserta.
Keselamatan & perubatan.
(a) Jawatankuasa pengelola mempastikan keselamatan peserta-peserta. Dalam
pertandingan yang dijalankan mengikut peraturan 12.1(a), (b) dan (c). Pengelola
wajar mempastikan jika, jalan raya yang digunakan ditutup utnuk pertandingan iaitu
tidak digunakan oleh kenderaan bermotor dari semua hala
(b) Seseorang peserta hendaklah meninggalkan pertandingan dengan serta-merta
apabila diarahkan oleh staf perubatan yang dilantik oleh jawatankuasa
pengelola.staf-staf perubatan hendaklah mudah dikenali dengan memakai
toaha,jaket atau pakaian lain yang khusus

Minuman /pembasahan dan stesen persegaran


(a) Air dan minuman persegaran lain persegaran lain yang sesuai hendaklah disediakan
di permulaan dan penamat semua perlumbaan.

51
(b) Bagi acara-acara sehingga 10km, minuman/pembasahan hendklah disediakan pada
selang jarak yang sesuai kira-kira 2-3 km, jika keadaan cuaca memerlukan ia
disediakan.
(c) Bagi acara-acara 10km dan ke atas, stesen persegaran hendaklah disediakan pada
jarak lebih kurang 5km dan berikutnya setiap 5km seterusnya. Sebagai tambahan,
stesenminuman/pembasahan yang hanya menyediakan air sahaja, boleh diletakkan
lebih kurang disetiap pertengahan antara dua stesen persegaran, atau lebih banyak,
jika keadaan cuaca memerlukannya.
(d) Persegaran, yang boleh disediakan sama ada oleh jawatankuasa pengelola atau
peserta sendiri, hendaklah distesen-stesen supaya mudah dicapai atau dihulurkan
olehmereka yang dibenarkan kepada peserta.
(e) Seseorang peserta yang mengambil persegaran dari tempat yang lain daripada
stesen yang disediakan boleh menyebabkan beliau dibatalkan.
(f) Dalam pertandingan jalanraya, seseorang peserta boleh meninggalkan laluan atau
balapan dengan kebenaran dan pengawasan seorang hakim, asalkan tindakkannya
ini tidak mengurangkan jarak yang sepatutnya dilalui.
(g) Dalam pertandingan yang menyaksikan pernyertaan yang terlalu ramai, maka undian
menentukan barisan dan susuanan di dalamnya akan dilakukan dan seorang peserta
dari setiap Negara akan mewakili dibarisan hadapan tersebut. Peserta-peserta lain
akan mengekor dibelakang peserta negaranya yang di depan.

PERATURAN 250 MERENTAS DESA


Laluan
a- Halangan asli yang berada hendaklah digunakan jika boleh. Bagaimana pun,
halangan yang terlalu tinggi hendaklah dielakkan, begitu lurah yang dalam, pendaki
dan penurunan yang berbahaya, semak samun yang tebal dan,pada amnya ,
sebarang halangan yang menyebabkan kesukaran melampau yang boleh
menjejaskan tujuan sebenar pertandingan di adakan.

52
b- Adalah baiknya halangan tiruan tidak digunakan, tetapi jika skop promise
memerlukannya, ia hendaklah dibuat menyerupai halangan asli yang sepatutnya
ditemui pada kawasan sedemikian. Dalam perlumbaanyang ramai pesertanya,
genting yang sempit atau halangan yang akan mengganggu larian peserta hendaklah
dielakkan pada 1500m pertama.
c- Haluan hendaklah ditandakan dengan pita dikedua-dua belahnya. Adalah disarankan
satu koridor 1 m lebarnya disepanjang sebelah haluan, dipagar dari luar haluan,
hendaklah dipasang untuk digunakan pegawai dan media sahaja. (wajib bagi acara
kejohanan) kawasan genting hendaklah dipagar;khanya dikawasan
permulaan(termasuk kawasan memanas badan dan bilik panggilan) dan kawasan
penamat. Hanya orang yang diiktiraf dibenarkan memasuki kawasan ini.
d- Adalah disarankan bahawa selain daripada kawasan permulaan dan penamat,
haluan berlebar 5 m termasuklah kawasan berhalangan.
Jarak larian
Jarak jauh lelaki 12 km Jarak Jauh wanita 8 km
Jarak dekat lelaki 4 km Jarak Dekat wanita 4 km
Jarak dekat lelaki 8 km Wanita Junior 6 km

Penskoran
a- Setelah perlumbaan selesai, hakim-hakim hendaklah memutuskan kedudukan
muktamad ppppeserta setiap pasukan yang bertanding, mencampurkannya dan
mengisytiharkan pasukan yang memperolehi jumlah yang terendah sebagai
pemenangnya.
b- Dalam menilai agregat tersebut, kedudukan akhir setiap seorang peserta boleh
dikeluarkan dan kedudukan berikutnya diselaraskan, tetapi dalam keadaan terlalu
ramai peserta, langkah ini tidak digalakkan.

53
c- Jika terdapat jumlah yang seri, kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang
peserta terakhirnya mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir
pausukan yang seri dengannya.

Minuman/pembasahan dan stesen persegaran


a- Air minuman persegaran lain yang sesuai hendaklah disediakan dipemulaan dan
penamat semua perlumbaan
b- Bagi acara-acara sehingga 10 km, minuman/pembasahan hendaklah disediakan
pada selang jarak yang sesuai kira-kira 2-3 km, jika keadaan cuaca memerlukan ia
disediakan.
c- Bagi semua minuman/pembasahan hendaklah disediakan pada setiap pusingan jika
keadaan cuaca memerlukan ia disediakan

PERATURAN-PERATURAN AM YANG MENGUASAI KEJOHANAN MAJLIS SUKAN


SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

Peraturan 1 : PENGELOLAAN
Seluruh pengelolaan Pertandingan Permainan MSSM diserahkan kepada Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia yang boleh juga menyerahkan kuasa pengelolaan pertandingan
kepada mana-mana Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri atau satu Jawatankuasa
Khas MSSM yang dipilih oleh
Jawatankuasa Kerja MSSM.

Peraturan 2 : UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan Antarabangsa yang berkuatkuasa semasa akan menjadi undang-


undang rasmi pertandingan bagi peringkat umur 18 tahun dan ke bawah kecuali ada undang-
undang khas yang menguasai pertandingan permainan MSSM.

54
Manakala bagi peringkat umur 12 tahun dan ke bawah undang-undang permainan yang
dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan Sukan serta diluluskan oleh
Jawatankuasa Kerja MSSM akan menjadi undang-undang rasmi pertandingan.

Peraturan 3 : KELAYAKAN
3.1 Peserta
3.1.1 Kelayakan Am.
• Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah
dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah agensi kerajaan lain
adalah layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
• Penyertaan pelajar adalah tertakluk kepada had umur peserta (Peraturan 4).
• Kejohanan peringkat MSSM hanya untuk warganegara Malaysia. Pelajar
yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil bahagian di
peringkat sekolah, daerah, dan negeri sahaja.
• Penyertaan pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi
21 tahun adalah tertakluk kepada kategori jemputan (Peraturan 5.2).
• Kelayakan mewakili negeri adalah mengikut daftar sekolah terkini seseorang
pelajar melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi permainan kebangsaan yang diiktiraf
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
3.1.2 Pelajar Sekolah Harian.
• Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi
Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua pertandingan
MSSM.
• Pelajar Tingkatan 6 Bawah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Bawah
mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah di sekolah
Kerajaan yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran
Malaysia.
• Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Bawah sekolah

55
bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran
rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah yang telah disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
• Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding dengan didaftarkan dalam
peringkat umur 18 tahun mengikut ketetapan yang telah dibuat mengikut
peraturan 5 .
• Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah
bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran
rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Bawah serta salinan keputusan
peperiksaan akhir Tingkatan 6 Bawah yang disahkan oleh
Pengetua/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
• Walaubagaimanapun penyertaan pelajar yang berumur lebih daripada 18
tahun dan tidak melebihi 21 tahun bukanlah satu kemestian.
3.1.3 Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain
• Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud
sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dan bergabung serta membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan
Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap
Setiausaha Agung MSSM Negeri untuk membekalkan satu senarai sekolah
swasta yang bergabung dengan MSSM Negeri masing-masing kepada Urus
Setia MSSM pada atau sebelum 15 Februari setiap tahun pertandingan
dan senarai tersebut perlu dikemaskinikan dari semasa ke semasa.
• Pelajar sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar sepenuh
masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding dalam kejohanan
MSSM.
• Pelajar-pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan
peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak layak
menyertai kejohanan peringkat MSSM.

56
• Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan
peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai
pertandingan permainan MSSM dengan syarat pelajar ini berdaftar untuk
Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Bawah mengikut tarikh
pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Bawah di sekolah Kerajaan
• Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta boleh bertanding dalam kejohanan
MSSM dengan mengemukakan salinan keputusan peperiksaan akhir
Tingkatan 6 Bawah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.
• Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta yang tidak mengikuti kelas
Tingkatan 6 Bawah sepenuh masa tidak dibenarkan mengambil bahagian di
semua peringkat pertandingan MSSM.
3.1.4 Pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.
• Pelajar-pelajar yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia dan di
Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakili negeri asal tempat ia
bersekolah ( sekolah terakhir ) di dalam pertandingan MSSM.
• Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri asalnya maka ia
dibenarkan mewakili negeri lain dengan syarat MSSM Negeri berkenaan
mendapatkan kebenaran bertulis daripada MSSM Negeri asal pemain.
• Pelajar yang memasuki semula sekolah harian dari Sekolah Sukan Malaysia
dan Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakil negeri di mana
sekolah terkini pelajar berkenaan sedang belajar.
• Pemain yang mewakili MSSM Negeri lain tanpa mendapat kebenaran
daripada MSSM Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding di Kejohanan
MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadap MSSM Negeri yang
bersalah oleh Urus Setia MSSM.
• Pengambilan pelajar Sekolah Sukan Malaysia mestilah mengikut prosedur
yang telah ditetapkan oleh Sekolah Sukan Malaysia dan menjadi
tanggungjwab pegawai MSSM Negeri mengambil dan menghantar balik

57
serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan peserta.
3.1.5 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia
• Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia tidak boleh mewakili
MSSM Negeri dalam Kejohanan MSSM.
• Pelajar tersebut boleh dipertimbangkan jika layak untuk mewakili Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dalam Kejohanan peringkat sekolah-
Sekolah Asean, Asia dan Antarabangsa yang disertai oleh MSSM.
3.2 Negeri-negeri
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam
pertandingan permainan MSSM. Setiap negeri hanya berhak menghantar satu pasukan sahaja
mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan permainan melainkan ada sesuatu
ketetapan khas.
Peraturan 4 : HAD UMUR PESERTA
4.1 Had umur peserta-peserta bagi pertandingan permainan MSSM adalah seperti berikut:
• 18 tahun dan ke bawah
• 15 tahun dan ke bawah
• 12 tahun dan ke bawah
Penyesuaian kepada kumpulan umur yang lain dibenarkan jika permainan itu perlu mengikut
Peraturan Pertandingan yang dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Antarabangsanya. MSSM juga
boleh mengelola pertandingan mengikut kriteria lain untuk sesuatu johanan
• Pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun layak
mengambil bahagian dalam kategori 18 tahun dan ke bawah mengikut peraturan 5.2 .

4.2 Kiraan umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan.


4.3 Bagi peserta yang terbukti lewat pendaftaran kelahiran pada peringkat umur yang
disertainya tidak layak menyertai pertandingan permainan MSSM.
4.4 Seseorang peserta dibenarkan menyertai pertandingan dalam satu kumpulan umur sahaja
bagi satu jenis pertandingan dalam masa yang sama.

58
4.5 Selain daripada yang disebutkan diatas seseorang peserta tidak dibenarkan
menyertai pertandingan dalam kumpulan umur yang lebih tinggi daripada kumpulan umurnya
jika pertandingan dijalankan serentak.
4.6 Semua peserta kecuali peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia
menunjukkan kad pengenalan asal jika diminta oleh pihak pengelola pertandingan. Seseorang
peserta yang hilang kad pengenalan mesti mempunyai dokumen JPN KP09/KPPK 09 dengan
gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendafataran Negara. Manakala peserta yang sedang
memohon mendapatkan kad pengenalan kali pertama perlu menunjukkan dokumen JPN
KP11/KPPK 11dengan gambar ukuran pasport dari Jabatan Pendaftaran Negara.
4.7 Semua peserta peringkat umur 12 tahun dan ke bawah hendaklah bersedia menunjukkan
salinan sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan sekolah
peserta berkenaan.
4.8 Semua peserta hendaklah melengkapkan Borang Pendaftaran Individu (Borang R 01 /
M 01) secara individu beserta gambar ukuran pasport dengan menyertakan salinan kad
pengenalan /sijil kelahiran yang disahkan oleh Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan
Sekolah pesertaberkenaan dengan pengesahan terakhir oleh Pengurus Pasukan serta
Setiausaha Agung MSSM Negeri masing-masing.

Peraturan 5 : PENDAFTARAN
5.1 Setiap MSSM Negeri hanya dibenarkan menghantar bilangan pegawai dan peserta
sebagaimana yang telah ditetapkan ( Rujuk Lampiran A )
5.2 Pelajar yang berumur lebih daripada 18 tahun dan tidak melebihi 21 tahun boleh menyertai
pertandingan di peringkat MSSM seperti berikut :

PECAHAN BILANGAN PEMAIN TINGKATAN ENAM (PEMAIN JEMPUTAN) YANG DI


BENARKAN MENYERTAI KONTINGEN MSSM NEGERI

BILANGAN PEMAIN JEMPUTANYANG DIBENARKAN

59
1 Akuatik - Renang 6L dan 6P 1L dan 1P #
2 Badminton 6L dan 6P 1L dan 1P
3 Bola Baling 12L dan 12P 1L dan 1P
4 Bola Jaring 10P 1P
5 Bola Keranjang 12L dan 12P 1L dan 1P
6 Bola Sepak 18L 2L
7 Bola Tampar 12L dan 12P 1L dan 1P
8 Gimnastik 6L dan 6P 1L dan 1P#
9 Gimrama 9P 1P
10 Golf 3L dan 3P Tiada
11 Hoki 18L dan 18P 2L dan 2P
12 Kriket 15L 1L
13 Memanah 4Ldan 4P 1L dan 1P
14 Olahraga 2L dan 2P#
15 Perahu Layar tiada
16 Ping Pong 5L dan 5P 1L dan 1P
17 Ragbi 25L 1L
18 Sepak Takraw 12L 1L
19 Skuasy 4L dan 4P 1L dan 1P
20 Sofbol 15L dan 15P 1L dan 1P
21 Tenis 5L dan 5P 1L dan 1P
22 Tenpin Bowling 4L dan 4P 1L dan 1P
23 Merentas Desa 8L dan 8P 1L dan 1P
24 Catur 6L dan 6P 1L dan 1P
# mengikut kawalan acara
*Bagi Olahraga (2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan ) dan Renang ( 1 peserta lelaki
dan 1 peserta perempuan ) mengikut bilangan acara yang telah ditetapkan bilangannya
dalam peraturan permainan tersebut boleh mewakili MSSM Negeri masing-masing.

60
5.3 Pasukan yang mempunyai peserta perempuan hendaklah diiringi oleh seorang atau lebih
pegawai wanita.
5.4 Pendaftaran pegawai dan peserta dalam borang pendaftaran yang tertentu hendaklah
disampaikan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh pertandingan dimulakan. Sebarang pindaan di borang pendaftaran tersebut hendaklah
ditandatangani oleh Yang DiPertua / Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Negeri dengan cop rasmi.
5.5 Jawatankuasa Pengelola akan menyemak dan mengesahkan kelayakan peserta semasa
Mesyuarat Pengurus Pasukan berdasarkan butiran dalam Borang Pendaftaran Individu (R 01,
M 01) serta dokumen sokongan tertentu yang lengkap (Lampiran B).

