Anda di halaman 1dari 29

LUAS & ISIPADU

KH 2243 : Ukur Kejuruteraan


Pensyarah : Khairul Nizam b. Abdul Maulud
Luas dan Isipadu

‰ Pengiraan banyak terlibat di dalam kerja-kerja pengukuran ukur


kejuruteraan.
‰ Antara pengiraan yang penting di dalam ukur kejuruteraan adalah
pengukuran luas kawasan dan juga isipadu tanah.
‰ Keluasan memainkan peranan yang penting kerana ia akan melibatkan
pengiraan isipadu tanah
‰ Kerja-kerja yang biasa dilakukan di dalam kejuruteraan adalah seperti
road alignment, kawasan tadahan air, pembinaan terowong dll
‰ Isipadu Kerja Tanah adalah;
‰ Untuk membina “alignment” laluan di mana dapat menentukan garisan
jalan dan juga menanda lokasi penimbusan dan juga penambakan jalan.
‰ Untuk merancang kerja terutama di dalam menganggarkan masa dan kos
pembinaan.
‰ Untuk menentukan jumlah bayaran yang perlu di buat terhadap kontraktor
yang bertugas.
Keluasan (Asas)
Keluasan (Asas)
Isipadu (Asas)
Isipadu (Asas)
Unit Keluasan dan Pengukuran

Ukuran Panjang/jarak
‰ 1 Ling = 0.201168 meter
‰ 1 Kaki = 0.3048 meter
‰ 1 inci = 0.0254 meter
‰ 1 meter = 3.28084 kaki
Ukuran Luas
‰ 1 ekar = 0.404686 hektar
‰ 1 ekar = 4046.86 meter²
‰ 1 hektar = 2.47105 ekar
‰ 1 meter ² = 10.7639 kaki²
‰ 1 kaki² = 0.092903 meter²
‰ 1 meter² = 24.71054 ling²
Kiraan luas dengan menggunakan koordinat

Kaedah 1
(kaedah dua
kali luas)
Kiraan luas dengan menggunakan koordinat

Kaedah 2

R
Keluasan (Bagi kawasan yang tidak rata)

‰ Kiraan luas bagi tanah tidak rata adalah lebih merujuk kepada kerja-
kerja sebenar
‰ Kerja keluasan yang biasa dikira adalah kiraan keluasan tasik,
keluasan kawasan pembinaan dan kiraan lot-lot perumahan
‰ Banyak kaedah yang boleh digunakan dan antaranya adalah
‰ Kaedah Planimeter
‰ Kaedah Trapezoidal
‰ Kaedah titik tengah
‰ Kaedah Simpson’s
Keluasan (Kaedah Trapezoidal)

‰ Untuk mendapatkan keluasan ABCD, asas AD diberikan nilai yang


sama bagi setiap sela (d).
‰ Nilai koordinat y1, y2, y3, dan seterusnya adalah pengukuran yang tepat
berdasarkan kepada keadaan muka bumi sebenar.
‰ Pengiraan yang dikira adalah dengan mengira kesemua luas trapezium
yang ada.
‰ The area of a trapezium = ½ (sum of the parallel sides) (perpendicular
distance between the parallel sides).
Keluasan (Kaedah Trapezoidal)

2 3

1 1 1 1 1

Luas = (lebar Sela) [½ (nilai pertama + nilai terakhir) + jumlah baki nilai]
Keluasan (Kaedah Simpson’s )

‰ Kaedah ini memberikan ketepatan yang lebih baik berbanding dengan


kaedah trapezium
‰ Luas ABCD = d / 3 [(y1 + y7 ) + 4(y2 + y4 + y6) + 2(y3 + y5)]
‰ Luas = 1/3 (lebar sela) [(nilai pertama dan terakhir) + 4( jumlah genap)
+ 2 (jumlah ganjil)]
ISIPADU (Umum)

