Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M

11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR.

Bil. KIU TEKS


1. Ketika Pihak penganjur mengucapkan selamat datang kepada tetamu
VIP masuk ke kehormat, diiringi Pengarah dan Timbalan Pengarah IPPM serta
Dewan tetamu undangan. Hadirin dipersilakan berdiri...terima kasih.

2. Mula Assalamualaikum… salam perpaduan kepada sekalian yang


berada di dalam dewan yang permai ini.

Itik angsa memakan nangka,


Makan sekali di tempat redup;
Hari Selasa majlis dibuka,
Hari ini majlis ditutup.

3. Doa
(Baca teks ini Awal Bismillah permulaan bicara,
jika ada Kata nan murni penyusun acara,
pembaca doa Mendoakan hadirin sihat sejahtera,
rasmi) Silakan tampil pendoa yang mulia.

Semoga kebaikan datang jua, Doa tulus pinta dilafazkan.

Untuk maksud itu, marilah kita bersama-sama mengaminkan doa


yang akan dilafazkan oleh …………………………………………
dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPPM.

Majlis mengucapkan terima kasih.

3a. Doa Hidup dikandung adat,


(Baca teks ini Adat berpaksi agama,
jika tanpa Majlis biarlah berkat,
pembaca doa Umul kitab lalu kita baca.
rasmi)
Al-Fatihah...

4. Sapaan kepada  Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah
Tetamu Pelajaran Negeri Johor yang mewakili Yang Berbahagia
(Sesuaikan ikut Datin Asariah binti Meor Shaharuddin, Timbalan Ketua
kehadiran Pengarah Pelajaran Malaysia;
sebenar)
 Yang Berusaha Puan Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor,
Pengarah IPPM;

 Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Wahid Akmal bin Omar,


Pengarah JHEOA Pahang;

 Yang Berusaha Encik Mohamad Hamizon bin Mohamad,


Timbalan Pengarah JHEOA Johor,

1
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M
11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR.

Bil. KIU TEKS

 Yang Berbahagia Datin Siti Hanifah binti Madarsa, Timbalan


Pengarah IPPM

 Pegawai-Pegawai JHEOA Rompin dan Segamat,

 Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah Rompin dan Segamat;

 Ketua-Ketua Jabatan, Guru-Guru Besar dan Guru-Guru


Penyelaras KIA 2M Rompin-Segamat/Pensiangan
Salinantan Negeri Melaka;

 AJK Pengelola Kem KIA 2M, ibu-ibu bapa dan murid-murid


yang dikasihi.

5. Ucapan
Pengarah  Apa tanda hari nak malam, suasana menjadi kelam;
 Apa tanda hari nak hujan, awan di langit bertukar hitam;
 Apa tanda hari nak siang, ayam berkokok sahut-sahutan;
 Apa tanda majlis nak mula, ucapan alu-aluan mula
diberikan.

 Untuk itu, majlis dengan takzimnya mempersilakan


Puan Hjh. Noor Hayatee binti Md. Noor, Pengarah IPPM
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

 Majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian puan


mengalu-alukan tetamu kehormat dan para hadirin.

6. Ucapan
Perasmian  Jika makan tanpa minum, takut tercekik, susah nanti;
Tetamu  Jika membaca tanpa faham, ketika ditanya, lantas diam;
Kehormat  Jika bernyanyi tanpa suara, penat mendengar, buang masa;
 Jika duduk tidak berlunjur, ketika berdiri, hendak tersungkur.
 Jika majlis tidak ditutup, amalan yang baik macam tak cukup.

 Oleh hal yang demikian, untuk mencukupkan pengisian acara,


tiba masanya pihak majlis mengalu-alukan tetamu
kehormat, Yang Berbahagia Tuan Haji Sufaat bin Tumin,
Pengarah Pelajaran Negeri Johor yang mewakili Yang
Berbahagia Datin Asariah binti Meor Shaharuddin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.. untuk
menyampaikan ucapan, seterusnya menutup rasmi Kem
KIA 2M 2008. Dipersilakan Tuan.

2
TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN RASMI KEM KIA 2M
11 SEPTEMBER 2008, PUSAT LATIHAN JHEOA, KLUANG, JOHOR.

Bil. KIU TEKS

 Ucapan Tuan penuh makna, majlis mengucapkan terima kasih


jua.

7. Cenderamata Lazimnya:
(Sesuaikan  Apabila ke sungai, yang dibawa pulang ialah ikan;
dengan  Apabila ke laut, yang dibawa selain ikan ialah siput;
keadaan  Apabila ke hutan, yang dibawa ialah hasil perburuan;
sebenar)  Apabila ke majlis, yang elok dibawa pulang tentulah oleh-
oleh barang secebis buat kenangan manis.

 Dengan ini, majlis mempersilakan Pengarah IPPM tampil


untuk menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan
kepada:
1. Tuan Haji Sufaat bin Tumin, Pengarah Pelajaran Johor
2. Wakil JHEOA Rompin
3. Wakil JHEOA Segamat
4. Wakil PPD Rompin
5. Wakil PPD Segamat

Terima kasih kepada Puan.

8. Bersurai
 Tiada ucapan seindah kemaafan;
 Tiada kemaafan semurni keikhlasan;
 Tiada keikhlasan setulus kesyahduan;
 Justeru, marilah kita melabuhkan tirai pertemuan;
mencampakkan sauh pelayaran; dan
merehatkan lelah kepenatan;
 Lalu, sampai di sini sahaja berhujungnya majlis penutupan
yang indah permai ini, dan dengan penuh insaf kita
menyusun kalimat harapan agar:
- penganjuran mengundang kesan;
- perbelanjaan tidak dipersiakan;
- pengetahuan sudi dikongsikan;
- kesamarataan dalam pendidikan
sama-sama kita perjuangkan.

 Wabillahittaufiq...

Kesempurnaan itu milik ALLAH, kepincangan itu milik


hamba. Sekian, salam hormat daripada saya:

MOHAMAD BIN MUSIP, IPPM. Ketemu lagi nanti...

3
* Kandungan teks tertakluk kepada perubahan dan pengubahsuaian, ikut cita rasa
penyampai dan keadaan sebenar dalam majlis.

Anda mungkin juga menyukai