Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI TERHADAP PELAKSANAAN GROUP READING

Pada hari pertama subjek SGDP6033 diperkenalkan kami telah diminta membentuk
ahli kumpulan yang iaitu seramai empat atau lima orang setiap. Ini bertujuan untuk group
reading bagi artikel yang yang telah diberikan. Saya tertanya-tanya apakah yang boleh
dilakukan dalam group reading. Apabila Dr Sarimah menerangkan tentang group reading
maka dapatlah saya memahaminya sedikit apa yang perlu dilakukan. Apabila Dr Sarimah
memberi artikel karangan Karen Goodnough maka kumpulan kami berbincang dengan cara
melantik seorang ketua dan bersepakat untuk memulakan dengan membaca dari muka surat
pertama hingga ke muka surat akhir. Diantara kumpulan kami saya yang paling lemah dalam
memahami maksud setiap perkataan. Oleh itu masa yang saya ambil untuk memahaminya
agaklah lama sehingga aktiviti group reading dijalankan saya tidak dapat
memahaminya.Perlahan-lahan saya cuba memahaminya tapi tak faham-faham juga. Apabila
masing-masing bertanyakan adakah ahli kumpulan faham maka boleh dikatakan ada yang
faham sedikit dan ada juga macam saya.

Pada keesokan harinya saya dan ahli kumpulan juga telah bersdia untuk
membentangkan setakad apa yang kami perolehi dari aktiviti group reading. Apabila
kumpulan Cikgu Pain membentangkan maka dari situlah saya dapat memahami walaupun
bukan secara keseluruhan apa yang diminta oleh Dr Sarimah mahukan. Apabila selesai saja
semua pembentangan dan ulasan yang diberikan oleh Dr Sarimah maka saya dan ahli
kumpulan berbincang tentang apa yang patut dilakukan dalam aktiviti group reading.
Akhirnya saya dan ahli kumpulan bersepakat untuk mengaplikasikan teknik ‘stop and think’,
iaitu melakukan pembacaan awal sebelum aktiviti Group Reading, memulakan pembacaan
daripada muka surat belakang iaitu bahagian perbincangan dan dibantu oleh kamus translate
dari perisian Google Translate dan Cit Cat Translate.

Ketika melakukan Group Reading kitaran 2 dengan memulakan dan merancang


pembacaan, saya mula nampak seronok dengan aktiviti Group Reading ini. Saya sendiri cuba
memahami artikel sebaik mungkin (artikel oleh Schraw, Olafson dan Wadkins) berbanding
semasa kitaran 1. Pada kitaran 2 ini saya diminta oleh ketua kumpulan untuk menerangkan
apa yang difahami dari artikel tersebut maka saya dapat menyatakan beberapa patah
perkataan sahaja yang menggambarkan perkara pokok yang dibincangkan dalam artikel
tersebut berbanding dengan rakan rakan dalam ahli kumpulan yang menerangkan panjang
sedikit daripada saya. Saya juga dibantu oleh rakan-rakan yang lain menerangkan dengan
lebih pangjang tentang artikel yang dibaca. Saya dan ahli kumpulan mula bermotivasi untuk
membaca teks artikel akademik khasnya yang ditulis di dalam bahasa Inggeris.

Oleh kerana aktiviti group reading di kitaran 2 memberi motivasi kepada sayadan ahli
kumpulan maka pembacaan artikel untuk kitaran 3 diteruskan seperti aktiviti group reading
di kitaran 2. Memandangkan saya merupakan pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris
telah banyak memberi saya kebaikan dalam memahami artikel yang berbahasa Inggeris. Hasil
bantuan rakan-rakan kumpulan dan juga google taranslate dan cit cat translate maka saya
dapat makin dapat memahami artikel akademik walaupun tidak sepenuhnya. Oleh itu saya
dan rakan rakan ahlu kumpulan menggunakan kaedah seperti kitaran 2 untuk memahami
artikel akademik di kitaran 3 dan kitaran 4.

Secara keseluruhan daripada aktiviti group reading kitaran satu hingga kitaran empat
dapat meningkatkan keyakinan dan kefahaman saya dalam membaca teks akademik di dalam
bahasa Inggeris di samping merapatkan saya dengan ahli-ahli kumpulan saya yang lain agar
sentiasa saling bekerjasama di dalam menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah. Walaupun
sebelum ini banyak artikel yang dapati dari internet dan buku jurnal tapi awal-awal lagi saya
menolak ketepi untuk mencari artikel dalam bahasa Malaysia. Insyallah dengan berkat tunjuk
ajar dan desakan walaupun tidak memaksa dari Dr Sarimah maka saya rasa segala artikel
akademik dalam bahasa Inggeris tidak akan saya ketepikan.

Anda mungkin juga menyukai