Anda di halaman 1dari 29

Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Jualan Peniaga Pasar


Malam

Fauzilah Salleh, Noryati bt Yaakub dan Mazuri bt Abd. Ghani


Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, Gong Badak

Wan Kuntom bt Wan Sulong


Fakulti Kontemporari Islam
Universiti Darul Iman Malaysia
Kampus KUSZA, Gong Badak

ABSTRAK

K ajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang


mempengaruhi jualan peniaga pasar malam. Faktor-faktor yang diuji
adalah sumber kewangan, citarasa dan pilihan pengguna, permintaan
terhadap produk, usia perniagaan dan jumlah pekerja. Kajian ini telah
menguji 10 hipotesis yang memungkinkan faktor-faktor yang dikenalpasti
sebagai mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam. Kajian ini
mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar
malam adalah jumlah pekerja dan usia perniagaan. Dapatan kajian ini
boleh digunakan oleh para akademik untuk kajian perbandingan dan
menyediakan khidmat nasihat kepada peniaga-peniaga dan bakal peniaga-
peniaga yang berminat untuk berniaga di pasar malam.

Kata Kunci: peniaga pasar malam ; prestasi jualan


JEL Classification Codes :

Fauzilah Salleh , Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Darul Iman
Malaysia, Kampus KUSZA, Gong Badak,21300 Kuala Terengganu, Terengganu,
Malaysia.
Email: fauzilah@udm.edu.my
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

1.0 Pengenalan
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan pasar malam sebagai
kelompok gerai yang menjual barang-barang makanan keperluan atau
tempat orang berjual beli pada waktu malam. Pasar malam kebiasaannya
beroperasi seawal jam 5.00 petang dan berakhir hingga 12.00 malam. Pasar
malam merupakan tempat menjalankan perniagaan runcit yang
dikategorikan sebagai pasar/gerai yang bergerak, susunan gerai yang
memanjang menyusuri jalan dan menggunakan tapak awam atau
persendirian (Muhammad Fisal Ibrahim: Soh Kok Leng, 2003). Perniagaan
pasar malam juga ditakrifkan sebagai aktiviti penjajaan walaupun ianya
semi-statik atau bermusim. Pasar ini menjalankan perniagaan komoditi
pengguna yang luas dari makanan dan juga barang-barang bukan makanan
yang beroperasi sekali atau dua kali seminggu di tempat yang berlainan.
Kewujudan pasar malam adalah disebabkan terdapatnya penawaran dan
permintaan daripada pihak peniaga pasar malam yang memberi peluang
kepada mereka untuk menambah pendapatan dan bagi pembeli pula pasar
malam dapat membantu mereka memperolehi kepelbagaian keperluan
harian dengan harga yang murah. Antara kepelbagaian keperluan harian
yang terdapat di pasar malam yang menjadikan pasar malam diminati oleh
semua lapisan masyarakat ialah barang-barang keperluan dapur (barang
kering dan basah), pakaian, buah-buahan, makanan, minuman dan beberapa
barangan lain. (www.hbp.usm.my)

Aktiviti peniaga pasar malam adalah menyumbang kepada Industri Kecil


dan Sederhana (IKS) yang mempunyai nilai ekonomi. Peranan yang
dimainkan oleh peniaga-peniaga pasar malam amatlah besar dalam
menjana ekonomi. Menurut Kamus Dewan menjana ekonomi bermaksud
mengadakan, melahirkan mengeluarkan dan menghasilkan kekayaan atau
kebendaan sesebuah negara. Halvorson dan Raundi (1992) dalam kajiannya
menyatakan perniagaan mikro mempunyai nilai ekonomi iaitu menjana

2
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

pendapatan dan output, memberi peluang pekerjaan yang murah,


menggunakan input domestik dan mengeluarkan produk/perkhidmatan
yang murah.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Malaysia dianggap sebagai industri


yang berkembang pesat dan juga merangsang serta menyumbang ke arah
pencapaian objektif pembangunan ekonomi negara. Industri ini
menghasilkan pekerjaan yang memerlukan pelbagai kepakaran dan
pendidikan, kekuatan hubungan dalam komuniti kekeluargaan, menghalang
kehilangan populasi, menarik kepakaran dan pelaburan dalam komuniti dan
menghasilkan kestabilan yang berpanjangan (Minoo dan Charles, 2003).
IKS didefinisikan sebagai syarikat-syarikat yang mempunyai pekerja
sepenuh masa tidak melebihi 150 orang dan jualan tahunan tidak melebihi
RM25 juta. Menurut Bancian Asas Penubuhan dan Syarikat (Baseline
Census of Establishments and Enterprises) yang dilancarkan pada Mac
2005, ke atas sektor pertanian, perkilangan (termasuk asas tani) dan
perkhidmatan, daripada 523,132 syarikat dan perusahaan yang memberi
respons, didapati 99.2% atau 518,996 perniagaan adalah IKS yang
menyumbang kepada jumlah output sebanyak 38%. Dari segi pekerjaan
pula, IKS yang menyumbang sebanyak 65.1% daripada jumlah pekerjaan
datangnya dari sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Bancian
juga mendapati majoriti IKS adalah kecil di mana 79% atau 411,849
syarikat adalah syarikat mikro yang mempunyai pekerja yang bekerja
sepenuh masa kurang dari 5 orang (BNM, 2006).

Beberapa faktor secara langsung dan tidak langsung dikenalpasti sebagai


perangsang kepada perkembangan IKS di Malaysia. Skim bantuan oleh
kerajaan adalah faktor penting dalam memperkenalkan IKS. Sebagai
contoh, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.1 billion melalui
Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK9) sebagai peruntukan untuk

3
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

menyokong industri ini. Perdana Menteri dalam ucapan pembentangan


RMK9 menyarankan supaya melaksanakan produk dan proses secara
inovasi, membina perniagaan yang berpandangan jauh dan menggunakan
teknologi yang canggih dan berkemampuan. Selain daripada bantuan
kerajaan, perubahan persekitaran seperti globalisasi dan pembangunan
teknologi juga merangsang perkembangan IKS di Malaysia. Di bawah
RMK9, semua IKS disarankan untuk melihat ke hadapan dan melabur
dalam inovasi, teknologi, modal insan dan memproses secara inovasi untuk
mempastikan pembangunan produk-produk baru dan perkhidmatan yang
berterusan yang mampu bersaing di pasaran global.

Definisi oleh Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)


Malaysia (2005) syarikat mikro adalah berpandukan kepada jumlah jualan
tahunan yang kurang dari RM200,000 dan mempunyai pekerja sepenuh
masa kurang dari 5 orang seperti di jadual 1. Dari takrifan tersebut, antara
sektor yang dikenalpasti berada di bawah kategori ini adalah penjaja-
penjaja yang meliputi pasar awam dan persendirian, kelompok gerai, dan
juga peniaga pasar malam. Kerajaan telah mengiktirafkan sektor penjajaan
dan pasar malam sebagai salah satu kegiatan ekonomi yang penting yang
dijalankan di merata-rata tempat di Malaysia. Ia juga merupakan satu
sektor yang terbukti mampu membekalkan perkhidmatan jualan runcit
kepada golongan pengguna dan saluran pembekalan barang dan
perkhidmatan pengeluar.

4
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Jadual 1. Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana

Kategori Industri Mikro Industri Kecil Industri Sederhana

Sektor Bilangan Pekerja : Bilangan Pekerja: 5 Bilangan Pekerja: 20


Pertanian Kurang dari 5 orang hingga 19 orang hingga 50 orang
Asas Jualan Tahunan: Jualan Tahunan: Jualan Tahunan:
Kurang dari RM200,000 hingga RM1 RM 1 juta hingga RM5
RM200,000 juta juta

Perkilangan Bilangan Pekerja: Bilangan Pekerja: 5 Bilangan Pekerja: 51


(Termasuk Kurang dari 5 orang hingga 50 orang hingga 150 orang
Asas Tani) Jualan Tahunan: Jualan Tahunan: Jualan Tahunan: RM 10
Kurang dari RM250,000 hingga RM10 juta hingga RM 25 juta
RM250,000 juta

Perkhidmatan Bilangan Pekerja: Bilangan Pekerja: 5 Bilangan Pekerja: 20


(Termasuk Kurang dari 5 orang hingga 19 orang hingga 50 orang
Teknologi
Maklumat Jualan Tahunan: Jualan Tahunan: Jualan Tahunan:
dan Kurang dari RM200,000 hingga RM1 RM1 juta hingga RM5
Komunikasi) RM200,000 juta juta

Sumber: Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (2005)

2.0 Pernyataan Masalah


Dalam laporan Bank Negara Malaysia (2006), 99% dari syarikat-syarikat
semasa adalah daripada IKS yang majoriti (81%) datangnya daripada
syarikat mikro. Industri ini hanya menyumbang sebanyak 6% kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 7.7% kepada pekerjaan.
Sumbangan ini nyata sekali rendah berbanding dengan purata global iaitu
sebanyak 80% IKS yang menyumbang kepada 50% KDNK.
Memandangkan tahap sumbangan IKS kepada KDNK hanya 6%,
menunjukkan sektor ini mempunyai prestasi yang rendah. Oleh itu, kajian
ini adalah untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang menyumbang
kepada perkembangan sektor mikro yang sedia ada.

5
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

3.0 Hipotesis Kajian


Beberapa hipotesis kajian telah dibentuk berpandukan perbincangan di atas:
H1. Terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor
demografi pemilik terutamanya gender (H1a), umur (H1b) dan
tahap akademik (H1c) dengan prestasi jualan.
H2: Sumber kewangan perniagaan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H3: Perniagaan yang mengeluarkan barangan yang memenuhi
citarasa dan pilihan pengguna mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H4: Permintaan terhadap produk yang dihasilkan oleh peniaga
mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan.
H5: Usia perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan
prestasi jualan.
H6: Jumlah pekerja yang ramai mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H7: Jumlah modal yang banyak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H8: Kekerapan berniaga seminggu mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H9: Umur peniaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan
prestasi jualan.
H10: Tahap pendidikan peniaga mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.

6
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

4.0 Objektif Kajian


Secara khususnya, objektif kajian ini adalah:
1. Untuk mengenalpasti tahap jualan peniaga pasar malam.

2. Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi


peniaga pasar malam.

5.0 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting dijalankan berdasarkan kepada beberapa sebab. Pertama,
prestasi peniaga pasar malam adalah faktor yang signifikan dalam IKS
kerana ianya membantu perkembangan perniagaan. Hasil kajian ini akan
membantu peniaga-peniaga pasar malam khususnya dan pengusaha-
pengusaha IKS amnya mendapat maklumat dan halatuju peranan mereka
dalam memperkembangkan perniagaan dan seterusnya menyumbang
kepada KDNK.

Kedua, hasil dari kajian ini adalah penting untuk membantu institusi-
institusi kerajaan seperti SIRIM, Yayasan Pembangunan Usahawan dan
SMIDEC dalam memberi bimbingan dalam bentuk kajian kepada
pengusaha-pengusaha IKS untuk memenuhi keperluan masa depan,
menyediakan bantuan kewangan, menyediakan program kesedaran dan
jualan runcit serta membuat penyelidikan berterusan supaya inovasi dapat
dilaksanakan agar IKS bergerak seiring dengan aktiviti-aktiviti ekonomi
Malaysia.

Akhirnya kajian ini penting untuk mengenalpasti apakah faktor-faktor yang


menyumbang kepada kejayaan IKS dan seterusnya kepada ekonomi
negara.

7
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

6.0 Sorotan Literatur


Sharma, Miller dan Reeder (1990) dalam kajiannya mentakrifkan
perniagaan mikro ialah syarikat yang bercirikan seperti; i) Dilaksanakan
dan diuruskan seorang atau dua pekerja ii) Biasanya diasaskan oleh
keluarga dan iii) Fungsinya adalah di dalam sektor yang tidak formal.
Faktor-faktor yang memperkembangkan perniagaan mikro termasuklah
sumber-sumber inovasi, peluang untuk produk dan perkhidmatan yang baru
sesuatu tempat pasaran serta sokongan infastruktur syarikat persendirian
dan awam.

Minoo dan Charles (2003) mengkaji perkembangan ekonomi dan


perniagaan mikro luar bandar. Kajian itu disertai oleh perniagaan-
perniagaan dari sektor runcit, perkhidmatan dan pengilangan kecil di mana
pemilikan perniagaan adalah berbeza dari pemilikan individu, perkongsian,
pemilikan keluarga dan koperasi. Kajian ini menekankan kepada beberapa
kategori sumber-sumber yang kritikal seperti kepakaran, kewangan, logistik
dan keselamatan serta mengkaji kepentingan gender kepada perniagaan dan
kesan ke atas jangka hayat dan kejayaan perniagaan mikro di luar bandar.
Hasil kajian menunjukkan kepakaran dalam perniagaan seperti pemasaran,
perancangan strategik dan teknikal diikuti kategori kewangan adalah
sumber-sumber yang kritikal untuk kejayaan dan jangka hayat perniagaan
mikro luar bandar.

Terdapat berbagai cara mengukur kejayaan sesebuah perniagaan mikro.


Minoo dan Charles (2003) mengukur prestasi industri mikro melalui jualan,
keuntungan, market share dan kestabilan masa depan dalam kajiannya
terhadap perniagaan mikro. Menurut Brown, Shona, Eisenhardt dan
Kathleen (1995) kejayaan diukur berpandukan prestasi kewangan termasuk
keuntungan, jualan dan market share. Bagi Wasilczuk (2000) pula, sukar
untuk mengukur perkembangan dan kejayaan sesebuah pernigaan kecil dan

8
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

ianya boleh diukur secara objektif dan subjektif. Ukuran objektif adalah
maklumat yang sukar diperolehi yang boleh memberi impak kepada
pencapaian objektif sesebuah organisasi. Hasilnya boleh diukur dari segi
kuantiti dan kualiti dan biasanya diukur dengan keuntungan dan jualan.
Manakala ukuran subjektif pula adalah dari maklumat yang mudah
termasuk maklumat penilaian dan gelagat perniagaan tersebut.

Knowles & White, (1995) mendapati hasil dan keuntungan adalah dua
faktor yang mengembangkan perniagaan kecil di mana hasil yang
dimaksudkan adalah jumlah tunai yang diterima dari jualan atau
perkhidmatan yang diberikan (Gaber, Davidson, Stickney and Weil, 1993).
Manakala, Stranger (1998) menggunakan jualan sebagai ukuran prestasi
yang senang difahami oleh responden. Memandangkan tidak ada konsensus
yang terbaik untuk ukuran prestasi dalam penyelidikan perniagaan, satu
ukuran mesti dipilih dan bagi tujuan kajian ini penyelidik akan
menggunakan jualan tahunan sebagai ukuran kejayaan.

Kajian terhadap perbezaan gender dengan pemilikan perniagaan kecil


masih lagi kabur (Minoo dan Charles, 2003). Walau bagaimanapun kajian
ini memberi impak yang signifikan terhadap prestasi perniagaan mikro
setelah diberi tumpuan oleh beberapa pengkaji (Coleman, 2000; Minoo &
Charles 2003). Begitu juga dengan kajian-kajian yang dijalankan untuk
mengetahui perbezaan gender terhadap prestasi jualan tahunan dan
keuntungan (Orser & Foster, 1992; Heck, Rowe & Owen, 1995; Coleman,
2000). Kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
prestasi industri kecil yang dijalankan oleh lelaki dan wanita. Keputusan
ujian gender pula menunjukkan usahawan wanita tidak menghadapi
masalah berbanding dengan lelaki dalam mendapat sumber-sumber kritikal.
Kajian oleh Minoo dan Charles, (2003) terhadap kepakaran dalam
perniagaan seperti pemasaran, perancangan strategik dan teknikal, kategori

9
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

kewangan (sumber-sumber yang kritikal untuk kejayaan) telah mendapati


bahawa usahawan wanita tidak menghadapi masalah berbandingkan dengan
lelaki dalam mendapat sumber-sumber kritikal ini. Namun begitu kajian
yang dijalankan oleh Sonfield, Lussier, Corman dan Mc Kinney (2001)
tidak menemui perbezaan antara gender dari segi inovasi, penerimaan
risiko dan pendekatan strategik yang digunakan.

Usahawan-usahawan perniagaan IKS adalah terdiri daripada pelbagai


peringkat umur. Beberapa kajian telah dijalankan untuk melihat kaitan
antara umur pemilik dan kejayaan perniagaan. Kajian oleh Heck, Rowe and
Owen (1995) merumuskan pemilik perniagaan yang lebih berumur dan
berpelajaran menunjukkan prestasi yang lebih baik. Kajian lain oleh Orser
and Foster (1992) juga menghasilkan keputusan yang sama iaitu pemilik
perniagaan yang berumur 40 tahun mempunyai peluang untuk mendapat
pendapatan yang lebih berbanding dengan mereka yang berumur kurang
dari 40 tahun.

Tahap akademik pemilik perniagaan juga memainkan peranan yang tidak


kurang pentingnya dalam memperkembangkan perniagaan. Pemilik
perniagaan ini mempunyai tahap pendidikan yang hanya tamat sekolah
rendah sehinggalah lepasan universiti. Heck, Rowe and Owen (1995)
menyatakan bahawa pemilik perniagaan yang berpelajaran tinggi dapat
meneruskan operasi perniagaan dan mendapat pendapatan yang baik.
Begitu juga kajian oleh Wasilczuk (2000), menyokong dapatan dari kajian
di atas. Beliau merumuskan, mereka yang berpendidikan tinggi dapat
menguruskan syarikat ke arah perkembangan yang lebih cemerlang
berbanding dengan mereka yang berpendidikan rendah.

Memulakan sesuatu perniagaan memerlukan sumber kewangan. Menurut


Thompson Lighthouse & Co., (1996), para usahawan biasanya akan

10
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

mendapat pembiayaan kewangan daripada pihak bank untuk memulakan


sesuatu perniagaan. Institusi-institusi kewangan pada masa ini dapat
memberikan jawapan sama ada diterima atau ditolak dalam masa yang
singkat iaitu beberapa minggu sahaja selepas borang kredit dihantar
(Howard, 2000). Manakala Bradley (2000) melalui kajiannya
mengenalpasti perniagaan kecil yang jatuh bankrap adalah disebabkan
sumber kewangan yang tidak mencukupi untuk meneruskan perniagaan
mereka.

Menurut Miller dan Grace (1990), kejayaan perniagaan bergantung kepada


beberapa faktor. Antaranya mempelajari dan memahami faktor-faktor
pasaran, citarasa dan pilihan pengguna, jumlah penggunaan serta
pendapatan pelanggan.

