Anda di halaman 1dari 1

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi


makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu
untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis,
berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti
berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan


imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil
sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab,
ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur
ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras
putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah


ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak
bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah,
minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari,
biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan
berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan
jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta
salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar
dan teh herba

Anda mungkin juga menyukai