Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan
ra pat . Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah
pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditem pat -tem pat yang
sensitif... .. itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak
salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14
hingga 21 tahun jadikan kawan .. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa
mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka".Yang
penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium
tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sem pat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah.
Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak ra pat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi
bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur
tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas
baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah
seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang
menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah.
Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang
tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata
dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tem pat
mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang
samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesem pat an
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita
perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah,
jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa se pat utnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-
baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak
berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang
mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri.. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak
mentua, keem pat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau
dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan,
yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami... Jalan pintas ke syurga bagi anak-
anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu..
Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim
ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan
Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh
suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun
menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah
ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan
daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali
kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat
dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang
rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey
untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menem pat
kan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika
diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis
berpenda pat apa yang membezakan antara winners dan losers