‰ Isipadu banyak digunakan di dalam kerja-kerja pembinaan,


penambakan dan penimbusan tanah dan perancangan pembinaan.
‰ Pembayaran terhadap kerja tanah dilakukan berdasarkan kepada
jumlah isipadu tanah yang telah di angkut.
‰ Jumlah isipadu dikira dan ianya bergantung kepada bentuk mukabumi
dan juga luas lapangan.
ISIPADU (Keluasan Keratan Rentas)
‰ Muka bumi rata

b = lebar pembentukan (formation width)


h = kedalaman/ketinggian pada garisan tengah
w = lebar sisi (side width) = b / 2 + mh
m = kecerunan

Keluasan = ½ h (2w+b)
= h(b + mh)
ISIPADU (Keluasan Keratan Rentas)
‰ Muka bumi tidak rata (aras tanah tetap/seragam)

b = lebar pembentukan (formation width)


h = kedalaman/ketinggian pada garisan tengah
w = lebar sisi (side width)
m = kecerunan tambakan/timbusan k = kecerunan tanah
ISIPADU (Keluasan Keratan Rentas)
‰ Muka bumi tidak rata (aras tanah tidak tetap/seragam)

b = lebar pembentukan (formation width)


h = kedalaman/ketinggian pada garisan tengah
w = lebar sisi (side width)
m = kecerunan tambakan/timbusan k = kecerunan tanah

J J
ISIPADU (Asas)

‰ Isipadu tanah perlu dikirakan berdasarkan kepada bentuk tapak.


‰ Kaedah pengiraan isipadu tanah adalah seperti berikut;
A. Kaedah keratan rentas (cross-sections)
Biasanya digunakan untuk kerja-kerja yang panjang dan sempit
seperti jalan raya, keretapi, paip air dan gas dll

B. Kaedah kontor (contours)


biasanya digunakan untuk kawasan yang lebih besar seperti
takungan, pemandangan daratan, tapak pembinaan semula dll

C. Kaedah titik ketinggian (spot height)


Biasanya digunakan untuk kawasan yang lebih kecil seperti
tangki bawah tanah, tingkat bawah tanah, tapak bangunan dll
A. Kaedah Keratan Rentas

‰ Keratan rentas dihasilkan dengan sela yang bersesuaian.


‰ Isipadu dikira dengan menghubungkan luas keratan rentas dengan
jarak diantaranya.
‰ Dua kaedah yang sesuai digunakan adalah ;
‰ Kaedah Prismoid (Prismoidal)
‰ Kaedah Luas hujung (End Areas)
‰ i) Kaedah Prismoid (Prismoidal)
D = Jarak serenjang antara hujung satah selari

A1 dan A2 = Luas hujung satah


M = Luas tengah, luas satah selari dengan satah hujung dan
dipertengahan diantaranya
V = Isipadu prismoid

Formula umum prismoid :

V = D/6 (A1, + 4M + A2)


A. Kaedah Keratan Rentas

‰ Untuk mengira isipadu satu siri luas keratan rentas A1, A2, A3,…. An
yang mempunyai sela jarak d, formula Simpson untuk isipadu boleh
digunakan.
‰ Formula : V = sela (d) / 3 (A1, + 4A2 + 2A3 + 4A4…… + 2An-2 + 4An-1 + An)
@ = sela (d) / 3 [(luas pertama dan terakhir) + 4( luas genap) +
2 (luas ganjil)]
‰ Contoh pengiraan
Dengan menggunakan rumusan prismoid, kirakan kandungan isipadu satu benteng di
mana luas keratan rentas pada sela 15m adalah seperti berikut;

V = 15 / 3 (11 + 220 + 4 ( 42 + 72 + 180 ) + 2 ( 64 + 160))


= 5 ( 231 + 1176 + 448 )
= 9275 m3
A. Kaedah Keratan Rentas

‰ ii) Kaedah Luas hujung (End Areas)


‰ Kejituan kaedah ini adalah lebih kurang sama dengan penggunaan
rumusan prismoid di mana luas keratan tengah tidak diukur secara
langsung
‰ Formula : V = sela (d) {[( A1 + An) / 2 ] + A2 + A3 + …… An-1}
‰ Contoh pengiraan ;
Dengan menggunakan kaedah luas hujung, kirakan kandungan isipadu satu benteng di
mana luas keratan rentas pada sela 15m adalah seperti berikut;

V = 15{[ (11 + 220) / 2 ] + 42 + 64 + 72 + 160 + 180 }


V = 9502.5 m3
B. Kaedah Kontor

‰ Garis kontor boleh digunakan untuk pengiraan isipadu dan secara


teorinya kaedah ini adalah yang paling tepat.
‰ Rumusan yang digunakan untuk pengiraan isipadu ialah dengan
menggunakan formula luas hujung atau hukum Simpson
‰ Penerangan
Gambarajah di atas menunjukkan satu kawasan kontur pada sela 5 meter dan
bagaimana garis kontur kerja cadangan, di dalam kes ini satu dinding
empangan dengan satu jalan masuk melalui satu pemotongan, yang
ditunjukkan dengan garis putus, menentukan garis luar pelan kerja. Ini
menunjukkan isipadu kerja tanah dihitungkan menggunakan kedudukan garis
kontur
B. Kaedah Kontor
‰ Isipadu dinding empangan dan jumlah pemotongan boleh diperolehi daripada
garis kontur dengan mengira isipadu tanah dalam kawasan kerja hingga ke
permukaan aras umum dan kemudian mengira isipadu baru dari garis kontur
‰ Penggunaan kontur merupakan satu kaedah yang praktik bagi mengira isipadu
seperti isipadu air dalam satu takungan.
‰ Merujuk rajah di atas, isipadu air yang akan terkandung sehingga paras kontur
60m boleh dihitung berdasarkan maklumat di bawah;

‰ Menggunakan kaedah luas hujung;


V = 2.5 { [ (12 + 1950)/2] + 135 + 660 + 1500 }
= 8190 m3
‰ Menggunakan hukum Simpson daripada formula prismoid;
V = ( 2.5 / 3 ) [ 12 + 1950 + 4(135 + 1500) + 2 (660) ]
= (2.5 / 3 ) (9822)
= 8185 m3
C. Kaedah titik tinggi (spot height)

‰ Kedah ini merupakan kaedah yang sering digunakan untuk kerja-kerja


pengorekan dan kedalaman.
‰ Kawasan dibahagikan kepada segi empat sama atau segi empat tepat.
‰ Isipadu dikira daripada hasil purata panjang sisi setiap prisma tegak
dan luas keratan rentas.
‰ Saiz segi empat bergantung kepada darjah kejituan yang diperlukan.
‰ Tujuannya adalah untuk menghasilkan luas permukaan tanah di dalam
setiapnya yang boleh dianggap rata.
C. Kaedah titik tinggi (spot height)

‰ Contoh pengiraan
Rajah di atas menunjukkan aras terlaras satu plotan segi empat tepat
yang hendak dikorek sedalam 8 m di atas datum. Kirakan purata aras
tanah dan isipadu tanah yang hendak dikorek?
PENYELESAIAN
‰ Pengiraan daripada segi empat tepat
Jumlah bilangan Hasil
A.L. yang di
Stesen A.L. gunakan= n (A.L.) x n
A 12.16 1 12.16
B 12.48 2 24.96
C 13.01 1 13.01
D 12.56 2 25.12
E 12.87 4 51.48
F 13.53 2 27.06
G 12.94 1 12.94
H 13.27 2 26.54
J 13.84 1 13.84

∑n = 16 207.11

Aras Purata = 207.11 / 16


= 12.944 m

Kedalaman pengorekan = 12.944 – 8.00


= 4.944

Isipadu = Jumlah Luas x Kedalaman


= 30 x 20 x 4.944
= 2966.4 m3
PENYELESAIAN
‰ Pengiraan daripada segi tiga
Jumlah bilangan Hasil
A.L. yang di
Stesen A.L. gunakan= n (A.L.) x n
A 12.16 1 12.16
B 12.48 3 37.44
C 13.01 2 26.02
D 12.56 3 37.44
E 12.87 7 90.09
F 13.53 2 27.06
G 12.94 2 25.88
H 13.27 2 26.54
J 13.84 2 27.68
∑n = 24 310.55

Aras Purata = 310.55 / 24


= 12.940 m

Kedalaman pengorekan = 12.940 – 8.00


= 4.940

Isipadu = 30 x 20 x 4.940
= 2964.0 m3
........ TAMAT.....

Anda mungkin juga menyukai