Anda di halaman 1dari 13

Konsep Asas Hubungan Etnik

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD SHAHIRAN BIN ROSLI
MASYARAKAT

• Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat


dengan aturan dan cara tertentu.

• Merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkongsi budaya yang


sama, menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan
mereka sebagai entiti yang bersatu padu dan berbeza dengan yang
lain

• Masyarakat adalah kelompok manusia yang mempunyai hubungan


sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Hubungan mungkin
dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal dan lain-lain.
• Akan mewujudkan satu organisasi atau
institusi tertentu yang dapat menyatukan lagi
manusia dalam kumpulan unit sosial.
• Jadi masyarakat didefinasikan sebagai jaringan
perhubungan pelbagai individu yang merujuk
kepada pergaulan hidup dan keseluruhan
hubungan sosial.
ETNIK

• Istilah etnik diambil dari perkataan yunani iaitu etnos yang


bermakna orang.
• Bahasa – kaum atau bangsa.
• Istilah - Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan
ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan
ekonomi dan sebagainya.
• Etnik ialah berkenaan bangsa manusia, ia juga tidak memaksa
perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang
unsur sesuatu kaum.
ETNISITI

• Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu


kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.
ETNOSENTRISME

• Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota


sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka
jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.
• Sesuatu perspektif melihat kelompok lain
daripada lensa kaca mata sendiri.
RAS

• Ras (Race) adalah kumpulan manusia yang terdiri daripada


lelaki dan perempuan yang berkongsi ciri-ciri biologi
tersendiri yang diwarisi, dan dapat dibezakan dengan jelas
dalam masyarakat (Macionis, 1998:214). Pada suatu ketika
dahulu, manusia pernah dibahagikan kepada kategori
Caucasoid, Mongoloid, Negroid dan Australoid dengan
berdasarkan kepada perbezaan fizikal seperti warna kulit,
warna rambut, rupa bentuk dan lain-lain.
• Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.
RASISME

• Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh


sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok
lain berdasarkan ciri-ciri fizikal-biologikal atau ras
semata-mata.
• Rasisme adalah gabungan prejudis dan kuasa
melalui diskriminasi berasaskan warna kulit,
mata dan ciri-ciri fizikal-biologikal lain.
TAHAP RASISME
• Individu
– Dalam bentuk kepercayaan dan sikap individu
– Wujudnya ras tertentu yang berstatus yang lebih
tinggi dan yang lebih rendah
• Tahap Institusi
– Melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat
diskriminasi, seterusnya membentuk ketidaksamaan
bagi masyarakat daripada ras yang berbeza
– Dapat dilihat dengan tersirat di dalam struktur sosial
PREJUDIS

• Pandangan negatif yang tersemat di dalam hati


seseorang atau suatu etnik yang tidak diluahkan
mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang
lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat dan
biasanya tidak diluahkan secara terbuka.
• Apabila prejudis disuarakan ia dipanggil stetreotaip.
STEREOTAIP

• Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu


kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu
kumpulan etnik.
• Menimbulkan implikasi yang buruk di
malaysia.
DISKRIMINASI

• Perbuatan membandingbezakan seseorang individu


atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri
etnik semata-mata.
• Merupakan terjemahan kepada prasangka.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai