Anda di halaman 1dari 54

KURSUS PENATARAN TATABAHASA

DAN PENULISAN BAHASA MELAYU


2007

BAHASA MELAYU-KERTAS 2
(012/022/032)

(PENULISAN)
UPSR
BAHASA MELAYU-KERTAS 2 (012/022/032)
(PENULISAN)
BIL PERKARA FORMAT
1 Jenis Instrument Ujian Subjektif
2 Jenis Item Respons Terhad
Respons Terbuka
3 Bilangan Soalan 5 Soalan
Bahagian A- 1 soalan (wajib)
Bahagian B- 3 soalan(pilih 1)
Bahagian C-1 soalan (wajib)
4 Bilangan Bahagian A – Tiada had
perkataan Bahagian B – Tidak kurang daripada 60/80
patah perkataan.
Bahagian C- Tidak kurang daripada 40/50
patah perkataan.
5 Jumlah 60 markah
Markah Bahagian A – 10 markah
Bahagian B – 30 markah
Bahagian C – 20 markah
6 Tempoh 1 jam 15 minit
7 Konstruk yang Memindah maklumat
ditaksir Ujian Penulisan/Kemahiran Menulis/Membina
Ulasan.

8 Cakupan Mencakupi semua bidang pembelajaran yang


Konteks terdapat dalam Sukatan Pelajaran Tahun 1-6

9 Stimulus Bahan grafik


BAHAGIAN A
(Masa yang dicadangkan : 15 minit)
(10 markah )
• Perkara • Memindahkan maklumat dari
bahan grafik

• Gambar/carta/graf/peta/dsb
• Stimulus

• 1 soalan sahaja (tiada


• Bilangan Soalan pilihan,wajib jawab)

• Jumlah perkataan • Tiada had

• Bentuk jawapan • Ayat lengkap/gramatis


(bernombor/point/perenggan)
BAHAGIAN A
TEKNIK MENJAWAB SOALAN
1. Baca dan fahami arahan soalan.
2. Teliti gambar yang diberi sama ada
gambar,carta,graf,peta dsb.
3. Seandainya gambar bersiri,pastikan
nisbah 5 ayat perlu seimbang.
Contohnya, 3:2 atau 2:3 ( dua gambar ).
4. Tulis / catat / bulatkan gambar yang
hendak dibina ayatnya.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

5. Membina ayat tunggal/majmuk atau


berlapis menepati bahan grafik.
6. Pastikan ada peluasan ayat.
7. Menggunakan ejaan dan tanda bacaan
yang betul.
8. Menyemak ayat yang telah dibina.
TIP JAWAPAN

SIAPA? / APA? APA YANG DILAKUKAN? DI MANA?


MENGAPA? BAGAIMANA?
1.

2.

3.

4.

5.
TIP JAWAPAN

SIAPA? / APA? APA YANG DILAKUKAN? DI MANA?


MENGAPA? BAGAIMANA?
1.Saya + keluarga berkelah Lata Bayu

2. Emak menghidang makanan di atas tikar

3. Ayah berehat atas batu

4. Kami mandi girang

5. Suasana nyaman kawasan air terjun


Bagaimana ayat gramatis?
1. Struktur ayat betul, tepat (mempunyai
subjek dan predikat)
2. Penggunaan perbendaharaan kata betul,
tepat dan meluas.
3. Betul dari segi tanda baca dan ejaan.
4. Penggunaan penanda wacana yang
sesuai.
5. Menepati kehendak gambar dan arahan.
• Tulis lima ayat yang lengkap
tentang situasi yang terdapat
dalam gambar di bawah.
CONTOH AYAT
1. Saya dan keluarga berkelah di Lata Bayu
pada hujung minggu yang lalu.
2. Emak menghidangkan makanan yang
dibawa dari rumah di atas tikar.
3. Ayah duduk berehat di atas batu sambil
memerhatikan kami mandi di situ.
4. Kami mandi dengan girang sambil
bermain air yang sejuk dan jernih.
5. Suasana di kawasan air terjun itu
sungguh nyaman dan damai.
• Tulis lima ayat yang lengkap
tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di
bawah.
CONTOH AYAT
• 1. Emak sedang menghulurkan sepinggan
mi goreng kepada ayah.
• 2. Saya dan adik sedang membina istana pasir
dengan perasaan yang girang.
• 3. Abang dan rakannya begitu leka bermain
bola di tepi pantai.
• 4. Beberapa kanak-kanak gembira berenang
dengan menggunakan pelampung.
• 5. Ada juga yang berekreasi dengan perahu
layar dan mendayung sampan.
BAHAGIAN B
(Cadangan masa : 40 minit )
(Markah : 30 )

