Anda di halaman 1dari 9

STRES DALAM KALANGAN PELAJAR KEMAHIRAN HIDUP DI UNIVERSITI

PENDIDIKAN SULTAN IDRIS DAN STRATEGI MENANGANINYA

STRESS AMONG LIVING SKILLS STUDENT IN SULTAN IDRIS EDUCATION


UNIVERSITY AND STRATEGY TO OVERCOME IT
ELLIAH GOMPOUL
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM
Email:aleya_leeya@yahoo.com.my

SUPLI EFFENDI RAHIM


PROFESOR PADA FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM
Email:supli_effendi@fptv.upsi.edu.my

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti punca dan tahap stres, simptom stres yang dialami dan
langkah untuk menangani stress di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini melibatkan
seramai 40 orang sampel yang terdiri daripada pelajar-pelajar kemahiran hidup program Sarjana
Muda Kemahiran Hidup yang telah dipilih secara rawak dari fakulti Teknik dan Vokasional.
Kajian yang berbentuk tinjauan ini mengumpulkan data berdasarkan kepada borang soal selidik
yang diedarkan dan dijawab oleh sampel kajian. Data yang telah di kumpul, di analisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0 (SPSS)
secara deskriptif dan inferensi seperti skor min dan peratusan. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa punca utama stres dalam kalangan pelajar kemahiran hidup ialah disebabkan oleh faktor
persekitaran (min 3.21), diikuti oleh faktor akademik (min 3.12) dan faktor peribadi (min 3.02).
Manakala, simptom yang sering dialami ialah panik, takut gagal dan langkah menangani stres
yang biasanya digunakan oleh kebanyakan pelajar kemahiran hidup adalah berkongsi masalah
dengan keluarga dan mendekatkan diri pada Tuhan. Dapatan kajian ini juga menunjukkan
bahawa tahap stres pelajar kemahiran hidup di UPSI adalah berada pada tahap sederhana. Oleh
yang demikian pelajar-pelajar perlu bijak dalam menangani masalah berkaitan stres ini supaya
dapat menjalankan aktiviti harian dengan mudah dan tenang.

Kata kunci : Stres di IPTA , Kemahiran hidup, Strategi, Menangani

ABSTRACT

The purpose of study are to identify causes and stress level, the symptoms, method of handling
stress in Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). This study involves 40 sample from Living
skills education student that have been chosen randomly from faculty Technical and Vocational.
Set of questionnaire has been distributed to collect data. Then, data was analyzed by using the
1
Statistical Package for Social Sciences for Windows Version 16.0 (SPSS). It is including
descriptive and inferential statistic such as score mean and percentage. The main cause that
contributes to stress among living skills students is learning environment factor ( mean 3.21 ),
followed by academic or learning factor (mean 3.12 ) and personal or relationship interpersonal
factors (mean 3.02 ). The common symptoms are often caused panic, fear of failure. The method
that is normally used to overcome this stress problem is shared problem with family and getting
closer to god. Finding research indicates that stress levels among living skills students from in
UPSI are at the average level. Based on this, student themselves should overcome their stress
problem through intelligent approaches so that their daily activities can be performed effectively.

Key words : Stress in IPTA, Living skills, Strategy, Overcome

PENDAHULUAN

Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom (2002) tekanan merupakan sebahagian
daripada kehidupan manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut
peredaran masa. Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini.
Tekanan biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara meluasnya dalam
beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat dengan gaya hidup,
perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi dan kejutan budaya terhadap
perkembangan pemodenan yang mendadak.
Fenomena stress atau tekanan boleh dikatakan sering wujud dalam masyarakat moden.
Stress seolah-olah menjadi suatu perkara kebiasaan dalam kehidupan seseorang individu yang
terlalu sibuk dan kurang memberi perhatian dan mengambil berat kepada unsure keimanan.
Individu lebih cenderung menilai diri dari dimensi jasad sahaja tanpa menghubungkaitkan
dengan kekuasaan yang lebih besar daripada mereka. Keenggaan ini menjadi salah satu faktor
yang menyebabkan seseorang individu mengalami stres yang melampau atau ketegangan yang
teruk. Hal ini sekaligus akan memberi impak negatif yang mampu membahayakan kesihatan
rohani, mental, emosi dan jasmani. Sesetengah stress mungkin memberi kesan kepada perlakuan
kerja. (Mohd salleh Lebar,1991).
Fenomena stress atau tekanan juga boleh dikatakan sering wujud dalam kalangan pelajar
termasuklah pelajar institusi pengajian tinggi. Mereka tidak terlepas daripada mengalami tekanan
dalam hidup yang biasanya berkait rapat dengan pelajaran, persekitaran dan keluarga. Kajian ini
dijalankan untuk mengkaji punca dan tahap stress, simptom yang dialami akibat stress dan
strategi menangani stress dalam kalangan pelajar Kemahiran Hidup di Universiti Pendidikan
Sultan Idris.

2
METODOLOGI

Kaedah Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan secara deskriktif dengan menggunakan kaedah
pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih
murah dan masa yang diperuntukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi
data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh
memilih tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih
mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis.
Data kajian akan dikumpul daripada sampel melalui borang soal selidik. Melalui kajian ini,
ukuran kuantitatif dan kualitatif mudah diperolehi.

Tempat dan Masa

Kajian ini dijalankan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak. Para
responden adalah terdiri daripada pelajar program pendidikan Kemahiran Hidup. Responden
juga tidak tertumpuh kepada satu semester sahaja. Seramai 40 orang pelajar telah dijadikan
responden dalam populasi kajian ini. Masa kajian yang diperlukan untuk membuat penyelidikan
ialah pada masa terluang pengkaji dan dilakukan di tempat-tempat yang sesuai iaitu
perpustakaan, bilik kuliah, kafe dan perhentian bas dimana responden dipilih secara rawak.

Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian yang utama. Soal
selidik telah diedarkan kepada 40 responden. Soalan soal selidik kajian ini terdiri daripada tiga
bahagian. Bahagian A) Maklumat Latar Belakang Sampel, B) Tahap Stres dan Punca Stres, C)
Simptom akibat Stres dan D) Langkah Menangani Stres.

Analisis Data
Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian komputer
SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). Keputusan kajian akan
ditunjukkan dengan menggunakan jadual dan carta pie. Dalam kajian ini, setiap pernyataan
soalan adalah mengikut Skala Likert.

3
HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Punca Stress

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi punca stres yang dibahagikan kepada tiga
faktor iaitu faktor akademik, factor peribadi (hubungan interpersonal) dan faktor persekitaran
pembelajaran. Berdasarkan skor min yang diukur, faktor yang paling tinggi menyumbang kepada
stres pelajar kemahiran hidup ialah disebabkan oleh faktor persekitaran pembelajaran diikuti
dengan faktor akademik dan seterusnya faktor peribadi. Skor min untuk punca stres paling tinggi
ialah disebabkan oleh faktor persekitaran pembelajaran iaitu 3.21 (tahap sederhana), skor min
untuk faktor akademik ialah 3.12 (tahap sederhana) manakala untuk faktor peribadi skor min
ialah 3.02 (tahap sederhana). Tetapi jika dilihat pada setiap item dalam faktor peribadi, item yang
mempunyai skor min yang tinggi, iaitu menghadapi masalah menguruskan masa dengan skor
sebanyak 3.95 (tahap tinggi). Dapatan kajian ini bersesuaian dengan kajian Riggio (2003) yang
menekankan bahawa faktor persekitaran sesebuah organisasi boleh mendatangkan masalah stres
kepada individu. Dapatan kajian ini turut sependapat dengan Ooi Yoon Phaik (2002) yang mana,
dapatan kajiannya terhadap pelajar IPT menunjukkan bahawa faktor persekitaran merupakan
penyumbang utama stres pelajar berbanding faktor akademik, kewangan, keluarga, sosial dan
interpersonal.

Tahap stres ini diukur dengan menjumlahkan skor sampel untuk keseluruhan soal selidik
dengan 40 item. Tiga tahap ditentukan iaitu tahap stres rendah, sederhana dan tinggi. Walaupun
tahap stres untuk semua punca berada pada tahap yang sama iaitu sederhana, tetapi terdapat
perbezaan dari segi skor min yang telah di analisis. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan
sampel pengkaji terdiri daripada pelajar kemahiran hidup tahun akhir yang sudah lama melalui
tempoh pengajian di Universiti Pendidikan Sultan Idris ini. Di samping itu, kebanyakan sampel
yang mengikuti pengajian kemahiran hidup di sini adalah majoriti minat terhadap kursus yang
diambil. Oleh sebab itu, stres yang dihadapi berada pada tahap sederhana sahaja. Berikut adalah
jadual keseluruhan skor min punca dan tahap stress pelajar kemahiran hidup.

