Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN BELURAN

90107 BELURAN SANDAKAN

KERTAS CADANGAN
PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
PERINGKAT SEKOLAH DENGAN KERJASAMA UNIT
BIMBINGAN DAN KAUNSELING
2010

PELANCARAN RASMI

5 APRIL 2010
ISNIN
6.50 - 7.50 PAGI

TEMA
“ HIDUP CERIA TANPA DADAH”
PENGENALAN :

Program Seni Pendidikan Pencegahan Dadah adalah program teras yang telah
diselaraskan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai salah satu strategi
pencegahan awal dalam konteks Pendidikan Pencegahan Dadah. Ianya dilaksanakan di seluruh
negara mencakupi peringkat Sekolah, Daerah, Negeri dan Kebangsaan.

Program ini memberi penekanan kepada aspek penyimpanan mesej anti dadah melalui
aktiviti kesenian dalam usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar khasnya dan
masyarakat amnya terhadap kesan buruk dan bahaya penggunaan dadah.

Program ini diteruskan dengan memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dapat memberi
impak yang lebih dan penglibatan menyeluruh di kalangan warga pendidik. Karnival ini selaras
dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu ke arah
“Sekolah Bebas Dadah Menjelang 2012.”

Bagi merealisasikan hasrat tersebut Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Sekolah dan Unit
Bimbingan dan Kaunseling sekolah akan menganjurkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah
Peringkat SK.Pekan Beluaran, 2010.

TEMA :

“ HIDUP CERIA TANPA DADAH ”


MATLAMAT :

Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran


Malaysia ke arah merealisasikan :

“ SEKOLAH BEBAS DADAH MENJELANG 2012 ”

OBJEKTIF :

1. Mempertingkatkan lagi pengetahuan dan kesedaran pelajar di semua peringkat


tentang bahaya dadah.
2. Menyampaikan mesej antidadah melalui aktivti kesenian ke arah memberi keinsafan
kepada semua warga.
3. Mencungkil dan menyuburkan bakat serta potensi yang ada dikalangan pelajar ke
arah perkembangan diri yang lebih positif.
SASARAN :

Semua warga sekolah.

TARIKH PERLAKSANAAN :

5 April 2010.

TEMPAT PERLAKSANAAN :

SK. PEKAN BELURAN.

ANGGARAN PERBELAJAAN :
Rujuk Lampiran 1

ATURCARA PELANCARAN RASMI

6.50 - Murid Berkumpul


- Nyanyian Lagu Rasmi
Negaraku
Lagu SABAH
Lagu Sekolah
- Bacaan Doa (UST.MARHADI MOHAMED)
- Ucapan Guru Besar
- Bacaan Perutusan YB Menteri Pelajaran Malaysia
PK Hem (En.Masri Silim)
- Acara Perasmian
- Nyanyian Koir – Dadah Durjana
- Bacaan Ikrar Anti Dadah (Ketua Murid)
- Taklimat Aktiviti Sepanjang Minggu
7.50 - Bersurai.

CADANGAN AKTIVITI SEPANJANG MINGGU

1. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2


2. Pertandingan Mewarna Poster Tahap 1
3. Pertandingan Mendeklamasi Sajak Tahap 2
4. Silang Kata Tahap 1
5. Ceramah Anti Dadah

AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Salasiah binti Said (Guru Besar)


Pengerusi : Masri bin Silim (PK Hem)
Penyelaras : Sarimah Bt Onong (Guru PPDa)
Setiausaha : Mohd Taufik bin Mohamed
Bendahari : Aiciana Bt Toisin
AJK
Brosur/Pamplet : Ling How Kok
Hadiah : Sumiati Bt Siddi
: Aliciana Toisin
: Nursiah binti Mohd Yusof
Poster Tahap 2 : Mohd. Sapar Bin Saiman
: Bunah majunis
Mewarna Tahap 1 : Nur Izzati Md Noh
: Tai Han Sa
Sajak : Zarina Bt Zainuddin
: Sarimah Bt Onong
:Laili Mohd Nor
Silang Kata Tahap 1 : Taufik bin Mohamed
: Aldrie Osmin Benati
: Rosli James Gunsing
Pengacara Majlis Pelancaran : Mastura Binti Hasan
Penyediaan Tempat :Elmer A/k Awang
Siaraya : Andrew Tangil
JuruGambar : Hayaty Untong
Koir : Sh.Syafawe bin Sh Yunus
: Sumiati siddi
:
Banner :Tai Han Sa

PERLAKSANAAN

1. Pertandingan Melukis Poster Tahap 2


Dijalankan pada waktu Pendidikan Seni Visual dan akan diselia dan dibimbing oleh guru
Pendidikan Seni kelas tersebut.

2. Pertandingan Mewarna Tahap 1


Dijalankan pada waktu Pendidikan Seni Visual dan akan dibimbing oleh guru Pendidikan
Seni kelas tersebut.

3. Pertandingan Mendeklamasikan Sajak Tahap 2.


Dijalankan pada waktu Kokurikulum Hari Rabu. Sajak akan disediakan oleh guru Bahasa
Melayu kelas masing-masing.

4. Pertandingan Silang Kata Tahap 1


Dijalankan pada waktu Bahasa Melayu Tahap 1 dan 2 oleh guru Bahasa Malaysia kelas
tersebut selama 30 minit. Soalan akan disediakan.
Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH

BIL PERKARA JUMLAH HADIAH NILAI JUMLAH


HADIAH (RM)
1 Pertandingan Melukis Pertama 3 X RM 4.00 RM 12.00
Poster Tahap 2 Kedua 3 X RM 3.00 RM 9.00 RM 27.00
Ketiga 3 X RM 2.00 RM 6.00
2 Pertandingan Mewarna Pertama 3 X RM 4.00 RM 12.00
Tahap 1 Kedua 3 X RM 3.00 RM 9.00 RM 27.00
Ketiga 3 X RM 2.00 RM 6.00
3 Pertandingan Pertama 3 X RM 4.00 RM 12.00
Mendeklamasi Sajak Kedua 3 X RM 3.00 RM 9.00 RM 27.00
Tahap 2 Ketiga 3 X RM 2.00 RM 6.00
4 Pertandingan Silang Pertama 3 X RM 4.00 RM 12.00
Kata Tahap 1 Kedua 3 X RM 3.00 RM 9.00 RM 27.00
Ketiga 3 X RM 2.00 RM 6.00
5 Cenderamata
Penceramah 2 orang penceramah - RM130

6 Makan & Minum RM 4 X 30 RM 120 RM 120

7 Kain Banner 2 M X 2.30 RM 5.60 RM 5.60


8. Kertas Lukisan 12 X RM 3 RM 36 RM 36
JUMLAH BESAR RM 378.60

isediakan Oleh: Disemak oleh:

…………………………. …………………………………..
SARIMAH BINTI ONONG MASRI BIN SILIM
Guru PPDa PK HEM
SK Pekan Beluran SK PEKAN BELURAN

Diluluskan Oleh :

…………………………..
PN.SALASIAH SAID
Guru besar
SK Pekan Beluran

Anda mungkin juga menyukai