Anda di halaman 1dari 89

1

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Oleh

Nazri Bin Abu Bakar

Muhammad Salaebing

Shamsinah Bt. Salleh

Norizillah Bt. Mohd. Rodzes

Fatahiyah Bt. Mohd. Ishak

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan

proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya

di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan

yang diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi dan impak yang

serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem

penyampaian ilmu. Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan

generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia

yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah

pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.

Tahun 2004 bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan budaya fikir

tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam sebarang bentuk

tindakan. Perkembangan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta

penggunaan komputer dalam bidang pendidikan menjadikan ilmu lebih mudah diakses,

disebar dan disimpan. Manakala kecanggihan serta kemampuannya menyampaikan

sesuatu maklumat secara cepat, tepat dan menarik dalam bentuk multimedia
menjadikannya sebagai satu daya tarikan ke arah mewujudkan satu senario belajar yang

lebih menyeronokkan.

Dalam hal ini profesion perguruan pada alaf baru ini haruslah mampu menguasai

dan menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Walau bagaimanapun dalam bidang

pendidikan sekarang, kecanggihan teknologi melalui persembahan multimedianya

bukanlah hanya faktor yang boleh menjadikan proses pembelajaran itu berkesan.

Keberkesanan dan kebestarian sesuatu pengajaran itu masih banyak bergantung pada

faktor manusia iaitu guru yang membuat perancangan. Teknologi hanyalah sebagai faktor

pemangkin ke arah mempercepatkan proses keberkesanannya, manakala kemahiran dari

aspek pedagogi serta psikologi adalah diperlukan.

Oleh itu guru harus mampu mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi,

psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu. Usaha ini harus dilakukan

secara berterusan ke arah melahirkan seorang pelajar yang berfikirkan kritis dan kreatif,

seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani serta dapat hidup dalam keadaan yang 2

harmonis yang berpegang teguh pada agama dan kepercayaan pada Tuhan seperti mana

yang terdapat dalam Falfasah Pendidikan Negara.

Namun begitu, terdapat kajian yang membuktikan bahawa kesediaan guru

menggunakan teknologi maklumat di dalam pengajaran bahasa ke atas 392 orang guru

bahasa menunjukkan majoritinya guru-guru masih takut untuk menggunakan komputer

dalam pengajarannya. Aplikasi komputer yang kurang dalam pengajaran bahasa di

sekolah-sekolah adalah disebabkan guru-guru tidak mempunyai kemahiran dan latihan

yang secukupnya (Norizan Abdul Razak, 1997). Dengan ini, kerajaan perlu melipat

gandakan usaha menangani masalah tersebut terutama di kalangan guru-guru.

Sebenarnya, kemajuan pesat dalam bidang teknologi maklumat telah membawa


banyak perubahan terhadap kaedah pengajaran bahasa. Daripada kaedah konvensional di

dalam bilik darjah, pengajaran bahasa kini telah berkembang kepada kaedah pengajaran

yang baru, iaitu pengajaran bahasa di alam siber. Dengan kaedah baru ini, para pendidik

bahasa dapat berkomunikasi dan mengajar melalui komputer yang dihubungkan dengan

modem dan perisian komunikasi. Pengajaran yang menggunakan kaedah baru ini dapat

membantu mengembangkan penggunaan bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

Melalui internet, penggunaan bahasa Melayu melewati batas geografi dan waktu. Hal ini

demikian kerana internet merupakan satu jaringan antarabangsa yang menghubungkan

lebih 30 000 jaringan di lebih 100 buah negara. Internet kini mempunyai lebih 20 juta

pengguna di seluruh dunia dan bilangan pengguna ini semakin bertambah dengan

penurunan harga komputer dan perisian komunikasi (Laudon, Traver dan Laudon 1996).

Memandang bahawa penggunaan teknologi maklumat ini masih baru dalam

sistem pendidikan di Malaysia, para pendidik bahasa perlu mempunyai literasi teknologi

dan memahami keperluan komunikasi secara global. Hal ini dapat membantu para

pendidik menerapkan kaedah ini dengan berkesan. Penulisan ini akan memberikan

tumpuan kepada kaitan antara komunikasi di alam siber dengan praktis pengajaran

bahasa yang penggabungannya akan melahirkan satu komuniti baru, iaitu komuniti

elektronik (electronic community) dan bentuk komunikasi di alam siber yang dikenal

sebagai komunikasi pengantaraan komputer (computer mediated communication).

Penulisan ini akan turut membincangkan aspek pedagogi komunikasi pengantaraan

komputer, seperti bentuk pengajaran yang komunikatif dan interaktif. Penulisan ini

seterusnya akan menyarankan kemahiran yang diperlukan oleh para guru bahasa untuk

bersama-sama memasuki alam pengajaran siber dan peranan institusi pendidikan guru

dalam perkembangan ini. Selain itu, penulisan ini akan turut menyingkap kemungkinan

komunikasi pengantaraan komputer dijadikan sebagai satu kaedah perundingan antara


pelajar dengan pendidik dalam pengajaran bahasa.

Menurut Laudon dan Laudon (1996), teknologi maklumat merupakan gabungan

teknologi komputer dan sistem komunikasi yang membolehkan teks, bunyi, video, dan

animasi disalurkan melalui talian. Komputer dengan kemudahan lebuh raya maklumat

merupakan satu jaringan yang meliputi kawasan yang luas, mempunyai kepantasan yang

tinggi, dan menawarkan beberapa perkhidmatan jaringan. Dengan hal demikian,

teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pelbagai urusan dan kegiatan, seperti 3

perniagaan, pentadbiran, penyelidikan, dan pendidikan. Antara perkhidmatan yang

ditawarkan oleh teknologi ini termasuklah mel elektronik, papan buletin, dan laman web

yang membolehkan para pendidikan berkomunikasi dan mengajar dengan menggunakan

talian komputer.

Pengajaran siber tidak memerlukan kehadiran di dalam kelas atau kehadiran

pelajar sewaktu syarahan. Walau bagaimanapun, satu bentuk komunikasi yang interaktif

perlu diwujudkan untuk membangkitkan suasana yang kondusif dan praktikal untuk

pembelajaran. Pelajar dan guru berkomunikasi melalui mel elektronik, persidangan

komputer, forum elektronik, papan buletin, dan laman web. Pengajaran siber ini dijangka

menjadi amalan pengajaran bahasa Melayu pada masa hadapan. Untuk menjadikannya

suatu kenyataan, guru haruslah mempunyai pengetahuan tentang komunikasi

pengantaraan komputer yang menjadi asas pengajaran siber.

1.2 Apakah itu Komputer?

1.2.1 Konsep Asas dan Istilah

Komputer boleh ditakrifkan sebagai satu alat yang boleh ditakrifkan sebagai satu alat

yang boleh menerima maklumat, mengguna beberapa prosedur pemprosesan kepadanya

dan mengemukakan hasil maklumat baru dalam bentuk yang sesuai kepada penggunanya.

Kebanyakan komputer elektronik moden, terutama sekali komputer yang digunakan


untuk tujuan pendidikan, merupakan komputer digital. Apa yang dimaksudkan komputer

digital ialah maklumat yang ada ditukar kepada bentuk digital ( iaitu kepada satu kod

yang berasaskan kepada sistem nombor dwi, yang hanya menggunakan dua simbol iaitu 0

dan 1) sebelum diproses. Komputer yang direka bentuk untuk mengendalikan data yang

tidak ditukar kepada bentuk digital dikenal sebagai komputer analog, dan banyak

digunakan untuk tujuan saintifik atau teknikal yang khusus.

1.3 Sejarah dan Perkembangan Komputer.

Pembelajaran berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan. Keseronokan

belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru terhadap pelajarpelajarnya.
Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan berminat hendak

belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh mendorong pelajarpelajarinya memberi
tumpuan serta mengambil bahagian yang menyeluruh dalam proses

pengajaran pembelajaran.

Situasi ini dapat diwujudkan sekiranya guru dapat menyampaikan pengajarannya

dengan bantuan media pengajaran. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi

(ICT) telah dapat mempelbagaikan perkakasan dan perisian dalam sistem penyampaian.

Bermula dengan interaksi secara lisan, manusia mula berkomunikasi dengan

mencatat di atas batu, daun hinggalah berlakunya perkembangan teknologi kertas dan 4

percetakan. Seterusnya teknologi fotografi telah berkembang yang menyebabkan

terdapatnya gambar-gambar yang dapat digunakan sebagai rujukan disusuli pula dengan

media elektronik seperti radio, televisyen, filem, video, VCD, DVD dan perkembangan

terakhir dengan adanya teknologi multimedia seperti penggunaan CD-ROM, internet dan

e-pembelajaran (e-learning).

Walaupun perkembangan seumpama ini banyak memberi sumbangan terhadap

dunia hiburan tetapi tidak dapat disangkal dalam pendidikan perkembangan ini dapat

memberi kesan yang positif dalam proses pembelajaran. Sebagai seorang guru,
perkembangan yang begitu mencabar ini harus dianggap sebagai satu peluang ke arah

mempelbagaikan strategi dan memantapkan sistem penyampaian ke arah yang lebih

berkesan, dinamik, menyeronokkan dan menghiburkan.

Pengenalan kepada persekitaran pembelajaran bestari adalah merupakan satu

senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia bersesuaian dengan perkembangan

teknologi, sosial dan budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan

sesebuah institusi pendidikan menggabung serta memberi penekanan sebijak mungkin

terhadap komponen yang terdapat dalam strategi pembelajaran.

Usaha ini ialah ke arah mewujudkan suasana pembelajaran dan persekolahan yang

lebih bermakna dan berkesan di mana guru-guru bukan lagi pendeta di atas pentas (sage

by the stage) tetapi sebagai pembimbing di sisi (guide by the side) untuk menyampaikan

pengajaran secara lebih berkesan.

Keberkesanan pendidikan ini dapat dilihat melalui peranan guru dan pelajar dalam

proses pembelajaran melalui kurikulum yang lebih mantap dan bersepadu. Pengajaran

guru yang bersifat “pembimbingan di sisi” harus mempunyai ciri-ciri yang boleh menjana

pemikiran pelajar ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu. Dalam hal ini guru haruslah berusaha untuk menggunakan pelbagai

pendekatan ke arah mengoptimumkan potensi pelajar dalam proses mencari ilmu. Ia perlu

menanamkan sifat yang boleh berdikari serta proaktif dalam segala tindakan.

Amalan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah

seharusnyalah tidak lagi tertumpu hanya dengan membekal maklumat dan memberi

jawapan berdasarkan soalan serta menggunakan bahan yang terhad sahaja. Apa yang

harus dilakukan ialah membekal tugasan yang lebih mencabar terhadap aktiviti-aktiviti

yang dijalankan dalam sesuatu pakej pembelajaran yang memerlukan analisis dan

penyiasatan secara kooperatif dan kolaboratif dalam menyelesaikannya.


Begitu juga mengemukakan soalan-soalan yang berkehendakkan lebih banyak

berfikir dan menjana minda serta menggunakan banyak bahan daripada sumber-sumber

yang mudah didapati hasil daripada perkembangan teknologi ke arah memenuhi dan

mencapai hasil pembelajaran. 5

2.0 KOMPUTER DAN PENDIDIKAN

2.1 Apa itu E-Pendidikan?

Pengajaran dan pembelajaran melalui Internet secara amnya dikenali sebagai ependidikan (pendidikan
elektronik). Majlis Teknologi Maklumat Kebangsaan Malaysia

menganggap e-pendidikan sebagai merangkumi “... a wide set of applications and

processes such as Web-based learning, computer-based learning, virtual classrooms, and

digital collaboration. It includes the delivery of content via Internet, intranet/extranet

(LAN/WAN), audio-and videotap, satelite broadcast, interactive TV, and CD-ROM...”

(http://www.dsv.se.se/-klas/ Learn/E-learning/e-learning.html).

Justeru itu, e-pendidikan merupakan cara pembelajaran yang menggunakan

pelbagai media dan teknologi mutakhir.

2.1.1 E-Pendidikan: Untuk Siapa, Untuk Apa?

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu kepada penutur asing

permasalahan ini dapat dilihat daripada dua aspek.

i. Untuk Siapa?

Kaedah pengajaran yang berasaskan pendidikan dalam bilik darjah/kuliah mengehadkan

peluang pembelajaran bagi mereka yang berada dari pusat pengajian/akademik tersebut.

Justeru itu, e-pendidikan paling sesuai dilaksanakan untuk pelajar bahasa asing yang

tidak berpeluang untuk belajar di negara berbahasa Melayu dan ini membolehkan pelajar

ini diajarkan di negara masing-masing tetapi dalam persekitaran yang disimulasikan

seperti berada di negara berbahasa Melayu.

ii. Untuk Apa?


Secara umumnya, pendekatan dan pembelajaran bahasa Melayu melalui Internet

diwajarkan kerana beberapa faktor, tetapi yang utama ialah jumlah tenaga pengajar

bahasa Melayu di seluruh dunia amat terhad dan kos latihan dan penghantaran guru

bahasa Melayu ke seluruh ceruk dunia sangat tinggi. Hal yang sebaliknya juga berlaku.

Agak sukar dan tidak praktis untuk membawa banyak pelajar asing ke negara berbahasa

Melayu semata-mata untuk mengajarkan bahasa Melayu.

Selain itu, e-pendidikan mempunyai pelbagai faedah seperti:

(a) Kebebasan belajar 6

● Pelajar dapat belajar/memilih maklumat dengan cara sendiri.

● Web serasi dengan cara pembelajaran yang diminati oleh pelajar kita pada

hari ini.

● Pelajar dapat belajar berdikari.

(b) Menyediakan capaian ke pelbagai sumber maklumat, untuk rujukan pantas.

(c) Membolehkan pelbagai kaedah pengajaran yang kreatif.

● Pelbagai kemudahan yang berasaskan teknologi (penyebaran, penambahan

dan pengeditan kandungan/maklumat kursus).

● Bahan yang diterbitkan dan disampaikan kepada pelajar dengan teknologi

mutakhir ini boleh dalam bentuk tertulis, foto, dalam bentuk audio/video

ataupun ‘secara langsung’.

(d) Menggalakkan minat pelajar terhadap komputer.

● Jurang digital dan fobia komputer dapat dikurangkan.

● Pelajar dapat membiasakan diri dengan pemikiran yang terbuka tanpa

tekanan.

(e) Menjimatkan pengagihan tenaga guru.

Teknologi dapat menggantikan keperluan penempatan guru bahasa di setiap


kawasan.

(f) Menyediakan kesempatan belajar yang baik untuk golongan masyarakat yang

sibuk.

Golongan profesional dapat memanfaatkan waktu-waktu terluang (waktu

rehat/ makan tengah hari ataupun waktu malam) untuk mencapai dan melayari

internet dan meneruskan pembelajaran tanpa perlu bergegas ke kampus,

terutamanya apabila kampus terletak jauh dari tempat kerja/tinggal.

(g) Membolehkan proses pembelajaran yang lebih teratur dan lebih lentur.

Tiada had waktu belajar seperti dalam bilik darjah nyata (30 minit sehari

untuk satu mata kuliah) – proses pembelajaran boleh dilanjutkan sehingga

selesai atau pun boleh dihentikan untuk disambung semula pada kesempatan

yang lain.

(h) Meningkatkan kemahiran berfikir.

Dalam banyak kajian, komputer telah didapati berkesan dalam pengajaran

bahasa kerana kaedah ini menggalakkan pelajar untuk berfikir dan menjadi

lebih inkuisitif dan peka terhadap aspek-aspek bahasa dan budaya yang

dipelajari.

(i) Menjimatkan kos percetakan dan penghantaran.

Kos untuk mencetak buku dan bahan ajar serta menghantarkan bahan-bahan

tersebut ke setiap pusat/institusi pendidikan dapat dijimatkan dengan adanya

kemudahan pengaliran bahan dan maklumat melalui teknologi internet.

2.2 Kekangannya?

Biarpun kaedah pengajaran dan pembelajaran ini ternyata banyak faedahnya, namun ada

beberapa perkara yang boleh menjadi hambatan kepada pelaksanaannya. Antaranya

termasuklah:
(a) Kos permulaan (Start up cost) yang tinggi. 7

Kaedah ini mensyaratkan pelajar/institusi mempunyai perkakasan, perisian

dan capaian kepada Internet. Buat masa ini kos kemudahan sebegini masih

relatif tinggi. Keadaan ini tentunya tidak berlaku bagi negara-negara maju

tetapi menjadi hambatan besar bagi negara-negara dunia ketiga.

(Walau bagaimanapun, kos permulaan ini dianggap wajar dan berpatutan jika

dilihat dalam jangka masa yang panjang).

(b) Pelajar lebih tertarik kepada teknologi daripada isi kandungan pelajaran.

● Pembelajaran berasaskan Web ini boleh melekakan pelajar yang kurang

berdisiplin, dan mereka senang-senang sahaja menghabiskan waktu

melayari laman Web ini.

● Kaedah ini meletakkan tanggungjawab yang berat kepada pelajar, lantaran

itu, hanya pelajar yang benar-benar beriltizam dapat berjaya melalui ependidikan.

(c) Kebergantungan pada perisian untuk tujuan pengajaran khusus.

Guru dan pelajar memerlukan perisian yang sesuai dalam pengajaranpembelajaran bahasa. berbanding
dengan bidang-bidang lain, perisian untuk

pelajaran bahasa masih amat terhad (Jones 1987).

(d) Kursus yang ditawarkan terhad.

Kursus tertentu tidak dapat ditawarkan, misalnya Kursus Pengucapan Awam,

kerana kebolehan lisan pelajar tidak dapat dinilai melainkan dengan adanya

kemudahan tele-persidangan atau video-persidangan dan ini akan

meningkatkan kos pengajaran dan pembelajaran.

(e) Masalah teknikal yang mencelah di tengah-tengah proses pembelajaran.

Kaedah ini cenderung untuk mengalami gangguan teknikal. Oleh itu,

teknologi yang mesra pengguna amat penting dalam konteks e-pendidikan.

Akan tetapi, tiada teknologi yang dapat dijamin 100% bebas daripada masalah
teknikal.

(f) Kemahiran komputeran.

Kedua-dua fasilitator/pelajar perlu memiliki kemahiran asas perkakasan dan

perisian komputer sebagai prasyarat kejayaan program e-pendidikan.

(g) Kelengkapan fasilitator/pensyarah

Keperluan untuk memiliki kemahiran komunikasi yang baik dengan

pengetahuan bahasa yang luas khususnya bahasa Melayu penting bagi

seseorang fasilitator e-pendidikan bahasa Melayu. Guru yang mahir

berkomunikasi, menganalisis dan mendiagnosis masalah berupaya membantu,

menilai dan meningkatkan kemampuan dan prestasi pelajar.

2.3 Produk yang Diperlukan

Untuk menjayakan rencana pengajaran dan pembelajaran melalui Internet ini, beberapa

produk asas perlu disediakan.Yang pertama ialah perlunya laman Web khusus yang dapat

menemukan pelajar dan pengajar dalam suatu situasi yang sesuai untuk proses

pengajaran-pembelajaran berlangsung dengan jayanya.Selain itu, laman Web tersebut

perlulah menarik, canggih dan interaktif supaya dapat menawan perhatian pelajar untuk

suatu jangka waktu tertentu. 8

Di samping itu juga, bahan ajar dan alat bantu lain yang sesuai perlu disediakan

dengan mengambil kira khalayak pelajar, termasuk faktor peringkat/usia, negara asal dan

sebagainya. Produk utama yang lain termasuklah e-Pedoman (untuk tatabahasa, ejaan dan

sebagainya) dan e-Rujukan seperti kamus, tesaursus, dan istilah.

Petikan makalah bahsaa Melayu dan rakaman perbualan (audio atau video) dalam

situasi sebenar juga perlu disediakan pada Web agar pelajar asing dapat turut menghayati

suasana dan situasi berbahasa yang semula jadi.Jikalau diteliti contoh laman e-pendidikan

berbahasa Melayu yang sedia ada pada Web kini, memang ketara kuantiti dan kualitinya
masih jauh terkebelakang berbanding dengan laman Web untuk bahasa-bahasa utama

dunia yang lain (umpamanya bahasa Inggeris atau Perancis).

Pengajaran dan pembelajarn bahasa Melayu melalui Internet (e-pendidikan) masih

lagi pada fasal awal. Walau bagaimanapun, adanya (biarpun jumlahnya kecil) lamanlaman Web yang
direka bentuk khusus untuk belajar-mengajar bahasa Melayu memberi

semangat dan harapan untuk kita menyediakan dan menyajikan teknik dan bahan ajar

yang lebih baik dan bermutu agar pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu kepada

masyarakat luar/asing dapat digiatkan dan ditingkatkan.Sesungguhnya usaha ini wajar

dilaksankan dengan lebih giat bahasa Melayu dapat terus dikembangkan menerusi wadah

dan wahana World Wide Web yang luwes dan luas jangkauannya.

3.0 TEORI DALAM PEMBELAJARAN BAHASA

BERBANTUKAN KOMPUTER

3.1 Teori Asas Pembelajaran Bahasa

Teori-teori pembelajaran serta perkembangan media dan sistem penyampaian elektronik

telah mempengaruhi amalan dan teori reka bentuk pengajaran. Faktor-faktor masa kini

dan parameter muncul tentang pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran dan

pembelajaran kini lebih dirasai dalam semua aspek reka bentuk pengajaran, dan juga

menjadi komponen penting dalam latihan industri. Pendidikan dan industri latihan tidak

boleh abaikan kepentingan pembelajaran lebih autentik. ICT dan potensi pengedaran

lebuh raya menadikan lebih kritikal lagi menoreh sumbangan setiap teori pembelajaran

terhadap maklumat, pembelajaran dan prestasi. Pendidik harus mula meperluas

pandangan peningkatan prestasi dalam kerja melampaui strategi pengajaran yang mereka

adalah aset terbesar, dan harus mengurus dan menjadikan modal aset itu melalui

pemerolehan, pengongsian, dan pengukuhan pada pengalaman pelajar. Komputer, 9

telekomunikasi, dan maklumat adalah sangga tuas dalam mempercepatkan sistem

penyampaian maklumat yang kini mempengaruhi minda pelajar.


Ketika pendidikan menjadi lebih terbuka dan berpelbagaian, strategi

pembelajaran dan pengajaran berasaskan teknologi bersepadu akan menjadi lebih

kompleks dan membingungkan. Proses komunikasi boleh berbentuk satu per satu,

bersinkroni atau taksinkroni, bersama dengan proses komunikasi makluman atau

perbualan. Dalam bidang sidang video terdapat subset seperti telesidang, dan telekuliah.

Jaringan dan hipermedia adalah satu lagi perkembangan strategi dan taktik yang

diuruskan komputer. Paradigma penyelidikan tradisional positivis kini diregang dengan

pelbagai kemungkinan hingga ramai persekitaran pembelajaran dipaut melalui jaringan.

Ketidakpuasan dengan hasil menjadi penghalang bagi memahami pengajaran dan

pembelajaran dari pelbagai persepektif. Ada kemungkinan bahawa lebih canggih taktik

dan strategi pengajaran, dan lebih lagi kita belajar tentang pembelajaran, lebih mungkin

kita akan menyingkirkan instruktur. Ini akan membawa konflik nilai lain.

3.2 Kerangka Teori dalam Pembangunan Pembelajaran Bahasa Berbantukan

Komputer (PBBK)

Penggunaan PBBK dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan

teori pemBelajaran dan pemerolehan bahasa kedua. Umpamanya dalam Teori Monitor

yang dikemukakan oleh Krashen (1981) berhubung dengan pemBelajaran bahasa kedua

(B2), beliau menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara pemelajaran (learning)

dengan pemerolehan (acquisition). PemBelajaran ialah proses yang dilalui oleh pelajar

secara sedar atau secara formal, seperti pemelajaran nahu, manakala pemerolehan ialah

proses di mana seseorang individu itu mempelajari suatu bahasa tanpa disedari atau tidak

melalui cara formal seperti seorang pelajar yang berada dalam suatu persekitaran atau

suasana bahasa Inggeris digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraksi. Krashen

berpendapat bahawa kedua-dua proses ini tidak boleh berlaku serentak. McLaughlin

(1985) pula berpendapat bahawa dari sudut realitinya tidak ada garis pemisah yang jelas
antara pembelajaran dengan pemerolehan. Pelajar yang sedang mempelajari bahasa

secara sedar atau secara formal berkemungkinan akan mengutip atau memperoleh

beberapa perkataan frasa, atau ayat dalam bahasa itu tanpa disedarinya.

Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan

dalam pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dengan kata lain, sekiranya

sesuatu persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar dilik darjah, kaya dengan

input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan

penulisan, maka pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar

tersebut. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang

menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian kerana

kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah

ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa Inggeris dengan lebih berkesan.

Suatu lagi konsep yang berhubung rapat dengan konsep pembelajaran dan

pemerolehan ini ialah hipotesis monitor (Krashen 1981) yang berfungsi sebagai penapis 10

atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar B2.

Konsep "affective filter" yang diperkenalkan oleh Dulay dan Burt (1980), yang digunakan

dalam hipotesis monitor ini menyatakan bahawa faktor afektif seperti sikap, motivasi,

dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri. Dengan kata

lain, setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor yang

dipengaruhi oleh perasaan, sikap, dan persepsinya sendiri. Pelajar yang runsing tidak

mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa-apa yang didengarnya atau

dipelajarinya itu mudah difahami. Ia juga tidak akan dapat menghasilkan percakapan atau

penulisan yang baik sekiranya ia mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah,

menyangka yang ia akan diketawakan oleh orang lain, dan apa-apa jua perasaan negatif

yang ada pada dirinya. Monitor inilah yang menentukan kemampuan seseorang itu untuk
memahami input yang didengarinya dan kelancaran lidahnya bercakap atau menulis

dalam bahasa kedua tersebut. Dalam hal ini, Krashen dan Terrel (1983) menyarankan

supaya guru bahasa memastikan suasana atau persekitaran pemelajaran bahasa itu

kondusif, memberangsangkan, dan tidak menekan jiwa atau perasaan pelajar.

Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input

bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses

pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini. Perkara ini dapat dicapai dengan pembelajaran

bahasa berbantukan komputer. Komputer ialah suatu alat yang tidak mempunyai perasaan

dan dengan itu pelajar tidak akan merasa malu atau takut sekiranya membuat kesilapan

dalam proses interaksi pemelajaran bahasa. Komputer memberikan ruang secukupnya

kepada pelajar untuk membaiki kesilapan dan meningkatkan penguasaan kefahaman dan

kemahiran bahasa Inggeris mengikut kemampuan diri masing-masing. Hal ini mendorong

pelajar untuk lebih aktif dalam proses pemelajaran bahasa ini.

Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar

yang mempelajari bahasa Inggeris berinteraksi dalam bahasa tersebut. Tidak sepertimana

alat bantu mengajar yang lain, perisian komputer multimedia dapat diprogramkan

mengikut tahap tertentu. Pelajar dapat memilih tahap ini untuk berinteraksi dengan

komputer. Dalam proses interaksi ini, pelajar akan dapat menilai kelemahan dan

kemampuannya dalam penguasaan suatu bahasa kerana komputer dapat memberikan

maklum balas dengan segera kepada pelajar tersebut. Manakala buku latihan perlu

disemak oleh guru untuk tempoh sehari dua sebelum pelajar ini dapat mengetahui sama

ada jawapan yang diberikan tepat atau sebaliknya. Dengan itu, penggunaan komputer

memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara lebih aktif dalam proses

pembelajaran bahasa.

Pendekatan ini selari dengan aliran pengajaran bahasa kini, iaitu pendekatan
kognitif. Proses interaksi melalui pembelajaran bahasa berbantukan komputer ini

menuntut pelajar untuk memproses arahan atau maklumat, berfikir secara kritikal dan

kreatif, memberikan tindak balas kepada arahan atau maklumat tadi, dan kemudian

menanti maklum balas dari komputer sebelum pelajar tersebut memberikan tindak balas

seterusnya. Proses interaksi ini dikenal juga sebagai negotiation process (Long 1996)

bagi memahami apa-apa yang dipelajari sebelum pelajar mampu memberikan output atau

menghasilkan respons dalam bahasa yang dipelajari. 11

Hal ini berbeza daripada teknologi maklumat yang sedang hangat diperkatakan

dan yang sedang mendapat perhatian yang meluas akhir-akhir ini. Penggunaan komputer

dalam teknologi maklumat merujuk kepada pengumpulan dan penyebaran maklumat atau

data. Dengan hanya menekan kekunci tertentu atau menaip dalam kadar yang minimum,

pengguna akan dapat mengumpulkan atau menyebarkan maklumat dengan cara yang

meluas. Dari sudut teori psikologi pendidikan, pendekatan ini dapat dikategorikan

sebagai pendekatan behaviouris yang bersifat tindak balas kepada stimuli yang diberikan.

Interaksinya agak minimum. Walau bagaimanapun, melalui pendekatan ini, kita tidak

dapat memastikan sama ada proses pembelajaran dan kefahaman berjalan dengan baik

dan berkesan atau tidak.

3.3 Penjelasan tentang Maklumat, Pengetahuan dan Pembelajaran

Sudah agak lama maklumat dan pengetahuan telah dipilih hingga kita telah sama ratakan

kedua-duanya seakan-akan satu mendahului yang lain. Ini berasal daripada kajian intensif

terhadap pengaruh media pada masyarakat khasnya berhubungan dengan komunikasi

massa. Pembelajaran berfokus kepada perubahan tingkah laku atau kebolehan membuat

sesuatu (iaitu prestasi) hasil rangsangan persekitaran (media). Berbanding dengan

fahaman behavioris, konsepsi kognitivis terhadap pembelajaran menegaskan

pembelajaran adalah aktif, konstruktif, dan berhaluan gol. Media adalah unsur penting
persekitaran untuk membekal maklumat yang mengubahsuai pengetahuan sedia ada

pelajar melalui “penambah”, “talaan”, dan “penstrukturan semual” atau “ciptaan

skemata” (Rumelhart & Norman, 1978). Konsep manusia sebagai pelajar pasif atau

penerima maklumat kurang diterima sejak 1970-an. Yang penting bagi pendekatan

kognitif ialah pelajar aktif secara mental mengurus dan memproses maklumat.

Pemprosesan kognitif merupakan pengurangan tanggapan kompleks kepada

struktur skematik yang berupaya dan berguna. Dalam apa jua persembahan yang

diantarakan [mediated] manusia dan bukan manusia, keperluan pelajar untuk peroleh

maklumat mungkin adalah suatu siri arahan mental bagaimana tanggap dan mengambil

bahagian persembahan skema-relevan untuk dipautkan dengan dasar pengetahuan sedia

ada (ingatan jangka masa panjang). Inilah titik permulaan kognisi tertabur. Media dan

sumber maklumat dalam apa jua bentuk menjadi gedung maklumat skema-relevan untuk

capaian, tawanan, terbaru sebagai sumber maklumat binaan pengetahuan. Pengetahuan

adalah hasil penjelmaan maklumat peribadi (Larsen, 1986). Pengetahuan juga adalah

pengalaman atau maklumat yang boleh dikongsi dan disimpaikan (Allee, 1997).

Teknologi terbaru seperti multimedia dan hipermedia secara aktif melibatkan

pelajar, dan jika direka dan disampai dengan baik akan gerakkan proses konstruksi

melalui interaksi dengan objek sebenar atau simbolik. Apakah relevan pembelajaran dan

prestasi? Ringkasanya kita boleh andaikan kedua-dua latihan dan amalan pengajaran akan

mendidik atau membawa kepada pembelajaran dan kemudiannya prestasi. Pengajaran

berasaskan web, yang ditambah baik lebuh raya mewakilkan mimpi yang direalisasikan

menunggu-nunggu dipaut dan menyalur sikuen-sikuen instruksi secara pantas dan dicapai

dari merata-rata lokasi. Jelas kita tidak akan meminta lebih lagi. Syarat tunggal ialah kita

mereka bentuk media yang sesuai untuk melibatkan pelajar dalam menggunakan semua

strategi yang selaras dengan pandangan behavioris, kognitivis dan konstruktivis. 12


3.4 Menggunakan Adunan Prinsip-prinsip dan Praktis Behavioris, Kongitivis

dan Konstruktivis dalam Reka Bentuk Strategi Pengajaran Bahasa Melayu

Daripada perspektif Behavioris, model reka bentuk pengajaran Skinner (1953, 1954, &

1958) adalah berasaskan tiga prinsip, iaitu, (a) maklumat dalam langkah-langkah kecil

yang menambah, (b) penglibatan aktif pelajar, dan (c) pengukuhan respons yang tepat. Ini

telah membawa ke pengajaran berasaskan komputer lelurus atau bercabang (Crowder,

1960). Teori-teori kognitif tentang pembelajaran menjadikan pengaruh kuat terhadap reka

bentuk pengajaran sistematik dengan gol dan ciri-ciri pelajar sebagai asas reka bentuk

dan perkembangan, serta penentuan strategi instruksi yang selari dengan penilaian

formatif sebagai ciri utama reka bentuk instruksi yang baik. Perbezaan pandangan

kognitif daripada Behavioris adalah pelajar memproses secara mental dengan aktif apa

yang diterima dan memberi respons dalam pelbagai cara mengikut perbezaan individu.

Pakar teori kognitif semasa berkembang daripada rangka ini (contoh: Salomon,

Perkins, & Globerson, 1991). Penegasan terhadap struktur pengetahuan, strategi

metakognitif untuk menyelesai masalah, dan perubahan dalam reka bentuk kepada bidang

pandangan konstruktivis. Prinsip-prinsip konstruktivis menyebelahi pembelajaran sebagai

mencipta maksud daripada pengalaman. Pelajar membina takwilan peribadi dunia

berasaskan pengalaman dan interprestasi. Mereka yang berbeza pendapat dalam mazhab

konstruktivis bersetuju bahawa pembelajaran bukanlah penghantaran daripada individu

ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan bukanlah penghataran daripada

individu ke individu, dan boleh terjadi melalui penjelajahan peribadi, perbincangan

tentang pengalaman, dan apa yang digelar kecerdasan tertabur merupakan manifestasi

kegiatan mental yang menghubungkan cara dan maksud melalui pencapaian (Pea, 1993).

Ini telah menciptakan masalah bagi reka bentuk pengajaran bahawa kononnya

pelajar mempunyai agenda sendiri yang bukanlah dipacukan gol seperti yang disarankan
pendekatan behavioris dan kognitivis! Tiga pendekatan terhadap teori pembelajaran dan

perbezaannya dibincang dengan teliti oleh Perkins (1992), Driscoll (1994), dan Molenda

(1997). Jadi untuk memastikan pembelajaran wujud kita harus sedar pembelajaran yang

terlibat. Kita boleh fokuskan ketiga-tiga perspektif terhadap aplikasi. Contohnya,

pendekatan behavioris agak berkesan bagi penguasaan isi am (“mengetahui apa?).

Kemudian strategi kognitif mungkin berguna bagi taktik penyelesiaan masalah di mana

satu atau lebih konsep atau peraturan mungkin boleh atau tidak boleh digunakan untuk

penjanaan penyelesaian yang kreatif. Bergantung kepada tugas, amalan pengajaran yang

berjaya mempunyai ciri yang disokong ketiga-tiga perspektif. Jadi tiada sesuatu

pendekatan yang terbaik, dan ia bergantung kepada konteks. Aplikasi multimedia dan

komunikasi sinkroni atau taksinkroni oleh web dan lebuh raya elektronik membekalkan

adunan yang baik bagi pendekatan mungkin berjaya sebaik sahaja kita memahami dan

menggunakan prinsip-prinsip di belakang perspektif teori pembelajaran. Tennyson dan

Breuer (1997) mencadangkan model pautan yang menggunakan kekuatan setiap satu atau

kombinasi perspektif teori-teori pembelajaran. 13

4.0 KOMPUTER DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

4.1 Apa Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK)?

Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) atau Computer-Assisted Language

Learning (CALL) bukanlah perkara baru dalam dunia pendidikan. PBBK berkembang

daripada Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) atau Computer-Assisted

Instruction (CAI) yang diperkenalkan pada tahun 1960-an. PBK mula diperkenalkan di

University of Illinois melalui rangkaian sistem PLATO (Program Logic Automated

Machine) yang merangkaikan universiti dan sekolah di Amerika Syarikat. PLATO bukan

sahaja menyediakan ruang untuk menempatkan perisian PBK, tetapi juga menguruskan

permintaan pembelajaran, memantau pembelajaran, memantau perkembangan kemajuan


pelajar, dan memberikan peluang kepada pelajar dan pensyarah untuk berkomunikasi

melalui komputer. Rangkaian sistem PLATO yang menggunakan kerangka komputer

utama telah diganti dengan NOVANet yang menggunakan komputer peribadi pada tahun

1991. Walau bagaimanapun, tidak lama selepas rangkaian ini dilaksanakan, WWW

(World Wide Web) mula diperkenalkan dalam dunia teknologi maklumat pada tahun

1993. Rangkaian WWW ini memberikan ruang yang lebih luas kepada PBBK untuk

digunakan di bilik darjah tanpa sempadan.

Walaupun PBBK telah diperkenalkan hampir 30 tahun yang lalu, istilah ini hanya

popular pada tahun 1980-an. Dengan adanya komputer peribadi yang semakin mudah

didapati, perisian PBBK turut bercambah bagaikan cendawan. Di Malaysia, PBBK masih

baru. Meskipun perisian PBBK sudah berada di pasaran dan dalam internet,

penggunaannya masih belum meluas dan belum disepadukan dalam sistem pendidikan di

negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian PBBK kini merupakan inisiatif individu

pendidik di sekolah atau di universiti dalam kursus masing-masing atau melalui kelab

komputer di sekolah. Dengan kata lain, tidak ada keseragaman dalam penggunaan

perisian PBBK di sekolah atau di institusi pendidikan.

Meskipun begitu, kerajaan sedang berusaha menyeragamkan penggunaan PBBK

di sekolah melalui program sekolah bestari. Dengan adanya kerjasama daripada pihak

swasta, kerajaan berharap agar PBBK yang bermutu dapat dihasilkan dan penggunaannya

dapat disepadukan dalam kurikulum sedikit masa lagi. Usaha ini baik, tetapi pemindahan

pengetahuan dan kemahiran teknologi kepada guru terhad dan terlalu minimum.

Persoalan integrasi PBBK dalam pendidikan dan pembangunan perisian PBBK

merupakan dua perkara yang harus menjadi fokus utama para pendidik dalam alaf baru

(Supyan Hussin 1996). 14


4.2 Keperluan Pembangunan Perisian Pembelajaran Bahasa Berbantukan

Komputer (PBBK)

Sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun, negara ini memerlukan kira-kira

125,000 tenaga yang berpengetahuan (knowledge workers) dalam tempoh lima tahun

akan datang. Hal ini menunjukkan bahawa institusi pendidikan haruslah dapat melahirkan

pelajar dan graduan yang bukan lagi menjadi pengguna yang pasif dalam era teknologi

maklumat, tetapi menjadi pengguna yang aktif. Tajul Ariffin Noordin (1995: 360)

menekankan bahawa "apabila kita memasuki abad ke-21, mutu pelajar dan rakyat yang

dikehendaki ialah mereka yang dapat menghasilkan pemikiran, penemuan, dan ciptaan

yang terbaru dan tulen untuk disumbangkan kepada dunia."

Oleh sebab itu, para pendidik di sekolah perlu dilengkapkan dengan kemahiran

lanjutan selain kemahiran aplikasi komputer yang hanya tertumpu kepada pemprosesan

perkataan (contohnya, Word), pangkalan data (contohnya, Dbase, Access), paparan

elektronik (contohnya, Excel), dan persembahan grafik (contohnya, Powerpoint).

Pendidik seharusnya tidak menjadi pengguna (end-user atau consumer) semata-mata,

tetapi terlibat secara langsung sebagai pencipta atau pereka (producer atau designer)

perisian komputer serta mampu menilai perisian yang sesuai bagi tujuan pengajaran dan

pembelajaran. Pembangunan dan penilaian perisian haruslah menjadi kerja yang

berterusan di kalangan pendidik.

Pada ketika ini, pembangunan perisian dan penilaian perisian pendidikan masih

diserahkan sepenuhnya kepada pihak swasta atau peniaga yang tidak terlatih dalam

pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik dikatakan tidak perlu membuang masa untuk

mencipta atau membangunkan perisian. Oleh sebab itu, banyak perisian yang berada di

pasaran kini tidak menepati kehendak kurikulum kebangsaan, tidak sesuai dengan budaya

dan pemikiran tempatan, tidak menepati pedagogi suatu disiplin, dan tidak sesuai dengan
cita rasa pendidik (Supyan Hussin 1996). Di Malaysia, masih belum ada perisian

pendidikan yang diiktiraf atau diterima pakai untuk semua sekolah. Kementerian

Pendidikan menjangkakan sebanyak empat buah perisian bagi mata pelajaran Bahasa

Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains, dan Matematik akan dapat dibangunkan oleh

konsortium yang dilantik pada akhir tahun lalu.

Persoalan yang timbul ialah sejauh manakah kekerapan yang perlu dibuat bagi

memperbaik kandungan perisian tersebut? Oleh sebab teknologi perkakasan dan perisian

sentiasa berubah dengan cepat, maka tidak mustahil perisian yang dihasilkan oleh

konsortium atau syarikat swasta hari ini menjadi tidak sesuai lagi pada bulan hadapan.

Hal ini bermakna bahawa untuk jangka panjang, adalah lebih menjimatkan dan berkesan

sekiranya para pendidik sendiri membangunkan perisian mengikut disiplin masingmasing dan
memperbaik serta memantapkan perisian tersebut dari masa ke masa. Sekali

gus persoalan tentang keperluan bagi memenuhi kehendak kurikulum, kesesuaian dengan

budaya dan pemikiran setempat (pelajar di sekolah luar bandar, bandar/metropolitan),

kesesuaian dengan pedagogi suatu disiplin, dan kesesuaian dengan cita rasa pendidik

yang lebih mengetahui suasana pemelajaran di sekolah akan dapat diatasi. 15

Pembangunan perisian pendidikan kadangkala menimbulkan keraguan dan fobia

kepada sesetengah pihak. Ada pihak yang menganggap bahawa para pendidik agak sukar

dilatih menggunakan bahasa pengaturcaraan (contohnya C++, Visual Basic, Authorware)

bagi membangunkan perisian kerana bahasa pengaturcaraan itu melibatkan logik

algoritma dan kemahiran pengaturcaraan itu sendiri. Proses pengaturcaraan bukan sahaja

memakan masa, tetapi juga membosankan kerana banyak aspek-aspek teknikal yang

perlu diketahui oleh pendidik. Walau bagaimanapun, dengan adanya alat pengarang

(authoring tools) yang lebih mudah dan tidak memerlukan tahap logik algoritma dan

kemahiran pengaturcaraan yang tinggi seperti CoMIL (Malaysia), WinCALIS (Duke

University, North Carolina, USA), LIBRA (San Diego University, California, USA),
Real English (Monash University, Australia), Teleste Partner Tools (Teleste Open,

Norway), para pendidik akan berpeluang menghasilkan bahan PBBK multimedia dengan

lebih mudah dan cepat.

Penglibatan pendidik dalam pembangunan perisian ini memberikan implikasi

penting, iaitu perubahan budaya pengajaran dan pembelajaran di sekolah atau di

universiti. Jika sebelum ini pengajaran dan pemelajaran bahasa, misalnya, mengambil

masa lima jam seminggu, maka dengan perubahan peranan pendidik daripada pemberi

ilmu kepada fasilitator ilmu, pendidik tidak perlu bersama dengan pelajar selama enam

jam seminggu lagi. Mungkin pertemuan di bilik darjah atau di dewan kuliah dapat

dihadkan kepada tiga jam seminggu, sementara pemelajaran berbantukan komputer

bersama pendidik untuk tempoh sekurang-kurangnya sejam seminggu sama ada di

makmal atau di bilik darjah (pendidik sebagai fasilitator atau pemerhati), dan pemelajaran

kendiri oleh pelajar (yang pada ketika yang sama tenaga pengajar bahasa berkenaan akan

terlibat dengan kerja menghasilkan bahan perisian komputer). Pengubahsuaian beban

kerja dan peranan pendidik ini perlu dibuat bagi memastikan sekolah atau institusi

berkenaan mencapai objektif yang telah digariskan.

4.3 Kajian Berkaitan Pembelajaran Bahasa Berbantukan Komputer

Meskipun keberkesanan penggunaan komputer multimedia dalam pendidikan masih

terlalu awal untuk dinilai, hasil penyelidikan yang lalu telah membuktikan bahawa

pemelajaran bahasa berbantukan komputer:

• meningkatkan minat terhadap mata pelajaran (Chambers dan Spretchers 1980,

Kulik dan Cohen 1980, Fisher 1983, Norhanim Hamdan 1994, Afendi Hamat

1995, Zubaidah Zakaria 1996, Hazline Mahmood 1998, Zuwati Hasim 1998),

• meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris

(Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994),


• meningkatkan minat terhadap mata pelajaran tersebut (Chambers dan Sprechers

1980, Kulik, Kulik, dan Cohen 1980, McDougall 1975),

• meningkatkan keberkesanan dalam kefahaman dan penguasaan bahasa Inggeris

(Allen 1972, Magidson 1978, Supyan Hussin 1994), 16

• berkesan jika digunakan bersama-sama dengan bahan pengajaran yang lain dalam

mata pelajaran bahasa (Edwards, Norton, Taylor, Dusseldrop, dan Weiss 1974,

Fisher 1983, Supyan Hussin 1994, Ng dan Oliver 1987),

• berkesan jika ianya selari dengan sukatan mata pelajaran tersebut (Bloomeyer

1985, Supyan Hussin 1994, Zuwati Hasim 1998, Afendi Hamat 1995, Hazline

Mahmood 1998).

Walaupun belum terdapat kajian khusus yang meluas tentang keberkesanan

pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan bahan multimedia, kita

percaya bahawa pembelajaran bahasa akan menjadi lebih menarik, bermakna, dan

produktif melalui penggunaan bahan multimedia ini. Hal ini demikian kerana bahan

multimedia dapat menggabungkan bunyi, suara, gambar, filem, dan teks untuk

mewujudkan "persekitaran" baru yang kaya dengan input bahasa yang membolehkan

pelajar berinteraksi dengan bahasa Inggeris yang dipelajari. Keistimewaan ini tidak

terdapat pada alat bantu mengajar yang lain, seperti buku, pita audio, dan pita video yang

lebih bersifat satu hala atau unidirectional.

Penggunaan PBBK multimedia bersifat dua hala atau bidirectional. PBBK

mampu memberikan maklum balas dengan kadar yang segera dan sesuai dengan tahap

kemampuan pelajar. Hal ini menjadikan perisian PBBK lebih menarik dan lebih

berkesan. Malah, teori pembelajaran turut menyokong penggunaan gambar, grafik, video,

dan suara bagi membantu pelajar memahami dan mengingati apa-apa yang dipelajari

dengan lebih baik (Kemp dan Smelle 1989). Romiszowski (1988) menyatakan bahawa
pelajar dapat mengingat kira-kira 20% daripada apa-apa yang dilihat, kira-kira 30%

daripada apa-apa yang didengar, dan kira-kira 60% daripada apa-apa yang dibuat. Oleh

sebab perisian PBBK multimedia mampu mengintegrasikan pelbagai bentuk media di

dalamnya, maka pelajar akan mendapatinya amat berguna dalam pemelajaran bahasa.

Umpamanya, dalam suatu kursus bahasa yang menggunakan bahan PBBK multimedia,

seorang pelajar dapat membaca dialog perbincangan melalui keratan esei yang diberikan,

mendengar dialog dan intonasi setiap ayat yang dibualkan melalui klip suara, dan melihat

gaya pergerakan anggota badan orang yang bercakap melalui klip video. Ringkasnya,

dengan adanya perisian PBBK multimedia, pelajar dapat mempelajari suatu bahasa

dengan lebih berkesan dan bermakna kerana pelajar bukan sahaja diberikan input bahasa

yang kaya, tetapi juga dapat menggunakan ketiga-ketiga pancainderanya (deria mata,

deria telinga, dan deria sentuhan) secara aktif.

Salah satu contoh yang jelas ialah PBBK di UKM bermula pada tahun 1991

apabila diperkenalkan buat pertama kalinya dalam program latihan perguruan TESL

(Teaching of English as a Second Language) melalui kursus Educational Technology in

TESL. Matlamat utama kursus ini adalah untuk membekalkan pengetahuan ("know-what"

and "know-why") dan kemahiran ("know-how") dalam menggunakan alat bantu mengajar

audio-visual termasuklah penggunaan komputer multimedia dalam pengajaran dan

pemelajaran bahasa. Bakal guru ini kelak diharapkan mampu mengekploitasi penggunaan

komputer dalam meningkatkan prestasi pengajaran mereka. 17

Format kursus Educational Technology in TESL dibahagikan kepada dua

bahagian: teori dan reka bentuk. Dalam kursus tersebut, teori berkaitan seperti teori

pembelajaran, teori pemerolehan bahasa kedua atau SLA (second language acquisition),

rasional penggunaan media tertentu dalam pengajaran, dan pelbagai pendekatan

pengajaran bahasa dibincangkan pada peringkat pertama permulaan kursus. Kemudian


pelajar akan didedahkan kepada peringkat reka bentuk, pada peringkat ini mereka

mempelajari prinsip reka bentuk arahan (instructional design) sebelum memulakan

projek perisian komputer. Pelajar diharapkan dapat mengintegrasikan pengetahuan

mereka mengenai teori pembelajaran dan prinsip pengajaran dalam perisian. Produk yang

dihasilkan haruslah mencerminkan trend dan amalan semasa dalam bidang pengajaran

dan pembelajaran bahasa. Pelajar digalakkan menyesuaikan perisian PBBK dengan nilai

budaya, cara pemikiran, serta latar belakang tempatan agar perisian tersebut dapat

memenuhi keperluan dan cita rasa negara. Selain penghasilan produk multimedia PBBK,

pelajar akan mempelajari cara menilai keberkesanan bahan PBBK multimedia yang

digunakan untuk tujuan pembelajaran. Kursus tersebut turut mendedahkan pelajar kepada

inovasi teknologi terkini, termasuk koridor raya multimedia atau MSC (multimedia supercorridor),
internet, e-mel, sidang audio, sidang video, dan komunikasi satelit dalam

pendidikan.

Oleh sebab hampir semua guru praperkhidmatan ini tidak ada latar belakang

kemahiran pengaturcaraan, Fakulti Pengajian Bahasa, UKM, memilih untuk

mendedahkan kemahiran menggunakan sistem pengarangan (authoring systems) dan

bukan bahasa pengarturcaraan (programming languages) kepada mereka. Sistem

pengarangan ialah perisian yang menyediakan pelbagai templet pelajaran yang telah

disediakan lebih awal untuk digunakan oleh guru. Tidak seperti bahasa pengaturcaraan,

sistem pengarangan tidak memerlukan guru itu mengingati sintak arahan atau mahir

dalam logik algoritma bagi mengaturalir program. Sebaliknya, guru dapat memilih

bentuk pelajaran sama ada penerokaan pemelajaran (exploratory), penilaian kendiri (selfassessment),
atau sekadar peninjauan (browsing). Guru dapat memilih sama ada untuk

menggunakan format soalan objektif atau aneka pilihan, jawapan pendek, isi-tempatkosong, atau
dikotomous. Selain itu, guru dapat juga menentukan bentuk maklum balas

yangs sesuai untuk satu-satu tugasan dalam perisian. Kebanyakan sistem pengarangan

yang terkini membenarkan pengguna mengintegrasikan grafik, gambar, animasi, video,


dan bunyi ke dalam teks yang akan menghasilkan pelajaran PBBK multimedia yang lebih

menarik dan bermakna kepada pelajar.

Pada awal tahun 1990-an, kursus tersebut telah menggunakan sistem pengarangan

berasaskan DOS, seperti Pinpoint, Vocab, Wordstore, Storyboard, Gapmaster,

Choicemaster, dan Testmaster yang dikeluarkan oleh Wida Software Ltd. Britain,

walaupun terdapat sistem pengarangan lain seperti CoMIL, Dasher, and Gapkit. Lebih

daripada 50 perisian PBBK telah dihasilkan oleh pelajar TESL antara tahun 1991-1993

yang menggunakan sistem pengarangan berasaskan DOS (Supyan Hussin, Afendi Hamat,

dan Norizan Razak 1998). Kandungan perisian yang dibangunkan merangkum sukatan

pelajaran bahasa Inggeris untuk Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR),

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), dan kursus kemahiran bahasa

Inggeris yang ditawarkan di UKM. Sebahagian daripada program tersebut telah diperbaik 18

dan ditingkatkan mutunya oleh pelajar berkenaan pada semester berikutnya dalam kursus,

seperti Curriculum Design and Material Development dan Testing. Ada pelajar TESL

yang menjadikan bahan perisian PBBK tersebut sebagai projek tahun akhir di UKM.

Sebahagian pelajar yang lain menggunakan perisian PBBK multimedia mereka di sekolah

tempat mereka menjalankan latihan mengajar.

Pada pertenghan tahun 1990-an, apabila teknologi mulltimedia menjadi makin

popular dalam pendidikan, sistem pengarangan multimedia semakin bertambah di

pasaran. LIBRA, WinCALIS, CoMIL, RealEnglish, Course Builder, dan Teleste Partner

Tools ialah contoh sistem pengarangan multimedia. Setelah meneliti program

pengarangan tersebut, WinCALIS telah dipilih untuk kursus Educational Technology in

TESL. WinCALIS menawarkan beberapa ciri seperti mesra-guna dan bersepadu, di

samping pelbagai kemudahan pengarangan yang lebih menyeluruh jika dibandingkan

dengan sistem pengarangan yang lain. Dari segi pedagogi, WinCALIS lebih sesuai untuk
pembangunan perisian bahasa kerana menawarkan pelbagai templat yang memudahkan

proses pengarangan. Dalam pada itu, terdapat ciri pengajaran yang sedia terbina dalam

sistem pengarangan tersebut, seperti bentuk soalan, sistem maklum balas, rekod

kemajuan pelajar, dan kemudahan merawak tugasan atau soalan. Sejak tahun 1994,

pelajar TESL di UKM telah membangunkan lebih daripada 50 perisian multimedia

PBBK menggunakan sistem pengarangan WinCALIS (Supyan Hussin, Afendi Hamat, dan

Norizan Abdul Razak 1998). Sebahagian perisian ini telah digunakan oleh guru pelatih di

sekolah semasa latihan mengajar. Apabila mereka kembali ke kampus semula pada

semester berikutnya, mereka terus memperbaik kelemahan yang ada pada perisian

tersebut sebelum dipindahkan ke dalam CD-ROM.

5.0 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU PADA MASA KINI

5.1 Bahasa Melayu dalam Era Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) adalah diasaskan oleh perkembangan dan

kemajuan yang pesat dalam bidang mikroelektronik sehingga menghasilkan pelbagai

kemudahan teknologi maklumat seperti komputer peribadi, telekomunikasi multimedia

dan sebagainya. Seterusnya kemunculan internet telah meluaskan penggunaan ICT

dengan jaringan informasi bersepadu sehingga membolehkan diaplikasikan sebagai

media komunikasi yang melibatkan teks, bunyi, grafik dan video. Fenomena ini secara

langsung mempengaruhi dan mencabar kewibawaan dan kedudukan bahasa Melayu di

rantau Nusantara ini.

19

Penekanan terhadap ICT di era globalisasi dan liberalisasi bermakna penggunaan

bahasa Inggeris menjadi semakin penting dan tidak dapat dielakkan oleh masyarakat
dunia. Era ICT telah menunjukkan bahasa Inggeris mengiringi kelahiran pertama

Internet dunia di Amerika Syarikat dan seterusnya diikuti dengan pengeluar perisian dan

perkakasan komputer seperti Microsoft, Dell dan Hewlett-Packard yang semuanya

diasaskan oleh mereka yang berbahasa Inggeris. Perubahan persekitaran ini

menimbulkan persoalan sama ada mampukan bahasa Melayu digunakan di dalam era ICT

sebagai bahasa perantaraan alternatif untuk dimanfaatkan oleh masyarakat bahasanya?

Mampukah pengiat-pengiat bahasa Melayu menggunakan ICT sebagai alat penyelidikan,

perkakasan, perisian dan aplikasi untuk pembangunan bahasa Melayu?

Sebagai satu pandangan umum, masyarakat bahasa Melayu perlu memperlihatkan

sikap terbuka dan kesediaan untuk menghadapi cabaran perkembangan yang pesat dalam

ICT dengan pengaruh bahasa asing khususnya bahasa Inggeris. Perlu diakui bahawa

bahasa Melayu masih lagi ‘muda’ dari sudut peristilahan sains dan teknologi berbanding

dengan bahasa Inggeris. Usaha supaya bahasa Melayu diterima dalam era siber hanya

akan terlaksana jika masyarakat bahasanya mempelajari pengalaman dan kejayaan yang

telah dicapai oleh bahasa Inggeris.

5.2 Isu dan Cabaran Penggunaan Bahasa Melayu Di Era ICT

Penggunaan bahasa Melayu di dalam era ICT yang pastinya akan melalui pelbagai isu

dan cabaran yang perlu diberi perhatian dan penelitian untuk kepentingan masyarakat

bahasanya. Umumnya, antara isu dan cabaran adalah seperti berikut :

Pertama : Kewujudan Bahasa Melayu Dalam Konteks K-Ekonomi

Perkembangan yang pesat dalam ICT telah membawa inovasi-inovasi yang pantas
dalam mencorakkan bentuk perniagaan, struktur masyarakat dan persaingan yang sengit

dalam pasaran antarabangsa. Inovasi-inovasi yang pantas ini telah mewujudkan ekonomi

baru dunia yang dikenali sebagai K-ekonomi atau pun ekonomi berasaskan pengetahuan.

Di dalam konteks ini, pengetahuan merupakan nadi kepada segala bentuk perlakuan dan

pemikiran manusia dalam bidang ekonomi. Kewujudan bahasa merupakan kepentingan

dalam aspek pengetahuan kerana ia sumber penting dalam berkomunikasi. Sehubungan

dengan itu, seharusnya ICT menjadi saluran penggunaan bahasa Melayu untuk

kesinambungan status sejarahnya sebagai bahasa lingua franca dalam cabaran ICT.

Bahasa Melayu perlu cukup kukuh dan mantap untuk membolehkan ianya berupaya

memperkatakan apa sahaja bidang yang wujud dalam kehidupan dan seiringan dengan

bahasa-bahasa moden lain seperti bahasa Inggeris, Sepanyol, Mandarin, Perancis, Arab

dan Jepun.

Kedua : Dominasi Bahasa Utama Dunia Di Peringkat Maya

Perkembangan ICT merupakan saluran kepada ‘penjajahan’ bahasa di peringkat

maya oleh bahasa yang mendominasi penggunaannya di peringkat antarabangsa seperti 20

bahasa Inggeris. Sejarah telah membuktikan bahasa Melayu telah berjaya menempuh

beberapa zaman yang mencabar kewibawaannya dalam persaingan penggunaan

bahasanya dengan bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, kesan dari penjajahan negaranegara Barat di
rantau kepulauan Melayu oleh Portugis, British, Belanda dan Sepanyol

telah memberi kesan yang mendalam kepada perkembangan penggunaan bahasa Melayu

di kalangan masyarakat bahasanya kerana perluasan penggunaan bahasa kedua dalam

kehidupan seharian mereka. Namun di atas kekuatan semangat nasionalisme dan

kesedaran kemerdekaaan di kalangan masyarakat bahasanya membolehkan bahasa

Melayu terus dipertahankan dan mengekalkan martabatnya di arena antarabangsa.

Bahasa Melayu juga telah diangkat sebagai bahasa kebangsaan seperti di negara
Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Malah di beberapa daerah di Thailand

Selatan dan Filipina Selatan masih terdapat masyarakat yang menggunakan bahasa

Melayu. Walaupun kata-katanya diungkapkan dalam bunyi, tatabahasa, nahu dan

ungkapan yang berbeza serta dibatasi oleh sempadan antarabangsa tetapi ia tetap dan

masih dikatakan bahasa Melayu kerana asal-usulnya ialah dari bangsa Melayu yang

serumpun.

Ketiga : Kemampuan Menjana Idea Baru, Kreativiti dan Inovasi dalam Memantapkan

Penggunaan Bahasa Melayu

Masyarakat bahasa Melayu perlu menerima hakikat perkembangan ICT adalah

berhubung kait secara langsung dengan kemampuan menjana idea baru, kreativiti dan

inovasi dalam memantapkan penggunaan bahasa Melayu. Ketrampilan bahasa Melayu

di era siber adalah bergantung kepada sejauhmana masyarakat bahasanya mampu

menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan persekitarannya. Masyarakat bahasa

Melayu perlu menukar mindset kepada penggunaan bahasa Melayu yang didorongi oleh

pengetahuan supaya memperolehi manfaat daripada penggunaan ICT ekoran daripada

hasil perkembangan global. Sehubungan itu, strategi perlu dirancang dengan teratur

untuk memantapkan kekuatan dalaman bahasanya yang telah terbina sekian lama.

Pengalaman lalu membuktikan keupayaan masyarakat berbahasa Melayu yang didokongi

oleh bangsa Melayu telah dapat mempertahankan dan mendaulatkan bahasa Melayu

dengan cekap dan berkesan di arena antarabangsa terutama di rantau Nusantara ini.

Namun, pengalaman masa lepas belum pasti menjamin kejayaan masa depan. Senario

abad ke 21 jauh lebih mencabar dan penuh ketidaktentuan serta amat berbeza dengan

perubahan yang dialami sebelumnya. Ini ditambahi lagi perkembangan pesat ICT dan

penggunaanya di dalam masyarakat dunia.


Keempat : Persepsi Kedudukan Bahasa Melayu Terhadap Penguasaan Bahasa Inggeris

Penekanan terhadap K-ekonomi yang dipercepatkan dengan kepesatan

perkembangan ICT telah menjadikan penggunaan bahasa Inggeris semakin unggul

sebagai bahasa pengantar masyarakat dunia selaras dengan pengiktirafan yang diberikan

kepadanya sebelum ini sebagai bahasa antarabangsa. Perkembangan bahasa Inggeris ini

telah menimbulkan reaksi yang berbeza-beza di kalangan pemimpin-pemimpin,

cendiakawan-cendiakawan, budayawan-budayawan dan sasterawan-sasterawan di seluruh 21

dunia berkaitan dengan kesannya terhadap kedudukan bahasa-bahasa lain yang

melambangkan identiti sesuatu kaum atau bangsa.

Peluasan dan penguasaan bahasa Inggeris di peringkat antarabangsa tidak dapat

dielakkan. Masyarakat dunia secara langsung telah dipengaruhi oleh peluasan bahasa

Inggeris sebagai persediaan untuk menghadapi K-ekonomi. Peluasan bahasa Inggeris ini

didorongi oleh keperluan memperolehi maklumat dan pembelajaran di peringkat maya

melalui kemajuan ICT. Fenomena ini tidak bermaksud untuk menidakkan kepentingan

bahasa Melayu tetapi meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa alat berkomunikasi

dalam teknologi maklumat, internet dan dagangan antarabangsa. Manakala, bahasa

Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa perpaduan dan jati diri masyarakat bahasanya.

Namun tidak mustahil dengan usaha-usaha yang bersungguh-sungguh dari semua pihak

akan menjadikan bahasa Melayu mempunyai peranan yang besar dalam penggunaannya

di dalam ICT. Sehubungan dengan itu, penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

oleh masyarakat bahasanya mempunyai peranan yang berbeza dan tidak seharusnya

menimbulkan konflik jika masyarakat bahasanya jelas tentang peranan penguasaan dan

penggunaan kedua-dua bahasa tersebut.


Kelima : Memperkayakan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu bersifat keterbukaan dan berkembang dari semasa ke semasa.

Sejak dalam penjajahan Portugis, Inggeris dan Belanda, bahasa Melayu telah berkembang

menyeresapi istilah-istilah asing dan lantas memperkayakan bahasa Melayu. Istilahistilah seperti lampu,
almari, bendera, buku, bola dan meja merupakan contoh-contoh

istilah terbitan daripada bahasa-bahasa asing. Malah, sebelum penjajahan, bahasa

Melayu juga telah meminjam dari bahasa-bahasa Sanskrit dan Arab seperti istilah sastera,

bulan, akhirat dan zahir.

Pengembangan bahasa Melayu akan lebih ketara apabila kita memasuki zaman

baru seperti di era ICT. Seringkali ada istilah-istilah baru asing yang diterbitkan dan

diperkenalkan. Justeru itu, untuk bersaing dengan bahasa-bahasa utama, bahasa Melayu

harus berkembang dalam menerbitkan istilah-istilah baru bagi menterjemaah istilahistilah baru yang
asing. Istilah-istilah baru seperti tetikus, perisian, perkakasan, siber,

laman, jaringan, internet dan batang bedek telah berjaya diterbitkan dan digunapakai.

Walaupun begitu, keterbukaan sifat bahasa Melayu seharusnya sentiasa dipantau

perkembangannya dengan ketat agar tiada penyelewengan dalam memelayukan istilahistilah asing.

Keenam : Memasyarakatkan Bahasa Melayu Melalui Ruang Siber

Bahasa Melayu sebagai identiti buat masyarakat di beberapa negara di rantau Asia

Tenggara. Bangsa Melayu di Singapura mempunyai ‘Bahasa Melayu Singapura’ dan

bangsa Melayu di Indonesia mempunyai ‘Bahasa Indonesia’, dan Malaysia berbangga

dengan ‘Bahasa Malaysia’. Keberkesanan untuk melaksanakan penggunaan bahasa

Melayu di dalam era ICT terletak di bahu masyarakat bahasanya. Inilah masanya untuk 22

masyarakat bahasa Melayu menempa nama di persada antarabangsa dengan

menggunakan dunia siber yang menghubungkan di seluruh pelusuk dunia.


Dalam merelisasikan penggunaan bahasa Melayu di peringkat maya bukanlah

satu perkara yang boleh diambil mudah dan remeh temeh. Banyak kegiatan ilmiah dan

langkah-langkah yang perlu dilaksanakan agar perkembangan penggunaan bahasa

Melayu dianggap ‘hidup’ dan ‘tidak mati’ oleh masyarakat dunia. Kegiatan-kegiatan

yang telah dan akan dilaksanakan dengan kemudahan ICT seharusnya mempunyai

matlamat yang sejajar dengan arus pemodenan dan persejagatan masyarakat dunia agar ia

dapat memaparkan bahawa semua kegiatan yang diadakan adalah benar-benar

menggunakan dan menjiwai sepenuhnya bahasa Melayu. Usaha orang perseorangan dan

syarikat-syarikat masyarakat Melayu dalam men’dotcom’kan bahasa Melayu ke dalam

alam internet perlu diteruskan dan diberikan sokongan sewajarnya oleh masyarakat

bahasanya. Membawa bahasa Melayu dalam konteks masyarakat Melayu di peringkat

maya adalah satu usaha yang perlu dilakukan dengan tekad dan azam yang kuat. Dengan

men’dotcom’kan bahasa Melayu di dalam gerbang internet akan menyediakan ruang

untuk pelunsur menggunakan bahasa Melayu di internet dan seterusnya meningkatkan

imej bahasa Melayu seiringan dengan bahasa-bahasa seperti bahasa Inggeris, Peranchis,

Jepun dan Cina. Ia suatu nilai yang penting untuk menangkis segala tanggapan bahawa

bahasa Melayu tidak mampu bersaing atau tiada tempat di persada dunia.

Ketujuh : Pensejagatan Dasar Bahasa Melayu Di Peringkat Maya

Masyarakat di beberapa negara yang masih mendaulatkan bahasa Melayu

sekarang ini sedang mempelajari bahasa kedua ataupun bahasa ketiga adalah kerana

keperluan ICT dagangan. Namun penguasaan bahasa asing ini tidak seharusnya

melunturkan kepentingan bahasa Melayu itu sendiri. Masyarakat bahasa Melayu mesti

mengguna, mengukuh dan memperluas bahasa Melayu di peringkat maya untuk tujuan
kenegaraan dan membezakan jati diri masyarakat bahasa Melayu dengan masyarakatmasyarakat bahasa
yang lain. Bahasa asing yang diketahui hanya digunakan sebaiknya

apabila berdagang dan berkomunikasi dengan masyarakat bahasa lain.

Bagi mencapai hasrat tersebut, peranan dan tanggungjawab negara-negara yang

masyarakatnya masih berbahasa Melayu adalah membina empayar dan mengembangkan

sastera, budaya dan penerbitan dalam bahasa Melayu di peringkat maya. Persefahaman

dan kerjasama dalam perkembangan di peringkat maya ini perlu menggunakan teknologi

terkini seperti ICT untuk dimanupulasikan sebagai alat penyelidikan, perkakasan,

perisian dan aplikasi dalam memperkembang bahasa Melayu. Munsyi Abdullah telah

membuktikan bagaimana perkembangan bahasa Melayu dapat dilaksanakan dengan

tindakan proaktif beliau terhadap penggunaan teknologi percetakan pada zamannya.

Oleh itu, dasar persejagatan bahasa Melayu di peringkat maya juga dapat direalisasikan

dalam era ICT dengan mengaplikasikan semangat nasionalisme, pengetahuan dan

teknologi terkini.

Kelapan : Perubahan Sistem Pendidikan 23

Institusi pendidikan adalah medium penting untuk mengukuhkan lagi nilai dan

keperluan bahasa Melayu di kalangan golongan generasi muda bangsa Melayu melalui

sistem pendidikan yang mengambilkira penyerapan dan penyebatian kemajuan dan

perkembangan ICT. Misalnya, generasi muda akan mempunyai peluang untuk

menghalusi bahasa Melayu ke dalam jiwa mereka melalui kegiatan dan aktiviti bercorak

bahasa Melayu dengan menggunakan teknologi maya yang diasaskan oleh kemudahan

internet. Melihat kepada dominasi bahasa Inggeris di internet adalah disedari bahasa ini

merupakan pencetus teknologi dan ilmu pengetahuan pelbagai bidang yang diinginkan

oleh masyarakat dunia. Dalam hal ini, masyarakat bahasa Melayu mestilah tegas
menentukan kedudukan bahasa Melayu dan peranan bahasa yang diperlajari dalam sistem

pendidikan mereka. Jika bahasa asing yang diperlajari memerlukan makmal dan program

khusus dalam menguasainya maka tidak perlu diketepikan juga kepentingan penyediaan

prasarana dan program sedemikan kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan.

Di peringkat dunia, penutur bahasa Melayu adalah seramai lebih 250 juta orang.

Ini meletakkan kedudukan status bahasa Melayu ditempat keempat teramai penuturnya

selepas bahasa Mandarin, Sepanyol dan Inggeris. Jadi tidaklah mustahil bahasa Melayu

boleh menjadi bahasa komunikasi dan dipelajari di seluruh dunia melalui teknologi maya

jika masyarakat bahasanya mengambil kesempatan dari pembentukan dunia sejagat tanpa

sempadan dan sekatan yang menjadi fenomena sekarang ini.

Kesembilan : Evolusi Bahasa Melayu dalam Perkembangan ICT

Proses evolusi bahasa Melayu turut berlaku dalam perkembangan era ICT.

Penggunaan bahasa Melayu di internet semakin meluas di mana semakin ramai

pengguna-pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan unsur komunikasi

tersebut. Ini dibukitkan dengan terdapatnya banyak laman-laman dan penggelungsur

berbahasa Melayu di internet yang dibentuk dari negara-negara seperti Malaysia,

Indonesia dan Singapura. Perkembangan ini juga diiringi dengan penyediaan kemudahan

e-mail dan chat yang secara tidak langsung membantu melestarikan bahasa Melayu.

Penerimaan pakai internet ini telah membawa proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat

maya.

Sebagai contoh kesan dari penggunaan ruang siber yang serba mudah dan serba

luas telah menghasilkan istilah-istilah baru yang boleh digelarkan sebagai ‘bahasa
Melayu Internet’. Misalnya, perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a’kum

(assalamualaikum), w’lam (wa’alaikumsalam), dowang (mereka), tipon (telefon) dan

persal (mengapa). Pengubahsuaian juga telah dibuat kepada kata gantinama seperti

sayer (saya), dier (dia) dan nko (engkau). Begitu juga dengan kata tanya telah diubah

suai seperti biler (bila), camner (bagaimana) dan maner (mana).

Pada pragmatiknya, situasi ini merupakan satu percubaan yang menarik dalam

evolusi bahasa Melayu. Namun demikian manupulasi bahasa seumpama ini jika tidak

dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri. Amalan seperti

ini akan menghasilkan ayat-ayat yang tidak gramatik kerana menyeleweng daripada

hukum-hukum tatabahasa. Timbul juga perkembangan pemelatan kata-kata, kata-kata 24

bersifat irama, istilah spesifik dan penggunaan simbol-simbol dengan tujuan untuk

memeriahkan suasana perbualan, kemesraan dan peringkasan teks dalam berkomunikasi

di peringkat maya.

Walau bagaimanapun perkembangan seperti ini perlu dilihat sebagai satu

percaturan yang menarik dan sihat yang perlu dimantau supaya tidak berlaku

penyelewengan bahasa dari alam maya ke alam realiti. Pengguna-pengguna internet

seharusnya mewujudkan persefahaman untuk memastikan bahasa Melayu tetap

terpelihara. Sebagai langkah awal, bahasa Melayu internet sebaiknya disimpan sahaja di

dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terserlah dan kekal

relevan serta biarlah ia berkembang mengikut tapak penggunaannya.

Masyarakat bahasa Melayu tidak boleh mempertahan bahasa Melayu hanya

dengan menguasai bahasa itu. Di samping strategik yang teratur, masyarakat bahasa

Melayu perlu menguasai bahasa-bahasa lain dan tahu cara menyebarkan maklumat di
dalam era ICT. Dengan mempelajari usaha-usaha dari tokoh-tokoh bidang ICT seperti

Bill Gate dan laman-laman perintis seperti Yahoo, Hotmail dan MSN adalah perlu

usahawan-usahawan dari masyarakat bahasa Melayu memasuki peringkat ICT bukan

sahaja persaingan di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di peringkat

global.

Perkembangan globalisasi dan liberasasi hendaklah dilihat sebagai satu peluang

masyarakat berbahasa Melayu untuk memastikan bahasa Melayu terus kekal disanjung

oleh bangsa Melayu serta masyarakat bukan Melayu dengan memanupulasikan ICT

sepenuhnya. Oleh itu, segenap sudut dan ruang yang sempit perlu dilebarkan agar bahasa

Melayu mempunyai nilai yang simbolik dan tidak luput dek hujan, tidak lekang dek

panas. Masyarakat berbahasa Melayu perlu mencari jalan dalam menambah nilai bahasa

di pasaran dunia. Ini merupakan satu tugas berat bagi pengiat bahasa dan masyarakat

Melayu khususnya untuk terus berusaha mencari jalan, kaedah serta hipotesis

meningkatkan nilai bahasa Melayu di persada era ICT. Bagaimanapun, nilai bahasa

Melayu tidak boleh dijual beli dalam pasaran yang bersifat sejagat. Nilai dan harga

bahasa Melayu bergantung sejauh mana masyarakat Melayu di Nusantara membuat

‘pelaburan’ sewajarnya di pasaran dunia globalisasi yang sedang mengagungkan bahasa

Inggeris sebagai ‘pelabur’ utama.

Bahasa Melayu di dalam era ICT perlu dilihat sebagi satu keperluan dan bekalan

yang penting dalam masyarakat bahasanya untuk menghasilkan satu identiti bangsa yang

tulen dan sejati. Pada masa yang sama, biarlah bahasa Melayu dapat memupuk jati diri

masyarakat bahasanya lebih-lebih lagi dalam arus pemodenan dan penyejagatan dunia.

Jangan biarkan bahasa Melayu menyerantau di ruang siber tanpa dipedulikan oleh

masyarakat bahasanya sendiri dan akhirnya pupus di mata dunia. 25


6.0 IMPLIKASI PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN

DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

6.1 Komunikasi Pengantaraan Komputer dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Komunikasi pengantaraan komputer memerlukan perkakasan seperti komputer, modem,

dan talian yang dihubungkan dengan talian telefon. Dengan adanya komputer yang

dihubungkan dengan talian telefon ini, kita dapat berkomunikasi dan menyusuri lebuh

raya maklumat, mencapai maklumat, dan mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan

melalui internet. Komunikasi berperantaraan komputer merangkum perkhidmatan mel

elektronik, papan buletin, persidangan komputer, sembang siber, dan laman web.

6.1.1 Mel Elektronik

Melalui mel elektronik, pengguna berkomunikasi dengan menggunakan teks sahaja.

Walaupun teknologi terkini menawarkan perkhidmatan video dan suara, komunikasi

secara teks didapati digunakan dengan lebih meluas. Guru dan pelajar dapat

berkomunikasi dari komputer peribadi masing-masing dengan menggunakan perisian

tertentu, seperti Eudora, Nescape Communicator, dan Microsoft Explorer. Perisian

komunikasi ini dapat menyimpan, menghantar, dan mencetak mel elektronik. Penerima

mel pula dapat membaca dan membalas mel elektronik ini. Komunikasi melalui mel

elektronik dapat berlangsung dalam bentuk formal atau tidak formal.

Mel elektronik membolehkan komunikasi dilakukan dengan cepat dan mudah.

Guru dapat menggunakan mel elektronik untuk berunding dengan pelajar yang berada di

tempat yang jauh. Walau bagaimanapun, komunikasi melalui mel elektronik ini dianggap

tidak sempurna kerana tiada intonasi, ekspresi wajah, dan gerak laku yang turut

merupakan unsur penting dalam komunikasi.

6.1.2 Papan Buletin

Papan buletin dapat digunakan untuk memaparkan maklumat terkini dan bahan
pemelajaran. Guru dapat menggunakan papan buletin ini untuk memaklumkan maklumat

kursus, seperti latihan, tarikh persidangan, tempat pertemuan, dan bahan berkaitan kepada

pelajar. 26

6.1.3 Persidangan Komputer

Persidangan ini meliputi forum elektronik yang lebih interaktif dan melibatkan lebih

banyak pengguna. Sidang konferen ini membolehkan para pengguna membaca dan

menulis mesej, serta berbincang secara spontan tentang suatu isu. Para guru bahasa

Melayu dapat menggunakan sidang ini untuk membahaskan pelbagai isu yang berkaitan

dengan bahasa.

6.1.4 Sembang siber

Perkhidmatan ini membolehkan para pelajar berbual-bual dalam bentuk bertulis, iaitu

dengan menggunakan teks. Perbualan ini berlansung dalam keadaan tidak formal dan

tidak terancang. Perbualan dapat dilakukan bersama-sama dengan pengguna lain yang

mengunjungi laman sembang siber ini. Guru bahasa Melayu dapat mengatur pertemuan

dengan pelajar di laman ini supaya satu bentuk perbualan yang mencapai keperluan

kemahiran bahasa pelajar dapat dilakukan.

6.1.5 Laman Web

Perkhidmatan ini membolehkan para guru memberikan syarahan, latihan, atau maklumat

kursus dalam talian. Laman ini dihubungkan dengan beberapa laman web lain supaya

pelajar dapat menyusur maklumat lain yang berkaitan dengan perkara yang dipelajari.

Laman ini dapat dibangunkan dengan lebih lengkap untuk tujuan pengajaran. Jika

komputer mempunyai kemudahan multimedia, pelajar juga dapat mendengar dan melihat

imej yang diprogramkan. Interaksi begini sudah tentu lebih mencabar dan memberikan

motivasi kepada pelajar. Para pendidik harus menggunakan perkhidmatan ini dalam

pengajaran bahasa Melayu.


6.2 Masalah dan Cabaran

Persoalan untuk menjadi bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa siber pada zaman

teknologi maklumat merupakan satu persoalan besar yang perlu ditangani secara

bijaksana oleh pengkaji dan pencinta BM. Persoalan ini perlu diambil berat agar

kedudukan dan kedaulatan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan sentiasa

terpelihara. Amanat yang disampaikan oleh bekas Menteri Pendidikan (Dato’ Seri Najib

Tun Abdul Razak) ialah sebahagian daripada persoalan yang perlu dikupas dan

dibicarakan oleh semua pihak. Dalam amanat itu, Menteri Pendidikan menyeru supaya

BM dimajukan seiring dengan kemajuan teknologi maklumat agar BM tidak mudah

diketepikan dengan alasan bahawa pemakaian dan penerimaan khalayak terhadap bahasa

Inggeris adalah lebih mudah. Hal ini sedemikian kerana jika BM terus disisih dan

terpinggir, keperibadian bangsa Malaysia akan turut terjejas.

Usaha ke arah mensiberkan istilah BM dalam teknologi maklumat sedang dan

terus dilakukan oleh pihak yang terlibat, seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan

Multimedia Super Coridor (MSC), Kementerian Pendidikan, Institut Pendidikan Tinggi

Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), ahli akademik, pencinta 27

bahasa dan orang perseorangan yang sentiasa mengambil berat akan masa depan dan

kedudukan BM. Namun demikian, dalam melaksanakan usaha murni itu, terdapat

masalah dan kekangan yang menjadi ‘duri dalam daging’ kepada BM untuk terus

dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat. Masalah dan cabaran

ini perlu diatasi bagi merealisasikan hasrat tersebut.

Kedudukan BM sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan dalam

Perlembangan Malaysia jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Hal

ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 yang berbunyi:

“Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa
tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen

dengan syarat bahawa:

a. tiada sesiapapun boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan

(bagi apa-apa maksud lain daripada maksud rasmi) atau daripada

mengajar atau belajar apa-apa bahasa lain;

(Perlembagaan Persekutuan 1993)

Kedudukan dan keutuhan BM dalam Perkara 152 di atas membuktikan bahawa

kedudukan BM hendaklah dipertahankan dalam apa-apa urusan rasmi ataupun tidak

rasmi. Hal ini tidak ketinggalan dalam teknologi maklumat. BM hendaklah diguna pakai

dan diterima sepenuhnya oleh khalayak tanpa sebarang prejudis terhadap kebolehan dan

keupayaan BM untuk mengupas dan mengulas segala maksud seperti halnya bahasa

Inggeris.

Dalam usaha untuk menonjolkan diri sebagai bahasa siber, sudah tentu BM

mengalami cabaran getir dalam menyaingi kemantapan bahasa Inggeris yang telah

dijulang sebagai bahasa dunia. Namun, permasalahan ini bukanlah titik terakhir untuk

kita mengalah dan memberikan laluan kepada bahasa Inggeris untuk dijadikan bahasa

siber di negara kita. Kita seharusnya berganding bahu dalam menghadapi segala masalah

dan cabaran yang mendatang, sekiranya semua pihak ingin mengecapi kejayaan. Hal ini

bertepatan dengan kata-kata bekas Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr.

Abdul Shukor Abdullah (1999) yang ingin melihat BM diangkat sebagai bahasa siber

dalam era mutimedia. Beliau berkata bahawa bahasa Melayu akan diberi keutamaan

dalam penyediaan perisian maklumat Koridor Raya Multimedia seperti yang dijanjikan

oleh Menteri Pendidikan.

Pemertaban bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan, bahasa

perpaduan, bahasa ilmu, dan sebagainya sering menghadapai saingan dan cabaran.
Masalah dan cabaran ini perlu dihadapi dengan secepat mungkin dan bijaksana agar

kemelutan ini dapat diatasi dengan segera. Terdapat banyak masalah dan cabaran yang

dihadapi oleh BM dalam usaha untuk dimahkotakan sebagai bahasa siber pada zaman

teknologi maklumat ini.

6.2.1 Dominasi Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Universal

Pemakaian dan penerimaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa utama di dunia tidak

dapat dinafikan. BI diagung-agungkan melalui pelbagai nama. Phillipson memberikan28

dua gelaran kepada BI iaitu yang pertama sebagai bahasa dunia dan bahasa antarabangsa

dan kedua sebagai bahasa perhubungan luas dan jendela dunia. Memang sewajarnyalah

BI dinobatkan sebagai bahasa utama dunia kerana perkembangannya, pemakaiannya, dan

penerimaannya dalam semua aspek kehidupan di dunia seperti politik, sosial, ekonomi,

pendidikan dan lain-lain lebih awal daripada BM. Peranan BM dalam kesemuaaspek ini

hanya mula berkembang selepas negara mencapai kemerdekaan sehingga kini.

Namun demikian, pengaruh BI bukanlah batu penghalang kepada BM untuk

sama-sama mendapat pengiktirafan pengguna BI. Dalam konteks ini, pengguna dan

penerima BM hendaklah memainkan peranan penting. Seharusnya persaingan dengan BI

menjadi asas yang kukuh untuk meningkatkan penggunaan dan pelaksanaan BM dalam

teknologi maklumat. Tidak mustahil BM diterima dengan mudah sebagai bahasa siber,

kerana secara semula jadi, BM memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan BI baik dari

segi ejaan, sebutan, makna dan sebagainya. Kesamaan ciri-ciri yang ada pada BI –BM

ini perlu diambil kira dalam usaha memperkembang dan memperbanyak istilah BM

dalam teknologi maklumat. Dengan cara ini, kita berharap BM akan menjadi bahasa

siber lebih cepat daripada yang dijangkakan.

6.2.2 Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Teknologi Maklumat

Penggunaan BI sebagai bahasa siber dalam bidang teknologi maklumat sudah lama
berlaku. Penganalan komputer pada awal abad dua puluh di Amerika merupakan faktor

dominan BI terus diangkat menjadi bahasa teknologi maklumat. Penciptaan pelbagai

perisisan komputer seperti perisian Microsoft, Lotus, IBM, Apple dan sebagainya jelas

menunjukkan pemonopolian BI sebagai bahasa siber yang utama. Kemajuan dan

perkembangan teknologi maklumat pada zaman mutakhir ini membuktikan lagi bahawa

BI terus mendominasi semua program dan perisian dalam teknologi maklumat.

Pengenalan Internet misalnya, jelas memperlihatkan pengaruh kuat BI terhadap pengguna

Internet di seluruh dunia. Bagi mereka yang ingin menerokai alam Internet, mereka

terpaksa menggunakan dan memahami BI. Segala arahan yang terpapar pada skrin menu

semuanya dalam BI.

6.2.3 Sikap Memandang Rendah Kebolehan BM

Sanjungan terhadap BI amat berkaitan rapat dengan sikap yang terlalu mengagungagungkan statusnya.
Tidak dapat dinafikan bahawaVI terlau hebat disaingi oleh manamana bahasa, terutamanya bahsa dunia
dan bahasa antarabangsa yang lain pada ketika

ini. Tidak dapat dinafikan juga peranan BI sebagai bahasa penyalur kebanyakan ilmu.

Kehebatan BI memang tidak dapat kita nafikan, tetapi pada masa yang sama kita harus

berbangga dengan kemampuan dan kebolehan BM dalam kepastiannya yang lampau, kini

dan akan datang.

Sikap memandang rendah akan kebolehan BM sebagai bahasa siber dalam bidang

teknologi maklumat dalam kalangan rakyat perlu dikikis dan dibuang. Perasaan buruk

sangka ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kebolehan BM untuk dijadikan bahasa

siber. Kini, diketahui bahawa ramai yang memandang rendah akan kemampuan dan 29

kebolehan BM sebagai bahasa siber. Mereka seboleh-bolehnya cuba menafikan

kemampuan dan kebolehan BM dan dalam masa yang sama terus ‘merajakan’ BI sebagai

bahasa siber di negara kita.


Dalam konteks negara Malaysia, kita seharusnya menyanjung usaha kerajaan

untuk melihat BM dijadikan salah satu bahasa siber di samping BI dalam dunia teknologi

maklumat. Kita seharusnya sama-sama menyumbang ke arah mensiberkan BM sebagai

bahasa siber dalam teknologi maklumat.

6.2.4 Kekurangan Perisian Bahasa Melayu

Biarpun BM sudah mantap kedudukannya, hasrat kita untuk mensiberkan BM akan

terjejas sekiranya perisian dalam BM masih kurang dihasilkan. Perisian yang terdapat

dalam pasaran semuanya dicipta oleh pengeluar perisian ternama duniaseperti Microsoft,

IBM, Apple dan lain-lain. Ketiadaan perisian dalam BM merupakan salah satu faktor

yang menghalang usaha menjadikan BM sebagai bahasa dalam bidang teknologi

maklumat.

6.2.5 Kekurangan dan Ketidakupayaan Istilah Bahasa Melayu

Secara dasarnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memainkan peranan dalam

pembentukan atau penggubalan istilah baru dalam BM. Pelbagai usaha dibuat oleh DBP

bagi memperbanyak istilah baru khususnya peminjaman istilah daripada bahasa asing

khususnya BI. Tetapi, masalah penciptaan istilah yang berkaitan dengan teknologi

maklumat yang seratus peratus menggunakan BI sedikit sebanyak menjejaskan peluang

BM untuk sama-sama bertapak sebagai bahasa siber. Bahasa istilah daripada BI tidak

dapat diterjemahkan ke dalam BM sebaliknya dikekalkan dalam BI. Kekangan

peristilahan daripada BI ke BM menjadi masalah dan cabaran kepada BM untuk diangkat

menjadi bahasa siber utama bersama-sama dengan BI.

Di samping kekurangan istilah BM dalam komputer dan Internet, terdapat juga

istilah BI yang telah diterjemahkan ke dalam BM yang tidak tepat. Ketidaktepatan men

terjemah istilah bahasa siber ini ke dalam BM akan menjejaskan peluang BM untuk

dijadikan bahasa siber. Secara tidak langsung akan terus memahkotakan BI sebagai
bahasa siber tanpa digugat oleh BM.

6.3 Penyelesaian Masalah

Permasalah dan cabaran yang dikemukakan ini ialah sebahagian daripada banyak

masalah dan cabaran yang sedang dan bakal dihadapi oleh B.M sebelum dapat

dinobatkan sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat ini. Oleh itu, bagi

mastikan BM mampu dan dapat menjadi bahasa siber, langkah untuk mengatasi

permasalahan dan cabaran tersebut perlu dicari. Hal ini bertepatan dengan hasrat Menteri

Pendidikan yang menyeru agar perancangan bahasa, pejuang bahasa, sarjana bahasa dan

sastera, kerajaan, IPT awam dan swasta, syarikat-syarikat bertaraf MSC, orang 30

perseorangan dan lain-lain agar dapat bersepadu memikirkan cara untuk menjadikan BM

sebagai bahasa siber dalam era teknologi maklumat kini. Antara jalan penyelesaiannya

ialah:

6.3.1 Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka

DBP memainkan peranan penting ke arah memantapkan penggunaan istilah teknologi

maklumat terkini. Perterjemahan istilah daripada BI dan BM yang terdapat dalam

teknologi maklumat dapat membantu BM menjadi bahasa siber secepat mungkin.

Sekiranya penterjemahan istilah bahasa siber BI dari internet dilakukan dengan segera,

nescaya BM mampu digunakan sebagai istilah siber setanding dengan BI dalam internet.

Hal ini secara tidak langsung akan membantu penggunaan internet dalam dan luar negara

mempelajari BM sebagai bahasa siber.

DBP telah menerbitkan Kamus Komputer pada tahun 1995 sebagai panduan

kepada penggunaan komputer dan internet merujuk istilah dalamm teknologi maklumat

daripada BI ke dalam BM. Usaha mentejemahkan dan mengamuskan istilah bahasa siber

berterusan agar hasrat untuk menjadikan BM sebagai bahasa siber akan menjadi

kenyataan.
6.3.2 Kementerian Pendidikan

Kerajaan, melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tidak ketinggalan berusaha

menjadikan BM sebagai bahasa siber. Penubuhan Sekolah Bestari merupakan langkah

awal ke arah menjadi BM sebagai bahasa siber pada zaman teknologi maklumat.

Misalnya, dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, kandungan kurikulum BM

sekolah bestari juga berbeza daripada kurikulum BM yang dipelajari di sekolah pada

masa kini. Menurut Khododi Haji Ahmad dalam nota ringkas tentang pentafsiran

sekolah bestari, kurikulum BM sekolah bestari lebih memberikan tumpuan kepada:

• Pembinaan kemahiran dan kecekapan berbahasa di kalangan pelajar sebagai alat

pengayaan ilmu dan alat untuk berkomunikasi.

• Usaha menampung keperluan untuk pelbagai aspek komunikasi bagi bidang

kognitif, fizikal, efektif dan emosi secara bersepadu.

• Kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara meneyeluruh melalui

pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusateraan.

• Rasa bangga dan cintakan tanah air dalam satu wawasan budaya yang

dihasratkan.

Kewujudan sekolah bestari juga merupakan sebahagian daripada manifestasi tersurat

dan tersirat untuk melihat BM dijadikan bahasa siber. Komitmen KPM untuk memberi

keutamaan di dalam penyelesaian perisian bagi semua mata pelajaran sekolah bestari

dalam BM jelas. Kini terbukti banyak perisian bagi mata pelalaran BM, Sains dan

Matematik telah dalam BM.

Di samping itu, pelbagai usaha dilakukan oleh KPM bagi memastikan sekolah bestari

yang dirancang dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 1999. Misalnya, KPM telah

mengikat perjanjian dengan syarikat MSC untuk membina perisian pendidikan dari 31

Tahap 1 hingga ke Tingkatan 5 dengan menggunakan BM. Setiap perisian yang dibuat
berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR dan KBSM Edisi Sekolah

Bestari. Semua perisian dalam BM ini diharapkan akan dapat membantuk memantapkan

kedudukan BM sebagai bahasa siber dalam dunia teknologi maklumat dan pendidikan di

negara kita.

6.3.3 Perbadanan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Perbadanan MSC ditubuhkan oleh kerajaan bagi menjayakan hasrat untuk menjadikan

sebuah negara yang terulung di rantau sebelah sini dalam dunia teknologi maklumat.

Pembinaan kompleks MSC di Sepang merupakan rentetan daripada impian negara untuk

merealisasikan teknologi maklumat sebagi medium dalam setiap urusan kehidupan di

negara kita, temasuk dalam dunia pendidikan.

Dari aspek pendidikan, Perbadanan MSC tidak ketinggalan dalam usaha

membantu KPM dan kerajaan untuk sama-sama menadikan BM sebagai bahasa siber di

MSC. Misalnya, Perbadanan MSC dengan bantuan DBP telah sama-sama menterjemah

istilah dalam bahasa teknologi maklumat daripada bahasa Inggeris ke BM sehingga

terhasilnya Kamus Komputer. Malah, Perbadanan MSC juga berusaha memperbanyak

halaman web dan “home page” yang menggunaka BM sebagai pengantarnya dalam

internet.

6.3.4 Memperbanyak Halaman Web

Langkah kerajaan untuk menjadikan BM sebagai gahasa siber tidak akan berjaya

sekiranya rakyat tidak sama-sama menjayakannya. Antara sumbangan rakyat dalam

mensiberkan BM dalam dunia teknologi maklumat adalah dengan mewujudkan halaman

web dan “home Page” sama ada secara individu, berkumpulan, organisasi dan

sebagainya telah menampakkan kejayaan. Jika kita tinjau dalam internet misalnya,

terdapat beribu-ribu halaman web dan “home page” yang ditulis dalam BM.

Dengan wujudnya halaman wab “home page” dalam BM dan beridentitikan


negara Malaysia, kita mengharapkan masyarakat untuk mempelajari BM. Perkara ini

tidak mustahil untuk dicapai. Apabila BM tersebar luas dalam dunia siber terutamamya

dalam internet, sudah pasti kita akan menjangkakan penggunaan untuk mengetahui

maklumat yang ditulis dalam BM.

Usaha untuk menobatkan BM sebagai bahasa siber perlu mendapat sokongan

daripada semua pihak, terutamanya daripada mereka yang cintakan BM, baik kerajaan,

agensi kerajaan, agensi swasta, orang perseorangan mahupun sesiapa sahaja untuk samasama
memahkotakan BM sebagai bahasa siber seperti yang dikehendaki oleh KPM.

6.3.5 Peranan Institusi Pendidikan dan Latihan Guru 32

Institusi pendidikan dan latihan guru perlu mengambil kira perkembangan terkini dalam

pendidikan supaya latihan perguruan yang ditawarkan dapat membantu para guru

menggunakan teknologi maklumat dalam pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan

beberapa saranan yang dapat digunakan untuk melatih guru. Antaranya termasuklah

langkah menerapkan dan mengintegrasikan komponen penggunaan teknologi maklumat

dan komunikasi berperantaraan komputer.

Supaya para guru berasa selesa menggunakan kemudahan komunikasi berperantaraan

komputer, cara komunikasi bentuk ini perlu disediakan dan digunakan dalam program

perguruan itu sendiri. Di samping itu, tahap literasi teknologi maklumat perlu

ditingkatkan. Kursus yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang merangkum

pengetahuan tentang teknologi maklumat dan kemahiran menggunakannya secara praktis

patut ditawarkan sebagai kursus wajib. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat

perlu mengambil tiga komponen. Komponen itu ialah:

1. Kemahiran asas teknologi maklumat yang meliputi kemahiran menggunakan

perisian asas dan aplikasi, menyusur internet, dan menggunakan alat teknologi

dalam pengajaran, seperti komputer, paparan kristal cecair (LCD), dan peralatan

multimedia dalam pengajaran.


2. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat yang meliputi kemahiran mencari

bahan dan menilai keberkesannannya, mengenal pasti dan menilai perisian,

menganalisis kesesuaian maklumat dan hasil kerja pelajar, dan mengetahui aspek

pedagogi dan model pengajaran dalam penggunaan teknologi maklumat.

3. Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi kemahiran

membangunkan perisian dan bahan pengajaran, membangunkan laman web, dan

mengisinya dengan maklumat pengajaran.

Guru yang menggunakan perkhidmatan komunikasi pengantaraan komputer ini perlu

mempunyai pengetahuan minimum berikut:

1. Pengetahuan tentang cara menggunakan Program Pencarian maklumat seperti

Nescape Navigator, Microsoft Explorer, dan sebagainya.

2. Pengetahuan tentang penggunaan mel elektronik.

3. Pengetahuan tentang cara menjadi ahli suatu komuniti.

4. Pengetahuan tentang etiket perhubungan di alam siber.

5. Pengetahuan tentang cara mengikuti dan mengambil bahagian dalam persidangan

komputer dan sembang siber.

Inovasi terhadap pengajaran bahasa dilakukan bukan kerana mengikut tren sematamata, tetapi untuk
mengembangkan kemahiran bahasa Melayu. Dalam hubungan ini,

literasi komputer merupakan keperluan yang sangat diperlukan oleh guru dan pelajar.

Oleh sebab itu, program latihan perlu dirangka dengan segera untuk membolehkan

komunikasi berperantaraan komputer ini dijalankan dan seterusnya digunakan sebagai

alat bantu mengajar bahasa. Selain itu, peralatan juga perlu disediakan. Guru perlu

mempunyai capaian kepada sistem untuk menyalurkan bahan pengajaran mereka dan 33

berkomunikasi dengan pelajar. Walau bagaimanapun, pada masa ini, tidak banyak pelajar

yang memiliki komputer peribadi di rumah. Hal ini dapat menjejaskan prestasi pelajar

tersebut kerana daripada banyak kajian yang dilakukan (Lorentsen 1989 dan Wells 1992
dalam Bates 1995) didapati bahawa prestasi pelajar yang menggunakan komunikasi

pengantaraan komputer dalam pemelajaran suatu kursus lebih baik apabila mereka

mempunyai kemudahan komputer di rumah.

6.4 Kelebihan Menggunakan Komunikasi Pengantaraan Komputer

Beberapa kajian tentang komunikasi berperantaraan komputer dan keberkesanannya telah

dijalankan dalam usaha membantu pelajar menguasai suatu bahasa. Kebanyakan kajian

ini berkaitan dengan pengajaran bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, kajian ini dapat

dijadikan asas untuk mencuba menggunakan komunikasi pengantaraan komputer dalam

pengajaran dan pemelajaran bahasa Melayu. Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991)

menggunakan mel elektronik dalam pengajaran bahasa Inggeris dan mendapati bahawa

para pelajar dalam kajian ini dapat menulis dengan berkesan. Mel elektronik ini turut

membantu pelajar berkomunikasi dengan guru secara lebih teratur.

Mowrer (1996) mengatakan bahawa komunikasi pengantaraan komputer

merupakan bentuk komunikasi yang unik dan dapat membantu pembelajaran di dalam

kelas. Melalui mel elektronik, pelajar dapat berhubung dengan guru tentang pelbagai

masalah bahasa. Pelajar yang malu atau jarang-jarang bersuara dan mengeluarkan

pendapat di dalam kelas akan berasa lebih selesa apabila berkomunikasi dengan guru

melalui mel elektronik. Komunikasi pengantaraan komputer dapat membantu

perhubungan pelajar-guru dan pelajar-pelajar, di samping dapat merapatkan jurang

berbezaan antara seorang pelajar dengan seorang pelajar lain dalam kursus yang sama.

Wild dan Winiford (1993) pula mengatakan bahawa mel elektronik dapat

membantu pemelajaran bahasa. Mel elektronik mengaplikasikan strategi pemelajaran

berbentuk kolaboratif dan komunikatif. Para pelajar dapat berkomunikasi secara spontan.

Projek bahasa berbentuk multidisiplin antara institusi yang berlainan dapat dijalankan

secara kolaboratif. Penggunaan perkhidmatan komunikasi ini membolehkan lebih banyak


projek bahasa dijalankan dalam talian sahaja. Hal ini sudah tentu menjimatkan kos dan

mengurangkan tempoh pelaksanaan suatu projek.

6.5 Aspek Pedagogi Komunikasi Penggunaan Komputer

Penglibatan pelajar bahasa dalam forum elektronik, mel elektronik, atau sembang siber

dapat membantu pemahaman dan penggunaan bahasa dalam konteks sebenar.

Perkhidmatan komunikasi ini dapat digunakan sebagai pelantar komunikasi bahasa yang

berkesan kerana komunikasi pengantaraan komputer ini merentas sempadan dan budaya.

Walau bagaimanapun, aplikasinya hendaklah memenuhi objektif pengajaran bahasa dan

mengikut peraturan dan etiket perbincangan di alam siber. 34

Penggunaan komunikasi pengantaraan komputer dapat meningkat autonomi

pelajar dan mewujudkan suasana pemelajaran yang interaktif. Pelajar dapat mengambil

bahagian secara aktif dan diberi kebebasan sepenuhnya untuk membuat suatu keputusan

berkaitan dengan pemelajaran. Walau bagaimanapun, pelajar perlu lebih

bertanggungjawab terhadap pemelajaran mereka sendiri. Guru pula dapat mengajar dan

menyampaikan maklumat dan kandungan kursus yang sama tanpa bias kepada

pelajarnya. Di samping itu, waktu interaksi dengan pelajar dapat dipendekkan dan

lebihan waktu di dalam kelas dapat digunakan untuk memberikan perhatian yang lebih

dan bantuan kepada pelajar yang lemah. Komunikasi pengantaraan komputer menjadi

asas pengajaran jarak jauh.

Komunikasi pengantaraan komputer memudahkan kerjasama dan koloborasi

antara dua buah institusi pengajian atau lebih. Di samping itu, guru dan pelajar dapat

berinteraksi pada peringkat antarabangsa dan keadaan ini menghasilkan satu bentuk

komuniti baru yang dikenal sebagai komuniti elektronik.

Ciptaan terbaru teknologi komputer ini, jika digunakan dan diselia dengan baik,

dapat membantu menghasilkan pentadbiran kursus bahasa yang lebih cekap, menjimatkan
kos dan masa, dan memberikan keanjalan waktu yang lebih kepada tenaga pengajar.

Pengajaran dan pemelajaran dapat dijalankan di mana-mana sahaja, sama ada di tempat

kerja, di rumah, atau di perpustakaan. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi

pengantaraan komputer ini dapat menjimatkan kos penggunaan bilik seminar, kos

pengangkutan, dan penginapan para pengajar.

Walau bagaimanapun, kaedah pengajaran yang menggunakan komunikasi

pengantaraan komputer ini bukan kaedah pengajaran yang baru. Aplikasi yang betul dan

memenuhi strategi pemelajaran bahasa dan prinsip pengajaran bahasa. Dengan

menggunakan komunikasi pengantaraan komputer ini, para penggunanya tidak perlu

bersemuka. Oleh sebab itu, komunikasi pengantaraan komputer ini mempunyai prospek

yang baik untuk digunakan sebagai alat berhubungan untuk tugas perundingan yang

merangkum tugas membaiki penulisan, menyelia projek, dan berhubung dengan para

pelajar dengan lebih kerap untuk mengetahui tahap pencapaian mereka. Namun, tidak

banyak kajian yang dijalankan untuk mengetahui keberkesanan perundingan dalam talian

ini. Penulis berpendapat bahawa komunikasi pengantaraan komputer ini lebih praktikal

dan menjimatkan kos. Oleh sebab itu, kajian lanjut tentang keberkesanannya perlu

dilakukan.

Dalam bidang lain, seperti bidang perniagaan, bidang sains, dan bidang teknikal,

komunikasi pengantaraan komputer sudah menjadi satu cara perhubungan yang disenangi

dan menjimatkan. Oleh sebab itu, jika digunakan dan diselia dengan baik, komunikasi

pengantaraan komputer dapat menghasilkan suasana pengajaran dan pemelajaran yang

baik untuk pengajaran bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, guru harus peka terhadap

komunikasi di alam siber ini kerana komunikasi berperantaraan komputer ini kadangkadang dieksploitasi
untuk tujuan yang tidak baik, tidak beretika, dan tidak bermoral.

Guru perlu tahu menggunakan dan mengendalikan teknologi dan berkemahiran untuk 35

membantu pelajar menggunakan teknologi maklumat ini dengan tujuan yang positif dan
betul.

7.0 HALA TUJU PEMBELAJARAN BAHASA

BERBANTUKAN KOMPUTER

7.1 Harapan dan Masa Depan

Jika teknologi sepadu mewakilkan ICT kita boleh tambah baikkan pada rangka

pengajaran multimedia sedia ada. CD-ROM boleh dikembang dengan rangka modul

sedia kala; kita boleh gantikan menu dengan pelbagai isi yang disusun dalam mod “siasat

dan putus”. Dan untuk sub-topik kita boleh rujuk pelajar ke fail-fail video oleh pakar

dalam subjek. Untuk penilaian, pelajar boleh capai pelayan institusi melalui web dan

dibekal senario yang lebih terbuka agar mereka dapat lakukan penyelesaian terhadap

masalah yang dipaparkan. Pelajar boleh memilih daripada pelbagai alternatif terbenam

dalam pemilihan jawapan, dan juga masukkan respons berbentuk esei.

Sekiranya pelajar memilih dari bank soalan alternatif, beliau akan terima maklum

balas serta-merta dari pangkalan data. Bagi maklum balas terbuka, sistem sedia ada akan

dikumpul dan diri serah kepada pengurus pangkalan-pangkalan pengetahuan. Apa yang

dipentingkan ialah pelajar kini bertanggungjawab akan pembelajaran sendiri, dan lambatlaun akan
mengesan pangkalan pengetahuan untuk kemajuan diri. Tugas muktamad

adalah untuk mendapatkan pengalaman pelajar dan menjadikan pengetahuan baru sebagai

aset intelektual, satu kaedah menjadikan organisasi pembelajaran suatu kenyataan. Mod

ini akan memenuhi kriteria “belajar melalui membuat” bukan untuk belajar. Lamakelamaan ia akan
menjadi budaya pembelajaran dalam pendidikan.

Persembahan harus bersimulasikan keadaan autentik, membolehkan pelajar

bersifat ingin tahu dan menjelajah (malah menaggung risiko), dan memapar senario

dalam kaedah yang menarik serta organisasi pembelajaran yang dicadang Senge (1990),

universiti dijadikan tumpuan perkembangan individu dijadikan penggerak pertukaran

maklumat dan penambahbaikan pengetahuan. Lembaran baru kemudian akan diperoleh


melalui antara muka pasukan [team interface] (Brown, 1986). Persekitaran yang

menyokong kolaborasi dan alatan yang membolehkan kolaborasi akan menjadi trend hari

muka (Schrage, 1990). Intranet/Internet dan WWW akan menjadi tulang belakang

maklumat.

Bolehkah kaedah yang sama diguna dalam sekolah dan universiti? Masalah ini

harus dibicara sebagai teknologi prestasi manusia. Harus diandaikan di sini bahawa

sekolah atau universiti sudah mempunyai prasarana yang cukup, dan kleinnya juga kenal

dan faham komputer. Pengajaran akan memudahcarakan pembelajaran sesuatu topik36

dengan penggunaan pangkalan-pangkalan pengetahuan sepenuhnya. Modus operandi

adalah seperti berikut:

● Simulasi situasi pembelajaran realistik yang relevan bagi pengguna.

● Menggalakkan pelajar “ingin tahu” dan jelajah pelbagai sumber

maklumat.

● Menggambarkan senario pembelajaran dalam kaedah kreatif dan menarik.

● Bekalkan maklum balas pakar.

Pengajar meletakkan asas, dan pelajar mencari penyelesaian secara individu atau

kolaboratif. Pelajar kemudian menggunakan stesen kerja untuk dail masuk pelayan untuk

diuji alatan pangkalan data pelayan. Tempoh masa untuk menyiapkan tugas, kemajuan

dan skor timbun tambah dirakam untuk tindakan pengajar. Dengan tersebarnya banyak

perisian dan begitu banyak maklumat dalam internet, perlombongan pengetahuan boleh

dilakukan untuk mengesan dan memuat simpan maklumat relevan pada pelayan pengajar,

dan tidak menghadkan pelajar ke isi tempatan. Kepakaran dalam perisian dan konfigurasi

perkakasan diperlukan mengurus sistem sedemikian.

Kajian Roslan dan Habibah (2000) jelas menunjuk potensi pendidikan secara

talian tetapi ia masih memerlukan banyak usaha untuk menjadikannya merupai


pendekatan modul interaktif bercetak sedia ada! Di samping itu kita perlu memahami

sepenuhnya apakah yang dibayangkan Sistem Rangkaian Hibrid yang dikatakan sistem

yang mungkin untuk pendidik menggunakan kelebihan pangkalan-pangkalan

pengetahuan serta memuat-simpan dan mengedar aset atau pangkalan pengetahuan. Kita

boleh pandangkan sistem hibrid (rajah 1) sebagai sesuatu yang disokong dengan talian

komunikasi dalam dan luar tapak.

Di samping itu terdapat interaksi aktif pelajar dengan alat pangkalan data untuk

capai keapada pelayan atau pangkalan data. Sistem hibrid membenarkan pelajar bertindak

balas bukan sahaja dengan isi CD-ROM semasa belajar, tetapi juga menjelajah dan

mengembang dari pangkalan data tetap melalui pangkalan data tertabur. Di samping

interaksi bersemuka antara pelajar dan pengajar tempatan, pelajar boleh berkomunikasi

dengan orang lain melalui alatan perbincangan seperti ruang sembang, e-mel dan listserv.

Pangajar, sebagai gedung pengetahuan, boleh berkomunikasi dengan pelajar secara

sinkroni atau asinkroni, dan boleh mengubahsuai, pinda, atau mengehadkan capaian

kepada pangkalan pengetahuan jika perlu. Ciri yang lain pada sistem ini memerlukan satu

mekanisme memuat simpan pengetahuan dan tersedia untuk orang lain.

Jadi pengajaran adalah strategi prarancang berasaskan pedagogi untuk menyampai

maklumat terpilih yang tersusun dan berurutan dengan niat mengakibatkan pelajar

belajar, dan hasil akhir biasanya merupakan (tetapi tidak terhad kepada) kemahiran dan

pengetahuan, dan pengajaran dan latihan. Pendidikan yang berjaya dicerminkan dalam

prestasi yang bertambah baik dalam situasi sebenar (dan tidak sahaja pada situasi rekaan).

Apa yang diandaikan ialah pindahan pembelajaran dari yang disimulasi ke yang

praktikal. Bagi mereka yang menyayangi paradigma konsstruktivis, “penggunaan

pengetahuan dalam situasi sebenar” tidak dipanggil pindahan pembelajaran, tetapi

konstruksyen semula untuk mengaktifkan tingkah laku dalam situasi yang baru! 37
Teknologi menambah nilai kepada kurikulum, tidak mempengaruh perubahan kualitatif

(mencapai gol yang lebih autentik dan kompleks) (Ertmer, 1999).

Pemilihan keputusan pengajaran yang tepat untuk memilih reka bentuk yang

sesuai adalah kritikal dalam mengembangkan persekitaran untuk Web dan Lebuh Raya

Multimedia. Adalah tidak cukup hanya melabur dalam teknologi sahaja; sistem sokongan

pembelajaran harus ada, dan bekerjasama dengan persekitaran pembelajaran dalam

organisasi. Melalui komunikasi elektronik, mengimbas persekitaran luar dan menawan

pengetahuan yang wujud dalam organisasi. CD-ROM Hibrid dengan struktur web atau

lebuh raya merupakan mod berkesan untuk memperoleh pangkalan-pangkalan data sedia

ada untuk muat simpan serta pembinaan pengetahuan. Kini Sekolah Bestari dibekal

dengan CD-ROM, dan kemungkinan besar pengajaran tidak terhad kepada isi yang

termuat pada CD-ROM. Adalah munasabah pihak pengembang CD-ROM ini juga

menambah baik kepada saluran maklumat CD-ROM dengan pautan melalui alamat web

supaya apabila pengguna (guru dan pelajar) klik padanya, mereka dapat akses kepada

laman web yang sesuai untuk tujuan pengayaan dalam bidang yang dibicarakan. Ini akan

membantu dalam arah pembinaan persekitaran web hibrid untuk sekolah.

Oleh sebab rangkaian WWW sudah mula bertapak dalam dunia pendidikan dan

penggunaannya pula agak meluas, langkah yang dapat diambil oleh institusi pendidikan

seterusnya ialah memilih perisian PBBK multimedia yang terbaik yang dihasilkan oleh

pelajar, dan menempatkan perisian itu dalam laman web. Langkah ini akan memudahkan

perkongsian bahan PBBK melalui internet dalam "bilik darjah/kuliah yang tiada

sempadan." Langkah ini membolehkan lebih banyak bahan PBBK multimedia tempatan

digunakan di dalam negara dan di dunia luar.

Walaupun sebahagian daripada bahan PBBK ini mungkin mengandungi unsur

budaya tempatan yang tidak serasi dengan budaya suatu bangsa yang lain, kita percaya
bahawa perisian PBBK tersebut akan memberikan peluang kepada dunia luar untuk

memahami budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Hal ini akan memupuk semangat

toleransi dan rasa hormat di kalangan pengguna di seluruh dunia. Kandungan perisian

PBBK ini perlu dinaikkan tarafnya dari masa ke masa untuk menarik perhatian lebih

banyak pengunjung dan pengguna. Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, tenaga pengajar

akan lebih banyak terlibat dalam penyediaan bahan PBBK multimedia untuk

pembelajaran bahasa tanpa sempadan, penyelenggaraan, dan penaiktarafan kandungan

perisian untuk laman web dari masa ke semasa, pemantauan kemajuan pelajar,

penyediaan sistem maklum balas kepada pelajar, dan pengurusan pembelajaran bahasa

yang lebih dinamis.

Dalam tahun-tahun yang mendatang, lebih banyak institusi pengajian tinggi akan

menyediakan peruntukan kewangan yang lebih besar untuk pengembangan teknologi

maklumat dan aktiviti berkaitan dengan teknologi maklumat dalam pendidikan. Aktiviti

pembangunan perisian PBBK multimedia haruslah diperluas bukan sahaja bagi

menampung kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran tempatan, malahan aktiviti

pembangunan perisian PBBK multimedia akan menjimatkan kos pengurusan pendidikan

untuk jangka panjang. Sekali gus, sistem pendidikan jarak-jauh dalam negara yang akan 38

menggunakan internet dan intranet sebagai media asas pada masa yang akan datang akan

menjadi lebih mantap. Perisian PBBK multimedia akan terus mendapat tempat di dalam

dunia tanpa sempadan pada alaf baru ini.

Pembangunan perisian PBBK multimedia masih belum mendapat perhatian yang

meluas di negara ini. Kebanyakan penggunaan perisian berkenaan di institusi pendidikan

dalam negara bertolak daripada inisiatif pendidik secara individu dan tidak digerakkan

oleh institusi pendidikan atau kementerian. Walaupun pada umumnya kos pembangunan

perisian PBBK multimedia ini menjimatkan dalam jangka masa pendek, kebaikan yang
dapat diperoleh daripada pembangunan perisian tempatan yang seiras dengan budaya dan

pemikiran tempatan amat diperlukan bagi memastikan kualiti pendidikan yang lebih

terserlah. Di samping itu, inovasi dalam tuntutan pendidikan masa depan memerlukan

lebih banyak pendidik untuk terlibat secara aktif dalam merancang kandungan

pemelajaran yang lebih dinamis, menghasilkan bahan perisian multimedia yang dapat

dicapai dari jauh melalui internet, dan memantau proses pemelajaran dan kemajuan

pelajar. Dengan hal yang demikian, para pendidik di Malaysia tidak lagi bergantung pada

pihak luar dalam penggunaan perisian PBBK multimedia.

7.2 Syor dan Cadangan

Dalam menghadapi globalisasi, rintangan terhadap penggunaan bahasa Melayu

dalam teknologi maklumat amat besar sekali. Penghayatan dan promosi penggunaan

bahasa Melayu menjadi semakin sukar apabila kepentingan ekonomi menjadi

cagarannya. Namun, jumlah penutur bahasa Melayu yang melebihi 200 juta di dunia ini

sebenarnya sudah cukup untuk menjadikan bahasa Melayu bahasa teknologi maklumat

serantau yang mempunyai nilai ekonomi. Kini yang amat penting ialah kekuatan dan

semangat tambahan untuk merealisasikan hasrat ini, termasuk kerjasama yang bersepadu

antara semua negara berbahasa Melayu.

Selain itu, pelbagai usaha mungkin dapat dilaksanakan demi kemajuan

penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat,antaranya termasuklah:

1. Memberikan pengiktirafan sewajarnya dan berterusan kepada orang yang

berjuang memartabatkan bahasa Melayu dalam teknologi maklumat.

Penghantaran dapat dilaksanakan melalui skim ganjaran atau anugerah

secara berkala.

2. Menjadikan perkhidmatan penggunaan bahasa Melayu dalam teknologi

maklumat sebagai tanggungjawab sosial kerajaan. Pihak kerajaan, melalui


Dewan Bahasa dan Pustaka, dapat menyediakan perkhidmatan mencari

istilah dan bahasa dalam teknologi maklumat untuk semua golongan

penggunaan bahasa Melayu di negara ini secara percuma. Perkhidmatan

ini dapat dipopularkan melalui gerbang web bahasa Dewan Bahasa dan

Pustaka yang sedia ada.

3. Menyediakan prasarana yang lebih dinamik untuk pengembangan istilah

dan bahasa dalam gerbang web DBP yang sedia ada. Sesiapa sahaja boleh

memberikan cadangan dan pendapat terhadap sebarang perkara baru yang

timbul berkaitan dengan penggunaan istilah dalam teknologi maklumat. 39

Pengesahan terhadap istilah dan bahasa yang betul kemudiannya dapat

dilakukan dengan cepat oleh pakar bahasa yang dilantik. Dengan cara ini

sahaja bahasa Melayu berupaya berkembang seiring dengan kepesatan

perkembangan teknologi maklumat itu sendiri.

4. Meningkatkan permuafakatan dan kerjasama dalam teknologi maklumat

berbahasa Melayu pada peringkat negara serantau yang mampu

memberikan pulangan bernilai ekonomi yang sewajarnya.

5. Melonggokkan perisian aplikasi generik berbahasa Melayu yang murah

dan mudah diperoleh di pasaran negara. Usaha ini dapat dilakukan dengan

bantuan pihak seperti NITC (National IT Council), Perbadanan

Pembangunan Multimedia (MDC), dan IPTA.

Dalam era teknologi maklumat ini, tampaknya hanya bahasa Inggeris yang

diiktiraf sebagai bahasa global. Walau bagaimanapun, John Naisbitt dalam buku The

Global Paradox, mengatakan bahawa semakin "global" dunia ini semakin kuat pula

timbulnya kesedaran nasionalistik penduduk setempat seperti yang sedang berlaku di

beberapa buah negara Eropah. Oleh sebab itu, kita amat berharap agar usaha teknologi
maklumat dapat diseiringkan dengan keperluan terhadap globalisasi.

Saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pula ialah :

1. Kementerian Pendidikan dengan seberapa segera menyediakan perunntukan yang

mengcukupi bagi menyediakan prasarana dan peralatan untuk membangunkan

dan menggunakan ICT dalam pangajaran dan pembelajaran di sekolah.

2. Kelengkapan yang mengcukupi perlu disediakan di PSPN, PKG dan PSS sebagai

tempat untuk guru-guru mendapat nasihat dan latihan.

3. Sediakan latihan dan kursus-kursus dalam bidang ICT bagi semua guru-guru

untuk menghadapi perkembangan ICT bagi masa hadapan.

4. Makmal-makmal komputer perlu diperbanyakkan di peringkat sekolah untuk

memberi peluang kepada setiap pelajar menggunakan komputer dan

memahirkannya.

5. Perlu menghantar guru keluar negara bagi menjalani latihan yang lebih

profesional.

Berdasarkan kepada syor dan cadangan tersebut diharapkan pelbagai inovasi

dapat dilaksanakan demi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, pengajaran

dan pembelajaran berbantukan komputer ini merupakan satu cabaran yang perlu

diterima oleh semua pihak bagi melahirkan individu celik komputer dalam

menghadapi alaf baru. 40

8.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

BERBANTUKAN KOMPUTER DI SEKOLAH

8.1 Penggunaan ICT dalam Pengajaran Bahasa Melayu

Kepercayaan kini ialah ICT adalah cara dalam mana pendidikan yang lebih baik akan

diperolehi. Ini membanyangkan sumbangan utama teknologi untuk meningkatkan

pendidikan. Contoh demi contoh merujuk kepada teknologi perkaskasan seakan-akan


teknologi-teknologi itulah yang membawa kepada hasil yang diharapkan. Pada

sebahagiannya ini mungkin benar, tetapi yang merumitkan ialah memastikan proses yang

selari dengan teknologi itu berfungsi. Kerap kali kelemahan teknologi disembunyikan

dan tidak diberi perhatian langsung. Pengajaran boleh dilatih, pelajar didorong menyertai

dalam percubaan Pembelajaran Bestari, perkakasan mungkin berada, tetapi adakah

pendekatan kepada pengajaran novel atau inovatif?

Apa yang kita saksi adalah kemahiran terlatih yang ditunjuk-tunjuk dalam masa

sebenar dan yang mungkin memerlukan penyesuaian. Beberapa pengajar mungkin

tertarik dengan idea konstruktivisme, tetapi akan menghadapi masalah melaksanakannya

dalam bilik darjah. ICT boleh menjadi pemudah cara yang kuat bagi pengajaran dan

pembelajaran dengan sebab-sebab dan kebijaksanaan untuk berjaya. Jika pengukuran

pencapaian mungkin boleh dipersoalkan. Kita boleh menyepadukan ICT dengan lebih

berakal kalau kita memahami teknologi-teknologi lembut.

8.2 Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu

Permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah

senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara

konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi

sesebuah negara. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi

masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka

Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat

dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat penting dilakukan

agar pengarjaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan

teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. Dengan perkembangan teknologi

maklumat inilah, kita tidak dapat lari dari menggunakan komputer. Hal ini kerana,
komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar

maklumat tanpa mengira sempadan dan masa. Atas kesedaran bahawa bahasa Melayu itu

harus bergerak maju ke depan, maka satu laman web.

www.khazanahmelayu.mmu.edu.my dibina. Diikuti oleh perisian kursus “Bahasa Melayu

untuk Penutur Asing’ melalui intranet Universiti Multimedia dengan Dewan Bahasa dan 41

Pustaka dihasilkan. Melalui pengalaman-pengalaman inilah dapat menyingkap sejauh

mana komputer membantu pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Melayu. Kertas

kerja ini akan memfokuskan kepada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan

menulis di samping kemahiran tatabahasa yang sering dititikberatkan dalam sesuatu

pengajaran bahasa.

Dalam pengajaran bahasa terdapat tiga kemahiran penting yang sering

dititikberatkan iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu kita

lihat sejauh mana komputer dapat memainkan peranannya dalam kemahiran-kemahiran

ini.

8.2.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran mendengar diperlukan dalam pelbagai situasi misalnya ucapan, syarahan,

pidato, perbahasan, forum, wawancara, perbualan antara ibu bapa dan ahli keluarga,

mendengar nyanyian, puisi, seloka, pantun, gurindam, berita, menonton drama, filem dan

sebagainya. Keperluan untuk mendengar ini boleh berlaku di mana-mana sahaja

mengikut tujuan sama ada dalam interaksi sosial, mendapatkan hiburan atau maklumat

dan pengetahuan.

Kesemua situasi ini boleh kita rakamkan meliputi audio dan video dan dimuatkan

dalam satu perisian kursus. Ini dapat dijadikan rujukan utama kepada para pelajar kerana

mereka dapat mendengar model menyebutnya dengan betul dan berulang-ulang kali.

Setelah mendengar, pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan
itu dengan sebutan, intonasi, gaya dan irama yang betul. selain daripada itu adat resam,

disiplin dan sopan santun dalam berinteraksi juga dapat diketengahkan. Misalnya

bagaimana hendak memulakan percakapan, bagaimana hendak mencelah dan

menyampuk apabila orang lain sedang bercakap.

Teknologi komputer dapat membantu bersedia sebelum pengajaran di dalam kelas

dimulakan. Misalnya pelajar boleh melihat dahulu, mendengar dan memahami topik

pelajaran yang bakal diajar sebelum masuk ke kelas. Oleh itu, semasa di dalam kelas,

pelajar dapat menambahkan pemahaman ketika guru menerangkannya.

Dalam kemahiran mendengar ini proses mendengar yang melibatkan telinga

sebagai alat yang menerima bunyi-bunyi bahasa dan otak untuk berfikir dan memahami

apa yang didengar ini penting. Namun begitu bagi melengkapkan proses ini latihan

diperlukan. Untuk setiap topik di dalam perisian kursus disediakan latihan bagi menguji

tahap kefahaman para pelajar sama ada melalui latihan mendengar petikan, perbualan

atau sebagainya dan kemudian memilih jawapan yang tepat seperti mana yang telah

disediakan di dalam perisian kursus tersebut. Ini melibatkan soalan seperti apakah,

siapakah, bilakah atau di manakah. Manakala soalan-soalan seperti mengapakah,

bagaimanakah, jelaskan, huraikan, bandingkan, bahaskan dan sebaginya dapat

dikendalikan di dalam ruang forum atau sembang, atau melalui e-mail.

Untuk memantapkan pelajar dengan kemahiran bertutur, pensyarah pula

memainkan peranan penting di sini. Setelah teknologi komputer digunakan sebagai 42

panduan atau model bagaimana perbahasan atau perdebatan berlangsung, maka di dalam

kelas guru boleh memberikan topik-topik tertentu yang difikirkan sesuai dan mampu

menarik minat pelajar untuk dibahaskan.

Kita tahu bahawa dalam puisi Melayu terdapat pantun, gurindam, seloka, talibun

dan sebagainya. Namun begitu, tahukah kita bagaimana bentuk, gaya, lagu, irama dan
intonasinya? Melalui teknologi komputer jugalah kita mampu untuk menonjolkan puisipuisi Melayu ini
dan mengembangkannya di serata dunia dan yang pentingnya model

bacaan puisi ini dijadikan contoh kepada para pelajar. Bacaan pantun boleh kita dengar

dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” di permulaan dan penutup setiap

modul.

Untuk kemahiran bertutur, ucapan atau petikan boleh dipertonton kepada para

pelajar, misalnya ucapan pembukaan atau penutup Persidangan Agong UMNO di PWTC

oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed. Selain daripada itu, video tentang perisitiwa 11

September 2001. Bahan ajar seperti ini boleh dijadikan topik perbincangan yang hangat

di dalam kelas.

Model bahasa Melayu lisan yang baik diperlukan kerana apabila pelajar

mendengar ia akan meniru model tersebut apabila bercakap nanti. Oleh itu, pemilihan

model adalah penting dalam pengajaran bahasa. Di Malaysia sendiri mungkin kita

tertanya-tanya intonasi, gaya dan sebutan yang bagaimanakah yang betul dalam bacaan

berita, di RTM, TV3 atau NTV7?

Matlamat dalam pengajaran bahasa Melayu ialah kebolehan pelajar bertutur

menurut sistem bunyi bahasa Melayu baku, maka model bahasa Melayu amat diperlukan.

Di Malaysia sendiri kita terkeliru apatah lagi pelajar-pelajar bahasa Melayu di luar

negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarkan bahasa Melayu di

luar negara. Dengan teknologi komputer jugalah kita dapat menyebarluaskan contoh dan

model ini yang disahkan oleh pakar bahasa seperti yang akan temui dalam cakera padat

“Tatabahasa Bahasa Melayu”.

8.2.2 Kemahiran Menulis

Antara kemahiran menulis yang saya gunakan dalam pengajaran bahasa di MMU

termasuklah melalui e-mail, ruangan sembang dan laman web

www.khazanahmelayu.mmu.edu.my.
Misalnya untuk menulis surat kiriman rasmi, terlebih dahulu saya menjelaskan

format surat kiriman rasmi kepada para pelajar di dalam kelas di samping nota yang telah

sedia ada di dalam ‘nota talian MMU’. Kemudian diberikan iklan jawatan kosong yang

disiarkan di dalam akhbar utama Malaysia berserta soalan supaya mereka menulis surat

kiriman rasmi untuk memohon pekerjaan yang diiklankan kepada saya melalui e-mail.

Selepas meneliti dan memeriksa surat tersebut dari segi isi, format, pemilihan kata dan

tatabahasa, akan dihantar semula kepada pelajar jawapan permohon berserta pembetulan

jika ada kesalahan dari segi pemilihan kata dan tatabahasa. 43

Selain daripada itu, melalui ruangan sembang dan e-mail juga, dikemukakan topik

atau isu-isu semasa yang menjadi bualan hangat kepada pelajar-pelajar, misalnya isu

penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di sekolah

ataupun dihantarkan imej yang berkaitan dengan sesuatu topik. Setiap pelajar mesti

mengemukakan pendapat dan pandangan mereka dan secara tidak langsung semua pelajar

terlibat dalam perbahasan maya ini di samping mengasah minda dan kemahiran menulis.

Penilaian boleh dibuat dari segi sejauh mana penglibatan pelajar dalam sembang tersebut.

Dalam laman web www.khazanahmelayu.mmu.edu.my pula, saya telah sediakan

laman-laman untuk berbalas pantun, bersajak, menulis cerita kanak-kanak, cerpen dan

peribahasa. Dalam laman berbalas pantun, pelajar atau pelayar laman web ini boleh

bertanya khabar, menyatakan perasaan dan sebagainya melalui pantun, mereka juga boleh

bersajak. Bagi yang berminat menulis cerita pendek atau cerita kanak-kanak mereka

boleh menulis dan hantarkan di laman ini. Keistimewaan ruangan cerita pendek ini ialah

pelajar boleh menyambung cerita-cerita ini mengikut kehendak dan imaginasi sendiri.

Manakala ruangan peribahasa pula, pelajar boleh menyumbang peribahasa dan makna

atau maksudnya di samping memberi kemudahan menggunakan peribahasa ini untuk

menulis atau untuk perbualan sehari-hari.


8.2.3 Kemahiran Membaca

Untuk meningkatkan kemahiran membaca di kalangan pelajar, misalnya membaca berita,

laporan, pengumuman, taklimat dan sebagainya, contoh atau model diberikan dalam

perisian kursus supaya pelajar dapat meniru model bahasa lisan yang baik.

Dalam cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” misalnya, disediakan audio dan

teks yang dianimasikan mengikut sebutan yang diperdengarkan. Ini membantu pelajar

menyebut dengan cara yang betul dan boleh diulang berkali-kali mengikut keperluan

masing-masing.

Paparan dalam cakera padat ini juga disediakan dengan menarik. Umpamanya

selain teks dan audio, elemen-elemen multimedia yang lain seperti video, grafik, imej dan

animasi untuk memudahkan pemahaman pelajar dalam sesuatu topik yang dipelajari.

Misalnya dalam satu skrin terdapat teks “Anggota bomba menaikkan tangga”. Ada

animasi imej anggota bomba yang sedang menaikkan tangga dan “voice over” yang

menyebut ayat tersebut. Begitu juga dengan teks, animasi, imej dan voice over “Anggota

bomba menaiki tangga untuk menyelamatkan mangsa kebakaran itu”. Kedua-dua ayat ini

mempunyai perbezaan yang ketara dan visual akan memudahkan para pensyarah

menjelaskannya kepada pelajar dan begitu juga sebaliknya, gabungan elemen-elemen

multimedia dapat membantu dan memudahkan pemahaman pelajar. 44

8.2.4 Kemahiran Tatabahasa

Selain daripada kemahiran berbahasa, kemahiran tatabahasa juga merupakan salah satu

daripada elemen penting yang perlu dikuasai. Mungkin bagi sesetengah orang, tatabahasa

merupakan sesuatu yang membosankan. Namun begitu, melalui teknologi komputer ini

mampu untuk kita menangani masalah ini. Misalnya di dalam cakera padat ‘Tatabahasa

Bahasa Melayu’, penerangan tentang konsep disampaikan dengan memberikan definisi,

huraian, contoh dan latihan.


Sesuatu topik tatabahasa dimulakan dengan bahan rangsangan yang

memperkatakan tentang tema kemalaysiaan kerana di sini kita boleh turut

memperkenalkan adat, budaya dan topik tatabahasa tersebut. Setelah pelbagai corak, gaya

dan bentuk dan dipersembahkan dengan bantuan elemen-elemen multimedia seperti

audio, video, animasi, teks dan grafik, diikuti pula oleh latihan.

Soalan latihan yang boleh disediakan melalui teknologi komputer ini ada pelbagai

jenis, misalnya soalan aneka pilihan, betul dan salah, padanan, seret dan letak, mengisi

tempat kosong dan sebagainya. Apa yang menariknya, setiap pilihan jawapan itu

disediakan dengan respons yang menyatakan sebab-sebab jawapan itu salah atau betul.

dengan cara ini pelajar dapat belajar sesuatu walaupun jawapan pilihannya salah.

Satu lagi keistimewaan cakera padat “Tatabahasa Bahasa Melayu” ialah

terdapatnya Petua Munsyi iaitu petua, nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna

kepada para pengguna untuk memahami tatabahasa bahasa Melayu.

Begitu juga dengan prototaip yang dibina untuk “Warna-warna Malaysia” iaitu

gabungan laman web (yang mencerminkan tentang geografi, tempat-tempat menarik,

budaya dan ekonomi di Malaysia) dengan cakera padat, ‘Belajar Bahasa Melayu’. Dalam

topik kata tanya misalnya, sediakan bahan rangsangan iaitu perbualan di kaunter

pertanyaan di sebuah hotel. Setelah memperkenalkan kata tanya dan ayat tanya tersebut,

diikuti pula dengan definisi dan huraian serta penerangan tentang kata tanya dan ayat

tanya serta contoh-contohnya. Untuk memantapkan lagi kefahaman pengguna, sediakan

soalan-soalan yang berkaitan dan jawapan atau respons bagi setiap pilihan jawapan.

Berdasarkan perbincangan ini, jelas teknologi komputer mampu dan berupaya

untuk membantu dalam pengajaran bahasa Melayu yang bersifat global. Dengan

teknologi yang ada kita dapat berkongsi maklumat dan idea dari seluruh pelosok dunia

tanpa mengira waktu dan tempat. Dengan adanya teknologi ini pelajar dapat belajar
bahasa mengikut kesesuaian masa mereka sendiri. Kita amat jelas, mengajar bahasa

memang tidak cukup hanya 3 jam seminggu, selebihnya pelajar sendiri perlu berusaha

memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka. Oleh itu, dengan adanya teknologi

komputer ini, dengan cakera padat, laman web dan sebagainya membantu mereka belajar

sendiri dan peranan utama pengajar, menolong dan memudahkan pelajar belajar sendiri. 45

Namun tidak dinafikan, dengan teknologi komputer ini menuntut kita meluangkan

lebih banyak masa dan tenaga untuk berfikir, mencari idea-idea yang kreatif dan kritis

dalam pengajaran berbantukan komputer. Pastinya guru tersebut perlu pakar dalam

bahasa dan juga tahu menggunakan teknologi komputer walaupun tidak sebijak pakar

TM (teknologi maklumat) atau pakar komputer yang menjadi bidang utama mereka.

Bukanlah suatu perkara yang mudah juga untuk kita menghasilkan laman web

atau perisian kursus, namun jika kita menggabungkan pakar-pakar dalam bidang

multimedia, teknologi maklumat, reka bentuk bahan pengajaran dan pakar kandungan

atau subjek, hal ini tidak menjadi masalah dan objektif kita untuk memperluas sempadan

geografi penggunaan bahasa Melayu, di samping memperkenalkan bahasa, sastera dan

budaya Melayu kepada masyarakat antarabangsa bukan satu omong-omong kosong lagi.

8.3 Inovasi Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer

Di negara kita, inovasi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat

dibahagikan kepada dua frasa utama. Frasa pertama bermula pada tahun 1981 hingga

tahun 1989. Frasa ini lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran literasi komputer di

bawah aktiviti kelab komputer sebagai sebahagian daripada pelajaran Kemahiran Hidup.

Frasa kedua pula bermula pada tahun 1990 dengan pendekatan yang lebih condong

kepada pengajaran berintegrasikan komputer.

Dalam usaha untuk meluaskan penggunaan komputer dalam pengajaran, maka

pada bulan Jun 1992, Kementerian Pendidikan telah menjalankan projek terbesar yang
terkenal sebagai “Projek Komputer dalam Pendidikan” di 60 buah sekolah menengah.

Bagi memperluas penggunaan komputer di kalangan pelajar, maka program ini

diperkembang kepada 120 buah sekolah menengah.

Pada tahun 2001, pengajaran berbentuk komputer mula dicuba di 90 buah sekolah

bestari di bawah projek Rintis Sekolah Bestari, Kementerian Pendidikan. Dalam projek

rintis ini, sebanyak empat mata pelajaran sekolah menengah dan sekolah rendah telah

menggunakan perisian kursus yang disediakan secara berperingkat-peringkat. Mata

pelajaran yang terlibat dalam percubaan ini ialah Bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains,

dan Matematik. Perisian kursus berkenaan disediakan oleh empat buah syarikat swasta

dengan usaha sama Kementerian Pendidikan.

Pengajaran berbantukan komputer ialah pengajaran yang dijalankan dengan

menggunakan perisian kursus yang dibina khas untuk sesuatu kemahiran, tajuk, atau

pelajaran. Melalui perisian inilah, pelajar atau pengguna akan mempelajari sesuatu, sama

ada secara bersendirian ataupun dengan bimbingan guru.

Melalui pengajaran berbantukan komputer, pelajar dapat terangsang untuk belajar

iaitu belajar sendiri tanpa guru, memilih kemahiran atau tajuk mengikut urutan tertentu,

mengulang pelajaran beberapa kali mengikut keperluan, belajar mengikut keupayaan dan

kelajuan masing-masing, berlatih menyebut, membaca dan menghafazkan sesuatu 46

mengikut model yang diperdengarkan, memperoleh maklum balas segera dalam bentuk

teks, suara atau grafik, maklumat tambahan dan sebagainya.

Dalam mata pelajaran bahasa Melayu, terdapat tiga kemahiran utama iaitu

kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis bagi

pelajar-pelajar tingkatan tiga. Bagi pelajar tingkatan satu, dua, empat dan lima, tiga

kemahiran tersebut ialah bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik. Di

samping kemahiran tatabahasa merupakan aspek penting dalam mata pelajaran bahasa
Melayu. Dalam hubungan ini, kita akan dapat melihat bagaimana pentingnya komputer

membantu pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan melalui kemahiran

tersebut.

Dengan menggunakan perisian kursus, pelajar akan dapat meningkatkan

kemahiran berpidato, berdebat, berpuisi, dan sebagainya. Hal ini demikian kerana pelajar

dapat mendengar model tentang kemahiran tersebut dengan betul. Setelah mendengar,

pelajar akan mengajuk atau melafazkan bahan yang diperdengarkan itu dengan sebutan,

intonasi, gaya dan irama yang betul.

Berdasarkan pengalaman yang lalu, kita dapati bahawa pelajar dan pengguna

bahasa Melayu masih keliru tentang cara menyebut beberapa perkataan tertentu seperti

bestari, debat, panel, peka dan sebagainya. Dapatkah perkataan tersebut disebut dengan

betul? Lazimnya, dalam bahagian lisan, perkataan tersebut akan dipaparkan pada skrin

yang kemudiannya disusuli pula oleh suara yang menyebut perkataan tersebut mengikut

sebutan baku. Pengguna kemudiannya dikehendaki mengajuk menyebut perkataan itu

dengan betul.

Kemahiran membaca pula dapat ditingkatkan dengan mendengar model bacaan

yang diperdengarkan. Contohnya, bagaimana pelajar hendak membaca berita, membaca

laporan, membaca pengumuman, membaca pantas, menyatakan makna berdasarkan

konteks menganalisis maklumat membuat taakulan dan membuat rumusan?

Lazimnya, perisian kursus yang disediakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu

akan menyediakan panduan dan petua serta latihan untuk meningkatkan kebolehan

pelajar dalam kemahiran berkenaan. Contohnya, dalam hal membaca berrita, bentuk

sebutan, intonasi, dan gaya yang bagaimanakah yang seharusnya diikuti, jika model

bacaan berita yang tekal tidak disediakan sebagai panduan pelajar?

Walaupun bacaan seperti yang disiarkan di TV melambangkan jati diri masingmasing, dalam
perkembangan bahasa Melayu, harus ada yang baku atau standard
sekurang-kurangnya dari segi intonasinya atau sebutannya. Oleh itu untuk panduan

sekolah, perisian kursus yang disediakan juga mengambil pertimbangan tentang cara

bacaan berita yang betul dan baku.

Di samping itu pemaparan bahan juga disediakan dengan menarik. Contohnya,

selain teks, disediakan juga gambar, grafik, animasi dan sebagainya bagi memudahkan

pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk yang sedang dipelajari. Bagi teks tertentu, 47

terdapat juga pop-up, sama ada dalam bentuk penerangan ataupun gambar yang bertujuan

untuk memberikan kemudahan membuat rujukan secara serta merta. Pop-up ini

digunakan hanya apabila diperlukan oleh pelajar, iaitu dengan mengklik perkataan

berkenaan. Sebaik sahaja perkataan diklik, maka terpaparlah penerangan ringkas tentang

perkataan tersebut yang kadang-kadang disertai gambar atau animasi yang sesuai.

Antara kemahiran menulis yang dicadangkan dalam sukatan pelajaran bahasa

Melayu termasuklah menulis karangan berformat dan tidak berformat. Contoh karangan

berformat ialah surat kiriman rasmi dan surat kiriman tidak rasmi. Dengan menggunakan

perisian kursus, maka pelajar akan diberikan tutorial tentang cara menulis surat rasmi dan

surat tidak rasmi. Penerangan yang terdapat dalam tutorial ini bersifat ansur maju, iaitu

latihan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga pelajar mahir menulis surat

mengikut format yang betul. Di samping itu, bagi memudahkan pelajar, templat tertentu

disediakan dan pelajar hanya dikehendaki mengisikan maklumat yang sesuai ditempat

kosong yang terdapat dalam templat berkenaan.

Kemahiran tatabahasa juga merupakan elemen penting yang perlu dipelajari.

Aspek tatabahasa ini disampaikan mengikut pendekatan tutorial. Tutorial ialah

penerangan tentang sesuatu konsep yang disampaikan dengan memberikan definisi,

huraian, dan contoh yang berkaitan. Tutorial disampaikan dengan berperingkatperingkat, iaitu bermula
daripada konsep yang paling mudah sehinggalah peringkat yang

lebih kompleks. Setiap peringkat itu disediakan dengan latihan yang sesuai dengan
konsep yang diterangkan.

Lazimnya, perisian kursus seperti ini kurang menyediakan latihan berbentuk

subjektif. Namun demikian, jika talian berbentuk subjektif diperlukan, contoh atau

cadangan jawapan untuk semakan pelajar atau penggunakan disediakan.

Berdasarkan huraian tersebut jelaskan bahawa inovasi dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa Melayu yang terkini adalah dengan berbantukan komputer. Guruguru perlu
menyedari bahawa betapa pentingnya penggunaan komputer di era globalisasi

ini. Oleh itu pengetahuan guru dalam bidang ini perlulah lebih meluas dengan mengikuti

kursus-kursus intensif yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan.

Seterusnya, bagi memantapkan lagi pelaksanaan program pengajaran berbantukan

komputer di sekolah ini sewajarnya guru-guru bahasa diberi kursus literasi teknologi

maklumat dari semasa ke semasa. Hal ini amat penting bagi menyediakan guru-guru

bahasa yang mampu menangani cabaran-cabaran di dalam pengajaran berbentuk maya

ini. Selain itu, modul pembanguNan perisian juga wajar ditawarkan kepada mereka bagi

melahirkan guru-guru bahasa yang berkebolehan dan berliterasi untuk memproses

perisian bahasa melayu dengan menggunakan sistem pengaturcaraan. Modul

pembangunan perisian ini juga perlu kerana pada masa ini tidak banyak perisian-perisian

bahasa Melayu yang dibangunkan mengikut keperluan kurikulum dan juga budaya

Melayu. Sehubungan itu pakar bahasa Melayu dan mereka yang telibat di dalam bidang

pengajaran bahasa perlu mewujudkan satu kumpulan pembangunan perisian kursus yang

terdiri dari pakar bahasa, pengatur program komputer dan pereka grafik. 48

Institusi Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan juga boleh mengadakan

pertandingan mereka bentuk perisian bahasa Melayu untuk menambahkan bilangan

perisian yang sedia ada dan menggalakkan pembangunan perisian bahasa itu. Dengan

pertambahan ini, pengajaran bahasa berbantukan komputer dapat berkembang kerana

komputer dan perisiannya dapat membantu meningkatkan pangajaran dan pembelajaran


bahasa Melayu.

Dengan ini, bilangan pelajar yang mengikuti pelajaran bahasa dapat dijalankan di

luar kelas formal dan ini satu strategi untuk mengembangkan bahasa Melayu di dalam

dan di luar negeri. Pembelajaran kendiri ini membolehkan pendidikan jarak jauh

dijalankan melalui rangkaian internet untuk mencakupi pelajar bahasa yang lebih ramai.

Pertandingan mereka bentuk laman web umpamanya merupakan salah satu aktiviti yang

menarik dan dapat memantau usaha memperbanyak lagi bahan pengajaran bahasa

Melayu di dalam internet.

Secara keseluruhannya dapatlah dinyatakan bahawa inovasi yang berlaku dengan

menggunakan komputer sebenarnya dapat menarik minat lebih banyak pengguna bahasa

dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi. Hal ini di sokong oleh kajian Harasim

(1989 dan 1990), dan Walther (1996). Sebagai guru bahasa di alaf baru, penggunaan

komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu diperluas dan

dipertingkat lagi demi mengembangkan bahasa Melayu di alam siber.

Berdasarkan inovasi yang berlaku institusi pendidikan guru dan latihan guru perlu

mengambil kira perkembangan terkini dalam pendidikan supaya latihan perguruan yang

ditawarkan dapat membantu para guru menggunakan teknologi maklumat dalam

pengajaran. Norizan (1998) menyenaraikan beberapa saranan yang dapat digunakan

untuk melatih guru. Antaranya:

• Kemahiran menggunakan perisian asas dan aplikasi, menyusur

internet dan menggunakan alat teknologi maklumat.

• Kemahiran inovasi teknologi maklumat yang meliputi

kemahiran membangunkan perisian dan bahan pengajaran.

Berdasarkan fakta tersebut inovasi yang begitu ketara dalam pengajaran

menggunakan teknologi maklumat khususnya komputer ialah:


a) Pengajaran bahasa Melayu menggunakan komputer dapat membantu

interaksi pelajar agar lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang

diajukan di dalam perisian-perisian kursus dan melalui talian internet

mempunyai maklum balas yang tepat dan cepat. Pelajar dapat mengetahui

jika jawapan yang mereka berikan itu betul atau salah. Jika salah mereka

akan diberi penerangan dan pertolongan dalam talian juga ada disediakan.

Jika jawapan mereka betul, pujian yang berbentuk memberi motivasi

kepada pelajar akan dipaparkan di skrin. Interaksi ini adalah dua hala

antara pelajar dengan komputer.

b) Bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu boleh

diprogramkan di dalam bentuk multimedia. Bahan maklumat dapat

disampaikan dengan data, teks, imej, video, animasi, bunyi dan suara.49

Kemudahan multimedia ini membuatkan teks yang dibaca lebih seronok

hanya kerana ia disampaikan dengan animasi dan bunyi. Ini membantu

suasana pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu lebih berkesan dan

hidup. Penerangan sesuatu konsep dapat dilakukan dengan mudah.

Penggunaan teknologi maklumat dapat membantu membawa alam

kehidupan ke dalam bilik darjah dan menjadikan proses pembelajaran

lebih realistik. Guru-guru dan pelajar juga didedahkan kepada satu

timbunan ilmu yang boleh dimanfaatkan untuk pendidikan.

c) Aktiviti kelas pula lebih berpusatkan kepada pelajar (student centered).

Pengajaran komputer membolehkan tumpuan diberikan kepada setiap

pelajar dengan tiada halangan dan bias. Ini sejajar dengan kaedah

pendidikan masa kini yang menekankan tumpuan kepada pelajar. Setiap

pelajar juga dapat mengawal pembelajaran bahasa Melayu masing-masing


dari segi kelajuan, kemahiran, dan tahap latihan. Dari segi kelajuan,

pelajar boleh melambatkan atau mempercepat pelajaran bahasa mengikut

kesesuaian tahap kefahaman dan kelajuan pembelajaran masing-masing.

Jika dilihat dari segi kemahiran pula, pelajar boleh memilih pelajaran

bahasa sesuai dengan tahap kemahiran mereka iaitu peringkat permulaan,

pertengahan atau mahir. Pelajar yang mahir mungkin tidak perlu

melakukan latihan permulaan. Dari segi latihan pula, pelajar boleh

membuat latihan dengan berulang kali atau membuat cubaan menjawab

secara berulang-ulang tanpa merasa malu jika membuat kesilapan.

Pelajaran yang diulang-ulang ini juga tidak berubah dari segi mutu

penyampaiannya.

i. Cara pembelajaran juga boleh dilakukan secara kendiri. Dengan kaedah

pembelajaran bahasa menggunakan komputer, pembelajaran bahasa boleh

dijalankan di mana-mana sahaja dan tidak tertakluk di dalam kelas bahasa

yang formal atau di dalam makmal komputer. Pelajar boleh mengikuti

pelajaran bahasa di rumah, di perpustakaan atau di tempat-tempat lain

yang menyediakan perkakasan yang sesuai dan talian internet di dalam

suasana yang kondusif untuk pembelajaran mereka. Waktu pembelajaran

juga terhad. Dominasi guru juga dapat dikurangkan dan ini dapat

membantu pelajar-pelajar yang malu untuk berinteraksi dan memberi

maklum balas di dalam kelas merasa selesa berbuat demikian dengan

komputer.

ii. Demikan juga dengan aspek pentadbiran kelas. Penggunaan komputer

membolehkan interaksi pelajar dan guru dijalankan walaupun di luar bilik

darjah dan di luar waktu pengajaran. Pelajar, guru dan pentadbiran


sekolah boleh berinteraksi dengan mudah menggunakan mel elektronik di

dalam dan juga di luar sekolah.

iii. Penilaian boleh dijalankan secara komprehensif. Penggunaan komputer

membolehkan penilaian dijalankan di dalam talian di mana ia lebih

komprehensif. Komputer berupaya untuk mambantu para guru membuat

set penilaian, menjalankan penilaian dan menilai set soalan penilaian

mereka dan kebolehan pelajar menjawab soalan-soalan tersebut. Soalansoalan yang diberikan kepada
pelajar boleh dianalisis dan satu kumpulan50

soalan-soalan berkenaan dipanggil penilaian berkomputer. Penilaian di

dalam talian ini juga membolehkan pelajar memilih permasalahan untuk

diselesaikan dengan cara mencari maklumat tertentu. Kerja ini boleh

dilakukan secara berkumpulan atau individu. Pelajar akan dinilai dari segi

kebolehan mereka menilai maklumat, menggunakan maklumat dan

mempersembah maklumat mereka dalam bentuk laporan atau

persembahan.

iv. Peranan guru sebagai pengemudi ilmu. Peranan guru bahasa adalah lebih

sebagai fasilitator dan juga pengemudi ilmu. Tugas guru di dalam kelas

yang menggunakan komputer ialah membantu pelajar untuk mencari

maklumat, menyusuri laman web yang berkaitan dan menggunakan

maklumat yang tersedia untuk menyelesaikan masalah. Guru-guru juga

berperanan sebagai pembantu makmal yang dapat membantu pelajar dari

segi teknikal.

8.4 Persediaan Mengajar Bahasa Melayu Berbantukan Komputer

Tingkatan : Dua Amanah

Masa : 80 minit

Tajuk : Pencemaran Air


Objektif : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:

1. Menyenaraikan jenis-jenis, punca, sebab dan akibat

pencemaran air.

2. Mencatat isi penting daripada bahan yang dibaca.

3. membuat rumusan berdasarkan hasil perbincangan.

Hasil Pembelajaran : 8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu

Utama

Hasil Pembelajaran : 8.1 Menjaring maklumat mengikut klasifikasi.

Khusus 8.3 Membuat pertimbangan secara teliti terhadap maklumat

yang telah disusun.

Huraian Hasil : Aras 3 : i. Mengumpulkan maklumat dengan mengemukakan

Pembelajaran fakta, bukti dan dengan alasan yang wajar.

Kemahiran Bahasa : Mendengar, bertutur dan menulis

Kemahiran KBKK : 1. Membuat pengkelasan

2. Menerangkan sebab

Kemahiran ICT : 1. Menghasilkan borang pengurusan grafik (membuat

pengkelasan) dengan menggunakan Microsoft

Organizational Chart 2.0 atau MS Word 2.

2. Menghasilkan borang pengurusan grafik (membuat 51

inferens) dengan menggunakan MS Word 3. mengakses

internet.

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Pelajar telah mengetahui tentang pencemaran alam.

2. Pelajar mempunyai asas perisian MS Office dan

Microsoft Organizational Chart 2.0.

Nilai : Bekerjasama, mensyukuri nikmat Tuhan, berdikari,


hormat-menghormati, semangat bermasyarakat.

Penyerapan Ilmu : Sains, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral

Langkah/Masa Aktiviti Bahan Catatan

Set Induksi

(5 minit)

i. Guru menunjukkan

persembahan power point

berkenaan pencemaran.

ii. Pelajar memerhati dan

menghayati persembahan

power point.

Persembahan MS

power point.

Langkah 1

(20 minit)

i. Guru meminta pelajar

membuat pengkelasan

jenis- jenis dan punca

pencemaran alam dengan

menggunakan lembaran

pengurusan grafik

ii. Guru menunjuk cara

penghasilan lembaran
pengurusan grafik dengan

menggunakam MS

Organization Chart 2.0 atau

Ms Word.

iii.Pelajar mempersembah

hasil kumpulan.

iv.Guru membuat rumusan.

Perisian MS

Orgaizational

Chart 2.0 atau MS

word

Aktiviti

kumpulan

KBKK-

membuat

pengkelasan

Alternatif

perisian:

MS word –

ajar

kemahiran

guna Text

box”,

‘Table’

Langkah 2
(25 minit)

i. Guru meminta pelajar

mengakses laman web

berkenaan dengan

pencemaran sungai.

Internet

http://agrolink.mo

s.my/moa1/newpaper/alamsekitar

ue970803.html

Aktiviti

kumpulan

KBKK-

menerangka52

ii. Guru meminta pelajar

menyenaraikan sebab,

akibat dan bukti

pencemaran daripada artikel

yang dibaca dengan

menggunakan lembaran

pengurusan grafik.

iii.Pelajar mempersembah

hasil kumpulan.

iv.Guru membuat rumusan.

http://agrolink.mo

a.my/did/river/csk
1/salahlaku1.htm

MS word

sebab

Alternatif

bagi sekolah

tiada internet

/ kesukaran

akses internet

: guna artikel

yang sudah

dimuat turun.

Langkah 3

(25 minit)

i. Guru meminta pelajar

merumuskan hasil

perbincangan yang meliputi:

* Jenis pencemaran

* Punca

* Cara mengatasi

ii. Guru memberi tugasan

kepada pelajar untuk

menghasilkan sebuah

karagan bertajuk

‘Pencemaran Sungai’
berdasarkan fakta yang

dibincangkan.

Lembaran

kerja

Penutup

(5 minit)

i. Pelajar diberi penerangan

tentang kerja lapangan.

ii.Guru menyediakan contoh

laporan yang bakal

disediakan oleh pelajar.

Persembahan MS

power point

9.0 KESIMPULAN 53

Kesediaan Malaysia untuk menerima teknologi maklumat sebagai salah satu agenda

dalam Wawasan 2020 telah mula direalisasikan menerusi projek mega Koridor Raya

Multimedia (MSC). Projek yang menampilkan beberapa aplikasi besar seperti kerajaan

elektronik dan sekolah bestari ini telah menjadi pemangkin kepada pembudayaan

teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat.

Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjadikan masyarakat negara ini

masyarakat yang celik komputer. Hal ini amat penting untuk memastikan teknologi

maklumat dapat berfungsi sebagai satu bidang industri yang dapat memberikan

sumbangan ekonomi yang penting kepada negara. Hingga kini, usaha memartabatkan

teknologi maklumat terus mendapat perhatian kerajaan.

Namun, dalam keghairahan ini, kita mungkin terlupa bahawa teknologi maklumat
yang sedang berkembang di Malaysia kini masih berbudaya asing. Sebahagian besar

unsurnya seperti bahasa, persembahan, dan kandungan maklumat masih beracuan Barat.

Pada masa ini, pelbagai dasar teknologi maklumat telah digubal, terutama yang berkaitan

dengan persembahan dan kandungan maklumat.

Dalam bidang komunikasi pengantaraan komputer dapat menarik lebih banyak

pengguna bahasa dan pelajar berinteraksi tanpa halangan peribadi seperti malu dan segan.

Komunikasi antara pelajar dengan guru mungkin berlansung dengan lebih baik dan lebih

mesra berbanding dengan komunikasi secara bersemuka. Hal ini telah disokong oleh

kajian Harasim (1989), Harasim (1990), dan Walther (1996). Penulis menyarankan agar

guru bahasa mencuba berkomunikasi dengan pelajar dengan menggunakan komunikasi

pengantaraan komputer dan mencuba khidmat ini untuk tugas perundingan dengan

pelajar bahasa. Cara ini dapat membantu memperluas penggunaan bahasa Melayu dalam

internet dan secara langsung dapat mengembangkan bahasa Melayu di alam siber serta

meletakkan bahasa Melayu di paras antarabangsa.

Selain itu, berdasarkan teaching, learning and computing: a national survey of

school and teachers, center for research on information technology and organizations

indicator ICT terhadap penggunaan internet oleh guru-guru ialah:

i. Sekolah awam boleh mengases internet.

ii. Internet disambungkan dalam bilik darjah.

iii. Guru menggunakan maklumat untuk pengajaran.

iv. Guru menggunakan e-mail untuk menghubungi guru-guru di sekolah lain.

v. Pelajar menggunakan web site dalam pengajaran.

vi. Menggunakan internet lebih daripada dalam bilik darjah.

vii. Internet digunakan dalam berbagai-bagai lokasi.

viii. Internet digunakan dalam subjek pengajran.


ix. Internet digunakan diberbagai peringkat pengajaran.

(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)

Melalui teknologi maklumat juga dapat membantu guru-guru dalam pengajaran.

Melalui ICT dapat memperkembangkan bahan-bahan multimedia yang dapat membantu

menyediakan bahan-bahan latihan yang baik, dapat mengadakan simulasi, dapat 54

menganalisis maklumat yang sedia ada yang membolehkan guru menggunakan teknologi

untuk pembelajaran. Dalam perkara ini ICT dapat membantu guru meningkatkan

perkembangan profesional mereka melalui latihan, pembelajaran dan kursus-kursus yang

diadakan.

Berdasarkan berbagai-bagai kajian, hasilnya menunjukkan penggunaan ICT

dalam pendidikan menjadikan:

i. Kurang arahan dan lebih pengajaran berpusatkan pelajar

ii. Meningkatkan emphasis ke atas individu

ii. Lebih masa untuk guru menasihati pelajar

iii. Meningkatkan minat dalam pengajaran

iv. Meningkatkan pengalaman berkaitan dengan perkembangan teknologi

v. Guru boleh mempelbagaikan penggunaan teknologi

vi. Meningkatkan pentadbiran dan penghasilan guru

vii. Pengulangan dan memikirkan semula terhadap kurikulum dan strategi

pengajaran

viii. Tingkatkan penglibatan dalam pendidikan dengan agensi masyarakat.

iv. Tingkatan pentadbiran guru dan komunikasi dengan ibu bapa.

(http://www.unesco.org/bangkok/education/ict/teaching)

BIBLIOGRAFI

Allee, V. (1997). The knowledge evolution: Expanding organizational intelligence.


Boston: Butterworth-Heinemann.

Bates, A.W. (1995). Technology, Open learning and Distance education. London:

Routledge.

Bloom, B.S. (1965) Taxonomy of educational objectives. Handbook 1: The cognitive

domain. London: Longmans.

Brown, J.S. (1986). A Personal perspective on collaborative tools. Austin, Texas:

Computer-supported Cooperative Work Conference. Disember 1985.

Clark, R.E. (1992). Reconsidering research on learning and media. Review of

Educational Research, 53, 445-459.

Clark, R.E. (1994). Media will never influence learning. Educational Technology

Research and Development, 42, 21-29.

Crowder, N.A. (1960). “Automatic tutoring by instrinsic programming”. Dalam A.A.

Lumsdaime & R. Glaser (Eds.) Teaching machines and programmed learning: A

source book (pp. 286-298). Washington, DC: Development of Audiovisual

Instruction, National Educational Association.

Driscoll, M.P. (1994). Psychology of learning for instruction. Boston, Mass: Allyn & 55

Bacon.

Ertmer, P.A. (1999). “Addressing first-and second-order barriers to change:

Strategies for technology integration”. Educational Technology Research and

Development, 47(4), 47-61.

Fongs S.F. & Ng. W.K. (1996). “Instructional Design Considerations for prototyping

multimedia computer-based learning courseware”. Kertas kerja dibentangkan

dalam MCCE EDUCOMP’96 Symposium, suatu Persidangan antarabangsa yang

dikendalikan untuk pakar komputer dalam pendidikan dan dianjurkan

Computertimes dan IBM, di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, 28-29 Mei
1996.

Fong S.F. & Ng, W.K. (1998). “Authoring Considerations for Effective Multimedia

Softwares”. Kertas kerja dibentangkan dalam MERA Inaugural Conference

sanjuran Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia [Malaysian Educational

Research Association] di Ferringhi Beach Hotel, Pulau Pinang, 28-30, Disember,

1998.

Fong S.F. & Ng, W.K. (1999). “Effects of Animation on Learning of Mitosis on a

Multimedia Computer-based Program among Students of Different Psychological

Profiles”. Kertas kerja dibentangkan dalam Malaysian Educational Research

Association-Educational Research Association of Singapore MERA-ERA

(Malaysian Educational Research Association-Educational Research Association of

Singapore) Joint Conference 1999 yang bertema “Educational Challenges in the

New Millenium” dan dikendalikan di Melaka, 1-3 Disember, 1999.

Harasim, L. (1989). “Online Education: A New Domain” dlm. Mason, R. Dan Kaye,

A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance Education.

Oxford: Pergamon Press.

Harasim, L. (1990). Online Education: Perspective on a New Environment.

New York: Praeger.

Laudon K.C. dan Laudon J.P. (1996). Management Information System. Edisi 4. New

Jersey: Prentice Hall International.

Laudon. K.C., Traver. C. G. Dan Laudon, J.P. 1996. Information Technology and

Society (Edisi2). Cambridge: Course Technology, Inc.

Lorentsen, A. (1989). Presentation and Analysis of Project Computer Aided Distance

Teaching: A Project at Jutland Open University, Aalborg: Aalborg University,

Department of language and International Studies.


Mason (1989). “An Evaluation of Cosy an Open University Course” dlm. Mason, R.

Dan Kaye, A. (Ed.) Mindweave: Communication, Computers and Distance 56

Education. Oxford: Pergamon Press.

Mowrer, D.E. (1996). “ A Content Analysis of Student/Instructor Communication via

Computer Conferencing” dlm. Higher Education 32: 2, hlm. 217-241.

Norizan Abdul Razak (1998). CALL: Some Pedagogical Issues. Bangi: Siri

Penerbitan Fakulti Pengajian Bahasa UKM

Norizan Abdul Razak (2000). Komunikasi di Alam Siber: Paradigma Baru Pengajaran

Bahasa Melayu. Dewan Bahasa, 44 (10), 1055-1062.

Siti Saniah Abu Bakar (2002). Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa

Melayu. Dalam Abdullah Hassan Prosiding Persidangan Antarabangsa

Pengajian Melayu Beijing Ke-2 (Jilid 2, m.s. 1027-1037). Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Soh Bee Lay dan Soon Yee Ping (1991). “English by E-mail Creating a Global

Classroom via The Medium of Communication Technology” dlm. ELT Journal

45: 5, hlm. 287. Oxford University Press.

Walther, J.B. (1996). “Computer Mediated Communication: Impersonal Interpersonal

and Hypersonal Interaction” dlm. Communication Research 23: 1. Sage

Periodicals Press.

Wells, R. (1992). Computer Mediated Communication for Distance Education:

An International Review of Design, Teaching and Institutional Issues,

Pennsylvania: American Centre for The Study of Distance Education,

Pennsylvania State University Press.

Wild. R. H. Dan Winniford, M. (1993). “Remote Collaboration among Students

Using E-mail” dlm. Computer Education 21: 3, hlm. 193-203. Pergamon Press.
Wong, P. (1999). “Preparing Student Teachers for IT Integration into Instruction”.

Prosiding Persidangan Tahunan ke-12, The Education Research Association, hlm.

83-90. Singapura: Educational Research Association.

Anda mungkin juga menyukai