Anda di halaman 1dari 16

Penghargaan

Semasa membuat projek ini, saya telah mendapat bantuan dan sokongan daripada
ibu bapa, guru serta pengetua .

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua Sekolah Kampung
Nangka sebab memberi kebenaran untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, ibu bapa
kami juga memberi sokongan kepada saya. Semasa menjalankan projek ini, saya telah
menhadapi pelbagai masalah. Namun, dengan dorongan ibu bapa saya, saya dapat
menjalankan kajian ini dengan sempurna.

Akhir sekali, ,saya juga hendak berterima kasih kepada guru bimbingan saya iaitu
Puan Habsah Johari yang sentiasa memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada saya.
Dengan ini, Saya dapat menjalankan projek ini dengan secepat mungkin.

1
2
1.1 KONSEP DAN DEFINISI DISIPLIN
Disiplin merupakan peraturan atau undang-undang yang bertujuan untuk membentuk
para pelajar selari kehendak agama ,norma-norma masyarakat dan undang-undang
sesebuah negara. Namun begitu sesuatu yang mulia tidak mudah diterima oleh
golongan pelajar, apatah lagi banyak unsur lain mempengaruhi perkembangan mental
mereka. Gejala seperti ponteng sekolah, melawan guru, bersikap antisosial(peraturan),
bergaduh,membuli, merokok dan sebagainya adalah masalah yang sering
diperkatakan.

Mengikut Kamus Bahasa Melayu terbitan Utusan Publication and Distributors


Sdn. Bhd. (1995) mendefinisikan disiplin sebagai “ kepatuhan, kesetiaan dan ketaatan
kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan”. Manakala mengikut Kamus Dewan
Edisi Baru Terbitan DBP, KL (1989) mendefinisikan disiplin sebagai “Latihan
terutamanya pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut
peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya hukuman atau denda
dikenakan”.

Mengikut Barbara An Kipter, Ph.D dalam Roger’s 21st Century Thesaurus, beliau

3
mengatakan disiplin itu adalah “latihan dan dendaan. Terdapat 3 kategori masalah
disiplin atau kesalahan iaitu berat, sederhana dan ringan. Kesalahan disiplin yang
berat dan sederhana akan dimaklumkan kepada ibubapa untuk perhatian dan tindakan.
Kesalahan-kesalahan yang ringan dan yang lebih berat sepatutnya direkodkan.

1.2 Pendahuluan

Fenomena melanggar disiplin sekolah merupakan satu masalah yang perlu


diselesaikan secepat mungkin. Jika tidak generasi pelajar dan golongan remaja akan
membesar menjadi manusia yang bakal menimbulkan pelbagai masalah sosial di
dalam masyarakat. Kemerosotan akhlak di kalangan generasi muda pasti akan
merugikan negara dalam jangka masa yang panjang. Kajian ini bertujuan untuk
melihat pandangan pelajar sendiri mengenai apakah jenis masalah disiplin yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah. Kajian ini juga ingin melihat
adakah faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, bilangan adik-beradik
dan pengaruh rakan sebaya mempunyai corak hubungan dengan jenis
masalah disiplin yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah menengah.
Penyelidikan yang dijalankan adalah berbentuk gabungan kualitatif dan kuantitatif.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah soal selidik.

4
1.3 Latar Belakang Masalah

Isu yang berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah sering
diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus pihak media masa. Masalah disiplin
melibatkan para pelajar sekolah menengah begitu ketara dan ini amat meresahkan
para ibu bapa serta masyarakat umum seluruhnya.

Satu kes dilaporkan di dalam akhbar Harian Metro ( 19 Julai 2007), beberapa
remaja berumur bawah 15 tahun sanggup ‘mengikat perut’ dengan berjimat duit
belanja sekolah, semata-mata untuk berkongsi wang bersama rakan bagi melanggan
pelacur. Adakan anda percaya dengan artikel ini, terapi itulah hakikat pelajar sekolah
menengah zaman sekarang. Perlakuan yang tidak pernah terfikir oleh orang dewasa
untuk melakukannya. Mereka hanyalah pelajar berumur bawah 15 tahun yang tidak
mampu untuk mengawal diri dalam menghadapi pengaruh rakan sebaya yang lebih
tua daripada mereka. Kegiatan ini terbongkar setelah seorang pelajar tingkatan tiga

5
dikenali sebagai Ahmad Firdaus, 15 tahun yang mengaku mula terjebak dengan
kegiatan itu ketika 5 berumur 14 tahun selepas terpengaruh dengan pujukan rakan
yang lebih tua. Dia berkata, pada mulanya dia mengikuti rakan yang dipanggil ‘abang’
berumur 20-an mengunjungi kawasan pelacuran sekadar mahu ‘mencuci mata’.
Apabila sampai di Lorong Haji Taib mereka bukan sekadar melihat malah mereka
melanggan pelacur dengan harga RM100. Aktiviti ini telah menyebabkan mereka
ketagih sehingga sanggup berlapar semata-mata untuk mengumpul duit dari belanja
harian untuk melanggan pelacur. Malah pelajar ini berani melanggan pelacur pada
siang hari.

Jikalau kita lihat situasi ini, dapatlah kita katakan bahawa tahap kemerosotan
disiplin pelajar sekolah menengah kita sudah berada di tahap yang serius dan perlu
ditangani dengan segera. Isu pelajar sekolah menengah berkhalwat sudah biasa kita
dengar. Mereka tidak segan silu bercumbuan, berpelukan dengan berpakaian sekolah.
Bagi mereka perkara ini adalah biasa untuk remaja zaman sekarang. Di manakah
sikap kesedaran mereka terhadap pegangan agama dan nilai-nilai moral yang di ajar di
sekolah. Akhbar Harian Metro melaporkan guru Pendidikan Jasmani sebuah sekolah
menengah kebangsaan ditangkap berdua-duaan bersama seorang pelajar perempuan
sekolahnya. Mereka ditangkap penduduk kampung kira-kira jam 9.30 pagi dipercayai
ketika sedang lena tidur di dalam bilik berkenaan, sebelum diserahkan kepada pihak
berkuasa untuk tindakan selanjutnya. ( Harian Metro, 18 Julai 2007 )

Begitulah bebasnya pelajar sekolah menengah zaman sekarang, di mana mereka


seronok mencuba perkara-perkara yang mencabar dan baru bagi mereka. Mereka
mengambil sikap sambil lewa dalam perkara-perkara ini. Mereka sudah tidak ada
perasaan malu dan sanggup melakukan apa saja dan dengan siapa saja . Di sini dapat
kita lihat guru juga memainkan peranan dalam masalah disiplin pelajar, di mana guru
menjadi pendorong kepada pelajar untuk melakukan perkara-perkara yang tidak
sepatutnya dilakukan oleh seorang pelajar sekolah menengah.“15 pelajar MRSM itu
dibuang sekolah selepas didapati memukul 10 pelajar tingkatan dua dengan

6
menggunakan batang penyapu dalam kejadian awal pagi, 12 Jun lalu ( Hayati, Harian
Metro , 17 Julai 2007 ).”

Salah laku disiplin pelajar bukan saja berlaku kepada pelajar-pelajar yang lemah
dalam pelajaran malah pelajar – pelajar yang cerdik dan pintar juga tidak boleh lari
dari melakukan salah laku disiplin. Petikan di atas menunjukkan 15 orang pelajar
Maktab Rendah Sains Mara dibuang sekolah kerana didapati membuli 10 pelajar
tingkatan dua dengan memukul menggunakan batang penyapu pada 12 Julai yang
lalu. Budaya ini sering berlaku di sekolah-sekolah yang mempunyai asrama. Di mana
pelajar –pelajar‘Senior’ akan membuli pelajar-pelajar ‘Junior’. Budaya ini sudah
lama berlaku tapi sampai sekarang tak boleh di atasi. Di mana silapnya, adakah ianya
terletak dibahu KPM, JPN, PPD, pihak sekolah, ibu bapa, guru atau sikap pelajar itu
sendiri. Kita sebagai ibu bapa dan juga masyarakat perlulah memandang serius
masalah kemerosotan disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah dan perlulah
mengenal pasti faktor-faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Seterusnya
mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

7
1.4 Pernyataan Masalah

Kajian ini adalah merupakan satu kajian untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan faktor - faktor yang mempengaruhi berlakunya masalah disiplin di kalangan
pelajar sekolah menengah di sekitar Kampung Nangka. Faktor – faktor yang dikenal
pasti untuk dibuat kajian ialah pengaruh ibu bapa dan rakan sebaya, pengaruh sikap
pelajar, pengaruh guru dan pengaruh peraturan sekolah terhadap masalah disiplin
pelajar sekolah menengah di sekolah sekitar Kampung Nangka. Pengkaji ingin
memastikan faktor yang manakah yang dapat memberi pengaruh yang kuat terhadap
berlakunya masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.

8
1.5 Objektif Kajian

Masalah disiplin di sekolah Kampung Nangka adalah satu isu yang sentiasa menarik
minat para penyelidik dan masyarakat.Terdapat banyak faktor yang menyumbang
berlakunya masalah disiplin di sekolah Kampung Nangka. Dalam kajian ini, melihat
pandangan pelajar sendiri mengenai apakah jenis masalah disiplin yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar sekolah Kampung Nangka. Kajian ini juga ingin
melihat adakah faktor-faktor seperti umur, jantina, pendapatan keluarga, bilangan
adik-beradik dan pengaruh rakan sebaya mempunyai corak hubungan.

9
1.6 Kaedah kajian

a) Soal Selidik
Soal selidik dilakukan dengan cara menggunakan borong soal selidik untuk mendapat
maklumat tambahan yang dianggap penting bagi mengelapkan bahan kajian. Saya
memilih 45 orang responden untuk mendapatkan maklumat.

b) Rujukan Kepustakaan
Maklumat diperolehi daripada bahan-bahan terbitan dalam bentuk buku,internet dan
akhbar. Maklumat yang diperolehi itu akan dicatat dan dianalisis untuk dijadikan
laporan hasil kajian.

10
2.0 METODOLOGI KAJIAN

2.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini merupakan satu kajian lapangan yang menggunakan soal selidik. Saya
menggunakan satu set soal selidik. Terdapat satu bahagian sahaja dalam set soal

11
selidik ini yang digunakan untuk mengukur faktor-faktor yang berlaku masalah
disiplin dalam kalangan murid.

2.2 Sasaran Kajian

Saya memilih sebuah sekolah sahaja iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan


Kampung Nangka. Sekolah ini dipilih kerana ia menunjukkan perangkaan masalah
disiplin yang agak tinggi. Kedudukan sekolah ini di bandar, dijangkakan saya akan
dapat melihat penglibatan pelajar di bandar dalam masalah disiplin.

2.3 Batasan Kajian

Dalam kajian ini masalah disiplin ini hanya dikaji di sekolah SMK Kampung
Nangka.

Subjek kajian pula dipilih di kalangan pelajar yang berumur antara 16 hingga
18 tahun iaitu pelajar-pelajar dari tingkatan empat dan lima. Ini kerana dalam usia
tersebut masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar adalah nyata dan mereka berada
di alam pertengahan remaja yang akan menghadapi masalah dalam penyelesaian
perkembangan diri. ISaya juga terhad dalam memilih pelajar yang dikategorikan
terlibat dalam masalah disiplin.

2.4 Alat Instrumen kajian

Alat pengukuran yang digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik. Alat
kajian ini hanya mengandungi satu bahagian sahaja. Borang soal selidik tersebut
mengenai maklumat diri subjek yang mengandungi item-item seperti tingkatan,

12
jantina, pendapatan ibu bapa, dan taraf pendidikan ibu bapa. Ia dapat dilihat dengan
jelas seperti contoh berikut:

Item ke 5: Pendapatan ibu bapa sebulan:

1. Kurang RM 200

2. RM 200 – RM 800

3. RM 801 – RM 1400

4. RM 1401 – RM 1999

5. lebih RM 2000

Item ke 6: Taraf pendidikan ibu bapa

a) Darjah Enam

b) SRP/PMR

c) SPM

d) STPM

f) Ijazah

g)Lain-lain

3.0 Dapatan Kajian

Saya telah menjalankan kajian untuk menunjukkan dan memberi gambaran mengenai
soal dan keadaan masalah disiplin di sekolah. Hasil daripada kajian itu menunjukkan
bahawa masalah disiplin di sekolah.

13
Melayu
10, 22% 11, 24%
Cina

Iban
13, 30% 11, 24%
Tidak
terlibat

Carta3.1:Bilangan murid yang terlibat dalam masalah disiplin


Carta pai di atas menunjukkan bilangan murid yang terlibat masalah disiplin di
sekolah. Seramai 45 orang pelajar iaitu 15 orang melayu,15orang cina dan 10 orang
Iban telah saya disoalkan melalui borang soal selidik. Didapati 11 orang (24%) pelajar
melayu, 11 orang(24%) pelajar cina yang mengakui diri sendiri terlibat dalam
masalah disiplin. Manakala bagi pelajar Iban pula seramai 13 orang(30%) yang
terlibat dalam masalah disiplin. Pelajar yang tidak terlibat dalam masalah disiplin
hanya terdapat 10 orang(22%) pelajar.
Daripada kajian di atas, kebanyakan pelajar SMK Kampung Nangka pernah terlibat
dalam masalah disiplin.
12 orang
12
10 9 orang
8 8 orang

6
4 3 orang 3 orang
2
0
Sekolah PMR/SPR SPM/MCE STPM Ijaz ah
rendah
14
Carta3.2: Masalah disiplin berlaku mengikuti tahap pendidikan ibu bapa

Carta di atas menunjukkan hubungan masalah disiplin dengan taraf pendidikan ibu
bapa. Seramai 12 orang (34.29%) mempunyai pendidikan darjah enam/ sekolah
rendah, 9 orang (25.71%) PMR/SRP, 8 orang (22.86%) SPM/MCE, 3 orang (8.57%)
STPM dan seramai 3 orang (8.57%) mempunyai pendidikan ijazah. Ini
menggambarkan bahawa pelajar-pelajar ibu bapanya memiliki taraf pendidikan
rendah iaitu, PMR/SRP dan SPM lebih banyak terlibat dengan masalah disiplin
berbanding dengan pelajar yang ibu bapanya mempunyai pendidikan tinggi kecuali
ibu bapa mempunyai pendidikan hanya darjah enam/sekolah rendah.

15
15 14 orang

10 10 orang
6 orang
5
2 orang 3 orang
0

0
0

99

00
20

0
80

14

19

20
RM

RM

RM

RM
-R
1-
ri

1-

ri
20

01
da

80

da
14
RM
g

RM
an

h
RM

bi
ur

Le
K

Carta3.3:Masalah disiplin mengikut pendapatan ibu bapa

Carta palang di atas menunjukkan hubungan masalah disiplin mengikut


pendapatan keluarga. Seramai 2 orang (5.7%) mempunyai pendapatan kurang
RM200, 14 orang (40%) berpendapatan antara RM 201 - RM 800, 10 orang (28.6%)
berpendapatan antara RM 801 - RM 1400, 6 orang (17.14%) berpendapatan antara
RM 1401 – RM 1999 dan seramai 3 orang (8.57%) mempunyai pendapatan melebihi
RM 2000 sebulan.

Daripada kajian ini didapati bahawa pelajar yang mempunyai ibu bapa
berpendapatan rendah lebih banyak terlibat dengan masalah disiplin berbanding
dengan pelajar yang ibu bapanya berpendapatan tinggi kecuali ibu bapa
berpendapatan kurang daripada RM200.

16

Anda mungkin juga menyukai