Anda di halaman 1dari 6

BEBERAPA ZIKIR UNTUK AMALAN

Allah memerintahkan manusia untuk berzikir sebagaimana firman Allah dalam surah al
Ahzab:

ِ َ‫يَا أَيُّهَا الَّ ِذينَ آ َمنُوا ْاذ ُكرُوا هَّللا َ ِذ ْكرًا َكثِيراً َو َسبِّحُوهُ بُ ْك َرةً َوأ‬
‫صياًل‬

Maksudnya: Wahai orang yang beriman, ingatlah Allah (berzikirlah kepada Allah )
dengan ingatan yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah (sucikanlah) Dia pada waktu
pagi dan petang. (al Ahzab: 41-42)

Kesan zikir menurut al Quran ialah memeberikan ketenangan kepada manusia


sebagaimana firman Allah:

ْ ‫ بِ ِذ ْك ِر هّللا ِ أَالَ بِ ِذ ْك ِر هّللا ِ ت‬T‫َط َمئِ ُّن قُلُوبُهُم‬


ُ‫َط َمئِ ُّن ْالقُلُوب‬ ْ ‫وا َوت‬
ْ ُ‫الَّ ِذينَ آ َمن‬

Maksudnya:Orang-orang yang beriman dan hati (jantung) mereka menjadi tenteram


dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram. (al Ra’du: 28)

Apakah yang dimaksudkan dengan zikir? Menurut Abd Basit (2009), zikir boleh
dibahagikan kepada tiga:
1- Zikir Qauli iaitu zikir yang paling khusus iaitu berkaitan sebutan. Inilah zikir yang
sering difahami orang iaitu mulut menyebut subhanallah (bertasbih), al hamdulillah
(tahmid), lailahalillah (tahlil), berdoa sebelum memulakan sesuatu perbuatan ,
membaca al Quran dan sebaginya.
2- Zikir Qalbi iaitu zikir dalam hati di mana hati sentiasa mengingati Allah dalam apa
jua keadaan sama ada ketika bekerja, memandu kenderaan , melihat kejadian tuhan ,
lebih-lebih lagi ketika beribadah atau sembahyang.
3- Zikir Fi’li iaitu zikir perbuatan seperti bibir berkumat kamit, jari mengira buah tasbih,
kepala mengganguk-angguk, anggota tubuh badan menunjukkan perbuatan yang baik
seperti kaki berjalan ke masjid, tangan bersedekah atau menolong orang susah dan
sebagainya.
Dr. Muhammad Naim Yasin (1985) menjelaskan bahawa salah satu daripada faktor yang
mempengaruhi penambahan iman ialah dengan melakukan zikir.

Beberapa Zikir dan Kaedah Mengamalkannya

Zikir sebagaimana yang diterangkan pada perbincangan di atas adalah sangat luas
maknanya. Fokus kajian hanyalah kepada beberapa zikir qauli yang dicadangkan untuk
diamalkan oleh sesiapa sahaja yang muslim terutamanya pada waktu pagi dan petang.
Untuk kajian ini dipilih hanya beberapa zikir daripada zikir-zikir pagi dan petang untuk
diamalkan oleh pelajar. Berkaitan zikir pagi dan petang ini Allah berfirman:

َ‫ال َوالَ تَ ُكن ِّمنَ ا ْل َغافِلِين‬


ِ ‫ص‬َ ‫ض ُّرعا ً َو ِخيفَةً َودُونَ ا ْل َج ْه ِر ِمنَ ا ْلقَ ْو ِل بِا ْل ُغد ُِّو َواآل‬ ِ ‫َو ْاذ ُكر َّربَّ َك فِي نَ ْف‬
َ َ‫سكَ ت‬
Maksudnya: Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu di dalam hatimu dengan
merendahkan diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan tidak pula
menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang. Dan janganlah engkau tergolong
daripada kalangan orang-orang yang lalai. (al A’raf : 205).

Dikemukakan di sini beberapa zikir yang perlu diamalkan pagi dan petang atau
bila-bila masa terluang.

1- Membaca
‫اعوذ باهلل السميع العليم من الشيطان الرجيم‬
Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui daripada godaan syaitan yang direjam.

2- Ayat Kursiy – (al Baqarah: 255)

‫ض َمن ذَا الَّ ِذي يَ ْش َف ُع‬ ِ ‫ات َو َما فِي األ َْر‬ ِ ‫السماو‬ ِ َّ ِ ُ ‫اللّهُ الَ إِلَـهَ إِالَّ ُهو الْح ُّي الْ َقيُّوم الَ تَأ‬
َ َ َّ ‫ْخ ُذهُ سنَةٌ َوالَ َن ْو ٌم لهُ َما في‬ ُ َ َ
ِ ٍ ِ
ُ‫ع ْن َدهُ إِالَّ بِِإ ْذنِِه َي ْعلَ ُم َما َب ْي َن أَيْ ِدي ِه ْم َو َما َخ ْل َف ُه ْم َوالَ يُ ِحيطُو َن بِ َش ْيء ِّم ْن عل ِْم ِه إِالَّ بِ َما َشاء َو ِس َع ُك ْر ِسيُّه‬
‫يم‬ ِ ِ ِ ُ ‫ات واألَرض والَ ي ُؤ‬ ِ
ُ ‫ودهُ ح ْفظُ ُه َما َو ُه َو ال َْعل ُّي ال َْعظ‬ َ َ َ ْ َ ‫الس َم َاو‬ َّ
Maksudnya: Allah, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang tetap
hidup, yang kekal selama-lamanyamentadbirkan (sekelian makhlukNya), yang tidak
mengantuk usahkan tidur, yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Tiada
sesiapa yang dapat member syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan
izinNya, yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan belakang mereka,
sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun daripada (kandungan) ilmu Allah
melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya), luas kursi Allah
(ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya meliputi langit dan bumi dan Dialah Yang Maha
Tinggi (darjat kemuliaan-Nya) lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya)

3- Al Baqarah: 285- 286


‫َح ٍد ِّمن‬ ِِ ِ ِِ ِ ِ ِ ِ ِِ
َ ‫آم َن بِاللّ ه َو َمآلئ َكت ه َو ُكتُبِ ه َو ُر ُس له الَ ُن َف ِّر ُق َب ْي َن أ‬ َ ٌّ‫ول بِ َم ا أُن ِز َل إِل َْي ه من َّربِّه َوال ُْم ْؤمنُ و َن ُك ل‬ ُ ‫الر ُس‬َّ ‫آم َن‬ َ
‫ت َو َعلَْي َه ا‬ْ َ‫ف اللّهُ َن ْف ًسا إِالَّ ُو ْس َع َها ل ََه ا َم ا َك َس ب‬ ِ ‫ك الْم‬
ُ ِّ‫ص ُير الَ يُ َكل‬ َ َ ‫ك َر َّبنَا َوإِل َْي‬ َ َ‫ُّر ُسلِ ِه َوقَالُواْ َس ِم ْعنَا َوأَطَ ْعنَا غُ ْف َران‬
‫ين ِمن َق ْبلِنَ ا‬ ِ َّ
َ ‫ص ًرا َك َم ا َح َملْتَ هُ َعلَى الذ‬
ِ
ْ ِ‫ت َر َّبنَا الَ ُت َؤاخ ْذنَا إِن نَّ ِس ينَا أ َْو أَ ْخطَأْنَا َر َّبنَ ا َوالَ تَ ْح ِم ْل َعلَْينَ ا إ‬ ْ َ‫َما ا ْكتَ َسب‬
ِ ِ
َ ‫انص ْرنَا َعلَى الْ َق ْوم الْ َكاف ِر‬
‫ين‬ ُ َ‫َنت َم ْوالَنَا ف‬ َ ‫ف َعنَّا َوا ْغ ِف ْر لَنَا َو ْار َح ْمنَا أ‬ ُ ‫َر َّبنَا َوالَ تُ َح ِّملْنَا َما الَ طَاقَةَ لَنَا بِ ِه َوا ْع‬

Maksudnya: Rasulullah s.a.w. beriman dengan segala yang diturunkan kepadanya


daripada Tuhannya. Demikian juga orang yang beriman semuanya beriman kepada
Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (Mereka berkata):
Kami tidak membezakan antara seorang dengan seorang yang lain daripada rasul-
rasul-Nya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan)
keampunan-Mu wahai Tuhan kami dan kepada-Mu jualah tempat kembali. Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat
pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang
diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami, janganlah
Engkau mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah
Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya
dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat
kepada kami, Engkaulah penolong kami, oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai
kemenangan terhadap kaum kafir.
(Fadilatnya: Sesiapa yang membacanya dua ayat ini pada waktu malam cukuplah ia
sebagai pelindung – riwayat al Bukhari dan Muslim)

4- Membaca Al Taubah: 129 sebanyak 7 kali.

ِ ‫ش ا ْل َع ِظ‬
‫يم‬ ِ ‫سبِ َي هّللا ُ ال إِلَـهَ إِالَّ ُه َو َعلَ ْي ِه ت ََو َّك ْلتُ َو ُه َو َر ُّب ا ْل َع ْر‬
ْ ‫َح‬
Maksudnya: Cukuplah bagi Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada tuhan
(yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri dan Dialah
Tuhan yang mempunyai arasy yang besar.
(Fadilat: Sesiapa yang membacanya pada waktu pagi dan petang sebanyak 7 kali,
Allah mencukupkannya apa yang diperlukan dirinya daripada pekerjaan di dunia dan
akhirat – riwayat ibn al Sunni dan Abu Daud).

5- Membaca surah al Ikhlas 3 kali:

Maksudnya: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa. Allah yang
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. Ianya tidak
beranak dan ia pula tidak diperanakkan dan tidak ada sesiapapun yang serupa
denganNya.

6- Membaca Surah al Falaq 3 kali:

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang
menguasai waktu subuh dan aku berlindung daripada kejahatan sekelian makhluk.
Dan daripada kejahatan malam apabila ia gelap gelita. Dan daripada kejahatan
tukang-tukang sihir yang menghembus pada simpulan (dan ikatan). Serta daripada
kejahatan orang yang dengki apabila dia melakukan hasad dengki.
7- Membaca surah al Nas 3 kali:

Maksudnya: Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
Katakanlah (Wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekelian
manusia yang menguasai sekelian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh
sekelian manusia. Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam.
Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. (Iaitu pembisik
dan penghasut ) daripada kalangan jin dan manusia.

8- Membaca zikir berikut:

Maksudnya: Ya Allah, aku mohon perlindungan dengan Mu daripada perasaan keluh


kesah dan sedih, aku memohon perlindungan dengan Mu daripada lemah dan malas,
aku memohon perlindungan dengan Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku
memohon perlindungan dengan Mu daripada bebanan hutang dan tekanan manusia.
9-

9- Membaca zikir berikut:


Maksudnya: Ya Allah, Tuhan pencipta langit dan bumi, yang mengetahui perkara ghaib
dan nyata, Tuhan setiap sesuatu dan pemiliknya, aku mengaku bahawa tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan- Mu daripada kejahatan
diriku dan kejahatan syaitan dan gangguannya, dan aku berlindung daripada berusaha
untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang melakukannya.

10- Selawat ke atas Nabi s.a.w. seperti berikut (sebaik-baiknya 10 kali):

Maksudnya: Ya Allah, limpahkanlah selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi
Muhammad

Anda mungkin juga menyukai