Anda di halaman 1dari 5

ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

BAB 1
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

A) Pengurusan Organisasi Bengkel Dan Keselamatan

1. Pengurusan Organisasi Bengkel dan Keselamatan adalah satu sitem pengurusan bengkel
berasaskan kerjasama guru dan murid.
2. Pengurusan bengkel menjamin keadaan bengkel yang teratur dan selamat untuk
menjalankan kerja amali.
3. Oleh itu, Formen dan Penolong Formen akan dilantik di kalangan murid-murid kelas
agar mudah mendapatkan kerjasama daripada semua pihak.
4. Formen dan Penolong Formen yang dilantik akan memastikan ahli-ahli kumpulan
melakukan tugasan pembersihan, penyusunan alatan, serta memastikan peraturan
keselamatan dipatuhi.
5. Semua murid bertanggungjawab dalam menjalankan tugas masing-masing mengikut
jadual yang ditetapkan. Tugasan ini dijalankan secara bergilir-gilir supaya murid dapat
menjalankan setiap tugasan yang dijadualkan.
6. Carta organisasi bengkel Kemahiran Hidup:

Guru

Formen

Penolong Formen

Kumpulan A Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D

Langkah-langkah Keselamatan

1. Peraturan dan langkah keselamatan mesti diamalkan agar kemalangan dapat


dihindarkan.

2. Aspek-aspek yang perlu diamalkan oleh pelajar semasa menjalankan kerja amali di
dalam bengkel adalah berdasarkan konsep 4M, iaitu:
(a) Membersih
(i) Kebersihan fizikal –
Kebersihan diri seperti berpakaian kemas, memakai apron, memakai kasut
getah, berambut dan berkuku pendek.
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

(ii) Kebersihan mental –


Berfikiran dan bersikap positif seperti memberikan tumpuan ketika berada
dalam bengkel dan sentiasa mengutamakan keselamatan dan kebersihan
bengkel.

(b) Menyusun atur


(i) Alatan dan bahan yang digunakan perlu disusun dan disimpan di tempat
yang asal.
(ii) Bahan beracun dan mudah terbakar mesti disimpan di tempat yang
selamat.

(c) Menilai
(i) Penilaian terhadap diri sendiri –
Contohnya, ketepatan langkah kerja, hasil kerja dan melengkapkan diri
dengan pengetahuan rawatan asas serta penggunaan alat pemadam api.
(ii) Penilaian terhadap tempat kerja –
Contohnya, memastikan pencahayaan dan pengedaran udara yang baik
dalam bengkel.

(d) Mendisiplin
(i) Memastikan keadaan bengkel sentiasa kemas dan teratur.
(ii) Sentiasa mematuhi peraturan keselamatan bengkel, keselamatan alatan,
keselamatan diri dan rakan, serta keselamatan penggunaan elektrik.

3. Peraturan keselamatan bengkel:


(a) Tingkap dibuka semasa bekerja.
(b) Bengkel sentiasa bersih dan teratur.
(c) Menyimpan bahan yang beracun dan yang mudah terbakar di tempat khas.
(d) Lantai bengkel kering dan tidak berminyak.
(e) Alat kawalan dan suis berfungsi.
(f) Mempunyai kotak pertolongan cemas dan alat pemadam api.
(g) Melaporkan kemalangan kepada guru dengan segera.
(h) Suis ditutup selepas digunakan dan sebelum meninggalkan bengkel.

4. Peraturan keselamatan alatan:


(a) Bersihkan alatan dan simpan semua bahan dan alatan di tempat asal.
(b) Gunakan alatan tangan yang betul.
(c) Berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan.
(d) Pastikan alatan yang digunakan adalah betul dan dalam keadaan yang baik.
(e) Penggunaan alatan elektrik perlu mendapatkan kebenaran guru.
(f) Laporkan kepada guru jika terdapat alatan yang hilang atau rosak.
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

5. Peraturan keselamatan diri:


(a) Memakai apron dan kasut getah yang bertutup.
(b) Rambut mesti pendek dan kemas.
(c) Baju lengan panjang hedaklah dilipat.
(d) Mematuhi peraturan dan mengikut arahan guru.
(e) Melaporkan kemalangan kepada guru.
(f) Dilarang bergurau dan bermain semasa kerja amali.
(g) Memakai gogal, sarung tangan, mask dan penutup telinga.
(h) Mempunyai pengetahuan asas pertolongan cemas.
(i) Mendapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan mana-mana mesin atau
peralatan elektrik.
(j) Murid ditegah berbual semasa menggunakan peralatan atau mesin.

6. Keselamatan penggunaan elektrik:


(a) Tangan mesti kering.
(b) Jangan memperbaiki peralatan elektrik sendiri.
(c) Tidak terlalu membebankan litar.
(d) Matikan suis jika berlaku kejutan elektrik.

7. Alat pemadam api perlu disediakan di dalam bengkel untuk memadamkan kebakaran
kecil.

8. Jenis bahan pemadam api:

Label Jenis bahan pemadam api Bahan bakar / punca api


A Air Kayu, sampah sarap, plastik, kain
B Buih Minyak, cat, petrol, lekar, thinner, gas
ABC Debu kering Semua jenis bahan
BC Karbon dioksida Minyak, cat, petrol, lekar, gas, peralatan
elektrik

9. Cara-cara menggunakan alat pemadam api:


(a) Keluarkan pin picu.
(b) Halakan muncung nozel ke dasar api.
(c) Tekan tuas rapat pada pemegang supaya bahan pemadam api dapat disembur.

10. Jika berlaku kemalangan di bengkel, rekodkan dalam buku kemalangan dan kecederaan.
Contoh:

Bil. Tarikh Nama Tingkatan Kemalangan Tindakan Catatan


1. 1/1/11 Azuan 2X Jari luka terkena Cuci luka Rawatan
gergaji dengan dalaman
antiseptic,
ORGANISASI BENGKEL DAN KESELAMATAN

bubuh ubat
luka dan balut

11. Langkah-langkah merawat kecederaan ringan:


(a) Bersihkan luka dengan antiseptik.
(b) Sapu bahagian luka dengan iodin.
(c) Balutkan luka dengan kain kasa dan plaster.

Etika dan budaya kerja

1. Etika kerja – disiplin dan sikap terhadap kerja.


(a) Menepati masa – menghadiri kelas dan menyiapkan kerja mengikut masa yang
ditetapkan.
(b) Bertanggungjawab – menyimpan alatan yang digunakan, melakukan tugasan yang
diberi oleh formen, menjag keselamatan diri, rakan dan alatan.
(c) Amanah – bersikap amanah menjaga harta benda bengkel.
(d) Patuh arahan – mematuhi peraturan dan arahan guru.

2. Budaya kerja – peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesebuah
organisasi:

3. Contoh budaya kerja:


(a) Mempunyai hubungan yang baik di kalangan pekerja.
(b) Menjamin mutu kerja yang baik dan produktif.
(c) Sentiasa mengamalkan tabiat kerja yang baik dan selamat.
(d) Meningkatkan daya keintelektual dan disiplin diri.

4. Tujuan mengamalkan budaya kerja:


(a) Memupuk sikap bekerjasama dan bertanggungjawab
(b) Melahirkan rakyat yang cemerlang
(c) Persiapan ke alam pekerjaan

Anda mungkin juga menyukai