Item Kenyataan Min Tahap stres


1 Faktor Akademik 3.12 Sederhana

2 Faktor Peribadi (Hubungan 3.02 Sederhana


Interpersonal)

3 Faktor Persekitaran Pembelajaran 3.21 Sederhana

Keseluruhan 3.11 Sederhana

Jadual 1: Keseluruhan Skor Min Punca dan Tahap Stres

4
Faktor menghadapi masalah menguruskan masa menyumbang kepada stres pelajar
kemahiran hidup. Ini mungkin disebabkan pelajar terlalu memikirkan untuk melaksanakan
semua perkara dalam satu masa sehingga tidak bijak menguruskan masa dengan baik dan
mencampuradukkan masalah peribadi dengan pelajaran. Hatta Saidi (2002) menyatakan
pengurusan masa yang betul dapat mengelakkan seseorang daripada mengalami stres, maka
mereka perlu menyediakan jadual harian untuk memastikan mereka tidak membuang masa
dengan begitu saja. Pengurusan masa yang bijak akan mengelakkan pelajar berasa tertekan
dalam menempuhi hidup sebagai seorang pelajar.

Keadaan asrama atau rumah sewa yang tidak selesa seperti bising, terlalu ramai penghuni
dan kotor, sedikit sebanyak mengundang stres kepada pelajar, tambahan lagi peraturan yang
ketat menyekat kebebasan pelajar untuk melakukan sesuatu. Pendapat ini bersesuaian dengan
kenyataan Shamsul (2002), di mana suasana belajar yang tidak memuaskan akan memberi stres
kepada pelajar kerana ia boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu.
Berdasarkan pendapat Kaplan (1983) yang menyatakan bahawa stres wujud akibat daripada
kegagalan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran. Tuntutan persekitaran yang
melampaui keupayaan individu dan kegagalan individu menyesuaikan tuntutan tersebut akan
menyebabkan individu rasa tidak puas hati dalam memenuhi keperluannya sendiri. Seterusnya, ia
akan menyebabkan individu mengalami ketegangan.

Simptom Akibat Stress

Daripada 20 simptom yang disenaraikan, simptom stres yang selalu dialami oleh sampel ialah
simptom panik, takut gagal yang mencatatkan skor min tertinggi iaitu 4.10. Diikuti simptom
kedua tertinggi iaitu simptom sakit perut, cirit-birit, sembelit, loya yang mencatatkan skor min
sebanyak 3.85. Simptom hilang selera makan dan sukar untuk tidur masing-masing mencatatkan
skor min 3.70 merupakan simptom ketiga tertinggi. Dalam kajian ini, simptom panik, takut gagal
yang sering dialami oleh pelajar kemahiran hidup. Ini kerana sebagai seorang pelajar, mereka
terpaksa melaksanakan tugasan yang sentiasa ada tidak kira masa sehingga sanggup berjaga
malam untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Tanda-tanda fizikal yang lain menurut kajian ini ialah
kaki dan tangan kerap berpeluh, sukar tidur, hilang selera makan, berat badan yang menyusut
atau berat badan naik mendadak, berasa sesak nafas dan tangan sering menggeletar. Ini kerana
mereka terlalu memikirkan masalah yang menimpa tanpa bertindak dengan sewajarnya. Oleh
kerana tidak dapat mengawal stres dengan baik, berkemungkinan pelajar akan sentiasa berada
dalam keadaan berdebar dan serabut. Rajah 1 menunjukkan salah satu simptom akibat stres yang
sering dialami oleh pelajar kemahiran hidup di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

5
Rajah 1 : Simptom akibat stres yang paling tinggi dialami oleh pelajar

Berdasarkan analisis yang dibuat, simptom stres yang dialami oleh sampel kajian ini,
keseluruhannya berada pada tahap sederhana. Ini mungkin disebabkan pelajar kemahiran hidup
masih boleh mengawal masalah stres yang dihadapi dengan baik dan sekarang semangat pelajar
lebih kuat. Simptom stres boleh dikenal pasti berdasarkan tiga kategori tindak balas, iaitu
fisiologi, psikologi dan tingkah laku. Tindak balas fisiologi terhadap stres ialah menimbulkan
simptom-simptom seperti sakit perut, cirit-birit, sembelit, dan loya (Fatimahwati, 2002)

Pelajar yang mengalami stres sering menghadapi masalah dari segi kesihatan, fikiran
bercelaru dan keadaan ini akan mengganggu kehidupan sebagai seorang pelajar. Ini mungkin
disebabkan terlalu memikirkan tentang pelajaran dan masalah peribadi sehingga mendatangkan
stres. Tindak balas psikologi pula terhadap stres ialah perubahan-perubahan emosi yang berlaku
seperti perasaan tidak puas hati, mudah marah, sedih, gelisah, merasa kecewa dan berputus asa
dan murung. Menurut Kasmini (1992), antara tanda-tanda psikologi akibat stres ialah tidak boleh
menyesuaikan diri dengan rakan sebaya sehingga menimbulkan masalah untuk bergaul, suka
bersendirian, mudah cemas, cepat marah dan mengalami kemurungan.

Strategi Menangani Stress


Kajian yang telah menyenaraikan 10 item yang dikenal pasti berkaitan langkah atau tindakan
dalam menangani stres. Hasil analisis data menunjukkan bahawa berkongsi masalah dengan
keluarga yang selalu digunakan oleh sampel dalam menangani stres dengan skor min yang paling
tinggi iaitu 3.95. Manakala mendekatkan diri dengan Tuhan merupakan cara kedua yang selalu
digunakan oleh sampel dalam mengendalikan perasaan tertekan atau stres iaitu skor min 3.80.
Manakala item yang ketiga tertinggi ialah beriadah iaitu skor min sebanyak 3.78. Hasil analisis
data menunjukkan bahawa pelajar kemahiran hidup lebih suka berkongsi masalah dengan
keluarga. Hal ini menunjukkan pelajar kemahiran hidup lebih mengutamakan dan rapat dengan
ahli keluarga masing-masing dan menjadikan mereka sebagai individu tempat berkongsi masalah
yang dihadapi. Ia merupakan cara positif (produktif) yang selalu digunakan oleh responden

6
dalam menangani masalah stres. Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan pelajar
mengambil tindakan yang positif dalam menangani masalah stres. Rajah 2 menunjukkan strategi
menangani stress yang selalu digunakan oleh pelajar kemahiran hidup apabila menghadapi stress.

Rajah 2: Strategi menangani stres yang paling tinggi digunakan oleh pelajar

Langkah mendekatkan diri kepada tuhan turut dijadikan strategi yang sering digunakan
oleh pelajar kemahiran hidup dalam menangani stress. Cara ini sependapat dengan kajian yang
dibuat oleh Harussani (2004) yang mendapati bahawa dengan bersolat, berdoa, wirid, berzikir
dan mengaji al-Quran boleh mengubat emosi yang tertekan dan resah gelisah. Selain itu, tidur
juga merupakan cara digunakan oleh pelajar kemahiran hidup untuk melegakan stres kerana
dengan tidur pelajar dapat melupakan sekejap masalah stres yang dihadapi. Langkah lain yang
biasa dilakukan oleh pelajar kemahiran hidup ialah berfikiran positif apabila menghadapi
pelbagai dugaan selagi bergelar pelajar di mana pelajar kemahiran hidup bersikap positif dalam
persekitaran yang mencabar dengan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah dan cuba
melakukan yang terbaik di dalam sesuatu perkara.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Secara rumusannya, hasil kajian ini mendapati bahawa pelajar kemahiran hidup merupakan
golongan yang mudah terdedah kepada stres dalam melaksanakan tanggungjawab dan peranan
mereka di universiti. Walaupun tahap stres dalam kalangan sampel kajian ini adalah sederhana,
namun usaha-usaha perlu dilakukan oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan tahap
stres pelajar adalah terkawal serta mampu menguruskan pembelajaran di universiti secara efektif.

Kajian ini juga telah menentukan punca-punca utama penyebab stres dalam kalangan
pelajar kemahiran hidup program Sarjana Muda Pendidikan Kemahiran hidup dan simptom-
simptom stres yang dialami serta langkah-langkah menangani yang biasanya digunakan apabila
berhadapan dengan stres. Oleh kerana pelajar merupakan aset yang paling berharga di universiti,
maka faktor penyebab stres dan kesannya kepada mereka haruslah diberi perhatian secara
komprehensif oleh pelbagai pihak di universiti bagi memastikan kecemerlangan pelajar dalam
pelbagai aspek seperti mental, emosi, kerohanian dan fizikal tercapai agar ianya selari dengan

7
hasrat universiti untuk menghasilkan graduan yang berilmu, kelas pertama yang berkualiti,
berkaliber, gemilang, cemerlang dan terbilang akan terlaksana.
Daripada kesimpulan yang telah dibincangkan, penyelidik ingin memberikan beberapa
cadangan atau saranan bagi mengatasi dan membina serta memantapkan lagi kajian pada masa
akan datang. Pengkaji membuat beberapa cadangan supaya kajian berkaitan stress serta
penggunaan strategi dapat diteruskan dengan lebih intensif. Malah ia mencakupi lebih banyak
persoalan yang bersangkutan dengan implikasi daripada stress yang dialami serta penggunaan
strategi menangani stress. Ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang berktrampilan dari segi
emosi,mental,tingkah laku dalam pelbagai aspek kehidupan dan seterusnya dapat melahirkan
generasi yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
Antara cadangan yang boleh diperbaiki oleh pengkaji pada masa akan datang antaranya
ialah Kewujudan Unit bimbingan dan Kaunseling di setiap universiti juga perlu di maksimumkan
kefungsiannya bagi meningkatkan keyakinan diri dalam menempuhi sesuatu cabaran dan
dugaan. Kelab pembimbing rakan sebaya (PRS) juga mesti diaktifkan dan dapat memainkan
peranan dengan lebih baik untuk pelajar-pelajar melibatkan diri untuk mengatasi stress yang
dialami. Selain itu pelajar juga dapat memanfaatkan PRS di universiti untuk tujuan
pelajaran,penyelesaian masalah dan sebagainya.
Selain itu, memandangkan kajian ini menggunakan sampel yang terhad dan dilakukan
dalam masa yang singkat. Oleh itu,pengkaji mengharapkan pada masa akan datang kajian lain
dapat dilakukann dengan menggunakan saiz sampel yang besar dan lebih banyak universiti
dilibatkan dalam membuat kajian. Bagi kementerian pendidikan Malaysia adalah dicadangkan
agar meneliti maklumat-maklumat yang diperoleh daripada kajian ini terutamanya maklumat
yang berkaitan dengan persekitaran universiti yang mempengaruhi tahap stress pelajar
berdasarkan faktor demografi seperti jantina, latar belakang keluarga, tempat tinggal dan
sebagainya. Maklumat-maklumat ini sangat berguna terutamanya dalam menggubal dasar-dasar
berkaitan dengan pendidikan negara. Penyelidik juga mencadangkan supaya memperhebatkan
kempen-kempen,sesi ceramah,seminar akademik dan sebagainya supaya dapat membuka minda
para pelajar.

8
BIBLIOGRAFI

Ainshah Omar. 2001. “Menangani Tekanan. Kertas Kerja.” Wacana Wanita di Yayasan Dakwah
Islamiah Kuala Lumpur 21 Jun 2001
Anderson, E.D. and Cole, B., (1988). “Stress Factors to Reported Academic Performance and
Burnout.” Journal of Education.
Fatimahwati Halim (2002). “Tekanan di Tempat Kerja.” Dalam Pasca Sidang Seminar Psikologi
PSIMA 2, Yahaya Mahamood & et al. (ed.). Bangi: Jabatan Psikologi UKM.
Harussani Hj. Zakaria. 2004. “Pengurusan Stress, Satu Tinjauan dari Perspektif Islam.” Kertas
Kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam,
Institut Pembangunan Pengurusan Johor dan IKIM, pada 27-28 Julai 2004.
Hatta Saidi Mohamed Hatta Shahrom (2002). “Menguruskan Stress Pendekatan yang
Praktikal.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kaplan, B. H. 1983. “Psychosocial Stress Trends In Theory And Research.” New York:
Academic Press.
Kasmini Kassim (1992). “Psikiatri Kanak-Kanak.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mastura Mahfar, Fadilah Zaini dan Nor Akmar Nordin, (2007). “ Analisis Faktor Penyebab
Stres Di Kalangan Pelajar.” Jurnal Kemanusiaan: Universiti Teknologi Malaysia.
Ooi, Yoon Phaik, (2002). “Stress and Anxiety among Engineering Students and Non-
Engineering Students at UTM.” UTM : Tesis Sarjana.
Riggio, E.R., (2003). “Introduction to Industrial/Organizational Psychology.” 4th
edition.Prentice-Hall, New Jersey.
Shamsul Bahrain Haron (2002). “ Pengurusan Tekanan Di Kalangan Remaja.” Seminar
Kaunseling dan Psikologi Remaja 2002, Politeknik Shah Alam.