Anda di halaman 1dari 2

BERIBADAT DI SEPANJANG BULAN MUHARRAM.

 Tahukah anda apakah rahsia di sebalik bulan Muharram?

Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah
dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihi. Hijrah Rasulullah telah
memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan
syiar Islam itu sendiri.Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau
“dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah.
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak
pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi
dengan larangan  tersebut.

Peristiwa-peristiwa penting:1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat


penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada
hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan
yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharram juga telah berlaku:1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah2. Nabi Idris
diangkat oleh Allah ke langit.3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah
bumi ditenggelamkan selama 6 bulan4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran
Raja Namrud5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa6. Nabi Yusuf dibebaskan
dari penjara7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah8. Nabi Ayub
dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut
ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam10. Laut Merah terbelah dua
untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun11. Kesalahan Nabi
Daud diampuni Allah12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar13. Hari
pertama Allah menciptakan alam14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat15. Hari
pertama Allah menurnkan hujan16. Allah menjadikan ‘Arasy17. Allah menjadikan Luh
Mahfuz18. Allah menjadikan alam19. Allah menjadikan Malaikat Jibril20. Nabi Isa diangkat
ke langit

Diantara amalan yang disunatkan dalam bulan Muharaam iaitu:1. Berpuasa.    Maksud
Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan    Muharram pahalanya seumpama
berpusasa 30 tahun.    Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam    bulan
Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah    tulis padanya pahala seperti mana
beribadat selama 2 tahun.2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan
sebagainya.3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak
3X4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X 14 perkara yang sunat
dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri    fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya
pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin    fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah    fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam


golongan  yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat    fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim    fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon
pokok di syurga bagi    tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah    fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor   
gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi    pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri    fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa


diterangi cahaya  keimanan.

8. Mandi Sunat    fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu    lafaz niat : sahaja aku
mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak    fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu

10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali    fadhilat – Allah akan memandanginya
dengan pandangan rahmah diakhirat    nanti

11 Sembahyang sunat empat rakaat    fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau
telah berlarutan    selama 50 tahun melakukannya.    lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat
hari Asyura empat rakaat    kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas
fatihah di    baca Qulhuwallah sebelas kali.

12 Membaca     “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”     


fadhilat – Tidak mati pada tahun ini

13.Menjamu orang berbuka puasa    fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang
Islam berbuka puasa.

14.Puasa    Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.   
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu    kali syahid dan
diharamkannya daripada neraka. 

Semoga bermanfaat dan dapat dipanjangkan kepada yang lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai