Anda di halaman 1dari 16

Pemeriksaan Kekenduran Rantai

Pemacu
– Sila pastikan takukan pada penunjuk penjajaran di
kedua-dua belah berada pada posisi yang sama di
penghujung lubang di setiap lengan buai.
– Putarkan roda belakang untuk mengesan posisi
terketat.
– Jika kekenduran rantai melebihi piawaian laraskannya.
– Pusingkan kedua-dua pelaras rantai serata sehingga
rantai pemacu mempunyai kekenduran yang betul.
– Pastikan takukan pada penunjuk penjajaran adalah di
dalam posisi yang sama pada kedua-dua belah.

* AWAS :-
• Pelarasan rantai pemacu yang salah akan
menyebabkan bunyi yang kuat dan mungkin akan
mengakibatkan keadaan penunggangan yang
merbahaya.

* SOALAN :-
• Sekiranya pelanggan anda membuat aduan tentang
terlalu kerap untuk menegangkan rantai serta
ketahanan rantai yang tidak lama, apakah nasihat
anda ?
…………………………………………………………
…………………………………………………...
Pemeriksaan Elemen Pembersih Udara.
– Selepas pembersihan, basahkan elemen
dengan sedikit minyak.
– Servis lebih kerap bila beroperasi dalam
keadaan berdebu,basah dan berlumpur.

* AWAS :-
• Kerosakan elemen pembersih udara
boleh menyebabkan prestasi enjin ke
tahap yang lemah (no power).
• Jika kekotoran memasuki ke dalam
enjin,kehausan enjin yang berlebihan
dan kerosakan enjin akan berlaku.
• Enjin juga akan mengeluarkan asap
hitam yang berlebihan.

* SOALAN :-
• Tempoh penukaran Elemen Pembersih Udara
adalah setiap …………………Km
Pemeriksaan Gerak Bebas Genggam
Pendikit
– Periksa gerak bebas genggam kabel pendikit.
– Jika gerak bebas tidak betul,laraskan.
– Pastikan kabel pendikit sentiasa dilincirkan
dengan anti karat/Minyak pelincir supaya
melancarkan pergerakan genggam pendikit.

* AWAS :-
• Pelarasan gerak bebas gengam pendikit serta
kabel pendikit yang salah akan menyebabkan
kesukaran pengedalian gengam pendikit atau
menimbulkan keadaan penunggangan yang
merbahaya.
* SOALAN :-

• ………………………
Pemeriksaan Gerak Bebas Brek Belakang

– Sila pastikan gerak bebas pedal brek


berada dalam spesifikasinya.
– Pelarasan boleh dilakukan dengan
memusingkan nat pelaras sehingga
mempunyai gerak bebas yang betul.
– Pemeriksaan kehausan kasut brek boleh
dibuat dengan Penunjuk Hausan Pelapik
Brek pada panel brek.

* AWAS :-
• Pelarasan gerak bebas penal brek yang
salah akan mengakibatkan penuggangan
yang merbahaya.

• SOALAN :-

• ……………………….
Pemeriksaan/Penukaran Palam
Pencucuh
• Periksa, bersihkan serta pastikan keadaan
Sela (gapping) Palam Pencucuh dalam
keadaan normal pada setiap kali servis
dilakukan.
• Sela (Gapping) Palam Pencucuh ialah
0.6~0.7mm
• Pastikan penggunaan palam Pencucuh yang
betul.

• AWAS :-
• Kerosakan Palam Pencucuh akan
menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan
atau kelancaran enjin tidak sempurna.

• SOALAN :-
• 1. Julat haba (saiz) palam pencucuh yang
digunakan ?
• …………………….
• 2. Tempoh penukaran Palam Pencucuh
ialah…………………
Pemeriksaan Nat dan Bolt
– Periksa dan pastikan keseluruhan nat
dan bolt ketat.
– Pastikan ianya selalu diletakkan anti
karat/grease.

* AWAS :-
• Keketatan bolt/nat pada setiap bahagian
motosikal akan menyebabkan gegaran
yang amat kuat dan menyebabkan
penunggangan yang membahayakan.

* SOALAN :-
• 1. Apakah cara yang sesuai untuk
mempastikan keseluruhan nat serta bolt
sentiasa berada dalam keadaan ketat
semasa penyelenggaraan dilakukan ?.
• ………………………………………..
………………………………………...
Pemeriksaan / Pelarasan Klac
• Longgarkan nat kunci Skru Pelaras
• Pusingkan Skru Pelaras (B) berlawanan arah
jam sehingga susah hendak dipusing.
• Pusing balik mengikut specifikasi yang
disyorkan.
• Ketatkan nat kunci tanpa mengubah posisi
Skru Pelaras.
• Hidupkan enjin dan periksa dengan teliti
keadaan anjakan pedal beberapa kali.

* AWAS :-
• Pelarasan Skru Pelaras klac terlalu berlebihan
akan menyebabkan klac tidak dilepaskan
sepenuhnya sebaliknya jika Pelarasannya
terlalu sedikit, klac mungkin tidak digunakan
sepenuhnya.

* SOALAN :-
• Berapakah pusingan Skru Pelaras (B) untuk
mendapatkan keadaan anjakan gear yng betul?
………………….
Pemeriksaan Paras Elektrolit Bateri
– Pemeriksaan Voltan bateri perlu dilakukan
pada setiap kali servis dilakukan
– Paras elektrolit hendaklah berada di antara
garisan paras atas dan garisan paras atas.
– Bersihkan terminal bateri dengan
menggunakan air.
– Caskan bateri setiap kali servis dibuat.

* AWAS :-
• Penukaran bateri yang baru hendaklah
mempastikan pengisian ASID yang
dibekalkan sepenuhnya.
• Jika eletrolit berkurangan ianya hendaklah
ditambah hanya dengan AIR SULING
sahaja sebaliknya jika menggunakan ASID
ianya akan merosakkan sel-sel di dalam
bateri.

* SOALAN:-
Pemeriksaan Paras Minyak Enjin
– Periksa dan pastikan paras minyak berada di
antara paras C dan Paras D.
– Sekiranya minyak baru sahaja
ditukar,hidupkan enjin dan biarkan enjin
secara melahu untuk beberapa minit.
Kemudian matikan enjin dan tunggu
beberapa minit untuk minyak reda.Pastikan
paras minyak enjin berada di paras yang
betul.

* AWAS :-
• Operasi motosikal bersama minyak enjin
yang tidak mencukupi,kotor,atau tercemar
serta gred dan kepekatan yang salah boleh
mencepatkan kehausan pada enjin.

* SOALAN :-
• 1. Tempoh penukaran Minyak Enjin ialah
……………….km
• 2. Berapakah kapisiti Minyak Enjin
motosikal Kriss semasa kering ?
…………………...
Penukaran Penapis Minyak
– Tempoh penukaran Penapis Minyak
enjin ialah 1,000km yang pertama dan
berikutnya setiap 20,000km ataupun
setiap ENAM bulan sekali

* AWAS :-
• Pastikan penggunaan Penapis Minyak
yang tulen.
• Pemasangan Penapis Minyak enjin
dengan cara / kedudukan yang betul
(tidak terbalik)

* SOALAN :-
• Sebutkan salah satu keburukan
penggunaan penapis minyak tiruan ?.
……………………………………...
Pemeriksaan Paras Bendalir Brek
– Pastikan paras bendalir brek berada di
antaraa garisan paras atas dan garisan
paras bawah.
– Ketatkan bolt penutup silider utama
bagi mengelakkan pengaliran keluar
bendalir brek.

* AWAS :-
• Pemeriksaan kehuasan pad brek atau
kebocoran bendalir pada talian brek
mesti dilakukan sekiranya paras
bendalir di dalam takungan lebih rendah
dari garisan paras bawah.

* SOALAN:-
• 1. Sebab utama brek tidak berfungsi /
mencengkam adalah
…………………………………………
………………………………………...
Pemeriksaan Tekanan Udara Tayar
– Ukur tekanan udara tayar dengan Tolok
Tekanan Udara semasa tayar dalam
keadaan sejuk.
– Pemeriksaan kehausan tayar serta
ketegangan jejari juga harus dibuat.

* AWAS :-
• Faktor-faktor di atas boleh menyebabkan
pengendalian yang tidak selamat jika
tidak mengikut piawaian yang betul.

* SOALAN :-
• 1. Berapakah tekanan udara bagi tayar
hadapan?
…………………………
• 2. Berapakah tekanan udara bagi tayar
belakang ?
………………………….
Pemeriksaan/Pelarasan Karburetor
– Hidupkan enjin dan panaskannya
dengan sempurna.
– Periksa dan pastikan kelajuan melahu
berada di dalam julat yang betul.
– Pemeriksaan Skru Pandu harus dibuat
sekiranya keadaan pemanduan yang
tidak sempurna (semput / meletup-
letup)

* AWAS :-
• Pemasangan komponen karburetor yang
tidak betul atau Jet Utama tersumbat
juga akan menyebabkan keadaan
kelajuan melahu yang tak menentu.

• SOALAN :-
• 1. Jumlah pusingan Skru Pandu yang
betul ialah ………………………...
Pemeriksaan Sistem Elektrik

– Periksa dan pastikan keseluruhan lampu


serta hon berfungsi.
– Jika Mentol kerap terbakar, pemeriksaan ke
atas sistem eletrik seperti Bateri,Alat
Kawalan Atur (Regulator Voltage),
Pemegun Pengulang (Stator Magneto)
perlu dilakukan.

– AWAS :-
– Pengunaan Mentol yang tidak mengikut
specifikasi

* SOALAN :-
• 1. Namakan sejenis alat bagi pemeriksaan
sistem elektrik ?.
…………………………………………
Pemeriksaan Stereng
– Pemeriksaan stereng dilakukan dengan
menggerakkan stereng ke kiri dan ke kanan.
– Rasakan kelonggaran stereng dengan menolak
dan menarik cabang stereng. Ketatkan jika
ianya terlalu longgar.
– Letakkan Gris pada kabel yang berada di
kawasan stereng.

* AWAS :-
• Kabel serta wayar akan memberi kesan kepada
pergerakan cabang stereng yang tak sempurna.
• Keadaan stereng yang ketat dan terlalu longgar
akan meagkibatkan pengendalian yang
merbahaya.

* SOALAN :-
• Apa akan berlaku jika bebola bearing dalam
batang stereng telah rosak ?.
…….
…………………………………………………
……………………………………….
Pemeriksaan Skrin Minyak Enjin

• Pastikan pembersihan skrin Minyak


Enjin dilakukan setipa 10,000km.

• Periksa Skrin dari sebarang kerosakan.

* AWAS :-
Semasa Membersih skrin, periksa
sebarang partikal logam yang
menunjukkan akan kerosakan dalaman
enjin.

Anda mungkin juga menyukai