Kata 2
Kata 2
bahawa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu
datangnya daripada kita sendiri...............
Tiada pelita di dunia ini yang dapat menerangi kehidupan di dunia dan di
akhirat kecuali pelita hati yang disinari cahaya keimanan..........
Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh daripada lidah yang
hodoh......kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakitkan hati
orang lain, tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata-kata yang
melukakan.....
Setiap mata yang tertutup, belum bererti ia tidur........dan setiap mata yang
terbuka, belum bererti ia melihat.......
Orang yang bertanya dikala dia tidak tahu, adalah bodoh ketika dia
bertanya......tetapi orang yang tidak bertanya itu, akan bodoh buat selama-
lamanya.........
Dua hati yang sama-sama mengingati Allah itu dia berkenalan sebelum
bertemu, bila bertemu terus berkenalan...... Dua hati yang tidak
mengingati Allah itu tidak akan berkenal sebelum bertemu, bila bertemu
dia hanya berjumpa bukan berkenalan.............
Cinta yang suci hanyalah layak untuk kekasih yang berhati suci dan cinta
yang ternoda hanyalah sepadan dengan mereka yang bercinta untuk nafsu
dan ternoda hati serta kesucian dirinya.....
Kejujuran dan kejelitaan itu tidak bertakhta pada paras rupa yang
seindah bulan..... tetapi pada hati yang beriman...................
Jika kamu cintakan kepada bunga, bunga itu akan layu......jika kamu
cintakan kepada manusia, manusia itu akan mati.......Oleh itu, cintailah
Allah kerana ia kekal abadi...............
Hidup berbakti mati, hidup tak berbakti pun mati. Maka adalah lebih baik
bagi kamu mencurahkan bakti.....Dengan itu matimu akan meninggalkan
nama yang harum kerana bakti suci teramat bererti buat orang yang tahu
menghargainya.............
Ada orang anggap kita lemah....ada pula yang menganggap kita lebih kuat
daripadanya..... Tapi sekiranya kita mengaku yang kita lebih kuat
daripadanya, maka di situlah kelemahan diri kita....
[ Pengenalan ] [ Biodata ] [ Pendidikan ] [ Kenalan ] [ Mutiara kata ] [
Muzik/midi ] [ album ] [ Komen ] [ love stories ] [ love songs ] [ link ] [
Resume ]