Anda di halaman 1dari 8

Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik - Presentation Transcript

1. KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE

2. ETNIK DAN RAS

o ETNIK

o Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian,
bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya.

o RAS

o Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


3. ETNISITI, ETNOSENTRISME & RASISME

o ETNISITI

o Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu
sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

4.
o ETNOSENTRISME

o Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka
jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

o RASISME

o Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu
kelompok lain berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.

5. PREJUDIS, STEREOTAIP & DISKRIMINASI

o PREJUDIS

o Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang lazimnya tidak berasaskan maklumat
yang tepat dan biasanya tidak diluahkan secara terbuka.

6.
o STEREOTAIP

o Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan
tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

o DISKRIMINASI

o Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-
ciri etnik semata-mata.

7. MASYARAKAT & BANGSA

o MASYARAKAT

o Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

o BANGSA
o Jenis manusia daripada satu asal keturunan atau kumpulan manusia dalam satu ikatan
ketatanegaraan.”

BAB 1- KONSEP ASAS HE


8. CIRI-CIRI MASYARAKAT BAB 1- KONSEP ASAS HE

9.
o Manusia yang hidup berkelompok

 Mereka yang hidup bersama, saling mengenali dan bergantungan.

o 2. Melahirkan kebudayaan

 Tiada masyarakat maka tiadalah budaya dan sebaliknya.

 Budaya itu pula diwarisi dari generasi ke generasi berikutnya dengan proses
penyesuaian.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


10.
o 3. Mengalami perubahan

 Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri.

o 4. Berinteraksi

 Masyarakat berhubung dan bekerjasama di antara ahli dan ini akan mencetuskan
interaksi.

 Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


11.
o 5. Terdapat Kepimpinan

 Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga, ketua kampung, ketua negara dan sebagainya.

 Kepimpinan dalam masyarakat Melayu awal, bercorak tertutup kerana pemilihan


berdasarkan keturunan.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


12.
o 6. Terdapat stratifikasi sosial

 Ia meletakkan seseorang pada kedudukan dan peranan yang harus dimainkannya atau ia
merujuk kepada susun lapis masyarakat.

 Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu kelas, status dan kasta

BAB 1- KONSEP ASAS HE


13.
o Kelas : Kedudukan seseorang dalam masyarakat berdasarkan pemilikan harta atau kekayaan.

o Status : Jangkaan peranan yang dimainkan oleh individu dalam masyarakat seperti penerimaan
gelaran Dato’, Haji dan Lebai.

o Kasta : Kelas sosial yang keahliannya ditentukan hanya melalui kelahiran dan dalam hidupnya tidak
berlaku mobiliti sosial.
14. KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT BAB 1- KONSEP ASAS HE

15.
o 1. Manusia hidup bermasyarakat

 Perlakuan seseorang itu adalah berkaitan dengan masyarakatnya.

 Seseorang itu dicermin dan mencerminkan masyarakatnya.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


16.
 2. Memahami cara hidup bermasyarakat

 Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individu itu


bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendak masyarakat setempat.

o 3. Memahami budaya dan masyarakat lain

 Tidak akan mengalami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersedia


menghadapi perbezaan yang wujud.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


17.
o 4. Memupuk kerjasama di antara masyarakat

 Perhubungan merangkumi masyarakat dunia keseluruhannya.

 Dapat mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan senjata dan
sebagainya.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


18. KONSEP BUDAYA

19. BUDAYA

o Cara hidup orang ramai termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan dan tabiat berfikir serta
cara perlakuan manusia yang menggerakkan jiwa.

o Budaya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

 Budaya kebendaan

 Budaya bukan kebendaan

20.
o Budaya kebendaan : Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan
sebagainya.

o Budaya bukan kebendaan : Kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang contohnya adat istiadat
yang berbeza-beza dalam perkahwinan.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


21.
o Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam
sekitar dari segi sosial dan fizikal.

o Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi.


o Adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidup
bermasyarakat dan berbudaya.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


22. Peranan utama pembentukan sesuatu budaya:

o Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti.

o Memupuk kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan,


spiritual dan mental.

o (Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

BAB 1- KONSEP ASAS HE


23. CIRI-CIRI BUDAYA BAB 1- KONSEP ASAS HE

24.
o 1. Dipelajari

 Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari dan ia melibatkan banyak
unsur seperti asimilasi dan adaptasi.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


25. Faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran :

o Agen-agen sosialisasi seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi latihan dan sebagainya.

o Nilai yang mendapat keutamaan dalam sesebuah masyarakat itu.

o Umur seseorang.

o Tahap pendidikan.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


26.
o 2. Dikongsi

 Ia bermaksud setiap perlakuan itu diramal dan didokong oleh sekumpulan manusia.

 Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan


masyarakat.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


27.
o 3. Sejagat

 Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.

 Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam, pengaruh luar dan tahap
penyesuaian anggota.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


28.
o 4. Diwarisi

 Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya.

 Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada budaya terdahulu.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


29.
o 5. Berubah

 Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan.

 Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


30. Faktor perubahan budaya:

o Pertambahan bilangan anggota masyarakat.

o Pertambahan keperluan dan keinginan manusia.

o Penemuan dan penciptaan teknologi baru.

o Pertembungan budaya.

o Konflik yang berlaku.

o Perubahan alam sekitar.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


31.
o 6. Perlambangan

 Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan seperti logo, bendera, ukiran dll.

o 7. Pandangan Semesta

 Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikan tafsiran terhadap keadaan


alam sekeliling ke dalam kehidupan seharian.

 Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapat dengan alam sekitar.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


32. FUNGSI BUDAYA DALAM KEHIDUPAN

o Memenuhi keperluan hidup.

o Panduan kepada anggota masyarakat bertingkahlaku.

o Mengatur hubungan sesama manusia

o Galakan untuk manusia mencipta.

o Alat penyatuan dan pengenalan identiti.

BAB 1- KONSEP ASAS HE


33. TAHAP HUBUNGAN ETNIK BAB 1- KONSEP ASAS HE

34. SEGREGASI

o Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara.

o Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.

o Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid di Afrika Selatan.

35. AKOMODASI
o Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

o Switzerland adalah negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik
Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara mereka.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


36. AKULTURASI

o Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu
kebudayaan lain yang berlainan.

o Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asal
masyarakat yang menerima.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


37. ASIMILASI

o Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

o Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


38. Sambungan….

o Semua kumpulan lama kelamaan akan mematuhi pola-pola kebudayaan golongan dominan dan
melupakan kebudayaan dan identiti masing-masing.

o Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


39. Proses asimilasi berlaku apabila terdapatnya:

o Etnik yang berbeza budaya.

o Individu di dalam atau di antara etnik sering berinteraksi.

o Interaksi berlaku dalam tempoh yang lama.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


40. Faktor kejayaan asimilasi:

o Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.

o Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

o Kelompok minoriti adalah kecil.

o Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


41. Faktor penghalang asimilasi:

o Kurang pengetahuan kebudayaan sehingga menimbulkan perasaan takut terhadap budaya lain.

o Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.

o Wujud perbezaan kepentingan antara etnik yang terlibat.


o Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya oleh etnik minoriti.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


42. AMALGAMASI

o Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

o Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-
jenis budaya dan ras yang baru.

o Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

o Diwakili oleh f ormula : A+B+C=D

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


43. PLURALITI BUDAYA

o Menerapkan pencapaian keseragaman dalam hal-hal yang penting kepada negara seluruhnya tetapi
dalam masa yang sama setiap kaum dibenarkan mengekalkan ciri-ciri kebudayaannya tersendiri.

o Diwakili oleh formula: A + B + C = A + B + C (A, B dan C merujuk kepada budaya).

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


44. KELEBIHAN PLURALITI BUDAYA

o Boleh menjadi satu ‘penghubung penstabil’ antara cara hidup lama dengan cara hidup baru.

o Dapat mengelakkan sedikit sebanyak disorganisasi sosial dan peribadi yang mungkin timbul akibat
kejutan budaya.

45. MASYARAKAT PLURALITI BARU

46. MASYARAKAT PLURALITI BARU

o Gabungan dua atau lebih masyarakat yang hidup bersama dalam satu unit politik atau dalam satu
kerajaan.

o Ia wujud hasil dari pluraliti budaya yang terdapat dalam sesebuah negara.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


47. CIRI-CIRI MASYARAKAT PLURALITI BARU

o Pemerintah dan yang diperintah ada yang berlainan bangsa dan hidup dalam komuniti yang
berasingan.

o Satu set nilai budaya dan politik yang yang dikongsi oleh komuniti yang berbeza melalui persetujuan
kebangsaan.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


48.
o Kecenderungan untuk meramal konflik ekonomi dalam konteks bangsa.

o Bangsa-bangsa yang berbeza tetapi mempunyai keinginan yang sama seperti keamanan dan
kesejahteraan.

o 5. Sedikit campur tangan pihak luar kadang-kala mungkin diperlukan bagi meleraikan konflik yang
mungkin wujud di antara masyarakat pluraliti baru ini.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


49. Masyarakat pluraliti baru dapat dikenali melalui:
o Kepelbagaian budaya yang terdapat dalam satu kelompok besar manusia.

o Lebih banyak keutamaan bangsa dalam politik.

o Kewujudan unit politik yang dibentuk oleh budaya-budaya masyarakat.

SAS/CTU 553 BAB 1- KONSEP ASAS HE


50. PLURALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

o Model masyarakat Islam Madinah.

o Surah al-Hujurat:13

Anda mungkin juga menyukai