Usia perniagaan meningkat selari dengan umur pemilik. Sekiranya


sesebuah perniagaan itu dapat meneruskan operasi melepasi tempoh
permulaan perniagaan dan berkembang dalam tempoh lima tahun, dapatlah
dikatakan bahawa perniagaan itu telah berjaya (Gray & Gray, 1994). Orser
dan James (1992) mendapati makin lama perniagaan itu beroperasi,
semakin ramai pekerja yang bekerja dan seterusnya pendapatan tahunan
juga bertambah.

Penglibatan pemilik perniagaan dan pekerja dalam meningkatkan


pengeluaran atau perkhidmatan memainkan peranan penting dalam
menentukan kecemerlangan sesebuah perniagaan. Thibault, (2001)
mendapati semakin ramai pekerja yang bekerja sepenuh masa akan
menjana jualan yang semakin tinggi kerana setiap ahli dalam organisasi
mempunyai peranan dan kepakaran dalam pekerjaan mereka yang
menyumbang kepada prestasi perniagaan.

11
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

METODOLOGI KAJIAN.

Kawasan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi prestasi peniaga pasar malam di Terengganu. Kajian ke
semua daerah di Negeri Terengganu melibatkan tujuh (7) daerah
merangkumi tiga (3) kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan bandar,
pertanian dan perikanan. Pemilihan kawasan berdasarkan justifikasi
berikut;
i) Kawasan bandar dipilih mengikut perniagaan pasar malam yang
dijalankan di kawasan bandar setiap daerah.
ii) Kawasan pertanian pula mengikut perniagaan pasar malam yang
dijalankan di kawasan pertanian seperti di Kuala Berang dan
kawasan pendalaman di setiap daerah di mana aktiviti penduduk
tertumpu kepada pertanian.
iii) Kawasan perikanan mengikut perniagaan pasar malam yang
dijalankan di kawasan pinggir pantai yang majoriti penduduk
menjalankan kegiatan yang berkaitan dengan perikanan atau
nelayan.

Instrumen Penyelidikan
Soal selidik untuk kajian ini mengandungi dua bahagian seperti berikut:
i). Bahagian A: Soal Selidik Demografi Peniaga dan Perniagaan
ii). Bahagian B: Soal Selidik Faktor-faktor Perniagaan

Bahagian A: Soal Selidik Demografi Peniaga dan Perniagaan


Bahagian ini mengandungi 10 soalan berkaitan dengan responden yang
merangkumi gender, umur, tahap pendidikan, kawasan, jenis perniagaan,
modal permulaan dan usia perniagaan dengan menggunakan format soalan
tertutup (close ended question) yang menghendaki responden menjawab

12
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

kenyataan dengan memilih skala yang ditentukan. Kaedah ini sesuai dan
senag untumk disoal, mengurangkan bias temubual, lebih cepat untuk
ditadbir, mudah untuk dijawab oleh responden. Kaedah ini juga
memberikan keseragaman maklumbalas yang tinggi dan akhirnya
memudahkan urusan pemprosesan data. (Kinnear dan Taylor, 1996).

Bahagian B: Soal Selidik Faktor-faktor Perniagaan


Bahagian ini melibatkan soalan-soalan bagi mengumpul data berkaitan
faktor-faktor perniagaan yang dilihat dapat mempengaruhi prestasi jualan
yang melibatkan 11 dimensi iaitu sumber kewangan, cita rasa pengguna,
permintaan terhadap produk, modal permulaan, usia perniagaan dan jumlah
pekerja.

Semasa sesi temubual dijalankan, satu set borang soal selidik digunakan
untuk merekod maklumat yang diperolehi. Borang soal selidik untuk kajian
ini dibangunkan dengan menggunakan sebahagian soalan yang
dibangunkan oleh Marc Thibault (2001) yang akan dibahagikan kepada dua
bahagian. Bahagian yang pertama adalah untuk mendapat maklumat
demografi pemilik perniagaan. Bahagian yang seterusnya, adalah untuk
mengkaji faktor-faktor yang terpilih yang mempengaruhi prestasi
perniagaan dengan menggunakan skala Likert (1= amat tidak bersetuju
hingga 5= sangat bersetuju). Maklumat daripada borang soal selidik ini
dipindahkan dan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS). Ujian Kesahan (Cronbach Coefficient Alphas) telah
dilakukan ke atas semua instrumen dan yang paling penting adalah untuk
menguji kesemua hipotesis yang dibentuk. Analisis korelasi pula akan
dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah bersandar,
jualan tahunan dan beberapa pembolehubah bebas yang terdapat dalam
hipotesis. Akhirnya, analisis regresi digunakan untuk menentukan apakah
faktor yang menpengaruhi prestasi peniaga pasar malam. Kajian ini

13
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

menggunakan reka bentuk deskriptif dan regresi. Menurut Tabachnick dan


Fidell (1996), analisis regresi boleh digunakan untuk memperolehi
persamaan ramalan yang terbaik kepada kebanyakakan fenomena yang
berkaitan dengan sesuatu pembolehubah bebas dan pembolehubah
bersandar. Analisis regresi juga digunakan kerana ianya dapat
membolehkan penyelidik untuk menilai hubungan yang terbaik di antara
pemboleubah bersandar, jualan dan beberapa pebolehubah bebas yang
dibentangkan melalui hipotesis.

Pengukuran Prestasi Peniaga Pasar Malam

Minoo dan Charles (2003) mengukur prestasi industri mikro melalui jualan,
keuntungan, market share dan kestabilan masa depan dalam kajiannya
terhadap perniagaan mikro. Menurut Brown, Shona, Eisenhardt dan
Kathleen (1995) kejayaan diukur berpandukan prestasi kewangan termasuk
keuntungan, jualan dan market share. Bagi Wasilczuk (2000) pula, sukar
untuk mengukur perkembangan dan kejayaan sesebuah pernigaan kecil dan
ianya boleh diukur secara objektif dan subjektif. Ukuran objektif adalah
maklumat yang sukar diperolehi yang boleh memberi impak kepada
pencapaian objektif sesebuah organisasi. Hasilnya boleh diukur dari segi
kuantiti dan kualiti dan biasanya diukur dengan keuntungan dan jualan.
Manakala ukuran subjektif pula adalah dari maklumat yang mudah
termasuk maklumat penilaian dan gelagat perniagaan tersebut.

Knowles & White, (1995) mendapati hasil dan keuntungan adalah dua
faktor yang mengembangkan perniagaan kecil di mana hasil yang
dimaksudkan adalah jumlah tunai yang diterima dari jualan atau
perkhidmatan yang diberikan (Gaber, Davidson, Stickney and Weil, 1993).
Manakala, Stranger (1998) menggunakan jualan sebagai ukuran prestasi
yang senang difahami oleh responden. Memandangkan tidak ada konsensus

14
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

yang terbaik untuk ukuran prestasi dalam penyelidikan perniagaan, satu


ukuran mesti dipilih dan bagi tujuan kajian ini penyelidik akan
menggunakan jualan tahunan sebagai ukuran kejayaan.

Kajian Rintis
Kajian rintis telah dijalankan untuk menguji borang soal selidik,
menentukan kebolehpercayaan item-item yang digunakan dalam soal-
selidik dan kesahan instrumen untuk memastikan ia mengukur perkara
sebenar yang hendak diukur. Kajian rintis ini telah dijalankan ke atas 20
orang peniaga pada bulan April 2007. Maklumbalas yang di dapati dari soal
selidik tersebut seterusnya dianalisis menggunakan SPSS Versi 14 dan skor
pekali kebolehpercayaan Alpha bagi setiap dimensi dinyatakan seperti
Jadual 2. Menurut Nunnally (1978), nilai pekali kebolehpercayaan yang
tidak kurang dari 0.5 selalunya diterima, maka soal-selidik yang digunakan
boleh diterima dari segi pekali kebolehpercayaan.

Jadual 2. Nilai Pekali Kebolehpercayaan (Cronbach Alpha)

Dimensi Nilai Pekali


Kebolehpercayaan
(N=20)
Sumber Kewangan 0.6909
Cita rasa Pengguna 0.6555
Permintaan 0.6667
Modal Permulaan 0.7250
Jumlah Pekerja 0.8555

Banci Penjaja
Kajian ini melibatkan kajian lapangan iaitu menemubual penjaja
menggunalan sampel mudah (conveniance sampling). Tugas ini dilakukan
oleh penyelidik-penyelidik sendiri iaitu seramai empat orang untuk

15
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

memastikan jawapan yang tepat direkodkan mengikut jawapan yang


diberikan oleh peniaga. Penyelidik-penyelidik untuk kajian ini telah
membuat lawatan dan bancian pada bulan Mei 2007. Kawasan mengikut
daerah yang dilawati adalah mengikut jadual yang diberikan oleh majlis-
majlis daerah diseluruh negeri Terengganu. Seramai 350 peniaga pasar
malam telah ditemubual.

Semasa sesi temubual dijalankan, satu set borang soal selidik digunakan
untuk merekod maklumat yang diperolehi. Borang soal selidik untuk kajian
ini di bangunkan dengan menggunakan sebahagian soalan yang
dibangunkan oleh Marc Thibault (2001) yang akan dibahagikan kepada dua
bahagian. Bahagian yang pertama adalah untuk mendapat maklumat
demografi pemilik perniagaan. Bahagian yang seterusnya, adalah untuk
mengkaji faktor-faktor yang terpilih yang mempengaruhi prestasi
perniagaan dengan menggunakan skala Likert (1= amat tidak bersetuju
hingga 5= sangat bersetuju). Maklumat daripada borang soal selidik ini
dipindahkan dan dianalisa menggunakan Statistical Package for Social
Science (SPSS). Ujian Kesahan (Cronbach Coefficient Alphas) telah
dilakukan ke atas semua instrumen dan yang paling penting adalah untuk
menguji kesemua hipotesis yang dibentuk. Analisis korelasi pula akan
dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara pemboleh ubah bersandar,
jualan tahunan dan beberapa pembolehubah bebas yang terdapat dalam
hipotesis. Akhirnya, analisis regresi digunakan untuk menentukan apakah
faktor yang menpengaruhi prestasi peniaga pasar malam.

7.0 Dapatan Kajian


Sebanyak 350 borang soal selidik telah diproses dan hanya 286 (81.7%)
dapat digunakan untuk dianalisa kerana soalan-soalan yang ditanya hanya

16
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

sebahagian yang dijawab. Bahagian ini membentangkan hasil kajian


mengenai profil peniaga pasar malam dan perniagaan yang dijalankan,
jantina, umur, tahap pendidikan, jenis perniagaan, usia perniagaan, modal,
lokasi dan pendapatan perniagaan.

Profil Peniaga Pasar Malam


Profil Umum
Objektif kajian yang pertama adalah untuk menfailkan faktor-faktor
demografi (jantina, umur, tahap akademik) peniaga pasar malam dengan
tahap ekonomi mereka. Merujuk pada Jadual 3, sebanyak 286 soalselidik
yang dianalisis, terdapat 53.1% peniaga lelaki dan 46.9% peniaga
perempuan, majoriti (93%) terdiri dari bangsa Melayu. Selebihnya 0.7%
terdiri dari bangsa Cina dan 6.3% terdiri dari lain-lain bangsa, terutamanya
bangsa Kemboja. Dari segi umur, majoriti (85%) adalah dalam umur
pertengahan, iaitu 26 – 55 tahun dan 8% dalam lingkungan umur melebihi
55 tahun dan yang paling tua adalah berumur 70 tahun. Ini menunjukkan
keperluan mereka terus berniaga adalah untuk terus hidup. Dari segi
pendidikan, sebahagian besar peniaga berpendidikan rendah iaitu setakat
tidak bersekolah dan sekolah rendah (33.6%), berpendidikan menengah
rendah (22.7%), SPM (36.7%) dan STPM (4.5%). Hanya 2.4% sahaja
peniaga berpendidikan diploma dan ijazah.

Profil Perniagaan
Jenis Perniagaan
Daripada 286 responden tersebut, kebanyakan peniaga (36.4%)
menjalankan perniagaan makanan sebagai perniagaan utama dan diikuti
dengan perniagaan pakaian/kasut/aksesori (29.7%). Antara jenis perniagaan
lainnya adalah sayur/buah (14.7%), barangan runcit/kering (7.3%),
ikan/ayam/daging (2.1%), tanaman/pokok (1.0%) dan lain-lain (8.7%) yang
termasuk membaiki jam dan menjual cd/dvd/kaset.

17
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Usia Perniagaan
Terdapat 34.3% perniagaan yang berusia terlalu muda iaitu kurang dari 5
tahun. Usia perniagaan antara 5 hingga 14 tahun (38.1%) adalah perniagaan
yang mendominasi perniagaan pasar malam ini dan diikuti oleh usia
perniagaan antara 15 hingga 24 tahun (23.8%). Perniagaan yang paling
lama adalah berusia melebihi 35 tahun. Mengikut Gray & Gray, (1994),
sekiranya sesebuah perniagaan itu dapat meneruskan operasi melepasi
tempoh permulaan perniagaan dan berkembang dalam tempoh lima tahun,
dapatlah dikatakan bahawa perniagaan itu telah berjaya.

Modal
Hasil kajian mendapati majoriti perniagaan (70%) memulakan perniagaan
dengan menggunakan modal kurang dari RM5,000 dan selebihnya (13.6%)
menggunakan modal melebihi RM5,001 sehingga RM10,000. Manakala
selebihnya (16%) menggunakan modal melebihi RM10,000. Mengenai
sumber modal pula, majoriti peniaga pasar malam (47.4%) menggunakan
simpanan peribadi sebagai modal, diikuti sumber daripada institusi
kewangan (24.8%) dan hanya 0.3% sahaja peniaga membuat pinjaman dari
ceti atau along sebagai modal permulaan.

Sumber Modal Permulaan


Jadual juga menunjukkan sumber modal permulaan yang digunakan oleh
kebanyakan (47.4%) peniaga pasar malam adalah dari simpanan peribadi
selain daripada institusi kewangan (24.8%), bantuan kerajaan (14.0%) dan
pinjaman persendirian/keluarga (13.5%). Terdapat juga peniaga pasar
malam yang menggunakan sumber modal permulaan dari ceti/along
walaupun hanya 0.3%.

Jualan Tahunan

18
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Sebahagian peniaga pasar malam (42%) memperolehi jualan kurang dari


RM50,000 setahun. 33.6% peniaga pula memperolihi jualan tahunan antara
RM50,000 sehingga RM99,999 dan diikuti jualan tahunan RM100,00-
RM149,999. Sebanyak 5.6% peniaga memperolehi jualan tahunan melebihi
RM200,000 dan daripada dapatan kajian, seorang peniaga memperolehi
jualan tahunan sebanyak RM546,000. Ini menunjukkan peniaga pasar
malam juga dapat menjana pendapatan yang begitu tinggi.

Jadual 3. Analisa Demografi Responden (n =286)


Pembolehubah Peratusan (%)
Gender Lelaki 53.1
Perempuan 46.9
Bangsa Melayu 93.0
Cina 0.7
Lain-lain 6.3
Umur Bawah 25 tahun 7.0
26 – 35 tahun 20.6
36 – 45 tahun 35.7
46 – 55 tahun 28.7
Melebihi 56 tahun 8.0
Tahap Pendidikan Tiada pendidikan/Sek Ren 33.6
SRP/PMR 22.7
SPM 36.7
STPM 4.5
Diploma/Sijil 1.4
Ijazah 1.0
Kawasan Pertanian 30.8
Perikanan 33.6
Bandar 35.7
Jenis Perniagaan Makanan 36.4
Pakaian/Kasut/Aksesori 29.7
Barangan Runcit/Kering 7.3
Sayur/Buah 14.7
Ikan/ayam/daging 2.1
Pokok/tanaman 1.0
Lain-lain 8.7
Usia Perniagaan Bawah 5 tahun 34.3
5 – 14 tahun 38.1
15 – 24 tahun 23.8
25 – 34 tahun 2.8

19
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Melebihi 35 tahun 1.0


Modal ≤RM5,000 69.9
RM5,001 – RM10,000 13.6
RM10,001 – RM15,000 5.2
RM15,001 – RM20,000 3.8
Melebihi 20,000 7.3
Sumber Modal Simpanan Peribadi 47.4
Permulaan Pinjaman Persendirian/Keluarga 13.5
Bantuan Kerajaan 14.0
Institusi Kewangan 24.8
Ceti/Along 0.3
Kekerapan Jualan Kurang dari 3 kali seminggu 17.2
Seminggu Antara 3 kali – 6 kali seminggu 50.3
Antara 6 kali – 9 kali seminggu 32.5
Jualan Kurang dari RM49,999 42.0
Setahun RM50,000 – RM99,999 33.6
RM100,000 – RM149,999 14.0
RM150,000 – RM199,999 4.9
Melebihi RM200,000 5.6

ANALISIS INFERENTIAL
Perbincangan berikut akan merangkumi beberapa pengujian terhadap
hipotesis yang dibentuk dengan menggunakan kaedah-kaedah statistik
seperti ujian t, analisis varians (ANOVA) dan regresi berganda.

Analisis Perbezaan Prestasi Jualan Terhadap Faktor-


Faktor Demografi
Bahagian ini membuat pengujian hipotesis melibatkan tiga kriteria
demogafi peniaga yang meliputi gender, umur dan tahap akademik. Oleh
itu, ujian-t digunakan untuk melihat perbezaan antara gender dengan
prestasi jualan. Manakala, analisis varians (ANOVA) akan digunakan
untuk membandingkan perbezaan antara kumpulan umur dan tahap
akademik dengan prestasi jualan.

20
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Hipotesis 1 menganjurkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan


dalam prestasi jualan berdasaran faktor-faktor demografi peniaga.
Terutamanya; (H1a) – gender, (H1b)- umur dan (H1c)- tahap pendidikan
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan.

Gender
Hipotesis 1 (a): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi
jualan berdasarkan gender peniaga.
Keputusan ujian-t untuk membandingkan antara gender dengan presatsi
jualan di tunjukkan di Jadual 4 di bawah. Keputusan tersebut menunjukkan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi jualan di antara
peniaga lelaki dan perempuan. Jadi, hipotesis 1 (a) ditolak. Ujian-t
menunjukkan t(286) = 1.16, p>0.001. Dapatan kajian ini menerangkan
peniaga lelaki dan perempuan sama-sama berpeluang untuk memperolehi
hasil jualan yang tinggi atau mempunyai potensi untuk berjaya dalam
bidang ini.

Jadual 4 Prestasi Jualan Berdasarkan Gender


Gender Lelaki Perempuan t Sig-t
Min S.P Min S.P
Prestasi 2.54 .6588 2.43 .6563 1.16
.266
Jualan (TS
)
. Nota: Tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 (dua hujung)

Umur Peniaga
Hipotesis 1 (b): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi
jualan berdasarkan umur peniaga

21
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Hasil dari analisis varians yang dipamirkan pada Jadual 5, menunjukkan


min jualan bagi peniaga dalam kategori umur kurang dari 25 tahun adalah
0.88, 26 hingga 35 tahun (2.01), 36 hingga 45 tahun (2.08) dan 1.73 untuk
kategori melebihi 56 tahun. Bagaimanapun perbezaan min yang
ditunjukkan tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 dengan nilai F
(286)=0.585, p > 0.05. Dapatan ini menunjukkan tiada perbezaan yang
signifikan antara jualan tahunan berdasarkan umur perniaga. Sehubungan
dengan itu, Hipotesis 1 (b) adalah ditolak.

Jadual 5 Prestasi Jualan Berdasarkan Umur

Umur Kurang 25 26 - 35 36 – 45 46 - 55 Melebihi 56 F Sig.F


(tahun)
Min S.P Min S.P Min S.P Min S.P Min S.P
Prestasi 1.80 0.88 2.01 1.21 2.08 1.16 1.92 1.01 1.73 1.12 .585 .674
Jualan
Nota: Tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 (dua hujung)

Tahap Pendidikan
Hipotesis 1 (c): Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap prestasi
jualan berdasarkan tahap akademik peniaga
Jadual 6 menunjukkan hasil analisis perbezaan min jualan di antara tahap
pendidikan peniaga. Perbezaan min yang dipamerkan didapati tidak
signifikan pada aras keyakinan 0.05 dengan F(286) = 0.49, p>0.05.
Berdasarkan dapatan di atas maka didapati tiada perbezaan yang signifikan
antara jualan tahunan dengan tahap akademik peniaga. Maka Hipotesis 1(c)
ditolak.

Jadual 6. Prestasi Jualan Berdasarkan Tahap Akademik

22
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Tahap Tiada/Sek SRP/PMR SPM STPM Ijazah


Pendidikan Ren F Sig.F

Min S.P Min S.P Min S.P Min S.P Min S.P
Prestasi 1.92 1.06 1.92 1.04 1.99 1.17 2.54 1.56 2.00 1.00 0.888 .490
Jualan

Nota: Tidak signifikan pada aras keyakinan 0.05 (dua hujung)

Faktor-Faktor Peramal Kepada Prestasi Jualan


Objektif ketiga kajian ialah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi prestasi peniaga pasar malam. Oleh itu, lima hipotesis telah
dibina untuk diuji seperti berikut:
H2: Sumber kewangan perniagaan mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H3: Perniagaan yang mengeluarkan barangan yang memenuhi
citarasa dan pilihan pengguna mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H4: Permintaan terhadap produk yang dihasilkan oleh peniaga
mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi jualan.
H5: Usia perniagaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan
prestasi jualan.
H6: Jumlah pekerja yang ramai mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H7: Jumlah modal yang banyak mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.
H8: Kekerapan mempunyai hubungan yang signifikan dengan
prestasi jualan.

23
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

H9: Umur peniaga mempunyai hubungan yang signifikan dengan


prestasi jualan.
H10: Tahap pendidikan peniaga mempunyai hubungan yang
signifikan dengan prestasi jualan.

Juga untuk menjawab Objektif 2 kajian iaitu untuk mengenalpasti faktor-


faktor yang menyumbang kepada prestasi peniaga pasar malam. Untuk itu,
analisis regresi digunakan ke atas enam dimensi pembolehubah. Dapatan
dari analisis adalah seperti yang ditunjukkan pada Jadual 7. Berdasarkan
jadual, didapati lima daripada sembilan pembolehubah peramal
mempunyai hubungan prestasi jualan dengan menunjukkan nilai yang
signifikan dengan F (286)= 11.63, p<0.001. Pengaruh yang disumbangkan
oleh pembolehubah peramal terhadap prestasi jualan dapat diterangkan
melalui nilai R² terlaras dengan nilaian sebanyak 0.255. Keadaan ini
memberi maksud pembolehubah peramal dapat menerangkan sebanyak
25.5% terhadap prestasi jualan dan peratusan selebihnya adalah
diterangkan oleh lain-lain faktor yang tidak dapat dikawal dan tidak
ditentukan melalui kajian ini.

Menurut Lea (1997) sejauh mana bagusnya sesuatu pembolehubah bebas


dalam menerangkan hubungan terhadap pembolehubah bersandar boleh
ditentukan dengan nilai R² terlaras. Menurut beliau, nilai R² terlaras yang
melebihi 75% adalah sangat baik, 50% -75% adalah baik, 25% - 50%
kurang baik tetapi boleh diterima dan kurang dari 25% adalah buruk.
Sehubungan dengan itu, nilai R² terlaras kajian ini adalah hubungan yang
buruk tetapi masih mempunyai hubungan antara pembolehubah bebas dan
bersandar.

24
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Jadual 8 juga menunjukkan lima daripada sembilan pembolehubah peramal


menunjukkan pengaruh yang signifikan ke atas prestasi jualan.
Kesignifikan ini ditunjukkan oleh dimensi permintaan, ß = 0.203, p< 0.05,
usia perniagaan, ß = 0.168, p< 0.05, jumlah pekerja, ß = -0.197, p< 0.001,
jumlah modal, ß = 0.177, p< 0.05 dan kekerapan berniaga seminggu, ß =
0.312, p< 0.001. Keadaan ini menunjukkan permintaan, usia perniagaan,

Pembolehubah Beta (ß) Sig F


Sumber Kewangan -.009 .876
Cita rasa Pengguna -.044 .574
Permintaan .203 .009*
Usia Perniagaan .168 .005*
Jumlah Pekerja -.194 .000**
Jumlah Modal .177 .002*
Kekerapan Jualan .312 .000**
Umur Peniaga .100 .891
Tahap Pendidikan .079 .222
R² .279
R² terlaras .255
Nilai F 11.635
Sig F .000
jumlah pekerja, jumlah modal dan kekerapan jualan seminggu memainkan
peranan tersangat penting berbanding dengan lain-lain dimensi dalam
menyumbang kepada prestasi jualan. Oleh itu, hipotesis 4,5,6,7 dan 8
diterima, manakala hipotesis 2,3, 9 dan 10 ditolak.

