Anda di halaman 1dari 8

BATU SEREMBAN

Pengenalan

Batu Seremban merupakan salah satu daripada permainan tradisional yang


dimainkan oleh kanak-kanak pada masa dahulu. Batu Seremban juga dikenali sebagai
permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya
secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga
empat orang atau lebih. Permainan ini kebiasaannya dimainkan menggunakan batu
dan ia dikenali sebagai “Buah”. Namun, buah yang digunakan tidak tetap kerana ada
kanak-kanak yang menggunakan guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana
besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-
kanak dalam permainan ini sebanyak tujuh atau lima biji.

Kebiasaannya, batu seremban ini dimainkan menggunakan tujuh biji objek-objek


yang dikenali sebagai buah ini. Permainan ini sering dimainkan pada waktu lapang, di
serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan
memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas
lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Permainan
batu seremban sering dimainkan oleh kanak-kanak perempuan, dan adakalanya kanak-
kanak lelaki juga tidak ketinggalan bermain permainan ini. Permainan tradisional seperti
ini berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek
moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional
pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan
tradisional batu seremban ini juga dikenali sebagai permainan rakyat.

Rajah 1: Permainan batu seremban


popular di kalangan kanak-kanak
perempuan.
Cara Bermain Batu Seremban ( 7 Biji )

Pemain juga harus duduk diatas lantai supaya ia lebih senang dimainkan. Dalam
permainan Batu Seremban, Terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
yang berlainan. Permainan ini akan bermula dengan peringkat pertama yang mudah, di
mana sebiji buah yang dinamakan buah satu digunakan, sehingga ke peringkat yang
lebih sukar atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Peringkat-peringkat
tersebut dimainkan dengan menggunakan lima biji buah sahaja. Walau bagaimanapun,
ada sesetengah tempat yang menggunakan tujuh biji buah yang permainannya sedikit
ringkas dan tidak memerlukan banyak langkah. Batu Seremban 7 biji buah
kebiasaannya dimainkan secara individu dan lebih mudah menggunakan batu. Namun,
boleh juga dimainkan secara berkumpulan sekiranya terdapat lebihan pemain. Antara
langkah-langkah bermain menggunakan tujuh biji buah ialah:

Sebelum memulakan permainan, pemain akan menetapkan pusingan permainan


dan mencabut undi permulaan permainan.

Langkah 1: Tujuh biji buah diselerakkan di atas lantai.

Langkah 2: Kemudian, sebiji buah dijadikan sebagai ibu buah.

Langkah 3: Buah yang diselerakkan diambil mengikut bilangan buah.

Langkah 4: Ibu buah dilambung dan ambil satu biji buah.

Langkah 5: Kemudian, ibu buah dilambung sekali lagi dan dua biji buah diambil.

Langkah 6: Langkah seterusnya, ibu buah dilambung dan ambil tiga biji buah.

Langkah 7: Apabila kesemua buah telah diambil, buah kemudiannya diselerakkan


semula.

Langkah 8: Pihak lawan akan membuang lima biji buah dan meninggalkan hanya dua
biji buah sahaja.
Langkah 9: Dua biji buah kemudian akan dijentik oleh pemain supaya mengenai satu
sama lain.

Langkah10: Pemain akan menimbang buah dan bilangan buah yang ditimbang
merupakan jumlah mata yang dapat dikumpul.

Rajah 2: Menimbang “buah” untuk


mendapat mata.

Peraturan bermain:

- Pemain tidak boleh menyentuh buah yang tidak diambil. Sekiranya terkena
tangan, dikira batal dan giliran bermain ditukar.
- Dalam langkah menjentik buah, sekiranya dua biji buah yang ditinggalkan pihak
lawan terlalu dekat, pemain perlu menggunakan jari untuk memintas antara buah
tersebut. Jika terkena jari, maka permainan batal.
- Sekiranya bermain secara berkumpulan atau berdua, giliran diberikan kepada
ahli kumpulan lain sekiranya pemain pertama batal dan gagal meneruskan
permainan.
- Pemain yang mendapat giliran kembali perlu memulakan permainan dengan
menyambung langkah yang gagal dilakukan sebelum itu. Ahli kumpulan juga
perlu berbuat demikian.
- Sekiranya pemain gagal mengingat langkah terakhir yang gagal dilakukan, mata
yang dikumpul akan kembali ke angka kosong.
- Pemenang dikira berdasarkan jumlah mata yang dikumpul pada akhir pusingan.
Rajah 3: Antara objek-objek yang dijadikan sebagai “buah”
bagi permainan batu seremban.

MELESTARIKAN PERMAINAN BATU SEREMBAN

Rajah 4: Batu seremban versi


moden

Walaupun permainan batu seremban ini agak lama, ia tetap harus dilestarikan
supaya tidak pupus dari muka bumi ini. Permainan tradisional seperti inilah yang
memberi semua kaum Melayu identiti mereka sebagai orang Melayu.
Jika orang Melayu tidak fasih dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya terdapat juga
permainan tradisional yang membolehkan masyarakat Melayu untuk mengekalkan
identiti mereka. Permainan tradisional seperti ini lebih mudah untuk dilestarikan
berbanding melestarikan Bahasa Melayu. Selain daripada itu, permainan batu
seremban ini ada banyak kebaikannya. Ia membolehkan tangan dan mata untuk
bekerjasama dengan lebih tepat dan cepat. Ia juga membolehkan pemain-pemain untuk
bersembang antara satu sama lain.
Kesimpulannya, permainan batu seremban ini tidak seharusnya dibiarkan pupus
dalam diri masyarakat kita. Oleh yang demikian, kita sebagai bangsa Melayu yang
masih punya jati diri perlulah mempunyai kesedaran untuk menjadikan permainan batu
seremban ini masih relevan pada masa-masa akan datang. Ini kerana, permainan
seperti ini merupakan penyambung warisan untuk generasi-generasi kita pada masa
depan.

Rajah 5: Permainan batu seremban


boleh dimainkan di kawasan lapang di
mana-mana sahaja.

NILAI-NILAI MURNI DALAM PERMAINAN TRADISIONAL

Keistimewaan permainan tradisional melayu ialah nilai-nilai murni yang boleh


diperolehi daripadanya melalui permainan, kanak-kanak akan menerima pendidikan
yang tidak formal. Lantaran itu, ia berupaya memberi satu kesan yang positif dalam
perkembangan kanak-kanak yang boleh diperolehi. Dalam permainan batu seremban,
beberapa nilai juga boleh diambil untuk membentuk jati diri masyarakat kita sejak
daripada kanak-kanak lagi. Antaranya ialah :

1. Membentuk disiplin
Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional melayu ialah terdapatnya
peraturan atau undang-undang permainan. Pemain-pemain akan dibatasi
dengan peraturan ketika bermain. Ini secara tidak langsung membentuk disiplin
diri pemain-pemain agar mematuhi peraturan.
2. Menanamkan perasaan hormat-menghormati
Salah satu ciri utama dalam permainan tradisional, kanak-kanak ditanamkan
dengan perasaan hormat-menghormati keputusan pengadil dan menghormati
pasukan yang menang atau kalah. Di samping itu, permainan yang berbentuk
permainan keluarga juga penting kerana ia berpengaruh untuk mewujudkan
perasaan hormat-menghormati antara ahli keluarga.

3. Melahirkan perasaan toleransi atau tolak ansur


Secara tidak langsung permainan tradisional ini turut menyemai perasaan
toleransi atau tolak ansur di kalangan kanak-kanak melalui permainan, kanak-
kanak mudah diasuh untuk bekerjasama sesama rakan dan bantu-membantu
antara satu sama lain.

Rajah 6: Permainan batu seremban juga


memerlukan kerjasama yang tinggi antara
pemain.

4. Sabar, jujur dan amanah


Sifat sabar, jujur dan amanah juga boleh diterapkan dalam diri kanak-kanak yang
mana mereka boleh mengamalkannya dalam kehidupan sehariannya. Ini
membantu dalam membentuk kanak-kanak menjadi manusia yang boleh
dipercayai, amanah dan jujur.

5. Berkomunikasi dan berinteraksi


Kebanyakkan permainan tradisional melayu dimainkan secara berkumpulan. Ini
membantu kanak-kanak berhubung antara satu sama lain. Ahli kumpulan
biasanya akan sentiasa bekerjasama untuk memperolehi kemenangan. Cara ini
memudahkan kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi antara satu sama
lain. Kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi ini boleh diamalkan sepanjang
masa.
Rajah 7: Permainan ini juga memupuk
kemahiran komunikasi antara pemain tidak
mengira tua atau muda.

6. Menggunakan masa dengan berfaedah


Kebiasaannya, permainan tradisional dimainkan oleh kanak-kanak pada waktu
petang atau masa lapang yang lain. Kanak-kanak bermain setelah selesai
daripada melakukan keja sekolah atau tugasan yang diberikan oleh ibu bapa
mereka. Ini melatih kanak-kanak menggunakan masa mereka dengan cara yang
berfaedah. Di samping itu, ia juga mengelakkan kanak-kanak membuang masa
dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

7. Ketahan fizikal dan daya saing


Melalui permainan tradisional, ia dapat membentuk ketahanan fizikal kanak-
kanak. Ini menanamkan semangat juang dan daya saing yang tinggi terhadap
kanak-kanak dan mereka boleh menyemarakkan semangat dalam kegiatan
seharian mereka.

8. Mengeratkan hubungan kekeluargaan


Sesetengah permainan tradisional boleh dimainkan bersama-sama ahli keluarga.
Mereka amat berasa gembira dan bersuka ria bersama-sama. Suasana ini akan
mewujudkan ikatan kekeluargaan yang lebih erat sesama ahli keluarga.

9. Hubungan dengan rakan-rakan dan jiran


Di samping ahli keluarga, kawan-kawan dan jiran tetangga merupakan rakan
sepermainan yang utama. Melalui permainan, ia akan mengeratkan lagi
kemesraan dan ikatan persahabatan yang lebih akrab antara satu sama lain.

10. Menghargai warisan bangsa


Permainan tradisional merupakan warisan bangsa yang amat bernilai. Apabila
kanak-kanak sering bermainnya, ia akan membantu mengekalkan permainan ini.
Dalam pada itu, kanak-kanak akan sentiasa menghargai, mencintai dan
menyanjungi permainan warisan bangsa melayu.

11. Bertanggungjawab
Dalam permainan tradisional, pemain-pemain lazimnya akan diberikan peranan
tertentu etika bermain. Dengan cara ini, kanak-kanak dapat dilatih bagi
memegang suatu tanggungjawab tertentu. Ini sedikit sebanyak membantu
melatih kanak-kanak agar bertanggungjawab.

12. Mengelakkan pembaziran


Kebanyakkan permainan tradisional tidak menggunakan peralatan tertentu.
Walau bagaimanapun, ada yang menggunakan peralatan daripada bahan-bahan
terbuang atau pun bahan-bahan yang boleh diperolehi tanpa mengeluarkan
sebarang perbelanjaan. Ini dapat menjimatkan perbelanjaan dan mengelakkan
daripada berlakunya pembaziran. Keadaan ini akan melatih kanak-kanak agar
berjimat cermat.

Di samping itu, nilai-nilai murni yag dinyatakan di atas, banyak lagi nilai-nilai
murni yang lain. Antaranya ialah ia dapat menanamkan semangat patriotik, kerajinan,
kecekapan dan sebagainya. Kesimpulannya, permainan tradisional melayu dapat
memberikan banyak manfaat kepada kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai