Anda di halaman 1dari 4

KESAN&AKIBAT MAT REMPIT

Gejala rempit ini banyak membawa kemudaratan kepada masyarakat, bangsa


dan negara terutamanya golongan yang terlibat itu sendiri. Rempit memberi impak
yang besar terhadap perkembangan sosial, ekonomi serta politik negara.
Golongan mat rempit ini tidak takut atau seram untuk menunjukkan kebolehan
mereka di jalan raya malah mereka berbangga dapat menonjolkan aksi-aksi ngeri
yang berbahaya dan boleh membawa maut itu di khalayak ramai. Merupakan
kepuasan bagi mereka apabila dapat beraksi dengan memecut laju di atas jalan raya
dengan deruman enjin yang sangat kuat serta pelbagai aksi berbahaya seperti willy
dan wikang yang selalu kita lihat. Aksi-aksi yang ditonjolkan bukan sahaja
membahayakan nyawa mereka malah membahayakan nyawa pengguna-pengguna
jalan raya yang lain. Oleh yang demikian, kita selalu melihat penunggang motosikal
menyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan jalan raya setiap
tahun tidak kira kemalangan maut atau pun tidak. Malah, terdapat juga kes langgar
lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini.

Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit ini


mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutan
yang dapat kita dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjin
motosikal yang kuat dan mengganggu mereka beristirehat. Malah’ golongan ini juga
sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ataupun digelar juga sebagai ‘mat
gian’. Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada kes-kes lain seperti
mencuri, ragut, pecah rumah dan lain-lain. Namun, apa yang paling
membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam
perlawanan haram tersebut.

Anak-anak gadis ini sanggup menggadaikan maruah untuk menjadi


pembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan ahli kumpulan mat
rempit. Gadis- gadis inilah yang menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi
perlumbaan tersebut. Justeru, langkah yang drastik dan efektif harus difikir dan
dilaksanakan segera agar kisah pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagai
penyakit pembunuh seperti AIDS dapat dielakkan.

Manakala dari sudut ekonomi pula, mak rempit mensia-siakan waktu muda
mereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-
masing. Tetapi peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan oleh
rakyat asing lantaran kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusaha
bersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Apa yang membimbangkan
adalah sekiranya perkembangan yang tidak sihat ini semakin menjadi-jadi dan tidak
terkawal, ini kerana rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usia
remaja. Bahkan sebahagiannya masih dibangku sekolah menengah. Mereka masih
bergantung kepada kewangan ibu bapa masing-masing. Untuk menyertai lumba
haram ini mereka memerlukan wang yang banyak khususnya untuk pengubahsuaian
dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol seta wang pertaruhan. Bagi sesetengah
remaja yang terlibat dengan dadah memerlukan wang yang lebih lagi. Oleh sebab
itu, apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit mereka mula memeras ugut,
meragut dan mencuri yang pastinya akan merugikan ekonomi negara kita.

Dari segi politik, generasi masa muda sekarang adalah merupakan tunggak
pucuk pimpinan pada masa hadapan. Namun apabila berlakunya gejala seperti ini
secara berleluasa masih adakah golongan yang masih mampu memimpin negara kita
yang tercinta ini pada masa hadapan? Hal ini menjadi persoalan masyarakat kita
sekarang. Kita perlukan anak pemuda yang berani. Tetapi keberanian itu perlu
diletakkan pada tempatnya. Kita tidak mahu mereka yang berani mempertaruhkan
nyawa diatas jalan raya yang akhirnya memberikan kerugian kepada bangsa,agama
dan negara kita sendiri. Lantas bilangan masyarakat yang berkarisama dan
berkepimpinan semakin berkurangan. Tenaga kerja dan sumber manusia juga
semakin sedikit. Dan akhirnya mereka ini akan menjadi kaum yang terpinggir dalam
urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri.

Bibliografi
(n.d.). Retrieved 9 11, 2010, from http://rempitbmcs.blogspot.com/2009/03/kesan-
daripada-gejala-rempit_05.html

(n.d.). Retrieved 9 11, 2010, from http://www.omdhani.info/topic/kesan-rempit

(n.d.). Retrieved 9 11, 2010, from www.pdfspirit.com/kesan-gejala-mat-rempit


Refleksi

Setelah saya menyiapkan folio moral ini,saya berpendapat bahawa mat


rempit di Negara kita sememangnya murupakan golongan yang memalukan maruah
Negara kita.Gejala ini bukan sahaja memberikan banyak kesan kepada
pembangunan Negara malah juga menyebabkan pembangunan sosial
terencat.Semua pihak haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan masalah ini.
Oleh itu,sebelum kita ingin melakukan sesuatu perkara atau memutuskan sesuatu
keputusan, kita hendaklah berfikir dengan sedalam-dalamnya kesan dari keputusan
yang dilakukan itu. Sebaik-baiknya, membuat kajian tentang kebaikan dan
keburukan akibat tindakan yang diambil supaya tidak mencontohi gejala mat rempit
ini.

Selain itu, saya juga mendapati banyak maklumat kita dapat cari bukan sahaja
di internet malah akhbar , artikel , kartun dan bahan-bahan yang lain juga
memberikan banyak maklumat kepada kita.Kita harus bijak menggunakan bahan-
bahan seperti ini sebagai satu media rujukan .

Di samping itu,saya hendak mengucapkan ribuan terima kasih kepada


pensyarah puan Allimalai A/p Subramaniam yang memberi bimbingan dan
menjelaskan maklumat mengenali folio moral ini.Saya juga hendak berterima kasih
kepada ahli kumpulan saya yang bijaksana membahagikan kerja-kerja folio ini bagi
memudahkan pengurusannya.

Akhirnya,saya berjanji bahawa saya akan menghindari gejala mat rempit


walaupun telah diajak oleh kawan.Saya juga akan tetap melaporkan kepada polis jika
ternampak kes-kes mat rempit di jalan raya.Sebagai seorang bakal guru,saya juga
berjanji akan menasihati generasi yang lebih muda supaya tidak terjalin dan
menjauhi gejala mat rempit .

Anda mungkin juga menyukai