Jadual 7 Hubungan Pembolehubah Peramal dengan Prestasi Jualan

*p < 0.05
**p< 0.001

8.0 Kesimpulan Dan Cadangan Penyelidikan Akan Datang


Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam
telah ditentukan dari kajian yang telah dijalankan. Kajian ini telah menguji
sepuluh hipotesis yang memungkinkan faktor-faktor yang dikenalpasti

25
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

sebagai mempengaruhi prestasi jualan peniaga pasar malam dan dua


hipotesis telah disokong. Pembolehubah-pembolehubah tersebut adalah
permintaan, usia perniagaan, jumlah pekerja, jumlah modal dan kekerapan
jualan seminggu. Dapatan kajian ini boleh digunakan oleh para akademik
untuk kajian perbandingan dan menyediakan khidmat nasihat kepada
peniaga-peniaga dan bakal peniaga-peniaga yang berminat untuk berniaga
di pasar malam.
Oleh kerana kajian ini dapat menyokong teori sedia ada serta lain-lain
kajian yang berkaitan, maka adalah sangat penting untuk mengkaji secara
terperinci bagaimana amalan-amalan perniagaan, berbeza dengan industri
mikro yang lain.

Kajian akan datang perlu melihat perkara yang sama secara berterusan dan
dibandingkan dengan dapatan dari kajian ini. Kajian secara berterusan
penting untuk melihat perubahan kepada amalan-amalan perniagaan supaya
akan ada penambahbaikan.

Memandangkan alat kajian ini menggunakan pembolehubah-pembolehubah


bebas yang diambil dari kajian-kajian lepas dan berbentuk penilaian oleh
subjek yang dijalankan di luar negara yang mempunyai perbezaan adat dan
budaya, kajian susulan keatas subjek baru perlu dilakukan untuk melihat
sejauh mana ketekalan dapatan dari kajian tersebut. Kajian seterusnya
dicadangkan adalah berbentuk kualitatif seperti kaji budaya kerja peniaga
pasar malam akan dapat membantu memahami aspek-aspek dan corak
perniagaan yang boleh menjana jualan tahunan yang tinggi. Cara ini akan
dapat membantu penyelidik membuat perbandingan dalam bentuk nilai dan
kepercayaan untuk menilai aspek-aspek persamaan dan perbezaan
berbanding dengan ukuran kuantitatif.

26
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Rujukan
Minoo T, Charles S, (2003), Economic Development and Micro-
Enterprises In Rural Communities: Are There Gender Differences? The
Journal of Business and Economic Studies, pg. 26.
Halvorson Q, Raundi, (1992), The Growing Potential Of Micro-
Enterprises. Organisation for Economic Cooperation and Development, pg
7.
Sharma M, Miller Harry G, Reeder R, (1990), Micro-Enterprise Growth:
Operational Models and Implementation Assistance in Third and Fourt
World Countries, Journal of Small Business Management, pg 9.
Muhammad Faisal Ibrahim, Soh Kok Leng (2003), Shoppers’ Perceptions
of Retail Developments: Suburban Shopping Centres and Night Markets In
Singapore, Journal of Retail & Leisure Property, pg 176
Bradley, D. (2002), Lack of Financial and Location Planning Causes Small
Business Bankruptcy. University of Central Arkansas.
Brown, Shona, Eisenhardt and Kathleen, 1995), Product Development: Past
Research, Present Findings, and Future. Vol.20, Iss. 2; pg. 343, 36 pgs
Coleman, S. (2000), Access to Capital and Terms of Credit: A Comparison
of Men and Women Owned Small Businesses. Journal of Small Business
Management, vol.38, no. 3 pp. 37-52. Milwaukee: International Council for
Small Business.

27
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Gaber,B., Davidson, S., Stickney, C., and Weil, R. (1993), Financial


Accounting, Fifth Canadian Edition. Toronto: Holt, Rinehart, and Winston
of Canada.
Gray, D.M and Gray, D. (1994), The Complete Canadian Small Business
Guide, 2nd Edition, Toronto: McGraw-Hill.
Heck, R., Rowe, B., and Owen, A. (1995), Home Based Employment and
Family Life. Westport, Connecticut: Auburn House.
Howard, R. (2000), Personal Interview: Small Business Financing. Royal
Bank of Canada.
Knowles, Ron, and Debbie White, (1995), Issues in Canadian Small
Business. Toronto: Harcourt Brace & Company Canada.
Orser, B., and Foster, M. (1992), Home Enterprise: Canadians and Home
Based Work, The Home Based Business Project Committee, Canada.
Orser, B., and James, T. (1992), Home Business: The New Reality. Home
Based Business Project Committee, Canada.
Stranger,A (1998), Determinants of Home-Based Business Sales
Performance, Master Dissertation, University of New England, Australia.
Thibault, M. (2001), Influencing Sales Performance in Small and Medium-
Sized Enterprise, Master Dissertation, The University of Guelph, Ontario.
Thompson, Lighthouse and Co., (1996), Canadian Sources of Financing for
SMEs. In Lavoie, D., ICSB Bulletin, vol. 29, no. 4, pp. 5.
Wasilczuk, J (2000), Advantageous Competence of Owner/Managers to
Grow The Firm in Poland. Journal of Small Business Management, vol.38,
no.2. Milwaukee: International Council for Small Business.
Miller, H.G and Grace, L (1990). Global Aspects Of Local Micro-
Enterprise Development. Journal of Studies in Technical Careers. XII(1):
27-37
Harper, Malcolm (1984), “Small Business in The Third World: Guidelines
for Practical Assisrance. New York: John Wiley

28
Seminar Keusahawanan Islam II Peringkat Kebangsaan

Baines, S and Wheelock, J (1998). Working for Each Other: Gender, The
Household and Micro-Enterprise Survival and Growth. International Small
Business Jornal. 17:16-35
Bank Negara Malaysia, 2006
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka
http://pmo.gov.my)

29