PERKARA Menulis karangan

STIMULUS Tajuk diberi

BILANGAN SOALAN 3 soalan pilih 1 sahaja

BILANGAN Tidak kurang 80 patah perkataan.


PERKATAAN

BENTUK KARANGAN Karangan lengkap


BAHAGIAN B
• Baca dan fahami tajuk-tajuk yang diberi
• Pilih tajuk karangan yang dikuasai
sepenuhnya agar dapat menghuraikan
sesuatu tajuk dengan tepat dan padat.
• Catatkan isi-isi penting yang bersesuaian
dengan kehendak soalan.
• Sediakan rangka karangan agar isinya
tidak berulang.
• Karangan berformat mestilah mengikut
format yang betul.
PENULISAN BAHAGIAN B
Karangan Berformat Khusus

Karangan Berformat Umum


Karangan Berformat Khusus
-Surat rasmi
--Surat tidak rasmi
-- Dialog
-- Laporan
--Ucapan
-- Syarahan
-- Berita
-- Catatan
-- Perbahasan
Karangan Berformat Umum
-Naratif
-Menyambung dan menyudahkan cerita
-Fakta
-Gambaran/keperihalan
-Peribahasa
-Rencana
-Penerangan
-Perbincangan
KARANGAN YANG BAIK HENDAKLAH
MEMPUNYAI:
- Pendahuluan/Pengenalan yang berkaitan
dengan tajuk.
- Isi-Isi yang disertai dengan huraian dan
contoh, penggunaan penanda wacana,
peribahasa dan ungkapan amat digalakkan.
- Penutup karangan dengan membuat
kesimpulan atau rumusan tentang tajuk
karangan dengan memberi pendapat sendiri.
• Semak ejaan, tanda baca, tatabahasa, contoh
atau isi yang tertinggal atau kurang tepat.
BAHAGIAN C
(Cadangan masa : 20 minit)
Markah : 20

Membuat ulasan
PERKARA (pengajaran, nilai murni,
kebaikan, faedah dll)
Petikan (sastera/bukan
STIMULUS
sastera)
1 soalan sahaja (Tiada
BILANGAN SOALAN pilihan)
(Soalan wajib dijawab)
Tidak lebih 50 patah
JUMLAH PERKATAAN
perkataan

BENTUK JAWAPAN Satu perenggan


TEKNIK MENJAWAB SOALAN

1. Baca dan akur dengan arahan soalan.


2. Membaca dan memahami petikan secara
luncuran atau imbasan.
3. Gariskan ayat-ayat yang mengandungi
nilai murni.
4. Catatkan nilai-nilai murni yang berkaitan
dengan ayat yang telah digariskan.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

5. Menulis ulasan dengan menyatakan 4 / 5


nilai murni berserta huraiannya.
6. Ulasan ditulis dalam satu perenggan.
7. Panjang jawapan tidak kurang daripada
40 / 50 patah perkataan.Jangan terlalu
panjang dan sebaik-baiknya antara 50 –
100 patah perkataan sahaja.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

8. Huraian bagi setiap nilai murni hendaklah


diolah berdasarkan teks dan bukan disalin
semula.
9. Elakkan menulis “tidak” dan “jangan” untuk
nilai murni.
Contohnya : - jangan boros berbelanja
sepatutnya berjimat-cermat.
- tidak membuang masa
sepatutnya menghargai masa.
TEKNIK MENJAWAB SOALAN