Peraturan 6 : PENGADIL / HAKIM


6.1 Setiap MSSM Negeri dikehendaki menghantar pengadil / hakim bertauliah yang terdiri
daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran sepertimana bilangan yang ditetapkan. (Rujuk
Lampiran A)
6.1.1 Sekirannya MSSM Negeri yang mengelolakan pertandingan MSSM memerlukan
khidmat Pengadil / Hakim selain daripada Pegawai Perkhidmatan Pelajaran,
kebenaran bertulis hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada Urus Setia MSSM .
6.2 Jawatankuasa Pengelola pertandingan akan menyediakan elaun bertugas dan kemudahan
yang bersesuaian kepada pengadil/hakim semasa berada di sebarang kejohanan kelolaan
MSSM.
6.3 Surat lantikan pengadil akan dikeluarkan oleh Urus Setia MSSM manakala tuntutan
perjalanan
dan makan Pengadil/hakim ke tempat pertandingan akan ditanggung oleh MSSM Negeri.
Peraturan 7 : PENGERUSI TEKNIK PERMAINAN MSS NEGERI
7.1 Semua MSSM Negeri dikehendaki menghantar Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
MSSM Negeri / Wakil masing-masing ke Mesyuarat Pengerusi Teknik Permainan berkenaan
yang diadakan sebelum Kejohanan Permainan MSSM walaupun tidak menyertai kejohanan

61
tersebut.
7.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan MSSM hendaklah menyediakan tempat mesyuarat
dan keperluan mesyuarat.
Peraturan 8 : PEGAWAI PASUKAN
8.1 Pegawai Pasukan hendaklah terdiri daripada pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran.
Jika sekiranya sesuatu pasukan menggunakan khidmat pegawai yang bukan daripada pegawai
perkhidmatan pelajaran khasnya jurulatih (pegawai luar), mereka boleh mengikuti pasukan itu
tetapi tidak boleh disenaraikan dalam borang pendaftaran pasukan. Pegawai tersebut hanya
bertaraf penonton atau pemerhati sahaja. Segala tunjuk ajar hendaklah dibuat di luar
permainan.
8.2 Semua pegawai pasukan (Ketua Rombongan, Pengurus Pasukan dan Penolong, Jurulatih
dan pegawai-pegawai lain) hendaklah sentiasa memelihara dan mematuhi etika sebagai
seorang pegawai perkhidmatan pelajaran bersesuaian dengan penjawat awam, berimej bersih
dan menunjukkan tindak-tanduk serta tauladan yang baik semasa menjalankan tugas.
8.3 Semua Pengurus / Pegawai Pasukan MSSM Negeri hendaklah hadir dan memberikan
kerjasama kepada Jawatankuasa pengelola terutama dalam majlis rasmi kejohanan seperti
pembukaan rasmi, taklimat kejohanan, Jamuan rasmi, mesyuarat-mesyuarat dan majlis
penyampaian hadiah sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.
8.4 Pengurus / Pegawai Pasukan MSSM Negeri adalah bertanggungjawab dengan tidak
meninggalkan kejohanan sebelum tamat, dan mengaturkan perjalanan pasukan pada waktu
siang sahaja serta menjaga keselamatan harta benda serta kerosakan semasa menginap di
tempat penginapan.
Peraturan 9 : TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA
Selain daripada kerja-kerja tertentu mengikut Perlembagaan Majlis, tugas-tugas Jawatankuasa
Pengelola adalah seperti berikut :
9.1 Menentukan tempat, tarikh dan masa kejohanan/pesta setelah berbincang dengan
Setiausaha Agung MSSM. Seboleh-bolehnya kejohanan/pesta hendaklah diadakan dalam
masa cuti penggal persekolahan.

62
9.2 Melantik pegawai-pegawai bertauliah yang diperlukan.
9.3 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti padang, gelanggang,
tempat penginapan, kenderaan dalam bandar, makanan dan lain-lain yang berkaitan dan
memberitahu kepada semua negeri nama dan jenis alatan sekurang-kurangnya sebulan
sebelum pertandingan dimulakan.
9.4 Jawatankuasa pengelola tidak mengenakan sebarang deposit bayaran penginapan dan
segala kerosakan akan dituntut oleh pengelola kepada negeri yang disahkan atau terbukti
melakukan kerosakan tersebut.
9.5 Menjemput semua Setiausaha Agung / wakil MSSM Negeri hadir untuk menyaksikan
cabutan undi.
9.6 Menjemput Penyelaras Permainan JPJS dan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan
MSSM hadir dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengelolaan dan Teknikal serta mengendalikan
proses cabutan undi.
9.7 Mengedarkan notis mesyuarat Jawatankuasa Pengelola dan salinan minit mesyuarat
kepada :-
• Setiausaha Agung MSSM
• Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pembangunan MSSM
• Penyelaras Permainan MSSM yang berkenaan.
• Pengerusi Teknik Permainan MSSM yang berkenaan.
9.8 Mengedarkan segala surat pekeliling dan keputusan rasmi kepada :-
• Setiausaha Agung MSSM ( 3 salinan )
• Setiausaha Agung MSSM Negeri ( 3 salinan )
• Yang DiPertua MSSM negeri ( 1 salinan )
• Pengerusi Jawatankuasa Teknik MSSM ( 1 salinan )
• Penyelaras Permainan MSSM berkenaan ( 1 salinan )
• Pengerusi Teknik Permainan berkenaan ( 1 salinan )

63
9.9 Segala Keputusan Rasmi kejohanan hendaklah dimaklumkan kepada urus setia MSSM
secara bertulis atau lisan melalui penyelaras permainan sebaik kejohanan tamat atau sehari
selepas pesta untuk makluman urusetia MSSM.
9.10 Laporan Pengelolaan beserta dengan akaun perbelanjaan hendaklah dihantar secara
rasmi menggunakan format tertentu dalam masa 1 bulan selepas tamat sesuatu kejohanan.

Peraturan 10 : SISTEM PERTANDINGAN


Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-
10.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
• Pusingan Pertama
• Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan
kepada 4 kumpulan iaitu A, B, C dan D.
Pertandingan akan dijalankan secara liga.
• Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam pertandingan tahun lalu
akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat kumpulan tersebut dengan cabutan undi
mengikut undang-undang permainan berkenaan.
• Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
10.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
• Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan akan masuk ke pusingan suku
akhir dan pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
• Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :

64
• . Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan akan didahulukan untuk
ditempatkan di Kedudukan 1,3,5 dan 7.
• Undian bagi 2 pasukan pemenang kedua kumpulan untuk ditempatkan di Kedudukan 2
atau 4, jika Pasukan pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan ditempatkan di
kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 pasukan pemenang kedua yang lain akan diundi juga
untuk ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
• Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh akhir akan memasuki
Perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-
pasukan yang kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan keempat.

10.2. Cara Liga Tiga Kumpulan


Pusingan Pertama
• Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka mereka hendaklah
dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan
secara liga.
• Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - tempat ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut melalui undian.
• Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka
pasukan terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
• Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan ke dalam kumpulan X
dan Y dengan mengadakan undian.
• Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.

65
• Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2 ditempatkan ke kumpulan Y.

• Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan lain dari


Johankumpulannya.
Pusingan Akhir
• Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk menentukan Johan dan
Naib Johan.
• Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan
tempat ketiga dan keempat.
10.3. Cara Liga 2 kumpulan.
Pusingan Pertama
• Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan hendaklah dibahagikan
kepada dua kumpulan iaitu A dan B.
• Johan dan tempat keempat dalam pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
kumpulan A dan naib Johan serta tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B
• Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan dengan cabutan undi.

• Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil bahagian maka pasukan


terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
10.3.2. Pusingan kedua
• . Johan kumpulan A akan melawan Naib Johan kumpulan B dan Johan kumpulan B
akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
• Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
10.3.3. Pusingan Akhr
• . Johan Kumpulan A atau naib Johan kumpulan B akan melawan Johan Kumpulan B
atau Naib Johan Kumpulan A untuk menentukan Johan dan Naib Johan
• Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan menentukan tempat ketiga
dan keempat.
10.4. Cara liga Satu Kumpulan

66
10.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan akan
dijalankan secara liga satu pusingan . Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan
diisytiharkan sebagai JOHAN.
10.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian pertandingan
tidak akan dilangsungkan.

Peraturan 11 : MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH


11.1. Pasukan/Peserta yang telah mengesahkan persetujuan mengambil bahagian dalam
sesuatu kejohanan tidak dibenarkan menarik diri. Surat tunjuk sebab akan dikeluarkan kepada
pasukan tersebut sekiranya melanggar peraturan ini.
11.2. Sekiranya ada pasukan/peserta menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada pertandingan, semua keputusan pertandingan yang dimainkan oleh pasukan/peserta
itu akan dibatalkan. Pasukan tersebut tidak dibenarkan menyertai perlawanan seterusnya dan
tindakan tatatertib akan diambil ke atas pasukan yang berkenaan.
Peraturan 12 : BANTAHAN
12.1. Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.
12.2. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang peserta atau sesuatu
perlawanan yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan sebelum pertandingan
bermula, maka peserta/pasukan tersebut boleh mengambil bahagian di bawah bantahan
(under protest) dan perkara tersebut hendaklah diselesaikan 1 jam selepas menerima
bantahan rasmi.
12.3. Bantahan berhubung dengan permainan dalam acara-acara yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta merta dan tidak lewat daripada
• Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara pusingan awal
• Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan bagi acara peringkat akhir.
Walaubagaimanapun tempoh penyerahan dan penyelesaian tertakluk kepada peraturan dan
undang-undang permainan berkenaan.

67
12.4. Semua bantahan acara individu hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan bagi
acara individu sebanyak RM 200.00 (Ringgit : Dua Ratus sahaja) dan acara berpasukan RM
300.00 (Ringgit : Tiga Ratus sahaja). Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan tidak berasas.
12.5 Keputusan Jawatankuasa Bantahan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan
kepada yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
12.6 Keanggotaan Jawatankuasa Bantahan yang akan bersidang terdiri daripada:
• Setiausaha Agung MSSM Negeri pengelola
• Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan
• Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM
• Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan MSSM Negeri pengelola
• orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar dan tidak terlibat dengan
bantahan/kes tersebut.
Peraturan 13 : JURI RAYUAN
13.1. Juri Rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum)
melainkan bagi Olahraga dan Renang.
• Pengerusi Jawatankuasa Pengelola / wakilnya
• Penyelaras Permainan MSSM
• orang Pengurus Pasukan MSSM Negeri yang berdaftar yang tidak terlibat dalam
Jawatankuasa Bantahan
• Setiausaha J/K Pengelola Kejohanan - Ex-Officio

13.2 Juri Rayuan bertanggungjawab untuk


• Mengambil tindakan mengenai disiplin pelajar, guru dan pegawai-pegawai kejohanan
yang berkenaan bagi semua perkara kejohanan/pesta dijalankan seperti berikut:
• Memberi amaran
• Menggantung penyertaan bagi jangka masa tertentu

68
• Menyingkirkan daripada keseluruhan kejohanan/pesta
• Mengarahkan pemain dihantar pulang
• Menghantar laporan kepada MSSM Negeri berkenaan supaya mengambil tindakan
tatatertib sejajar dengan tindakan disiplin mengikut hukuman yang digunapakai oleh
Persatuan Sukan Kebangsaan.
• Bertanggungjawab membuat pelaporan mengenai peristiwa yang telah berlaku kepada
urusetia MSSM secara lisan seberapa segera yang boleh dan secara bertulis selewat-
lewatnya 14 hari selepas tamat kejohanan/pesta dengan membuat cadangan yang
sewajarnya untuk tindakan lanjut.
• Pasukan, pegawai atau peserta yang digantung oleh sekolah, MSSD, MSSM Negeri
atau MSSM kerana dikenakan tindakan tatatertib hendaklah dilaporkan kepada
Persatuan Permainan yang berkenaan.
• Keputusan Juri Rayuan akan dibuat secara bertulis serta dimaklumkan kepada yang
berkenaan termasuk Lembaga Tatatertib dan keputusannya adalah muktamad.
Peraturan 14 : LEMBAGA TATATERTIB
14.1. Lembaga ini terdiri daripada
• Timbalan Ketua Pengarah (JPJS/Setiausaha Agung MSSM atau wakilnya
• Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pembangunan MSSM atau wakilnya.
• Yang Di Pertua MSSM Negeri Pengelola atau wakilnya.
• orang Setiausaha Agung MSSM Negeri yang tidak terlibat dengan kes tersebut.
• Setiausaha J/Kuasa Pengelola – Ex-Officio.
14.2 Lembaga ini bertanggungjawab untuk mengambil maklum keputusan Juri Rayuan dan
membuat keputusan untuk mengenakan tindakan selanjutnya, jika perlu.
Peraturan 15 : MAJLIS RASMI SEMPENA KEJOHANAN
15.1. Semua pegawai dan peserta pasukan MSSM Negeri yang menyertai pertandingan
permainan MSSM hendaklah menentukan semua pesertanya menghadiri
• . Majlis Pembukaan Rasmi

69
• Jamuan Rasmi sempena kejohanan
• Taklimat dan mesyuarat-mesyuarat
• Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian hadiah.
15.2 Jika terdapat MSSM Negeri yang tidak mematuhi peraturan ini tanpa sebab munasabah,
tindakan tatatertib boleh diambil. Pengelola hendaklah memaklumkan kepada urusetia MSSM
serta Pengarah Peelajaran Negeri berkenaan supaya tindakan diambil terhadap pengurusan
pasukan.
Peraturan 16 : KESELAMATAN
16.1. Semua pegawai dan peserta MSSM Negeri yang menyertai kejohanan permainan MSSM
hendaklah dilindungi insurans.
16.2. Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kemalangan, kematian,
kecacatan
anggota, kehilangan anggota badan/harta benda atau sebarang kecederaan lain berlaku :
16.2 Jawatankuasa Pengelola sentiasa memberikan segala penerangan dan akan mengambil
langkah-langkah keselamatan dan pengawasan yang diperlukan sepanjang masa kejohanan
tesebut.
• semasa perjalanan pergi dan balik
• semasa kejohanan dijalankan
• di dalam dan di luar kawasan venue
• di tempat-tempat penginapan
Walaubagaimanapun pihak pengelola kejohanan akan berusaha untuk mengambil
langkahlangkah bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai
terjamin setakat mana yang munasabah.
16.3. Sebarang tindakan mahkamah tidak boleh diambil ke atas Jawatankuasa Pengelola
Pertandingan MSSM berhubung dengan kejohanan yang diadakan.
Peraturan 17 : PENYALAHGUNAAN DADAH
17.1 Penggunaan dadah yang tidak dibenarkan seperti penyalahgunaan dadah Merbahaya
adalah diharamkan.

70
Peraturan 18 : KENYATAAN AKHBAR
18.1 Semua pegawai atau peserta yang menyertai kejohanan permainan MSSM dilarang
membuat
sebarang kenyataan akhbar / media elektronik, cetak kecuali dengan kebenaran. Kenyataan
akhbar akan dibuat oleh Pegawai dari JPJS atau Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau
wakilnya.
18.2 Kenyataan akhbar yang dibuat oleh peserta hendaklah diiringi oleh pegawai pasukan.
Peraturan 19 : PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
19.1. Semua peraturan-peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi dan dibaca secara
bersama. Jika ada dinyatakan perkara-perkara lain dalam undang-undang permainan tersebut
hendaklah juga dipatuhi.
19.2. Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini dan Peraturan Permainan
berkenaan akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola kejohanan yang berkenaan dan
keputusannya adalah muktamad.
Lampiran Bersama Peraturan Am MSSM 2007
Lampiran A: Pecahan Bilangan Pegawai Kontinjen MSSM Negeri (Bilangan pengadil untuk
Acara
Merentas Desa dan Acara Lari Berganti-ganti). Rujuk lampiran berkenaan
Lampiran B: Dokumen Sokongan Yang Perlu Diserah Bersama Borang R 01 & M 01
( Perkara 1.4). Rujuk lampiran berkenaan
Borang R 01 & M01 : Borang Pendaftaran Individu
Borang R01 & M02 : Borang Pendaftaran Pasukan

RUJUKAN
1. Peraturan Am MSSM Edisi 2007. Jawatankuasa Teknik & Pembangunan
Sukan MSSM, Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Sukan.
2. Nota Peraturan Olahraga KOAM.

71
72