Anda di halaman 1dari 10

Mom and dad is my live I love them

NAMA: hafeezah bt mahmood

Mom dad is my live


ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu ba

Wau
Teraju tiga sememangnya sinonim dengan wau, juga dikenali sebagai layang-layang di negeri-
negeri sebelah pantai barat semenanjung. Sebagai permainan masa lapang bagi kalangan
rakyat biasa dan golongan istana. Sejak zaman-berzaman sekitar kurun kelima belas, wau
telah dimainkan oleh orang Melayu. Mereka telah mempercayai ada kaitan di antara semangat
angin dan langit.

Jenis Wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau
burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau
merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang
kebayan, wau sewah, wau barat dan yang sangat
digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan.
Rekacorak bermotifkan awan larat pada
kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau
yang dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan
dan Terengganu sehingga kini masih mengekalkan
tradisi pembuatan wau yang menarik, selain
dijadikan untuk permainan ianya juga sebagai hasil
Wau bulan kraftangan dan hiasan dinding.

Galeri Wau

Membuat Wau

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh untuk
dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau
tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih
besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk
serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar dengan
berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan
warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih
yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.

Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung
apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah
direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti alat memanah. Tali teraju
diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi
wau - Teraju Tiga.

memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila angin
bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya
sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan

Cara Bermain

Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan cahaya matahari
akan menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna-warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu tetapi
layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat tempatan dan
juga antarabangsa. Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta, ada layang-layang
yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan dengan menggunakan dua
utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang masih mendapat tempat di
Malaysia, terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau pertandingan wau antarabangsa.
JENIS-JENIS WAU
TRADISI
Di Malaysia terdapat pelbagai jenis Wau Tradisi. Tiga jenis wau yang
diangkat sebagai Wau Tradisional Kebangsaan adalah Wau Bulan, Wau
Kucing dan Wau JalaBudi.
           
            Wau Bulan                          Wau Kucing                Wau Jalabudi
 
Manakala wau-wau lain pula diterima sebagai Wau Tradisi Negeri-
Negeri.
 Bil. NEGERI WAU RASMI

1. Johor
  Wau Merak

2. Kelantan
           Wau Puyuh

3. Melaka
Wau Kikik

4. Perak
Wau Seri Bulan

5.
Perlis
Wau Helang

6. Selangor
Wau Kapal

7. Terengganu
Wau Dodo Helang

8. Negeri Sembilan
Wau Seri Negeri

9. Kedah
Wau Kangkang

1 Sarawak
0.
Wau Kenyalang

Gasing
Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni
permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz
yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper,
gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku
benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing

Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau
johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban
tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang
mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk
membuat gasing.

Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah
ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut
agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.

Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada
kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga
tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan
dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau
untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing
pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri
dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan
kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi
buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan
atau diurikan.

Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan
pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan
ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual,
manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.

Gasing Uri

Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok
dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper
seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk
torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris
pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat,
bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.

Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan
di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya
gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.

Gasing Pangkah

Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua
hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan
uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil
bahagian.

Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama.
Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-
tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap
gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya
ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan
keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.

Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan,
gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam
pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu
tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini
menjadi pasukan menanti pula.

Jenis-jenis gasing
Gasing Leper Kelantan

Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan juga
leper
Berat: 8 kg
Lilitan: 48 cm
Tinggi: 6 cm

Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional.
Gasing ini berat dan itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian
gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan
banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal.

Gasing Uri

Ciri-ciri:
Bentuk: Rendah dan agak
leper
Berat: 6 kg
Lilitan: 60 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini amat terkenal di negeri Kelantan. Badan asasnya kecil sahaja dililiti
dengan simpai. Gasing ini disimpai dengan menggunakan timah, besi atau plumbum.
Jika simpai ini diperbuat daripada timah, ia digunakan untuk memusing dan jika
simpainya besi ia digunakan untuk memangkah. Gasing ini kecil tetapi berat.

Gasing Kuno
Ciri-ciri:
Bentuk: Sederhana dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 8 cm

Gasing ini juga terdapat di Kelantan selain Terenggganu, Pahang, Kedah, Selangor
dan Johor. Gasing ini merupakan reka bentuk lama yang diperbaiki daripada bentuk
berembang. Biasanya ia hanya digunakan untuk memangkah dan diperbuat daripada
kayu merbau, ru, meranti dan keranji.

Gasing Baba

Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan seperti
telur
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 38 cm
Tinggi: 20 cm

Gasing yang beridentiti wang seringgit ini juga merupakan gasing yang biasa
digunakan oleh pemain Baba. Gasing ini banyak terdapat di Kelantan, Pahang, Perlis,
Negeri Sembilan, Melaka dan Selangor. Pada asasnya gasing ini berbentuk telur

Gasing Jantung
Ciri-ciri:
Bentuk: Jantung
Berat: 0.25 kg
Lilitan: 20 cm
Tinggi: 12 cm

Gasing jenis ini biasanya terdapat di negeri Kelantan, Kedah, Pahang, Perak, Negeri
Sembilan dan Sarawak. Ada juga pemain yang menamakannya sebagai gasing lundu.
Jenis kayu yang digunakan untuk membuat gasing ini yang akan membezakan negeri
asal gasing ini. Umpamanya, di Kelantan gasing ini menggunakan kayu merbau,
manakala pemain negeri lain menggunakan kayu seperti kayu melawis, mengaris dan
sepetir.

Gasing Tanjung

Ciri-ciri:
Bentuk: Tinggi dan berembang
Berat: 0.6 kg
Lilitan: 30 cm
Tinggi: 10 cm

Gasing Tanjung sama fungsinya dengan gasing toyol. Gasing jenis ini dimainkan oleh
pemain gasing dari Muar, Johor. Ia fungsinya sebagai gasing pengacau dan untuk
memangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan gasing labu lemak. Gasing ini
diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.

Anda mungkin juga menyukai