10. Nilai negatif dalam petikan teks hendaklah


ditukarkan kepada nilai positif / nilai murni.
NILAI-NILAI MURNI

baik hati berdikari kejujuran


hemah tinggi hormat-menghormati kebebasan
keberanian bertanggungjawab rajin/tekun
jimat-cermat berdisiplin bersopan-santun
patriotik beramanah berazam/tekad
bertolak-ansur berhati-hati bersyukur
peramah mudah mesra baik sangka
menghargai masa menghargai jasa
tolong-menolong menjaga kebersihan
mengutamakan kesihatan
ARAHAN SOALAN
[ Masa dicadangkan : 20 minit ]

[ 20 markah ]

Tulis empat / lima nilai murni / pengajaran yang


boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak kurang
daripada 40 / 50 patah perkataan.
Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.
CONTOH PETIKAN 1
Aminah sedang membaca buku sambil menunggu bas
sekolahnya.Tiba-tiba,dia dihampiri seorang pengemis.
Pengemis itu meminta wang daripada Aminah. Aminah
telah memberikan wang syiling baki wang sakunya
kepada pengemis itu.Pengemis itu mengucapkan terima
kasih sebelum pergi. Aminah beratur semasa hendak
menaiki bas. Dia juga memberi peluang murid-murid
yang kecil menaiki bas dahulu.

Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang


murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas.
Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatannya itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
CONTOH PETIKAN
Ketika berada di dalam bas, dia ternampak seorang

murid tahun dua membuang sampah melalui tingkap bas.

Dia telah menegur budak itu dan memberitahunya bahawa

perbuatannya itu tidak wajar dilakukan kerana boleh

menimbulkan berbagai-bagai kesan.


TIP JAWAPAN

Nilai murni Bukti Kesan


1.
2.
3.
4.
5.
TIP JAWAPAN
Nilai murni Bukti Kesan
1. Menghargai membaca buku mengisi masa
masa
2. Bersimpati memberi derma dapat membantu
3. Berdisiplin beratur mengelakkan
kemalangan
4. Bertimbang- memberi disenangi
rasa peluang
5. Menjaga memberi memelihara
kebersihan nasihat alam sekitar
CONTOH ULASAN
Sebagai seorang murid yang baik,kita
hendaklah menghargai masa dengan membaca
buku untuk mengisi masa lapang. Selain itu, kita
perlulah
bersimpati terhadap orang miskin dengan menderma
bagi membantunya. Di samping itu, kita mestilah
berdisiplin dengan beratur agar tidak berlaku
kemalangan. Kita juga haruslah bertimbang rasa
kepada orang lain agar disenangi. Seterusnya kita
menjaga kebersihan dengan memberi nasihat
berguna untuk memelihara alam sekitar.

( 65 patah perkataan )
CONTOH PETIKAN 2
Hamdan bangun lewat pada pagi itu kerana dia
menonton televisyen hingga larut malam. Dia tidak
sempat bersarapan pagi.Dia terus mencapai basikalnya
untuk pergi ke sekolah tanpa bersalaman dengan ibu
dan bapanya.
Tiba di persimpangan jalan,dia tidak menghiraukan
lampu isyarat merah lalu terus memecut ke sekolah.
Mujurlah tiada kenderaan ketika itu.
Sesampainya di sekolah, dia terus berlari ke tapak
perhimpunan tanpa mengunci basikalnya. Dia terus
berlari walaupun semua murid sedang menyanyikan lagu
‘Negaraku’ untuk masuk ke dalam barisan kelasnya.
TIP JAWAPAN
NILAI MURNI BUKTI KESAN
1. Hargai masa bangun lewat ketinggalan
pelajaran
2. Hormat tidak bersalam tidak bersopan

3. Berdisiplin langgar lampu berlaku


isyarat merah kemalangan
4. Bertanggung mengunci tidak hilang
jawab basikal
5. Patriotik berdiri tegak tanda hormat
CONTOH ULASAN

Sebagai seorang murid yang baik, kita


hendaklah menghargai masa. Jika kita bangun
lewat,sudah tentu akan ketinggalan pelajaran di
sekolah.Selain itu,kita perlulah ada rasa hormat.
Andai kita tidak bersalaman dengan ibu bapa,itu
menandakan kita tidak sopan kepada mereka.Kita
juga haruslah berdisiplin.Jangan melanggar lampu
isyarat merah untuk mengelakkan kemalangan.
Di samping itu,kita haruslah bertanggungjawab.
CONTOH ULASAN

Sebaik-baiknya kita mengunci basikal supaya


tidak hilang.Seterusnya kita sewajarnya
mempunyai semangat patriotik. Kita
sepatutnya berdiri tegak semasa lagu ‘Negaraku’
dinyanyikan sebagai tanda hormat.

(80 patah perkataan)


CONTOH PETIKAN 3

KAJANG,7 Mei – Salim murid Tahun 6 SJK Mahkota telah berjaya


menyelamatkan anak jirannya yang terjatuh ke dalam kolam berhampiran
rumah mereka.Kejadian itu berlaku pagi semalam.Mangsa kejadian itu
ialah Chong, berumur 10 tahun.Kejadian itu berlaku ketika dia sedang
bermain bola bersama adiknya di tepi kolam itu.Chong terjatuh ketika
cuba mengambil bola yang bergolek masuk ke kolam.Jeritan Chong
telah didengari oleh Salim yang sedang belajar bersama-sama Raj. Salim
terjun ke dalam kolam dan berjaya menarik Chong ke tepi kolam dengan
bantuan kawannya, Raj. Ibu bapa Chong telah mengucapkan terima
kasih kepada Salim dan Raj kerana menyelamatkan anak mereka.Pihak
sekolah pula akan memberikan sijil penghargaan kepada Salim dan Raj.
upsr sjk 2006..
LATIHAN MENULIS ULASAN
NILAI BUKTI KESAN
1.

2.

3.

4.

5.
LATIHAN MENULIS ULASAN
NILAI BUKTI KESAN
1. tolong – menyelamatkan berbudi
menolong anak jiran
2. berhati-hati terjatuh mengelak
kemalangan
3. rajin belajar bersama berjaya

4. berani terjun selamatkan


nyawa
5. menghargai terima kasih gembira
jasa
Tulis beberapa nilai/pengajaran yang
boleh kamu dapati daripada puisi di
bawah. Panjang jawapan kamu mestilah
tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu
perenggan
Buah delima pelbagai rasa,
Dipetik sebelum waktu senja;
Dari kecil hinggalah dewasa,
Ibu bapa membelai penuh manja.

Dalam sungai dipasang bubu,


Masuk seekor ikan kelisa;
Sungguh mulia jasamu ibu,
Sepanjang hayat dikenang sentiasa
Limau kasturi jangan dilupa,
Beli juga sebungkus asam jawa;
Tidakku lupa jasamu bapa,
Sanggup berkorban harta dan nyawa.

Kacang dicampur santan kelapa,


Nasi berulam pucuk pegaga;
Terima kasih ibu dan bapa,
Bersyukur kita hidup bahagia.
• 1. kasih sayang
• 2. menghargai budi
• 3. membalas jasa
• 4. menghormati
• 5. bersyukur
CONTOH ULASAN
Kita hendaklah sayang akan ibu dan bapa
yang telah membesar dan mendidik kita hingga
dewasa.Selain itu,kita perlulah menghargai bakti
mereka yang telah menjaga dan membelai kita
dengan penuh kasih sayang.Di samping itu, kita
mestilah membalas jasa ibu dan bapa yang
sanggup berkorban harta dan nyawa demi anak-
anak.Kita juga hendaklah menghormati kepada ibu
dan bapa yang sungguh mulia jasanya.Seterusnya
kita sewajarnya bersyukur kepada Tuhan kerana
mempunyai ibu bapa dan hidup bahagia.
Ceritakan kebaikan ‘Aku’ dalam sajak di bawah. Panjang
jawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah
perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Aku
Menolong manusia,
Pakaian menjadi bersih,
Makanan boleh dimasak,
Badan sihat, hilang dahaga.
Kehadiran aku dinanti,
Aku pembawa rahmat,
Bagi petani aku dipuja,
Tanah yang kering menjadi subur dan lembab.
Bumi yang luas menghijau dengan pepohon,
Sungai yang cetek dipenuhi air,
Hidupan air menjadi gembira,
Sumber rezeki kepada manusia
Aku,

Menolong manusia,
Pakaian menjadi bersih,
Makanan boleh dimasak,
Badan sihat,hilang dahaga.
Kehadiran aku dinanti,
Aku pembawa rahmat,
Bagi petani aku dipuja,
tanah yang kering menjadi subur dan lembab.
Bumi yang luas menghijau dengan pepohon,
Sungai yang cetek dipenuhi air,
Hidupan air menjadi gembira,
Sumber rezeki kepada manusia.
CONTOH ULASAN

Kebaikan ‘aku’ dalam sajak di atas ialah


‘aku’ dapat membantu manusia menjaga
kebersihan. Selain itu, ‘aku’ boleh memberi
kesihatan yang baik kepada manusia.Di samping
itu,‘aku’ memberi rezeki kepada para petani
dengan menyuburkan tanaman.‘Aku’ juga dapat
mengindahkan alam sekitar. Seterusnya, ‘aku’
memberi kehidupan yang bermakna kepada
manusia dan semua hidupan di bumi ini.

(52 patah
perkataan)
ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN
ANDA
BAHAGIAN A

CEMERLANG, ayat gramatis, menepati stimulus,perbendaharaan


kata dan kosa kata meluas, ejaan dan tanda baca yang betul.

Keputusan BAIK, ayat jelas dan menepati stimulus,


perbendaharaan kata dan kosa kata sederhana
MEMUASKAN -mudah, ringkas dan sesuai dengan stimulus.
Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai.
Banyak kesalahan tanda baca, ejaan tetapi tidak menjejaskan
ayat.
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM bila ayat tidak sesuai dengan
stimulus, penggunaan perkataan yang terhad dan tidak besesuaian
dengan stimulus. Banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA
BAHAGIAN B
CEMERLANG-persembahan jelas, menarik, pengolahan idea
sangat baik, ayat gramatis bertepatan dengan tema, kosa kata dan
perbendaharaan kata meluas tiada kesalahan ejaan dan tanda
baca.
BAIK-persembahan jelas, pengolahan idea baik dengan ayat
gramatis sesuai dengan tema. Perbendaharaan dan kosa kata
sederhana. Terdapat kesalahan dalam tanda baca tetapi tidak
menjejaskan karangan.
MEMUASKAN-persembahan ringkas, menyatakan isi dengan
menggunakan ayat dasar, perbendaharaan dan kosa kata terhad.
Banyat kesalahan tanda baca dan ejaan
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM
Persembahan tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat,tidak
berkaitan dengan tema atau sukar difahami. Penggunaan
perkataan terhad dan banyak kesalahan ejaan dan tanda baca.
ANDA BERHAK UNTUK MENENTUKAN PENCAPAIAN ANDA
BAHAGIAN C
CEMERLANG-Ulasan jelas,tepat ayat gramatis, perbendaharaan
dan kosa kata meluas bersesuaian dengan rangsangan serta betul
penggunaan ejaaan dan tanda baca.
BAIK-ulasan jelas, tepat ayat gramatis, perbendaharaan dan kosa
kata yang sederhana serta bersesuaian dengan rangsangan
terdapat beberapa kesalahan ejaan dan tanda baca tetapi tidak
menjejaskan ayat.
MEMUASKAN –ulasan tepat ayat mudah dan ringkas.
Perbendaharaan kata dan kosa kata terhad dan sesuai. Terdapat
kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.
PENCAPAIAN TAHAP MINIMUM
Ulasan tidak menepati,penggunaan perkataan terhad dan tidak
bersesuaian dengan rangsangan serta banyak kesalahan ejaan
dan tanda beca.
SEKELUMIT
PENGALAMAN
DIKONGSI BERSAMA
SEKIAN,
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai